5
APRIL 2011 LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM ARAU PERLIS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN CAWANGAN PULAU PINANG Pada 4 April 2011, seramai 38 pelajar dan 3 pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Arau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Perusahaan Cawangan Pulau Pinang. MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010 KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA Pada 14 April 2011, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Kementerian Sumber Manusia telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Seramai 12 pegawai dan kakitangan dari Mahkamah Perusahaan Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Y.B Datuk Dr. S. Subramaniam. Antara pegawai dan kakitangan tersebut adalah En. Cheng Eak Ping, Puan Azizah binti Sharif, Puan Maznah binti Abdul Hamid, Puan Mashitah binti Haroon, Puan Sarbunisa binti Shahul Hameed, Puan Norlia binti Hipeni, En. Ahmad Huzaimi bin Ali, En. Zamri bin Omar, En. Mohd Tamezer bin Taib, Puan Khatijah binti Roslim, En. Jimbun Anak Ilup, dan En. Ahmad Syazwan bin Abdul Hamid.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

  • Upload
    haduong

  • View
    272

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM  · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

APRIL 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM ARAU PERLIS KE MAHKAMAH PERUSAHAAN CAWANGAN PULAU PINANG

Pada 4 April 2011, seramai 38 pelajar dan 3 pensyarah dari Fakulti Pengurusan Perniagaan, pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia, UiTM Arau telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Mahkamah Perusahaan Cawangan Pulau Pinang.

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2010 KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

Pada 14 April 2011, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 Kementerian Sumber Manusia telah diadakan di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya. Seramai 12 pegawai dan kakitangan dari Mahkamah Perusahaan Malaysia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Y.B Datuk Dr. S. Subramaniam. Antara pegawai dan kakitangan tersebut adalah En. Cheng Eak Ping, Puan Azizah binti Sharif, Puan Maznah binti Abdul Hamid, Puan Mashitah binti Haroon, Puan Sarbunisa binti Shahul Hameed, Puan Norlia binti Hipeni, En. Ahmad Huzaimi bin Ali, En. Zamri bin Omar, En. Mohd Tamezer bin Taib, Puan Khatijah binti Roslim, En. Jimbun Anak Ilup, dan En. Ahmad Syazwan bin Abdul Hamid.

Page 2: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM  · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

SEMINAR PERHUBUNGAN PERUSAHAAN ANJURAN PERSEKUTUAN MAJIKAN-MAJIKAN MALAYSIA (MEF) BERMULA 21 HINGGA 22 APRIL 2011 BERTEMPAT DI HOTEL BAYVIEW, PULAU LANGKAWI, KEDAH

Y.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of The Industrial Court In Maintaning Industrial Harmony” pada Seminar Perhubungan Perusahaan anjuran Persekutuan Majikan-Majikan Malysia (MEF) yang bermula 21 hingga 22 April 2011 bertempat di Hotel Bayview, Pulau Langkawi, Kedah.

Pada seminar tersebut Y.A Dato' Jalaldin bin Hj. Hussain juga turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ Managing Cyber Misconduct”, manakala Y.A Tuan Franklin Goonting telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Conflict of Interest”.

HARI KELUARGA 2011

Pada 30 April 2011, Pertubuhan Kebajikan Dan Sukan Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur telah menganjurkan sambutan Hari Keluarga Mahkamah Perusahaan 2011 bertempat di Desa Water Park, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Mahkamah Perusahaan, Y.A Puan Susila Sithamparam.

Page 3: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM  · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

MEI 2011

“THE 60TH EXECUTIVE DEVELOPMENT PROGRAM” BAGI PEGAWAI KERAJAAN MALAYSIA

Penolong Pendaftar Mahkamah Perusahaan Malaysia Cawangan Johor, Cik Woo Sook Han telah menghadiri “The 60th Executive Development Program” bagi pegawai kerajaan Malaysia bertempat di Central Officials Training Institute (COTI), Republik Korea bermula 10 hingga 21 Mei 2011.Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam tersebut telah dihadiri seramai 20 pegawai kerajaan yang terdiri dari pelbagai kementerian di Malaysia.

“7th ANNUAL EMPLOYMENT LAW CONFERENCE”

Y.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas bertajuk “ Early Evaluation and Mediation at the Industrial Court” di “ 7th Annual Employment Law Conference” yang telah dianjurkan oleh MySeminars Sdn Bhd pada 11 Mei 2011 bertempat di Doubletree, Hilton Kuala Lumpur.

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERSARAAN Y.A DATO' SULAIMAN BIN ISMAIL

Satu majlis perpisahan sempena persaraan Y.A Dato' Sulaiman bin Ismail, Pengerusi Mahkamah 9 yang telah bersara pada 17 Mei 2011 telah dianjurkan oleh Mahkamah Perusahaan Cawangan Pulau Pinang bertempat di Hotel Bayview Georgetown pada 13 Mei 2011. Antara tetamu yang hadir meraikan majlis tersebut adalah Hakim Mahkamah Tinggi dan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, peguam-peguam, Pengerusi Majlis Peguam Pulau Pinang, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang, pegawai-pegawai Perkeso dan semua pegawai dan kakitangan Mahkamah Perusahaan cawangan Pulau Pinang.

Page 4: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM  · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

MESYUARAT AGUNG PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN SUKAN (KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA) CAWANGAN MAHKAMAH PERUSAHAAN KUALA LUMPUR KALI KE 8

Pada 27 Mei 2011 Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Dan Sukan (Kementerian Sumber Manusia) Cawangan Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur Kali Ke 8 telah diadakan di Dewan Serbaguna Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh Y.A Dato' Jalaldin Bin Hj Hussain yang mewakili Y.A Puan Yang DiPertua yang tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi.

PENGURNIAAN PINGAT SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN PERAK

Penolong Pendaftar Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, Puan Mahyan binti Abas telah dikurniakan pingat Ahli Mahkota Perak (AMK) sempena hari keputeraan DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak pada 28 Mei 2011.

EMPLOYMENT AND INDUSTRIAL SEMINAR

Y.A Puan Susila Sithamparam telah menyampaikan ucaptama di “Employment and Industrial Seminar” anjuran Lexis Nexis pada 31 Mei 2011 bertempat di Hotel Crown Plaza Mutiara, Kuala Lumpur. Sempena seminar tersebut, majlis pelancaran “ Industrial Law Journal” juga telah diadakan.

Page 5: LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR-PELAJAR UITM  · PDF fileY.A Puan Susila Sithamparam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “ The Role of ... MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA

JUN 2011

MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERSARAAN DAN PERTUKARAN PEGAWAI SERTA KAKITANGAN MAHKAMAH PERUSAHAAN.

Pada 9 Jun 2011 satu majlis perpisahan sempena persaraan dan pertukaran pegawai serta kakitangan telah diadakan di Dewan Serbaguna Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur. Antara pegawai dan kakitangan yang diraikan pada majlis tersebut adalah Y.A Dato' Sulaiman bin Ismail, Puan Hjh Hayati binti Narayan, Puan Siti Norazian binti Khalib, Puan Zorrah binti Md Zin, Puan Zaharidah binti Hj Daud, En. Jimbun Anak Ilup, En. Mohd Zulkifli bin Sulaiman dan Puan Juliana binti Ali.

MAJLIS PENGURNIAAN PINGAT SEMPENA ULANGTAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI DYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG

Pada 30 Jun 2011, Y.A Puan Susila Sithamparam, Y.A Tuan Franklin Goonting dan Cik Lim Tok Chee telah dikurniakan pingat daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda bertempat di Istana Negara.

Y.A Puan Susila Sithamparam telah dikurniakan Johan Mangku Negara (JMN), Y.A Tuan Franklin Goonting telah dikurniakan Johan Setia Mahkota (JSM), manakala Cik Lim Tok Chee telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara (PPN).