26
Lukisan elektrik Lukisan elektrik

Lukisan elektrik

Embed Size (px)

DESCRIPTION

lukisan kejuruteraan tingkatan 5

Citation preview

Page 1: Lukisan elektrik

Lukisan elektrikLukisan elektrikLukisan elektrikLukisan elektrik

Page 2: Lukisan elektrik

Objektik Mengenal pasti jenis lukisan elektrik.Menerangkan kegunaan simbol piawai bagi alat tambah, suis dan fius agihanMenyusun atur alat tambah, pendawaian dan kelengkapan lukisan elektrik.Melukis pelan bentangan domestik

Page 3: Lukisan elektrik

Lukisan elektrik perlu dimajukan kepadapihak berkuasa elektrik untuk mendapatkankelulusan bagi kerja-kerja pendawaian danpemasangan. Juruelektrik yangbertanggungjawab terhadap kerjapemasangan akan berpandukan kepadalukisan elektrik atau pelan pendawaian yangtelah diluluskan. Pada pelan pendawaianditunjukkan lokasi alat tambah dan alatkelengkapan, seperti lampu, kipas dan

puncatenaga.

Page 4: Lukisan elektrik

Jenis lukisan elektrikLukisan elektrik

ga,mbar rajah Pelan bentangan

skemaPendawaian industridomestikblok

Page 5: Lukisan elektrik

Gambar rajah1. Gambar rajah blok

Gambar rajah blok ialah lukisan yang mewakili litar atau peranti dalam suatu sistem bekalan elektrik. Lukisan ini dilukis dalam bentuk blok. Asas gambar rajah blok adalah seperti dalam Rajah di bawah Urutan blok ditunjukkan dengan tanda anak panah.

Page 6: Lukisan elektrik

Unit penyambung

Kotak fiusagihan

Pemutus litarBocor bumi

Suis utama

Meter kwjFius perkhidmatan

Penyambung neutral

Bekalan masuk

Litar akhir

Page 7: Lukisan elektrik

2. Gambar rajah skemaGambar rajah skema ialah lukisan litar elektrik dalam bentuk simbol piawai komponen. Lukisan ini menunjukkan aliran kendalian sesuatu litar. Simbol piawai komponen disambungkan antara satu dengan lain secara lurus bagi membentuk sambungan litar lengkap. Gambar rajah skema dapat memberikan maklumat sesuatu litar pendawaian dengan jelas. Contoh gambar rajah skema unit kawalan utama pengguna ditunjukkan dalam rajahdi bawah.

Page 8: Lukisan elektrik

RAJAH SKEMA UNIT KAWALAM UTAMA PENGGUNA

Page 9: Lukisan elektrik

3. Gambar ralah pendawaianGambar rajah pendawaian ialah lukisan yang menunjukkan alat tambah dalam bentuk simbol pendawaian. Simbol pendawaian ini dilukis mengikut kedudukan fizikal alat tambah yang sebenar. Kedudukan fizikal punca tamatan dan cara penyambungan merupakan tumpuan utama pada simbolnya.Pada gambar rajah pendawaian ditunjukkan bilangan sebenar dawai yang digunakan dalam penyambungan litar. Sambungan dan kedudukan sebenar alat tambah dalam suatu pemasangan elektrik juga ditentukan. Gambar rajah pendawaian boleh digunakan sebagai rujukan apabila membuat kerja kerja pembaikan, penyenggaraan dan kerja mengesan kerosakan litar elektrik. Gambar rajah pendawaian suis yang mengawal lampu dan penggunaannya ditunjukkan dalam di bawah.

Page 10: Lukisan elektrik

Gambar rajah pendawaian suis satu hala

Page 11: Lukisan elektrik

Pelan bentangan1. Pelan bentangan domestik

Pelan bentangan domestik menunjukkan lokasi aksesori pendawaian dan alat kelengkapan serta suis kawalan di dalam bangunan atau rumah . kediaman. Susun atur simbol piawai alat tambah pada pelan lantai adalah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga. Lagenda disediakan bersama-sama pelan bentangan bagi menunjukkan simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah. Rajah di bawah menunjukkan contoh pelan bentangan domestik berserta lagenda.

Page 12: Lukisan elektrik

Pelan bentangan domestik

Page 13: Lukisan elektrik

Lagenda

Page 14: Lukisan elektrik

2. Pelan bentangan industriPelan bentangan industri menunjukkan lokasi alat kelengkapan di dalam bangunan yang besar seperti makmal, kilang dan premis perdagangan. Pendawaiannya memerlukan perlindungan kerosakan mekanikal yang tinggi dan boleh menampung beban yang besar. Kaedah pendawaiannya menggunakan konduit atau sesalur logam. Bilangan alat tambah dan kelengkapan elektrik pada pelan bentangan industri adalah lebih banyak dan dari jenis tugas berat.

Page 15: Lukisan elektrik

Simbol piawai elektrikAlat tambah dan alat kelengkapan yang digunakan dalam pemasangan elektrik terdapat dalam pelbagai jenis dan saiz, serta mempunyai fungsi yang berlainan. Dalam lukisan elektrik, setiap alat tambah dan alat kelengkapan digambarkan dengan simbol piawai. Simbol piawai elektrik biasanya dilukis berpandukan piawaian ANSI dan BS. Contoh simbol piawai elektrik bagi alat tambah dan alat kelengkapan ditunjukkan dalam jadual di bawah

Page 16: Lukisan elektrik

Jadual simdol piawai elektrik

Page 17: Lukisan elektrik

Melukis simbol piawaiSimbol piawai elektrik dilukis mengikut perkadaran yang sesuai dengan saiz pelan lantai bangunan. Bagi alat tambah yang bilangannya lebih daripada satu, saiz simbolnya hendaklah dilukis seragam dalam satu lukisan. Simbol ini perlu dilukis dengan kaedah yang betul, kemas clan tersusun supaya Jelas dan mudah dibaca. Rajah di bawah menunjukkan kaedah melukis simbol piawai mengikut perkadaran.

Page 18: Lukisan elektrik

Melukis simbol paiwai mengikut perkadaran

Page 19: Lukisan elektrik

Penggunaan plat pencontoh seperti dalam Gambar foto di bawah dapat membantu mengekalkan perkadaran saiz yang seragam dalam lukisan elektrik.

Plat pencontoh untuk melukis simbolPendawaian elektrik

Page 20: Lukisan elektrik

Melukis pelan bentangan domestik

Pelan bentangan domestik dilukis berpandukan pelan lantai serta jadual senarai alat kelengkapan dan alat tambah yang disediakan. Rajah di bawah menunjukkan pelan lantai rumah kediaman dan Jadua di bawah menunjukkan senarai alat kelengkapan dan alat tambah. Simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah hendaklah dilukis pada pelan lantai mengikut lokasi yang sesuai.

Page 21: Lukisan elektrik

Pelan lantai rumah kediaman

Page 22: Lukisan elektrik

Senarai alat kelengkapan dan alat tambah

Page 23: Lukisan elektrik
Page 24: Lukisan elektrik

Pelan bentangan rumah kediaman

Page 25: Lukisan elektrik

Lagenda

Rajah di atas menunjukkan pelan bentanganrumah kediaman yang dilengkapi simbol piawai alat kelengkapan dan alat tambah.

Page 26: Lukisan elektrik

tamat