148
PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN kulapok downy Bintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun. Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim. Kulapok berdebu Kulat berdebu di bahagian bawah daun. Daun menjadi perang, kuning dan berkedut. Sembur dengan racun kulat seperti carbendazim atau tridemorph. Lecuh anak benih Pangkal anak benih seakan lecuh. Anak benih layu, rebah dan mati. Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb. Antraknos Bintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang. Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb. PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO Bintik daun (Cercospora capsici) Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun. Amalkan tanaman giliran. Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb. Rawat biji benih dengan racun kulat. Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum) Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk. Rawat biji benih dengan racun kulat. Reput pangkal (Sclerotium roolfsii) Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput. Rawat biji benih dengan racun kulat. Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.) Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh. Anak benih layhu, rebah dan mati. Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum) Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati. Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih. Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman

makluamat ekin

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: makluamat ekin

PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN kulapok downy

Bintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun.  Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim. 

Kulapok berdebuKulat berdebu di bahagian bawah daun.  Daun menjadi perang, kuning dan berkedut.  Sembur dengan racun kulat seperti  carbendazim atau tridemorph. 

Lecuh anak benihPangkal anak benih seakan lecuh.  Anak benih layu, rebah dan mati.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb. 

AntraknosBintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang.  Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO

Bintik daun (Cercospora capsici)Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh.  Anak benih layhu, rebah dan mati. 

Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran.  Perlu saliran yang baik. 

Antraknos BuahSembur racun kulat seperti Mancozeb

 

 

Page 2: makluamat ekin

Nama BotaniFamili 

:    Cucumis Sativus Linn:    Cucucbitacea 

 

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:-

 Menanam Timun  (pdf)Timun (Wikipedia Bahasa Melayu)

Varieti:

         MT 1Varieti MARDI ini ditanam di pantai timur.  Lambat mengeluarkan hasil (7-11 minggu selepas menanam).  Buahnya pendek dan banyak (10-15 biji/pokok).  Hasil dari varieti ini adalah 15-25 tan/hektar. 

         MT 2Varieti MARDI.  Cepat mengeluarkan hasil.  Buahnya sederhana besar dan sangat ranggup.  Pungutan hasil ialah 5-10 minggu selepas menanam.  Hasilnya ialah 20-30 tan/hektar. 

         Simpang PulauVarieti ini popular di Perak.  Kulit buah berwarna hijau tua.  Buah sederhana besar.  Hasil adalah 20-25 tan/hektar.

 

Pengenalan:

Timun boleh ditanam di ladang ataupun di sekeliling rumah.  Pokoknya tidak memerlukan ruang yang luas kerana ia adalah sejenis sayuran yang menjalar, yang perlu hanyalah cacakan kayu atau pagar-pagar tegap supaya pokok dapat memanjat.  Timun tidak memerlukan perhatian yang rapi seperti pokok-pokok lain.

Sebagai ulam timun mengandungi Vitamin A dan kelebihan zat ini tidak dapat ditandingi dengan sayur-sayuran lain seperti kacang bendi dan labu.  Timun mengandungi Vitamin A yang setanding dengan cili hidup iaitu lebih kurang 130 IU/Ox (4.6 IU/gm).

 

Kesusuaian Tanah:

Tanah yang sesuai untuk tanaman timun ialah tanah yang gembur, mengandungi cukup

Page 3: makluamat ekin

bahan-bahan organan, mempunyai saliran yang baik dan berkeupayaan memegang air.  Pokok timun memerlukan hawa panas tetapi tidak terlalu terik, kerana kalau terik ia memerlukan lebih baja dan air.  Jika penanaman dimulakan di pertengahan musim kemarau, pokok menjadi kerdil, kerana kekurangan air di dalam tanah untuk pokok menghisap.  Sebaik-baiknya penanaman dimulakan di akhir musim hujan di mana udara lebih sejuk disamping suhunya menggalakkan benih timun bercambah dengan cepat.

Tanah digembur dengan cangkul atau ditenggala dengan trektor.  Buat batas berukuran 1.2 m lebar x 7.6m panjang dan 23-26 cm tinggi.  Bubuh baja organan (tahi lembu atau tahi ayam yang reput dan bakaran sampah sarap) di setiap lubang tanaman atau di dalam parit kecil yang dibuat di kedua belah batas.  Banyak baja bergantung kepada kesuburan tanah (11.5 kg/batas atau 12.6 tan metrik/ha).

 

Penanaman:

Benih timun boleh ditanam terus atau dicambahkan dan diubah ke ladang.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60 cm x 60 cm (2' x 2').  Dua barisan tanaman timun boleh ditanam atas tiap-tiap batas.  Benih timun ditanam terus ke lubang dengan kadar 2-3 biji benih selubang.  Siram dua kali sehari.  Percambahan akan berlaku selepas 3-4 hari.  Selepas 10 hari anak pokok yang kurang subur dibuang dengan meninggalkan 1-2 pokok di satu tempat.

Benih timun boleh juga dicambahkan di dalam kain bersih yang basah, dan seterusnya tiga anak semaian diatur di dalam 'kerek'.  Anak-anak semaian di dalam 'kerek' diubah ke ladang selepas 4-6 hari.  Pilih anak semaian yang subur sahaja untuk diubah.  Pembajakan berikut boleh digunakan:-

14 bahagian Sulphate of Ammonia11 bahagian Double Superphosphate5 bahagian  Muriate of Potash11 bahagian Kieserite

atau gunakan baja sebatian NPK Hijau (15:15:15).  Baja dua minggu sekali sebanyak 14_28 gm sepokok/sekali, iaitu bila anak semaian berumur 10-12 hari.  Tabur keliling pokok atau ke dalam parit kecil yang dibuat di kiri kanan barisan anak-anak timun. Pokok timun memerlukan sokongan sebaik-baik sahaja ia mengeluarkan jari-jari, iaitu apabila anak pokok berumur 14-16 hari. 

Pokok timun perlu disiram sekurang-kurang sekali sehari sehinggalah hasilnya dipungut.  Dalam musim hujan pokok-pokok timun tidak sepatut disiram terlalu kerap.  Merumput patut dilakukan supaya tidak ada persaingan untuk zat makanan antara rumput dengan pokok timun dan untuk mengelakkan pembiakan musuh dan penyakit.  Merumput dilakukan dengan tangan atau dengan cangkul.

 

Page 4: makluamat ekin

Membuat Junjung / Penyokong:Pokok timun bertabiat menjalar dan memerlukan junjung / penyokong untuk memanjat.  Kayu junjung/penyokong yang dibuat daripada kayu hutan, buah dan lain-lain sistem para.  Sistem trellis yang menggunakan tiang-tiang kayu, para-para dawai dan tali rafia tahan lama tetapi kos adalah lebih tinggi.

 

Pembajaan:Timun memerlukan nutrien sebanyak 150-200 kg N, 30 kg P, 160-200 kg dan 20 kg Mg bagi sehektar. Baja organik dan inorganik yang disyorkan adalah seperti berikut:- 

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/batas(7.5m x 1.2m)

Amaun/hektar(650 batas)

1234

Sebelum menanam2 minggu4 minggu6 minggu

Baja organanNPK 15:15:15

NPK 12:12:17:2NPK 12:12:17:2

6 kg300 kg450 kg450 kg

4 tan200 kg300 kg300 kg

 

Pengairan:Memerlukan lembapan yang cukup untuk hidup subur.  Penyiraman perlu dilakukan 1-2 kali sehari, kecuali pada hari hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

 

Musuh:Musuh yang selalu menyerang timun ialah penyakit ulat dan kumbang Aulacophora, ulat lalat buah (dacus spp.) dan kutu daun.  Gunakan racun serangga untuk mengawal musuh-musuh ini.  

 

Penyakit:

Penyakit yang selalu menyerang timun ialah Bintik Berpusar, Kulapok Downy dan Kulapok Debu.  Gunakan racun kulat untuk mengawalnya.

 

Pungutan Hasil:

Buah timun dapat dipungut lebih kurang 30 hari selepas ditanam.  Pungutan dibuat dua hari sekali.  Ia akan terus mengeluarkan hasil selama 25-30 hari.  Buah yang masak mempunyai kulit yang licin sementara yang muda kulitnya kasar dan berkilat. 

Page 5: makluamat ekin

PANDUAN MENANAM TIMUN JEPUN SECARA   SISTEM HIDROPONIK

Pengenalan:

Sistem ini merupakan kaedah penanaman tanpa tanah di mana bahan makanan dibekalkan melalui larutan nutrien dan garam galian.  Oleh kerana sistem hidroponik memerlukan modal yang tinggi, jenis tanaman yang bernilai tinggi seperti timun Jepun disyorkan.  Setakat ini, keluasan tanaman ini yang diusahakan secara hidroponik masih kecil.  Namun demikian sistem ini berpotensi diperluaskan untuk pasaran tertentu di bandaraya.

Pengeluaran secara sistem hidroponik perlu dilaksanakan di bawah struktur pelindung hujan.  Antara kebaikan sistem ini ialah:-

1.      pengeluaran hasil bagi satu unit kawasan adalah lebih tinggi kerana pengambilan baja lebih efisien dan jarak tanaman yang lebih rapat

2.      menggalakkan pengeluaran sayuran yang berterusan sepanjang tahun

3.      menggalakkan impak percikan air hujan ke atas tanaman dan seterusnya kerosakan tanaman 

FAKTOR-FAKTOR PENTING DALAM PEMILIHAN SISTEM

1.      PasaranPasaran merupakan faktor penting dalam menentukan jenis sayuran yang diusahakan dan juga teknologi pengeluaran yang sesuai.  Pasaran pula ditetapkan mengikut lokasi dan permintaan terhadap jenis sayuran.  Permintaan pasaran terhadap sayuran tertentu dan secara berterusan sepanjang tahun menggalakkan penggunaan sistem ini. 

2.      Kemampuan KewanganPenggunaan teknologi ini memerlukan kos permulaan yang agak tinggi, pengusaha perlu mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh. 

3.      Tenaga KerjaDalam keadaan di mana tenaga kerja terhad, sistem ini sangat sesuai disyorkan sebagai alternatif. 

4.      Pengetahuan dan PengalamanPemilihan kaedah pengeluaran yang sesuai juga bergantung kepada kemahiran pengusaha.  Pengetahuan dan pengalaman dalam penyelenggaraan tanaman secara sistem hidroponik adalah penting untuk memastikan kejayaannya.

 

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Page 6: makluamat ekin

Dua kultivar yang disyorkan adalah Sakata Seeds No. 67 dan Sakata Seeds No. 69.  Ciri kedua-dua kultivar ini adalah seperti berikut:-

Kultivar Sakata Seeds No.67 Sakata Seeds No. 69

 Nisbah bunga betina : jantan Masa berbunga (lepas disemai) Warna buah Bentuk buah Berat buah Lain-lain ciri

50 : 5035-37

Hijau tuaLurus

90-100 gmDuri halus putih di permukaan

buah

80 : 2035-37

Hijau tuaLurus

90-100 gm-

 

JENIS SISTEM

Jenisnya ialah Intermittent Nutrient Flow Technique (INFT).  Bagi sistem ini bakul-bakul kecil yang mengandungi anak benih, diletakkan di dalam lubang pada penutup palong dengan akarnya mencecah larutan nutrien.  Pelan latar asas sistem INFT. 

 PERALATAN SISTEM

Peralatan yang diperlukan untuk sistem ini adalah seperti berikut:-

Tangki air berkapasiti 1000 liter Pam letrik berkuasa 2 H.P. Bekas takongan atau palong berukuran 4 m panjang x 0.2 m lebar x 0.1 m dalam Paip masuk air, jenis P.E. Grade D, berikuran 50 mm untuk mengepam air ke dalam palong. Paip buang air, jenis P.E. Grade 0, berukuran 100 mm untuk mengumpul air yang mengalir

dari palong.

Bekas air adalah penting dalam sistem hidroponik.  Air tadahan hujan atau air paip boleh digunakan.  Bagi air paip, kandungan klorinnya perlu diawasi sebelum air digunakan.  Kandungan klorin boleh dikurangkan dengan membiarkannya dalam takongan sehari.

Bagi sistem ini, larutan nutrien dipam dari tangki air secara berkala ke dalam palong.  Pam untuk menggerakkan dan mengalirkan air dijadualkan berjalan selama setengah jam setiap satu jam mulai pukul 7 pagi hingga 7 malam (pam dijalankan 8 kali dengan jumlah 4 jam sehari). 

Bekas takongan biasanya dalam bentuk palong dan saiznya berbeza mengikut keperluan.  Bekas takongan ini digunakan untuk mengisi larutan nutrien yang mengalir dan boleh dibuat dengan kayu . Palong-palong dibuat daripada plywood setebal 1 cm.  Saiz palong adalah 400 cm panjang x 20 cm lebar x 10 cm dalam.  Palong-palong ini perlu dilapikkan dengan plastik hitam tebal.  Bagi kawasan seluas 10 m x 20 m, ia boleh menempatkan 80 palong.

Page 7: makluamat ekin

Styroform yang dipotong mengikut ukuran palong digunakan sebagai penutup palong.  Lubang-lubang yang boleh memuatkan bakul semaian ditebok di styroform mengikut jarak tanaman yang akan diusahakan.  Bagi tanaman timun Jepun, jarak lubang adalah 40.5 cm.  Palong-palong boleh diletakkan di atas para-para yang dibuat daripada kayu. Empat palong boleh diletakkan di atas satu rak di mana empat palong ini mendapat bekalan air dari satu paip masuk dan satu paip buang.  Palong-palong hendaklah diletakkan mencondong ke sebelah (dengan cerun 1:100) supaya air dapat mengalir daripada bahagian masuk air kepada bahagian buang air melalui tekanan graviti.  Air yang dikumpulkan dalam tangki dipamkan semula ke dalam palong-palong tersebut.

Dalam sistem INFT ini, kepingan styroform berukuran 17.6 cm lebar x 5 cm tinggi dari 1.2 cm tebal diletakkan di bahagian tengah dan hujung tiap-tiap palong sebagai sekatan.  Ini adalah untuk memastikan sedikit air dapat bertakong semasa pam tidak berjalan.  Kaedah ini juga menjamin tanaman tidak terjejas sekiranya berlaku masalah terputus bekalan letrik.  Semasa pam tidak berjalan, takongan air baja yang bertakung kerana adanya sekatan dalam setiap palong memadai untuk keperluan tanaman.  (Sila lihat pelan struktur sistem hidroponik) !

 

PEMILIHAN STRUKTUR PELINDUNG

Struktur pelindung hujan digunakan untuk pengeluaran sayuran secara hidroponik.  Struktur ini sama seperti rumah dan dibuat daripada kayu tetapi bumbungnya adalah bahan plastik yang lutsinar dan tidak berdinding.  Struktur jenis kayu adalah lebih murah dan senang dibina walaupun tempoh hayatnya lebih pendek daripada jenis besi.

Bentuk yang popular adalah gergaji dan gable.  Jenis tiang yang disyorkan adalah kayu keras (Kelas B).  Bagi bumbung, kayu kelas C yang berkualiti sederhana boleh digunakan.

 

PENYEDIAAN LARUTAN NUTRIEN

Sebelum anak benih dialih, bancuhan baja dalam tangki dibuat terlebih dahulu.  Campuran baja yang dibuat adalah mengikut jenis tanaman yang diusahakan, kerana setiap tanaman mempunyai keperluan baja yang berlainan.  Tanaman timun Jepun memerlukan kadar Kalium dan Kalsium yang berbeza.  cF atau condutivity factor dan pH larutan baja juga perlu sentiasa dalam lingkungan yang disyorkan iaitu pH 5.5 - 6.5 dan 20 - 30 cF.

Contoh formulasi baja dalam tangki hidroponik

Jenis Nutrien g/1000 liter air

Larutan A:  CaNO3 900

Larutan B:  KNO3 600

Page 8: makluamat ekin

MgSO4 450

KH2PI4 160

EDTA-FE4 7.9

ZnSO3 0.4

MnSO4 1.5

CuSO4 0.3

NH4Mo4 0.1

H3BO3 1.7

Formulasi baja larutan pekat di dalam pasaran biasanya dirumuskan sebagai Rumusan A dan B, di mana rumusan A adalah kalsium nitrat dan rumusan B adalah campuran lain-lain nutrien.  Setiap rumusan adalah larutan pekat dan perlu diasingkan untuk mengelakkan pemendapatan jika kedua rumusan pekat ini dicampurkan.  Dalam persediaan larutan baja di dalam tangki yang luas seperti 1000 liter, rumusan A dan B dicampur dengan kadar 1:1.  Campuran kedua-dua rumusan dalam tangki air yang besar tidak akan menyebabkan pemendapatan.

  

PENANAMAN DAN PENYELENGGARAN POKOK

Menyemai biji benih

Sebanyak 3 g biji benih timun Jepun diperlukan untuk sistem hidroponik di rumah lindungan berukuran 10 m x 20 m.  Semaian tanaman disediakan terlebih dahulu sebelum diletakkan ke dalam palong tanaman.  Semaian biasanya dilakukan 5-7 hari sebelum dialih.  Sedikit rockwool digunakan sebagai media percambahan dalam setiap bakul.  Bakul-bakul yang telah disemai dengan biji benih ini diaturkan ke dalam bekas yang diisi dengan sedikit air baja dan diletakkan di kawasan yang redup. 

Jarak tanaman 

Bekas-bekas yang mengandungi anak benih yang sihat dan subur sahaja dipilih untuk

Page 9: makluamat ekin

dialihkan ke palong tanaman.  Bekas-bekas ini diletak di dalam lubang palong yang berjarak 40.5 cm antara satu sama lain sepanjang palong.  Jarak tanaman diantara pokok di dalam palong lain adalah 40.5 cm tiga segi sama.  Sebanyak 700 pokok diperolehi dari kawasan 10 m x 20 m. 

Menyedia trellis

Sistem trellis perlu disediakan kerana varieti Sakata adalah jenis indeterminate.  Sokongan kayu untuk dawai-dawai trellis di sediakan di kedua hujung palong dan di tengah palong.  Tinggi sokongan kayu adalah 20 cm.  Dawai halus dipasang selari dan melintang dengan panjang palong dengan jarak 60 cm antara satu sama lain. Pokok timun Jepun dilatih dan diikat dan diikat ke dawai trellis supaya dahan-dahan cabang menegak dan cabang-cabang akan berada di bahagian atas trellis dawai yang disediakan apabila pokok membesar.  Dahan-dahan berlebihan di bahagian atas dan di bawah trellis akan dibuang supaya pengudaraan mencukupi dan tidak menggalakkan keadaan lembab yang boleh menyebabkan serangan penyakit. 

Kawalan perosak

Semburan racun kulat perlu pada peringkat pertumbuhan awal.  Semburan racun serangga perosak dibuat apabila diperlukan sahaja.  Kadangkala semburan baja daun terutama kalsium diperlukan untuk menjamin kesuburan pokok (terutama untuk megelakkan penyakit blossom end rot bagi tanaman tomato).

Pengawasan yang rapi perlu dijalankan dan langkah-langkah kawalan diambil segera apabila serangan perosak atau penyakit melebihi Paras Ambang Ekonomik.  Semburan racun perosak sekiranya perlu, dijalankan secara semburan setempat iaitu menyembur pada pokok tanaman yang diserang perosak atau penyakit sahaja.  Kumbang daun (penyakit kulapuk downy), kutu daun (penyakit kulapuk berdebu) dan lalat buah (penyakit antraknos lecur anak benih dan penyakit virus) adalah diantara perosak dan penyakit timun Jepun.

 

PEMBACAAN pH dan cF

Alat meter ringkas untuk membaca paras pH dan kepekatan bahan larut cF perlu untuk menyelenggara keadaan larutan baja dalam tangki atau palong.  Bacaan ini amat penting untuk memastikan larutan baja mengandungi zat yang secukupnya dan tidak kurang atau terlebih daripada keperluan tanaman.  Pemerhatian terhadap kekurangan air dalam takungan perlu dibuat dan ditambah bila perlu.  Bacaan cF dan pH perlu ditahap yang disyorkan dan penambahan larutan dibuat untuk mendapat bacaan yang sesuai.

 

PENGUTIPAN HASIL

Hasil dikutip 35-37 hari selepas disemai apabila panjang buah timun Jepun berukuran lebih kurang 20 cm.  Timun digred berdasarkan saiz, warna, kesegaran, tahap kecederaan mekanikal dan kesan serangan penyakit dan serangga.  Buah-buah timun yang baik perlu diasingkan daripada buah-buah yang rosak akibat serangan penyakit atau serangga,

Page 10: makluamat ekin

bengkok, terbantut dan berwarna kuning.  Pembersihan dengan air tidak digalakkan kecuali jika terlalu kotor.

Buah-buah yang dipilih dibungkus dalam beg plastik polietilena yang mempunyai lubang-lubang kecil.  Untuk memanjangkan tempoh penyimpanan buah timun, ia perlu disimpan di dalam bilik sejuk pada suhu 15oC dengan kelembapan relatif diantara 90-95%.  Pada suhu ini, timun boleh disimpan selama 2 minggu tanpa mengalami penurunan mutu yang ketara.

 

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai. 

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED

Spesifikasi piawaian dan gred ini meliputi timun hijau keputih-putihan dan timun susu daripada varieti Cucumis sativus L. yang ditanam di Semenanjung Malaysia.

Indeks IMuda.  Timun berkenaan belum mencapai tahap kematangan.  Terdapat jalur-jalur hijau meliputi sehingga keseluruhan permukaan kulit daripada bahagian pangkal hingga hujung timun. 

Indeks 2Matang.  Timun berkenaan telah mencapai tahap kematangan.  Jalur-jalur hijau meliputi sekurang-kurangnya dua pertiga daripada permukaan timun dan selebihnya berwarna keputih-putihan. 

Indeks 3Tua.  Timun berkenaan telah terlalu matang dan jika dipotong bijinya agak keras dan 'seed cavity' agak berserat.  Warna keputih-putihan telah bertukar kepada warna kekuning-kuningan.

 

Keperluan Minima

Agak bebas daripada rosak disebabkan kecederaan mekanikal dan penyakit, kotoran, kecacatan dan sesuai untuk dimakan oleh manusia serta telah mencapai peringkat matang.

Pengelasan Gred dan Saiz

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)

1Kematangan yang seragam (Indeks 2)KerosakanKecacatan (cacat bentuk, cacat rupa,

51015

Page 11: makluamat ekin

kotor)Saiz yang seragam (panjang > 23 cm)

5

2

Kematangan yang seragam (Indeks 2)KerosakanKecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)Saiz yang seragam (panjang 18-23 cm)

10152010

Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

 

Pengelasan Gred dan Saiz Timun Susu

Gred Ketentuan Kelonggaran (% maksimum)

1

Kematangan yang seragam (Indeks 2)KerosakanKecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)Saiz yang seragam (panjang > 21 cm)

510155

2

Kematangan yang seragam (Indeks 2)KerosakanKecacatan (cacat bentuk, cacat rupa, kotor)Saiz yang seragam (panjang 19-21 cm)

10152010

Luar Gred Timun yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

 

  

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

         PembungkusanTimun daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. 

Page 12: makluamat ekin

         PerlabelanTiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

 

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling For Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.

 

ALIRAN KEWANGAN TANAMAN TIMUN

Sila klik di sini untuk lihat contoh aliran kewangan tanaman timun sebagai panduan. 

 

Pada masa kini kebanyakan tanaman dibiakkan dengan berbagai kaedah menggunakan teknologi yang berbeza tetapi melalui asas pembiakan yang sama.  Asas pembiakan tanaman yang betul perlu diketahui terlebih dahulu sebelum mengusahakan sesuatu projek pertanian bagi menjamin hasil dan mutu yang dikeluarkan.

Page 13: makluamat ekin

Terdapat beberapa asas pembiakan tanaman yang boleh dijadikan panduan oleh umum dalam mengusahakan kultura kebunan.  Di bawah ini diterangkan asas pembiakan tanaman yang sering dipraktikkan mengikut kesesuaian tanaman tersebut.

1. Pembiakan Biji Benih

Tanaman yang dibiakkan melalui biji benih adalah tanaman semusim seperti padi, jagung, sayur-sayuran dan juga tanaman hiasan.  Biji benih biasanya mengalami pendebungaan kacuk dan faktor ini tidak menjamin tanaman yang dibiakkan akan menghasilkan anak yang mempunyai ciri-ciri yang sama seperti tanaman yang hendak dibiakkan dengan cara ini, pemilihan biji benih perlu dilakukan untuk mendapatkan baka yang tulen.  Pemilihan boleh dibuat dengan mengambilkira beberapa faktor seperti berikut:-

- pokok induk yang sihat.- buah yang cukup masak dan tiada serangan penyakit dan perosak.- buah yang normal.- buah dipertengahan musim dan terletak di bahagian tengah ladang. 

2. Pembiakan Vegetatif (tampang)

Pembiakan vegetatif atau tampang adalah cara pembiakan dengan menggunakan bahagian tertentu tanaman seperti keratan batang, pucuk, daun dan rizom.  Ia dilakukan bagi tanaman yang tidak mengeluarkan biji benih atau sukar berbunga.  Kaedah pembiakan ini kerap menjadi pilihan kerana caranya mudah dan dapat menghasilkan pokok dengan baka tulen.  Kaedah ini juga dapat memendekkan tempoh matang di mana pokok mengambil masa lebih pendek untuk berbunga atau berbuah, tetapi tumbesaran tanaman dengan cara ini adalah terhad.  Kaedah keratan, tut, cantuman, belahan rumpun dan bebawang selalu dilakukan tetapi kejayaan pembiakan ini bergantung kepada pemilihan bahan tanaman, keadaan iklim, tanah, air dan juga kemahiran.

Keratan batang terbahagi kepada keratan batang keras, sederhana dan lembut.  Bahagian tanaman yang sihat serta mempunyai beberapa mata tunas dipilih.  Keratan tanaman sepanjang 15-20 cm digunakan.  Keratan dipotong serong sedikit di bawah mata tunas atau pangkal ruas.  Biasanya daun-daun tanaman dibuang untuk mengelakkan pokok yang disemai kekeringan.  Keratan disemai menggunakan media semaian 2:1:1 (dua bahagian tanah, satu bahagian bahan organik dan satu bahagian pasir).  Kaedah ini selalu digunakan bagi membiakkan tanaman hiasan.

Keratan pucuk berdaun digunakan bagi tanaman yang berbatang lembut jenis herba dan renek.  Keratan rizom digunakan untuk tanaman seperti kunyit dan halia.  Semaian yang dilakukan perlu disiram dan diletakkan di tempat redup sehingga tanaman mengeluarkan pucuk.

Kaedah tut merupakan cara pembiakan yang biasa digunakan bagi tanaman buah-buahan.  Tut melalui proses pembuangan kulit kayu untuk tujuan pengakaran.  Kulit ranting atau dahan pokok dengan saiz 1-2 cm garis pusat dipotong kira-kira 5 cm panjang dan dibuang kulitnya.  Bahagian yang terdedah disapukan dengan hormon penggalak akar dan ditutupkan dengan tanah campuran.  Bahagian tersebut dibalut dengan plastik untuk menghalang kemasukan air dari luar.  Media yang digunakan adalah campuran dua bahagian tanah atas dan satu bahagian

Page 14: makluamat ekin

bahan organik bersama sedikit air.

Kaedah cantuman sering digunakan bagi mendapatkan klon pokok yang dikehendaki.  Cara ini dapat menjamin baka tulen diperturunkan kepada anak oleh induk.  Terdapat berbagai kaedah cantuman seperti mata tunas, cantuman baji dan sanding.  Kaedah ini kerap digunakan bagi tanaman buah-buahan seperti durian, rambutan dan lain-lain lagi.

Kaedah belahan rumpun boleh dilakukan bagi pokok yang hidup berumpun.  Ia dapat menghasilkan tanaman yang banyak daripada satu induk.  Pokok dibelah kepada beberapa belahan yang dikehendaki dan ditanam.  Tanaman yang boleh dibiakkan dengan cara ini kebanyakannya terdiri daripada tanaman hiasan.

Kaedah menanam dengan menggunakan bebawang boleh ditanam terus tanpa perlu disemai.  Bahan tanaman dipilih daripada pokok yang sudah tua atau matang.  Tanaman yang dibiakkan dengan cara ini antaranya mempunyai peratus hidup yang tinggi.  Sayuran jenis bawang dan beberapa pokok hiasan dibiakkan melalui cara ini.

Berbekalkan pengetahuan tentang bahan tanaman, kemahiran dan pengalaman pembiakan pelbagai jenis tanaman boleh dilakukan sendiri yang mampu memberikan kepuasan kepada individu yang menceburi dalam bidang pertanian sama ada sebagai hobi atau komersial.

 

PANDUAN MENANAM PETOLA SEGI

Page 15: makluamat ekin

Petola segi (Luffa acutangula) adalah sayuran berbuah yang tumbuh melilit di tanah-tanah rendah.  Ia adalah jenis mentimun (cucurbit) yang dipercayai berasal dari benua India.  Bentuk buahnya bujur dan menirus ke arah hujung, berukuran antara 20-40 cm panjang dan 5-10 cm garis pusat.  Buah berwarna hijau dan mempunyai 10 garisan bersegi tirus yang memanjang.

 

Varieti

Petola tempatan, Pin-Ann (hidbrid, San-C (hidbrid)

 

Iklim dan Tanah

Memerlukan hujan yang banyak sepanjang tahun dan cuaca yang panas.  Petola sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan seperti tanah gembur, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  Kawasan yang mempunyai saliran yang baik dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta pH 6.0 - 6.5 adalah paling sesuai.

 

Penanaman

         Penyediaan TanahBajak dan gemburkan tanah sedalam 20-30 cm untuk memudahkan pertumbuhan akar.  Lakukan pengemburan dengan menggunakan cangkul atau trektor.  Kumpul dan bakar rumput-rumput kering/sampah sarap sebelum menyediakan batas. 

         Membuat BatasSediakan batas berukuran lebih urang 1.2 m lebar, 7.5 panjang dan 20 cm tinggi.  Gaulkan baja asas seperti tahi ayam reput sebanyak 2 tan metirk untuk 0.04 ha. kawasan ke dalam tanah seminggu sebelum menanam.  Kemudian, buatkan lubang-lubang sedalam 5 cm pada batas dengan jarak 150 cm x 90 cm ataupun 60 cm x 60 cm atau 45 cm x 60 cm bergantung kepada sistem tanaman. 

         MenanamPetola dibiakkan dengan biji benih yang ditanam terus ke batas.  Sebelum menanam, rendamkan dahulu biji benih dalam air selama 4-5 jam dan rawat dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 gm bagi 100 gm biji benih.  Letakkan 2-3 biji benih dalam setiap lubang yang telah disediakan, dengan jarak 2 cm antara satu sama lain.  Kemudian timbus biji benih dengan tanah lebih kurang 3 cm dalam.  Untuk kawasan seluas 0.4 ha. sebanyak 2-3 kg biji benih diperlukan.   Selepas 10 hari menanam, penjarangan dibuat dengan meninggalkan hanya satu anak benih yang sihat pada setiap lubang.

Page 16: makluamat ekin

 

Penjagaan

Letak rumput-rumput kering atau jerami padi di permukaan batas selepas menanam sebagai sungkupan.  Ini adalah untuk mengawal kelembapan dan suhu tanah serta melambatkan pertumbuhan rumpai.  Hakisan dapat juga dikurangkan.

Tanaman petola bertabiat menjalar dan memerlukan kayu junjung atau penyokong untuk memanjat.  Penyokong yang dibuat daripada kayu buluh dan lain-lain bahan yang mudah didapati atau sistem para-para dawai perlu disediakan 2 minggu selepas menanam.  Satu lagi cara untuk menyokong pokok ialah dengan sistem "trellis".  Pacakkan batang-batang kayu tiang-tiang beruti yang berukuran lebih kurang 2.4 m panjang dan 6-10 cm paris pusat.  Sambungkan dua tiang beruti atau batang kayu yang berhampiran dengan menggunakan dawai kasar untuk dijadikan junjung.  Kemudian gunakan dawai sederhana kasar dan ikat dawai ini dengan cara memanjang dan melintang.  Apabila anak pokok berumur 15-20 hari gunakan tali rafia untuk membantu anak pokok memanjat junjung.  Sistem pancang dengan kayu atau pun buluh boleh juga digunakan, walau bagaimanapun hasil yang didapati adalah rendah dibandingkan dengan cara sistem trellis.

 

Membaja

Baja organan atau baja asli seperti tahi ayam reput (2 tan/0.4 ha) elok digunakan sebagai baja asas di dalam penanaman petola.  Selain daripada baja organan, baja sebatian contohnya N:P205: K20:Mg0  12:12:17:2

Masa Pembajaan Kadar Baja(kg/0.4 ha)

Cara Membaja

3 minggu lepas tanam5 minggu lepas tanam7 minggu lepas tanam

100200200

Tabur di keliling pokok.Tabur antara pokok.Tabur antara pokok.

 

Menyiram

Petola memerlukan air yang cukup untuk hidup subur.  Siram dua kali sehari iaitu pagi dan petang terutama apabila cuaca terlampau panas.

 

Membuang Tunas dan Menjalarkan Pokok

Page 17: makluamat ekin

Amalan membuang tunas elok juga dilakukan.  Biarkan hanya dua dahan utama membesar hingga mengeluarkan buah.  Tunas-tunas yang terbentuk di bawah 30 cm pada dahan utama hendaklah dibuang.  Ini adalah bertujuan untuk menggalakkan pengeluaran bunga yang banyak dan pembetukan buah yang lebih besar.  Pokok-pokok juga eloklah digalakkan memanjat dan menjalar di atas para.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya tergantung dan penmbesarannya tidak terganggu.

 

Membalut Buah

Kerja-kerja membalut buah boleh dibuat apabila pokok mula berbuah.  Kerja ini dilakukan selepas menyembur racun.  Buah-buah yang sedang membesar dibalut dengan beg-beg kertas untuk mengelakkan serangan lalat buah.

 

Kawalan Serangga / Penyakit

         Lalat Buah - balut buah, sembur racun serangga, jika perlu.         Kumbang Daun - sembur racun Methamidophos.         Kepindang Buah - sembur racun Methamidophos.         Kulapuk Downy - sembur racun kulat Maneb.

 

Memungut Hasil

Pokok petola akan mula mengeluarkan hasil apabila berumur lebih kurang 45 hari.  Buahnya boleh dipetik sebanyak 60 kali.  Peti buah tiap-tiap hari iaitu di waktu pagi dengan menggunakan pisau yang  tajam.  Petiklah buah yang masih lembut dan belum bersabut.  Tempoh umur pokok petola yang eknomik ialah 105-110 hari.  Hasil purata yang dipungut dengan menggunakan sistem pancang adalah dianggarkan 5,200 kg /0.4 ha. dan sistem trellis dianggarkan antaa 9,000-15,000 kg / 0.4 ha.

 

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

 

Rantaian ke Laman Petola

           Petola (Wikipedia Bahasa Melayu)         Pokok Petola Ular

 

Page 18: makluamat ekin

 

PENUAIAN

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.  Aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian.  Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa penyimpanan.  Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atau terlalu tua.

Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur.  Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan.  Jangka masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja.  Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.  Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut.  Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.  Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian.  Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah.  Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya.  Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam.  Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain.  Teknik penuaian berbeza bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik.  Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang.  Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan.  Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu).  Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.

Page 19: makluamat ekin

Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan.  Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih

Sayur Daun

Selepas Ditanam

Sayur Buah

Selepas Ditanam

Kekacang dan Ubi

Selepas Ditanam

Bayam

Brokoli

Kailan

Kangkung

Kubis bulat

Kubis bunga

Kubis cina

  Sawi

4 minggu

8 minggu

6 minggu

3 minggu

8-8 minggu

8 minggu

8 minggu

4 minggu

Bendi 

Capsicum

Cili

Terung

Timun

Tomato

 

 

8 minggu

10 minggu

10 minggu

14 minggu

4 minggu

6-9 minggu

 

 

Jagung sayur

Kacang Buncis

Kacang manis

Kacang panjang

Keledek

Sengkuang

 

 

 

7 minggu

5 minggu

5 minggu

5 minggu

3-5 minggu

3-5 minggu

 

 

 

PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan

Page 20: makluamat ekin

kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap.  Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan.  Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan.  Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.  Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran.  Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden.   Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan.  Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur daun Pemilihan

Pembersihan

Pembasuhan

Rawatan

Air Panas

Pengeringan

Perawatan

Pemasakan

Penyahijauan

Peng-

gredan

Pem-

bungkusan

 Bayam Brokoli Kubis bunga Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis cina Sawi

√√√√√√√√

√√√√√√√√

√√

 

√√

     

√√√√√√√√

√√√√√√√√

Sayur buah                    

Page 21: makluamat ekin

 Bendi Capsicum Cili Terung Tomato

√√√√√

√√√√√

√√√√

 

√√√√

 

 

√√√√√

√√√√√

Kekacang                    

 Jagung sayur Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang

√√√√

             

√√√√

√√√√

Ubi                    

 Keledek Lobak medrah Sengkuang

√√√

√√√

√√√

 √√√

√√√

   √√√

√√√

 

PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang.  Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus.  Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur.  Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan.  Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu.  Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.  Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan.  Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur).  Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur terpilih

Page 22: makluamat ekin

Jenis Suhu ( o C) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

BayamCiliKacang bendiKacang panjangKailanKangkungKubis bulatKubis bungaKubis cinaLabuLobak merahSaderiSawiTerungTimunTomato hijauTomato masakUbi keledekUbi sangkuang

55

7-104-755

1-200

10-13005

8-1210-1313-218-10

13-160

90-9590-95

9595

90-9590-9590-9595-98

95-10090-95

98-10098-10090-9590-95

9590-9590-9585-90

95

1-1.5 minggu8 minggu3-4 hari

7-10 hari1-1.5 minggu1-1.5 minggu6-12 minggu3-4 minggu2-3 bulan

5-10 bulan4-6 minggu2-3 bulan

1-1.5 minggu1 minggu10-14 hari1-3 minggu

4-7 hari4-7 bulan4-5 bulan

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang diproses secara minimum

Jenis Suhu (oC) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

BawangciliDaun bawangDaun saladDaun saderiKacang PanjangKubisTimun

22222222

85-9085-9085-9085-9085-9085-9085-9085-90

33222223

 

 

PANDUAN MENANAM SAWI

PENGENALAN

Nama saintifik:  Brassica Sp.Famili :  CruciferaeNama tempatan:  Sawi hijau/bunga, sawi putih, sawi jepun, sawi pahit.

Page 23: makluamat ekin

Ada beberapa jenis sawi yang tergolong di bawah famili Cruciferae ini.  Jenis sawi yang popular ialah sawi hijau, sawi putih, sawi jepun dan sawi pak choy. 

KULTIVAR YANG DISYORKAN

1. Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang paling popuar di kalangan penanam.  Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning.  Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau.  Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan. 

2. Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih.  Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm.  Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau.  Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun.  Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau. 

3. Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm).  Batang dan daunnya berwarna hijau muda.  Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun.  Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat. 

4. Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm.  Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda.  Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk.  Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.

PENYEDIAAN TANAH Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi.  Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya.  Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi masalah ini.   Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm.  Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  

MENANAMBiji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar.  Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

 

PEMBAJAANBagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-  

Page 24: makluamat ekin

Pusingan

Masa Jenis Baja Kadar/Batas (7.5 x 1.2m)

Kadar/Hektar (650 batas)

1 sebelum menanam

Baja organan

6 kg 4 tan

2 2 minggu NPK 15:15:15

0.4 kg 0.25 tan

3 3 minggu NPK 15:15:15

0.5 0.4 kg 0.25 tan

 

PENGAIRAN Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

 

KAWALAN RUMPAIKawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

 

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ialah:-

1. Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw lituraSembur racun fenvalerate 

2. Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)Sembur racun malathion 

3. Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilonSembur racun fenvalerate 

4. Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran. 

5. Reput Lembtu (Erwinia carotovora)Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik. 

6. Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)Rawat biji benih dengan thiram 

7. Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solaniCabut dan buang pokok yang berpenyakit 

8. Siput :

Siput panjang kecilSiput panjang

--

makan daun dan anak pokokmakan daun dan anak pokok

Page 25: makluamat ekin

besarSiput kacang Siput leper kecil

--

makan bahagian bawah daun pokok yang sudah besarmakan bahagian bawah daun pokok yang sudah besar

Kawalan secara kimia dengan menggunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.  Ikut label untuk kadar penggunaan yang berkesan.  Kawalan kimia dilakukan setelah batas sedia untuk ditanam sebelum biji benih sayur disemai.  Kawalan lain ialah secara kultur iaitu dengan mengadakan saliran yang baik kerana tanah yang sangat basah akibat air bertakung atau batas yang rendah dan bersebelahan parit yang bertakung menggalakkan serangan.

TEMPOH MENGUTIP HASIL: Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah.  Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan/hektar dan hasil purata ialah 14 tan/hektar.

TEMPOH DILADANG MENGUTIP HASIL: Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan:-  

Jenis Racun  Tempoh diladang

kutip(Bil hari)

acephatecypermethrincarbarylchlorotalonildimethotefenvaleratemercaptodimethurpermethrinprofenofostptriazophos

----------

1451414771471414

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIENTanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk pasaran.  Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.

 

Nutrien   Tanda Kekurangan

Nitrogen - Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut

Page 26: makluamat ekin

Fosforus - Pokok terencat, daun kurang dan kecil, warna masih hijau.

Kalium - Tanda kekuningan bermula di tepi daun tua dan kemudiannya akan merebak.

Magnesium -Melibatkan daun tua di mana bahagian diantara urat daun kekuningan.  Daun juga akan gugur.

Kalsium - Pucuk terbantut dan mati.

Sulfur - Simptom di daun muda dimana keseluruhan daun menjadi hijau muda dan kemudiannya hijau kekuningan.  Daun juga melengkung (cupped).

Kuprum - Pertumbuhan daun muda terencat dan kekuningan berklorosis.

Zink - Kekuningan diantara bahagian urat daun muda.

Molibdenum - Daun tua berklorosis dan tepi daun akan kering.

Ferum - Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan keadaan ini akan merebak ke urat daun.  Juga boleh merebak ke daun tua.

Mangan - Bintik kuning halus antara urat daun muda.

Boron - Pucuk kerekot dan batang menjadi pendek.

 

KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah.  Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-16 tan  sehektar dan hasil purata ialah 14 tan / hektar. Pengeluaran hasil adalah mengikut jenis sawi:-

Sawi hijau / bungaSawi putihSawi jepunSawi pahit

14-16 tan/ha.14-16 tan/ha.12-14 tan/ha.20-30 tan/ha.

 

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai 

PROGRAM KERJA SEHEKTAR TANAMAN SAWI  

Hari selepas tanam

Gerak kerja Catatan

- 4 Penyediaan tanah:  - Meracun rumpai dan tanaman

Racun glufosinate-ammonium pada kadar 0.5 kg/ha.

Page 27: makluamat ekin

sebelumnya.  - Pembajakan- Penyediaan batas

- Pengapuran

- Baja asas. 

Ground magnesium limestone (GMK) pada kadar 5 tan sehektar

Tahi ayam pad kadar 3-5 tan sehektar.

- 2 Meracun pra-cambah Metalachlor

0 Penanaman - biji benih ditabur terus Kadar biji benih ialah 1.5 kg sehektar

6Sembur baja daunKawalan kulat dan serangga

Baja 15:15:6:4Gunakan racun permethrin atau mancozen

9 MembajaPenjarangan pokok

Baja 15:15:15 pada kadar 150 kg sehektarKadar penjarangan ialah 10-15 cm

14

 

Merumput

 

Secara manual/glufosinate-ammonium pada kadar 0.5 kg sehektar dan gunakan alat penyembur bertudung

  Menyembur baja daun Baja 15:15:6:4

  Kawalan serangga dan kulat

Gunakan Bacillus thurengiensis.  Gunakan racun permethrin atau mancozeb.

15 Membaja Baja 15:15:6:4 pada kadar 200 kg sehektar

20 Kawalan serangga dan kulatMembaja

Gunakan racun permethrin atau mancozeb.Baja 15:15:6:4 pada kadar 250 kg sehektar

27 Memungut hasil  

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.  Aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian.  Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa penyimpanan.  Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atau terlalu tua.

Page 28: makluamat ekin

Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur.  Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan.  Jangka masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja.  Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.  Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut.  Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.  Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian.  Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah.  Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya.  Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam.  Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain.  Teknik penuaian berbeza bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik.  Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang.  Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan.  Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu).  Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.

Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan.  Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

Page 29: makluamat ekin

Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih

Sayur Daun

Selepas Ditanam

Sayur Buah

Selepas Ditanam

Kekacang dan Ubi

Selepas Ditanam

Bayam

Brokoli

Kailan

Kangkung

Kubis bulat

Kubis bunga

Kubis cina

  Sawi

4 minggu

8 minggu

6 minggu

3 minggu

8-8 minggu

8 minggu

8 minggu

4 minggu

Bendi 

Capsicum

Cili

Terung

Timun

Tomato

 

 

8 minggu

10 minggu

10 minggu

14 minggu

4 minggu

6-9 minggu

 

 

Jagung sayur

Kacang Buncis

Kacang manis

Kacang panjang

Keledek

Sengkuang

 

 

 

7 minggu

5 minggu

5 minggu

5 minggu

3-5 minggu

3-5 minggu

 

 

 

PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kaedah

Page 30: makluamat ekin

pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap.  Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan.  Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan.  Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.  Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran.  Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden.   Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan.  Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur daun Pemilihan

Pembersihan

Pembasuhan

Rawatan

Air Panas

Pengeringan

Perawatan

Pemasakan

Penyahijauan

Peng-

gredan

Pem-

bungkusan

 Bayam Brokoli Kubis bunga Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis cina Sawi

√√√√√√√√

√√√√√√√√

√√

 

√√

     

√√√√√√√√

√√√√√√√√

Sayur buah                    

Page 31: makluamat ekin

 Bendi Capsicum Cili Terung Tomato

√√√√√

√√√√√

√√√√

 

√√√√

 

 

√√√√√

√√√√√

Kekacang                    

 Jagung sayur Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang

√√√√

             

√√√√

√√√√

Ubi                    

 Keledek Lobak medrah Sengkuang

√√√

√√√

√√√

 √√√

√√√

   √√√

√√√

 

PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang.  Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus.  Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur.  Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan.  Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu.  Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.  Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan.  Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur).  Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur terpilih

Page 32: makluamat ekin

Jenis Suhu ( o C) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

BayamCiliKacang bendiKacang panjangKailanKangkungKubis bulatKubis bungaKubis cinaLabuLobak merahSaderiSawiTerungTimunTomato hijauTomato masakUbi keledekUbi sangkuang

55

7-104-755

1-200

10-13005

8-1210-1313-218-10

13-160

90-9590-95

9595

90-9590-9590-9595-98

95-10090-95

98-10098-10090-9590-95

9590-9590-9585-90

95

1-1.5 minggu8 minggu3-4 hari

7-10 hari1-1.5 minggu1-1.5 minggu6-12 minggu3-4 minggu2-3 bulan

5-10 bulan4-6 minggu2-3 bulan

1-1.5 minggu1 minggu10-14 hari1-3 minggu

4-7 hari4-7 bulan4-5 bulan

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang diproses secara minimum

Jenis Suhu (oC) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

BawangciliDaun bawangDaun saladDaun saderiKacang PanjangKubisTimun

22222222

85-9085-9085-9085-9085-9085-9085-9085-90

33222223

 

 

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.  Aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian.  Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa penyimpanan.  Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atau terlalu tua.

Page 33: makluamat ekin

Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur.  Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan.  Jangka masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja.  Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.  Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut.  Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.  Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian.  Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah.  Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya.  Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam.  Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain.  Teknik penuaian berbeza bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik.  Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang.  Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan.  Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu).  Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.

Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan.  Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.

Page 34: makluamat ekin

Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.

Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih

Sayur Daun

Selepas Ditanam

Sayur Buah

Selepas Ditanam

Kekacang dan Ubi

Selepas Ditanam

Bayam

Brokoli

Kailan

Kangkung

Kubis bulat

Kubis bunga

Kubis cina

  Sawi

4 minggu

8 minggu

6 minggu

3 minggu

8-8 minggu

8 minggu

8 minggu

4 minggu

Bendi 

Capsicum

Cili

Terung

Timun

Tomato

 

 

8 minggu

10 minggu

10 minggu

14 minggu

4 minggu

6-9 minggu

 

 

Jagung sayur

Kacang Buncis

Kacang manis

Kacang panjang

Keledek

Sengkuang

 

 

 

7 minggu

5 minggu

5 minggu

5 minggu

3-5 minggu

3-5 minggu

 

 

 

PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap.  Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan.  Lori kecil atau

Page 35: makluamat ekin

trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan.  Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.  Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran.  Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden.   Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan.  Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur daun Pemilihan

Pembersihan

Pembasuhan

Rawatan

Air Panas

Pengeringan

Perawatan

Pemasakan

Penyahijauan

Peng-

gredan

Pem-

bungkusan

 Bayam Brokoli Kubis bunga Kailan Kangkung Kubis bulat Kubis cina Sawi

√√√√√√√√

√√√√√√√√

√√

 

√√

     

√√√√√√√√

√√√√√√√√

Sayur buah                    

 Bendi Capsicum Cili Terung

√√√√√

√√√√√

√√√√

√√√√

 √

√√√√√

√√√√√

Page 36: makluamat ekin

 Tomato   √  

Kekacang                    

 Jagung sayur Kacang buncis Kacang manis Kacang panjang

√√√√

             

√√√√

√√√√

Ubi                    

 Keledek Lobak medrah Sengkuang

√√√

√√√

√√√

 √√√

√√√

   √√√

√√√

 

PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang.  Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus.  Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur.  Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan.  Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu.  Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.  Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan.  Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur).  Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang sesuai bagi sayur terpilih

Jenis Suhu ( o C) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

Bayam 5 90-95 1-1.5 minggu

Page 37: makluamat ekin

CiliKacang bendiKacang panjangKailanKangkungKubis bulatKubis bungaKubis cinaLabuLobak merahSaderiSawiTerungTimunTomato hijauTomato masakUbi keledekUbi sangkuang

57-104-755

1-200

10-13005

8-1210-1313-218-10

13-160

90-959595

90-9590-9590-9595-98

95-10090-95

98-10098-10090-9590-95

9590-9590-9585-90

95

8 minggu3-4 hari

7-10 hari1-1.5 minggu1-1.5 minggu6-12 minggu3-4 minggu2-3 bulan

5-10 bulan4-6 minggu2-3 bulan

1-1.5 minggu1 minggu10-14 hari1-3 minggu

4-7 hari4-7 bulan4-5 bulan

Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang diproses secara minimum

Jenis Suhu (oC) Kelembapan relatif (%)

Tempoh

BawangciliDaun bawangDaun saladDaun saderiKacang PanjangKubisTimun

22222222

85-9085-9085-9085-9085-9085-9085-9085-90

33222223

 

 

PANDUAN MENANAM KANGKUNG

Page 38: makluamat ekin

PENGENALAN

Nama saintifik:  Ipomoea reptans Pior (kangkung darat) dan Ipomoea equatica Forsk (kangkung air).

Kangkung tanah/daratJenis yang tumbuh di atas tanah atau batas yang mempunyai batang yang tegak ke atas dan daun yang panjang menirus.  Kebiasannya ditanam secara komersil. 

Kangkung airJenis yang tumbuh di persekitaran berair seperti di kolam-kolam, parit atau tali air.  Pertumbuhan secara menjalar dengan daun berbentuk bujur.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali sedalam 15-20 cm.  Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.  Alur dibuat merintangi batas dengan jarak 20 cm dan sedalam 3 cm untuk menabur benih.

MENANAM

Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas batas.  Sebanyak 46 gm biji benih sebatas (30 kg biji benih/ sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.  Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAAN

Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan

Masa Jenis Baja Kadar/Batas (7.5 x 1.2m)

Kadar/Hektar (650 batas)

1 sebelum menanam

Baja organan

6 kg 4 tan

2 2 minggu NPK 15:15:15

0.4 kg 0.25 tan

3 3 minggu NPK 15:15:15

0.5 kg 0.25 tan

PENGAIRAN

Page 39: makluamat ekin

Kangkung memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya.  Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok.  Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.KAWALAN SERANGGA / PENYAKIT

Kangkung jarang diserang oleh serangga.  Penyakit utama yang menyerang ialah:-

Jenis Penyakit Bahagian Diserang Kawalan

 1.  Serangga Kepinding mictis      (mictis longicomis westw.) 

Menghisap cairan pokok dan menyebabkan pokok layu. 

Jika perlu guna racun seperti dimethoate and cypermethrin.  Musnahkan serangan dan pokok yang diserang.

 2.  Penyakit Karat putih      (Albugo-Ipmoeae aquaticae) 

Terdapat bintih putih di permukaan bawah daun. 

Jika perlu, gunakan racun seperti mancozeb atau benomyl dan amalkan giliran tanaman.

TEMPOHMENGUTIP HASIL:

Kangkong boleh dipungtu hasilnya 30 hari selepas ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan/hektar.  Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/hektar.

 

TEMPOH DILARANG MENGUTIP HASIL:

Penggunaan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Ini berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak seperti berikut:-

Page 40: makluamat ekin

Racun perosak Tempoh sebelumkutip hasil (hari)

Cara Bertindak

DimethoateCypermethrinBenomylMancozeb

731414

Sistemik, kontak, racun perut.Konta, racun perut.Sistemnik, pemulihan, pelindung.Pelindung

 

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN

Kekurangan nutrien dapat ditentukan melalui simptom-simptom seperti berikut:-

Kekurangan nutrien

  Simptom

Nitrogen (N)Fosforus (P)

--

Keseluruhan pokok kuning, batang kurus dan pokok terbantut.Pokok terencat.  Daun kurang serta kecil dan warna masih hijau.

Kalium (K) 

Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah daun hingga keseluruhan daun dan menjadi kering dan gugur.

Magnesium (mg) 

Tanda kekuningan bermula di bahagian bawah tepi daun hingga keseluruhan (berklorosis).  Daun menjadi kering dan gugur.

Kalsium (Ca) - Pucuk terbantut dan mati.

Sulfur (S) 

Keseluruhan duan menjadi hijau muda atau hijau kekuningan.  Tanda bermula dari daun muda.

Kuprum (Cu) - Pertumbuhan daun muda terencat dan berklorosis hingga menjadi nektrosis.

Zink (Zn) 

Kesan klorosis antara urat daun hingga menjadi nekrosis.  Daun baru menjadi semakin kecil.

Molibdenum (Mo) - Daun tua bernekrosis serta tepi daun bernekrosis.

Ferum (Fe) 

Kekuningan atau keputihan diantara urat daun muda dan simptom tersebut akan merebak ke urat daun serta daun tua.

Mangan (Mn) 

Bintik kuning halus antara urat daun muda.  Jika teruk daun muda bernekrosis mengakibatkan mati rosot pada pucuk.

Page 41: makluamat ekin

Boron (B) 

Pucuk berkerekot dan batang menjadi pendek.  Daun berubah bentuk serta mudah patah.

 

PENGUTIPAN HASIL

Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air.  Pengeluaran hasil adalah diantara 10-15 tan sehektar.  Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan sehektar.

 

Jagung manis

Page 42: makluamat ekin

Nama Botani      :  Zea maysFamili                 :  Gramineae

Jagung manis adalah diantara tanaman jangka pendek yang popular di kalangan pekebun kecil.  Beberapa varieti jagung manis telah diperkenal.  Diantaranya ialah Thai Supersweet, Manis Madu dan Masmadu.

VARIETI:

         Thai Supersweet Mempunyai warna tongkol yang berbeza-beza daripada kuning muda hingga jingga.  Warna endosperm kuning ke oren, bilangan barisan 12-16, panjang tongkol 15 sm, tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasa manis. 

         Manis MaduWarna endosperm kuning putih ke kuningan, bilangan barisan 12-16, panjang 15 sm.  Tempoh pengeluaran jambak bunga betina (50%) 59 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar, rasas manis. 

         Mas MaduMempunyai tongkol yang manis seperti madu serta lebih manis daripada Manis Madu.  Warna ensperm kuning emas ke oren, bilangan barisan setongkol 14, panjang tongkol 14-18 sm, tempoh pengeluaran bunga betina 45-50 hari, potensi pengeluaran 30,000 tongkol/hektar.  Tongkolnya juga lebih besar.  Rasanya manis, bagaimanapun warna tongkol varieti Masmadu yang kuning keemasan kurang digemari.  Pengguna lebih gemar jagung manis yang berwarna kuning muda (pucat).

Satu program pembiabakaan telah dijalankan untuk membaiki warna tongkol varieti Masmadu.  Hasilnya, satu varieti baru yang tongkolnya berwarna kuning muda telah ditemui.  Varieti ini dinamakan "Improved Masmadu".

 

PENANAMAN

         Penyediaan TanahJagung manis boleh ditanam di kebanyakan kawasan di negara ini.  Tanah yang tidak terlalu masam (pH 5.5-6.5) dan mempunyai saliran yang baik adalah sesuai untuk tanaman ini.  Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 25 cm.  Tabur dengan kapur sekiranya pH tanah didapati rendah.  Biasanya sebanyak 2.5 tan metrik kapur bagi setiap hektar kawasan adalah memadai.  Kapur hendaklah digaul ke dalam tanah.  Sekiranya penanaman dijalankan berterusan adalah disyorkan supaya kapur ditabur setahun sekali pada kadar 1 tan metrik sehektar setahun.  Bagi tanah-tanah

Page 43: makluamat ekin

yang mudah terendam air batas perlulah dibuat. 

         Keperluan Biji BenihBiji benih sebanyak 10 kg diperlukan bagi setiap hektar kawasan.  Seperti menanam jagung manis lain, petani-petani disyorkan supaya mendapat bekalan biji benih jagung Supersweet Kuning daripada pembekal-pembekal yang sah seperti Jabatan Pertanian.  Petani-petani juga dinasihatkan supaya mendapatkan benih-benih baru setiap kali menanam. 

         MenanamRendam biji benih dalam air biasa selama 1 jam untuk memudahkan percambahan.  Biji benih kemudian digaul dengan racun kulat seperti thiram dan terus di tanam ke ladang.  Gunakan tali yang telah ditanda dengan jarak tanaman yang disyorkan untuk memudahkan kerja menanam.  Buat lubang untuk biji benih dengan menggunakan tugal.  Masuk 1 atau 2 biji benih dan tambus. 

         PengairanSistem renjis boleh digunakan.  Sekiranya bergantung kepada air hujan, rancangkan supaya masa penanaman adalah bertepatan dengan musim hujan setempat. 

         PembajaanBaja sebatian 15:15:15 sebanyak 400 kg digunakan sebagai baja asas.  Baja tambahan sebanyak 130 kg urea ditabur 30-35 hari selepas menanam. 

         Kawalan RumpaiKawalan rumpai pada peringkat awal pertumbuhan adalah sangat penting.  Racun  pracambah seperti Atrazine digunakan sebaik sahaja baja asas dibubuh.  Rumpai yang tumbuh, kemudiannnya boleh dikawal secara manual. 

HASIL DAN PENYESUAIAN

Sesuai ditanam dikebanyakan kawasan di negara ini.  Hasil dapat dipungut 68-72 hari selepas ditanam.  Hasil yang boleh dipasarkan ialah sebanyak 26,000 hingga 38,000 tongkol sehektar (bergantung pada kesuburan tanah dan pengurusan tanaman).

 

PENYIMPANAN

Mutu jagung manis akan terjejas jika tidak disimpan dengan betul.  Untuk penyimpanan sementara, sejukkan jagung dengan menyimbah air sejuk (1-3oC), atau 3-5 hari pada suhu 5oC atau 2 hari pada suhu 10oC tidak akan menjejaskan mutu tongkol.

Page 44: makluamat ekin

 

PENYEDIAAN JAGUNG UNTUK DIMAKAN

"Improved" Masmadu boleh disediakan dalam beberapa cara.  Diantaranya ialah dengan cara merebus, mengukus (tanpa kulit) dan dimasak di dalam ketuhar gelombong mikro.

 

PULANGAN

Jumlah pokok yang disyorkan bagi sehektar pada jarak tanaman 50 cm antara pokok dan 75 cm antara barisan serta dua pokok ditanam pada setiap lubang adalah (50 cm x 75 cm x 2 pokok) = 53,000 pokok/hektar.  Hasil yang boleh dipasarkan (andaian 50%) = 26,500 tongkol.

Dengan kos pengeluaran RM2,025/hektar, pulangan daripada sehektar adalah seperti berikut:-  

  Harga setongkol (RM) 0.15 0.20 0.25

  Pendapatan kasar (RM) 3 795 5 300 6 625

  Kos Pengeluaran (RM) 2 025 2 025 2 025

  Pulangan Bersih (RM) 1 950 3 275 4 600

 

 

JAGUNG SAYUR

Zea mays L.Famili:  Graminae

Dikenali sebagai putik jagung, ketiak jagung, jagung muda ataupun jagung sodek.  Rasanya manis, ranggup dan sedap dimakan secara segar.  Ia merupakan sejenis sayuran yang agak selamat untuk dimakan kerana tiada penggunaan racun kimia di dalam pengeluaran jagung sayur.

Kultivar yang sesuai untuk pengeluaran jagung sayur mestilah memenuhi dua ciri penting iaitu hasil yang tinggi dan rasa yang manis.  Ia boleh dihasilkan dari jagung jenis bijirin, pulut atau manis.    Kultivar yang sesuai dan senang diperolehi ialah Suwan 1, Suwan 2, Suwan 3, Manis Madu, Thai Supersweet dan Mas Madu.  Bagi pengeluaran sampingan dengan jagung tongkol, kultivar jagung manis seperti Manis Madu, Mas Madu dan Thai

Page 45: makluamat ekin

Supersweet digunakan.  Bagi pengeluaran komersil atau bersepadu dengan perusahaan ternakan, varieti Suwan 1 dan Suwan 3 digunakan kerana bahan sisanya tinggi, tahan penyakit dan harga benihnya lebih murah.

Kesesuaian tanah dan iklim

Mineral, gambut, bris dan tanah bekas lombong .  pH tanah 5.5 - 6.5, suhu 22-33oC, taburan hujan 500-800 mm/semusim dan kelembapan 40-80%. 

 

PENJAGAAN TANAMAN JAGUNG SECARA UMUM:

         Penyediaan benih:

Biji benih yang bermutu hendaklah digunakan untuk penanaman jagung sayur dimana percambahannya hendaklah melebihi 70%.  Biji benih yang rosak, dijangkiti penyakit, kecil atau nipis hendaklah dibuang.  Sebelum menanam, biji benih perlulah dirawat untuk mengawal penyakit dan serangga perosak.  Racun kulat seperti thiram atau captan pada kadar 3 g/kg. biji benih dan racun serangga seperti carbaryl pada kadar 2.5g/kg. biji benih digunakan.  Untuk mendapatkan kesaan rawatan yang lebih baik, rawatan bancuhan pekat hendaklah digunakan.  Sebagai contoh, untuk rawatan 10 kg. biji benih jagung, bancuh 30 gm thiram dan 25 gm carbaryl di dalam 140 ml. air.  Bancuhan pekat yang diperolehi ini digaulkan dengan 10 kg. biji benih tersebut sehingga semua biji benih disaluti dengan bancuhan racun.  Biji benih yang telah dirawat hendaklah ditanam dalam tempoh 2 hari.

 

         Menanam:

Lubang penanaman sedalam 2-3 cm boleh dibuat dengan menggunakan cangkul atau jentera.  Sejumlah 15-17 biji benih digunakan bagi semeter penanaman menggunakan jentera iaitu berjarak 6 cm di dalam barisan manakala 7 cm antara barisan penanaman.  Kadar percambahan 70-80% akan memberikan kepadatan 160,000 pokok/ha seperti yang disyorkan.  Keperluan biji benih adalah 65 kg/ha. bagi Suwan I dan Suwan II manakala 36 kg./ha bagi jagung Thai Super Sweet dan Manis Madu.

Bagi penanaman menggunakan batas bersaiz 1.5 m (batas dan alur), 2 baris penanaman sesuai digunakan.  Jarak penanaman antara baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris di atas batas adalah 30 cm dan 11 cm di dalam baris penanaman. 

         Mengawal Rumpai

Page 46: makluamat ekin

Dilakukan dua kali dengan cara biasa atau menggunakan racun rumput rampai.  Merumput yang pertama dilakukan 3 minggu selepas menanam manakala yang kedua 3-4 minggu selepas merumput kali pertama.  Panduan merumput dengan menggunakan racun dan kadar baja yang diperlukan untuk tanaman jagung adalah seperti berikut:-

                                Panduan Mengawal Rumpai Menggunakan Racun Kimia 

Jenis Rumpai

Cara Mengawa

l

Takaran(kg

bahan aktif/ha)

Cara Penggunaan

Ulasan

 

Atrazine (serbuk bancuh 

(WP)

1.0 - 3.0

 Digunakan sebagai racun rumpai pracampah selepas menyemai biji benih jagung.

 Tidak boleh digunakan jika tanaman berikutnya ialah kekacang atau sayur- sayuran.  Boleh juga dicampurkan  dengan Paraquat (0.25-05 kg.bahan  aktif) atau MSMA (1.0-1.5 kg bahan aktif) untuk membunuh rumpai yang tumbuh lebih awal.

  Rumpai  semusim

Alachlor (cecair) 1.0 - 3.0

 Digunakan sebagai racun rumpai pracambah selepas menyemai biji benih jagung.

-

  Paraquat (cecair)

0.25 - 0.5  Sebagai semburan tepat diantara barisan jagung. Guna penahan (shield)  pada hujung nozzle.

 Sembur dengan berhati-hati dan elakkan tempias semburan daripada terkena daun-daun tanaman.  Gunakan kadar yang rendah untuk rumpai muda dan kadar yang tinggi untuk rumpai tua. Gunakan sukatan air  yang lebih untuk rumpai yang tebal. Boleh mti jika

Page 47: makluamat ekin

termakan racun ini. Jangan menggunakan alat penyembur berjentera (motor-blower).

  Rumpai  daun  lebar

2, 4-D Amine (cecair)

0.8 - 1.1

 Racun rumpai lepas cambah. Digunakan sebagai semburan tepat diantara barisan jagung.

 Gunakan kadar yang rendah bagi jagung setinggi 7-10 cm.  Tambahkan sukatan bagi jagung yang tingginya 10 cm ke atas

 

 

         Membaja

Nitorgen (N) yang paling penting.  Pastikan bekalan mencukupi terutamanya pada peringkat pertumbuhan awal sehingga peringkat berbunga.  Nitrogen digunakan dalam proses fotosintesis dan perlu dibekalkan untuk meningkatkan hasil. Fosforus (P) menggalakkan pertumbuhan akar jagung, pembentukan benih dan mempercepatkan kematangan  manakala kekurangan kalium memperlahankan tumbesaran pokok dan akar.  Kadar penggunaan baja NPK yang disyorkan untuk penanaman jagung ialah 120:60:60 hingga 120:60:120 kg/ha.  Penentuan kadar yang paling sesuai harus mengambilkira faktor-faktor seperti keadaan tanah, iklim, varieti jagung, densiti penanaman, jenis baja yang digunakan dan peringkat tumbuhan.  Penggunaan baja sebatian digalakkan kerana menyenangkan proses pembajaan, terutamanya jikalau pembajaan dilakukan dengan jentera.

Kadar Baja Yang Diperlukan

Siri Tanah

Berat

N P2O5 K20

Kg/ha   (lb/ekar) Kg/ha   (lb/ekar) Kg/ha (lb/ekar)

 Siri Selangor 67-90   (60-80) 34-51   (30-45) -           -

Page 48: makluamat ekin

 Siri Telaga & Telemong

67-90  (60-80) 45-67   (40-60) 22        20

 Siri Akob 112-135  (100-120)

67-102  (60-90) 22        20

 Siri Rompin 112-135  (100-120)

51-67   (45-60) 34-51  (30-45)

 TANAH KAPUR & TANAH GAMBUT CETEK

135-168  (120-150) 34        (30) 67-101  (60-90)

 

Separuh baja Nitrogen, separuh baja Kaliam dan kesemua baja Fostat diguna waktu menanam.  Baki baja diberikan 3-4 minggu selepas menanam.

Penggunaan bahan organik digalakkan di tanah berpasir dan kurang subur.  Pembajaan untuk tanah mineral adalah seperti berikut:- 

Jenis BajaKadar Baja

(Kg/Ha)

Masa Membaja  

(1 hari sebelum ditanam)

Cara Baja

NPK (12:12:17:2)

500 1 Dibajak ke dalam tanah.

Urea 130 15Ditabur 15 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah.

Urea 130 35Ditabur 20 cm dari barisan jagung dan digaulkan ke dalam tanah.

 

         Pengairan dan Saliran:

Memandangkan keaadaan cuaca yang tidak menentu dan untuk menjamin pengeluaran yang tinggi dan berterusan, pengairan hendaklah diberi keutamaan dari masa menanam hingga 20 hari lepas tanam dan selepas 45 hari pembentukan bunga

Page 49: makluamat ekin

jantan. Sistem perenjis hendaklah digunakan bagi menampung kekurangan air di ladang.  Pengairan dijalankan 2-3 hari sekali pada musim kering sehingga mencapai kelembapan di paras field capacity.  Tanda-tanda kekurangan air pada jagung sayur di peringkat tumbesaran ialah daun kelihatan bergulung walaupun pada awal pagi.  Daun akan kelihatan layu sekiranya kekurangan air selepas peringkat jagung berbunga.  Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk menyalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Kesan kekurangan air:

Peringkat percambahan - melambatkan percambahan, menyebabkan percambahan tidak seragam dan kadangkala kematian biji benih.

Peringkat tumbesaran tampang - mengakibatkan kebantutan pokok, pengeluaran bunga jantan yang lambat dan seterusnya melambatkan kematangan bijiiran.

Peringkat pembungaan - peringkat yang paling kritikal.  Menyebabkan pertumbuhan bunga terbantut atau terus gugur dan hasil terjejas.

Peringat tumbesaran bijiran - mengurangkan isi dan keberatan tongkol.  Hasil terjejas.

Kesan ketakungan air atau banjir yang berpanjangan:

Pada amnya, mengakibatkan pokok kelihatan kuning dan terbantut.  Hasil terjejas.  Kalau berlaku pada peringkat tampang, ketiadaan hasil langsung. 

 

Mengawal Penyakit dan Serangga pada tanaman jagung

         Bintik perang (dreschslera maydis)Bintik berwarna perang muda pada daun berbentuk bujur memanjang.  Musnah sisa-sisa tanaman.  Guna biji benih dari pokok yang sihat.  Sembur racun serangga seperti Maneb atau Zineb seminggu sekali jika perlu.  Rawatan basah (wet-seed treatment) bagi biji benih menggunakan Captan/Zineb. 

         Bintik daun (Curvularia lunata)Bintik-bintik bulat 1-2 mm berwarrna perang kekuningan dengan pinggir berwarna coklat dan terdapat lingkaran berwarna kuning mengelilingi bintik.  Penyakit ini kurang serius. 

         Karat daun (Puccinia polysora)Bintik-bintik halus berwarna oren/karat besi pada permukaan daun mengakibatkan daun kering.  Juga kurang serius. Sembur dengan Oxycarboxin atau Copper oxychloride pada kafar 0.1% bahan aktif. 

Page 50: makluamat ekin

         Kulapok downy (Sclerophthora rayssiae)Jalur kekuningan pada daun diikuti dengan pembentukan kulapok, tanda-tanda reput dan keperangan.  Guna biji benih bebas penyakit dan musnahkan pokok berpenyakit. 

         Hawa upeh (Rhizoctonia solani)Bintik kelabu bujur memanjang.  Bintik dikelilingi selapis jalur berwarna coklat keperangan.  Buat giliran tanaman dan musnah pokok berpenyakit. 

         Reput batang (Erwinia caratovora)Pokok reput dan basah.  Musnah pokok yang diserang dan dapatkan saliran yang baik. 

         Semut (Ustilago maydis)Bonggol pada tongkol berwarna hijau muda keputihan.  Spora berwarna coklat kehitaman dan disebar angin atau air. Bakar tunggul selepas mengambil hasil.  Musnahkan dengan membakar buah yang berpenyakit.  Ianya beracun pada ternakan jika dimakan.  

         Hawar seludang (Thanatephorus, Cucumeris (Frank) Donk, Rhizoctonia solani Kuhn A. Strain Park & Bertus)Semburkan Benomyl pada kadar 0.1% bahan aktif. 

         Lecuh anak benih (Phythium spp.,  Fusarium spp.,  Rhizoctonia spp.)Sembur dengan Captan atau Thiram pada kadar 0.2% bahan aktif.  Rawatan basah bagi biji benih (wet seed treatment).

 

 

Panduan Mengawal Musuh-musuh Serangga Tanaman Jagung Dengan Racun Kimia

         Ulat pengorek batang (Ostrinia salientalis)Larva mengorek dan memakan bahagian dalam batang serta meninggalkan sisa najis. Sembur racun serangga seperti bacillus thuringiensis, methidiathion, quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

         Ulat ratus (Spodoptera litura)Ulat makan daun, pucuk dan kadangkala rerambut dan hujung tongkol. Sembur dengan profenofos, quinalphos atau cypermethrin. 

         Kutu daun (Rhopalosiphum maydis)Bena menghisap cecair dari daun muda, tongkol dan bung jantan.  Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

Page 51: makluamat ekin

         Ulat tongkol (Helicoverpa armigera)Ulat menyerang dan memakan tongkol muda. Sembur racun serangga seperti Bacillus thuringiensis, chlorpyrifos, verfenuron, profenofos, betacyfluthrin atau abamectin benzoate mengikut kadar yang disyorkan. 

         Kepinding hijau (Nezara viridula)Kepinding menghisap cecair biji jagung yang sedang berisi menjadikannya hitam dan berpenyakit.  Sembur racun serangga seperti quinalphos, profenofos, chlorpyrifos atau cypermethrin mengikut kadar yang disyorkan. 

 

Perangkap lampu untuk mengawal ulat pengorek tongkol jagung.

Dalam satu pemerhatian yang dijalankan, didapati perangkap lampu boleh mengawal ulat pengorek tongkol jagung dengan baik. Penggunaan perangkap lampu berjaya mengawal kerosakan ke tahap 16% sahaja. Walau bagaimanapun, kawalan ke atas ulat ini lebih berkesan sekiranya pengguna perangkap lampu ini bertambah daripada 2 semburan racun perosak seperti chlopyrifos,fibronil atau diazinon di peringkat 50% tasselling dan seminggu selepas itu.

KEMATANGAN, KUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Jagung sayur mula dipungut kira-kira 50 hari selepas tanam.  Ianya boleh dipungut sebelum rerambut bunga betina melebihi 6 cm panjang.  Sekiranya telah melebihi 6 cm panjang, jagung perlulah dipungut setiap hari kerana tongkol jagung akan membesar melebihi 10 cm panjang dan menjejaskan kualitinya di pasaran.  Jagung sayur digredkan mengikut kualitinya dengan mengambil kira kriteria-kiriteria berikut:-

1. jagung hendaklah berwarna kuning2. barisan biji tersusun elok di sepanjang sodek3. panjang sodek diantara 5-8 cm dan diameter 1-1.5 cm4. tiada kecacatan pada sodek disebabkan perosak atau mekanikal.5. berbentuk seragam dan berkeadaan segar.

PANDUAN MENANAM CILI MERAH

 

Page 52: makluamat ekin

PENGENALAN

Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga.

 

Varieti MC 11Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir.  Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari.  Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan.  Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm. 

Varieti MC 12Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap.  sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari.  Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.  Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha.  Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan.  Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan. 

MC 4Varieti ini dibiakkan oleh MARDI.  Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas.  Jangkamasa pengeluaran adalah pendek.  Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam.  Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus.  Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar.  Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran. 

MC 5Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga.  Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan).  Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam.  Rentan pada virus antraknos dan virus.  Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar. 

KulaiSaiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas.  Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.

 

KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT

Page 53: makluamat ekin

1. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan) Rawat biji benih dengan Thiram.  Sembur racun kulat Mancozeb. 

2. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)MC 11 rentan ; MC 12  escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun.  Musnahkan pokok yang berpenyakit. 

3. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).

 

Perhatian:  Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat    Pembangunan Komoditi Semenanjung Malaysia.

 

PENANAMAN

Penyediaan Tanah:

1. Di LadangBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan. 

2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainGunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

 

Menyediakan Anak Benih:

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.  Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

 

Menanam:

Page 54: makluamat ekin

1. Di LadangAnak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris 

2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainSemai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok.

MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN(sumber: Suara KPW Oktober 1993)

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

 

PENJAGAAN:

MenyiramSiram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

 

Membaja

1.      Di LadangTabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. 

2.      Dalam Pasu dan Bekas-Bekas LainTabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

 

Sungkupan

1. Di Ladang  - Gunakan rumput-rumput  kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

 

Page 55: makluamat ekin

Merumput

Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak.  Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

 

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit.  Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan. 

Penyakit:

PENYAKIT BUAH SALAK Reput buah (Marasmiellus spp.)

Buah diserang akan reput di bahagian pangkal.  Kelihatan misellium putih berbentuk kipas pada buah diserang.  Serangan sering berlaku di musim hujan.  Musnahkan pelepah yang dipangkas dan jga kebersihan ladang. 

Bintik daun (Pestalotiopsis spp.)Bintik perang kecil yang kemudiannya membesar dan bercantum.  Serangan serius menyebabkan daun menjadi kering.  Pangkas pelepah daun yang diserang.  Beri pembajaan yang mencukupi.

PEROSAK BUAH SALAK

Kumbang pengorek pucuk (Protocerius colossus)Kumbang memakan pucuk.  Bila serangan teruk pucuk tanaman akan mati  Pangkas pucuk yang diserang.  Musnahkan larva dan kumbang, 

Kumbang pengorek buah (Omotemnus miniatrocnitus)Serangan menyebabkan buah menjadi busuk dan berair.  Musnahkan kumbang dewasa. 

Pianggang penghisap buah (Tolumnia spp.)Serangan  pada buah muda menyebabkan buah terbantut.  Pada buah yang tua pula mutu buah akan menurun.  Musnahkan serangga dewasa. 

Ulat penggulung daun (Hidari spp.)Larva bersembunyi di dalam gulung-gulung daun lalu memakan daun.  Kawasan secara manual.

 

PENYAKIT TANAMAN ROSELLE

Reput dan / reput batang (Coniella musasiaensis)Daun dan batang menjadi reput dan boleh menjejaskan hasil.  Serius ketika musim hujan.  Elakkan penanaman pada musim tengkujuh

Page 56: makluamat ekin

 

PENYAKIT TEBU KUNING

Smut (bulir hitam - Ustukagi scitaminea)Pokok terbantut, hujung batang dan pucuk diselubungi bulir hitam.

 

PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN

Kulapok downyBintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun.  Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim. 

Kulapok berdebuKulat berdebu di bahagian bawah daun.  Daun menjadi perang, kuning dan berkedut.  Sembur dengan racun kulat seperti  carbendazim atau tridemorph. 

Lecuh anak benihPangkal anak benih seakan lecuh.  Anak benih layu, rebah dan mati.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb. 

AntraknosBintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang.  Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.

 

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO

Bintik daun (Cercospora capsici)Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat. 

Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh.  Anak benih layhu, rebah dan mati. 

Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran.  Perlu saliran yang baik. 

Antraknos BuahSembur racun kulat seperti Mancozeb

 

Page 57: makluamat ekin

Serangga:

- Kutu Daun:  Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid

- Hamama Merah:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.  Sembur racun  seperti dicofol atau malathion

- Afid:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili.  Serangan menyebabkan daun    berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut.  Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

- Kutu Trip:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga.  Akibatnya daun menjadi kecil dan  bentuk daun melengkung ke atas.  Kutu trip juga boleh menyebar virus.

- Hama:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.

- Pengorek Buah:  Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.

- Ulat Ratus:  Makan daun dan buah.

- Lalat Buah:  Bertelur di kulit buah.  Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi  busuk dan berair. 

 

Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga.  Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili.  Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat.  Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula.  Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.

 

Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar.  Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili.  Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang.  Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.

 

Page 58: makluamat ekin

Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-

Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput; Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah; Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan. Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata

dan fotosintesis.

 

Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili.  Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip.  Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja.  Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.

Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah.  Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut.  Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.

Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.  Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.

Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan.  Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga.  Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung.  Secara tidak langsung, kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.  Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.

Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa spek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.

 

MEMUNGUT HASIL

(1)     Di Ladang

Page 59: makluamat ekin

Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.

Cili HIjauHarga ialah antara RM4.00 ke RM6.00.Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00. 

Cili MerahHarga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.  Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00

(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain

Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

PESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH

Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.  Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.

Indeks 1:Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau.  Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.

Indeks 2:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.

Page 60: makluamat ekin

Indeks 3:Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).

Indeks 4:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.

Indeks 5:Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.

Indeks 6:Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

Pengelasan Gred dan Saiz

Gred Ketentuan Kelonggaran(% maksimum)

1

Jenis yang samaTahap kemalangan yang seragamKesegaranKecacatan (cacat bentuk, kotor) rosakSaiz yang seragam (panjang x > 10 cm)

55105

2

Jenis yang samaWarna seragamTidak segarCacat, kotor, rosakSaiz yang seragam (panjang 7-10 cm)

55155 

Luar Gred Cili yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas

 

PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

PembugkusanCili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. 

PerlabelanTiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

Page 61: makluamat ekin

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 1187:1990 Method of Sampling for Fresh Vegetables, atau kaedah statistik yang dipersetujui.

 

 

PANDUAN MENANAM BENDI

Pendahuluan

Salah satu jenis sayuran berbuah yang kaya dengan bahan protin  dipercayai berasal dari Afrika Utara ialah sejenis tanaman sayuran buah yang berlendir.  Ia mudah ditanam dan kurang diserang penyakit dan perosak.  Buah dan bahagian-bahagian lain tanaman ini boleh dipelbagai gunakan seperti buahnya boleh dimasak dengan pelbagai cara; kari, sebagai ulam, salad dan digoreng.  Buahnya juga  diproses iaitu ditin, dibekukan dan dijeruk dengan garam.  Lendirnya pula digunakan sebagai bahan pemekat untuk sos tomato.  Di India, batang-batang bendi yang tua dijadikan kertas dan biji-bijinya yang tua dijadikan minuman harian menggantikan kopi.

 

Khasiat Makanan:

Buahnya yang muda boleh dijadikan sebagai sayur-sayuran, yang boleh dimakan mentah, digoreng, dimasak sebagai sop atau dijadikan sos.  Ia juga boleh dikeringkan atau dibuat acar. 

Bijinya boleh dijadikan sebagai pengganti kepada kopi. 

Daun mudanya boleh dimakan oleh manusia atau dijadikan sebagai makanan haiwan. 

Buahnya amat baik untuk membantu menguatkan otak, iaitu bagi menambah daya ingatan dan kecerdasan 

Biji, akar dan bunganya sekiranya direbus dapat melawaskan pembuangan air kecil, mengurangkan bengkak atau radang dan mengurangkan masalah susah bersalin. 

Air rebusan biji, akar dan bunga boleh disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul.  Jika air rebusan itu dicampur dengan gula boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan rawatan sakit kerongkong. 

Lendir buah bendi boleh dijadikan sebagai ubat untuk menyejukkan dan melembutkan kulit.

Page 62: makluamat ekin

Varieti:

MKBe 1 - Pilihan MARDI.  Buah melebihi 15 scm panjang, bilangan segi 5, warna buah hijau kekuningan, hasil sepokok 180-2,000 gm, bilangan buah sepokok adalah antara 14-105.

 

PenanamanBendi boleh ditanam di kebanyakan jenis tanah seperti gembur berpasir, tanah liat, tanah gambut dan tanah-tanah lembah sungai yang bersaliran baik.

 

Penyediaan TanahBajak dan gembur tanah sedalam 15 cm hingga 22 cm.  Buat pengapuran jika perlu iaitu 2 minggu sebelum menanam.  sediakan batas.  Gaulkan ke dalam tanah baja organik seperti tahi ayam reput sebanyak 3 hingga 5 tan sehektar.

 

MenanamTanam  biji benih sedalam 2.5 di batas. Pastikan dibubuh 2 biji selubang.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 90 cm antara pokok.  Selepas 2 minggu cabut satu pokok yang kurang subur.  Sebanyak 11 gram biji benih diperlukan untuk satu batas yang berukuran 1.2 m lebar dan 30 cm panjang. 

MembajaTabur baja sebatian NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok setiap 2 minggu.  Untuk sehektar memerlukan 1 tan baja.

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Pokok Kadar/Hektar

1234

Sebelum menanam

1 bulan2 bulan3 bulan

Baja organanNPK

12:12:17:2NPK

12:12:17:2NPK

12:12:17:2

300 g16 g32 g32 g

4 tan0.2 tan0.4 tan0.4 tan

 

MenyiramSiram sekali sehari pada waktu petang.  Penyiraman penting di peringkat pokok mengeluarkan bunga dan pembentukan buah.

Page 63: makluamat ekin

 

MerumputCabut rumput jika perlu atau gunakan racun herba.  Ikut arahan pada label racun herba tersebut.

SungkupanBuat sungkupan daripada jerami padi, daun-daun kering atau kepingan plastik hitam bagi mengawal rumpai dan untuk mengekalkan kelembapan tanah.

MemangkasSetelah semua hasil dipetik, pokok-pokok perlu dipangkas setinggi 40 cm hingga 60 cm dari paras tanah untuk mendapatkan hasil bagi kali kedua.  Empat hingga lima tunas baru dibiarkan membesar selepas pemangkasan.  Pemangkasan ini diikuti dengan pembajaan.

 

Kawalan Musuh dan Penyakit

 

Musuh:Musuh utama tanaman bendi ialah serangga dan perosak seperti ulat pengorek dan kepinding buah yang merosakkan buah-buahan bendi pada semua peringkat pertumbuhan buah.  Sekiranya serangan teruk, gunakan racun serangga seperti Diazinon.

 

Penyakit:Penyakit utama tanaman bendi ialah bintik daun yang terdapat pada daun tua di mana daun-daun ini kelihatan bertompok-tompok hitam dan berjelaga.  Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat Benomyl.  Penggunaan racun-racun hendaklah mengikut arahan label.

 

PenuaianBuah-buah bendi boleh dituai dengan memotong 2 cm dari pangkal buah.  Elakkan dari tercedera kerana lendirnya akan keluar berterusan dan ini boleh menjatuhkan mutu buah.  Penuaian mula dilakukan ketika:-

1. 50 hingga 55 hari selepas menanam.2. 5 hingga 6 hari selepas bunga berkembang dan berlaku pendebungaan.3. Buah berukuran 10 hingga 12 cm panjang iaitu buah-buahan masih lembut, hujungnya

rapuh, senang dipatah dan belum berpulur.

Pada peringkat ini buah-buah telah mencapai kadar pertumbuhan yang paling tinggi dan hendaklah dituai supaya pokok-pokok bendi boleh terus mengeluarkan bunga-bunga baru dan seterusnya menjamin pengeluaran buah yang berterusan.  Hasil dikutip setiap 2 hari

Page 64: makluamat ekin

sekali dan berterusan sehingga 8 minggu.  Jumlah hasil dianggarkan 10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar.

 

Kawalan Rumput:Racun pracambah Alachlor, pada kadar 4 liter/hektar disebur ke atas batas sebelum 2-3 hari biji benih ditanam.  Ini boleh mengawal rumput untuk 2-3 bulan.  Rumput yang tumbuh diantara batas boleh dikawal dengan penyemburan racun paraquat pada kadar 2 liter/hektar ataupunm secara manual.  Dengan cara lain, plastik boleh digunakan untuk mencegah rumput di atas batas yangmana boleh digunakan untuk musim.

 

Pengendalian Lepas TuaiBuah-buah yang telah dituai dikumpulkan di tempat teduh dan dimasukkan ke dalam bakul (plastik atau buluh) yang telah dialas dengan kertas atau plastik cerah yang berlubang.  Ia hanya boleh disimpan selama 2 hingga 3 hari sahaja tanpa dibungkus dengan plastik.  Sedikit air perlu dipercikkan supaya mengudaraan menjadi lembab.  Buah-buahan yang dibungkus dengan beg plastik boleh disimpan selama 7 hingga 8 hari dalam keadaan suhu 24oC hingga 26oC dan kelembapan bandingan 70 hingga 75 peratus.

 

PENANAMAN KAILAN

 

PENDAHULUAN

Kai Lan (Brassica alboglabra L.H. Bailey P daripada famili Crucifereae adalah sejenis sayuran berdaun hijau yang mengandungi vitamin B, B, C serta zat-zat galian seperti kalsium dan besi.  Tanaman ini merupakan salah satu daripada jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam dan cepat mengeluarkan hasil.

 

JENIS

Terdapat dua jenis Kai Lan tempatan yang selalu ditanam iaitu Jenis berdaun rapuh dan Jenis berdaun lembut

Full White            tahan panas, buku pendek dan berdaun tebal serta berwarna hijau tua.

Kailan TempatanTahan panas dan berdaun tebal.

 

TANAH

Page 65: makluamat ekin

Kai Lan sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organan dan mendapat cahaya matahari yang cukup serta mempunyai saliran yang baik dan mempunyai suhu di antara 23oC- 35oC dan kelembapan yang tinggi.  pH yang sesuai ialah diantara 5.0 - 6.5.  Sekiranya pH di bawah nilai 5.0 pengapuran perlu dilakukan.

 

PENANAMAN

         Menyediakan batas: Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15-20 cm.  Sediakan batas berukuran 1.2m lebar, 7.6 m panjang dan 20 cm tinggi.  Jarak antara batas ialah 30 cm.  

         Semaian: Biji benih Kai Lan berkeadaan halus dan berwarna perang kehitaman.  Untuk 04 ha. kawasan, sebanyak 0.6 kg. biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm. bagi 100 gm. biji benih untuk mencegah penyakit melecuh.  Kemudian, gaulkan biji-biji benih dengan pasir halus atau tanah peroi.  Biji-biji ini boleh ditabur terus di atas batas-batas di ladang ataupun disemai terlebih dahulu di tapak semaian.  

         Semaian Terus ke Batas:Taburkan biji benih sama rata ke atas batas di ladang.  Selepas 14-21 hari, anak benih akan cambah.  Kemudian jarangkan mengikut jarak tanaman yang disyorkan iaitu 15 cm x 15 cm.  Sulaman dibuat untuk menggantikan anak benih yang mati dan kurang subur.  

         Semaian di Tapak Semaian:Taburkan sama rata biji benih yang telah dirawat dan dicampur dengan pasir halus ke atas batas semaian yang telah disediakan.  Seelok-eloknya taburkan pula tanah-tanah yang subur untuk menutup biji-biji benih tadi.  Lindungi permukaan batas dengan rumput kering untuk mengekalkan kelembapan tanah.  Percambahan biji benih berlaku selepas 3-4 hari disemai. 

Siram anak-anak semaian 2 kali sehari, pagi dan petang kecuali hari hujan.  Semasa di peringkat semaian, sembur anak-anak benih dengan larutan baja nitrophoska seperti berikut:-

 

Masa Kadar / Batas

   7 hari selepas menyemai    2 camca besar nitrophoska - 40 liter air.

  10 hari selepas menyemai    4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.

Page 66: makluamat ekin

  Selepas 10 hari  (selang seminggu sekali)

   4 camca besar nitrophoska - 40 liter air.

          Mengubah dan Menanam

Ubah anak benih ke batas-batas di ladang setelah berumur 3-4 minggu atau apabila telah mempunyai 4 helai daun dan tingginya lebih kurang 7 cm -10 cm.  Tanam satu anak benih pada setiap lubang dengan jarak tanaman 15 cm antara pokok-pokok dan 15 cm antara baris.  Lindungkan anak-anak benih yang baru diubah dengan menggunakan pelepah kelapa selama tiga hari bagi mengelakkan pokok layu.  Siram anak-anak benih yang baru diubah. 

 PENJAGAAN: 

         Meletak Sungkupan:Rumput-rumput kering, jerami kering atau lalang kering perlu diletak di permukaan batas sebagai bahan sungkupan.  Ini adalah bertujuan untuk menjadikan keadaan tanah supaya sentiasa lembab dan mengawal pertumbuhan rumpai.  Ia juga dapat mengurangkan hakisan.  

         Membaja:Penggunaan baja organan seperti tahi ayam sebagai baja asas adalah perlu untuk kesuburan tanaman sayur-sayuran.  Baja ini digaul ke dalam batas sebelum menanam.  Lebih kurang 2.5 tan baja ini diperlukan untuk 0.4 hektar (1 ekar).

Selain daripada baja organan, baja sebatian seperti Nitrophoska (15:15:15) boleh digunakan.  Baja ini ditabur di antara lorong-lorong pokok.  Sebagai panduan kadar pembajaan yang diyorkan oleh MARDI (50 kg. N, 60 kg. P205, 50 kg. K20/04.ha) boleh diamalkan.  Jumlah baja yang diperlukan adalah seperti dalam jadual berikut:-

Masa Jumlah (Kg/04 ha) NPK (15:15:15)

     4 hari lepas mengubah  120

    12 hari lepas mengubah  140

     24 hari lepas mengubah  140

          Menyiram:

Kai Lan memerlukan air yang banyak untuk tumbesaran.  Siram dua kali sehari iaitu

Page 67: makluamat ekin

pagi dan petang kecuali jika hari hujan 

         Merumput:Kawalan rumpai perlu dilakukan sepanjang masa.  Cabut rumpai di atas batas dengan tangan, sementara cangkul boleh digunakan di antara batas. 

         Menyembur Racun:Kerja-kerja menyembur racun perlu dijalankan awal-awal lagi untuk mengawal serangan musuh dan penyakit.  Hentikan semburan racun sekurang-kurangnya 10 hari sebelum memungut hasil: 

 

SERANGGA PEROSAK TANAMAN KAILAN

 1.      Serangga Renda (Helulla undelais, F.)Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun.  Larva dewasa mengorek batang, daun dan tunas. Sembur Bacillus thuringliensis pada peringkat awal tanaman.  Serangan lebih 5% sembur dengan cypermethrin, deltamethrin, fenvalerate atau acephate. 

2.      Ulat Ratus (Spodopstera liture, F.)Larva makan pucuk serta epidermis bawah daun.  Larva dewasa mengorek batang, daun dan tunas.   Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin.  Pungut dan musnah serangga dan daun yang diserang. 

3.      Spodoptera ExiguaMenyerang daun dan pucuk pada semua peringkat secara kelompok.  Guna feromon dan perangkap lampu. 

4.      Kumbang Kutu (Phyllotgreta sinuata, Steph)Makan bahagian daun di semua peringkat menyebabkan daun berlubang halus.  Kadang-kadang makan bahagian akar dan pangkal pokok.  Sembur dengan cacun seperti acephate dan cypermethrin. 

5.      Ulat Plutella (Plitella xylostella L)Makan daun di semua peringkat.  Daun yang diserang menunjukkan lubang-lubang lutsinar.  Sembur dengan Bacillus thuringliensis jika terdapat 4 ekor larva/pokok.  Jika perlu sembur dengan racun serangga seperti acephate chlorifluazuron.   

6.      Ulang Pangkas (Agrotis ypsilon Rott.)Memotong batang dan daun anak pokok di paras tanah pada waktu malam.  Guna umpan trichlorfon dan dedah dengan akdar 1:20, atau sembur dengan chlorfluazuron atau fenvalerate. 

7.      Kutu Daun (aphis sp. Lipaphis erysimiphis spp. Kitb.)Menghisap cecair daun.  Boleh mengakibatkan daun berkedut dan kecut, daun gugur dan pokok terbantut.  Sembur bahagian atas dan bawah daun dengan cypermethrin

Page 68: makluamat ekin

atau dimethoate. 

8.      Ulat Pelombong Daun (Phytomyza Sp.)Menyebabkan lingkaran di permukaan daun.  Batang yang diserang kecut dan layu.  Sembur dengan dimethoate atau diazinon.

 

PENYAKIT TANAMAN KAILAN, KUBIS BULAT, KUBIS BUNGA DAN SAWI

 1.      Reput lembut (Erwinia carotovora J.R.)Terdapat reput yang berair di bahagian yang diserang.  Musnah pokok yang berpenyakit dan pastikan kawasan tidak lembab dan berbau busuk. 

2.      Reput daun (Corticium solani)Daun reput dan busuk.  Sembur racun seperti fenvalerate dan cypermethrin.  Pungut dan musnah seranga dan daun yang diserang. 

3.      Reput hitam (Xanthomonas campestris)Pereputan bermula dengan lekok hitam di tepi daun dan terus merebak.  Akhirnya seluruh daun menjadi perang dan gugur.  Baang dan akar juga menjadi hitam.  Cabut dan musnah pokok yang dijangkiti.  Amalkan tanaman giliran dan sisitem saliran yang baik.  Sembur dengan copper hydroxide atau cupric hydroxide. 

4.      Club root (Plasmidiophora brassicae)Akar pokok diserang menjadi bengkak dan busuk di peringkat batang.  Musnah pokok berpenyakit dan kawal dengan racun quintozence.  Pastikan saliran baik.  Rawat biji benih dengan captan. 

5.      Damping off (Phythium sp.)Anak benih yang baru cambah layu dan busuk di pangkal batang.  Rawat biji benih dengan captan.

  

Jenis Siput Darat  di Kawasan Sayur Jenis Daun

1. Siput panjang kecil (Lamellaxis gracillis, Hutt) - Makan daun dan anak pokok peringkat kecil. 2. Siput panjang besar (Subulina octona, Brugurera) - Makan daun dan anak pokok peringkat

kecil.3. Siput kacang (Succinea taylori (Marts) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah

besar4. Siput leper kecil (Pseudoplecta bijuga) - Makan bahagian bawah daun pokok yang sudah

besar, batang.

Tindakan:  Gunakan metaldehyde atau mercaptodimethur.  Perlu saliran yang baik dan mengawal pengaliran supaya tidak berlebihan.

Page 69: makluamat ekin

MEMUNGUT HASIL:

Kai Lan boleh dipungut hasilnya selepas 7-8 minggu ditanam.  Pokok dicabut bersama akar dan dibersihkan dalam air.  Pungutan hasil dibuat 3 hari sekali pada awal pagi.  Hasil purata yang dipungut dianggarkan 5,700 kg / 0.4 ha. (1 ekar). 

Kucai adalah dari gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas, ia sesuai untuk dijadi hiasan di tepi pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu.

Variasi kucai yang popular adalah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.

Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik.

Ia boleh hidup di bawah panas matahari ataupun di teduhan. Jika kemarau sedikit-sedikit juga tidak mengapa kerana bawangnya masih ada. Sama seperti bawang, kucai ada akar berbawang dan daun. Bawang tersebut boleh bercambah dengan cepat sehingga beberapa tahun dan ini cara yang terbaik untuk menyemai kucai. Selain itu, kucai juga boleh ditanam dari bijinya.

Kucai adalah tanaman hayat panjang (perennial). Ia boleh terus hidup hingga beberapa tahun sekiranya keadaannya dijagai, iaitu tanah yang subur.

Kucai dituai dengan cara memotong bila diperlukan. Potong yang bahagian luar dan tinggal daunnya 2 inci dari paras perdu. Ia akan tumbuh kembali dengan baik. Kucai yang ditanam dari biji seharusnya dituai selepas setahun, atau pun setelah ia berbunga. Ini adalah untuk membiarkan ia mempunyai akar yang kukuh. Kucai berbunga di hujung musim bunga (di negara 4 musim) dan sekali lagi di bulan Julai. Kalau menanam kucai untuk di makan, bunganya perlu dibuang utk menggalakkan pertumbuhan daun sahaja.

Kucai mengandungi vitamin B dan C, karotin dan komponen belerang. Ia dapat mengubati penyakit-penyakit seperti senggugut, penyakit keputihan, darah tinggi dan sembelit.

Kucai bertindak sebagai antiseptik untuk membunuh kuman bakteria dalam usus dan menjadi perangsang dalam proses pengecutan serta pengembangan usus. Ia juga melancarkan pengaliran darah, sekali gus menghindarkan pembekuan darah. Cara penggunaannya adalah menumbuk daun kucai sehingga lumat dan kemudian dikacau dengan air panas lalu diminum. Penggunaannya adalah lebih mujarab sekiranya diminum setiap pagi.

PANDUAN MENANAM TERUNG

Page 70: makluamat ekin

Nama BotaniFamili

::

Solanum melongenaSolanaceae

VARIETI:

Hock ChewBentuk buah adalah panjang dan sedikit bengkok serta kulit buah berwarna ungu.  Bilangan buah/pokok adalah 30-32 biji.  Panjang buah 25-27 sm. 

Pingtung LongBentuk buahnya panjang lurus yang berukuran 28 sm seberat 110 g. 

Farmers LongBentuk buahnya panjang dan lurus berukuran 28 sm, garis tengah ialah 3.5 m dan kulit berwarna ungu serta tipis dan berisi putih. 

Extra LongSangat panjang, ramping dan lurus.  Isinya berwarna putih dan halus.  Buahnya berukuran 30-40 sm panjang dan garis tengahnya 2.5 - 3 sm. 

MTE 1Disyorkan oleh MARDI.  Bentuk buahnya sepanjang 18-25 sm dan garis tengahnya 2.0 - 3.5 sm.  Warna buahnya biru tua/ungu dan berat buah 90-100 g/biji. 

MTE 2Disyorkan oelh MARDI.  Bentuk buah adalah bulat dan warnanya biru kehijauan/mungu muda.  Saiz buah 7.5-9.0 sm garis tengah.  Beratnya ialah 160-250 g/biji.

 

IKLIM DAN TANAH

Terung tumbuh subur di kawasan ketinggian sehingga 900 a.p.l.  Ia memerlukan perubahan kecil dalam suhu harian dan keadaan sekitar terlindung.  Pengairan diperlukan pada musim panas.  Terung hidup subur di atas berbagai jenis tanah yang mempunyai saliran yang baik dan kaya dengan baja organan.  pH tanah ayng paling sesuai ialah 6.0 - 7.0

 

PENYEDIAAN TANAH

Di ladangBajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-9 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2 m (48 inci) lebar dan 22-39 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (18 inci).  Gaulkan tahi ayam reput ke dalam tanah sebanyak 50 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi). 

Dalam PasuDalam pasu dan bekas-bekas lain.  Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan tanah campuran tersebut ke dalam pasu hingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

 

Page 71: makluamat ekin

MENYEDIAKAN ANAK BENIH

Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran yang mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir(klik sini untuk lihat gambar rajah).  Semai 3 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak antara barisan biji benih ialah 5 cm (2 inci) dan 2 cm (1 inci) antara biji benih.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3-4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang dedah anak benih kepada cahaya matahari yang penuh selama 3-4 hari untuk mengeraskannya.

 

MENANAM

Di LadangAnak benih yang berumur 3-4 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 60 cm antara baris. 

Dalam PasuTanam terus 3-4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2-5 cm (1 inci).  Tinggalkan sepokok sepasu 2 minggu selepas menanam.

 

MENYIRAMSiram tanaman pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

 

MEMBAJA

Di LadangTabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu. 

Dalam Pasu dan Bekas-bekas lainTabur 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

 

SUNGKUPAN

Di ladang -Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan. Dalam Pasu dan Bekas-bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

 

MERUMPUT

Bersihkan batas-batas daripada rumput rumpai dengan menggunakan tangan, cangkul atau tajak.  Bajak tanaman di pasu cabut rumpai yang tumbuh.

Page 72: makluamat ekin

 

MENYEDIAKAN SOKONGAN

Di LadangSatu kayu sokongan sepanjang lebih kurang 1 1/2 meter (5 kaki) dipacak berdekatan tiap-tiap pokok.  Dahan-dahan pokok diikat dengan tali rafia supaya buah terung tidak terkena permukaan tanah. 

Dalam Pasu dan Bekas-bekas LainCara sokongan yang diamalkan adalah sama dengan sokongan yang dibuat di ladang tetapi kayu yang digunakan berukuran 1:2 pH (4 kaki) panjang.

 

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT

SeranggaSembur racun serangga carbaryl (Sevin pada kadar 1 sudu besar (10 gm) segelen air) untuk mengawal ulat lipat daun, kumbang daun dan pengorek buah.   

Penyakit Layu BakteriaPenyakit ini boleh dielakkan dengan membuat penelitian yang kerap, pengurusan yang baik serta sistem pengairan yang sempurna dan melakukan sistem tanaman pusingan.  Teknik-teknik cantasan terkini pula boleh membantu meningkatkan hasil.

Page 73: makluamat ekin
Page 74: makluamat ekin

 

Page 75: makluamat ekin
Page 76: makluamat ekin

  Penyakit Reput Buah

Gunakan racun kulat maneb (seperti Megamaneb pada kadar 1 sudu besar atau 10 gm

Page 77: makluamat ekin

segelen air) untuk mengawal penyakit reput buah dan racun kulat benomyl (seperti Benlate) pada kadar 1 sudu teh atau 3 gm segelen air untuk mengawal bintik daun.

 

MEMUNGUT HASIL

Di LadangMulalah memetik buah 6 minggu selepas mengubah.  Pungutan hasil dibuat setiap 4 hari.  Anggaran hasil ialah sebanyak 75 hingga 125 kg bagi 50 meter persegi.   

Dalam Pasu dan Bekas-bekas LainMulalah memetik buah 10 minggu selepas menanam.  Anggaran hasil ialah 1 kg. sepokok.

KULTIVAR-KULTIVAR TERUNG

Umumnya kultivar terung boleh dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu:-

1. Kultivar Primitif

Sejenis kultivar terung tempatan yang berbuah kecil dengan kelebarannya kira-kira 3 cm berbentuk samada bulat, bujur atau lonjong seperti jari telunjuk dan berwarna samada hijau, putih atau hijau berjalur putih.  Kultivar ini ditanam secara kecil-kecilan dan hanya dijual di pasaran tempatan sahaja.  Kultivar ini berbuah bulat biasanya dipanggil terung kampung atau terung rapuh manakala yang bujur atau lonjong dipanggil terung telunjuk. 

2. Kultivar Moden

Terdiri dari kumpulan kultivar berbuah besar dengan kelebaran yang melebihi 3 cm dan dipasarkan secara meluas.  Kumpulan ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis kultivar iaitu:-

Kultivar BulatBuah berbentuk kbulat, lebarnya boleh melebihi 10 cm berwarna unggu, kadangkala hijau atau putih.

Kultivar Bujur / LonjongBuah berbentuk bujur atau lonjong, lebarnya kadangkala melebihi bujur atau lonjong.  Lebarnya kadangkala melebihi 10 cm dan panjangnya 2-3 kali lebar buah.  Warna buah biasanya unggu atau unggu gelap, namun ada juga berwarna putih atau hijau.

Kultivar PanjangBuah berbentuk panjang lebarnya 5-8 cm dengan panjang melebihi 3 kali ganda kelebaran buah.  Warna buah biasanya unggu muda atau unggu, kadangkala hijau atau putih. 

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai 

RANTAIAN LAMAN TERUNG

Sila klik pada tajuk-tajuk di bawah ini:- 

Page 78: makluamat ekin

 

Gambar Rajah Penanaman Terung  (pdf)Istilah Terung dari Wikipedia Terung Varieti ARC-BJ-105 Pokok Terung Pipit (Wikipedia) Resepi:  -Sambal Bilis Terung Pipit- Kerabu Terung- Kerabu Terung Bersalai

 

Proses Pengeluaran Tauge

Menyediakan persekitaran dan lokasi|

Mendapatkan bahan mentah (kacang hijau / kacang hitam)|

Mengasingkan benih (benda asing, kacang rosak, batu dan sampah)|

Membasuh (hingga kacang benar-benar bersih)|

Merendam (6-8 jam menggunakan larutan hormon jika mahu, 1.5% Sontoso)|

Mengetos (digaul dengan 1% Siako)|

Mencambah (4-6 hari dalam bilik yang gelap dan suhu rendah serta tong bersesuaian)|

Menyiram (2-4 jam sekali)|

Mengasingkan kulit|

Membungkus|

Prosedur:

1. Tuangkan kacang hijau ke atas alat penimbang cth:1kg-1kg kacang hijau akan menghasilkan sehingga 6-8 kg taugeh segar sekiranya kadar siraman air sekata dan tidak mempunyai sebarang masalah.

2. Setelah kacang hijau ditimbang, tuangkan kacang hijau tersebut ke dalam baldi

3. Isikan jug dengan air dan tunagkannya ke dalam baldi. Bilas kacang hijau tersebut.Tujuannya untuk membersihkan kacang hijau dan mengasingkan kacang hijau yang telah rosak(kacang hijau yang terapung)

4. Toskan kacang hijau tersebut dan tuangkan air yang baru ke dalam baldi tersebut.

5. Titiskan sentoso ke dalam baldi tersebut yang berisi kacang hijau dan air itu.

6. Rendamkan kacang hijau dan biarkan semalaman.

Page 79: makluamat ekin

7. Ambil kacang hijau tersebut dan diletakkan ke dalam tong sampah yang telah diubahsuai.

8. Letakkan guni padi yang telah dipotong mengikut saiz diameter tong sampah itu di atas kacang hijau.

9. Letak di dalam bilik taugeh dan set kan timer.

10. Lihat taugeh dari semasa ke semasa bagi memastikan ia berada di dalam keadaan yang baik.Elakkan kawasan taugeh anda dimasuki cahaya dengan tujuan untuk mengelakkan tunas tumbuh.

11. pada hari ke-4, taugeh boleh dikutip dan di jual

PANDUAN MENANAM ROSELLE 

INDUSTRI ROSELLE DI MALAYSIA

Sehingga kini terdapat beberapa kilang memproses roselle di Malaysia. Antara syarikat yang mendapat khidmat nasihat dan perundingan MARDI ialah Gulf and Pacific Industries Sdn. Bhd. di Kuching, Sarawak. Syarikat ini mengeluarkan hasilan kordial, minuman berkarbonat, jem, halwa dan pati roselle. Bagi memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi untuk industri yang kian berkembang ini, penanaman roselle telah diusahakan oleh Gulf and Pacific Estates Sdn. Bhd. di tanah seluas hampir 2 499 ekar.

Di Terengganu perbincangan dan perundingan dari aspek pembangunan hasilan roselle telah diadakan dengan Malaysia Roselle Industries Sdn. Bhd., Kuala Terengganu. Sementara itu memorandum persefahaman telah ditandatangani oleh MARDI dengan Aquasis (M) Sdn. Bhd. Kuantan, Pahang dalam usaha penubuhan kilang serta pembangunan hasilan roselle.

Di negara ini, roselle ditanam secara komersial oleh pekebun kecil di Terengganu atas tanah bris dan berkembang di beberapa kawasan di Johor.  Roselle merupakan tanaman semusim dengan  pokok bersaiz renik dan boleh tumbuh pada ketinggian 205 sentimeter (sm). Tempoh hayat ekonominya ialah enam hingga 10 bulan dan pada masa itu beberapa cabang  akan keluar dari batang utama.

Batangnya berwarna merah gelap dan biasanya pokok akan lodge semasa matang kecuali pangkasan dibuat. Daunnya berwarna hijau dan  dan semasa peringkat awal, daun berbentuk bujur dan bertukar ke bentuk tiga jari. Pokok mula berbunga pada pada usia 45 hingga 60 hari selepas ditanam dan sekuntum bunga akan keluar pada setiap ketiak daun. Roselle hidup subur di tanah mineral dan tanah bris dan penanaman di tanah bris memerlukan pengairan dan pembajaan yang baik.

PENANAMAN

Tumbuhan roselle mudah tumbuh di negara yang beriklim tropika. Seperti pokok bunga raya lain, sehingga kini didapati pokok roselle sukar dijangkiti penyakit dan penjagaannya di ladang tidak sukar. Penanaman hanya menggunakan biji benih di mana biji disemai dalam bekas yang sesuai dan anak benih sedia untuk ditanam ketika berumur 10-15 hari.

Page 80: makluamat ekin

Roselle ditanam di atas batas berukuran 60 sm di tanah bris dan 90 sm di tanah mineral.  Ini akan memberikan kepadatan 7, 400 pokok sehektar pada tanah mineral dan 11, 100 pokok sehektar pada tanah bris. Penanaman roselle di tanah bris memerlukan penggunaan baja organik seperti tahi ayam dan baja sebatian NPK 15:15:15 dan NPK 12:12:17:2.

PENGAIRAN

Sistem pengairan di peningkat ladang perlu dibina bagi menentukan paras air 60 sm dari permukaan. Bekalan air tambahan melalui sistem pengairan renjis perlu dibina.

KAEDAH TANAMAN

1.      Secara Semaian2.      Secara Tanam Terus Menggunakan Biji Benih

 

Kaedah Tanam Secara Semaian 

Umur (hari lepas tuai)

Kerja/Aktiviti

Bahan InputStandard

Kualiti Indikator

Tindakan

Jenis Kadar

-21 

Kawalan rumpai 

Glyphosaste 41% EC (contoh:

roundup)

27 ml/ 4.5 lit.air

2-4 lit roundup / ha  

-21 Mengapur GML (kapur) Seperti di bawah

pH 5.5 Ambil sampel tanah & uji

-20 Bajak putar 1    Kedalam

bajakan 25 cm

 

-7Bajak putar 2 dan membuat

batas   

Lebar batas 1.5 m

Tinggi batas 25 cm

Guna rotos ridger.  Batas

melintang arah

matahari.

-6

Menabur dan menggaulkan

baja organan di atas batas

Tahi ayam Seperti ldi bawah

Tahi ayam kering & telah

reput 

Page 81: makluamat ekin

Kaedah Tanam Terus Menggunakan Biji Benih 

Umur (hari lepas tuai)

Kerja/Aktiviti

Bahan InputStandard

Kualiti Indikator

Tindakan

Jenis Kadar

-40 

Kawalan rumpai 

Glyphosaste 41% EC (contoh:

roundup)

27 ml/ 4.5 lit.air

2-4 lit roundup / ha  

-28 Bajak putar 1        

-27 Mengapur Kapur Seperti di bawah

pH 5.5 Ambil sampel tanah & uji

-7Bajak putar 2 dan membuat

batas   

Lebar batas 1.5 m  

-6

Tabur baja organan di atas

batas dan gaulkan

Tahi ayam Seperti di bawah

Tahi ayam kering & telah

reput 

Kaedah Pengapuran Dan baja Organan

Jenis TanahKadar

Pengapuran Tan/ha GAIL

Bahan OrgananTan/Ha

 Tanah mineral & tanah lanar Tanah bris & bekas lombong Tanah gambur / asid sulfat Tanah batu kapur (pH 6-8)

2-52

5-10-

3-510-20

3-53-5

 

PENUAIAN HASIL

Page 82: makluamat ekin

Buah Roselle cukup matang dan sedia untuk dipungut pada hingga 30 hari selepas bunga kembang. Pungutan buah roselle patut dilakukan pada selang tujuh hingga 10 hari untuk tempoh 50 hingga 60 hari. Pungutan dilakukan secara manual dengan memotong buah menggunakan gunting. Buah roselle perlu diproses dalam tempoh dua hari di mana buah dibuang kapsul untuk mendapatkan kaliks. 

KAWALAN PEROSAK

1.      Bena Lelompat HijauGuna Imidachloprid (contoh:  Confidor 200 SL)  bancuhan 1.25 nk/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh: Derosal)  dengan bancuhan 5 gm/4.6 liter air lalu disembur bila bena dikesan. 

2.      Kepinding (Kumbang Hijau)Sembur dengan Deltamethrin 1.4% EC (Contoh:  Decis) 2-5.5 ml/4.5 liter air atau Carbendazim (Contoh:  Derosal) 5 gm/4.5 liter air. 

3.      Rumpai tumbuh di atas dan diantara batasSembur dengan Glufosinate 13.5% EC (Contoh:  Basta 15) secara berhati-hati menggunakan fan nozzle dan pelindungan semburan. 

4.      Daun KekuninganTabur NPK 15:15:15 (1gm/pokok) dan Urea (46% N - 5 gm/pokok) rata di atas batas dan ditimbus.

Penyakit kulat biasa menyerang ialah reput daun (Coniella rnusaiaensis var.Hibisci) dan reput batang (Phoina spp). Kejadian ini mudah berlaku sewaktu musim hujan. Kawalan menggunakan racun kimia seperti Carbendazim pada 0.05 peratus adalah disyorkan. Serangga perosak yang biasa menyerang Roselle adalah bena hijau, kumbang dan kutu (Podogrica gemelle, Phylloretaspp.). Pengawalan boleh dilakukan dengan menggunakan Deltamethrin, Fenvalerate atau Carbaryl. 

TANAMAN UBI(UBI KAYU, UBI KELEDEK, UBI SENGKUANG)

 

 

UBI KAYU

Nama Botani :    Manihot esculenta

Page 83: makluamat ekin

Famili :    Euphorbiaceae

 

Merupakan tanaman jangka pendek.  Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92.  Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.

 

Varieti:

         Black TwigJenis pahit, untuk diproses.  Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-40 hektar.  Kandungan kanji 28-30%.  Tempoh matang 10-14 bulan. 

         C 5Ubi pahit untuk diproses.  Kulit ubi berwarna perang muda.  Isi berwarna putih krim.  Kandungan kanji 26%.  Hasil 30-35 tan/hektar.  Tempoh matang 10 bulan. 

         MedanUbi jenis manis.  Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji 28-35%.  Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan. 

         CM 982-7Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut.  Hasilnya lebih tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi kandungan kanji ialah hanya 19%.  Kulit ubi berwarna perang muda dan isinya putih krim. 

         Klon MM 92Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam.  Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun.  Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig.  Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun.  Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).

 

Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan

Nama Biasa

Bilangan pokok

sebatas 100 kaki persegi

Bilangan biji

sebatas 100 kaki persegi

Bahan Tanama

n

Jarak Tanaman(antara pokok & barisan)

Hasil Mula

Dipetik(minggu)

Page 84: makluamat ekin

Carrot (Lobak Merah) - Damcus carotaSengkuang - Pachyrhizus erosusLobak (radish) China - Raphanus sativus var.HorlensisKeladi (Yam) - Colocasia esculentaHalia (Ginger) - Zingiber officinale

36534

100-

75

73068

200-

75 rhizomes

BijiBijiBiji

UmbisiRhizome

4" x 9"16" x 30"12" x 12"12" x 48"!2" x 18"

1224-288-124848

PENYEDIAAN TANAH

Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran.  Tanah dibajak 2 kali dan disisir sekali.  Buatlah batas dengan jarak 1m di antara batas.

 

PENANAMAN

         BenihBenih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang.  Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan.  Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar). 

         Jarak TanamanSelalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki). 

         Cara MenanamKeratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan yang lebih tinggi.

 

PENJAGAAN

         Mengawal RumpaiMerumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3 bulan selepas merumput pertama.  Panduan mengawal rumpai dengan racun herba adalah seperti berikut:- 

         MembajaBaja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam.  Di tanah gambut baja ditabur semasa menanam.  Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah gambut tabur kapur sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu sebelum

Page 85: makluamat ekin

menanam.

Tanah Lanar Pesisir (Coastal Alluvial Soils)

Tanaman Pertama:  67 kg/ha (60 lb/ekar) baja Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.23 kg/ha (20 lb/ekar) baja Phosphorus seperti CIRP.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti CIRP.45 kg/ha (40 lb/ekar) baja Kaliam seperti Muriate of Potash.112 kg/ha (100 lb/ekar) serbuk batu kapur (GML).

Tanah-tanah Tinggi Asal Setempat (Upland Sedentary Soils)

Tanaman Pertama:67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP + 34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti Double super phosphate56 kg/ha (50 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP90 kg/ha (80 lb/ekar) Kaliam Muriate of Potash225 kg/ha (200 lb/ekar) GML.

Tanah Gambut (Pest Soils)

Tanaman Pertama (sebelum menanam)1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar) CIRP.67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

Selepas Menanam:449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)

Selepas 3 bulan:67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML

Catatan:  Nitrogen untuk tanah jenis asal setempat (sedentary soils) dan pesisir

Page 86: makluamat ekin

(coastal) boleh dibahagikan untuk dua kali pembajaan, seperti diberi semasa menanam dan bakinya selepas 3 bulan menanam.

MENINGKATKAN PENDAPATAN DARIPADA HASIL(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999)

Dalam proses pengeluaran, tenaga buruh merupakan komponen kos yang tinggi, apabila permintaan melebihi bekalan.  Dua operasi ladang yang paling banyak menggunakan tenaga buruh ialah menanam dan memungut hasil.  Namun, kedua-dua operasi ini boleh dijenterakan apabila ubi kayu ditanam di tanah biasa.  Ini bermakna jentera boleh menggantikan tenaga manusia bagi menjalankan kerja yang menjerihkan ini.  Malangnya jentera tidak boleh digunakan apabila ubi kayu ditanam di tanah gambut.  Berat jentera tidak boleh ditampung oleh tanah gambut yang lembut.  Walau bagaimanapun di tanah gambut, kos masih boleh dijimatkan dengan menanam tanpa pembajakan.  Amalan ini sangatlah sesuai untuk tanah gambut yang begitu peroi.  Selepas ubi dicabut, tanah sedia gembur dan penanaman boleh dilakukan dengan serta merta.

Jika varieti MM 92 ditanam ditanah gambut, kadar baja yang diperlukan hanya separuh daripada yang biasa digunakan untuk Black Twig.  Kadar separuh yang diperlukan ini hanya berselang musim dan dapat mengurangkan kos baja tanpa menjejaskan hasil ubi.  Di tanah gambut, kos membaja memang tinggi.  Tanah ini kekurangan banyak nutrien penting, sama ada kandungannya rendah ataupun diikat kuat dalam tanah sehingga tidak dapat diserap oleh pokok.  Contohnya nitrogen.  Sungguhpun nutrien ini banyak terdapat dalam bahan organik seperti tanah gambut, nitrogen diikat oleh kandungan karbon yang juga tinggi.  Jadi, semua nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan ubi terpaksa dibekalkan dalam bentuk baja.  Dengan penggunaan semula bahan hampas kilang membuat kanji, jumlah baja dapat dikurangkan.  Ini boleh menjimatkan kos serta sekaligus dapat mengatasi masalah pembuangan hampas.  Hasil ubi yang tinggi harus dipertahankan daripada kerugian.  Kerugian yang mungkin berlaku boleh dielakkan.  Cara yang terbaik adalah mengurus rumpai, perosak dan penyakit secara lebih rapi.  Rumpai akan bersaing dengan pokok tanaman bagi mendapatkan bekalan nutrien, air dan cahaya matahari.  Oleh itu, tanah harus dibaja dengan sempurna supaya ladang bebas daripada rumpai semasa menanam.  Ini diikuti dengan penyemburan racun herba pracambah supaya biji benih rumpai yang ada dalam tanah tidak bercambah.  Racun rumpai boleh digunakan ialah 2 liter alanchor atau metolachlor dicampur dengan 2 kg fluometuron sehektar.  Rumpai yang lewat tumbuh boleh dihapuskan dengan menggunakan racun herba sentuhan.  Serangga perosak dan penyakit tidak banyak menimbulkan masalah dalam penanaman ubi kayu di negara ini

 

Cara meningkatkan pendapatan daripada penanam ubi kayu

Perlu dilakukan Boleh diharapkan

Menggunakan varieti yang berhasil Pendapatan lebih tinggi kerana hasil ubi

Page 87: makluamat ekin

tinggi seperti Perintis yang lebih tinggi.

Menggunakan varieti yang memberi hasil lebih awal seperti MM92

Pendapatan lebih tinggi kerana hasil penanaman dua kali lebih tinggi daripada hasil penanaman sekali.

Menggunakan jentera untuk menanam & memungut hasil

Mengurangkan kos dengan mengurangkan keperluan buruh.

Mengikut amalan tanpa pembajakan Mengurangkan kos dengan menyingkirkan penyediaan tanah.

Menggunakan baja yang sedikit dengan varieti yang memberi hasil lebih awal

Mengurangkan kos baja.

Menggunakan semula bahan hampas kilang kanji

Mengurangkan kos kerana kurang baja digunakan.

Mengawal rumpai Pendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dapat dikurangkan.

Mengawal perosak mamalia Pendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dikurangkan.

Memproses ubi secepat mungkin selapas dipungut

Pendapatan lebih tinggi kerana kerosakan ubi dikurangkan.

(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999).

 

MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT

Tiada musuh yang merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.

 

MENGAWAL PENYAKIT DENGAN MENGGUNAKAN RACUN KIMIA

         Bintik daun (leaf spot) Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-

Page 88: makluamat ekin

kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama. 

         Hawar bakteria (bacterial angular leaf spot/blight)Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama. 

         Penyakit akar putih (white root disease)Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan tanaman getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul akar yang tidak dibuang semuanya.  Buang dan musnah semua tunggul-tunggul atau akar-akar sebelum menanam.  Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit.  Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas pengambilan hasil tanaman.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.

 

MEMUNGUT HASIL

Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9 bulan selepas menanam.  Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar.  Medan dipungut 12 bulan selepas menanam dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.

 

UBI KELEDEK (Ipomoea batatas L.)

Nama Saintififk     :  Ipomoea batatas LKeluarga              :  Convovulaceae. Nama tempatan    :  ubi stella dan ubi jalur

 

Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena.  Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin.  Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.

Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan.  Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.

Diantara varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat Bulan, Large White,  Bukit Naga dan Klon MSP 94.

Page 89: makluamat ekin

 

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Klon yang disyorkan ialah Bukit Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).

1.      VirtAtoPucuk daun sedikit ungu.  Gagang daun hijau dengan bintik unggu di pangkal daun.  Urat daun sebahagian unggu.  Daun berbentuk segi tiga.  Batang berwarna hijau.  Ubi berbentuk bujur panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin.  Isi ubi berwarna oren.

Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas lombong dan tanah asid sulfat.  Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha.  Kelebihan VitAto ialah ia mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari 2,000 bagi setiap 100 gm ubi.  B-karotena dikekalkan apabila menjadi tepong dan tepong ini lebih berkhasiat berbanding tepung gandum dari segi serat, vitamin C dan B-karotena. 

2.      Gendut (MSP94)Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari segi rupa dan citarasa.  Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang kekuningan merupakan warna yang digemari di pasaran tempatan.  Isi ubi keledek gendut pula lebih sedang dimakan apabila direbus, digoreng atau dimasak  kerana ianya lebih pejal dan tidak berair.  Klon MSP 94 tidak begitu manis, rasanya hampir sama dengan kentang.  Warna isinya juga menyerupai warna ubi kentang.  Ubi keledek ini sesuai ditanam sama ada di tanah biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong mahupun di tanah gambut yang mempunyai saliran.  Penghasilannya tinggi, iaitu diantara 20-30 tan/hektar. 

3.      Bukit Naga:Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning.  Hasil 20-30 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar. 

4.      Serdang 1Kulit ubi berwarna ungu tua.  Isi putih kekuningan.  Hasil 15-20 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar. 

5.      Large WhiteWarna kulit merah samar, isi kuning pucat.  Hasil 12-15 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar. 

6.      Kuala BikamKulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim.  Hasil 25-25 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis kecil.

 

Keperluan khas penanaman:

Page 90: makluamat ekin

Memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping keperluan suhu 24-32 darjah C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak tahan keapda keadaan terendam kerana ubi akan menjadi busuk.  Secara amnya, keledek memerlukan tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan tanah lempung berpasir.

Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan.  Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang.

 

Penyediaan Tanah

Keledek ditanam di atas batas.  Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek.  Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah.  Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.

Untuk menanam keledek di kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah dibajak piring sedalam 20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama.  Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah penyakit dan perosak keledek yang terdapat dalam tanah.  Kapur sebanyak 2.5 m tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu sebelum bajak putar kali kedua. 

Bagi penanaman di ladang, keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45o sedalam 15-20cm.  Jarak tanaman adalah 25-30 cm di dalam barisan dan 90-120 cm antara barisan, mengikut jenis kultivar keledek samada dari jenis yang kecil ataupun besar.  Kultivar dari jenis yang kecil memerlukan sejumlah 44,444 keratan benih (0.25 m x 0.9 m) manakala kultivar dari jenis yang besar pula sebanyak 27,777 keratan benih (0.3 m x 1.2 m) untuk penanaman sehektar keledek.

Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal atau secara tanaman selingan di kebun-kebun getah atau kelapa sawit yang baru dibuka bagi meningkat penggunaan sumber sedia ada dan keuntungan projek.  Penanaman keledek dilakukan di waktu petang.

 

Sistem Penanaman Keledek

Page 91: makluamat ekin

Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin.

 

Penjagaan Sulur

Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok, sulur-sulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman.  Masa yang sesuai dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam.  Aktiviti ini hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai.  Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran.  Pembentukan ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya.

 

Pembajaan

Pengesyoran pembajaan yang sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah setempat.  Secara amnya pembajaan keledek menggunakan baja organik (12:12:17:2) dan baja organik (tahi ayam).  Baja organik digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum penanaman. 

 

Pengurusan Air

Memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman.  Ketika ini pokok sedang membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan pertumbuhan dan seterusnya mengurangkan penghasilan.  Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sekiranya tiada sistem pengairan yang sempurna, penanaman keledek hendaklah disesuaikan dengan kedatangan musim hujan di peringkat penanaman.  Sistem perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran dengan membina parit ladang.

 

Berapakah jumlah air yang diperlukan?(Sumber:  Agromedia Bil. 11, 2001)

Bergantung kepada keadaan tanah dan jenis pokok.  Bagi tanaman ubi keledek yang kawasan akarnya antara 30-40 cm di bawah permukaan tanah, jumlah air siraman yang diperlukan di tanah liat berpasir (mineral) lebih kurang 40 meter padu sehektar bagi sekali siraman.  Pada peringkat awal penanaman, dicadangkan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.  Kuantiti air juga bergantung pada keadaan pembesaran dan saiz kanopi pokok.  Semakin besar saiz kanopi semakin kurang pemeruapan air tanah melalui pancaran terus cahaya matahari, tetapi pengambilan air oleh pokok akan bertambah.  Keadaan ini menyebabkan kapasiti air yang diperlukan untuk siraman mungkin akan bertambah, bergantung pada kelembapan tersedia dalam tanah (boleh ditentukan melalui jangka tekanan lembapan pengairan 'irrometer').  Apabila bacaan jangka tekanan lembapan melebihi 60 centibar, siraman boleh dilakukan sehingga

Page 92: makluamat ekin

bacaannya kembali ke titik asal antara 10-0 centibar.  Bagi mereka yang berpengalaman, pengairan boleh dilakukan melalui pemerhatian keadaan tanah dan pokok keledek tersebut.

 

Kos peralatan pengairan

Harga sesuatu sistem pangairan bergantung pada jenis alat pengairan yang dipilih.  Bagi kawasan ladang yang besarnya melebihi 10 hektar, dicadangkan sistem "mini gun spray" digunakan kerana garispusat kawasan renjisan melebihi 90 meter bagi setiap unit.  Sehektar 7-10 unit bergantung pada keadaan dan bentuk tanah.  Bagi ladang keledek yang besar dan jika operasi ladangnya dijalankan secara penggunaan jentera sepenuhnya, pemilihan sistem pengairan yang sesuai sangatlah penting.  Sekiranya tersalah pilih, banyak masa kerja akan terbuang untuk memasang dan membuka semula sistem pengairan tersebut ketika operasi menggunakan mesin ladang hendak dijalankan.  Pengairan cucur, titis dan mikro renjis melibatkan banyak kerja ketika operasi penjagaan tanaman dan pungutan hasil dilakukan di ladang.  Jentera ladang akan merosakkan sistem penghantaran air dan pemancarnya melainkan sistem tersebut dibuka dan digulung untuk disimpan dan digunakan semula apabila perlu.  Kadang-kadang keadaan ini akan merosakkan peralatan sistem penghantar air dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi. 

Bagi sistem "mini gun spray", sistem penghantaran airnya boleh ditanam di dalam tanah ke aras 1 m dan pemancar airnya boleh dinaikkan ke atas permukaan tanah melebihi 1 m.  Jarak antara pemancar ialah 15-20 m supaya keseluruhan pokok dapat disiram apabila perlu.  "Mini gun spray" boleh dipasang dan ditanggalkan apabila tidak diperlukan.  Sistem penghantaran airnya tidak menggganggu penggunaan jentera di ladang.  Bagi sistem pengairan pemercik mudah alih, sistem ini juga sesuai tetapi memerlukan tenaga buruh untuk memasang dan menanggalkan semula sistem tersebut apabila kerja  penjagaan tanaman dan pungutan hasil hendak dilakukan secara berjentera.  Bagaimanapun, kos peralatan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

 

Penyakit  Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan 

Penyakit/musuh Kesan dan Langkah Kawalan

KulatBintik daun keledek

(cercospora batatae/Periconia

byssoides)

 Daun berbintik coklat dan serangan teruk mengakibatkan daun menjadi berkerengkok.  Sembur racun kulat benomyl pada kadar 0.015- 0.03%  bahan aktif selang 5-7 hari sekiranya perlu.

KulatReput ubi keledek 

(ceratocystis paradoxa/rhizopus

oryzae)

 Ubi keledek menjadi reput dan busuk.  Elakkan kecederaan ubi semasa memungut hasil.  Jalankan proses pengesaran kulit ubi keledek selepas  pungutan hasil.  Simpan ubi didalam keadaan kering.

Page 93: makluamat ekin

 

KulatKeruping (elsinoe

batatas)

 Simptom penyakit ini terdapat pada urat daun, tangkai dan batang.  Terdapat bintik-bintik perang pada daun dan batang.  Ia menjadi gabus atau bersatu membentuk keruping. Daun bergulung / berkedut, mengecil dan berubah bentuk serta batang dan tangkai berpintal.

 Langkah kawalan:  Gunakan keratan benih yang bebas penyakit.   Amalkan tanaman giliran dan kebersihan kebun.  Kaedah mengangkat daun dapat membantu mengurangkan jangkitan penyakit ini.  Proses mengangkat daun dapat memperbaiki pengudaraan dan mengurangkan kelembapan persekitaran tanaman. Pancaran terus cahaya matahari ke bahagian yang terjangkit secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jangkitan.

 Pengawalan secara semburan kimia ialah dengan mengggunakan Benomyl pada kadar yang disarankan.  Semburan hanya perlu dilakukan sekiranya simptom awal penyakit dalam dilihat.  Selepas semburan ini, penanam boleh memilih sama ada meneruskan penyemburan atau tidak bergantung pada simptom yang dilihat.  Hasil kajian  mendapati bahawa gabungan semburan selepas mengangkat daun akan memberikan pengawalan yang lebih baik.

SeranggaKumbang pengorek ubi

(cylas formicarius) 

 Kumbang ini membiak di dalam ubi  keledek dan menurunkan kualiti ubi  sehingga hasil tiada nilai pasaran.  Serangan yang teruk boleh mengakibat  kan kerugian sehingga 90& hasil.

 Amalkan sistem giliran tanaman dan kebersihan kebun.  Tabur butiran racun carbofuran pada kadar 1.5 kg/ha bahan aktvif semasa penanaman boleh mengurangan serangan

SeranggaUlat Pengorek Batang

 Batang dan sulur keledek dikorek oleh larva kadangkala sehingga ke ubi  keledek.  Giliran penanaman dan kebersihan kebun

Page 94: makluamat ekin

(omphisa anastomosaslis) dijalankan.

VertebrateTikus

 

Memakan ubi keledek.  Amalkan kebersihan ladang.  Umpan dengan racun brodifacoum di peringkat umur penanaman dua bulan dapat mengurangkan kejadian serangan.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil

Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir seperti berikut:- 

Racun tempoh larang kutip (bil hari)

benomylcarbofuran

1430

Kematangan dan Pengutipan Hasil

Boleh dipungut 3-5 bulan selepas menanam.  Kematangan boleh ditentukan apabila daun-daun bawah pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu.  Sekiranya ubi keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak bertukar kepada warna kehitaman dengan cepat.

Daun dan batang keledek dipotong terlebih dahulu.  Ubi dikorek dan dikeringkan di peringkat ladang sebelum dibakulkan untuk  pemasaran.  Ini bertujuan untuk proses pengerasan kulit ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka ketika proses memungut hasil dilakukan.  Sekiranya tidak dilakukan, calar-calar ini sering dijangkiti oleh agen-agen penyakit terutama kulat yang boleh menyebabkan keledek menjadi cepat busuk.  Ubi keledek hendaklah disimpan di tempat teduh yang terbuka agar sentiasa kering bagi mengelakkan reput ubi oleh serangan kulat.  Keadaan kering juga dapat menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di mana ianya boleh menurunkan kualiti dan harga ubi di pasaran.

 

Perosak Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan

         Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek.  Boleh juga menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama. 

Page 95: makluamat ekin

         Kumbang Belalai (Cylas formicarius)Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi.  Kumbang dewasa pula memakan daun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

 

POTENSI KERATAN PUCUK SEBAGAI BAHAN TANAMAN KELEDEK(Sumber:  Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)

Amalan menanam ubi keledek menggunakan keratan batang adalah amalan biasa di kalangan petani.  Bagaimanapun terdapat satu lagi kaedah menanam iaitu dengan menggunakan keratan pucuk.  Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan di Pusat Pembangunan Komoditi, Besut pada tahun 1994, penggunaan keratan pucuk menunjukkan potensi yang menggalakkan.  Hasil pemerhatian berkenaan telah menunjukkan bahawa menanam ubi keledek menggunakan keratan pucuk lebih menguntungkan berbanding dengan keratan batang.  Ini dapat diperhatikan daripada peningkatan hasil yang amat ketara iaitu 7.25 tan/hektar bagi varieti Kuala Bikam dan 6.75 tan/hektar bagi varieti V5.

UBI SENGKUANG

Nama BotaniFamili

--

Pachyrhizus erosus (Yam Bean)Leguminosae

Sengkuang adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi.  Pokoknya tumbuh melilit/memanjat, mempunyai daun dan batang sedikit berbulu.

 

Iklim dan TanahSesuai ditanam dalam kawasan yang lembap dan panas dengan suhu hariannya diantara 21o-30oC.  Ubi ini boleh jua ditanam di kawasan tanah  tinggi selama 1800 m.p.a.1.

Penyediaan TanahTanah perlu dibajak sebanyak dua pusingan dan kemudian diikuti dengan pembuatan batas, berukuran 60 sm lebar dan 30 sm tinggi.

 

MenanamBiji benih sengkuang ditanam terus ke batas sebanyak 2 biji selubang.  Biji benih yang diperlukan ialah 9 kg/hektar.  Jarak tanaman ialah 20 sm antara baris dan 15 sm dalam baris (dua baris sebatas).

 

Cantasan Dahan dan BungaKerja mencantas dahan dan membuang daun dan bunga, perlu dijalankan sekurang-kurang 4 kali dalam tempoh tanaman sengkuang untuk mengelakkan daun yang berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan ubi.  Hanya 3 dahan ditinggalkan sepokok dan dahan yang

Page 96: makluamat ekin

terlalu panjang (lebih 60 sm) dicantas.  Satu pokok sengkuang mestilah mempunyai kira-kira 12 helai daun dan daun yang berlebihan dibuang.

 

PembajaanPembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-  

Pusingan Masa Jenis Baja Kadar/Hektar (650 batas)

1 sebelum menanam Baja organan 4 tan

2 3 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

3 6 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

4 10 minggu NPK 12:12:17:2 300 kg

 

KAWALAN RUMPAIRacun rumpati pracambah alachlor (Lasso) pada kadar 4 liter/hektar disembur ke atas batas sebelum menanam biji benih.  Kerja-kerja merumput selepas itu tidak diperlukan kerana ianya tidak akan menganggu pertumbuhan ubi.

 

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman ssengkuang ialah ulat pemakan daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun Carbaryl.  Penyakit yang kadang-kadang menyerang tanaman sengkuang ialah reput umbisi dan mozek duan, yang mana tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan pengurusasn tanaman yang baik.

TEMPOH MENGUTIP HASIL: Hasil ubi sengkuang boleh dipungut selepas 4 - 4 1/2 bulan ditanam.  Pokok yang cukup matang daunnya berwarna kekuning-kuningan.  Kerja-kerja yang perlu dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul dan mengisi ke dalam bakul.  Hasil yang dijangka ialah 25 tan/hektar.

 

Page 97: makluamat ekin

PENGENDALIAN LEPAS TUAISila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai 

PENANAMAN UBI SENGKUANG DI TANAH BEKAS LOMBONG

Nilai pH tanah di kawasan tanah lombong dilaporkan sedikit beralkali (7.5  B.J.Kho).  Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali.  Kali pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam.  Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok.  Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan.  Jarak diantara batas adalah 160 cm.

 

Pengairan

Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman.  Setiap unit berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar.  Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk menyiram pokok.

 

Menanam

Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar.  Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara pokok.  Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang.  Biji benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai.  Program membaja yang diamalkan adalah seperti berikut:-

         Baja Asas400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak. 

         Baja Sisi(i)    200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih tumbuh.(ii)   150 beg tahi ayam                          - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.(iii)   300 kg. baja sebahatian 15:15:15  - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.(iv)   300 kg. baja sebatian 15:15:15      - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

Perhatian:  Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.

 

Mencantas Dahan Dan Bunga

Page 98: makluamat ekin

Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali.  Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang.  Pucuknya dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm.  Kesemua jambak bunga hendaklah dicantas. 

Page 99: makluamat ekin
Page 100: makluamat ekin

 

Page 101: makluamat ekin
Page 102: makluamat ekin

 

Page 103: makluamat ekin

Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam.  Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan.  Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan.  Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut, memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.

 

PANDUAN MENANAM LABU MANIS  

PENGENALAN  

Nama saintifikKeluargaNama tempatan

:::

CucurbitamoschataCucurbitaceaeLabu manis atau labu lemak

Labu manis dikenali juga dengan nama labu lemak.  Ia berasal dari Amerika Tengah.  Selain dibuat sayur, labu manis juga boleh digunakan untuk membuat kuih seperti jemput-jemput, bengkang, serawa dan pai.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN:

1.      IklimMemerlukan cuaca panas dan air yang banyak untuk pertumbuhan dan pengeluaran hasil yang baik.  Suhu yang sesuai ialah 25-35oC pada waktu siang dan 18-22oC pada waktu malam.  Hujan minimum sebanyak 380 mm semusim adalah diperlukan.  Hujan lebat yang menyebabkan air bertakung boleh memusnahkan tanaman ini. Cuaca redup dan naungan dari pokok lain mengurangkan pengeluaran bunga betina dan seterusnya merendahkan hasil. 

2.      TanahTanah yang sesuai ialah liat gembur berpasir, liat gembur berorganik tinggi, gambut yang diberi kapur dan tanah bris berorganik tinggi seperti Siri Rhu Tapai dan Rompin.  Penanaman di tanah rata mestilah mempunyai saliran yang baik.  Di kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi penanaman hendaklah dibuat di atas batas.

pH yang paling sesuai ialah diantara 5.5 - 6.8.  Kebanyakan tanah di Malaysia mempunyai pH yang rndah dan kapur diperlukan untuk mengurangkan kemasaman tanah.  Tanah mineral memerlukan kapur sebanyak 3-5 tan sehektar manakala tanah gambut memerlukan 3 - 7.5 tan sehektar. 

KULTIVAR YANG DISYORKAN :

Page 104: makluamat ekin

Terdapat banyak kultivar ditanam.  Antaranya jenis Cina dan jenis Taiwan tetapi yang paling popular di Malaysia dan disyorkan untuk penanaman secara komersil ialah Early Price daripada jenis Taiwan dengan kod nombor 767.

AMALAN KULTUR

Penyediaan Tanah:

Tanah dibajak piring diikuti dengan sekali atau dua kali bajak putar.  Bajak piring seeloknya dilakukan sebulan setengah sebelum menanam dan bajak putar pertama dua minggu kemudian iaitu selepas penaburan kapur.  Bajak putar kedua dibuat 1-2 hari sebelum menanam.  Kedalaman bajakan ialah 20-30 cm.

Bagi kawasan yang paras airnya tinggi, batas yang bersaiz 1.2 meter lebar, 30 cm tinggi dan panjang mengikut tanah perlu dibuat.  Jarak diantara batas ialah 1.2m dan jarak antara tengah batas ialah 2.4m.

Penyediaan Benih:

Bagi jenis Early Price sebanyak 800 gm biji benih diperlukan untuk sehektar.  Biji benih perlu dibeli setiap kali penanaman.  Biji benih daripada kacukan F1 hybrid tidak boleh digunakan untuk penanaman akan datang kerana tidak mengekalkan baka asal.  Biji benih perlu dirawat dengan rawatan kering menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g thiram bagi 1000g biji benih.

Penanaman: 

Tanam dua biji benih selubang terus ke batas.  Kambus sedalam 1-2 cm dengan tanah.  Jarak tanaman ialah 1.2 m dalam baris dan 2.4 m antara baris.  Apabila pokok sudah tumbuh di peringkat 2 helai daun benar iaitu 7-10 hari lepas tanam, tinggalkan sepokok selubang.  Dengan jarak ini menghasilkan 3400 pokok sehektar.

Pembajaan:

Penggunaan plastik bersinar boleh mengurangkan kehilangan baja melalui proses larut lesap. 

Pembajaan Labu Manis Tanpa Plastik

 

 

 

Masa Membaja Jenis Baja Kadar/Ha

Kadar/Pokok

Page 105: makluamat ekin

Penyediaan   batas

 Sebelum menanam

 10 hari lepas tanam

 40 hari lepas tanam

 60 hari lepas tanam

Tahi ayam reputNPK

12:12:17:2+TE

NPK 12:12:17:2+T

ENPK

12:12:17:2+TE

NPK 12:12:17:2+T

E

4 tan200 kg200 kg200 kg200 kg

1.2 kg60 g60 g60 g60 g

Pembajaan Labu Manis Menggunakan Plastik 

Masa Membaja

Jenis Baja Kadar/Ha Kadar/Pokok

Penyediaan batas

 Sebelum menanam 60 hari

lepas tanam

Tahi ayam reputNPK

12:12:17:2+TENPK

12:12:17:2+TE

4 tan600 kg200 kg

1.2 kg180 g60 g

Baja digaul ke dalam batas sebelum ditutup dengan plastik.  Pembajaan di peringkat 60 hari selepas ditanam, baja ditabur di celah batas.

Pengurusan Air:

Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah.  Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah, 1.5 - 2.5 kg/cm dengan kadar alir perenjis 0.3-1.0 liter/minit dan garis pusat liputan siraman 25-30m.

Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang boleh dibina untuk mengalirkan air yang bertakung ke parit utama.

Pendebungaan Berbantu

Bunga betina yang mengalami proses pendebungaan membesar dan menjadi buah.  Bunga yang tidak didebunga akan busuk dan gugur. 

Page 106: makluamat ekin

Debunga dari kultivar yang sama adalah serasi.  Lazimnya, labu manis didebungakan oleh serangga seperti lalat, lebah, kumbang, tebuan dan kupu-kupu.  Sekiranya racun serangga kerap digunakan, agen pendebungaan akan berkurangkan dan menjejaskan proses pendebungaan dan seterusnya menjejaskan hasil.

Pendebungaan berbantu dibuat sekiranya kehadiran serangga berkurangan dan disyorkan pada waktu pagi (8.00 - 11.00 pagi) iaitu apabila bunga betina terbuka.  Debunga daripada bunga jantan yang terbuka pada pagi itu juga digunakan.  Oleh kerana bunga jantan lebih banyak daripada bunga betina, eloklah satu bunga jantan dikacuk dengan satu bunga betina.  Selepas tujuh hari bunga betina yang telah didebunga dan disenyawakan akan membentuk putik buah.

Pengurusan Penyakit dan Perosak

1.      Penyakit Kulapuk Downy (Merebak melalui tiupan angin)Disebabkan oleh Kulat Pseudoperonospora cubensis.  Simptom:  Bintik-bintik bersegi berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun.  Lapisan bawah daun diselaputi oleh spora-spora cendawan keungu-unguan.  Serangan teruk menyebabkan daun menjadi kuning dan mati dan buah menjadi bantut.

Kawalan:  Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl (0.15% b.a) apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulang selang 7-10 hari, sekali. 

2.      Kulapuk Berdebu (Merebak melalui angin dan air)

Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichorocearum menyerang daun.  Simptom:  Terdapat kulat berdebu di bawah daun dan batang pokok.  Bahagian berpenyakit menjadi perang, kuning dan berkedut.

Kawalan:  Musnahkan pokok dan buah yang diserang.  Sembur dengan racun kulat seperti benomyl (0.03% b.a) selang 7-10 hari sekali jika perlu. 

3.      Melecuh Anak Benih/Reput Pangkal (Merebak melalui tanah dan air)

Penyebab: Phytophthora sp., Pythium sp. dan Rhizoctonia sp.  Simptom:  Serangan berlaku pada batang atau di mana terdapat tanda-tanda cedera berair dan kelihatan nekrotik.

Kawalan:    Gunakan biji benih yang sihat.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Pastikan saliran elok di kawasan tanaman. 

Page 107: makluamat ekin

 

4.      Mozek Virus (Merebak melalui biji benih / kutu daun).

Penyakit ini menyerang semua bahagian pokok.  Simptom:  Daun berbintik-bintik berwarna hijau pucat, berkerekod dan pokok terbantut.

Kawalan:    Cabut dan musnahkan pokok yang berpenyakit 

5.      Hawar Daun (Merebak melalui angin)

Kulat Rhizoctonia sp. menyerang daun.  Terdapat spora-spora berwarna keperangan di tempat serangan.

Kawalan:     Rawat biji benih dengan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3 g racun / 1000 g biji benih.  Gunakan biji benih yang sihat, amalkan tanaman giliran dan cabut serta tanam daun-daun yang berpenyakit.  Sembur racun kulat seperti mancozeb (0.1 - 0.2% b.a) setiap 7 hari sekali jika perlu.

Kematangan Dan Pengutipan Hasil

Buah labu manis dipungut apabila matang iaitu 60-80 hari selepas ditanam bagi kultivar Early Price.  Kematangan dapat dikenali apabila warna kulit bertukar daripada hijau ke kuning.  Tangkai buah dipotong 5 cm dari pangkal buah. 

Berat buah labu manis adalah diantara 1-2 kg sebiji.  Ia boleh disimpan selama 2 bulan pada suhu bilik.  Sepokok labu manis boleh mengeluarkan 5-6 buah dalam tempoh 90 hari.  Hasil sehektar lebih kurang 29-25 tan.

Kawalan Rumpai

Rumpai di atas batas dicabut dengan tangan, dicangkul atau dikawal menggunakan sungkupan yang terdiri daripada lalang atau rumput kering.  Jika perlu racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyhosate (0.6 kg/ha) boleh disembur untuk mengawal rumpai yang tumbuh di antara batas pada peringkat sebelum berbuah.  Penggunaan plastik bersinar berupaya menyekat pertumbuhan rumpai di permukaan batas. 

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Ini berpandukan tempoh dilarang mengutip hasil racun perosak yang digunakan.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil 

Racun perosak Tempoh

Page 108: makluamat ekin

(hari)

metalaxylcaptan

benomylcarbaryl

trichlorfonmalathiondiazinon

dimethoatemancozeb

773e737

1414

 

PANDUAN MENANAM PERIA

 

Peria atau nama saintifiknya Momordica charantia (L.) dari keluarga cucucrbitaceae. Asal usulnya tidak diketahui, tetapi kini ditanam hanya di kawasan beriklim torpika.  Buah-buah muda boleh dimasak dengan cara digoreng atau direbus untuk dijadikan masakan berkuah.  Kepahitan buah boleh dihilangkan denga cara merendam dalam air garam.

Komposisi makanan yang terdapat dalam peria ialah protin, karbohidrat, lemak, serabut, kalsium, besi, fosforus, kalium, natrium, karotena beta, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niacin.

 

VARIETI

Terdapat 3 jenis tempatan yang biasa ditanam iaitu jenis buah panjang, jenis buah pendek dan jenis peria katak.  saiz buah adalah berbeza antara 8-35 cm panjang can 2-6 cm garis pusat.  Jenis buah panjang adalah popular dan mengeluarkan hasil sebanyak 25-30tan/hektar

 

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Faktor IklimMemerlukan air yang banyak dan saliran yang baik, hujang 168 mm/bulan dan suhu yang tinggi.  Selain itu, kawasan penanaman perlu mendapat cahaya matahari yang cukup.

Faktor Tanah Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah yang kaya dengan bahan organik seperti tanah gambut, tanah liat ringan dan tanah liat berpasir.  pH yang sesuai ialah antara 5.5 - 6.5

Page 109: makluamat ekin

 

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Sehingga kini hanya satu kultivar yang disyorkan iaitu Peria Tempatan.  Pokoknya bercabang pada setiap buku batang utama dan dahan-dahan primer.  Daunnya ringkas dan mempunyai lima cuping.  Warna bunga (jantan dan betina) kuning.  Pokok mula berbunga 33 hari (jantan) dan 43 hari (betina) selepas ditanam.  Buah berwarna hijau muda dan berbentuk silinderm panjang 25 cm dan berat 380gm.  Buah dipungut 15 hari selepas berbunga.  Hasilnya 20-25 tan/ha.

 

PENANAMAN

Gunakan benih yang bermutu tinggi.  Sejumlah 3 kg biji benih diperlukan untuk sehektar penanaman.  Biji benih perlu dirawat menggunakan racun kulat captan pada kadar 15 g/10 kg benih.  Ini akan memberi peratus pertumbuhan yang elok di tapak semaian tanpa serangan perosak dan penyakit.

Page 110: makluamat ekin

Bagi penanaman di ladang, biji benih ditanam secara terus ke batas sedalam 2-3 cm dengan jarak tanaman 1.5 m x 0.5m (7400 pokok/ha).  Benih ditanam satu baris sebatas.  Dua biji benih ditanam bagi setiap lubang lebih kurang 2 cm. antara satu sama lain.  Selepas 10 hari, anak benih dijarangkan kepada sepokok selubang.

Memasang Junjung / Penyokong

Memandangkan sayur jenis ini adalah bertabiat memanjat, kayu-kayu junjung atau penyokong adalah diperlukan.  Junjung perlu disediakan selewat-lewatnya dua minggu selepas menanam iaitu sebaik sahaja pokok telah mengeluarkan sulur-sulur paut.

Sistem para-para dawai adalah penyokong yang sesuai untuk tanaman peria.  Sistem ini menggunakan tiang-tiang junjung yang berukuran 2.5 m panjang dan bergaris pusat 6 cm.  Tiang-tiang ini dipacak di atas batas dengan jarak lebih kurang 4 m persegi.  Kemudian dawai kasar No. 10 dipasang di bahagian atas menghubungi kayu-kayu junjung tadi.  Ini diikuti dengan memasang dawai sederhana No. 14 di atas tiap-tiap batas dan dawai kecil No. 18 dengan jarak 18 cm antara satu sama lain sehingga memenuhi semua kawasan.

Apabila tinggi pokok lebih kurang 20 cm, tali-tali perlu dipasang pada tiap-tiap pokok dan kemudian diikat ke para-para dawai.

 

Pembajaan

Page 111: makluamat ekin

Jenis Tanah

Jenis Baja Kadar(tan/ha/musim)

Masa(minggu lepas tanam)

Cara

 Tanah Bris (Rudua)

Tahi ayam(12:12:17:2)

 101

-1*2,5, & 8

Tahi ayam digaul dalam tanahkeliling pokok

 Tanah Bris (Baging)

Tahi ayam(12:12:17:2)

 25-301

-1*2,5, & 8

Tahi ayam digaul dalam tanahkeliling pokok

 Bekas Lombong (Pasir)

Tahi ayam(12:12:17:2)

301

-1*2,4, 6, & 8

Tahi ayam digaul dalam tanahkeliling pokok

 Bekas lombong (gambut)

Tahi ayam(12:12:17:2)

50.8

-1*2, 5, & 8

Tahi ayam digaul dalam tanahkeliling pokok

 Tanah Lombong (mineral)

Tahi ayam(12:12:17:2)

50.8

-1*2, 5, & 8

Tahi ayam digaul dalam tanahkeliling pokok

* satu minggu sebelum tanam

 

Pengairan:Peria memerlukan air yang cukup untuk membesar.  Penyiraman prlu dilakukan 1-2 kali sehari mengikut keadaan hujan, secara manual atau sistem pengairan renjis.

 

Pemangkasan Pemangkasan perlu dilakukan dengan mencatas dahan-dahan sisi, terutama sekali bahagian bawah.  Daun-daun yang tua di bahagian bawah juga perlu dicantgas untuk menggalakkan pengudaraan antara pokok.

 

Membalut Buah Tujuan membalut buah adalah untuk mengawal lalat buah bagi meningkatkan kualiti.  Buah

Page 112: makluamat ekin

peria hendaklah dibalut semasa peringkat putik berukuran lebih kurang 6 hingga 8 cm panjang. 

 

Pengairan Boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.

 

Saliran:Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran.  Parit ladang dibina untuk menyalirkan air berlebihan ke parit utama.

 

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA

Serangga yang biasa menyerang pokok dan buah peria adalah seperti berikut:-

1.      Kumbang Daun (Aulacophora flavomarginata)

Menyerang daun dan akar.  Terdapat lubang-lubang di tengah daun.  Serangan teruk akan menyebabkan daun menjadi perang dan mati.  Larva yang berada dalam tanah akan memakan akar pokok dan menyebabkan pokok layu.

Kawalan:  Sembur seluruh pokok dengan racun serangga seperti carbaryl jika ada tanda serangan. 

2.      Lalat Buah (bactrocera spp)

Menyerang buah ketika peringkat pokok sedang berbuah.  Buah yang diserang berkeadaan berlubang dan menjadi busuk.  Buah muda yang diserang teruk akan berubah bentuk dan menjadi terbantut.

Kawalan:  Bungkus buah muda dan musnah buah-buah diserang. 

Diantara penyakit yang mungkin menyerang tanaman peria ialah:-

1.      Penyakit Kulapuk Berdebu

Disebabkan oleh kulat Erysiphe cichoracearum menyerang daun melalui angin dan air.  Tompok-tompok maisilia putih dan berdebu kelihatan di permukaan daun dan merebak ke seluruh permukaan daun.  Daun bertukar menjadi kekuningan, akhirnya perang, kering serta berkedut.  Pokok yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan berkeadaan kecil.

Page 113: makluamat ekin

Kawalan:  Musnah daun-daun yang diserang.  Sembur dengan racun kulat seperti thiophanate-methyl atau carbendazim apabila terdapat tanda-tanda penyakit dan diulangi 7-10 hari sekali jika perlu. 

2.      Kulapuk Downy (Downy middew)

Kulat Pseudoperonospora cubensis, Berk & Curtis Rostovzex menyerang daun melalu angin.  Terdapat bintik-bintik berbentuk siku berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun.  Buah-buah terbantut, lapisan bawah daun diselaputi oleh spora.  Daun-daun kemudiannya menjadi perang dan akhirnya mati.

Kawalan:  Musnah daun-daun yang diserang.  Sembur dengan racun kulat mancozeb atau chlorothalonil apabila terdapat tanda-tanda penyakit.  Ulangi selang 7-1 hari sekali jika perlu.

 

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan beberapa hari sebelum mengutip hasil.  Tempoh diladang mengikut hasil selepas semburan akhir adalah seperti berikut:-

Jenis Racun   Hari

CarbarylCarbendazimChrorothalonilCopper oxychlorideCuprous oxideCymoxanilmalathionmancozebmanebparaquatthiophanate-methyltribasic copper sulphatezineb

-------------

333tiadatiada1431414tiada14tiada14

 

Pengawalan Rumpai:Perlu dilakukan ketika pokok-pokok masih kecil lagi.  Merumput ketika pokok-pokok sayur tersebut sudah besar dan menjalar mungkin akan lebih susah.  Racun rumpai pracambah metolachor boleh disembur selepas bijibenih peria ditanam.  Selain dari itu, kerja-kerja merumput perlu dilakukan.

Membuang Tunas:Pembuangan tunas yang terbentuk pada dahan utama dan menjalarkan pokok dilakukan

Page 114: makluamat ekin

untuk menggalakkan pembentukan buah yang besar.  Buah-buah muda yang terselit di celah daun perlu dibetulkan supaya pembesaran buah tidak terganggu.

Kematangan, Pengutipan dan Pengendalian HasilPeria dijangka boleh dipungut hasil lebih kurang 8-9 minggu sleepas ditanam.  Pungutan hasil dibuat 1-2 hari sekali iaitu apabila kulit buah menjadi agak licin dan berwarna hijau muda.

Pengendalian Lepas TuaiSila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

 

PERIA - Pahit tapi Berkhasiat(Sumber: Buletin Pengguna, Oktober 2007)

Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat karbohidrat, vitamin dan kalsium.  Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis.  Caranya minum perahan daripada 4-5 biji peria setiap pagi.  Bijinya yang dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan.  Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir.  Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan.  Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.  Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal.  Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau.  Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama 4-6 bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria.  Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.  Peria mengandungi tonik bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.  Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.

 

Kandungan peria

Buah    

83.92%4-10%1.5-2%1.2-1%0.8-1.7%

-----

AirKarbohidratProteinLemakSerabut, mineral besi, fosforus, kalsium dan vitamin C.

Daun    

Page 115: makluamat ekin

82-86%17%2.3%0.1%0.8%

-----

AirKarbohidratProteinLemakSerabut, mineral besi, fosforus, kalsium dan vitamin B.

Biji    

50-65% - Asid eleostearik

Khasiat Makanan

Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.  Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.  Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.  Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.

 

Khasiat Ubat-ubatan

Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.  Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.  Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-cirit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakar, luka-luka, semput dan sakit perut.  Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.  Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

 

PANDUAN MENANAM TEMBIKAI(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

Page 116: makluamat ekin

 

BUAH TEMBIKAI

Nama SaintifikFamiliAsalNama Lain

::::

Citrullus lunatus SchardCucurbitaceaeBenua AfrikaMelikai, Timun Cina atau Semangka

 

 

VARIETI TEMBIKAI

1. Black BoyBulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL.  Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.  

2. Sugar BabyBulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan berbiji.  Kematangan 65-75 hari selepas menanam.  

3. Empire No. 2Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau, kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

4. New DragonBujur panjang.  Berat 5.0 kg.  Manis buah 24-26% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

5. Cina DragonBujur panjang.  Berat 4.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh matang 65-75 hari selepas menanam. 

6. Fengshan No. 1Bulat.  Berat 10%.  Manis buah 10% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah terang, tanpa biji.  Kematangan antara 65-75 hari selepas menanam. 

7. EmperorBujur panjang.  Berat 5.5 kg.  Manis buah 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit hijau muda kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam. 

8. Yellow BabyBulat.  Berat 3.5 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi kuning, biji kurang.  Tempoh kematangan  65-75 hari selepas menanam 

9. Crimson SweetBulat. Berat 6.5 kg.  Kemanisan10.8% JPL.  Jenis baka tulen kulit berbelang hijau tua, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 78-88 hari selepas menanam. 

Page 117: makluamat ekin

10. Flower DragonBujur bulat.  Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji.  Tempoh kematangan 55-65 hari selepas menanam. 

11. Super DragonBujur panjang.  Berat 4.00 kg.  Kemanisan 10.5% JPL.  Jenis baka Hibrid, kulit berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji.  Tempoh kematangan 65-75 hari selepas menanam.

Nota :  JPL = Jumlah Pepejal Larut. 

Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium, kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.  Berikut adalah keperluan asas untuk tanaman tembikai:-

1. IklimMemerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.  Suhu antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelum malam adalah amat sesuai.  Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang.  Tembikai tidak sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC. 

2. TanahTembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah pengapuran diperlukan.  Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat dan menakung air didapati tidak sesuai.  Manakala kawasan yang paling sesuai ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lain-lain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun.  Ini adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah. 

KULTIVAR YANG DISYORKAN

Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon.  Kultivar tanpa biji yang ditanam di Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi dan mutu buah yang baik.  Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya rendah dan mutu buah kurang baik.

PENANAMAN

Pokok tembikai ditanam dari biji.  Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem tanam terus dan sistem mengubah dimana  biji benih atau disemai dahulu dalam beg plastik yang dipanggil kerek.

1. Sistem Tanam TerusDiamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar.  Keperluan biji benih ialah diantara 250-350 gram sehektar.  Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).  Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih selubang.

Page 118: makluamat ekin

2. Sistem Semaian (kerek)Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg plastik kecil (kerek).  Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari.  Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik hitam sehingga biji benih bercambah.

Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter.  Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan tanah berpasir.  Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.

Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram.  Sebanyak 1.0-1.5 kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran) dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah.  Setiap lubang ditanam dengan 2 anak benih.  Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir musim hujan.

PENJAGAAN

1. SungkupanSungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang.  Ini bertujuan untuk mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai.  Antara bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat khabar lama dan plastik bersalut aluminium. 

2. PemangkasanJalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari.  Ini dapat menjamin tanaman tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam. 

3. PembajaanProgram pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:- 

Peringkat Pertumbuhan Masa Jenis baja Kadar/Lubang

  Pertumbuhan awal Menanam tahi ayam (12:12:17:2)

1 - 1.5 kg (50 gm)

  Pengeluaran daun dan  jalar (pertumbangan tampang)

10 hari lepas tanam 12:12:17:2 100 gm

  Pengeluaran bunga, putik dan buah

30 hari lepas tanam

12:12:17:2 100 gm

  Pembesaran buah 45 hari lepas tanam

12:12:17:2 100 gm

  Catatan  Sebelum tanaman menjalar, baja ditabur dalam bulatan lebih  kurang 30 cm dari pangkal pokok.  Apabila pokok mulai menjalar, baja diberi dalam empat poket yang dibuat lebih

Page 119: makluamat ekin

kurang 50-70 cm dari pangkal pokok.

Pengairan

Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang baik dan pembesaran buah yang maksimum.  Keperluan air adalah kritikal di awal penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan semasa pembesaran buah (40-45 HST).  Sistem pengairan yang digunakan bergantung pada jenis tanah.

Sistem Pengairan Jenis Tanah Catatan

Sistem PerenjisTanah Bris, mineral dan tanah gambut

Dipasang sebelum menanam. Perlukan modal yang tinggi tetapi tahan lama.

Sistem AlurTanah mineral yang rata dengan sumber air yang banyak

Alur-alur dibuat selebar 30 cm lebar dan 20 cm dalam.

Sistem Titis   Digunakan dalam penanaman menggunakan sungkupan plastik.

Manual  Air diangkut atau dialirkan melalui saluran getah dan dibawa terus ke pokok.

 

CANTASAN

Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.

PENGUTIPAN HASIL

Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 20-25 hari selepas itu.  Bergantung kepada keadaan cuaca.  Biasanya 4-6 pusingan pengutipan hasil dilakukan.  Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.

PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI

Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:-

Umur PokokFaktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman.  Penanaman pada musim panas menyebabkan buah matang lebih awal. 

Page 120: makluamat ekin

Warna Sulur Paut dan Daun BuahSulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering.  Sulur paut yang kering menandakan buah terlalu matang. 

Warna Kulit Buah Yang Bersentuh TanahWarna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang. 

Menjentit BuahBuah matang berbunyi seperti berongga.  Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring. 

Urat Pada JalurBagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang. 

Kekilatan Kulit BuahBuah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat.  Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan mengikut saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan.  Ia seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke destinasi jualan.  Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-papan pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buah-buah menjadi rosak. 

 

TEMBIKAI WANGI (cucumus melo.L)

Nama Botan :  Cucumis melo L.

Famili :  Cucucrbitaceae

Nama Lain :  Honey dew

Berasal dari Afrika Tropika.  Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil dan permukaan kulitnya licin.  Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna kehijauan oren dan baunnya harum.

 

Varieti:

Jade Dew (jhibrid)Varieti yang sangat populat masa kini.  Toleran kepada cuaca panas.  Berat ialah 1.3 kg/biji.  

Sun Lady (hibrid)Berat buah 1 kg/biji.  Buahnya keras dan tahan pengangkutan. 

Sky RocketKulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji. 

Page 121: makluamat ekin

New CenturyBuahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.

Iklim dan Tanah:Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari.  Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan, buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang.  Hujan yang terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan penyakit.

Penyediaan Tanah:Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik.  Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.

Membaris dan Menyediakan Lubang:Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5 m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris.  INi memberikan sebanyak 4,000 lubang tanaman sehektra.  Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang.

Menanam:Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak semaian sebelum diubah ke ladang.  Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang sebanyak 2 biji/lubang.  Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang.  Apabila tumbuh hanya 1 pokok ditinggalkan bagi selubang.  Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu hektar.

Pengairan:Tembikai wangi sangat peka terhadap air.  Ia memerlukan bekalan air yang cukup untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang memuaskan.  Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan secara manual.

Pembajaan: 

Pusingan Massa Jenis Baja Kadar Pokok Amaun/Hektar

1234

Sebelum menanam2 minggu4 minggu6 minggu

Baja organan15:15:1512:12:17:212:12:17:2

1 kgf30 g100 g100 g

4 tan120 kg400 kg400 kg

Kawalan Serangga / Penyakit: 

Kutu Daun

Lalat Buah

Lecuh

Antraknos

Layu Fuzarium

------

Sembur racun Deltamethrin atau tabur Carbofuran.Sembur racun Methamidophos atau Carbofuran.Sembur racun kulat Benamyl.Rawat biji benih dengan racun kulat Mancozeb atau Maneb.Musnah pokok yasng diserang.  Amalkan sistem tanaman bergilir.Sembur racun Metalaxyl.

Page 122: makluamat ekin

Kulapok Downy

Cantasan:

Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan memberikan buah yang lebih serata.  Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang.  Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.

Pengutipan Hasil:

Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih keras.  Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai dengan pisau.  Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.

PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT(suntingan:  Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)

Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah 'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan.  Teknologi pengeluaran yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah.  Teknologi cara tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar.  Hasil yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.

Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok sehektar berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar.  Pemilihan kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran.  Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji, kepadatan tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70% daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji.  Untuk saiz buah yang lebih besar, kepadatan 10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji.  Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat lebih tinggi daripada teknologi biasa.  Sebahagian besar pertambahan kos ini disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih.  Walau bagaimanapun, hasil yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan kos ini.  Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:-

Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa. 

Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%. 

Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras kematangan. 

Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa.   

Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan kehendak pasaran.

Penanaman

Page 123: makluamat ekin

Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam.  Pembajaan yang betul dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran yang baik.  Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi.

Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek.  Penggunaan kerek lebih menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya.  Campuran tanah yang disyorkan untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam.  Biji benih disyorkan direndam dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan.  Dua jenis semaian dipraktikkan, iaitu:-

1. Di bawah teduhanSemaian memerlukan 50% teduhan.  Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari perlu digantikan. 

2. Tanpa teduhanSelepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.

Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok.  Bahan-bahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas.  Biasanya, helaian plastik bersalut aluminium digunakan.

Pembajaan

Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat.  Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pembajaan Tembikai Wangi

Peringkat Pertumbuhan Umur Pokok Kadar Baja Sepokok(N:P.K.Mg)

Awal Menanam 1 - 1.5 kg. tahi ayam50 gm baja campuran (15:15:15)

Pengeluaran daun dan jalar10 hari lepas

tanam100 gm baja campuran

(12:12:17:2 + zat mikro)

Pengeluaran bunga dan buah

20 hari lepas tanam

100 gm baja campuran(12:12:17:2 + zat mikro)

Pengairan

Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan tampang terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran buah bermutu.  Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat peroi) dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.

 

PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI

Page 124: makluamat ekin

Dengan pengenalan teknologi fertigasi, ramai pengusaha memilih tanaman ini kerana mudah diselenggara dan boleh memperolehi hasil dlam tempoh yang singkat (+ 2 bulan di ladang).  Dua jenis tembikai wangi utama iaitu musk meon (berkulit licin) dan rock melon(berkulit berjejaring).  Pasaran sekarang mementingkan saiz buah, kemanisan, isi pejal astau rangup dan kulit buah yang cantik.  Diantara varieti yang mendapat sambutan pasran ialah Glamour, Gordes, Mariage, Syaron, Plympic gold, Signal, Golden Langkawi, Rozes dan lain-lain.

KEADAAN PENGURUSAN:

Menyemai biji benih

- Sedia semaian :  pear moss, cocoa peat, campuran tanah dan sebagainya.

- Rawatan biji benih :  Rendam biji benih 2-3 jam. Tuang biji benih dan air rendaman di atas surat khabar. Gulungkan kertas tersebut dan masukkan ke dalam plastik lutsinar.  Gelembungkan plastik tersebut  dengan meniupkan angin ke dalamnya, ikat dan jemur di bawah panas matahari 8-10 jam. Biarkan 1-2 hari atau sehingga akar ulung mulai keluar (bercambah).

- Semai dalam dulang semaian berisi media peatmoss.  Halakan akar ulung ke bahagian bawah. Timbuskan biji benih hanya dengan sedikit peatmoss sahaja. Pada kebiasaannya, biji benih akan terus bercambah dan mengeluarkan daun pada hari ketiga.  Siraman bagi mengekalkan kelembapan sekitar 70% adalah mencukupi.  Kedalaman meletakkan biji benih dan kawalan kelembapan adalah kritikal dna perlu dititikberatkan.

-  Umur 10 hari sesuai dipindahkan ke ladang.

 

  Mengisi dan menyusun media ke dalam bekas

- Media disyorkan:  habuk sabut 100% @ arang sekam+habuk sabut (1:1 atau 1:2)    @ arang sekam+tanah (2:1)

- Pastikan media diisi dengan padat dan dibilas dengan air bersih sebelum anak pokok  dipindahkan ke ladang.

- Bekas :  pasu plastik, pasu tanah liat, polibeg putih/hitam dan sebagainya. 

  Memasang dan menguji sistem pengairan titis

- Ambil kira jumlah polibeg, jarak kawasn penanaman, kecerunan kawasan dan kemampuan pam.

- Sesuaikan sistem dengan jumlah tanaman.  Kurang 200 beg gunakan pam akuarium,   200-1000 beg, gunakan pam 0.5 HP, 1000-2500 beg gunakan pam 1.0 HP secara manual atau automatik.  Sesuaikan dengan kedudukan pam dan kawasan penanaman.

- Pastikan tiada ketirisasn pada penyambungan dan kadar alir yang betul pada setiap

Page 125: makluamat ekin

penitis.

 

 

Buat pensterilanKhusus untuk pusingan kedua dan seterusnya.  guna disinfectant seperti detool, cidol, lindores dan sebagainya.  Komponen yang perlu disterit ialah media tanaman, sistem pengairan, bekas tanaman, tapak bekas tanaman dan rumah lindungan (jika perlu). 

Menyedia larutan baja stokStok A dan Stok B - letak di tempat teduh.  Selepas 24 jam, boleh digunakan.  Pastikan formulasi yang digunakan adalah sesuai untuk tembikai wangi. 

Memindahkan anak pokok ke ladangMemindahkan 35-45 cm x 150 cm antara barisan.  Penanaman di bawah struktur lindungan hujan adalah satu kelebihan.  Pilih pokok yang subur, sihat dan uniform sahaja untuk dipindahkan.  Satu pokok/beg.  Pastikan jarak penitis dan anak pokok betul (2-4 cm) dan akar tanaman menerima nutiren yang diberi.  Selesai kerja-kerja mengubah - beri siraman air baja dan lakukan semburan racun kulat.  Tumpuan semburan pada anak pokok dan media.

 

Page 126: makluamat ekin

 

PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN Kutu Daun 

Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos. 

Kumbang DaunMenyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih.  Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang.  Sembur dengan menggunakan racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja. 

Ulat RatusMenyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja.  Untuk mengawal, sembur dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan. 

Kutu TripsBukan pembawa virus.  Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan pucuk.  Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate, methamidophos. 

Lalat BuahMerosakkan buah muda dan masak.  Sembur Deltamethrin,  methamidophos. 

Hamama Merah Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun.  Sembur Docofol, propogite, amitraz.

PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN

Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih.  Anak benih jadi layu kerana pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada tanah yang salirannya tidak memuaskan. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau benomyl.  Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti mancozeb atau maneb. 

Layu fusarium (Fusarium oxysproum)Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut.  Pada pokok dewasa ialah satu jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain.  Akhirnya seluruh pokok menjadi layu dan kering.  Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang singkat.  Pastikan saliran yang baik.  Musnah atau bakar pokok yang diserang.  Kawal rumpai untuk mengurangkan

Page 127: makluamat ekin

perumah. 

Antraknos (Colletotrichum lagenarium)Bintik berwarna hitam pada daun.  Rawat biji benih dengan racun kulat.  Amalkan giliran tanaman.  Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide, propineb, ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb. 

Mozek virus (Virus)Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda.  Pokok menjadi kuning dan terbantut.  Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak.  Musnahkan pokok yang berpenyakit.  Guna varieti rintang dan kawal perumah yang merebakkan penyakit. 

Kulapuk DowniMenyerang daun tua.  Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah diserang. 

Bintik berpusarMenyerang batang, daun dan buah tembikai.  Ia disebarkan melalui hujan dan sistem pengairan.  Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan. 

Hawa batangMenyerang daun, batang dan buah.  Serangan ke atas batang menyebabkan bintik bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah.  Pada daun, tangkai dan batang, bintik berwarna coklat atau kelabu terbentuk.  Sembur dengan racun kulat yang disyorkan. 

GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI Buah tidak bulat bentuknya

- tanah terlalu kering dan kurang baja.  - jangkitan dan serangan perosak yang teruk.- buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok- kacukan tidak sempurna- ada serangan lalat buah 

Buah menjadi retak- faktor varieti- kelembapan tanah berubah secara mendadak- penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak- serangan perosak hamama merah yang teruk 

Buah tidak manis- faktor varieti- pembajaan yang tidak sempurna- serangan perosak dan penyakit yang teruk- suhu rendah ketika buah sedang masak- buah masak ketika musim hujan 

Kulit buah menjadi tebal- faktor varieti- buah terlalu dekat denan pangkal pokok- suhu rendah sewaktu buah masak- buah belum masak 

Isi buah berwarna pucat- faktor varieti-suhu rendah sewaktu buah masak

Page 128: makluamat ekin

- terlalu banyak baja P digunakan 

Buah berongga- faktor varieti- air terlalu banyak ketika buah masak- buah terlalu dekat dengan pangkal pokok

KUTIPAN HASIL

Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx.  Tembikai wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis hakisan granite. 

Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat masak.  Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan buah.  Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis, tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah, akan menyebabkan buah tidak manis.  Ini disebabkan gula yang terdapat dalam buah dibekalkan terus daripada daun.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik adalah seperti berikut:-

Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24 hari selepas bunga kembang.  Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx..  Kemanisan buah akan bertambah sedikit selepas disimpan beberapa hari. 

Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada permukaan buah. 

Warna buah mulai berubah dengan nyata.  Jade Dew biasanya berwarna kehijauan pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang.  Buah juga berbentuk bulat atau leper sedikit. 

Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk.  Buah yang terlalu masak, mudah tanggal daripada tampuk atau tangkainya.  Buah Jade Dew mudah tercerai daripada tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang. 

Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin masak. 

Bahagian hujung buah agak lembut. 

Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan gugur, sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.

SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris Linn) yang berbentuk bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya.  Di Malaysia ia dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina.  Spesifikasi berikut menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia.

Page 129: makluamat ekin

Tidak MatangKematangan < 60%.  Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran. 

Cukup MatangKematangan 70-80%.  Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang sewajarnya.  Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix.  Warna isi menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih, rangup, pejal dan berjus, serta tidak liat atau kenyal. 

Terlalu MasakKematangan > 90%.  Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup, bertekstur benyek / lembik serta lecap (water soaked).  Rasa agak tawar kemasaman, bangar dan kurang enak.  Warna merah kehitaman dan tidak cerah.  Tidak sesuai untuk pasaran.PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

Pembungkusan

Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kertas atau bahan lain yang digunakan untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Berat bersih yang dibenarkan bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg. 

Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.

PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah statistik yang dipersetujui

 KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING)

Tujuan:

1. Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi.2. Untuk pertumbuhan yang seragam.

Keperluan peralatan dan bahan:

1. Tray plastik mengikut keperluan2. Media semaian3. Pam galas4. Guni jalur / kain5. Plastik silvershine / plastik hitam6. Penggalak percambahan seperti Amino Asid, Astonik dan lain-lain7. Racun kulat seperti Thiram8. Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar)9. Air bancuhan racun serangga10. Rumah teduhan

Proses / Kaedah:

Page 130: makluamat ekin

1. Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit.2. Tos dan keringkan.3. Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram.4. Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit.5. Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring.6. Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media dan

ratakan.7. Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab. 

 8. Susun tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak melebihi 0.6 m

tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray dibawahnya tidak bertindih. 

9. Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain dan seterusnya balutkan semua bahagian tray dengan plastik hitam, dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku.  (Keadaan inilah yang menyebabkan proses pemanasan berlaku). 

10. Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi.  Tempoh rawatan melalui kaedah pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam).  Kaedah ini boleh juga digunakan untuk tembikai wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga hari dua malam sahaja (60 jam). 

11. Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak.12. Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya.

Proses selepas membuka bungkusan:

1. Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang (100% cahaya) sehingga menanam untuk proses pengerasan anak pokok.  Pastikan tidak ditimpa hujan bagi mengelakkan kerosakan.  Sekiranya hujan, letakkan di bawah lindungan. 

2. Siram dua kali sehari pagi dan petang. 

3. Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4-5 hari selepas dibuka).

 

TANAMAN SERAI

SEPINTAS LALU

Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan.  Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Page 131: makluamat ekin

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki.  Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai.  Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.  Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.  Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh.  Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan.  Jika terdapat pertumbuhan rumpai, 'bush cutter' boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia.  Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun.  Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan 'scoop'.  Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting 'secateurs'.  Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih.

 

Varieti Serai: (Serai Makan dan Serai Wangi)

Serai Makan

Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)Famili : Graminae

Serai makan ialah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea.  Terdapat 2 spesies serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai 'lemongrass' iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus.  Penanaman C. flexus lebih tertumpu di kawasan Malabar, di India.  Spesis C. citrates tersebar luas di kawasan beriklim tropika, cukup cahaya matahari dan hujan.  Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik, walaupun tanaman ini agak tahan kepada kemarau. Tanaman ini juga sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan salirannya tidak memuaskan.  Tanah gembur dari jenis lom berpasir adalah terbaik. 

Serai Wangi

Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendleNama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)Famili : Graminae 

Bahan Tanaman:

Serai ini dibiak dengan menggunakan anak berakar.  Anak-anak serai perlu diambil daripada rumpun yang telah tua, berumur 8 - 9 bulan.  Di dalam sesuatu rumpun, hanya anak-anak yang cergas iaitu sihat dan besar digunakan sebagai bahan tanaman.  Daun-daun dipotong meninggalkan batang setinggi 15-20 cm bersama dengan akar.

Penyediaan Tanah:

Tanah hendaklah disediakan lebih awal supaya kerja menanam boleh dilakukan semasa

Page 132: makluamat ekin

permulaan musim hujan.  Satu pusingan bajak piring diikuti oleh satu pusingan bajak putar biasanya mencukupi untuk mendapatkan tanah yang gembur.  Sekiranya kawasan terlalu banyak rumpai, racun rumpai perlu disembur 2-3 minggu sebelum pembajakan.

Penanaman:

2-3 batang serai ditanam bagi setiap lubang tanaman.  Jarak tanaman dan kepadatan tanam bergantung kepada kesuburan tanah.  Untuk tanah yang kurang subur, jarak tanaman yang rapat digunakan dan sebaliknya bagi tanah yang subur.  Julat jarak antara baris ialah antara 0.6 m hingga 1.0 m manakala jarak antara lubang dalam sesuatu baris ialah antara 0.3 m hingga 1.0 m.  Kepadatan 20,000 rumpun sehektar adalah sesuai untuk diamalkan dikebanyakan jenis tanah.

 

Pembajaan:

Serai makan dikenali sebagai tanaman yang menghauskan tanah.  Oleh itu pembajaan yang sesuai adalah mustahak untuk menjamin kesuburan tanah dalam jangka panjang.  Keperluan pembajaan daripada segi kuantiti dan kekerapan bergantung kepada status kesuburan tanah.  Biasanya baja ditabur 3 kali, sekali sebagai baja asas dan 2 kali sebagai baja tambahan.  Baja asas ditabur dan digaul ke dalam tanah semasa atau sebaik sahaja penanaman dilakukan. 

Baja tambahan pula dibubuh setiap 2 bulan selepas tanam.  Jumlah baja yang diperlukan bagi sehektar tanaman di tanah mineral ialah 80-100 kg N;  40-80 kg. P2 05 dan 40-80 kg. K20.  Bagi tanah gambut, kapur sebanyak 2.5 t/ha perlu juga ditabur.  Sebagai panduan, jadual pembajaan yang dicadangkan untuk sehektar tanaman menggunakan baja sebatian ialah seperti berikut:- 

Baja Asas - Sebatian NPK 12:12:17:2 + unsur pekit sebanyak 250 g

Baja Tambahan - Urea 65 kg setiap kali pembajaan dibubuh pada 2 dan 4 bulan selepas tanam.

 

Kawalan Rumpai:

Ladang tanaman perlu juga dikawal daripada rumpai terutamanya di peringkat awal pertumbuhan.  Sekiranya penyediaan tanah dijalankan dengan baik, satu atau dua kali merumput biasanya mencukupi.  Sehingga kini belum ada laporan mengenai serangga atau penyakit ke atas tanaman serai makan.

 

Penuaian:

Penuaian serai makan untuk kegunaan segar boleh dilakukan 6-8 bulan selepas ditanam.  Rumpun-rumpun digali menggunakan cangkul.  Akar serta daun dipotong meninggalkan batang dengan upeh daun sepanjang 10-15 cm.  Bagi tanaman yang berkepadatan 20,000 rumpun/ha, biasanya serumpun serai menghasilkan antara 30 dan 40 batang yang boleh

Page 133: makluamat ekin

dipasarkan.  Daun dan batang yang biasanya dibuang boleh juga disuling untuk pengeluaran minyak pati.

Untuk pengeluaran minyak pati pula, penuaian pertama juga dilakukan setelah tanaman berumur 6-8 bulan.  Daun-daun dipotong lebih kurang 10 cm di atas paras tanah.  Rumpun-rumpun dibiarkan tumbuh semula, dibaja dan dipotong semula setiap 3-4 bulan.  Selepas kira-kira 4 tahun penanaman semula perlu dilakukan kerana hasilnya semakin rendah.  Hasil daun segar setiap kali penuaian/pemotongan ialah antara 8 dan 12 tan/ha. bergantung kepada umur dan kesuburan tanaman.  Oleh itu, anggaran hasil bagi tahun pertama ialah 16-24 tan/ha (2 kali penuaian) dan bagi tahun-tahun berikutnya ialah 32 hingga 48 tan/ha.

 

Pengeluaran Minyak Pati

Keharuman dan perisa serai makan disebabkan oleh minyak pati yang terkandung didalam daunnya.  Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga cokelat, kemerahan dan berbau seperti limau 'lemon'.  Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian, kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehid.  Peratusan sitral minyak pati daripada C. citratus ialah antara 65% hingga 85%.

 

Pengendalian Lepas Tuai

Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai

 

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih-benih terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari (bergantung pada kawasan)Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar (bergantung pada kawasan) Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga di sesetengah tempat.Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.