Upload
cikgu-iqa
View
339
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SEGEAS
Citation preview
Tajuk: Membaca suku kata tertutup kvkk
Kemahiran: 4.0 Membaca perkataan
4.10 Membaca perkataan yang mengandungi suku kata kvkk.
Objektif: 1. Mengeja perkataan daripada suku kata tertutup dengan betul.
2. Membunyikan perkataan daripada suku kata tertutup dengan betul.
Perkataan: wang, tong, zink, gong, bank
Aktiviti:-
1) Bimbing murid membaca perkataan daripada suku kata tertutup kvkk.
2) Minta murid mengeja dan membaca perkataan mengandungi suku kata
tertutup kvkk.
3) Beri latihan membaca perkataan yang mengandungi suku kata tertutup
kvkk dengan bantuan bahan.
Mari
Kita
Mengeja
Mari
Kita
Baca
Ini tong sampah.
Guru Besar palu gong.
Datuk ambil wang di bank.
Saya simpan wang dalam saku.
Rumah datuk beratap zink.
Mari
Kita
Bercerita
Rumah datuk beratap zink.
Zink rumah datuk sudah bocor.
Datuk pergi ke bank ambil wang.
Datuk beli zink baru.
Ini tong sampah.
Tong sampah ini lama.
Murid letak sampah dalam tong.
Kawasan sekolah jadi bersih.
Ini gong.
Ini gong Along,
Along letak gong di anjung.
Guru Besar palu gong untuk rasmi
majlis ‘Sekolahku Ceria’
Mari
Kita
Jawab Teka-teki
Biru, hijau, merah kelabu
Berbentuk logam kertas bermutu
Di dalam dompet di sudut saku
Cuba teka siapa aku?
Letak ku di bumbung rumah tuan
Melindung dari panas dan hujan
Bunyi tip tap apabila hujan
Cubalah teka aduhai tuan?
Perut ku kosong minta diisi
Pembalut, pembungkus telah terpakai
Gunalah aku tanpa rasa sangsi
Alam sekitar bersih dan wangi
Mari
Kita
Jawab Latihan
gong
wang
bank
zink
tong
Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.
Rumah datuk beratap _______ . Zink
itu sudah bocor. Datuk ambil _______
di _______ Datuk beli zink baru. Datuk
rasmi rumah baru guna ________ Selesai
majlis, kami buang sampah dalam ________
gung zink
benk
tong
bank
zenktung
wang
gong
Mari
Kita
Menyanyi
Simpan Wang
Mari simpan
Simpan wang dalam bank
Jangan simpan wang dalam tong
Nanti kita susah
Mari simpan
Simpan wang dalam bank
Mari simpan wang dalam bank
Simpan sama-sama.
(melodi lagu Dayung Sampan)
Hakcipta Terpelihara © PKGKALUMPANG
2010
TAMAT