7
Majlis penutupan Kejohanan Hoki MSSD LMS Aturcara majlis - Ketibaan tetamu kehormat - Bacaan doa - Ucapan pengetua - Ucapan PPD - Penyampaian hadiah kejohanan - Penyampaian hadiah kepada pengadil dan urusetia kejohanan - Cenderamata - Penutup - Jamuan B i l Agenda Teks Catata n 1 Pengumuma n Untuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, hadirin sekalian diminta mengambil tempat. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih #Hadirin juga diminta berdiri ketika diumumkan vip masuk ke pentas utama. 2 Tetamu jemputan mengambil tempat Majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu2 jemputan untuk mengambil tempat di bahagian depan dewan. 3 Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Dengan diiringi oleh Yang Berusaha, Pn Hjh Mariam bt Abu Bakar, Pengetua SMK Dato’Kamaruddin, Hadirin-hadirat diminta berdiri. 1

Majlis Penutupan Kejohanan Hoki MSSD LMS

Embed Size (px)

Citation preview

Majlis penutupan Kejohanan Hoki MSSD LMSAturcara majlis Ketibaan tetamu kehormat Bacaan doa Ucapan pengetua Ucapan PPD Penyampaian hadiah kejohanan Penyampaian hadiah kepada pengadil dan urusetia kejohanan Cenderamata Penutup Jamuan

BilAgendaTeksCatatan

1PengumumanUntuk makluman hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar sahaja lagi. Oleh itu, hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih

#Hadirin juga diminta berdiri ketika diumumkan vip masuk ke pentas utama.

2Tetamu jemputan mengambil tempat

Majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu2 jemputan untuk mengambil tempat di bahagian depan dewan.

3Ketibaan VIPMengumumkan ketibaanYang Berusaha

Dengan diiringi oleh Yang Berusaha, Pn Hjh Mariam bt Abu Bakar, Pengetua SMK DatoKamaruddin, Hadirin-hadirat diminta berdiri.

Terima kasih diucapkan, hadirin dipersilakan duduk

4solutasiDengan lafaz suci BismillahirrahmanirrahimSegala Puji dan Puja untuk Allah SWTSelawat dan Salam ke atas Rasul JunjunganNabi Muhammad SAW.Assalammualaikum WBT, dan salam sejahtera

Yang Berusaha

1.

2.

3.

4.

Yang Berusaha2. Pn Hjh Mariam bt Abu BakarPengetua SMK Dato Kamaruddin

5. Puan Hjh Mazidah Bt AdenanPen Kanan Kokurikulum

Barisan pengadil, AJK Kerja , Pegawai-pegawai kejohanan, rakan sejawat, jurulatih2 dan pengurus pasukan, warga komuniti dan seterusnya pelajar- pelajar pemain hoki yang dikasihi sekalian.

5Aluan pengerusi majlisAlhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan Limpah kurnia dan Izinnya, Kejohanan Hoki MSSD LMS pada tahun ini telah pun berlangsung selama 2 minggu bermula dari 20 APRIL yang lalu dengan jayanya dan pada hari ini 30 APRIL 2015, kita berkumpul di dewan SMK Dr Burhanuddin bagi sama-sama menyempurnakan kemurnian agenda majlis penutupan dan penyampaian hadiah kejohanan hoki MSSD LMS tahun 2015.

Harapan semoga kejohanan ini mampu mewujudkan satu bentuk persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar bagi mencungkil bakat atlet sukan daerah, membudayakan gaya hidup sihat, meninggikan jati diri dan disiplin pelajar ke arah merealisasikan perak excellent 2015.

6Bacaan doaWarga dewan sekalian,

Bagi memberkati acara dan agenda , marilah kita semua selaku insan kerdil sifat dan upaya, menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat dariNya. Untuk itu, majlis mempersilakan al-fadhil ustaz

Bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Aamin, Ya Robbal Aalamiinn.Semoga pertemuan kita pada tghari ini dipelihara dan dilimpahkan sepenuh manfaat dan keceriaan,menambah tautan kemesraan serta berangkatnya kita ke destinasi masing-masing nanti akan diiringi dengan jutaan kenangan dan ketenangan.Majlis merakamkan setinggi ucapan terima kasih

7Ucapan pengetuaSantun berhikmah adat melayu,Warisan amalan sejak dahulu,Pohon keizinan barang sewaktu,Ucapan pengerusi kejohanan amat dialu,

Hadirin sekalian,bingkisan ucapan pada pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan aluan pengerusi kejohanan iaitu Puan Hjh Mariam bt Abu Bakar. Majlis setulus hati mempersilakan.

.....................................................................................

Majlis setulus hati merakamkan aprisiasi dan terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8Ucapan VIPUsah tertawan, alpa duniawi,Hanya indah, serupa mimpi,Duhai pahlawan, satria pertiwi,Hulurkan madah, kata perasmi.

Majlis diteruskan dengan menjemput

untuk menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan majlis penutupan kejohanan hoki MSSD LMS . Dipersilakan..Terima kasih Yang Berusaha, atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

9Penyampaian hadiah kejohananHadirin sekalian, bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah, dipersilakan

untuk menyampaikan hadiah kepada penyandang2 kejuaraan..Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada

Atas kesudian menyampaikan hadiah kepada penyandang2 kejuaraan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan2 yang telah Berjaya mencipta kejayaan dalam arena sukan hoki MSSD LMS 2015. Harapan kami agar kalian dapat meneruskan kecemerlangan di peringkat negeri dan kebangsaan. Selamat maju jaya diucapan kepada semua pemain hoki.

10Penyampaian cenderamataTenang-tenang air di laut,Sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,Budi yang baik rasa nak junjung.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderamata ,bagi tujuan itu, majlis mempersilakan

dengan diiringi oleh

(Rujuk lampiran)

Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada

atas kesudian memberi dan terima kasih juga kepada semua penerima cenderamata atas kesudian menerima.

11PenutupMajlis kejohanan hoki MSSD LMS sudah hampir melabuhkan tirainya.

Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan ini.

Sayang singapura sungainya jernihTempat laluan sampan dan kolek,Segar jasmani, jiwa bersih,Aktiviti sukan, amalan yang baik

Meneruskan atur langkah penutupan majlis,Semua hadirin diminta berdiri untuk sama-sama kita menyanyikan lagu negaraku dengan penuh bersemangat

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi. Semua guru dipersilakan duduk.

Semoga kita dapat bersua lagi dalam kejohanan hoki pada tahun hadapan. Yang baik itu adalah dari Yang Maha Kuasa, Yang Buruk itu adalah dari kelemahan kami sendiri.Terima kasih semua.Majlis mengumumkan keberangkatan

dengan diiringi oleh puan pengetua dan tetamu2 jemputan meninggalkan majlis. Selepas ini dijemput semua yang hadir untuk menikmati sedikit jamuan yang telah disediakan di dewan

Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum wbt,

cikgusheedabdulrahim/terimakasihAllahpenulislakaranhidupku =)1