Upload
vukien
View
282
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
3
DAFTAR MUKA SURAT
Bab Tajuk Muka
1
Pendahuluan
2
2 Sikap Pelatih Terhadap Latihan Mengajar
7
3 Sikap Pensyarah Terhadap Latihan Mengajar
13
4 Persediaan Pelatih Untuk Sesi Latihan Mengajar
19
5 Persoalan Mengenai Latihan Mengajar
36
6 Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelatih Semasa Di Sekolah?
42
7 Tujuh Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Guru Pelatih
49
8 Cabaran Pelatih Semasa Latihan Mengajar
67
9 Kesimpulan 73
4
Pendahuluan
Sesi latihan mengajar ialah satu sesi di
mana mahasiswa yang mengambil jurusan
pendidikan melakukan latihan amali (mengajar di
sekolah) bertujuan memberikan mereka peluang
untuk menggunakan ilmu dan kemahiran yang
telah mereka dapati dari bilik kuliah di situasi
sebenar di dalam bilik darjah. Biasanya sesi ini
mengambil masa selama hampir satu semester
pengajian di universiti dan dalam tempoh itu
mereka akan dicerap oleh pihak pensyarah
penyelia daripada fakulti, juga oleh guru yang
berada di sekolah yang juga dikenali sebagai guru
pembimbing.
Sesi latihan mengajar memberi peluang
kepada bakal guru merasakan pengalaman
sebenar sebagai seorang guru di sekolah.
Pengalaman berharga ini tidak boleh dihayati
dalam kelas teori di universiti. Ini adalah kerana
apa yang berlaku di sekolah kadang-kadang jauh
berbeza dengan apa yang dipelajari dalam bilik
kuliah. Pengetahuan dan kemahiran yang didapati
di universiti adalah sebagai panduan asas kepada
tingkah laku pelatih di sekolah. Di universiti,
1
5
pelatih didedahkan dengan pembacaan dan
kuliah mengenai pendidikan dan guru, dalam sesi
latihan mengajar mereka berada di lapangan
sebenar, berfungsi dan bertingkahlaku sebagai
guru sebenar di sekolah. Besar kemungkinan
pelatih akan menghadapi situasi yang berbeza
yang memerlukan kepada kebijaksanaan dalam
pendekatan dan strategi.
Justeru, dengan adanya latihan mengajar,
mereka akan terdedah dengan realiti sebenar
kehidupan sebagai seorang guru. Dengan
pendedahan daripada sesi latihan mengajar,
sekurang-kurangnya mereka boleh membina sikap
dan kemahiran berkaitan dunia perguruan serta
berpeluang membina jati diri sebagai seorang guru
sebagai persediaan sebelum ditempatkan di
sekolah.
Mengapa Perlu Latihan Mengajar?
Latihan mengajar memberi peluang berharga
kepada pelatih dan penyelia untuk menggunakan
segala teori yang telah dibincangkan dalam
suasana sebenar di bilik darjah. Di sekolah
mereka akan menggunakan ilmu dalam bidang
pengkhususan mereka dan ilmu untuk mengajar
dalam konteks sebenar. Sebagai contoh, dalam
pengajaran mikro selama ini pelatih berhadapan
6
dengan rakan-rakan yang berlakon sebagai
pelajar, dalam sesi latihan mengajar, di hadapan
mereka adalah pelajar sekolah yang mempunyai
latar belakang dan karenah belajar yang pelbagai.
Bagi mereka yang mengajar murid yang agak
lemah pencapaiannya, mereka akan berpeluang
mencuba kaedah mengajar yang terbaik untuk
golongan tersebut. Kadangkala, pelatih
menganggap pelajar faham semua isi yang diajar
kerana bagi pelatih isi kandungannya sangatlah
mudah. Tetapi bagi pelajar golongan lemah,
perkara yang kita rasakan mudah tidak
semestinya mudah bagi mereka.
Katakan dalam satu kelas, pelatih mengajar
murid-murid menggunakan termometer. Pelajar
diminta untuk membaca suhu air panas yang
dididihkan dengan penunu bunsen. Daripada
pengamatan, bukan semua pelajar dapat
memberikan nilai 100oC sebagaimana yang
sepatutnya. Cara membaca termometer dengan
cara yang betul yang mudah bagi kita, rupanya
agak susah bagi pelajar terutama daripada
golongan yang kurang pintar. Dalam hal ini
mereka perlu memikirkan bagaimana pengajaran
tersebut boleh dilaraskan dengan tahap pemikiran
pelajar di sekolah.
7
Latihan mengajar juga merupakan medan
penapisan yang membolehkan sistem
mengenalpasti individu yang benar-benar layak
untuk menceburkan diri dalam bidang perguruan.
Biasanya pelajar yang bukan betul-betul tidak
berminat akan mendapati jangkaan mereka
terhadap dunia pendidikan tidak sama dengan
realiti yang dihadapi guru di sekolah. Ini adalah
kerana ketika inilah segala realiti mengenai
kehidupan sebagai seorang guru dapat dialami.
bagi mereka yang terlalu berfantasi dan
mengharapkan sesuatu yang hebat, apabila yang
dilihatnya di dalam dunia pendidikan jauh
berbeza, tentunya mereka akan berfikir panjang
untuk meneruskan kerjaya di dalam bidang ini.
Bagi mereka yang benar-benar berminat,
mereka akhirnya membentuk persepsi baru
tentang dunia pendidikan dan menerima realiti
tersebut seadanya. Mereka akan cuba mengatasi
dan bersabar dengan cabaran yang ada dan
berusaha agar peranan mereka sebagai guru
dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
Warga sekolah juga memainkan peranan
penapisan untuk menentukan individu guru yang
ingin dihasilkan untuk generasi akan datang.
Sebab itulah pihak sekolah perlu bersikap terbuka
dalam menerima pelatih dan membimbing mereka
8
dengan penuh tanggungjawab serta memberikan
panduan kepada pelatih tentang peranan yang
perlu dimainkan sebagai guru. Setelah dibimbing,
barulah mereka boleh memberikan kata putus
samada ndividu pelatih itu layak untuk terus
berada dalam bidang perguruan. Sebab itulah
dalam penilaian yang dilakukan, guru
pembimbing dan pengurusan sekolah dilibatkan
dalam proses penilaian. Pandangan serta
pendapat mereka sentiasa diambil kira dalam
menentukan status lulus pelatih dalam sesi
latihan mengajar.
9
Sikap Pelatih Terhadap Latihan Mengajar
Secara umumnya pelatih ternanti-nanti sesi
latihan mengajar tiba. Daripada temubual yang
dilakukan terhadap pelatih, kebanyakan mereka
merasakan sangat terangsang untuk mengikuti
pengalaman yang mungkin datang sekali seumur
hidup. Ada yang bersiap lebih awal dengan
membeli baju dan kasut baru yang ingin
digayakan semasa mengajar. Ada pula yang sibuk
meneliti kembali nota-nota lepas berkaitan subjek
yang akan mereka ajar. Tak kurang yang bersikap
membujur lalu melintang patah, tidak membuat
persediaan awal tetapi mengikut sahaja ketentuan
program latihan dan bersedia di saat akhir.
Kebanyakan pelatih sebenarnya masih
muda di sekitar 20 atau 21 tahun, dan tentunya
pengalaman semasa di peringkat Tingkatan 4 dan
5 masih segar dalam ingatan mereka. Tapi kini,
selang tiga atau empat tahun kemudian, mereka
kembali ke sekolah dengan imej sebagai guru.
Pernah guru pelatih ditempatkan di sekolah lama
tempat dia belajar dan bersua kembali dengan
guru-guru lama yang mengajarnya dahulu.
2
10
Terdapat juga guru pelatih yang lebih
berumur terutamanya mereka yang masuk ke
program ijazah perguruan setelah mereka
memiliki diploma dalam bidang lain atau pelatih
program Diploma Pendidikan yang telah bekerja di
bidang lain yang ingin menceburi bidang
pendidikan. Mereka ini jauh kelihatan matang
dari segi penampilannya berbanding pelajar yang
lebih muda tadi. Secara umumnya, kematangan
adalah penting bagi pelatih terutama bila
berhadapan dengan pelajar zaman kini yang
sangat mencabar. Pelatih yang matang biasanya
mempunyai ketrampilan diri yang lebih
meyakinkan dan mudah menyesuaikan diri
dengan keadaan di sekolah.
Walaupun kematangan tidak semestinya
dilihat dari segi umur, daripada pengalaman kami,
pelatih yang pergi menjalani mengajar di tahun
dua pengajian mereka jelas kurang matang dari
segi penampilan dan cara bergaul mereka.
Kemahiran komunikasi dan sosial mereka juga
agak lemah dibandingkan dengan pelatih yang
lebih berumur.
Ada pelatih yang bersikap sambil lewa
dengan pengajaran, atau masih menganggap
ianya seperti kuliah dan peperiksaan yang mereka
hadiri, boleh dilakukan sekadar untuk lulus
11
sahaja. Bermakna, mereka tidak menganggap
bahawa sesi latihan mengajar ini sebagai sesuatu
yang perlu diambil berat dan dilakukan dengan
sebaik mungkin. Sebab itulah kerapkali berlaku
(walaupun peratusannya kecil) kes di mana guru
pelatih tidak membuat persediaan mengajar atau
lebih teruk lagi tidak hadir bertugas. Terdapat
pelatih yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebab
yang boleh diterima. Bila disiasat, jelas alasan
yang diberikan sukar untuk diterima seperti
terlambat bangun, sakit perut yang tidak serius
dan yang seumpamanya.
Dalam kes di mana guru pelatih yang tidak
membuat persediaan mengajar, alasan yang
diberikan tidak boleh diterima. Sebagai contoh,
ada universiti yang menetapkan bahawa dalam
persediaan kelas yang masanya berkembar (dua
masa), pelatih perlu menyediakan dua persediaan
mengajar, melainkan jika sekiranya mengajar
amali di makmal. Ramai yang beralasan tidak
tahu yang mereka perlu menyediakan dua masa
persediaan.
Juga berlaku kes-kes di mana persediaan
hari yang diselia dibuat dengan lengkap dan baik
tetapi apabila disemak dengan rapi, terdapat
persediaan sebelumnya yang tidak dibuat, yang
masih kosong dan tidak diisi. Sebenarnya, dalam
12
bidang perguruan kesalahan tidak menyediakan
persediaan mengajar adalah satu kesalahan yang
berat dan guru yang terlibat boleh dikenakan
”surcharge” disebabkan oleh kelalaian ini.
Mungkin pelatih beranggapan bahawa penyelia
tidak akan mengetahui perkara tersebut. Lagipun
pelatih beranggapan asalkan masa yang diselia
mempunyai persediaan, ini bagi mereka sudah
mencukupi. Ini tidak benar kerana pensyarah
akan datang memeriksa laporan yang disediakan
dan memastikan supaya bilangan perancangan
yang dibuat sama selari dengan masa pengajaran
dalam jadual waktu pelatih. Sebenarnya,
mengikut peraturan pelatih perlu membuat
persediaan mengajar paling lewat sehari sebelum
pengajaran dijalankan.
Sebenarnya, masalah yang timbul adalah
disebabkan minda pelatih tidak bersikap positif
tentang sesi latihan mengajar ini dan belum
bersedia sepenuhnya untuk sesi latihan mengajar.
Mereka mungkin terlalu muda untuk lebih
bertanggungjawab dalam perkara yang dilakukan.
Mereka mengambil sikap sambil lewa dan acuh
tak acuh terhadap peraturan bahkan amaran
yang diberikan.
Tidak dinafikan di sini sikap negatif yang
dinyatakan di atas berlaku di kalangan segelintir
13
pelatih sahaja. Majoriti pelatih adalah matang dan
bertanggungjawab walaupun dalam usia yang
agak muda. Mereka bersikap positif dan tidak
menimbulkan masalah kepada pihak sekolah
Ramai pelatih yang disanjungi pekerti dan hasil
kerjanya oleh guru dan pentadbir di sekolah, yang
menjadi contoh termasuk kepada guru yang lebih
lama mengajar. Kepada mereka yang sebegini,
syabas diucapkan kerana bukan sahaja mereka
melakukan sesuatu yang baik untuk diri mereka,
sebenarnya mereka juga telah memberikan imej
yang baik kepada pihak fakulti dan universiti.
Kepada pelatih yang bersikap negatif, perlu
diingatkan bahwa sebenarnya sikap ini tidak
memberi kebaikan kepada sesiapa. Mereka perlu
sedar bahawa walaupun ini adalah sesi latihan,
ianya merupakan ujian sebenar kepada integriti
mereka sebagai guru yang akan berkhidmat di
sekolah kelak. Jika dalam latihan pelatih sudah
menimbulkan pelbagai masalah, prestasi mereka
apabila berkhidmat di sekolah nanti mungkin
lebih teruk dan sukar dibayangkan.
14
Sikap Pensyarah Terhadap Latihan Mengajar
Sikap pensyarah juga menarik untuk
dibincangkan supaya kita dapat mengenalpasti
keperluan dan masalah yang mereka hadapi
sepanjang keterlibatan mereka dalam latihan
mengajar. Sebenarnya sesi latihan mengajar
sentiasa dinantikan oleh pensyarah kerana
melaluinya pensyarah akan dapat mengikuti
perkembangan-perkembangan baru yang ada
dalam dunia pendidikan di sekolah. Sebagaimana
yang diketahui kebanyakan pensyarah bidang
pendidikan merupakan bekas guru di sekolah
suatu masa dulu. Walaubagaimanapun apa yang
berlaku ketika itu tidak sama dengan apa yang
berlaku di dalam dan di luar bilik darjah ketika
ini. Sebagai contoh penggunaan teknologi dalam
pengajaran tentunya jauh berbeza dengan apa
yang diamalkan dalam bilik darjah sekarang. Jika
sebelum ini mereka menggunakan teknologi
tranparensi dalam pengajaran, sekarang
penggunaan komputer telah menguasai
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
3
15
Begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti
kurikulum, pendekatan pengajaran, pengurusan
bilik darjah, dan disiplin pelajar yang berbeza
dengan zaman mereka dahulu. Semua ini bakal
memberikan perspektif baru kepada pensyarah
yang terlibat dalam dalam penyeliaan pelatih di
sekolah. Dalam hal ini, pensyarah tentunya perlu
bersikap terbuka dan boleh mencari pendekatan
terbaik supaya amalan yang terbaik dalam dan di
luar bilik darjah boleh dicadangkan kepada
pelatih.
Terdapat juga pensyarah penyelia yang
tidak pernah mengajar di sekolah. Golongan ini
terdiri daripada mereka yang terus diambil bekerja
sebagai tutor sebelum sempat berkhidmat di
sekolah. Sudah tentu dalam hal ini, mereka
ketandusan pengalaman sebenar di sekolah yang
membolehkan mereka membuat perbandingan
antara amalan lepas dan sekarang. Mereka ini
sebenarnya lebih teruja lagi untuk ke sekolah
menyelia pelajar bagi membandingkan teori yang
dikuasai mereka dengan pelaksanaan pengajaran
sebenar di sekolah. Pensyarah dari golongan ini
perlu lebih terbuka dalam penyeliaan mereka
kerana tidak semestinya semua teori yang
dipelajari diamalkan di sekolah kerana kekangan
tertentu. Dari itu, mereka perlu lebih realistik
dalam pendekatan penyeliaan mereka dan
16
sanggup untuk berkongsi pengalaman dan idea
dalam memperbaiki pengajaran pelatih.
Seperti juga pelatih, pensyarah tidak kira
yang baru atau yang telah lama berkhidmat
sebenarnya menganggap sesi latihan mengajar
sesuatu yang mengujakan. Ini adalah kerana
pengalaman latihan mengajar ini menyegarkan
memori mereka ketika menjadi pelatih di sekolah
dahulu. Terutamanya jika seolah yang bakal
dilawati pernah menjadi tempat mereka bekerja
atau menimba ilmu. Inilah peluang mereka untuk
berjumpa rakan lama dan guru di situ untuk
berkongsi cerita dan pengalaman lepas. Tentu ada
yang menunggu saat ini untuk membandingkan
perubahan-perubahan baru yang berlaku kepada
sekolah yang dilawati.
Seperkara lagi yang mempengaruhi sikap
pensyarah kepada latihan mengajar ialah dari segi
tumpuan mereka kepada sesi ini. Seandainya
mereka dapat memberikan tumpuan sepenuhnya
kepada proses latihan mengajar tanpa diasak oleh
tugasan lain di universiti, tentunya mereka akan
lebih tenang dan merasa seronok untuk pergi
menyelia.
Terdapat universiti yang pensyarahnya
terlibat dengan kuliah dan sesi latihan mengajar
17
dalam semester yang sama. Ini menyebabkan
mereka terpaksa membahagikan masa kuliah dan
masa menyelia pelatih di sekolah. Sekiranya
mereka pergi menyelia dalam keadaan yang
terkejar-kejar antara menyiapkan tugasan di
fakulti dan pergi ke sekolah, sikap mereka akan
terganggu dan ini selalunya akan menjejaskan
kualiti penyeliaan. Komen seorang pensyarah,
”Dulu semasa latihan mengajar seronok, pergi
seminggu dan berkampung di bandar tersebut,
dapat fokus sikit kepada penyeliaan, sekarang ni
terkejar-kejar antara kelas di sini dan menyelia”.
Sebenarnya komen sebegini kerap didengari
disebabkan sesi latihan mengajar dilakukan
semasa kelas pembelajaran berlangsung di
kampus. Di samping itu terdapat banyak kerja
pengurusan lain yag perlu dilakukan dalam masa
yang sama. Oleh kerana itu, pensyarah tidak
boleh lama keluar menyelia. Paling lama dua atau
paling lebih tiga hari sebelum terpaksa kembali ke
fakulti untuk menyelesaikan tanggungjawab yang
ada. Perjalanan pergi dan balik ini agak
meletihkan mereka
Bagi pensyarah yang menyelia tidak jauh
daripada universiti, mereka selalunya akan
menyelia di sebelah pagi dan berkejar pulang
mengajar di sebelah petangnya. Pendek kata
18
tumpuan tidak dapat diberikan menyebabkan
mereka merasa agak tertekan dengan bebanan
penyeliaan tersebut. Satu cara yang boleh
dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah
dengan mengurangkan bebanan kelas di universiti
semasa sesi latihan mengajar. Pensyarah yang
terlibat dengan latihan mengajar sepatutnya
diberikan masa pengajaran yang kurang bagi
membolehkan mereka menumpukan perhatian di
sekolah. Ini bermaksud bebanan latihan mengajar
juga dimasukkan dalam bebanan dan jadual
pensyarah terbabit pada semester tersebut.
Ini perlu dilakukan supaya masalah
penumpuan kepada penyeliaan akan dapat diatasi
supaya pensyarah terlibat dapat memfokuskan
kepada penyeliaan pelajar di sekolah. Ini adalah
kerana penyeliaan latihan mengajar ini adalah
sangat penting dalam menentukan bentuk
pendidik yang akan dilahirkan oleh sesebuah
institusi pendidikan.
19
Persediaan Pelatih Untuk Sesi Latihan
Mengajar
Pelatih seharusnya besedia sebelum latihan
mengajar bermula. Persediaan yang perlu
dibuatkan sepatutnya menumpukan kepada
beberapa aspek seperti pengetahuan, fizikal,
emosi, teknik menyediakan persediaan mengajar,
persediaan kemahiran bersosialisasi bagi menjalin
hubungan dengan pihak luar, dan persediaan
tempat latihan mengajar.
Persediaan Dari Segi Pengetahuan
Persediaan ilmu dan kemahiran yang
bersangkutan dengan pengajaran yang berkesan
adalah kunci utama kepada sesi latihan mengajar
yang berjaya. Sebab itulah pelajar disediakan
dahulu dengan beberapa kursus yang
menyediakan mereka dengan kemahiran asas dan
juga terperinci yang membolehkan mereka
menangani masalah-masalah yang ada dalam
pembelajaran di sekolah. Subjek seperti pedagogi,
psikologi dan kaedah mengajar merupakan
4
20
kursus yang seharusnya diambil sebelum mereka
boleh menyertai sesi latihan mengajar. Selain
daripada itu, perlu juga pelajar didedahkan
dengan kemahiran insaniah yang bersangkutan
dengan komunikasi, kepimpinan, hubungan sosial
dan lain-lain yang boleh membantu mereka
menjadi guru yang trampil dan dihormati.
Satu perkara yang kerap dibahaskan ialah
tentang pelajar yang ”terlalu muda” dihantar
mengajar iaitu di sekitar tahun dua pengajian
mereka. Penulis berpendapat bahawa pelatih
tahun dua pengajian di universiti adalah telalu
awal untuk dilepaskan mengajar di sekolah.
Pelatih perlu agak lebih senior (tahun tiga atau
empat pengajian) sebelum dibenarkan menjalani
latihan mengajar. Ada pula yang tidak kisah
dengan faktor usia ini, tetapi lebih percaya kepada
proses pembelajaran dan penambahbaikan
melalui penyeliaan dan proses yang berlaku
semasa sesi latihan di sekolah.
Terdapat argumen bagi pihak yang pro dan
kontra kepada kedua-dua keadaan ini.
Walaubagaimanapun, penulis percaya bahawa
terdapat matapelajaran dan kemahiran yang perlu
diikuti sebelum pelatih dibenarkan mengikuti
latihan mengajar. Matapelajaran yang berkaitan
seperti psikologi, falsafah, kaedah perlu dikuasai
21
terlebih dahulu sebelum pelatih ditempatkan di
sekolah. Mungkin boleh difikirkan juga sekiranya
matapelajaran tersebut perlu dikuasai pada tahap
minimum sebelum mereka dibolehkan pergi
menjalani latihan mengajar di sekolah. Sebagai
contoh, pelatih perlu lulus kursus kaedah
mengajar dengan baik atau sekurangnya B
sebagai satu pra-syarat latihan mengajar.
Kemahiran yang perlu ada pula adalah
seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran
menangani masalah disiplin pelajar, kepimpinan
yang perlu bagi guru bagi membolehkan mereka
cemerlang di sekolah. Kemahiran-kemahiran ini
perlu kerana dinamik persekitaran sekolah
memerlukan guru yang bukan hanya cemerlang
dari segi kurikulum tetapi mesti juga
berketrampilan dalam menempuh persekitaran
sekolah yang mencabar. Satu cara yang boleh
difikirkan ialah dengan mengadakan sesi kursus
ringkas sebelum latihan mengajar. Dalam kursus
tersebut bakal pelatih akan diberikan pendedahan
tentang kemahiran yang perlu dikuasai di
samping penekanan kepada matapelajaran asas
seperti pedagogi, falsafah, dan kaedah mengajar.
22
Persediaan Dari Segi Fizikal
Persediaan aspek fizikal yang dimaksudkan di sini
ialah persiapan diri secara fizikal yang perlu
diberikan perhatian oleh pelatih. Antara perkara
yang mudah ialah dari segi penampilan peribadi
sesorang. Rambut sebagai contoh merupakan
aspek fizikal yang perlu diberikan perhatian oleh
pelatih lelaki dan pelajar perempuan bukan Islam.
Pernah terdapat kes pelatih lelaki berambut
panjang hingga mengakibatkan dia menjadi
perhatian pihak sekolah. Pelatih tersebut
mengambil mudah perkara tersebut. Pihak
sekolah kemudiannya memantau perkara yang
lain ekoran daripada itu dan akhirnya pengetua
sekolah tersebut menyarankan kepada pihak
pensyarah supaya fakulti menggagalkan pelajar
tersebut. Memang seimbas pandang ianya perkara
kecil yang dianggap remeh oleh sebilangan orang,
tetapi sebenarnya isu rambut panjang ini
mencerminkan sikap individu dan
keprihatinannya kepada tugas sebagai pendidik di
sekolah. Dalam isu rambut yang melibatkan
pelatih perempuan kita, terdapat satu kes di mana
penduduk kampung telah komplen kepada pihak
pengurusan sekolah tentang guru pelatih yang
mewarna rambut walaupun sebenarnya dia di
sekolah bertudung. Juga terdapat beberapa kes
23
seumpamanya melibatkan pelajar tidak
bertudung yang mewarna rambut, yang akhirnya
pensyarah terpaksa campur tangan dan memberi
amaran kepada pelatih supaya menukar warna
rambut kepada warna asal.
Aspek pakaian merupakan aspek fizikal
yang perlu diberikan tumpuan. Ini tidak
bermakna pelatih perlu berbelanja besar dalam
membeli pakaian berjenama mahal untuk nampak
segak dan lawa. Apa yang perlu dilakukan ialah
memilih pakaian kemas yang sopan, bersesuaian
dengan tugas sebagai pendidik. Bagi pelatih lelaki,
pakaian yang sesuai ialah kemeja berlengan
panjang atau ”long sleeve” bertali leher dan seluar
”slack” gelap bertali pinggang yang dipadankan
dengan kasut kulit yang sederhana harganya.
Kasut yang dipilih mestilah sudah cukup selesa
untuk tujuan mengajar dan tidak menghalang
pergerakan serta sesuai untuk menampung berat
badan dalam tempoh berdiri yang agak lama.
Bagi pelatih perempuan, baju kurung
bertudung sudah cukup untuk menampilkan imej
guru sebenar di sekolah. Cuma perlu diingatkan
supaya tidak memakai pakaian yang menjolok
mata seperti kurung ketat atau kebaya, mahu pun
kain terbelah yang merangsang penglihatan
ramai. Terdapat kes di mana pelatih memakai
24
kain agak jarang dan tidak berkain dalam, apabila
dia berdiri di pintu, murid dan penyelia merasa
tidak selesa. Dalam kes tersebut, tidak dapat
tidak penyelia pelatih terbabit terpaksa berterus
terang dan menasihatkan pelajar untuk
berpakaian secara yang sepatutnya.
Bagi pelatih bukan Melayu, mereka
digalakkan memakai baju kurung atau baju
blouse panjang yang dipadankan dengan kain
yang labuh menutupi lutut. Jangan sesekali
memakai kain pendek atas lutut kerana ini akan
mewujudkan suasana tidak selesa apabila pelatih
terpaksa duduk berhadapan pelajar di dalam
kelas atau perhimpunan.
Satu perkara yang perlu diingatkan di sini
ialah pemakaian tanda nama yang sepatutnya
diambil berat oleh pelatih. Kerapkali pelatih tidak
lupa menyediakannya sebelum pergi latihan
mengajar. Cuma yang selalu berlaku ialah
terdapat pelatih yang terlupa untuk memakainya
ketika berada di sekolah. Tanda nama penting
kerana dengannya pelatih dapat dikenali. Guru,
murid serta sfaf sokongan akan senang memanggil
nama guru terbabit. Terutamanya bila pelatih
berada di sekolah besar yang mempunyai ramai
staf dan guru yang sering bertukar.
25
Persediaan Dari Segi Emosi
Aspek emosi merupakan aspek nurani pelatih
yang memainkan peranan penting dalam
memastikan kejayaan sesi latihan mengajar
pelatih. Emosi boleh muncul dalam bentuk
kegembiraan, ketegangan atau keseronokan
(excitement). Ketiga-tiga emosi ini perlu diberikan
perhatian oleh pelatih secara yang wajar dan
sekiranya dikendalikan dengan baik akan
membawa hasil yang positif. Kegembiraan untuk
menjalani latihan mengajar adalah sesuatu yang
positif terutamanya bagi pelatih yang merasakan
inilah peluangnya untuk keluar mengajar bersama
rakan sekursus. Tetapi tidak kurang pula
kegembiraan ini bertukar menjadi kedukaan
apabila kawan rapat ditempatkan di zon latihan
yang berbeza.
Ketegangan pula boleh membawa kepada
perkara yang negatif kerana individu yang
emosinya tertekan atau stress untuk mengikuti
sesi latihan mengajar tentunya tidak akan dapat
berfikir dengan matang dan merasionalkan
tentang betapa perlunya mereka mengikuti sesi
ini. Sebagai contoh, pergi latihan mengajar dengan
berat hati tentunya membawa kesan buruk
kepada prestasi pelatih. Disebabkan oleh pergi
latihan mengajar dengan berat hati, ada pelatih
26
yang tertekan dengan tanggungjawab yang
diberikan dan setiap kali penyelia datang melawat
sekolah.
Pernah berlaku satu kes penyeliaan di
mana seorang pelatih kerap menghilangkan diri di
makmal semasa lawatan penyelia. Apabila tiba
masa penyeliaan, pelatih disarankan membuat
perubahan kepada beberapa aspek yang dinilai.
Apa yang berlaku ialah pelatih menganggap
penyelia bertujuan mencari salah pelatih lalu
menconteng di ruangan catatan perasaan
negatifnya terhadap penyeliaan. Disebabkan oleh
prestasi dan sikapnya yang tidak memuaskan,
pelatih ini akhirnya gagal dalam sesi latihan
mengajar tersebut.
Sepertimana yang diterangkan sebelum ini,
latihan mengajar bukanlah satu tekanan yang
perlu dihadapi oleh pelatih tetapi ianya adalah
satu sesi latihan di mana penyelia dan guru
pembimbing serta pelatih akan bekerjasama bagi
meningkat kemahiran mengajar pelatih. Ianya
lebih kepada perkongsian maklumat dan
pengalaman dan bukannya sesi menilai dan
mengkriktik pengajaran pelatih semata-mata.
Perasaan teruja atau seronok berlaku bila
pelatih ternanti-nanti sesi latihan mengajar tiba.
27
Kebanyakan pelatih mempunyai emosi sebegini
dan ianya sebenarnya baik jika sekiranya
dikendalikan dengan cara yang sebaiknya.
Keterujaan biasanya membuahkan perasaan dan
tindakan yang positif. Umpamanya, pelatih akan
mengumpul duit lebih awal untuk membeli
motosikal untuk digunakan semasa mengajar.
Pelatih juga kan membeli pakaian kerja yang
sesuai untuk dipakai. Emosi ternanti-nanti boleh
membuatkan pelatih telah bersedia terlebih
dahulu dengan membuat persedian di atas.
Walaubagaimanapun, perlulah dilihat dengan
teliti samada aspek yang disediakan oeh pelatih
itu bukan hanya dari sudut fizikal atau kewangan
semata dan meninggalkan persediaan ilmu dan
kemahiran untuk mengajar.
Pendek kata, emosi yang dibincangkan di
atas boleh memberikan kebaikan mahupun
keburukan bergantung kepada cara pelatih
mengendalikannya. Pelatih perlu bijak mengawal
emosi agar tidak membawa kepada kesilapan
dalam tindakan. Pelatih yang baik sepatutnya
lebih rasional dan menggunakan akal fikiran
dalam menentukan keputusan yang terbaik
dilakukan dalam perkara yang berkaitan latihan
mengajar sebelum dan semasa berada di sekolah.
28
Persediaan Teknikal Tentang Perancangan
Persediaan Mengajar.
Pelatih yang terlibat dalam sesi latihan
mengajar mestilah menyediakan diri mereka
dengan kemahiran teknikal dari segi penyediaan
perancangan persediaan mengajar harian.
Kerapkali pelatih yang ditangkap kerana tidak
menyediakan persediaan mengajar memberi
alasan bahawa mereka tidak tahu cara untuk
menyediakannya. Nampak seperti tidak
munasabah, tapi itulah antara kesalahan dan
alasan yang kerap dilakukan oleh pelatih. Tidak
cukup dengan tidak menyediakan persediaan
pada hari berkenaan, apabila penyelia datang ke
sekolah, pelatih mengemukakan berbagai-bagai
alasan, antaranya seperti tidak faham untuk
menyediakan persediaan mengajar berbentuk
eksperimen dalam makmal.
Penyediaan persediaan mengajar adalah
perkara yang sangat penting yang dinilai.
Walaupun begitu, masih ada yang berani ambil
ringan perkara tersebut dan menunggu hingga
saat akhir untuk menyediakannya. Pernah
berlaku kes di mana pelatih menyiapkan
persediaan mengajar di hadapan pensyarah yang
datang menyelia. Terdapat juga kes di mana
pelatih telah tidak membuat persediaan
29
pengajaran yang lepas dengan andaian bahawa
penyelia tidak akan menyemaknya.
Walaupun kepentingan menyediakan
persediaan mengajar seringkali diingatkan dalam
sesi taklimat dan kelas persediaan mikro, masih
terdapat banyak kes di mana pelatih bersikap
sambil lewa dalam menyediakannya. Sesetengah
universiti menguatkuasakan peraturan dengan
memberi markah sifar kepada persediaan hari itu
dan mengira markah tersebut dalam purata
markah latihan mengajar. Biasanya, pelatih
tersebut akan gagal sesi latihan mengajar tersebut
disebabkan perolehan markah yang rendah.
Persediaan Kemahiran Bersosialisasi Bagi
Menjalin Hubungan Dengan Pihak Lain
Pelatih seharusnya menyiapkan diri mereka
dengan kemahiran bersosialisasi atau dalam
bahasa yang lebih mudah ialah kemahiran untuk
menjalin hubungan dengan orang lain ketika
berada di sekolah. Kemahiran ini boleh didapati
daripada kursus sosiologi yang merupakan salah
satu matapelajaran yang diajar di universiti.
Ini adalah kerana terdapat banyak komen
daripada guru-guru sekolah yang pelatih tidak
30
pandai atau mahu bergaul dengan guru yang
sedia ada di sekolah. Pelatih berada dalam
kelompok mereka tanpa cuba untuk mengenali
lebih rapat guru yang duduk berhampiran dalam
bilik guru. Tidak tahu di mana silapnya, tetapi
apa yang jelas ialah perkara seumpama ini tidak
sihat kerana tanpa perhubungan yang sihat tidak
akan wujud suasana kerja yang lebih seronok
yang mana sapa menyapa dan tegur-menegur
menjadi kebiasaan seharian. Tidak salah untuk
berbincang sesama pelatih terutama dalam hal
menyiapkan persediaan mengajar, tetapi yang
menjadi masalah ialah bila pelatih mengasingkan
diri daripada guru-guru tetap di sekolah. Ini akan
memberikan gambaran buruk tentang imej pelatih
dan institusi yang diwakili oleh mereka.
Sebagai contoh, pernah berlaku di sebuah
sekolah di mana pelatih ditempatkan dalam
sebuah bilik darjah kosong bersama rakan pelatih
daripada institusi pendidikan yang lain. Ini
menyebabkan masa mereka lebih banyak bersama
guru pelatih sahaja dan agak sukar untuk mereka
memaksimumkan pergaulan dengan guru senior.
Ada juga pelatih yang ditempatkan di makmal
tertentu yang hanya dihuni oleh pembantu
makmal dan seorang dua guru lain. Walaupun
keputusan pentadbir menempatkan pelatih
sebegitu agak kurang bijaksana, inisiatif perlu
31
dari pihak pelatih sendiri untuk lebih proaktif
dan mempertingkatkan pergaulan dengan guru
senior.
Satu cara yang mudah untuk memulakan
perhubungan dengan guru lama ialah dengan
banyak bertanya dan meminta pandangan tentang
matapelajaran yang diajar. Bagi menjalin
hubungan yang baik dengan guru dari opsyen
berbeza pula, pertanyaan mungkin boleh berkisar
atas hal-hal umum seperti pedagogi atau cara
menangani masalah disiplin pelajar. Boleh juga
kiranya pelatih bertanya guru yang mengajar
Bahasa Inggeris tentang sebutan, atau
penggunaan perkataan tertentu terutamanya bila
melibatkan pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris.
Sebenarnya pertanyaan ini tidak
merendahkan imej kita sebagai pelatih bahkan
ianya memperlihatkan sikap kita yang ingin
memperbaiki mutu pengajaran. Mungkin juga
guru senior pun akan berpeluang belajar perkara
yang kita mengetahuinya tetapi merupakan
sesuatu yang baru bagi mereka, disebabkan
mereka telah lama meninggalkan alam
pembelajaran di universiti.
32
Pemilihan Tempat Latihan Mengajar
Satu aspek persediaan yang tidak kurang
pentingnya dan perlu diberikan keutamaan dalam
persediaan ialah dari segi pemilihan tempat
latihan mengajar. Perkara ini perlu disentuh
walaupun tidak semestinya pelatih akan
ditempatkan di zon yang dipilih.
Bagi pelajar, tujuan utama mereka memilih
sekolah dan bandar tertentu untuk sesi latihan
mengajar adalah disebabkan mahu bersama
rakan rapat atau kenderaan yang perlu dikongsi.
Ini adalah kerana ada pelatih yang tidak
mempunyai kenderaan sendiri. Dengan itu,
sekiranya terpaksa tinggal jauh dari sekolah dan
tidak mendapat kemudahan asrama sekolah,
mereka boleh berkongsi kenderaan dengan rakan
baik mereka.
Pemilihan tempat ini walaupun bukanlah
isu yang besar tapi ianya boleh membantu
kelicinan perjalanan sesi latihan mengajar pelatih
terbabit. Sudah tentu pelatih yang ditempatkan
jauh dari rakan-rakan akan menghadapi masalah
untuk mencari dan berkongsi tempat tinggal
sekiranya mereka terpaksa menyewa tempat
tinggal.
33
Biasanya dalam banyak kes, guru pelatih
akan menyewa rumah penduduk kampung
terbabit atau rumah kenalan kepada staf atau
guru di sekolah kerana kemudahan asrama atau
rumah guru di sekolah sangatlah terhad. Di
sinilah bergunanya teman baik yang yang boleh
berkongsi dan sama-sama membantu dalam
menyelesaikan masalah sepanjang sesi latihan
mengajar.
Cuma sayugia diingatkan kepada pelatih
supaya membuat tinjauan ke sekolah yang akan
dipilih bagi memastikan sekolah tersebut sesuai
dan terbaik untuk dirinya. Pelatih perlu melihat
kepada iklim sekolah tersebut dan tingkahlaku
pelajarnya, paling kurang dengan melihatnya dari
luar pagar sekolah. Ini akan membantu pelatih
merasionalkan pemilihan sekolah tersebut dan
merancang persediaan untuk sesi latihan
mengajar tersebut.
Realitinya, pensyarah juga memilih tempat
untuk menyelia. Dengan adanya rakan baik yang
senang diajak bekerja dan bertolak ansur boleh
melicinkan penyeliaan yang dilakukan. Jika
sekiranya pensyarah senior ditempatkan di
kalangan pensyarah yang jauh lebih muda, beliau
akan merasa cepat bosan kerana tiada teman
berceloteh dan bercerita. Terdapat juga pensyarah
34
penyelia yang mempunyai emak atau ayah yang
tua di kampung. Setidak-tidaknya sambil
menyelam minum air, beliau boleh berbakti
kepada orang tua di kampung yang sentiasa
menanti kepulangan anak dan cucu yang
disayangi. Kebiasaannya, pihak urusetia latihan
mengajar akan menimbangkan faktor-faktor sperti
ini dan cuba sedaya upaya mereka untuk
menyediakan yang terbaik untuk semua yang
terlibat.
Secara kesimpulannya, persediaan-
persediaan sebelum latihan mengajar yang
dibincangkan di atas merupakan perkara penting
yang perlu diberikan perhatian oleh pelatih.
Mereka perlulah menyediakan diri dengan sebaik
mungkin dalam aspek-aspek tersebut.
Walaubagaimanapun, di samping aspek-aspek
yang telah dinyatakan, terdapat beberapa aspek
lain yang juga penting seperti persediaan
kewangan dan lain-lain yang tidak disebutkan.
Adalah diharapkan dengan lebih bersedia sebelum
menjalani latihan mengajar, pelatih akan dapat
merasai pengalaman yang memberangsangkan
ketika pertama kali mengajar di sekolah.
35
Persoalan Mengenai Latihan Mengajar
Terdapat beberapa persoalan yang biasanya
dilontarkan oleh pihak yang tertentu tidak kira
pensyarah, pelatih atau pentadbir serta guru di
sekolah. Di dalam bab ini beberapa persoalan
yang terpilih akan dibincangkan bagi memperbaiki
persepsi yang ada.
Adakah pencapaian akademik yang baik tiket
kepada pengajaran yang baik?
Pelajar yang baik cemerlang pencapaian akademik
tidak semestinya akan lebih cemerlang dalam sesi
latihan mengajar berbanding pelajar yang baik
atau sederhana dalam pencapaian akademiknya.
Ini adalah kerana dalam sesi latihan mengajar
pengetahuan teori yang diperolehi saja tidak
mencukupi bagi membolehkan pelajar
mempamerkan prestasi yang cemerlang. Sebagai
contoh seorang pelatih yang pintar tetapi lemah
dari segi pergaulan sosial tentu tidak mungkin
dapat menjalin hubungan baik dan
mempengaruhi murid di dalam kelasnya.
5
36
Akibatnya murid menjadi bosan dengan
pengajaran yang hambar dan terlalu skema.
Begitu juga dengan pergaulan beliau dengan guru-
guru lain di sekolah tersebut, mungkin
menyebabkan beliau sukar untuk berinteraksi
dan menimba pengetahuan daripada guru yang
ada di sekolah.
Pelajar yang cemerlang pencapaian akademik tidak semestinya akan lebih cemerlang dalam sesi latihan mengajar berbanding pelajar yang baik atau sederhana dalam pencapaian akademiknya. Ini adalah kerana belajar dan mengajar adalah dua perkara yang agak berbeza. Seorang pelatih yang mempunyai kelulusan Ijazah kelas pertama mungkin mempunyai kefahaman mendalam mengenai teori tetapi belum tentu cara dan kaedah beliau mengajar adalah menarik. Ini adalah kerana mengajar memerlukan kemahiran komunikasi dan kreativiti guru dalam mengenalpasti kehendak pelajar dan masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pelajaran. Pemfokusan kepada isi kandungan dan teori yang keterlaluan tanpa berpijak di bumi nyata menyebabkan pelajar tidak dapat
menyelami apa yang ingin diajarkan oleh guru. Ini adalah kerana apa yang hendak disampaikan tidak dapat dihayati oleh mereka berdasarkan pengalaman sedia mereka. Sepatutnya guru perlu menyokong teori yang diajar dengan pengalaman murid dan contoh semasa yang boleh membuka
37
minda mereka untuk berfikir dan menghayati apa yang diajar oleh guru. Gaya penyampaian guru juga perlu sesuai dengan mood pelajar yang dihadapinya. Guru perlu berketrampilan dan berkupayaan dalam mengubah watak beliau supaya menjadi ceria, tegas, sedih atau menasihat, berdasarkan tingkahlaku pelajar pada hari itu. Guru juga perlu mempunyai kemahiran berjenaka dan bercerita bagi menarik minat murid dan membuatkan mereka fokus kepada pengajaran pada hari itu. Ini tidak bermaksud kepintaran dan
kecemerlangan akademik tidak berguna. Apa yang
kami perhatikan ialah pelajar yang pintar
ditambah dengan kemahiran sosialisasi yang
tinggi seringkali mencapai markah yang baik dan
mendapat pujian yang tinggi dari segi pengajaran
daripada pihak sekolah. Ada kes di mana pelatih
yang cemerlang terus ditempatkan di sekolah di
mana beliau menjalani latihan praktikal
disebabkan oleh pihak pengetua memohon kepada
Jabatan Pendidikan Daerah supaya beliau terus
berbakti kepada sekolah. Semua ini disebabkan
oleh gabungan kepintaran dan kemahiran
sosialisasi yang tinggi. Dari pemerhatian kami,
pelatih ini terus cemerlang di sekolah tersebut
hingga ke hari ini.
38
Apakah pelatih program Perdana lebih baik
daripada pelatih Diploma Pendidikan?
Bagi kami adalah sukar untuk menjawab
persoalan ini memandangkan dari pengalaman
kami, pelatih yang baik datang daripada kedua-
dua kumpulan Perdana dan Diploma. Cuma
kelebihan yang dimiliki oleh pelatih program
perdana ialah dari segi pendedahan yang agak
lama kepada teori dan dunia pendidikan
menyebabkan mereka mempunyai persediaan
lebih awal dari segi emosi dan pengetahuan,
berbanding pelatih diploma.
Pelatih peringkat Diploma Pendidikan pula
sering menggunakan semester pertama pengajian
untuk menyesuaikan diri dengan bidang
pendidikan. Juga untuk merasionalkan diri
dengan keputusan mereka untuk menyertai
bidang pendidikan. Biasanya di semeter kedua
barulah mereka nampak lebih bersedia dan jelas
tentang bidang pendidikan yang diceburi serta
lebih bersedia untuk menjadi seorang guru.
Walaubagaimanapun, pelatih Diploma
Pendidikan mempunyai kelebihan dari segi umur
dan kematangan. Rata-rata mereka berumur di
antara 26-35 tahun. Kematangan ini
menyebabkan penampilan mereka di khalayak
39
murid tidak menjadi masalah. Apabila berada di
sekolah, dengan mudah mereka masuk ke dalam
suasana tersebut dan agak sukar bagi pelajar
untuk membezakan penampilan mereka dengan
guru lama. Daripada pemerhatian kami,
kematangan ini jika ditambah dengan minat dan
usaha yang lebih, sudah cukup untuk menjadikan
mereka pelatih yang baik.
Apakah prestasi pelatih perempuan lebih baik
daripada pelatih lelaki?
Agak sukar untuk menjawab soalan ini
memandangkan bilangan pelatih perempuan
selalunya memonopoli jumlah pelatih di IPTA.
Rata-ratanya pelatih perempuan agak matang dan
serius dalam sesi latihan mengajar berbanding
pelatih lelaki. Walau bagaimanapun, ramai juga
pelatih lelaki yang menunjukkan kemahiran
menyediakan pengajaran serta kebolehan
mengajar yang sangat baik.
Kelebihan pelatih lelaki ialah dari segi
pengawalan kelas kerana biasanya pelajar akan
lebih takut kepada mereka berbanding guru
pelatih perempuan. Manakala pelatih perempuan
terutama yang lemah-lembut dan bersuara lemah
dan terpaksa berhadapan dengan pelajar nakal,
biasanya sukar mengawal kelas dengan baik.
40
Kelas akan menjadi kucar-kacir dan pelatih akan
dipermainkan oleh pelajar-pelajar. Semua
suruhan dan arahan pelatih tidak dipedulikan
sama sekali oleh pelajar.
Adakah latihan mengajar setakat mengajar
atau terpaksa membuat kerja-kerja lain yang
dilakukan oleh guru?
Semasa dalam sesi latihan mengajar pelatih juga
perlu melaksanakan tugas lain yang ada di
sekolah. Sebenarnya, pabila pelatih berada di
sekolah mereka akan dilayan sama seperti guru
lain di sekolah. Ini bermakna semua tugas yang
dilakukan oleh guru di sekolah mestilah
dilakukan oleh pelatih seperti mengambil-alih
kelas guru yang tidak hadir, menghadiri
mesyuarat, membawa pelajar untuk aktiviti luar,
mengajar kelas tambahan, dan lain-lain aktiviti
yang ada di sekolah. Pihak sekolah sememangnya
agak kekurangan bilangan guru jika dibandingkan
dengan banyaknya aktiviti yang perlu dilakukan.
Oleh itu, guru pelatih perlu bersedia secara
mental dan fizikal jika diberikan tugas-tugas
tersebut. Cuma segala aktiviti yang dijalankan itu
sepatutnya tidaklah sampai mengganggu jam
pengajaran yang telah diberikan kepadanya
kerana pelatih juga perlu dicerap oleh penyelia
dan guru pembimbing di sekolah tersebut dalam
41
masa pengajarannya. Tidak dinafikan terdapat
juga pihak di sekolah yang mengambil
kesempatan dan memberikan tugas mengambil
alih kelas yang sampai 3 atau 4 waktu sehari dan
tugas-tugas lain menyebabkan peranan utama
mereka agak terganggu. Dalam hal ini, pihak
sekolah perlu memahami bahawa pelatih
memerlukan masa yang secukupnya untuk
memperbaiki kelemahan diri dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran dan jika sekiranya
tugas ini menjadi sampingan, ianya pasti akan
menjejaskan kualiti pelatih yang dihasilkan. Apa
pun sebagai pelatih, anda perlu reda dengan
segala tugasan yang diberikan dan sekiranya lain-
lain tugas yang diberikan agak banyak,
berbincanglah secara berhemah dengan pihak
pentadbiran sekolah bagi mengatasinya.
Adakah perlu menyediakan Bahan Bantu
Mengajar (BBM) setiap kali pengajaran
dilakukan?
Sesetengah institusi mensyaratkan pelatih
menyediakan BBM bagi setiap pengajaran. Ini
bermakna sekiranya BBM tidak disediakan, ianya
akan menjejaskan markah pengajaran pada hari
tersebut. Biasanya BBM akan dinilai pada aspek
persediaan dan juga penggunaannya.
Walaubagaimanapun ini tidak bermakna pelatih
42
perlu menyediakan BBM baharu setiap kali ingin
mengajar kerana BBM yang sedia ada tentunya
boleh digunakan dengan syarat ianya sesuai
untuk pengajaran tersebut. Sebenarnya konsep
BBM itu perlu dilihat semula agar ianya tidak
berkisar kepada kertas mahjung sahaja. BBM
boleh menggunakan bahan yang sedia ada di
sekeliling kita maupun yang telah disediakan oleh
guru lain, asalkan ianya boleh digunakan untuk
memberikan lebih kefahaman kepada pelajar dan
menceriakan lagi pengajaran.
43
Apa Yang Perlu Dilakukan Oleh Pelatih Semasa
Di Sekolah?
Menambahkan Pengetahuan Dalam
Matapelajaran Opsyen
Terdapat beberapa perkara yang pelatih boleh
usahakan apabila berada di sekolah. Salah
satunya yang paling penting ialah menimba
sebanyak mungkin pengetahuan dan kemahiran
tentang matapelajaran opsyen. Dalam hal ini,
pelatih perlu membandingkan ilmu pengetahuan
yang diterima di universiti dan menggunakannya
dalam konteks pengajaran di sekolah. Seringkali
terdapat sedikit perbezaan terutamanya dari segi
penggunaan istilah, kaedah dan pendekatan yang
perlu bagi pelatih untuk memahaminya. Sebagai
contoh, istilah sains yang digunakan di sekolah
mungkin belum pernah digunakan sebelum ini di
dalam kuliah di universiti. Perbezaan seperti ini
6
44
tidak sepatutnya menyebabkan pelatih
menggelabah tetapi mereka sepatutnya berusaha
lebih untuk mendapatkan maklumat berkenaan
daripada pelbagai sumber yang ada di sekolah.
Begitu juga jika diberikan matapelajaran
kedua yang bukan opsyen oleh pihak sekolah,
pelatih perlulah berusaha untuk mengetahui isi
pelajaran tersebut. Sebagai contoh, jika pelatih
diarah untuk mengajar matapelajaran Pendidikan
Jasmani, pelatih perlulah menggunakan
kebijaksanaanya untuk mendapatkan
pengetahuan yang berkaitan. Cara yang boleh
dilakukan ialah menerusi pembacaan, bertanya
kepada guru lama, ataupun melalui pemerhatian.
Mendalami Aspek Pengurusan Dan Pentadbiran
Di Sekolah
Sesi latihan mengajar sepatutnya digunakan
untuk mendalami pengetahuan dan kemahiran
bersangkutan pengurusan dan pentadbiran
sekolah. Kebanyakan perkara ini tidak mampu
diperolehi daripada kuliah di universiti. Sebagai
contoh, kemahiran bersangkutan penggunaan
sistem maklumat murid (SMM) yang digunakan di
sekolah. Kemahiran ini tidak diajar di universiti.
Begitu juga dengan pengendalian dan pengisian
rekod markah ujian dan peperiksaan pelajar oleh
guru baik secara manual atau menggunakan
45
teknologi maklumat. Pelatih hendaklah
berdamping dan bertanya kepada guru yang
terlibat terutamanya dalam hal-hal teknikal yang
berkaitan. Ilmu pengetahuan dan kemahiran
sebegini amatlah penting dan membantu,
terutamanya apabila mereka telah ditempatkan di
sekolah nanti.
Melengkapkan Diri Dengan Kemahiran
Bersosial
Adalah perlu bagi pelatih untuk melengkapkan
diri dengan kemahiran sosial semasa menjalani
latihan mengajar. Ini adalah kerana kemahiran
sosial ini tidak kurang pentingnya dengan
kemahiran dan pengetahuan yang ada dalam
matapelajaran yang diajar. Kemahiran sosial yang
dimaksudkan ialah dalam segi pergaulan,
kepimpinan, komunikasi, dan lain-lain. Dalam
konteks sekolah sebagai satu sistem sosial,
kemahiran sosial banyak membantu individu guru
dalam melaksanakan tugasan seharian, baik
pengajaran atau perkara yang bersangkutan
pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ini kerana
kebanyakan kerja yang perlu dilakukan
memerlukan penyertaan berkumpulan. Tanpa
kemahiran bersosial, sesuatu aktiviti
berkumpulan tidak akan dapat dilakukan dengan
jayanya.
46
Ramai pelatih yang tidak sedar tentang
keperluan menyeimbangkan kemahiran bersosial
dengan pemerolehan pengetahuan dalam bidang
yang diajar, sedangkan kemahiran bersosial juga
penting dan dinilai. Pihak sekolah menilai pelatih
bukan hanya dari segi pengajaran tetapi juga dari
segi pergaulan, interaksi, komen staf terhadap
pelatih, dan kebolehan mereka menyesuaikan diri
di sekolah. Markah pengajaran yang tinggi dalam
sesi latihan mengajar sahaja tidaklah bermakna.
Kejayaan pelatih dalam sesi latihan mengajar juga
diukur dari segi kemahiran bersosial mereka di
sekolah.
Meningkatkan Kemahiran Dalam
Mengendalikan Masalah Disiplin Pelajar.
Mengendalikan masalah disiplin pelajar adalah
tugas yang mencabar yang perlu dilakukan oleh
guru pelatih. Tambahan pula dalam keadaan
sekarang yang pelajarnya bukanlah seperti pelajar
tradisional seperti suatu masa dulu. Pelajar
sekarang lebih kompleks dan bijak, malah
terkadang-kadangnya mencabar kesabaran guru
dalam banyak hal. Untuk mendisiplinkan pelajar
tentunya memerlukan kesabaran dan kemahiran
yang tinggi. Kemahiran kepimpinan sebagai
47
contohnya amat berguna dalam mempengaruhi
individu pelajar untuk melaksanakan sesuatu
aktiviti, baik dalam mahupun di luar kelas. Guru
yang berperanan sebagai pemimpin mampu
mempengaruhi pelajarnya tentang keperluan
untuk berubah ke arah yang positif baik dari segi
disiplin atau untuk memperbaiki pencapaian
mereka di sekolah.
Pengendalian disiplin pelajar tidak boleh
diperolehi dengan mudah atau hanya melalui
pembacaan semata-mata. Buku hanya
menyediakan panduan umum sahaja dan
biasanya kes-kes disiplin yang berlaku di sekolah
boleh menjadi lebih rumit dan mencabar.
Tambahan pula pelajar yang perlu dikendalikan
oleh guru datang daripada latar belakang yang
berbeza. Justeru, pelatih boleh mendapatkan
kemahiran mengendalikan disiplin pelajar dengan
memerhatikan apa yang dilakukan oleh guru
disiplin dan guru lain di sekolah. Jika sekolah
tersebut baik dari segi kes disiplin, mungkin
pelatih berpeluang untuk mendapatkan ”first
hand experience” tentang kawalan, pengawasan,
dan tatacara yang digunakan oleh guru dalam
mengendalikan disiplin murid.
Sebagaimana yang kita ketahui, masalah
disiplin bukanlah berlaku dalam masa yang
48
singkat dan tiba-tiba. Begitu juga pengendalian
disiplin pelajar bukanlah aktiviti yang bersifat
untuk menangani perkara yang telah berlaku.
Pengendalian disiplin pelajar bersifat menyeluruh
meliputi aspek kerohanian dan kesedaran,
jasmani, pembelajaran, dan aktiviti-aktiviti yang
pelejar terlibat di dalamnya. Pendek kata, semua
pengalaman pelajar di sekolah adalah bertujuan
untuk mendisiplinkan pelajar dan menjadikan
mereka manusia yang berguna di masa hadapan.
Salah faham terhadap perkara inilah yang
menyebabkan sesetengah sekolah tidak mampu
membawa perubahan positif kepada masalah
disiplin pelajar mereka.
Guru yang berpeluang mengajar di dua
sekolah yang berbeza dapat melihat perbezaan
antara sekolah A dan B. Mereka boleh
membandingkan pendekatan yang digunakan
dalam pengendalian disiplin pelajar. Bagi pelatih
yang pertama kali mengajar pula, mungkin
pengalaman ketika bersekolah boleh membantu
mereka mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang
berguna yang suatu masa dahulu telah
membentuk mereka menjadi insan pelajar yang
baik dan berguna. Selalulah berbincang dengan
rakan guru di sekolah tersebut, nescaya anda
akan mendapat banyak tip yang baik daripada
mereka!
49
Tujuh Kesilapan Biasa Dilakukan Oleh Guru
Pelatih
Terdapat beberapa kesilapan yang sering dihadapi
oleh guru pelatih semasa sesi latihan mengajar.
Tujuh kesilapan yang biasa dilakukan oleh
mereka ialah (1) tidak membuat persediaan
mengajar (2) menganggap guru pembimbing tidak
penting (3) tidak menjalin hubungan baik dengan
guru lain (4) melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan norma sekolah (5) rasa tidak
yakin dalam mengahdapi murid yang hampir
sebaya dengan mereka (6) tidak melibatkan diri
dalam aktiviti sekolah dan (7) tidak memahami
pensyarah yang menyelia mereka.
Tidak Membuat Persediaan Mengajar.
Nampak tak munasabah, tapi inilah antara
kesalahan yang kerap dilakukan oleh pelatih.
Penyelia datang ke sekolah dan pelatih tidak
membuat persediaan mengajar disebabkan oleh
7
50
berbagai-bagai alasan. Menyediakan persediaan
mengajar adalah perkara yang sangat penting
untuk dinilai. Walaupun begitu, masih ada yang
berani ambil ringan perkara tersebut dan
menunggu hingga saat akhir untuk
menyediakannya. Satu kes yang dilaporkan oleh
pensyarah sebuah universiti yang menyelia di
Muar bahawa pelatih baru hendak menyiapkan
persediaan mengajar semasa beliau datang. Juga
kes di mana pelatih tak buat persediaan mengajar
yang lepas dengan andaian bahawa penyelia tidak
menyemak persediaan hari-hari lepas. Walaupun
perkara ini seringkali diingatkan dalam sesi
taklimat dan kelas pengajaran mikro dan kaedah
mengajar, terdapat juga kes-kes di mana pelatih
bersikap sambil lewa dalam hal ini. Pensyarah
boleh memberi markah sifar kepada persediaan
hari itu dan mengira markah tersebut dalam
purata markah latihan mengajar. Dalam
kebanyakan kes, pelatih tersebut biasanya
mendapat markah rendah atau gagal sesi latihan
mengajar tersebut.
Antara masalah yang yang kerap dihadapi
oleh pelajar ialah untuk untuk menentukan
objektif pembelajaran. Objektif yang ditulis tidak
selari dengan kandungan isi yang mereka
nyatakan. Apa yang kita nasihatkan pelajar ialah
supaya mereka bermula dengan isi kandungan
51
yang hendak diajar. Selepas itu barulah mereka
pastikan apakah objektif pembelajaran yang
penting daripada isi tersebut.
Sebenarnya kemahiran tentang isi
kandungan (content) adalah asas kepada
pengajaran yang berkesan. Memahamkan isi
kandungan yang hendak diajar termasuklah
melalui penganalisaan semua tajuk yang perlu
diajar pada sesuatu masa. Ini bermakna apabila
pelatih mengambilalih tugas daripada guru
pembimbing, pelatih perlu melihat secara
menyeluruh beban tugas dan isi mata pelajaran
yang dipertanggungjawabkan. Antara kesilapan
yang kerap dilakukan pelatih ialah menentukan
isi mata pelajaran melalui pembacaan yang
berdikit-dikit. Mereka hanya menyalin isi
kandungan buku teks ke buku persediaan latihan
mengajari. Oleh sebab itu, apa yang diajar
kadangkala terlalu sedikit atau tiada isi atau
terkadang-kadang terlampau padat pula dan
sukar dihabiskan dalam masa yang dirancang.
Sebenarnya, apa yang perlu dilakukan pelatih
ialah membaca semua kandungan yang hendak
diajar dan mengenalpasti isi-isi penting dan kaitan
antaranya. Selepas itu barulah pelatih akan
menjuzukkan isi tersebut kepada bulan atau
minggu dan masa yang diperuntukkan. Kemudian
52
barulah boleh pelatih mengenalpasti kemahiran
yang hendak disampaikan kepada murid.
Menganggap Guru Pembimbing Tidak Penting
Guru pembimbing adalah guru yang
berpengalaman dalam bidang yang diajar oleh
pelatih. Biasanya pelatih mengambilalih tugas
guru pembimbing sepanjang sesi latihan mengajar
tersebut. Oleh itu, apa yang dilakukan oleh
pelatih dalam kelas yang diambil-alih penting bagi
pembimbing kerana pencapaian pelajar masih di
bawah tanggungjawab guru pembimbing
tersebut. Kesilapan yang biasa dilakukan pelatih
ialah tidak mengambil peluang sepenuhnya untuk
belajar daripada pengalaman guru tersebut.
Kebanyakan pelatih merasa malu untuk bertanya
tentang cara untuk meningkatkan pengajaran
dalam kelas, cara untuk menarik minat murid,
cara untuk menangani pelajar bermasalah dan
sebagainya. Ini adalah merugikan pelatih kerana
mereka sepatutnya menimba pengalaman sebenar
guru tersebut dan menggunakannya dalam
pengajaran. Sebagai contoh, darihal pengawasan
kelas yang berkesan, yang ramai guru pelatih
lemah dalam aspek ini terutamanya apabila
melibatkan pelajar yang nakal. Sepatutnya,
53
pelatih berbincang dengan pembimbing cara yang
terbaik untuk menangani karenah pelajar dari
golongan ini.
Seeloknya, pelatih perlu melihat sendiri
bagaimana guru pembimbing mengajar subjek
yang sama. Dengan meminta izin, pelatih boleh
masuk dalam kelas guru pembimbing dan melihat
pendekatan yang digunakan oleh beliau dalam
mengajar. Pengalaman seperti ini sangat berharga
dan tidak dapat diperolehi daripada mana-mana
buku, dan ianya dapat membantu meningkatkan
prestasi pelatih dalam mengajar. Dari
pengamatan, biasanya pelatih yang mempunyai
masalah dengan guru pembimbing juga akan
mengalami masalah dalam menyediakan bahan
pengajaran, mengawal kelas dan mempunyai skor
penyeliaan yang rendah. Semuanya berpunca
daripada sikap malu untuk bertanya atau ego diri
sehingga menyebabkan mereka merasa terlalu
hebat untuk mendapatkan pertolongan guru
pembimbing di sekolah. Sikap seperti ini perlu
dikikis sekiranya pelatih ingin berjaya dalam sesi
latihan mengajar dan mahu menjadi seorang guru
yang baik. Ingat kata pepatah, ular yang
menyusur akar takkan hilang bisanya!
Tidak Menjalin Hubungan Baik Dengan Guru
Lain.
54
Terdapat juga komplen daripada guru-guru
sekolah yang pelatih tidak pandai atau mahu
bergaul dengan guru yang sedia ada di sekolah.
Pelatih berada dalam kelopok mereka tanpa cuba
untuk mengenali dengan lebih rapat guru yang
duduk berhampiran terutamanya dalam bilik
guru. Tidak tahu di mana silapnya, tetapi apa
yang jelas ialah perkara seumpama ini tidak sihat
kerana tanpa perhubungan yang sihat, tidak akan
wujud suasana kerja yang lebih seronok yang
mana sapa menyapa dan tegur-menegur adalah
kebiasaan seharian. Tidak salah untuk berbincang
sesama pelatih terutama dalam hal menyiapkan
persediaan mengajar, tetapi jangan sampai
mengasingkan diri daripada guru-guru tetap di
sekolah. Ini akan memberikan gambaran buruk
tentang imej pelatih dan institusi yang diwakili
oleh mereka.
Melakukan Sesuatu Yang Bertentangan Dengan
Norma Sekolah
Norma merupakan kebiasaan perlakuan yang
diamalkan oleh sesuatu kumpulan. Begitu juga di
sekolah, terdapat norma-norma yang ada yang
perlu disedari dan dicerap oleh pelatih. Ini
bermakna pelatih perlu menggunakan segala
pancaindera yang ada untuk mengenalpasti
55
amalan-amalan yang menjadi kebiasaan di
sekolah. Sebagai contoh, jika telah menjadi
amalan semua guru untuk berebut-rebut balik
sejurus selepas loceng terakhir dibunyikan,
perlakuan yang seumpamanya tidak akan
dipandang serong di sekolah tersebut. Berbeza
jika sekiranya norma sekolah yang gurunya
pulang secara beransur-ansur, jika sekiranya
pelatih menunjukkan rasa tidak sabar dan
menunggu di tepi pagar untuk pulang, tentunya
kelakuan ini dianggap serong.
Tidak melakukan kebiasaan bukanlah
bermakna tindakan kita itu salah sepenuhnya.
Ianya lebih kepada melakukan sesuatu yang
’’tidak dipersetujui’ yang bertentangan dengan
kebiasaan atau norma yang ada di sekolah
tersebut. Sebagai guru pelatih dan staf yang
baharu di sekolah, tentunya gerak geri kita
menjadi perbualan warga sekolah. Justeru, untuk
mengurangkan ketidakselesaan dan pandangan
serong guru dan pentadbir, pelatih perlu
bijaksana dalam mengatur tindakan dan
perkataan. Tunjukkan diri kita sebagai salah
seorang daripada mereka. Barulah kehadiran kita
dialu-alukan dan mereka pastinya akan merasa
selesa dengan kehadiran kita.
56
Rasa Tidak Yakin Dalam Menghadapi Murid
Yang Sebaya Dengan Mereka
Rasa tidak yakin akan menyebabkan pelatih
gugup dan mudah menggelabah bila ditanya oleh
murid. Biasanya rasa menggelabah ini disebabkan
oleh persediaan yang tidak mantap dari segi isi
pelajaran. Mungkin juga ianya disebabkan oleh
kelemahan pelatih yang tidak berupaya untuk
mencernakan pengetahuan daripada pelbagai
sumber dan berusaha menjadikan dirinya pakar
dalam bidang tersebut. Kerapkali ianya terjadi bila
pelatih hanya berpandukan kepada buku teks
sekolah tanpa berusaha untuk mengkaji buku-
buku dan sumber lain untuk memantapkan
pengetahuan mengenai apa yang hendak diajar.
Dalam banyak situasi, masalah yang
dihadapi pelatih ialah dengan murid yang
sememangnya tidak faham tentang apa yang
diajar. Murid-murid yang tidak faham ini biasanya
agak lemah dari segi pencapaian akademik
mereka.Oleh itu, mungkin disebabkan oleh
pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran
pelatih yang tidak sesuai dengan tahap
kemampuan mereka. Oleh itu pelatih perlu
mencuba tanpa jemu untuk mencari pendekatan,
kaedah dan teknik yang berkesan dengan setiap
kelompok pelajar yang berbeza.
57
Kadangkala terdapat juga masalah dengan
murid yang pintar yang cuba mencabar kebolehan
yang ada pada diri pelatih. Sehinggalah pelatih
berjaya membuktikan bahawa mereka lebih
berpengetahuan, barulah dirinya akan dihormati
oleh murid pintar ini. Dalam menangani murid
pintar, pendekatan yang betul perlu diambil. Guru
pelatih perlu menyedarkan mereka dengan fungsi
guru sebagai fasilitator kepada proses
pembelajaran. Ini bermakna guru tidak
semestinya seorang yang serba tahu dalam setiap
hal. Kita perlu bersikap realistik dalam hal ini dan
benar-benar memahami fungsi guru di dalam
kelas. Oleh itu bila dicabar dengan soalan oleh
murid yang pintar, jawapan yang diberikan guru
pelatih tidak semestinya bertujuan menjawab
sepenuhnya persoalan tersebut tetapi seharusnya
boleh membimbing mereka ke tahap pemikiran
yang lebih tinggi bagi merungkai kemusykilan
pelajar tersebut.
Tidak Melibatkan Diri Dalam Aktiviti Sekolah
Terdapat juga pelatih yang tidak mahu melibatkan
diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak
sekolah. Mereka selalunya beranggapan bahawa
mereka hanya perlu mengajar semasa sesi latihan
mengajar. Pandangan ini sebenarnya salah kerana
58
peranan guru di sekolah tidaklah terhad kepada
mengajar sahaja. Guru juga terlibat dalam aktiviti
lain seperti ko-kurikulum kelab dan persatuan
serta lain-lain aktiviti yang diadakan dari masa ke
semasa di sekolah.
Sebenarnya pelatih telah diingatkan sejak
awal lagi untuk sentiasa melibatkan diri dalam
aktivii yang diadakan di sekolah. Ini adalah
kerana dalam masa menjalani sesi latihan
mengajar, guru pelatih adalah sama seperti guru
yang lain dari segi tugas dan tanggungjawab.
Pihak universiti pula sememangnya jelas tentang
perkara ini dan menggalakkan pihak sekolah
untuk melayan pelatih seperti guru biasa. Ini
bermakna pelatih perlu melaksanakan perkara
yang dilaksanakan oleh guru biasa seperti
menghadiri mesyuarat, keterlibatan dalam majlis
sambutan di sekolah, aktiviti ko-kurikulum
seperti persatuan, sukan dan pakain seragam dan
lain-lain lagi. Ini adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada pelatih kepada tugas sebenar
guru selain daripada pengajaran dalam kelas.
Dengan pengalaman sebegini, sekembalinya
daripada sesi latihan mengajar, pelatih akan lebih
mengetahui tentang kekurangan diri dan
mengenalpasti aspek-aspek yang boleh diperbaiki
yang boleh dilakukan olehnya sepanjang baki
pengajian di universiti.
59
Perlu diingatkan di sini bahawa
keengganan pelatih untuk tidak melibatkan diri
dalam aktiviti yang tersebut di atas menyebabkan
guru di sekolah menjadi tidak selesa dan
memandang serong kepada sikap mereka sebagai
guru. Jika sekiranya perkara ini berlarutan, pihak
pengurusan selalunya akan memberikan
maklumbalas yang negatif kepada prestasi pelatih
dan akibatnya mereka akan gagal dan perlu
mengulangi latihan mengajar di semester lain
pula.
Tidak Memahami Pensyarah Yang Menyelia
Memahami pensyarah yang menyelia adalah
perkara penting yang perlu dilakukan. Memahami
pensyarah penyelia bermaksud memahami
jangkaan mereka, standard yang digunakan,
komen yang diberikan selepas penyeliaan, dan
juga perkara-perkara penting yang boleh
mengekalkan hubungan baik mentor-mentee
sepanjang sesi latihan mengajar. Ingat, pensyarah
datang ke sekolah dengan jangkaan-jangkaan
yang tertanam di benak fikirannya. Mereka
mempunyai tanda aras atau standard yang perlu
ditunjukkan oleh pelatih dari segi penulisan,
pengajaran serta tingkahlaku semasa pelatih
berada di sekolah. Ini bermakna, terdapat
60
tingkahlaku tertentu yang sepatutnya
ditunjukkan oleh pelatih untuk menepati
standard atau ciri pelatih yang berjaya.
Seringkali pelatih menyalah anggap
pensyarah sebagai ”kedekut markah” atau terlalu
tegas dalam penilaiannya. Tanggapan ini tidaklah
benar. Pemberian markah bukanlah perkara yang
boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya
tanpa proses penilaian yang teliti. Penilaian perlu
dilakukan seberapa objektif yang mungkin bagi
mengelakkan bias. Dalam masa yang sama
penilaian pelatih dalam sesi latihan mengajar juga
juga perlu dilakukan secara holistik supaya
penilaian tersebut mengambilkira aspek lain yang
penting selain dariapda aspek pengajaran dan
pembelajaran. Sebab itulah penilaian oleh pihak
pengurusan sekolah di mana pelatih ditempatkan
adalah penting dilakukan supaya kesemua aspek
dapat dinilai dengan sebaiknya.
Pelatih juga perlu ingat bahawa pensyarah
perlu menyiapkan bilangan penyeliaan yang
tertentu dalam masa yang terhad. Mereka juga
menghadapi karenah pelbagai pelatih di sekolah
yang berbeza. Mereka membandingkan pelatih A
dengan pelatih B dan C dan menetapkan standard
yang perlu ada dalam pelatih yang diselia. Ini
bermakna sekiranya markah yang tingggi diterima
61
oleh seorang pelatih, markah tersebut seharusnya
yang terbaik setelah membandingkan semua
pelatih yang diselianya. Begitu juga dalam
pemberian markah rendah atau gagal, tentunya
prestasi pelatih tersebut terlalu rendah setelah
dibandingkan dengan pelatih lain yang diselianya.
Setelah itu standard ini pula dibandingkan
dengan pelajar lain yang diselia oleh pensyarah
lain melalui perbincangan dengan pensyarah lain
dan pemerhatian sekiranya perlu. Sebab itulah
dalam kes pelajar yang diberikan markah yang
terlau baik atau yang rendah mahupun gagal,
biasanya pendapat kedua dari kalangan
pensyarah lain diperolehi sebelum sebarang
keputusan dibuat.
Sebenarnya, pensyarah penyelia bukanlah
datang dengan tujuan untuk menggagalkan
pelatih. Mereka datang dengan tujuan
membimbing pelatih terlibat. Pelatih perlu
menganggap pensyarah sebagi mentor kepada
mereka sepanjang sesi latihan mengajar. Peranan
pensyarah ialah untuk memberikan bimbingan,
nasihat dan teguran yang perlu supaya
pengajaran dan tingkahlaku pelatih menjadi
semakin baik. Dalam memberikan bimbingan
kepada pelatih, pensyarah akan menggunakan
kebijaksanaan dan pengalaman yang ada untuk
mengenalpasti nasihat yang terbaik yang boleh
62
diberikan untuk digunakan oleh pelatih. Nasihat
ini dilakukan setelah beliau mengenalpasti
kelemahan yang ada pada diri pelatih. Bagi
pensyarah yang telah senior dan berpengalaman,
dengan minimum interaksi pensyarah dan satu
penyeliaan, beliau sudah boleh mengagak
sejauhmana kemampuan pelatih dan kelemahan
yang ada. Bagi pensyarah yang baru, mungkin
mereka memerlukan lebih masa untuk mengenali
pelatih yang terlibat sebelum dapat memberikan
nasihat dan bimbingan bagi mengubah
tingkahlaku pelatih ke arah yang positif.
Dalam masa membimbing, tentunya
banyak teguran-teguran yang kadangkalanya
bersifat negatif yang perlu dilayan dan diterima
dengan baik oleh pelatih. Ini adalah kerana
teguran yang diberikan bertujuan untuk
menambahbaik pengajaran yang dilakukan.
Terdapat pelatih yang pantang ditegur dan
menganggap teguran sebagai sesuatu yang
memalukan. Ada yang langsung tidak mahu
membaca ulasan penyeliaan yang diberikan dan
mengelak untuk menampal ulasan tersebut dalam
muka surat penyeliaan yang terbabit. Sebenarnya,
sikap diri seperti ini tidak akan mampu mengubah
diri pelatih untuk menjadi guru yang lebih baik.
Sikap ini hanya merugikan masa latihan mengajar
dan akhirnya pelatih tidak akan memperbaiki diri
63
dan mendapat markah yang minimum di hujung
sesi latihan.
Ada pelatih yang menganggap pensyarah
hanya cuba untuk mencari kesilapan. Sebenarnya
tanggapan ini tidaklah benar. Sekiranya dalam
pengajaran, pelatih telah melakukan perkara yang
baik, pensyarah kebiasaanya akan menyatakan
secara tersurat perkara baik yang telah dilakukan.
Ini adalah bertujuan supaya pelatih mengekalkan
tingkahlaku yang baik itu di dalam pengajaran.
Walaubagaimanapun, bagi tujuan
penambahbaikan, pensyarah perlu juga menulis
perkara negatif atau kelemahan yang berlaku
dalam pengajaran. Dalam menulis komen mereka,
biasanya bahasa yang digunakan adalah secara
terus terang bagi tujuan kejelasan dan
menjimatkan ruangan. Oleh itu bahasa yang
digunakan perlu padat dan jelas, dan mudah
untuk difahami oleh pelatih.
Perlu juga diingat bahawa masa yang ada
pada pensyarah tidaklah banyak kerana
penyeliaan kini dilakukan pada masa semeter
belajar. Mereka perlu terkejar-kejar antara kuliah
dan penyeliaan latihan mengajar. Bagi pensyarah
yang menyelia di bandar seperti di Kuala Lumpur
atau Johor Bahru juga tidak terkecuali. Walaupun
nampak dekat tetapi sebenarnya dengan
64
kesesakan di bandaraya, tempoh masa yang lama
adalah perlu untuk bergerak dari satu sekolah ke
sekolah yang lain. Biasanya pensyarah perlu
menyelia lebih daripada empat pelajar di beberapa
sekolah. Ini bermakna sebaik sahaja selesai
sesuatu penyeliaan, pensyarah terpaksa bergegas
untuk ke kelas atau sekolah yang lain.
Pelatih mempunyai masa selepas
penyeliaan untuk bertanya tentang komen yang
diberikan oleh pensyarah. Pada masa ini pelatih
boleh merungkai keraguan yang ada mengenai
jangkaan pensyarah dalam pengajaran beliau.
Seperti mana pensyarah, pelatih juga perlu
berterus-terang sekiranya tidak pasti mengenai
sesuatu hal. Sebagai contoh, samada bahan bantu
mengajar yang digunakan adalah sesuai, atau
mengenai kaedah pengajaran yang digunakan dan
lain-lain perkara yang mungkin tidak berapa jelas
dalam komen yang diberikan. Perlu diingat
bahawa komen yang diberikan bukanlah berakhir
begitu sahaja. Pensyarah penyelia akan datang
pada masa penyeliaan yang lain dan melihat
samada komen-komen tersebut telah diberikan
perhatian oleh pelatih. Jika sekiranya kelemahan-
kelemahan tersebut telah diperbaiki, tentunya
pelatih akan mendapat ulasan penyeliaan dan
markah yang lebih baik.
65
Kisah berkaitan pelatih di sekolah
Cikgu Ali merupakan guru pelatih yang
mengajar Bahasa Inggeris di sebuah sekolah di
daerah Muar. Selang beberapa minggu selepas
pengajarannya bermula, penyelia menerima
aduan daripada pihak sekolah tentang dirinya.
Pihak pengurusan latihan mengajar fakulti
menghantar dua pensyarah untuk menyiasat
tentang perkara tersebut. Apabila tiba di
sekolah penyelia dimaklumkan oleh guru di
sekolah tentang perangai pelik yang
ditunjukkan oleh guru tersebut iaitu sering
berada dalam gelap di asrama warden. Semasa
menemui guru terbabit penyelia terejut melihat
baju yang dipakai ketika bertugas kusut masai
tidak diseterika serta pelatih tidak mamakai
tali leher ketika bertugas.
Cabaran Pelatih Semasa Latihan Mengajar
8
8
66
Menguruskan Kelas
Antara tarikan utama kepada profesion perguruan
ialah kecintaan untuk mengajar pelajar supaya
mereka boleh melakukan sesuatu dengan ilmu
yang telah dipelajari. Untuk mengajar dengan
baik, pelatih mesti berkemampuan menguruskan
dan mengawal kelas dengan baik. Menguruskan
dengan baik kelas yang diajar merupakan satu
cabaran yang perlu dihadapi oleh guru pelatih. Ini
adalah kerana pelajar yang ada di zaman ini
sangat berbeza dengan pelajar dahulu. Latar
belakang pendidikan dan perkembangan teknologi
tanpa sempadan menyebabkan generasi pelajar
yang dihadapi oleh guru sekarang sangat
mencabar dari pelajar dulu terutamanya dari segi
keperluan dan kehendak mereka. Hakikat ini
perlu diterima dan dihadapi dengan tabah oleh
guru pelatih semasa menguruskan kelas yang
diajar. Walaubagaimanapun, mereka bukannya
berseorangan kerana bukan sahaja guru pelatih
mengalami masalah ini, bahkan guru yang telah
senior dan mengajar bertahun-tahun juga
sentiasa tercabar dengan karenah pelajar semasa
di dalam kelas.
Untuk mengetahui cara menguruskan
kelas dengan betul, pelatih boleh berkongsi
67
pengalaman dengan guru lama di sekolah. Ini
adalah kerana guru lama telah masak dengan
masalah yang ditimbulkan oleh pelajar di kelas
tersebut dan selalunya mereka mengetahui cara
terbaik menangani masalah yang ditimbulkan
pelajar.
Menjadi Guru Yang Disukai Pelajar
Menjadi guru yang disukai pelajar merupakan
satu cabaran bagi pelatih. Murid yang berbeza
latar belakang dengan karenah yang pelbagai
pastinya mempunyai keperluan pembelajaran
yang berbeza yang perlu ditangani pelatih. Ini
bermakna pelatih terpaksa mengerah kepandaian
dan kemahiran yang ada untuk menarik hati
pelajar.
Untuk disukai pelajar, perkara pertama
yang penting dilakukan oleh pelatih ialah
menunjukkan kesungguhan dalam pengajaran
dengan mengajar secara bersemangat, dan tidak
berkira dalam mencurah bakti dan ilmu yang ada.
Kesungguhan ini boleh dibuktikan dengan
menunjukkan pengajaran bertenaga sepanjang
masa. Pengajaran bersemangat perlu dibuktikan
dengan suara yang kuat dan tegas terutamanya
bila membuat penekanan kepada konsep penting
68
yang diajar. Pelatih perlu juga menunjukkan
bahawa usaha untuk memberikan kefahaman
kepada pelajar dibuat secara bersungguh-
sungguh, tanpa mengira latar belakang kaum dan
tahap pencapaian mereka.
Cara kedua untuk menjadi guru yang
disukai pelajar ialah dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran dari masa ke semasa.
Mungkin sesekala pelatih perlu memberikan
pengalaman pembelajaran yang berbeza kepada
pelajar dengan menukar tempat belajar,
melakukan aktiviti berkumpulan, melakukan
lawatan ke tempat terpilih, pembentangan projek
atau tugasan dan bermacam-macam lagi cara
yang boleh dilakukan. Pelatih boleh berbincang
dengan guru lama yang kreatif bagi mengenalpasti
cara dan pendekatan yang boelh dicuba.
Biasanya tips guru lama sangat praktikal dan
sesuai digunakan kerana ianya telah diuji dan
terbukti.
Menyerap Semua Maklumat Yang Diberikan
Dan Membuat Tindakan Terbaik
Pelatih yang berada di sekolah akan banyak
menerima input dan pandangan daripada pelbagai
pihak yang ditemuinya di sekolah. Semua
pandangan tersebut berkemungkinan ada
69
rasionalnya. Cuma apa yang mencabar yang perlu
dilakukan ialah bagaimana guru pelatih boleh
mendengar semua pandangan tersebut,
menganalisis keperluan yang dihadapinya dan
bertindak dengan sebaik mungkin dengan
mengambilkira semua pandangan tersebut.
Kerapkali pelatih menjadi bingung dan tidak tahu
apa yang perlu dilakukan. Ada juga yang
mengambil keputusan tidak mengendahkan
semua pandangan tersebut. Ada juga pelatih yang
menggunakan pandangan yang berbeza itu untuk
melaga-lagakan pensyarah penyelia, pembimbing
dan guru di sekolah.
Sebenarnya sebagai seorang pelatih semua
yang dinyatakan itu tidak seharusnya berlaku.
Apa yang perlu dilakukan ialah bersikap terbuka
dan memahami semua pandangan yang diberikan.
Pelatih perlu melihat kepada cadangan yang
diberikan, konteks di mana ia berlaku,
kekuatannya dan kelemahannya jika ada, dan
kesesuaiannya untuk dilaksanakan dalam situasi
diri sendiri. Jika sekiranya ada sebarang
keraguan, pelatih perlu bertanya tentang perkara
tersebut. Jika masih tidak jelas tentang perkara
tersebut, pelatih perlu cuba untuk mendapatkan
pandangan kedua tentang perkara tersebut.
70
Sememangnya mendengar dan
menimbangkan pendapat yang berbeza kadang-
kadang meletihkan lagi membosankan.
Walaubagaimanapun, sekiranya pelatih bersedia
untuk melakukan perkara yang dinyatakan di
atas, mereka akan dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi, kemahiran
menganalisis, dan kemampuan menerima dan
menilai pendapat yang berbeza. Mereka akan
menjadi lebih matang dalam memikir dan
membuat keputusan. Mereka juga akan menjadi
seorang yang peka dengan pandangan orang lain
serta bersifat sensitif dan empati dengan
perbezaan pendapat dan cadangan daripada orang
lain. Ini bukan hanya menjadikan mereka seorang
yang kaya maklumat, tetapi seorang yang disegani
kerana rendah diri, berfikiran terbuka, matang
dan dapat membuat keputusan yang terbaik
dalam kerjayanya.
Kesimpulan
9
71
Semua perkara yang dibincangkan di atas
bertujuan untuk memberikan gambaran dan
panduan ringkas kepada pelatih supaya masa
cuba-jaya dan kesilapan yang bakal berlaku dapat
dikurangkan sepanjang sesi latihan mengajar. Ini
adalah kerana masa latihan mengajar yang ada
sangatlah pendek dan tersangat pantas berlalu.
Dengan cadangan yang diberikan, adalah
diharapkan pelatih boleh belajar dengan lebih
pantas dan dapat lebih bersedia secara emosi,
fizikal, dan lebih berstrategi dalam menjalani sesi
latihan mengajar yang datang hanya sekali
seumur hidup.
Biasanya pelatih akan merungut di akhir
sesi latihan tentang singkatnya masa latihan
mengajar dan jika boleh mahu sahaja disambung
tempoh masa tersebut. Mereka baru saja mahu
mengenal hati budi warga sekolah dan
pengurusannya, juga kepelbagaian perangai
murid-murid yang ceria tetapi kekadang
mencabar. Belum sempat melakukan perkara
yang dirancang, masa latihan telah pun tamat.
Itulah hakikat keseronokan kehidupan sebagai
seorang guru. Yang penting, pelatih perlu bersedia
untuk membawa semua kenangan pahit dan
manis di sekolah dengan perasaan bangga di hati
dan semangat yang kuat untuk memperbaiki diri
bagi menjadi seorang guru cemerlang yang
72
berwibawa dan berbakti di kemudian hari. Dengan
usaha yang kuat, insha-Allah semuanya bukan
mustahil untuk dilakukan.
Bibliografi
Boreen, J., Johnson, M.K., Niday, D., dan
Potts, J. (2000). Mentoring beginning
teachers: Guding, reflecting, coaching.
73
Portland, Maine: Stenhouse
Publishers.
Browne, L.K. (2007). Training to teach in the
learning and skills sector: From threshold
award to QTLS. London: Pearson
Longman.
Calderhead, J. dan Shorrock, S.B. (1997).
Undertsanding teacher education.
London: Falmer Press.
Cheng, Y.C., Chow, K. W., dan Mok, M.M.C.
(2004). Reform og teacher education in the
Asia Pasific in the new Millennium.
Dordrecht, The Netherlands: Kluwer
Academic Publishers.
Eagling, P., Turner, S., Ryan, C., dan Tanner, D.
(2002). Returning to teach in primary
schools. Exeter, London: Learning
Matters Ltd.
Hagger, H., Burn, K., dan McIntyre, D. (1995).
The school mentor handbook: Essential
skills and strategies for working with
student teachers. London: Kogan Page.
74
Ishak Harun(1988). Asas-asas dalam amalan
pedagogi. Kuala Lumpur: Utusan
Publication.
Knight, J. (Ed) (2009). Coaching approavhes and
perspectives.Thousand Oaks, California:
Corwin Press.
Shaw, R. (1995). Teacher training in secondary
schools. London: Kogan Page.
Show. R. (1992). Teacher training in secondary
schools. London: Kogan Page.
Tickle, L. (1987). A study of partnership in
teacher education. London: Falmer
Press.
Tomlinson, P. (1995). Understaning Mnetoring:
Reflective strategies for school-based
teacher preparation. Buckingham,
Philadelphia. Open University Press.
Wilkin, M. (1996). Initial teacher training: The
dialogue of ideology and culture: London:
Falmer Press.