3
Ruj. Kami : SPS: 100-44/002 Tarikh : 30hb Mac 2015 Puan Hajjah Ruziah Azdi Bt. A Rahman Ketua Hal Ehwal Korporat dan Pentadbiran Petronas Chemicals Group Berhad Level 13, Tower 1, Petronas Twin Towers Kuala Lumpur City Centre Tel: 03 20515000 50088 W.P Kuala Lumpur. Faks: 03 20511501 Puan, MEMOHON TAJAAN SEMPENA PESTA SABAH 2015 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sekali lagi akan menganjurkan acara tahunannya iaitu Pesta Sabah 2015 pada 1hb hingga 3hb Mei 2015 bertempat di Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah. 3. Seperti pada tahun-tahun lalu, salah satu objektif acara ini adalah membawa murid-murid sekolah rendah dan pelajar- pelajar sekolah menengah untuk menonton Pesta Sabah. Hal ini adalah untuk menanamkan rasa bangga di kalangan kanak-kanak dan para pelajar akan keunikan dan kekayaan tradisi kebudayaan yang ada di Sabah. Selain itu, mereka juga akan dapat mengenali tradisi kebudayaan di Sabah dan secara langsung dapat memupuk cinta akan kebudayaan dan tradisi di negeri Sabah.

Letter of Sponsorship

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Letter of Sponsorship

Ruj. Kami : SPS: 100-44/002Tarikh : 30hb Mac 2015

Puan Hajjah Ruziah Azdi Bt. A RahmanKetua Hal Ehwal Korporat dan PentadbiranPetronas Chemicals Group BerhadLevel 13, Tower 1, Petronas Twin TowersKuala Lumpur City Centre Tel: 03 2051500050088 W.P Kuala Lumpur. Faks: 03 20511501

Puan,

MEMOHON TAJAAN SEMPENA PESTA SABAH 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sekali lagi akan menganjurkan acara tahunannya iaitu Pesta Sabah 2015 pada 1hb hingga 3hb Mei 2015 bertempat di Auditorium, Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

3. Seperti pada tahun-tahun lalu, salah satu objektif acara ini adalah membawa murid-murid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah untuk menonton Pesta Sabah. Hal ini adalah untuk menanamkan rasa bangga di kalangan kanak-kanak dan para pelajar akan keunikan dan kekayaan tradisi kebudayaan yang ada di Sabah. Selain itu, mereka juga akan dapat mengenali tradisi kebudayaan di Sabah dan secara langsung dapat memupuk cinta akan kebudayaan dan tradisi di negeri Sabah.

4. Oleh yang demikian, pihak kami ingin memohon kerjasama dari pihak puan untuk menaja tiket berjumlah 200 keping berharga RM10, 000 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) untuk diedarkan kepada beberapa sekolah rendah dan menengah di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan luar. Sebagai penaja, pihak kami akan memberi keutamaan kepada pihak puan seperti pada kenyataan di bawah:

i. 200 keping tiket bercetak logo/nama syarikat sebagai penaja akan diedarkan ke sekolah-sekolah rendah atau menengah.

ii. Logo syarikat atau nama syarikat akan di cetak dalam Buku Cendera Kenangan.iii. Logo syarikat/nama syarikat puan juga akan dipaparkan di laman web rasmi

Sabah Fest.

2/...

Page 2: Letter of Sponsorship

.../2

Ruj. Kami : SPS: 100-44/002Tarikh : 30hb Mac 2015

iv. Jemputan ke sidang media/press conference ‘Sabah Fest 2015’.v. Jemputan ke majlis jamuan bersama tetamu kehormat semasa hari perasmian pada

2hb Mei 2015.

5. Sehubungan dengan itu, maklum balas daripada pihak puan amatlah dihargai. Sekiranya terdapat pertanyaan mengenai perkara ini, bolehlah berhubung dengan saya atau Encik Zachary Mobijohn, Pengurus Acara di talian 088-232121.

Sekian dan terima kasih.

“DO MORE, DO IT BETTER”

Yang benar,

Sitti B. DamsalPengurus Besar

S.k Encik Mohd Shariff B. Haji IbrahimKetua Perhubungan Negeri Projek SAMURPetronas Chemicals Group BerhadKota Kinabalu, Sabah.