Upload
hoanghuong
View
236
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MANUAL MPK BIL : 115 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
PERMOHONAN KEMUDAHAN
REKREASI
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA 3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN 4
1.0 TUJUAN MANUAL 5
2.0 LATAR BELAKANG 5-6
3.0 DEFINISI 6-7
4.0 CARTA BAHAGIAN 7
5.0 SUMBER KUASA 7
6.0 SKOP KERJA 8-9
7.0 PROSES KERJA 9-10
8.0 CARTA ALIR 11-12
9.0 PENUTUP 13
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka
menjadi tugas kita bersama sebagai wargakerja
MPK untuk berusaha membuat penambahbaikan
agar penyampaian perkhidmatan kita bermutu
tinggi, berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum
tibanya pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Manual Permohonan Kemudahan Rekreasi ini disediakan dengan
harapan dapat menguruskan masalah rakyat dan memastikan semua
bentuk permohonan dan tindakan mengikut peruntukan, polisi serta
dasar ‘value of money’
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita
berpadu untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam
semua bidang dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya
status bandaraya kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar
bersedia dam mampu mengalas tanggungjawab yang berupaya
memberi hasilkerja dan penyampaian perkhidmatan yang sangat
memuaskan hati semua pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat
umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Ehsan Mukri
Setiausaha MPK
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Assalamualaikum wbt.
Alhamdullilah,syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi
restunya sehingga terhasilnya Manual ini. Secara dasarnya
landskap dapat dinikmati oleh semua melalui pandangan
(view), sentuh (touch), rasa (feel), bau (smell) dan
pengalaman (experience). Memetik kata-kata Kevin Lynch
pengarang buku “The Image of The City”, landskap
bandar (urban landscape) mempunyai peranan yang
banyak dan di antaranya ialah sesuatu yang dapat dilihat, yang akan diingati
dan yang mewujudkan suasana persekitaran yang menggembirakan. Justeru
melalui pembangunan landskap, ruang dapat dihasilkan dan ruang pula akan
menghasilkan pengalaman. Pengalaman inilah yang akan dirasai oleh
masyarakat apabila sesebuah landskap yang menarik dan bersesuaian di
hasilkan di sesebuah kawasan perbandaran. Namun begitu sesungguhnya
menguruskan aspek pelandskapan iaitu dari aspek penyelenggaraan dan
pembangunan di kawasan perbandaran kini adalah merupakan adalah satu
tugas yang mencabar. Oleh yang demikian untuk menghasilkan suatu
persekitaran yang menarik semua kakitangan yang terlibat perlu komited dan
sentiasa mengisi diri dengan ilmu pengetahuan yang terbaru berkaitan
landskap di samping bekerja dengan penuh komited, minat dan semangat.
Manual yang dihasilkan ini adalah merupakan dokumen mengenai kerja-kerja
rutin yang dilakukan oleh setiap unit di dalam Jabatan Taman dan Rekreasi.
Penghasilan Manual ini adalah merupakan satu usaha penambahbaikan
dalam bidang tugas masing-masing supaya dapat memberi hasil kerja dan
penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua pelanggan
MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya. Ia juga kearah untuk
mewujudkan persekitaran landskap Bandaraya Mampan Warisan Diraja.
Ucapan terimakasih kepada Setiausaha Majlis Perbandaran Klang, Tuan
Ehsan Mukri di atas sokongan,dorongan,sumbangan idea dan motivasi
kepada kami di Jabatan Taman dan Rekreasi di dalam menghasilkan Manual
ini. Tidak ketinggalan juga kepada semua kakitangan jabatan yang sama-
sama menghasilkan manual ini.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Menetapkan keutamaan-keutamaan jangka masa panjang jabatan.
1.3 Memberikan halatuju yang jelas kepada jabatan supaya segala usaha yang dijalankan adalah selaras dengan matlamat,
sasaran kerja.
1.4 Menjadi asas perancangan dan pembangunan program, projek dan aktiviti yang dijalankan oleh jabatan supaya selaras dengan
peruntukan dan memenuhi keperluan pengguna.
1.5 Tujuan manual ini sebagai rujukan dan panduan kepada warga
MPK dan warga Klang.
2.0 LATAR BELAKANG
Manual ini adalah di bawah tanggungjawab Unit
Penyelenggaraan (Kemudahan Rekreasi), Jabatan Taman dan
Rekreasi MPK.
i. Objektif
Objektif Unit yang telah ditubuhkan pada Julai 2011 untuk
meningkatkan penggunaan awam terhadap kemudahan yang
disediakan, mengurangkan risiko kegagalan alat permainan dan
memastikan keselamatan pengguna berada ditahap yang memuaskan.
ii. Strategi
Berdasarkan kepada Dasar dan Strategi Jabatan bagi tahun
2013/2014, unit ini telah menyusun strategi supaya dapat
meningkatkan sumbangan kepada pembangunan rekreasi secara
berterusan dengan:
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
6
a) Meningkatkan kecekapan urus tadbir jabatan.
b) Meningkatkan kualiti, kemudahan fasiliti dan persekitaran
taman-taman rekreasi.
c) Mewujudkan kerjasama (smart partnership) bersama orang
awam, NGO dan syarikat-syarikat swasta.
d) Meningkatkan amalan pemantauan berkala.
e) Menjalankan kajian dan pembangunan (R & D) terhadap isu-isu
kemudahan rekreasi dan mempertingkatkan maklumat berkaitan
produk dan rekabentuk.
3.0 DEFINISI
i. Rekreasi
Merupakan sesuatu aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang untuk tujuan memperolehi kerseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
ii. Kemudahan Rekreasi Adalah peralatan yang disediakan untuk masyarakat daripada pelbagai peringkat umur bagi menjalankan aktiviti riadah. Peralatan tersebut adalah terdiri daripada peralatan permainan, peralatan senaman luar, bangku, kerusi, tapak refleksiologi, gelanggang permainan,trek jogging dan tong sampah.
iii. Kegagalan Alat
Keadaan apabila sesuatu alat atau mesin gagal melakukan fungsinya dengan baik serta mendatangkan mudarat kepada keselamatan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
7
iv. Pemantauan Berkala
Kerja- kerja pemeriksaan secara berjadual dan berperingkat sebagai inisiatif awal untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
4.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
5.0 SUMBER KUASA
1.1 Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual adalah seperti berikut: i. Garis Panduan Jabatan Landskap Negara
ii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972
iii. Surat- surat Pekeliling Perbendaharaan
ARKITEK LANDSKAP (J41)
PEMBANTU TADBIR (O) N17
Klang Utara
PEMBANTU TADBIR (O) N17
Klang Selatan
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
8
6.0 SKOP KERJA
i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru
Komponen Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah
Sediada.
a) Merima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-
Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.
b) Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk
mendapatkan maklumat berkaitan:
Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi yang perlu
dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan pengguna
c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan.
d) Merekod aduan dan permohonan ke dalam sistem giliran.
e) Menyelaraskan dan memantau kerja- kerja membaiki / menggati yang dilaksanakan oleh pihak pengeluar/ pembekal yang telah dilantik.
ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.
a) Merima surat permohonan daripada I-Responz /AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.
b) Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan
c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan.
d) Memberi maklumbalas kepada pemohon.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
9
e) Merekod aduan/ permohonan ke dalam sistem giliran.
f) Menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil
penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.
7.0 PROSES KERJA
i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru
Komponen Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah
Sediada.
a) Terima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-
Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.
b) Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk
mendapatkan maklumat berkaitan:
Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi yang perlu
dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan pengguna
c) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan
d) Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.
e) Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran
f) Ditangguh untuk tindakan sekiranya didapati masalah tersebut:
Tidak mengganggu aktiviti pengguna
Tidak membahayakan
Kes berulang disebabkan salahguna atau vandalisme.
Tiada peruntukan kewangan yang mencukupi
g) Kerja-kerja membaiki atau mengganti akan dilaksanakan. Jabatan akan menyelaraskan skop kerja dan pemantauan dengan pihak pengeluar/pembekal yang telah dilantik.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
10
ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.
a) Terima surat permohonan daripada I-Responz
/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu.
b) Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan sekiranya didapati permohonan tidak melalui Persatuan Penduduk.
c) Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan
d) Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan
e) Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini
status aduan dan tindakan selanjutnya.
f) Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon sekiranya didapati kawasan tidak sesuai (contoh: keluasan, lokasi) atau masalah di tapak disebabkan oleh salahguna atau vandalisme.
g) Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran.
h) Ditangguh untuk tindakan sekiranya tiada peruntukan kewangan yang mencukupi.
i) Jabatan akan menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.
8.0 CARTA ALIR
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
11
i. Permohonan Untuk Membaiki atau Mengganti Baru Komponen
Alat Permainan, Bangku atau Tong Sampah Sediada.
ii. Permohonan Untuk Set Alat Permainan Bersepadu Baru.
Terima surat permohonan atau laporan aduan daripada I-Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu
Meneliti permohonan dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
Kesahihan aduan Status penyelenggaraan kawasan Bilangan dan jenis kemudahan rekreasi
yang perlu dibaiki atau diganti Menilai tahap risiko keselamatan
pengguna
Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan
Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.
Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran
Tangguh Ditangguh untuk tindakan sekiranya didapati masalah tersebut:
Tidak mengganggu aktiviti pengguna
Tidak membahayakan
Kes berulang disebabkan salahguna atau vandalisme.
Tiada peruntukan kewangan yang mencukupi
Kerja-kerja membaiki atau mengganti akan dilaksanakan. Jabatan akan menyelaraskan skop kerja dan pemantauan dengan pihak pengeluar/pembekal yang telah dilantik.
Ya
1.
2.
3.
4.
5.
6.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
12
Terima surat permohonan daripada I-Responz/AhliMajlis/JKKK/Persatuan Penduduk/Individu
1.
Tidak Lengkap
Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon untuk melengkapkan permohonan sekiranya didapati permohonan tidak melalui Persatuan Penduduk
Lengkap
Meneliti permohonan, dan membuat lawatan tapak untuk mendapatkan maklumat berkaitan:
Status penyelenggaraan kawasan Keadaan persekitaran tapak cadangan
Menyediakan laporan dan syor kepada Ketua Jabatan
Ketua Jabatan menyerahkan keputusan untuk mengemaskini status aduan dan tindakan selanjutnya.
Aduan/permohonan akan direkod dan diberikan angka giliran
2.
3.
5.
Tolak Jabatan akan memberikan maklumbalas kepada pemohon sekiranya didapati kawasan tidak sesuai (contoh: keluasan, lokasi) atau masalah di tapak disebabkan oleh salahguna atau vandalisme.
Lengkap
4.
Tangguh Ditangguh untuk tindakan sekiranya tiada peruntukan kewangan yang mencukupi
Jabatan akan menyelaraskan proses sebutharga, bertemu dengan wakil penduduk dan memantau aktiviti kontraktor yang dilantik.
Ya 6.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL.115 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Tatacara Permohonan Kemudahan Rekreasi (Alat Permainan, Bangku Taman Dan Tong Sampah
13
9.0 PENUTUP
Penyediaan Manual Permohonan Kemudahan Rekreasiini diharapkan
dapat meningkatkan sistem penyampaian jabatan amnya dan
perkhidmatan Majlis khasnya terutamanya dalam memastikan semua
bentuk permohonan dan tindakan mengikut peruntukan , polisi serta
dasar ‘value of money’
Ia juga diharap akan dapat meningkatkan kualiti landskap Klang serta
kemudahan fasiliti dan persekitaran taman-taman rekreasi selaras
dengan dasar dan strategi Jabatan Taman dan Rekreasi, Majlis
Perbandaran Klang.