Upload
hoangcong
View
277
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
1 CETAKAN : 2017
MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA
PERATURAN AM KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN
1. NAMA
1.1 Kejohanan ini dinamakan “KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN
SUKAN MAJLIS SUKAN POLITEKNIK MALAYSIA”
2. PENGELOLAAN
2.1 KARNIVAL SUKAN atau KEJOHANAN SUKAN ini dianjurkan oleh Majlis
Sukan Politeknik Malaysia (MSP) dan dikelolakan oleh Politeknik-
Politeknik Malaysia.
3. JENIS SUKAN DAN BILANGAN PEGAWAI / PESERTA
3.1 Jenis sukan yang dipertandingkan seperti berikut :
Bil SUKAN PENGURUS
PASUKAN
JURULATIH
PASUKAN PEMAIN JUMLAH
3.1.1 Bola Sepak 1 3 22 26
3.1.2 Bola Jaring 1 1 14 16
3.1.3 Bola Tampar Lelaki 1 1 12 14
3.1.4 Bola Tampar Wanita 1 1 12 14
3.1.5 Memanah Lelaki 1 2 8 11
3.1.6 Memanah Wanita 1 2 8 11
3.1.7 Badminton Lelaki 1 1 8 10
3.1.8 Badminton Wanita 1 1 8 10
3.1.9 Tenpin Boling Lelaki 1 1 4 6
3.1.10 Tenpin Boling Wanita 1 1 4 6
3.1.11 Sepak Takraw 1 2 12 15
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
2 CETAKAN : 2017
3.1.12 Sofbol Lelaki 1 2 17 20
3.1.13 Sofbol Wanita 1 2 17 20
3.1.14 Olahraga Lelaki 1 3 20 24
3.1.15 Olahraga Wanita 1 3 20 24
3.1.16 Ragbi 1 3 15 19
3.1.17 Hoki Lelaki 1 2 18 21
3.1.18 Hoki Wanita 1 2 18 21
3.1.19 Skuasy Lelaki 1 1 4 6
3.1.20 Skuasy Wanita 1 1 4 6
3.1.21 Ping Pong Lelaki 1 1 6 8
3.1.22 Ping Pong Wanita 1 1 6 8
3.1.23 Tenis Lelaki 1 1 6 8
3.1.24 Tenis Wanita 1 1 6 8
3.1.25 Bola Keranjang Lelaki 1 1 12 14
3.1.26 Bola Keranjang Wanita 1 1 12 14
3.1.27 Catur Lelaki 1 1 4 6
3.1.28 Catur Wanita 1 1 4 6
3.1.29 Woodball Lelaki 1 1 6 8
3.1.30 Woodball Wanita 1 1 6 8
3.1.31 Boling Padang Lelaki 1 1 6 8
3.1.32 Boling Padang Wanita 1 1 6 8
3.1.33 Petanque Lelaki 1 1 8 10
3.1.34 Petanque Wanita 1 1 8 10
3.1.35 Renang Lelaki 1 1 29 31
3.1.36 Renang Wanita 1 1 29 31
3.1.37 Pencak Silat Lelaki 1 2 18 21
3.1.38 Pencak Silat Wanita 1 2 14 17
3.1.39 Berbasikal (MTB) Lelaki 1 2 6 9
3.1.40 Berbasikal (MTB) Wanita 1 2 6 9
3.1.41 Taekwondo Lelaki 1 1 8 10
3.1.42 Taekwondo Wanita 1 1 8 10
3.1.43 Karate Do Lelaki 1 1 13 15
3.1.44 Karate Do Wanita 1 1 10 12
3.1.45 Golf Lelaki 1 1 5 7
3.1.46 Golf Wanita 1 1 5 7
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
3 CETAKAN : 2017
3.1.47 Futsal Lelaki 1 3 20 24
3.1.48 Futsal Wanita 1 3 20 24
3.1.49 Sukan Lasak Penganjur
3.1.50 Mendayung Lelaki 1 1 15 17
3.1.51 Mendayung Wanita 1 1 15 17
3.1.52 Kayak Lelaki 1 1 5 7
3.1.53 Kayak Wanita 1 1 5 7
4. KELAYAKAN PENYERTAAN
4.1 Hanya pelajar Politeknik yang sedang mengikuti pengajian sepenuh
masa di Politeknik Kementerian Pendidikan Tinggi.
4.2 Pelajar semester akhir yang telah menamatkan pengajian ( sehingga
keputusan rasmi lembaga peperiksaan politeknik Malaysia – insuran
pelajar adalah tanggungan politeknik berkenaan ) boleh menyertai
karnival sukan atau kejohanan sukan.
4.3 Setiap politeknik/politeknik negeri dibenarkan menghantar satu pasukan
sahaja bagi setiap jenis permainan yang dipertandingkan dalam sukan
MSP.
4.4 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan 1 salinan photostat kad
pengenalan dan 1 salinan kad matrik/pelajar untuk disertakan bersama
borang pendaftaran pemain semasa kejohanan.
4.5 Setiap pemain/atlet diwajibkan mengemukakan kad matrik/pelajar asal
kepada urusetia pertandingan untuk tujuan semakan dan pengesahan
status pemain/atlet pada perlawanan pertama sahaja bagi setiap pasukan.
Semakan seterusnya akan dilakukan sekiranya ada permintaan.
4.6 Mana-mana pemain yang gagal mematuhi peraturan am perkara 4.4 dan
4.5 tidak akan dibenarkan menyertai karnival sukan atau kejohanan
tersebut.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
4 CETAKAN : 2017
5. PENDAFTARAN 5.1 Setiap politeknik/politeknik negeri dibenarkan mendaftar bilangan pegawai
dan pemain/atlet seperti yang ditetapkan dalam borang penyertaan yang
telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknik
dan Pertandingan MSP.
5.2 Setiap pemain/atlet hanya dibenarkan mendaftar bagi dua jenis sukan
sahaja tetapi Jawatankuasa Pengelola berhak membuat apa-apa
keputusan mengenai penjadualan pertandingan. Bagi olahraga setiap
pemain/atlet dibenarkan mengambil bahagian dalam tiga 3 acara individu
dan dua 2 acara berpasukan.
5.3 Borang pendaftaran pegawai dan pemain/atlet hendaklah sampai kepada
Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya dalam tempoh tujuh (7)
hari sebelum tarikh pertandingan. Borang pendaftaran tersebut hendaklah
ditandatangani untuk tujuan pengesahan oleh Ketua Jabatan Sukan atau
Ketua Unit Sukan.
5.4 Pertukaran pemain/atlet hanya boleh dibuat semasa Mesyuarat Pengurus-
Pengurus Pasukan sehari sebelum pertandingan bermula. Hanya nama-
nama yang telah disahkan dalam mesyuarat pengurus pasukan sahaja
akan layak untuk menyertai pertandingan tersebut kecuali acara olahraga.
6. PAKAIAN
6.1 Setiap pemain/atlet yang mengambil bahagian dalam karnival sukan atau
kejohanan sukan MSP mestilah berpakaian sukan yang sesuai dan
kemas. Pemain/atlet digalakkan untuk berpakaian menutup aurat.
6.2 Peraturan pakaian yang ditetapkan seperti termaktub dalam undang-
undang permainan hendaklah dipatuhi.
6.3 Jika terdapat dua pasukan yang memakai jersi yang sama warna dalam
satu-satu perlawanan, pasukan yang pertama namanya tercatat dalam
jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang berlainan warna.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
5 CETAKAN : 2017
6.4 Pemain/atlet yang terlibat dengan upacara penyampaian hadiah
diwajibkan memakai pakaian kemas dan berkasut sukan.
6.5 Pengurus dan jurulatih pasukan juga diwajibkan berpakaian kemas (baju
T atau kemeja berkolar) dan berkasut semasa bersama pemain sewaktu
perlawanan berlangsung. Pemakaian seluar jeans tidak dibenarkan sama
sekali semasa berada di dalam situasi pertandingan.
7. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA PENGELOLA
Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan atau Kejohanan Sukan MSP akan
ditetapkan Majlis Sukan Politeknik Malaysia dan bertanggungjawab :
7.1 Menentukan tarikh, tempat dan masa karnival sukan atau kejohanan dan
sebolehnya dilaksanakan semasa cuti semester.
7.2 Melantik Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Permainan
sebagai Penasihat Teknikal Kejohanan.
7.3 Melantik pengadil kejohanan yang bertauliah untuk menjayakan karnival
sukan atau kejohanan sukan tersebut.
7.4 Menyedia dan mengemukakan anggaran perbelanjaan untuk kelulusan
pihak MSP sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum karnival sukan
atau kejohanan sukan MSP bermula.
7.5 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang,
gelanggang, elaun makan sukarelawan, elaun petugas dan lain-lain yang
berkaitan.
7.6 Memaklumkan kepada semua politeknik spesifikasi peralatan sukan yang
akan digunakan semasa kejohanan sekurang-kurangnya tiga (3) bulan
sebelum karnival sukan atau kejohanan sukan MSP berlangsung.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
6 CETAKAN : 2017
7.7 Mengadakan taklimat teknikal (lawatan tapak) dan cabutan undi sebelum
pertandingan.
7.8 Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan salinan
minit mesyuarat kepada:
7.8.1 Setiausaha Agung MSP
7.8.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP
7.8.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP.
7.9 Mengedarkan keputusan rasmi karnival sukan atau kejohanan sukan MSP
kepada semua Politeknik dalam tempoh 14 hari selepas tamat
pengelolaan karnival sukan atau kejohanan sukan tersebut kepada :
7.9.1 Setiausaha Agung MSP
7.9.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP
7.9.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan permainan berkenaan
7.10 Menghantar kepada Bendahari MSP, 1 salinan laporan lengkap Penyata
Kewangan dalam tempoh masa sebulan selepas tamat kejohanan.
8. SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan cara liga atau kalah mati seperti berikut:
8.1 Lapan Kumpulan
8.1.1 Pusingan Awal
Sekiranya dua puluh empat atau lebih pasukan mengambil
bahagian hendaklah dibahagikan kepada lapan kumpulan A, B, C,
D, E, F, G dan H. Format pertandingan dijalankan secara liga satu
pusingan.
8.1.2 Pusingan Kedua
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
7 CETAKAN : 2017
8.1.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.
8.1.2.2 Johan A lawan Naib Johan H, pemenang sebagai X1.
8.1.2.3 Johan E lawan Naib Johan C, pemenang sebagai X2.
8.1.2.4 Johan D lawan Naib Johan G, pemenang sebagai X3.
8.1.2.5 Johan F lawan Naib Johan B, pemenang sebagai X4.
8.1.2.6 Johan B lawan Naib Johan F, pemenang sebagai X5.
8.1.2.7 Johan G lawan Naib Johan D, pemenang sebagai X6.
8.1.2.8 Johan C lawan Naib Johan E, pemenang sebagai X7.
8.1.2.9 Johan H lawan Naib Johan A, pemenang sebagai X8.
8.1.3 Suku Akhir
8.1.3.1 Suku akhir pertama X1 lawan X2, pemenang sebagai
Y1.
8.1.3.2 Suku akhir kedua X3 lawan X4,pemenang sebagai
Y2.
8.1.3.3 Suku akhir ketiga X5 lawan X6, pemenang sebagai
Y3.
8.1.3.4 Suku akhir keempat X7 lawan X8,pemenang sebagai
Y4.
8.1.4 Separuh Akhir
8.1.4.1 Separuh akhir pertama Y1 lawan Y2, pemenang
sebagai Z1.
8.1.4.2 Separuh akhir kedua Y3 lawan Y4,pemenang sebagai
Z2.
8.1.5 Pertandingan Akhir.
8.1.5.1 Menentukan Johan dan N. Johan, Z1 lawan Z2.
8.1.5.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah Y1 lawan Y2 dan
kalah Y3 lawan Y4.
8.2 Enam Kumpulan
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
8 CETAKAN : 2017
8.2.1 Pusingan Awal
Sekiranya tujuh belas hingga dua puluh tiga pasukan mengambil
bahagian hendaklah dibahagikan kepada enam kumpulan A, B, C,
D, E dan F. Format pertandingan dijalankan secara liga satu
pusingan.
8.2.2 Pusingan Kedua (Rujuk Jadual di bawah)
8.2.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.
8.2.2.2 Empat pasukan Johan Kumpulan akan diundi pada
kedudukan 9, 10, 11 dan 12. Manakala dua pasukan
Johan Kumpulan akan diundi pada kedudukan 1 dan
5.
8.2.2.3 Enam pasukan Naib Johan Kumpulan akan diundi
pada kedudukan 2, 3, 4, 6, 7 dan 8. Kaedah undian
ialah jika pasukan Johan Kumpulan telah diundi pada
kedudukan 1, 9 dan 10, maka pasukan Naib Johan
Kumpulannya akan diundi pada kedudukan 6, 7 dan
8. Begitu juga jika pasukan yang Johan Kumpulan
telah diundi pada kedudukan 5,11 dan 12, maka
pasukan Naib Johan Kumpulannya akan diundi pada
kedudukan 2, 3 dan 4.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
9 CETAKAN : 2017
Jadual Enam Kumpulan :
1 : JOHAN
2 : N/JOHAN
SUKU AKHIR 9 : JOHAN
3 : N/ JOHAN
SEPARUH AKHIR
4 : N/JOHAN
AKHIR
SUKU AKHIR
5 : JOHAN
10 : JOHAN
6 : N/JOHAN
SUKU AKHIR 11 : JOHAN
7 : N/JOHAN
SEPARUH AKHIR
8 : N/JOHAN
SUKU AKHIR 12 : JOHAN
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
10 CETAKAN : 2017
8.3 Empat Kumpulan
8.3.1 Pusingan Awal
Sekiranya dua belas hingga enam belas pasukan mengambil
bahagian hendaklah dibahagikan kepada empat kumpulan A, B, C
dan D. Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.3.2 Suku Akhir
8.3.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati.
8.3.2.2 Johan A lawan N. Johan C dan Johan C lawan N.
Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2.
8.3.2.3 Johan B lawan N. Johan D dan Johan D lawan N.
Johan B.Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan Y2.
8.3.3 Separuh Akhir
8.3.3.1 Pusingan separuh akhir secara kalah mati.
8.3.3.2 Separuh akhir pertama X1 lawan Y2 dan pemenang
sebagai Z1.
8.3.3.3 Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenang
sebagai Z2.
8.3.4 Pertandingan Akhir.
8.3.4.1 Menentukan Johan dan N. Johan, Z1 lawan Z2.
8.3.4.2 Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan
kalah Y1 lawan X2.
8.4 Tiga Kumpulan
8.4.1 Pusingan Awal
Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil
bahagian hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C
dan pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.4.2 Pusingan Kedua
8.4.2.1 Pusingan kedua dijalankan secara liga.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
11 CETAKAN : 2017
8.4.2.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan
dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan
cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat
pusingan awal.
8.4.2.3 Daripada tiga Johan, satu akan masuk ke kumpulan X
atau Y dengan cara undian.
8.4.2.4 Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam
kumpulan lain dari Johan Kumpulannya dalam
pusingan awal.
8.4.3 Pusingan Akhir
8.4.3.1 Johan kumpulam X lawan Johan Kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
8.4.3.2 N. Johan Y lawan N. Johan X untuk tempat ketiga
dan keempat.
8.5 Dua Kumpulan
8.5.1 Pusingan Awal
Sekiranya enam hingga lapan pasukan mengambil bahagian,
pasukan hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B.
Format pertandingan dijalankan secara liga satu pusingan.
8.5.2 Pusingan Separuh Akhir dan Akhir
8.5.2.1 Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan
Kumpulan B dan Johan Kumpulan B akan melawan
Naib Johan Kumpulan A pada perlawanan separuh
akhir.
8.5.2.2 Pemenang perlawanan separuh akhir akan bertemu
untuk menentukan Johan dan Naib Johan manakala
pasukan yang kalah pada peringkat separuh akhir
akan bertemu untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat.
8.6 Satu Kumpulan
8.6.1 Pusingan Awal
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
12 CETAKAN : 2017
Sekiranya lima atau kurang daripada lima pasukan yang
mengambil bahagian pertandingan secara liga satu pusingan akan
dijalankan.
8.6.2 Pusingan Akhir
Johan dan Naib Johan dalam liga satu pusingan akan bertemu
pada perlawanan akhir untuk menentukan Johan dan Naib Johan.
9. PENENTUAN JOHAN KESELURUHAN
9.1 Format Kiraan Mata
Jika pertandingan dijalankan secara karnival sukan maka Johan
Keseluruhan akan ditentukan melalui kaedah berikut :
9.1.1 Bagi permainan acara berpasukan, Johan mendapat 8 mata,
Naib Johan mendapat 5 mata, Ketiga mendapat 3 mata dan
Keempat mendapat 2 mata.
9.1.2 Bagi permainan dijalankan secara Individu dan melibatkan
satu acara sahaja, Johan mendapat 5 mata, Naib Johan
mendapat 3 mata, Ketiga mendapat 2 mata dan Keempat
mendapat 1 mata.
9.1.3 Johan keseluruhan adalah berdasarkan hasil jumlah mata
keseluruhan yang diperolehi oleh Politeknik/Politeknik
Negeri tersebut.
Jadual Pemberian Mata ialah seperti berikut :
KEDUDUKAN INDIVIDU BERPASUKAN
Pertama 5 8
Kedua 3 5
Ketiga 2 3
Keempat 1 2
Ke 5 – ke 8 - 1
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
13 CETAKAN : 2017
9.2 Format Pungutan Pingat
Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan :
9.2.1 Pasukan yang memenangi pingat emas yang terbanyak
9.2.2 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat
emas yang sama, pasukan yang mempunyai pingat perak
yang lebih banyak isytiharkan sebagai pemenang
9.2.3 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat
emas dan perak yang sama, pasukan yang mempunyai
pingat gangsa yang lebih banyak isytiharkan sebagai
pemenang dan
9.2.4 Jika dua pasukan atau lebih mempunyai pungutan pingat
emas, perak dan gangsa yang sama, pasukan berkenaan di
isytiharkan sebagai johan bersama.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
10.1 Setiap pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak
boleh dengan sengaja memberi kemenangan percuma kepada pihak
lawan untuk perlawanan yang akan atau sedang berlangsung. Setiap
pasukan perlu menamatkan perlawanan yang telah dijadualkan.
10.2 Jika berlaku kecederaan sebelum perlawanan dan pasukan terlibat
memberi kemenangan kepada pihak lawan maka pemain yang cedera
mestilah mendapat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Politeknik.
11. BANTAHAN
11.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat secara bertulis oleh pengurus
pasukan dan disahkan oleh Pegawai Sukan Politeknik berkenaan dan
hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
14 CETAKAN : 2017
atau wakilnya dalam tempoh satu (1) jam selepas tamat perlawanan atau
mengikut masa yang ditetapkan oleh permainan tersebut dengan
disertakan wang tunai sebanyak RM250 (Ringgit Malaysia Dua Ratus
Lima puluh Sahaja) sebagai cagaran dan yuran proses.
11.2 Wang cagaran itu akan hilang dan menjadi pendapatan penganjur
sekiranya bantahan itu tidak diterima.
11.3 Sekiranya bantahan diterima oleh Jawatankuasa Bantahan maka wang
cagaran sebanyak RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja) sahaja
akan dikembalikan dan RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja)
sebagai yuran proses.
11.4 Semua Bantahan hendakah ditulis dalam Bahasa Malaysia.
11.5 Semua bukti ke atas bantahan perlulah dikemukakan oleh pihak yang
membantah kepada Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan.
11.6 Keputusan Jawatankuasa Rayuan dan Bantahan adalah muktamad.
12. JURI RAYUAN DAN BANTAHAN
Ahli Juri Rayuan dan Bantahan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum)
atau 7 orang (maksimum) sekurang-kurangnya 3 wakil daripada politeknik yang
berkecuali.
12.1 Ahli Juri Rayuan dan Bantahan (minimum) terdiri daripada:
12.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai
Pengerusi.
12.1.2 Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau
wakilnya
12.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP atau
wakilnya
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
15 CETAKAN : 2017
12.1.4 Dua atau Empat orang wakil daripada politeknik yang berkecuali
13. LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN / KARNIVAL
13.1 Lembaga ini terdiri daripada:
13.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Disiplin atau wakilnya sebagai Pengerusi.
13.1.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai
Setiausaha.
13.1.3 Pengerusi Teknik dan Pertandingan Permainan MSP.
13.1.4 Dua orang ahli yang terdiri daripada wakil 2 politeknik yang
berkecuali.
13.2 Lembaga disiplin bertanggungjawab untuk:
Mengambil tindakan mengenai disiplin peserta, pegawai pasukan bagi
semua perkara semasa kejohanan/karnival dijalankan seperti berikut:
13.2.1 memberi amaran atau
13.2.2 menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu atau
13.2.3 pasukan didenda RM 1000.00 atau
13.2.4 menyingkirkan pasukan permainan berkenaan daripada
keseluruhan kejohanan/karnival.
14. PEMATUHAN PERATURAN
Peraturan-peraturan di atas hendaklah dipatuhi kecuali ada dinyatakan berlainan
dalam peraturan permainan yang berkenaan. Sekiranya berlaku pertikaian
berkaitan peraturan am MSP maka hanya peraturan am terkini sahaja akan
digunapakai.
-JAWATANKUASA TEKNIK DAN PERTANDINGAN-
16 CETAKAN : 2017
15. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN
Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-
barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan dan
kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walau bagaimanapun beberapa
persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi mengelak
kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.
16. KELEWATAN
16.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit
sebelum perlawanan dimulakan.
16.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah
dijadualkan tanpa alasan yang munasabah adalah dianggap memberi
kemenangan percuma kepada pihak lawannya. ( merujuk kepada
peraturan pertandingan sukan tersebut )
17. HADIAH
Hadiah akan disediakan oleh penganjur untuk pemenang-pemenang Pertama,
Kedua dan Ketiga sahaja atau mengikut tawaran pingat setiap permainan.
18. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN PERATURAN
PERTANDINGAN.
18.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
18.2 Semua pasukan diwajibkan hadir ke Majlis Penyampaian Hadiah atau
Majlis Penutup yang ditetapkan oleh Pengelola. Surat Tunjuk Sebab akan
diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan
kepada pasukan yang tidak hadir dan perlu dibalas dalam tempoh 14 hari
dari tarikh surat dikeluarkan.