5
PENGENALAN Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UKM telah memutuskan supaya setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun dan sekali dalam tempoh setahun di peringkat kolej. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan kepada semua pekerja dan pelajar supaya peka tentang prosedur yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Langkah ini diharap akan dapat meningkatkan kesedaran warga UKM terhadap aspek keselamatan ketika bertugas dan berada dalam kampus UKM. Institut Sel Fuel telah mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan kawad kebakaran peringkat Inovasi Kejuruteraan. Latihan kawad kebakaran yang telah diadakan pada 27 April 2015 (Isnin) melibatkan semua warga Inovasi Kejuruteraan termasuk para pelajar dan pembekal luar yang terlibat. Antara aktiviti lain ialah demonstrasi memadam kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi dan Bahagian Keselamatan UKM. OBJEKTIF Objektif utama mengadakan latihan kawad kebakaran adalah: 1. Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan kebakaran yang terdapat di bangunan masing-masing berfungsi dengan baik. 2. Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - Merupakan aktiviti yang dijalankan di PTJ UKM. Turut diambil kira dalam pemarkahan Anugerah Tempat Kerja Selamat (ATKS). JKKP-UKM menetapkan supaya fakulti/ pusat/ jabatan/ bahagian perlu mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang- kurangnya sekali dalam tempoh 2 tahun dan sekali setahun bagi kolej kediaman.

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

  • Upload
    doanbao

  • View
    265

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

PENGENALAN

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) UKM

telah memutuskan supaya setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) perlu

mengadakan latihan kawad kebakaran sekurang-kurangnya sekali

dalam tempoh dua tahun dan sekali dalam tempoh setahun di

peringkat kolej. Tujuan utama adalah untuk memberi pendedahan

kepada semua pekerja dan pelajar supaya peka tentang prosedur yang

perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran. Langkah ini diharap akan

dapat meningkatkan kesedaran warga UKM terhadap aspek

keselamatan ketika bertugas dan berada dalam kampus UKM.

Institut Sel Fuel telah mengambil inisiatif dengan mengadakan latihan

kawad kebakaran peringkat Inovasi Kejuruteraan. Latihan kawad

kebakaran yang telah diadakan pada 27 April 2015 (Isnin) melibatkan

semua warga Inovasi Kejuruteraan termasuk para pelajar dan

pembekal luar yang terlibat. Antara aktiviti lain ialah demonstrasi

memadam kebakaran yang dikendalikan oleh pihak Bomba dan

Penyelamat Bandar Baru Bangi dan Bahagian Keselamatan UKM.

OBJEKTIF

Objektif utama mengadakan latihan kawad kebakaran adalah:

1. Untuk memastikan sistem perlindungan dan pencegahan

kebakaran yang terdapat di bangunan masing-masing berfungsi

dengan baik.

2. Untuk mendedahkan dan membiasakan penghuni bangunan

terhadap tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku

kebakaran.

LATIHAN KAWAD KEBAKARAN

- Merupakan aktiviti yang

dijalankan di PTJ UKM.

Turut diambil kira dalam

pemarkahan Anugerah

Tempat Kerja Selamat

(ATKS). JKKP-UKM

menetapkan supaya

fakulti/ pusat/ jabatan/

bahagian perlu

mengadakan latihan

kawad kebakaran

sekurang- kurangnya

sekali dalam tempoh 2

tahun dan sekali setahun

bagi kolej kediaman.

Page 2: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

3. Untuk mengetahui julat masa yang diambil bagi kakitangan dan

penghuni keluar dari bangunan dengan selamat apabila berlaku

sesuatu kebakaran atau kecemasan.

4. Untuk membiasakan Pegawai Insiden, pekerja dan pelajar

menggunakan peralatan pencegahan dan pemadaman kebakaran

seperti loceng penggera, hos paip air dan alat pemadam api dengan

betul.

5. Untuk memantapkan kerjasama antara beberapa unit dalam

universiti seperti Pusat Pengurusan Risiko, Kelestarian dan

Kesihatan Pekerjaan (ROSH), Bahagian Keselamatan, Jabatan

Pembangunan & Penyelenggaraan, Pusat Kesihatan Universiti dan

pihak luar seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia jika

berlaku sesuatu kebakaran.

KRONOLOGI LATIHAN KAWAD KEBAKARAN

KECEMASAN BERMULA

Kecemasan berlaku selepas kakitangan mengesan asap yang

keluar dari stor pelupusan berhadapan tandas institut pada jam

9.50 pagi. Penggera kebakaran segera dibunyikan dan pegawai

insiden mengarahkan semua warga bergerak keluar ke tempat

berkumpul yang ditetapkan.

BERKUMPUL DI TEMPAT BERKUMPUL

Semua warga yang terlibat diarahkan berkumpul di tempat

berkumpul yang disediakan di perkarangan Institut Sel Fuel.

Page 3: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

MELAKUKAN PANGGILAN BARIS

Pegawai Insiden melakukan semakan berdasarkan senarai

nama penghuni di setiap bahagian. Penghuni sentiasa

diingatkan agar tidak meninggalkan tempat berkumpul

sehingga keadaan benar-benar selamat dan diarahkan oleh

pegawai keselamatan dan bomba yang bertugas.

PEMADAMAN KEBAKARAN

Simulasi pemadaman oleh Pasukan Bantu Mula UKM

dijalankan oleh Bahagian Keselamatan.

MENYELAMATKAN MANGSA

Simulasi menyelamatkan mangsa oleh Pasukan Bantu Mula

UKM dijalankan oleh Bahagian Keselamatan.

RAWATAN BANTU MULA

Pasukan paramedik UKM memberi bantuan awal dan mangsa

dikejarkan ke Pusat Kesihatan untuk rawatan lanjut.

KEBAKARAN BERJAYA DIPADAMKAN

Keadaan kembali terkawal dan proses memadam kebakaran

berjaya dilakukan.

Page 4: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

PENGISYTIHARAN KEADAAN KEMBALI NORMAL

Setelah semakan dibuat terhadap keadaan bangunan yang

masih selamat untuk diduduki, semua penghuni dibenarkan

memasuki bangunan

TAKLIMAT PENGGUNAAN ALAT PEMADAM API

Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba &

Penyelamat, Bandar Baru Bangi.

LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN

Latihan penggunaan alat pemadam api dengan menggunakan

alat pemadam api debu kering.

DEMONSTRASI MEMADAM KEBAKARAN MENGGUNAKAN

ALAT PEMADAM API CO2

Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut menunjukkan

demonstrasi kesan penggunaan alat pemadam api yang tidak

sesuai dengan sumber api.

Page 5: LATIHAN KAWAD KEBAKARAN - ukm.my · PDF filePENGENALAN Jawatankuasa ... Taklimat Penggunaan Alat Pemadam Api oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, ... Jabatan Bomba & Penyelamat juga turut

DISEDIAKAN OLEH :

ENCIK AZMAN BIN MD NOR

Setiausaha

Latihan Kawad Kebakaran

Institut Sel Fuel

DISUNTING OLEH :

PUSAT PENGURUSAN RISIKO, KELESTARIAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Aras 1, Bangunan IKMAS,

Universiti Kebangsaan Malaysia

43650 UKM Bangi, Selangor