Upload
asnah-ajor-sally
View
234
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
1/27
Pengenalan
Runtutan bunyi bahasa dapat dianalisis atau disegmentasikan berdasarkan tingkatan-
tingkatan kesatuannya yang ditandai dengan hentian-hentian atau rehat yang terdapat dalam
runtutan bunyi itu.
Silabel merupakan unit bunyi yang ditandai dengan satu unit bunyi yang paling
nyaring, yang boleh disertai atau tidak oleh sebuah bunyi lain didepan, belakang, atau
sekaligus di depan dan di belakangnya.
Bidang linguistik yang mempelajari, menganalisis, dan membicarakan runtutan
bunyi-bunyi bahasa disebut fonologi. Fonologi dibezakan menjadi fonetik dan fonemik.
1. Fonologi
Adalah bidang linguistik yang mempelajari bunyi bahasa tanpa memperhatikan
apakah bunyi tersebut mempunyai fumgsi sebagai pembeza makna atau tidak. Menurut
urutan proses terjadinya dibahagikan kepada tiga jenis fonetik iaitu fonetik artikulatoris,
fonetik akustik, dan fonetik auditoris. Fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang
bermakna yang diucapkan oleh manusia.Bunyi bermakna ialah bunyi yang difahami oleh
kedua-dua orang yang menuturkannya.dengan itu bunyi yang bermakna dikenali sebagai
bunyi bahasa. Kesimpulannya, bidang fonologi sebenarnya menerangkan segala bentuk bunyi
dalam sesuatu bahasa dengan teliti untuk menentukan peraturan dan bentuk bunyi yang
tertentu. Bidang fonologi terbahagi kepada dua iaitu fonetik dan fonemik.Menurut Raminah
Haji Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu
dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Ini jelas daripada pendapat Henderson yang
menyatakan: The study of the systematic organization of selected speech sounds in the
spoken form of individual language has variously been called phonology. Manakala
menurut Dalbor, salah seorang ahli linguistik Barat pula, Phonology is the study of the
function and patterning of speech sounds. Pernyataan ini maksudnya dalam bahasa Melayu
kira-kira berbunyi, Fonologi ialah kajian tentang fungsi dan pencorakan dalam bunyi yang
bermakna yang diucapkan oleh manusia. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti
Terbuka Malaysia pula, fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi yang bermakna1
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
2/27
yang diucapkan oleh manusia iaitu satu pernyataan yang begitu umum untuk mendifinisikan
fonologi itu sendiri.Kajian dalam bidang fonologi dapat dibahagikan kepada dua iaitu fonetik
dan juga fonemik.
1.1 Fonetik
Bagi fonetik pula, menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian adalah
kajian tentang bunyi bunyi ujar. Sebagai ilmu, fonetik bersaha menemukan
kebenaran-kebenaran umum dan memfomulasikan hukum-hukum umum
tentang bunyi-bunyi itu dan pengucapannya, manakala sebagai kemahiran,
fonetik memakai data deskriptif dasar daripada fonetik ilmiah bagi memberi
kemungkinan pengenalan dan pengucapan bunyi-bunyi ujar itu.
Selain itu, fonetik boleh didefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang
diucapkan melalui mulut manusia, baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa,
maupun bunyi bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap
bunyi, yakni menurut Dr. Lufti Abas (1985).
Menurut ahli linguistik Barat, Kenstowicz dan Kisserberth (1979) the study of
the sounds human beings employ when speaking a language is phonetics.
Penyataan yang dinyatakan dapat kita terjemahkan yang barmaksud penkajian
tentang bunyi-bunyi oleh manusia yang kita digunakan semasa bertutur ialah
fonetik.
1.2 Fonemik
Fonemik ialah kajian yang mengkaji bunyi-bunyi sesuatu bahasa, iaitu
pengkajian tentang struktur atau fungsi sesuatu bunyi. Ia lebih menitikberatkan
analisis bunyi sesuatu bahasa.
2
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
3/27
1.3 Diftong
Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak. Bunyi
diftong adalah terhasil apabila bunyi vokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu
lagi menggeluncur ke arah vokal di mana pada mula-mulanya hadir tanpa
menampakkan sebarang puncak kelantangan. Keadaan di mana ketiadaan puncak
kelantangan semasa proses penghasilan bunyi diftong menjadikan bunyi tersebut
sebagai satu suku kata sahaja semata-mata.
Diftong hendaklah dibezakan daripada vokal rangkap, iaitu yang merupakan
urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan dan mempunyai dua
suku kata. Contoh vokal rangkap terdapat pada kata main. Vokal a dan i pada kata
tersebut ialah merupakan dua vokal penuh dan kata tersebut terdiri daripada dua suku
kata, yakni ma dan in.
Terdapat tiga jenis diftong dalam bahasa Melayu iaitu / ai /, / oi / dan /au/.
Bunyi / i / akan menggeluncur ke bunyi / a / dan bunyi / i / tersebut akan hilang puncak
kelantangannya. Sama juga dengan / i / iaitu pada diftong / oi / dan juga / u / pada
diftong / au /. Lambang [ ] dapat digunakan untuk menggambarkan sesuatu diftong.
3
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
4/27
Gambar rajah di ats menunjukkan kedudukan diftong dalam Bahasa Melayu.
1.4 Artikulasi Fonem Diftong
1.4.1 Artikulasi fonem diftong [ai ]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal depan sempit.
Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang terhampar.
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[aising] [hairan] [belai]
[aikido] [kailan] [kedai]
4
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
5/27
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ].
1.4.2 Artikulasi fonem diftong [ au ]
Mula-mulanya, vokal depan luas lalu digeluncurkan ke arah vokal belakang sempit.
Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang biasa kepada keadaan yang bundar.
Sebagai contoh:
awalan pertengahan akhiran
[aur] [maulana] [pulau]
[aurat] [saudara] [relau]
5
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
6/27
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ au ].
1.4.3 Artikulasi fonem diftong [oi ]
Mula-mulanya, vokal belakang separuh sempit lalu digeluncurkan ke arah vokal depan
sempit. Kemudiannya, keadaan bibir daripada keadaan yang bundar kepada keadaan yang
terhampar. Sebagai contoh:
pertengahan akhiran
[boikot] [kaloi]
6
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
7/27
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ oi]
1.5 Alat-Alat Artikulasi]
1.5.1 Alat Pertuturan Dan Fungsinya
1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah
3. Gigi atas 13. Akar lidah
4. Gigi bawah 14. Epiglotis
5. Gusi 15. Pita suara
6. Lelangit keras 16. Rongga tekak
7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung
8. Anak tekak 18. Rongga mulut
9. Hujung lidah 19. Rahang
10. Hadapan lidah 20. Tenggorok
7
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
8/27
1.6 Alat Ucap
Alat-alat yang terlibat dalam pengeluaran bunyi bahasa adalah sebagai berikut:
Paru-paru
Batang tenggorok
Pangkal tenggorok
Pita suara
Krikoid
Tiroid
Aritenoid
Dinding rongga kerongkongan
Epiglotis
Akar lidah
Pangkal lidah
Tenggah lidah
Daun lidah
Ujung lidah
Anak tekak
Langit-langit lunak
Langit-langit keras
8
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
9/27
Gusi, lengkung kaki gigi
Gigi atas
Gigi bawawh
Bibir atas
Bibir bawah
Mulut
Rongga mulut
Rongga hidung
Bunyi-bunyi yang terjadi pada alat ucap itu diberi nama sesuai dengan nama alat ucap itu.
1.3
1.4
Apabila terjadinya bunyi bahasa bermula dengan proses mengepam
uadara keluar dari paru-paru melalui pangakal tenggorok yang di dalamnya
terdapat pita suara diteruskan ke udara bebas. Jika udara yang keluar tidak
mendapat hambatan apa-apa, maka kita tidak akan mendengar bunyi apa-apa.
Ada empat macam kedudukan pita suara iaitu pita suara terbuka lebar, pita
suara terbuka agak lebar, pita suara terbuka sedikit dan pita suara tertutup rapat-
rapat. Tempat bunyi bahasa dihasilkan disebut tempat artikulasi, proses
9
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
10/27
terjadinya disebut proses arstikulasi dan alat-alat yang digunakan disebut alat
artikulasi (artikulator).
1.3 Tulisan Fonetik
Tulisan fonetik tiap huruf atau lambang hanya digunakan untuk
melambangkan satu bunyi bahasa. Dalam tulisa fonetik, setiap bunyi, baik yang
segmental mahupun suprasegmental, dilambangkan secara tepat, artinya setiap
bunyi mempunyai lambang sendiri.
1.4 Klasifikasi bunyi
Bunyi bahasa dibezakan atas vokal dan konsonan. Beza bunyi vokal dan
konsonan adalah arus udara dalam pembentukan Bunyi vokal setelah melewati
pita suara tidak mendapat hambatan apa-apa. Sedangkan bunyi konsonan arus
udara itu masih mendapat halangan.
1.5 Klasifikasi vokal
Bunyi vokal dikelaskan dan diberi nama berdasarka kedudukan lidah
dan bentuk mulut. Kedudukan lidah dapat berposisi menegak atau melintang.
Secara menegak dibezakan adanya vokal tinggi, vokal tengah, dan vokal
rendah. Secara mendatar ada vokal depan, vokal pusat, dan vokal belakang.
Menurut bentuk mulut ada vokal bundar dan tak bundar.
1.6 Diftong atau Vokal Rangkap
10
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
11/27
Disebut diftong kerana kedudukan lidah ketika menghasilkan bunyi ini pada
bagian awal dan akhrnya tidak sama. Diftong dibezakan berdasarkan letak atau
kedudukan unsur-unsurnya, ada diftong naik dan diftong turun.
1.7 Klasifikasi Konsonan
Bunyi konsonan dibezakan berdasarkan tiga kriteria iaitu kedudukan pita
suara, tempat artikulasi dan cara artikulasi. Berdasarkan tempat artikulasi kita
mengenal, antara lain, konsonan:
Bilabial
Labiodental
Laminoalveolar
Dorsovelar
` Berdasarkan cara artikulasi dapat dibezakan adanya konsonan:
Hambat
Gelangsar
Paduan
Sengauan atau nasal
Getaran atau trill
Sampingan atau lateral
Disedari atau aproksiman
11
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
12/27
2. Unsur Suprasegmental
Arus ujaran merupakan suatu runtutan bunyi yang sambung bersambung terus
menerus diselang-seli oleh jeda singkat atau agak singkat, disertai dengan keras lembut bunyi,
tinggi rendah bunyi, panjang pendek bunyi, dan lain-lain. Dalam arus bunyi tersebut ada yang
dapat disegmentasikan dan ada yang tidak, sebahagian daripada bunyi tersebut disebut bunyi
suprasegmental atau prosodi.
2.1 Tekanan atau strees
Tekanan menyangkut masalah keras lunaknya bunyi.
2.1.1 Nada atau pitch
Nada berkenaan dengan tinggi rendahnya suatu bunyi. Nada dalam
bahasa tertentu boleh bersifat fonem mahupun morfem.
Dalam Bahasa tonal dikenali lima macam nada, iaitu:
Nada naik
Nada turun
Nada turun naik
Nada naik turun
2.2 Jeda atau sendi
12
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
13/27
Jeda atau sendi berkenaan dengan hentian bunyi dalam arus ujaran.
Dibezakan menjadi sendi dalam (internal juncture) dan sendi luar (open
juncture) .
2.3
1. Silabel
Adalah unit ritmis terkecil dalam suatu arus ujaran atau runtunan bunyi ujaran.
3. Fonemik
Objek kajian fonetik adalah fon, dan objek kajian fonemik adalah fonem.
3.1 Pengenalan fonem
Untuk mengetahui suatu bunyi merupakan fonem atau bukan harus mencari
sebuah unit Bahasa biasanya kata kemudian dibandingkan dengan unit bahasa
lain yang mirip.
3.2
1. Alofon
Alofon-alofon dari sebuah fonem mempunyai persamaan fonetik. Ertinya
banyak mempunyai kesamaan dalam pengucapannya.
13
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
14/27
3.3 Klasifikasi fonem
Fonem yang berupa bunyi yang didapati sebagai hasil segmentasi terhadap
arus ujaran disebut fonem segmental. Fonem yang sebaliknya yang berupa
unsur supra segmental disebut fonem suprasegmental atau fonem non
segmental.
3.4 Khazanah Fonem
Adalah banyaknya fonem yang terdapat dalam satu bahasa
3.5 Laman Fonem
a. Asimilasi dan disimilasi
b. Netralisasi dan arkifonem
c. Umlaut, ablaut, dan harmoni vokal.
d. Kontraksi
e. Metatesis dan epentesis
3.6 Fonem dan Grafem
Fonem adalah suatu bunyi bahasa terkecil yang berfungsi atau dapat
membezakan makna kata.
Objektif
Hari ini saya ingin bercakap mengenai bangsa Lundayeh yang baru sahaja saya kenali padatahun ini. Bangsa Lundayeh ni sangat unik dan istimewa. Nama lain bagi Lundayeh ialah
14
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
15/27
Lunbawang untuk bahagian Sarawak. Di Sabah bangsa ini terdapat di Long
Pasia,Sipitang,Tenom dan Keningau. Ciri- ciri bangsa ni orangnya putih,cantik dan rendah.
Sebenarnya banyak lagi ciri dan keistimewaan bangsa Lundayeh ini dan akan saya kongsikan
bersama anda . Kajian ini dibuat adalah untuk memberikan penambahan ilmu kerana selama
ini kita hanya mengkaji bahasa-bahasa etnik yang terdapat di Malaysia terutamanya di negeri
Sabah. Apa yang kita tahu,negeri Sabah mempunyai banyak rumpun bangsa dan bahasa. Yang
telah menjadi salah satu penambahan subjek dalam mata pelajaran di sekolah ialah Bahasa
Kadazandusun.
Dalam kajian ini, saya amat berminat untuk membuat kajian dalam bahasa Lundayeh.
Saya amat tertarik dengan adat-istiadat yang dapat dibawa dalam masyarakat walaupun ada
sebilangannya yang menyusahkan kaum itu sendiri. Namun begitu , kita sedia maklum
bahawa bahasa itu menunjukkan bangsa. Kita haruslah mengenali pelbagai jenis bahasa
kerana bahasa akan membuatkan kita dikenali dan mudah bergaul dalam sesebuah
masyarakat. Kalau orang barat mahu mengkaji bahasa kita dan ada yang fasih berbahasa kita
kenapa kita mesti malu untuk mengkaji bahasa-bahasa lain yang terdapat di negeri ataupun
negara kita sendiri.
Memang kita sedar bahawa generasi kini tidak berminat mengetahui bahasa ibundanya
sendiri malahan mereka berebut-rebut untuk mempelajari bahasa asing sedangkan bahasa
sendiri pun belum dikuasai sepenuhnya. Oleh itu, dengan adanya peluang seperti ini,mengapa
kita mengetepikannya,inilah masanya kita mengetahui dan mempelajari bahasa-bahasa
bumiputera Sabah yang lain. Tidak rugi mempelajari sesuatu yang baru dan jangan malu
sekiranya kita salah mengutarakannya. Itulah belajar namanya.
Melalui kajian ini maka adalah penting bagi kita untuk mengetahui dengan lebih lanjut
lagi bagaimana bahasa-bahasa itu dibunyikan dengan mengikuti peraturan-peraturan tertentu
melalui Fonem dan Alofon, Kaedah Mengenal Pasti Fonem, dan Sistem Fonologi Melayu.
Kaedah penentuan fonem dan alofon
a. Kaedah Pasangan Minima
15
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
16/27
Kaedah ini adalah kaedah utama untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai
fonem. Konsep pasangan minima merujuk kepada keadaan dua kata yang mempunyai
perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja, dan perbezaan ini wujud pada lingkungan
atau kedudukan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan boleh
dianggap fonem sekiranya ia ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu
segmen dengan segmen yang satu lagi itu menghasilkan perbezaan dari segi makna.
Sebagai contohnya:
[tari] [dari]
[patah] [padah]
[tuli] [ duli]
[saku] [sagu]
[kari] [gari]
[pakar] [pagar]
Perkataan [tari] dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] memperlihatkan
perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Perbezaan itu pula adalah dalam
lingkungan yang sama iaitu sama ada (a) di awal kata suku kata pertama at au (b) di
awal kata suku kata kedua. Segmen [t] dan (d] mempunyai persamaan dari segi fonetik
kerana keduaduanya dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama iaitu
gigi-gusi (alveolar). Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan dalam perkataan [tari]
dan [dari], [tuli] dan [duli], [patah] dan [padah] di atas, jelas menghasilkan perbezaan
dari segi makna. Oleh yang demikian, kedua-dua segmen berkenaan boleh dianggap
dua fonem yang berbeza.
b. Kaedah Pasangan minima terdekat.
Kaedah ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai
fonem. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah pertama di atas tidak dapat
dilaksanakan. Berdasarkan kaedah ini, sekiranya terdapat cilia segmen yang berbeza
(tetapi mempunyai persamaan dari segi fonetik) hadir pada lingkungan yang sam a
dalam dua perkataan yang berbeza makna dan maka kedua-dua segmen tersebut boleh
16
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
17/27
dianggap sebagai dua fonem yang berbeza (bukan alofon kepada satu fonem). Sebagai
contohnya:
Perkataan-perkataan dalam kolum (a) memperlihatkan kehadiran dua segmen
yang berbeza. Begitu juga dengan kolum (b). Kedua-dua segmen berkenaan yang
terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (a) hadir pada lingkungan yang sama
dengan kedua-dua segmen yang terdapat dalam perkataan-perkataan dalam kolum (b).
Misalnya segmen [p] dan [g] dalam perkataan [pagar]. dan segmen [b] dan [k] dalam
perkataan [bakar]. Dengan kata lain, perkataan-perkataan dalam kolum (a) dan (b)
memaparkan hakikat dua kata yang yang mempunyai perbezaan dua bunyi pada
lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama itu pula mempunyai
persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan
[bakar]. Kewujudan bunyi-bunyi tersebut pula menghasilkan makna yang berbeza-
beza pada setiap perkataan berkenaan. Oleh yang demikian, bolehlah dianggap bahawa
segmen-segmen berkenaan iaitu /p/, /b/, /k/, /g/, /t/, /d/, /tS/, /dZ/, /s/, dan /z/ adalah
fonem-fonem yang berbeza.
c. Kaedah Penyebaran saling melengkapi
Kaedah ini adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen
sebagai alofon. Konsep 'penyebaran saling mclcngkapi ini wujud apabila terdapatnya
dua segmen (yang terdiri dari satu kelompok yang sama) tidak boleh hadir dalam
Iingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di
lingkungan awal kata (ia tidak boleh hadir di Iingkungan tengah dan akhir kata)
manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan awal kat a (ia
hanya boleh hadir di lingkungan tengah dan akhir kata) Secara tidak langsung, situasi
ini memperlihatkan kehadiran segmen-segmen berkenaan adalah dalam lingkungan
saling lengkap-melengkapi. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan
penyebaran sating melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Sila teliti situasi
kehadiran segmen [k] dan [] dalam perkataan-perkataan di bawah:
[kita] [suka] [to]
[kaju] [baki] [soro]
[kalau] [Suka] [gagal]
17
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
18/27
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
19/27
d)Bahasa rahsia
e)Perubahan bunyi
Tidak ketinggalan juga Fonem iaitu unit bunyi terkecil yang membezakan makna dan
setiap bahasa ada fonem berbeza iaitu inventori fonem yang berbeza. Setiap bahasa ada pola
atau sistem tersendiri dalam menyusun bunyi2 tersebut (meskipun dua bahasa itu memiliki
fonem yang sama namun distribusi/penyebaran berbeza e.g /k/ dalam bahasa Melayu dan
Inggeris.
Kajian ini tidak akan terhasil tanpa penemuan-penemuan di dalam internet dan juga
buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan. Walaupun sukar untuk memperolehi
maklumat yang diperlukan tetapi demi untuk menyelesaikan kajian yang telah diamanahkan
ini maka saya telah berusaha untuk bertemu dengan teman-teman lepasan universiti dan
teman-teman seperjuangan. Berdasarkan pertemuan dan perbincangan dengan kawan-kawan
serta tunjuk ajar dari rakan-rakan senior maka dapatlah saya maklumat-maklumat yang
dikehendaki. Walaupun banyak rintangannya tetapi tidak ada yang mustahil.
19
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
20/27
2. Isi (1) Bahasa Lundayeh
Bagi bahasa Lundayeh, terdapat 5 ciri-ciri khas bahasa yang akan dikemukakan di
sini. Ciri-ciri khas itu ialah variasi bebas, vokal panjang, vokal rangkap, hentian glotis dan
diftong /aw/ dan /au/.
2.1 Variasi Bebas
Bahasa Lundayeh juga mengalami variasi bebas seperti yang berlaku dalam bahasa
Melayu seperti perkataan faham dengan paham dan fikir denganpikir. Kedua-dua
perkataan ini mempunyai maksud yang sama meskipun menggunakan konsonanfdanp.
Menurut Abd. Hamid Mahmood (1997:54), variasi bebas merupakan istilah yang digunakan
bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada lingkungan yang sama dalam
perkataan, dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan
makna. Paitoon (2006:126) menambah, dalam lingkungan tertentu, kadang-kala terdapat
sepasang bunyi yang memiliki fitur distingtif[1] tidak sama yang tersebar pada posisi yang
sama dan tidak pula membezakan makna. Perhatikan beberapa contoh variasi bebas
berikut:
paweh dengan faweh kahwin
nuba dengan luba nasi
meriruh dengan mediruh ketawa
jier dengan dier leher
20
http://www.lundayehsabah.org/#_ftn1http://www.lundayehsabah.org/#_ftn18/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
21/27
Variasi bebas ini berlaku disebabkan pertembungan dua pengaruh bunyi sebutan dari
suku kaum Lundayeh itu sendiri iaitu Lundayeh Pa Kemaluh dan Lun Bawang atau
Lundayeh di Sarawak. Pergaulan seharian boleh mengubah sebutan asal sama ada dari
sebutan Lundayeh Pa Kemaluh kepada Lun Bawang atau sebaliknya. Misalnya seseorang
yang pada asalnya menggunakan bunyi sebutan /p/, pada suatu masa kemudian menggunakan
bunyi sebutan /f/ daripada pengaruh pergaulan harian. Penggunaan konsonan /f/ mempunyai
nada yang lembut berbanding bunyi /p/. Contohnya menyebut nama [Fadan] dan [Padan].
Perbezaan yang ketara ini hanya berlaku pada bunyi konsonan /p/ dan /f/ sahaja. Bunyi
sebutan yang lain masih sama. Fenomena yang berlaku akibat penggunaan variasi bebas ini,
penutur dengan sewenang-wenangnya menggantikan bunyi fonem /p/ dengan fonem /f/
kerana sudah menjadi amalan atau kebiasaan berbuat demikian. Konsonan /p/ tidak boleh
dibunyikan fonem /f/ untuk nama orang seperti Pengiran, Padan, Kapung dan seumpamanya.
Selain itu, kekecualian ini juga mencakupi fonem /p/ di posisi akhir seperti lutep tetap, takep
bilik tidur dan tekip
2.2 Vokal Panjang
Selain diftong, bahasa Lundayeh juga mempunyai ciri prosodi seperti bunyi vokal
yang panjang tanpa hentian ditandai oleh penggandaan vokal [:] pada kata.Vokal panjang
berlaku pada posisi awal dan tengah kata. Misalnya;
ool [o:l] anting-anting/ subang
aar [a:r] pagar
paad [pa:d] supaya
suut [su:t] kecil
miid [m:d] mengelap
nginuud [n:d] menyesal
root [ro:t] permainan
21
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
22/27
Dalam kebanyakan sebutan penutur bahasa Lundayeh, terdapat juga bunyi vokal
panjang di akhir kata. Tetapi agar sukar mengklasifikasikannya dalam kumpulan ini kecuali
ada peraturan untuk menyelaraskan satu sistem keselarasan bunyi seperti bahasa Melayu.
Antara perkataan tersebut adalah seperti berikut:
balaa [bala:] percakapan
badaa [bada:] pasir
baraa [bara:] beras
2.3 Vokal Rangkap
Dalam bahasa Lundayeh terdapat juga pola vokal rangkap. Vokal rangkap berbeza
dengan diftong. Vokal rangkap merupakan turutan dua vokal penuh yang diucapkan dengan
penuh, antaranya terdapat pemisahan dua suku kata. Misalnya katakuan yang
bererti untukatau kepada, vokal udan a adalah vokal penuh yang memisahkan dua suku kata
iaitu ku dan an. Vokal rangkap juga menerima pengaruh unsur pembibiran (labialisasi),
kerana sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah mengalami geluncuran dan bibir dalam
keadaan bundar. Labialisasi adalah satu proses artikulasi tambahan yang secara kebetulan
terhasil ciri bunyi [ w ] sebagai unsur sekunder di tengah-tengah vokal bundar dan leper yang
terdiri daripada vokal /u/ dengan /a/, vokal /u/ dengan /e/ dan vokal /u/ dengan /i/ dalam satu
kata yang berpunca daripada gangguan artikulasi tambahan[2]. Beberapa contoh vokal
rangkap bahasa Lundayeh yang mengalami proses labialisasi adalah seperti berikut:
rua [ruwa] bambu untuk mengangkat air
bua [buwa?] buah
22
http://www.lundayehsabah.org/#_ftn2http://www.lundayehsabah.org/#_ftn28/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
23/27
rueb [ruwb] air terjun
ruen [ruwn] melakukan
kiung [kiju] muka
Selain proses labialisasi, vokal bahasa Lundayeh juga mengalami proses pempalatan seperti
contoh perkataan berikut:
teu [twu] kita
mesia [msija?] merah
3. Isi (2) Hentian Glotis
Dalam bahasa Lundayeh, hentian glotis atau glotalisasi banyak berlaku terhadap bunyi
vokal pada posisi akhir perkataan. Paitoon (2006:212) menjelaskan bahawa glotalisasi terhasil
kerana berlaku penyempitan alat artikulasi di kotak suara, iaitu pita suara dirapatkan. Isu
penambahan [?] pada sesetengah kata yang berakhir dengan vokal setakat ini menurut Chong
Shin (2004:213-214), masih tidak dapat diramalkan rumusnya, kerana ciri fonologi ini adalah
varian Melayu Borneo Barat. Menurut Nothafer (1996:14) yang dipetiknya juga mengatakan
bahawa varian-varian ini merupakan bahasa subkelompok Borneo Barat. Kehadiran hentian
ini boleh membezakan makna sesuatu kata. Dalam bahasa Lundayeh hentian ini berlaku pada
vokal yang terletak di posisi akhir kata sahaja kecuali vokal //. Jadi, bagi memudahkan
penyebutan kata yang seumpamanya dengan tepat, simbol hentian () ditandakan bersama
huruf vokal yang berkenaan seperti berikut:
ina [in?] emak
ina [in] tadi
23
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
24/27
bada [bada] pasir
bada [bada?] ajaran
iti [iti?] buah dada
iti [iti] tanda / alamat
buri [buri] kekotoran
buri [buri?] percakapan
ticu [tiu?] tangan
ticu [tiu] diteruskan
Kehadiran hentian ini [] tidak hanya berlaku terhadap bunyi vokal depan dan vokal belakang
tetapi juga vokal e taling. Misalnya:
[e?] ya, benar, betul
Perkataan ina, bada, buri dan ticu di atas merupakan contoh perkataan yang akan
menghasilkan makna lain jika berlaku hentian glotis. Jadi, dalam bahasa Lundayeh hentian
glotis pada bunyi vokal di akhir perkataan sangat penting kerana ciri ini [?] berstatus fonem
yang tersendiri dan bukan pasangan minimal /k/ dan /?/ seperti dalam perkataan kotakyang
dibunyikan [kota?] Banyak perkataan Lundayeh yang menggunakan hentian glotis [?] ini.
3.1 Diftong /au/ dan /aw/
Kehadiran dua diftong ini nyata membawa ciri yang berlainan berbanding bahasa
peribumi yang lain di Kepulauan Borneo ini. Fonem /u/ merupakan vokal bersuara
manakala /w/ pula adalah separuh vokal. Kadang kala menjadi suatu kesukaran menentukan
24
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
25/27
bunyi diftong sama ada /au/ atau /aw/. Contoh perkataan yang mengandungi diftong ini adalah
seperti berikut:
pagau katil
arau gabus untuk panah sumpitan
irau pesta
megagau gelisah
tuwau burung merak
baw manik-manik
kerubaw kerbau
Penutup
Bahasa Lundayeh adalah salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan
alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa. Wallwork
( 1969 ) telah menyenaraikan beberapa fungsi bahasa, iaitu bahasa sebagai alat sapaan,
digunakan bagi tujuan keupacaraan, sebagai alat bertindak, penyimpan rekod, untuk
menyampaikan perintah dan keterangan, untuk mempengaruhi orang, curahan rasa hati, dan
wadah memuatkan fikiran serta membolehkan seseorang itu berfikir. Namun begitu, fungsi
bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia. Namun kini,bahasa telah
menjadi satu bahan ilmiah untuk dikaji.
Walaupun telah pelbagai definisi dikemukakan oleh para sarjana dan ilmuwan
bahasa. John P. Huges mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang
25
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
26/27
arbitrari yang digunakan untuk menyampaikan fikiran daripada seorang manusia kepada
manusia yang lain. Samsuri ( 1978 ) pula menyatakan bahawa bahasa merupakan alat yang
dipakai untuk membentuk fikiran dan perasaan, keinginan, dan perbuatan. Edward Sapir
( 1948 ) mentakrifkan bahasa sebagai a purely human and non-instintive method of
communicating ideas, emotions, and desires by means of a system of voluntary produced
symbols. Albert B. Cook ( 1977 ) telah memberikan pengertian bahasa sebagai satu sistem
simbol pertuturan yang arbitrari dan penanda kenahuan yang digunakan oleh anggota
sesebuah komuniti bahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi, dan memindahkan kebudayaan
mereka. Nelson Francis mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang dihasilkan
oleh artikulator dan digunakan oleh sekelompok manusia sebagai wahana atau cara untuk
menjalankan apa-apa sahaja aktiviti masyarakat mereka.
Biblografi
Jurnal Bahasa Lundayeh bertajukFonologi Bahasa Lundayeh di Sabah yang ditulis oleh
S.M.D Robert Y.W.P Taringan dalam Jurnal Bahasa Jilid 8 Bil. 1 Jun 2008, halaman
104-131, Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anwar, K. 1990. Kajian Bahasa yang Berorientasi Budaya. Pidato Pengukuhan sebagai
Guru Besar Tetap di Bidang Linguistik pada Fakultas Sastra Universitas Andalas
Padang.
Bonvillian, N. 1977.Language, Culture, and Communication: The Meaning of Messages.
New Jersey: Prentice-Hall.
26
8/6/2019 Mahanisawin Soalan 4 Perubhan Kump
27/27
Duranti, A. 1997.Linguistic Anthropology. First published, Cambridge: Cambridge
University Press.
Fanany I. dan Rebecca F. 2003. Wisdom of the Malay Proverbs. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
27