6
1. Yang manakah antara berikut kajian pertalian ? A Kajian korelasi. B Kajian deskriptif. C Kajian perbandingan. D Kajian kuasi eksperimen. 2. Yang manakah antara berikut merupakan ciri penyelidikan kualitatif? A Generalisasi kepada populasi. B Persampelan rawak. C Orientasi kes yang unik. D Pengukuran dan ujian standard. 3. Soalan 3 adalah terlibat dengan pengumpulan data dalam penyediaan Proposal Kajian. Kaitkan jenis kaedah penyelidikan berikut dengan penjelasan kajian yang diberikan di bawah. A Soalselidik B Temubual C Pemerhatian D Analisis dokumen 4. Bila kita membaca bahagian………….daripada laporan penyelidikan, pembaca seharusnya dapat menentukan populasi dan kesahan luaran bagi kajian berkenaan. A Persampelan B Semakan literature C Pernyataan permasalahan 1 LATIHAN TUTORIAL 7 Penyelidikan yang menggunakan sampel yang banyak, penggunaan kaedah ini merupakan alat ukur yang paling praktikal untuk mengukur sikap, pendapat dan pengetahuan.

Latihan Tutorial 7 - Students.docx

  • Upload
    najib

  • View
    224

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

LATIHAN TUTORIAL 7

LATIHAN TUTORIAL 71.Yang manakah antara berikut kajian pertalian ?A Kajian korelasi.B Kajian deskriptif.C Kajian perbandingan.D Kajian kuasi eksperimen.

2. Yang manakah antara berikut merupakan ciri penyelidikan kualitatif?A Generalisasi kepada populasi.B Persampelan rawak.C Orientasi kes yang unik.D Pengukuran dan ujian standard.

3.Soalan 3 adalah terlibat dengan pengumpulan data dalam penyediaan Proposal Kajian. Kaitkan jenis kaedah penyelidikan berikut dengan penjelasan kajian yang diberikan di bawah.

Penyelidikan yang menggunakan sampel yang banyak, penggunaan kaedah ini merupakan alat ukur yang paling praktikal untuk mengukur sikap, pendapat dan pengetahuan.

ASoalselidik

BTemubual

CPemerhatian

DAnalisis dokumen

4.Bila kita membaca bahagian.daripada laporan penyelidikan, pembaca seharusnya dapat menentukan populasi dan kesahan luaran bagi kajian berkenaan.

APersampelan

BSemakan literature

CPernyataan permasalahan

DSoalan kajian atau hipotesis kajian

5. Gaya penulisan rujukan di penghujung teks di bawah ini merupakan penulisan untuk rujukan __________ oleh The Publication Manual of The American Psychological Association 6th Edition (APA).A BukuB JurnalC Petikan akhbarD Kertas Persidangan

Nor Azah Abdul Aziz. (2011). Kaedah Menangani Stress Dengan Solat. Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 10-15.

6.Proses meringkaskan literatur yang telah dikenalpasti adalah semua yang berikut KECUALI :A Membuat salinan, memuat turun dan pengumpulan.B Membuat nota ringkas dan abstrak penyelidikan lepas.CMembentuk pemetaan literatur.D Menulis rujukan.

7.Paradigma ______________ juga dikenali sebagai paradigma humanistik, konstruktivis atau naturalistik. Ia memfokuskan analisis yang mendalam mengenai sesuatu isu, misalnya sikap manusia yang kompleks berdasarkan pandangan-pandangan responden.A InterpretisvismeB PositivismeC NaturalismeD Pascamodernisme

8.Jenis-jenis rekabentuk kajian kualitatif terdiri dari

i. Kajian kesii. Kajian ex post factoiii. Kajian naratifiv. Fenomenologi

A i sahaja

B ii dan iii sahaja

C ii, iii dan iv sahaja

D i, iii dan iv sahaja

9.Apakah skala yang digunakan bagi menyatakan Ali orang Malaysia, manakala John adalah orang Amerika.

ANominal

BOrdinal

CInterval

DNisbah

10.Satu kajian mendapati korelasi yang positif di antara skore IQ dan tempoh memberi perhatian kepada guru bagi murid Tahun 6. Lantaran itu, penyelidik boleh menyatakan bahawa:

ATempoh memberi perhatian yang lama kepada guru disebabkan oleh kecerdasan

BIQ yang tinggi menyebabkan tempoh perhatian yang lama

CKemungkinan besar, sampel yang besar bagi murid Tahun 6 yang mempunyai IQ yang tinggi mempunyai min tempoh memberi perhatian yang pendek dari sampel yang ramai murid Tahun 6 yang mempunyai IQ yang rendah.

DSeseorang boleh meramalkan tempoh memberi perhatian yang lama pada murid Tahun 6 yang mempunyai IQ yang tinggi berbanding murid Tahun 6 yang mempunyai IQ yang rendah.

11.Tentukan statistik yang paling sesuai telah digunakan untuk membuat analisis bagi keadaan seperti yang dinyatakan di bawah :

Skor min (mean) bagi peperiksaan akhir Bahasa Inggeris murid lelaki adalah signifikan lebih tinggi dari murid perempuan.

AANOVA

BUjian-t

CKhi-kuasa dua

DKorelasi

12.Tentukan, statistik yang paling sesuai telah digunakan untuk membuat analisis bagi keadaan seperti yang dinyatakan.

Bilangan murid yang tinggal di kawasan Bandar yang ponteng sekolah kini menurun secara signifikan berbanding dengan murid yang tinggal di kawasan luar Bandar.

AANOVA

BKorelasi

CUjian-t

DKhi Kuasa Dua

13.Satu ujian pencapaian sekolah rendah telah dibina untuk murid Tahun 6. Beberapa langkah telah dibuat dalam penyediaan ujian berkenaan. Antara langkah-langkah yang telah diambil ialah penyediaan garis kasar item ujian.

Garis kasar item ujian telah disedikan oleh satu jawatankuasa pakar dari PPD. Langkah yang manakah telah dikendalikan oleh jawatan kuasa pakar dari PPD itu ?

AMenentukan kesahan kandungan

BMenetapkan kesahan criterion yang berkaitan

CMenentukan kesahan konstruk

DMenentukan kebolehpercayaan

14.Cikgu Noraini menyemak satu ujian pencapaian untuk memastikan setakat mana ujian itu telah menguji apa yang telah diajar dalam kursus berkenaan.

Apakah jenis kesahan yang telah dikaji oleh Cikgu Noraini ?

AKesahan muka

BKesahan kandungan

CKesahan criterion-berkaitan

DKesahan konstruk

15. Kajian yang memfokuskan sesuatu fenomena yang dilalui oleh seseorang individu seperti kajian terhadap mangsa gempa bumi, pesakit kanser dan pengalaman kes buli pelajar adalah kajian ______________.A EtnografiB Fenomenologi C Grounded TheoryD Naratif

16.Gaya penulisan rujukan di penghujung teks di bawah ini merupakan penulisan untuk rujukan __________ oleh The Publication Manual of The American Psychological Association 6th Edition (APA).A BukuB JurnalC Petikan akhbarD Kertas Persidangan

Fatimah Ali. (2013). Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Serdang : Penerbit Kreatif.

17.Soalan No. 17 adalah berdasarkan petikan di bawah.

Kajian saya ini melibatkan kutipan data lebih daripada satu sampel atau senang cakap lebih daripada satu populasi..Saya perlu buat pemilihan sampel secara rawak pada satu masa tertentu. Nasib baik tidak memerlukan masa yang yang panjang..Senang la sikit Encik Fadli, Universiti XYZ.

Daripada petikan tersebut, apakah bentuk kajian tinjauan yang sedang diperkatakan oleh Encik Fadli?A. Kajian longitudinalB Kajian merentas (cross sectional)C Kajian deskriptifD Kajian ex-post facto18.Kelebihan menggunakan borang soal selidik (questionnaires) adalah semua yang berikut KECUALI :A Lebih banyak respon dapat diperolehi pada kos yang lebih rendah.B Data dapat dikumpul daripada ramai responden dalam masa yang singkat.C Responden merasa lebih yakin kerana nama tidak perlu didedahkan dan mereka boleh menjawab dengan lebih jujur.D Soalan kajian lebih mudah untuk difahami memandangkan ianya dalam bentuk bertulis.19.Lebih hampir koefisien korelasi kepada +1 atau -1, maka lebih tinggilah

ARisiko membuat ramalan

BDarjah pertalian

CKesignifikanan kajian

DRalat pengukuran

20.Antara pengkelasan penyelidikan yang berikut yang manakah TIDAK dapat mengasingkan pembolehubah bersandar (dependent variable) dan pembolehubah tidak bersandar (independent variable)

APenyelidikan eksperimen

BPenyelidikan korelasi

CPenyelidikan longitudinal

D Penyelidikan rentas

5