3
SeJ.ii/(,r PerpU\"/lIlt.tltlll 'LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN- PERPUSTAKAAN DI IRAN ol eh SHAHAHROM TM SULAIMAN * ABSTRACT The observatioll made by the writer on the vastness and uniqueness of manuscript collection found in a number of libraries and institutions in Iran during his study visit 10 trace Malaysiana materials in Iran in 1996. His visit includes AyalUliah Marashi Najafi Library in Qam, Ascan Quds Razavi Mashad. University of Tehran and the National Library of Iran. ... gak sukar untuk mempercayai pandangan W Prof. Harun Nasurion (pemikir Islam Indo- nesia (ersohor) bahawa 'Tradisi Pemikiran Falsafah di Dunia Sunni lelah mali te/api di Dunia Syiah khususnya Iran masih hidup dan berkembang maju '. Pandangan itu dinyatakan disekitar dua puluh tahun yang lalu dan kita sukar memahami apa yang dimaksudkan oleh Prof. Harun Nasution. Di Ma- laysia, kita mungkin biasa berkenalan dengan pemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed Hoessein Nasr melalui karya-karyanya yang diterjemahkan tetapi kita mung kin belum biasa dengan pemikiran Murtadha Muttahari, Muhammad Baqir Sadr, Tabathabai dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya karya Muhammad Baqir Sadr seperti 'falsafahtuna' atau karya Mutahhari iaitu 'pengamar logik', IOta akan merasa terpegun dengan kehebatan pembahasan-pembahasan yang menarik dan bernas. Kita akan terpegun lagi kerana pemikiran-pemikiran itu lahir dari tangan para' Ayatullah' yang dari segi tradisionalnya hanyalah seorang ulamak. Percayakah kita melihat perbincangan ekonomi tingkat tinggi atau falsafah peringkat tinggi dihasilkan oleh para Ayatullah? Mungkin kita juga tidak menjangka bahawa sudah banyak buku-buku ekonomi ditulis oleh Hashemi Rafsanjani, (Presiden Iran yang juga seorang ulamak). Khutbah-khutbah jumaamya selalu diisi dengan laporan-Iaporan lapangan tentang pembangunan, itupun kita belum didedahkan kepada karya-karya ulamak klasik mereka seperti AI-Amudi, Mulla Sadra, As-Saduq yang menulis berjilid-jilid buku. Pandangan Prof. Harun Nasution itu teras a kebenarannya apabiJa penulis berpeluang meninjau dan melawat perpustakaan-perpustakaan di Iran barn- barn ini. Di Iran, tradisi keilmuan masih terpelihara dengan baik. Kitab-kitab lama masih diajar, dikaji bahkan dikritik khususnya di institusi pengajian * Pustakawan. Bahagian Khidmat Tekn i k, Perpustakaan Negara Malaysia. Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN DI …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2376/1/Sekitar_1996_23_8.pdfpemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed ... dengan pemikiran

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN DI …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2376/1/Sekitar_1996_23_8.pdfpemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed ... dengan pemikiran

SeJ.ii/(,r PerpU\"/lIlt.tltlll

'LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN­PERPUSTAKAAN DI IRAN

oleh

SHAHAHROM TM SULAIMAN*

ABSTRACT

The observatioll made by the writer on the vastness and uniqueness of manuscript collection found in a number of libraries and institutions in Iran during his study visit 10 trace

Malaysiana materials in Iran in 1996. His visit includes AyalUliah Marashi Najafi Library in Qam, Ascan Quds Razavi Mashad. University of Tehran and the National Library of Iran.

... gak sukar untuk mempercayai pandangan W Prof. Harun Nasurion (pemikir Islam Indo­nesia (ersohor) bahawa 'Tradisi Pemikiran Falsafah di Dunia Sunni lelah mali te/api di Dunia Syiah khususnya Iran masih hidup dan berkembang maju '. Pandangan itu dinyatakan disekitar dua puluh tahun yang lalu dan kita sukar memahami apa yang dimaksudkan oleh Prof. Harun Nasution. Di Ma­laysia, kita mungkin biasa berkenalan dengan pemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed Hoessein Nasr melalui karya-karyanya yang diterjemahkan tetapi kita mung kin belum biasa dengan pemikiran Murtadha Muttahari, Muhammad Baqir Sadr, Tabathabai dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya karya Muhammad Baqir Sadr seperti 'falsafahtuna' atau karya Mutahhari iaitu 'pengamar logik', IOta akan merasa terpegun dengan kehebatan pembahasan-pembahasan yang menarik dan bernas.

Kita akan terpegun lagi kerana pemikiran-pemikiran

itu lahir dari tangan para' Ayatullah' yang dari segi tradisionalnya hanyalah seorang ulamak. Percayakah kita melihat perbincangan ekonomi tingkat tinggi atau falsafah peringkat tinggi dihasilkan oleh para Ayatullah? Mungkin kita juga tidak menjangka bahawa sudah banyak buku-buku ekonomi ditulis oleh Hashemi Rafsanjani, (Presiden Iran yang juga seorang ulamak). Khutbah-khutbah jumaamya selalu diisi dengan laporan-Iaporan lapangan tentang pembangunan, itupun kita belum didedahkan kepada karya-karya ulamak klasik mereka seperti AI-Amudi, Mulla Sadra, As-Saduq yang menulis berjilid-jilid buku.

Pandangan Prof. Harun Nasution itu teras a kebenarannya apabiJa penulis berpeluang meninjau dan melawat perpustakaan-perpustakaan di Iran barn­barn ini. Di Iran, tradisi keilmuan masih terpelihara dengan baik. Kitab-kitab lama masih diajar, dikaji bahkan dikritik khususnya di institusi pengajian

* Pustakawan. Bahagian Khidmat Tekn ik, Perpustakaan Negara Malaysia.

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN DI …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2376/1/Sekitar_1996_23_8.pdfpemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed ... dengan pemikiran

tradisiona!. Kritikan-kritikan itu lahir dari pemikiran­pemikiran baru dan pemikiran baru itu pula bukanlah 'diimpot' dari luar bahkan bertolak dari tradisi tersebutjuga. Maka ilmu pengelahuan adalah sebuah 'akumulasi'. IImu pengelahuan yang tinggi itu sebenamya selalu berdiri di puneak kebenaran.

Penulis agak terpegun akan rarusan ribu khazanah manuskrip yang luar biasa tersimpan di Perpuslakaan-perpustakaan di Iran. Manuskrip­manuskrip yang dihasilkan oleh Ibn Sina, AI-HilIi, AI-Tulsi, Firdausi masih baik di peliliara. Penulis berkesempatan mengunjungi Perpustakaan Ayatullah Marashi Najafi di Qom. Perpustakaan itu menyimpan lebih dari seratus ribu manuskrip dalam pelbagai bahasa sepeni Parsi , Arab, Urdu dan Turki. Apa yang menarik mengenai perpuslakaan ini, ialah ianya berasal dari sebuah perpustakaan peribadi Ayatullah Marashi Najafi. Beliau mula mengumpuI manuskrip ketika berumur dua puluh tahun dan untuk membeli manuskrip, beliau hanya makan sekali sehari dan mengambil upah sembahyang ' Qadha' . Menurut anaknya, Dr. Mahmood Marashi, "ayahnya mengabdikan sebahagian besar kehidupannya mengumpul manuskrip sehingga beliau berwasiat supaya disemadikan jasadnya di Perpustakaan". Ayatullah Marashi meninggal dunia ketika usianya 96 tahun dan penulis sendiri melihat makamnya dipintu masuk Perpustakaan tersebut. Suatu komitmen luarbiasa seorang ulamak terhadap khazanah iImu pengelahuan. Perpustakaan ini bukan saja 'Iuar biasa' dari segi koleksi manuskrip tetapi juga mempunyai koleksi majalah lama, mikrofilem bahkan mempunyai bahagian membaiki buku dengan peralatan serba eanggih. Penulis sendiri meliha! lebih dari tiga puluh jilid indeks kepada manuskrip yang terdapat di perpustakaan terse but. Menurut Dr. Mahmood Marashi lagi. ,. adalah menjadi harapan ayahnya agar perpuslakaan tersebut menjadi pusat rujukan bagi semua mahasiswa Islam dari seluruh dunia. " Oleh kerana bangunan perpustakaan sekarang tidak dapat menampung jumlah bahan yang semakin bertambah, sebuah bangunan tambahan sedang didirikan yang boleh menampung tiga juta naskah bahan dan dijangka siap pad a tahun 1997.

S e ltiltlr l~ e rJ111\ltll,tltllI

Keadaan yang hampir sarna juga terdapat di Perpustakaan Astan Quds Razavi di Mashad yang mempunyai puluhan ribu manuskrip. Menurut Dr.Adhalan (Pengarah Perpustakaan), "aktiviti sebenar perpustakaan ini telah pun bermula sejak tahun 861 Hijrah dan disini juga tersiml'an dua beIas ribu manuskrip AI-Quran". Perpustakaan ini bukan saja bebat dari segi koleksi manuskrip tetapi juga hebat dari segi rekabentuk dan senibina bangunan perpustakaan. Apa yailg menarik mengenai perpustakaan ini, ianya mempunyai bahagian menghias buku yang bertanggungjawab menonjoikan aspek-aspek kesenian samada dari segi kaligrafi, iluminasi dalam menghiaskan buku kbususnya mannskrip. Di sinijuga terdapat sejumlah tiga puluh enam ribu gulung mikrofiIem yang dibuat salinan dari manuskrip dan 16,700 judul juma! baru dan lama dalam pe!bagai bahasa tersimpan di perpustakaan.

Penulis juga berpeluang mengunjungi Perpustakaan Universiti Teheran yang mempunyai koleksi manuskrip lebili daripada dua puluh ribu buah dan Perpustakaan Majlis (Parlimen Iran) mempunyai koleksi manuskrip lebih dari tujuh beIas ribu buah. Menurut Ghulam Reza Fardaie (Pengarah Perpustakaan Majlis), "adalah menjadi kebanggaan perpustakaan-perpustakaan di Iran untuk menyirnpan dan memelihara kbazanah manuskrip walaupun manuskrip yang sarna mungkin terdapat di perpustakaan lain". 'Lautan Manuskrip' yang sama juga terdapat di Perpustakaan Negara Iran yang melebihi empat puluh ribu naskbah. Perp!lstakaan Negara Iran ini telah ditubuhkan pada tahun 1937 sebagai Pusat Pendidikan Saintifik dan Kesarjanaan. Berdasarkan Akta Perpustakaan Negara Iran yang diluluskan pada tabun 1990, Perpustakaan ini beroperasi seeara terus dibawah Presiden Republik Islam Iran. Berdasarkan Akta itujuga, Perpustakaan Negara Iran bertanggungjawab memperolehi, memelihara, menyusun dan menyebarkan maklumat dalam bentuk bereetak dan bukan bercetak di Iran yang dihasilkan oleh penulis Iran samada dalam atau luar negeri khususnya mengenai Iran dan Islam. Selain daripada melawat perpustakaan, penulis

~----------~~==============.

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: LAUT AN MANUSKRIP' PERPUSTAKAAN PERPUSTAKAAN DI …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/2376/1/Sekitar_1996_23_8.pdfpemikiran Dr. Ali Shariati dan Prof. Seyyed ... dengan pemikiran

sempat berkunjung kedai buku dan penerbit Ansariyan, salah satu penerbit buku terbesar di Iran, dimana 'Iautan buku' di dalam pelbagai bahasa seperti Inggeris, Russia, Perancis, Jerman, Turki dijual. Apa yang menarik terdapal sebuah buku bahasa melayu bertajuk ' Mengenal Allah' (terjemahan dari bahasa Parsi) turut terdapat di kedai buku tersebut. Penulis juga mendapat maklumat daripada penerbit tersebut bahawa terdapat lebih daripada sepuluh buah buku yang ditulis oleh penulis Iran mengenai Malaysia dalam bahasa Parsi dan ini tidak termasuk tiga puluh kertas kerja saintifik mengenai Malaysia yang ditulis oleh sarjana-sarjana Iran yang dibentangkan di Seminar/Persidangan di Iran.

Se/';illir Perplislll/.;trllll

Menurut pengamatan penulis , maklumat mengenai Malaysia semakin diberi perhatian kerana kemajuan ekonomi negara Malaysia yang dinamik di samping Dr. Mahathir Mohamad sendiri cukup dihormati dan dikenali di Iran. Sebetulnya, Malaysia dan Iran merupakan dua negara yang paling aktif membincangkan isu-isu Islam di peringkat amarabangsa, maka tidak hairanlah Malaysia amat dihormati di Iran.

Lawatan penulis ke Iran sebenarnya memberi semacam kesedaran bahawa khazanah keilmuan dalam peradaban Islam cukup besar, masih segar terpelihara dan paling penting masih banyak yang perlu dikaji dan dipelajari.

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia