18
Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75 Journal of Business and Social Development Volume 4 Number 2, September 2016: 58-75 ISSN: 2289-2915 © Penerbit UMT MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG (THE MEANING AND FUNCTION OF APPARELS IN SYAIR AGUNG MALAY MANUSCRIPT) ADILAH HJ. JUSOH * DAN FAZILAH HUSIN Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. *Corresponding author: [email protected] Abstrak: Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapati NMSA banyak memaparkan gambaran busana yang mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa gambaran busana lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza atau kerapkali juga tidak wujud atau mungkin tidak lagi digunakan dalam konteks semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gambaran busana dalam NMSA dan menghuraikan fungsi, penggunaan dan jenisnya dalam konteks naskhah dan semasa. Analisis teks tertumpu kepada kata yang mewakili beberapa jenis busana daripada kategori pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Kajian mendapati sebahagian besar gambaran busana dalam naskhah ini mempunyai fungsi dan persamaan makna sebagaimana digunakan dalam teks busana moden, dan tidak kurang juga yang sudah lenyap, tidak mempunyai makna atau tidak ditemui makna dalam penggunaan semasa. Kata kunci: Kata, pakaian, perhiasan, peralatan atau kelengkapan, Naskhah Melayu Syair Agung. Abstract: The analysis of Naskhah Melayu Syair Agung (next NMSA) had found a number of words referring to apparels that include clothings, jewelries, and appliances or equipments. As referring to the concept of Malay apparels which have been produced by some fashion researchers, the NMSA mostly portrayed apparels that have equal meanings and functions. While,others depicted it had different meaning and use or rarely exist or may not relevant in current context. This study aims to identify the apparels portrayal in NMSA and describe its functions, usages and types in the current context and manuscript itself. The text analysis focused on the words representing several type of apparels which consist clothing, jewelry and appliances or equipments. The study found that a major apparels portrayal in the manuscript has similar meaning and function as being used in modern apparels text. Alas, a few had been disappear, totally meaningless or had not any meaning suited with current terms. Keywords: Words, apparels, clothings, appliances or equipments, Naskhah Melayu Syair Agung Pengenalan Zahir Ahmad (1995) menyifatkan NMSA adalah puisi Melayu tradisional yang terpanjang di dunia dengan 934 rangkap, yang merangkumi 9,341 bait syair dalam 996 halaman bertulisan Jawi. Kajian ini menggunakan naskhah transliterasi NMSA selenggaraan Zahir Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1991, oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. NMSA adalah sekumpulan syair yang berpengaruh Hindu dan Jawa. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan penelitian ke atas plot, tema watak dan perwatakan dalam syair ini, menampakkan persamaan dengan Hikayat Seri Rama dan Cerita Panji berdasarkan kepada ketiga-tiga aspek tersebut (Zahir Ahmad, 1986). NMSA bermula dengan

makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Journal of Business and Social Development Volume 4 Number 2, September 2016: 58-75

ISSN: 2289-2915© Penerbit UMT

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG (THE MEANING AND FUNCTION OF APPARELS IN SYAIR AGUNG

MALAY MANUSCRIPT)

ADILAH HJ. JUSOH* DAN FAZILAH HUSIN

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

*Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Analisis terhadap Naskhah Melayu Syair Agung (seterusnya NMSA) menemui sejumlah kata merujuk kepada busana yang merangkumi pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Apabila merujuk kepada konsep busana Melayu yang telah dihasilkan oleh sebilangan pengkaji busana sehingga ke hari ini, didapati NMSA banyak memaparkan gambaran busana yang mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa gambaran busana lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza atau kerapkali juga tidak wujud atau mungkin tidak lagi digunakan dalam konteks semasa. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gambaran busana dalam NMSA dan menghuraikan fungsi, penggunaan dan jenisnya dalam konteks naskhah dan semasa. Analisis teks tertumpu kepada kata yang mewakili beberapa jenis busana daripada kategori pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Kajian mendapati sebahagian besar gambaran busana dalam naskhah ini mempunyai fungsi dan persamaan makna sebagaimana digunakan dalam teks busana moden, dan tidak kurang juga yang sudah lenyap, tidak mempunyai makna atau tidak ditemui makna dalam penggunaan semasa.

Kata kunci: Kata, pakaian, perhiasan, peralatan atau kelengkapan, Naskhah Melayu Syair Agung.

Abstract: The analysis of Naskhah Melayu Syair Agung (next NMSA) had found a number of words referring to apparels that include clothings, jewelries, and appliances or equipments. As referring to the concept of Malay apparels which have been produced by some fashion researchers, the NMSA mostly portrayed apparels that have equal meanings and functions. While,others depicted it had different meaning and use or rarely exist or may not relevant in current context. This study aims to identify the apparels portrayal in NMSA and describe its functions, usages and types in the current context and manuscript itself. The text analysis focused on the words representing several type of apparels which consist clothing, jewelry and appliances or equipments. The study found that a major apparels portrayal in the manuscript has similar meaning and function as being used in modern apparels text. Alas, a few had been disappear, totally meaningless or had not any meaning suited with current terms.

Keywords: Words, apparels, clothings, appliances or equipments, Naskhah Melayu Syair Agung

PengenalanZahir Ahmad (1995) menyifatkan NMSA adalah puisi Melayu tradisional yang terpanjang di dunia dengan 934 rangkap, yang merangkumi 9,341 bait syair dalam 996 halaman bertulisan Jawi. Kajian ini menggunakan naskhah transliterasi NMSA selenggaraan Zahir Ahmad yang diterbitkan pada tahun 1991, oleh Institut Bahasa, Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. NMSA adalah sekumpulan syair yang berpengaruh Hindu dan Jawa. Keadaan ini dapat dilihat berdasarkan penelitian ke atas plot, tema watak dan perwatakan dalam syair ini, menampakkan persamaan dengan Hikayat Seri Rama dan Cerita Panji berdasarkan kepada ketiga-tiga aspek tersebut (Zahir Ahmad, 1986). NMSA bermula dengan

5. Makna dan Fungsi.indd 58 9/6/16 2:40 PM

Page 2: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 59

kisah seorang dewa di kayangan bernama Gangga Sakti yang mempunyai seorang isteri bernama Permaisuri Gemala Sakti dan dua orang putera, iaitu Betara Indera dan Betara Udara, kedua-dua anaknya telahpun beristeri dan dirajakan oleh baginda di kayangan. Selang beberapa hari, kedua permaisuri itu hamil dan setelah genap bulan kandungannya permaisuri Betara Indera telah melahirkan dua orang putera kembar dan diberikan nama Sulong Mengindera dan Sulong Putera. Tidak lama selepas itu, permasuri Betara Udara pula melahirkan sorang anak perempuan. Dengan kehendak Gangga Sakti, ketiga-tiga cucunya itu dijadikan tiga kuntum bunga lalu dibuangkan ke dalam sebuah kolam di dunia. Selepas itu, ketiga-tiga bunga itu dimakan oleh kambing, kijang dan harimau mengakibatkan binatang-binatang tersebut mengandung. Kambing melahirkan seorang anak lelaki bersama-sama panah sakti dan dinamakan Agung Gempita. Kijang pula melahirkan anak perempuan yang sangat cantik parasnya lalu dinamakan Puteri Cahaya Keinderaan. Manakala harimau pula melahirkan seorang anak lelaki dinamakan Halam Gempita. Saban hari harimau merayau-rayau di hutan yang berhampiran mencari makanan untuk anaknya. Suatu hari semasa berjalan-jalan di hutan, Agung Gempita telah bertemu dengan Halam Gempita. Disebabkan kedua-duanya ada hubungan persaudaraan, hubungan mereka begitu mesra, sehinggalah apabila kambing dan kijang mati dibunuh oleh harimau, Halam Gempita bertindak balas dengan membunuh harimau, iaitu ibunya sendiri. Selepas kejadian itu, ketiga-tiga mereka mula mengembara. Kira-kira 40 hari, mereka sampai ke sebuah negeri bernama Berabta Kilauan yang diperintah oleh Sultan Syah Johan. Selepas itu, bermulalah kisah dan pelbagai cerita di dunia dengan pelbagai peristiwa khususnya adat isitadat yang berkaitan dengan kerajaan dan pentadbiran serta tanah jajahan telah diadakan termasuklah upacara pertabalan, perkahwinan, dan penganugerahan persalinan di istana. Dalam syair tersebut, ceritanya banyak melibatkan beberapa buah negeri dan ramainya pemerintah. Cerita dalam

syair ini ditamatkan dengan pemergian Agung Mahkota ke kayangan untuk tinggal di sana bersama-sama isterinya.

Hampir setiap acara, majlis dan situasi yang dipaparkan dalam NMSA oleh pengarang digambarkan bersama dengan kewujudan penggunaan busana kepada watak-watak tertentu selaras memenuhi keperluan dalam sesebuah acara, majlis dan situasi tersebut. Sesuatu pakaian yang digunakan oleh watak-watak tersebut tidak akan lengkap sekiranya tidak dinyatakan bersama dengan penggunaan perhiasan dan peralatan atau kelengkapan yang berfungsi untuk menyempurnakan serta mengindahkan pemakaian dalam sesebuah acara, majlis dan situasi tertentu yang ingin digambarkan dalam teks.

Selain itu, gambaran sesuatu busana yang dinyatakan oleh pengarang bukan sekadar hanya dinyatakan jenisnya sahaja, namun di setiap gambaran busana itu diselitkan pula dengan huraian pelbagai jenis corak, warna dan buatannya dengan penggunaan kata yang sepadan dengan bentuk syair itu sendiri. Berdasarkan kepada pemerian dalam NMSA, terdapat penemuan pelbagai jenis busana yang disebut oleh pengarang dengan pelbagai bentuk dan fungsi tertentu. Sesetengah gambaran busana yang dinyatakan mengalami perubahan pada struktur nama dan sebutan seperti yang terdapat pada busana hari ini. Sebilangan nama busana tersebut masih lagi mendokong makna terhadap sesuatu busana kini, namun terdapat juga sebilangan makna perihal tersebut telah membawa perubahan kepada maksud yang lain. Malah, pemerian busana yang digambarkan dalam rangkap NMSA sudah menunjukkan kepada perubahan makna dan fungsi pada sebutan kini. Di samping itu, sesetengah rangkap yang memerikan tentang busana juga, didapati terdapat pemerian busana yang tidak diketahui bentuk dan jenisnya. Selain itu, melalui pemerian kosa kata busana dalam syair ini juga mempunyai persamaan daripada makna dan fungsi, sementara beberapa perkataan lain pula mempunyai makna dan penggunaan yang berbeza.

5. Makna dan Fungsi.indd 59 9/6/16 2:40 PM

Page 3: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 60

Istilah tentang busana yang ditemui begitu meluas dalam NMSA. Kekerapan penggunaan variasi perkataan busana yang digunakan dalam syair tersebut hingga ianya dapat dikategorikan atau tergambarnya di dalamnya kekayaan busana itu sendiri. Istilah berkaitan busana itu pula bukan sahaja meluas tetapi telah diolah, diguna dan diterap menjadi sebahagian struktur fizikal syair dan memberi atau mempunyai fungsi kepada pergerakan cerita atau perkisahan. Melalui struktur penghuraian syair ini, keindahan fizikal syair menggambarkan keindahan yang tersirat disebalik kewujudan busana yang ingin disampaikan oleh pengarang.

Latar Belakang KajianPenyair berhubung dengan khalayak melalui patah-patah perkataan yang dipilih dan disusun untuk mengungkapkan pemikiran atau menyampaikan sebuah perkisahan. Setiap patah kata ini mempunyai fungsi yang kemudiannya memberi makna kepada ayat yang dibentuk. Syair merupakan subgenre puisi Melayu tradisional yang mempunyai fungsi, kategori dan bentuk atau struktur yang tertentu. Perkataan yang ada dalam puisi merupakan saranan seseorang penyair dalam menyampaikan idea dan gagasannya melalui pengetahuan dalam menggunakan kata-kata yang sesuai dengan kisah yang ingin disampaikan. Syair juga puisi terikat, di mana pengarang perlu bijak menyusun kalimah atau kosa kata agar lunak pada pendengaran, nilai estetikanya terpelihara tetapi menepati maksud yang ingin disampaikan (Amida @ Hamidah Haji Abdulhamid, 1995). Pemilihan kata memainkan peranan penting dalam menyampaikan sesuatu hasrat agar dapat difahami maksud sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat. Penggunaan bahasa yang tersurat adalah yang tertulis dan dapat difahami secara terus, manakala bahasa tersirat adalah maksud yang berlapis dan mempunyai makna yang tertentu. Keindahan atau estetika dalam syair terbina daripada kehalusan bahasa, pemilihan kata-kata, susunan nada, kandungan emosi selain makna yang tersirat. Keterikatan

rima akhir seharusnya tidak menghalang penyair untuk mencambahkan segala ilhamnya. Malah, secara sedar dan langsung, pemerian tentang keindahan dapat dipaparkan hatta dengan perkataan “indah” itu sendiri (Zubir Idris, 2005).

Selain itu, kebijaksanaan pengarang melukiskan suasana dan situasi kegemilangan adat istiadat dan kepelbagaian temasya juga menunjukkan keindahan lahiriah NMSA. Tidak kurang pula ungkapan dan gambaran suasana pemakaian yang digambarkan dengan begitu indah yang mana telah menggambarkan juga keintelektualan kepengarangan menyusun dan mengatur kata-kata itu dengan begitu berseni sekali (Hashim Ismail, 2005). Penggunaan bahasa yang begitu berseni dan puitis oleh pengarang ini mampu dihayati bersama untuk pembaca merasai keindahan busana yang digambarkan.

Pada keseluruhannya, hampir setiap halaman NMSA memaparkan kata yang berkaitan dengan busana yang dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu pakaian, dan perhiasan atau peralatan kelengkapan yang ditemui dalam rangkap, bait dan baris syair-syair ini. Kebanyakan kata itu masih digunakan hingga ke hari ini, tetapi tidak kurang juga yang jarang atau tiada makna dan penggunaan yang sepadan dalam konteks perbendaharaan busana moden. Penemuan tersebut secara asasnya menggambarkan tentang keupayaan elemen busana itu sendiri dalam berhadapan dengan perkembangan fesyen semasa sama ada terus bertahan, diubahsuai mahupun digugurkan daripada fungsi dan makna oleh masyarakat Melayu hari ini. Walaupun terdapat kata yang tidak lagi digunakan dalam bidang perbusanaan Melayu moden tetapi kewujudannya menunjukkan kekayaan khazanah bahasa dan busana Melayu, sebagaimana ditegaskan oleh Indirawati (1989), syair tersebut (NMSA) banyak mengekalkan unsur kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu, khususnya kata-kata yang kian dilupai dan yang sudah pupus. Artikel ini bertujuan menghuraikan fungsi dan makna kosa kata

5. Makna dan Fungsi.indd 60 9/6/16 2:40 PM

Page 4: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 61

berkaitan busana yang terdapat dalam NMSA. Kosa kata yang merujuk kepada busana akan dihuraikan dari aspek fungsi atau peranan yang dimainkan dalam membentuk bait, rangkap dan akhirnya keseluruhan syair. Sementara makna pula menjurus kepada takrifan sesebuah kosa kata berkaitan busana yang digunakan dalam teks ini. Fungsi makna busana akan dihuraikan dengan merujuk kepada peranan yang dimainkan oleh busana berdasarkan perjalanan syair dan fungsi semasa. Dalam khazanah sastera budaya Melayu, syair mempunyai kedudukan yang khusus. Masyarakat Melayu tradisional menjadikan syair sebagai bacaan penting dan menjadi kebanggaan kerana lazimnya puisi ini mengandungi kisah yang mengasyikkan, nasihat dan tunjuk ajar selain mampu menggambarkan sesuatu dengan bernas (Tenas Effendy, 2004).

Sorotan LiteraturKajian ini juga pernah dijalankan oleh Indirawati Zahid dalam Projek Ilmiah di Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (1988/1989). Kajian yang dilakukan adalah bertajuk “Penelitian Kosa Kata dalam Syair Agung” bertujuan untuk meninjau unsur-unsur kosa kata dalam Bahasa Melayu dan tumpuan yang diberikan adalah terhadap aspek kosa kata asli dan juga kosa kata asing. Pendekatan yang diambil ialah pemilihan kata, sama ada kata-kata asli atau asing juga ditinjau proses kemasukan kata-kata asing dari segi pembentukan kata seperti pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ia juga menyentuh juga aspek-aspek estetika penggunaan dan pemilihan kata dalam Syair Agung. Kaedah yang diambil untuk menjalankan kajian tersebut ialah dengan mengambil 100 halaman awal dipilih untuk penelitian dan bagaimanapun, untuk memperkukuh data, sejumlah 50 halaman di tengah nashkah telah diambil. Kajian yang dilakukan terhadap naskhah Syair Agung, iaitu manuskrip no. 20 dalam simpanan Perpustakaan Besar, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Kajian yang dilakukan itu mendapati bahasa yang digunakan oleh penyair agak

baik, dan juga pemilihan katanya juga sesuai dan tidak banyak mengandungi bentuk bahasa pasar. Syair tersebut banyak mengekalkan unsur kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu, khususnya kata-kata yang kian dilupai dan yang sudah pupus.

Seterusnya adalah kajian yang dilakukan oleh Azah Aziz (2006) di dalam bukunya yang bertajuk “Rupa dan Gaya Busana Melayu”. Di dalam buku tersebut, ia berkisar sekitar busana dan tekstil Melayu, khususnya di Semenanjung Tanah Melayu dan juga bidang-bidang lain yang ada kaitan dengannya. Melalui buku tersebut juga, Azah Aziz banyak merenung kembali nilai-nilai estetika busana Melayu dari persepsi dan gaya kreatif orang Melayu zaman dahulu iaitu menurut fahaman peribadinya sendiri. Beliau juga mengumpulkan ciri-ciri, unsur-unsur, sifat-sifat, adat resam, dan artifak yang dirasakan oleh beliau memancarkan nilai-nilai keindahan yang menjadi pegangan orang Melayu sejak zaman silam. Azah Aziz juga merakamkan pelbagai aneka konsep dan kehalusan cita rasa yang sebilangannya masih berkekalan dalam budaya Melayu hingga hari ini. Pada umumnya, sebahagian huraian dalam buku yang dihasilkan oleh Azah Aziz itu adalah berdasarkan perbincangan beliau dengan orang-orang tua, yang serba arif lagi bijaksana dan kaya dengan ilmu serta pengalaman dalam bidang masing-masing. Ia juga termasuk hasil rujukan kepada sastera klasik Melayu, istimewanya hikayat, syair, pantun, gurindam, ungkapan, risalah dan makalah yang menjadi bacaan kegemaran beliau. Tidak ketinggalan juga pelbagai buku rujukan lain mengenai tekstil dan busana umumnya, termasuk kamus-kamus lama. Sebahagian yang lain pula adalah dari ingatan serta pengalaman yang telah beliau lalui dari zaman kanak-kanak dan remaja hingga ke usia beliau masa itu.

Begitu juga halnya dengan esei yang ditulis oleh Siti Zainon Ismail bertajuk “Pakaian dan Perhiasan Tradisional (Catatan Berdasarkan Teks Melayu Lama)” (1989), beliau cuba melihat keragaman bentuk, kewujudan serta kelangsungan kegunaan sesuatu pakaian dan perhiasan yang dilihat

5. Makna dan Fungsi.indd 61 9/6/16 2:40 PM

Page 5: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 62

dari sudut kesan budaya dan sejarah seperti yang tercatat dalam teks sastera Melayu lama. Kajian yang dilakukan itu bertitik tolak dari zaman keagungan kerajaan Melayu khususnya zaman kegemilangan kesultanan Melaka pada abad ke-15 Masihi. Dalam kajian Siti Zainon ini, beliau menekankan kepada pemaparan busana pakaian dan perhiasan sahaja, dan tidak merujuk kepada penjelasan tentang busana peralatan atau kelengkapan seperti keris mahupun pedang, yang mana busana tersebut juga sering dipaparkan dalam teks Melayu lama.

Raja Masittah Raja Ariffin (1992) dalam artikelnya yang bertajuk “Kosa Kata Tentang Pakaian Tradisional Melayu” mengungkapkan tentang kosa kata pakaian tradisional dengan merujuk buku Selayang Kenangan oleh Azah Aziz pada tahun 1990. Dalam artikel beliau itu, ulasan Raja Masittah Raja Ariffin bukan sahaja menumpukan kepada kosa kata tentang pakaian sahaja, namun turut diselitkan juga kosa kata perhiasan sebagai bahan untuk melengkapkan penggunaan pakaian tradisional tersebut. Selain itu, beliau menjadikan sumber teks lama seperti Sulalatus Salatin (1979), Hikayat Bayam Budiman (1985), Kisah Pelayaran Abdullah (1965), dan Hikayat Pahang (1986) sebagai contoh dalam menghuraikan kosa kata pakaian. Antara jenis kosa kata yang dijelaskan oleh beliau meliputi kepada jenis-jenis kain yang digunakan untuk membuat pakaian, dan jenis-jenis perhiasan yang terdapat dalam teks-teks tersebut. Kajian Raja Masittah Raja Ariffin ini hanya lebih menjurus kepada pemaparan tentang makna kosa kata yang berkaitan tentang pakaian dan perhiasan tersebut dan tidak menyentuh secara lanjut tentang pemakaian.

MetodologiKajian ini menggunakan kajian analisis teks dengan mengumpul data kajian tentang busana yang terdapat dalam NMSA. Gambaran tentang busana yang digambarkan dalam NMSA dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu, pakaian, perhiasan dan peralatan atau kelengkapan. Pengelasan kategori ini adalah berdasarkan

kepada pendefinisian makna busana yang dijelaskan oleh Azah Aziz dalam buku Rupa dan Gaya Busana Melayu (2006). Gambaran busana di dalam NMSA diceritakan bersama dengan suasana atau situasi di mana busana itu digunakan kepada watak-watak tertentu. Hal ini bermaksud, dalam setiap suasana atau majlis itu dipamerkan dengan busana dan cara pemakaian tertentu mengikut tempat dan keadaan serta situasi tertentu. Melalui penggunaan perkataan, kosa kata atau istilah, pengarang menggambarkan kepelbagaian jenis busana itu dilengkapi dengan keindahan jenis busana tersebut. Dalam teks syair ini, pengarang secara langsung menyebut dan menggambarkan pelbagai bentuk, corak dan jenis busana yang dipakai oleh watak-watak dalam syair ini.

Pada peringkat awal kajian, pengkaji terlebih dahulu mendapatkan maklumat asas mengenai topik kajian menerusi penulisan-penulisan ilmiah yang dihasilkan oleh para sarjana dalam mahupun luar negara. Selain itu, pengkaji juga turut mendapatkan maklumat daripada artikel-artikel yang ditulis dalam jurnal, majalah, surat khabar serta buku-buku ilmiah dan penulisan kertas kerja. Tujuan atau fokus utama pengkaji terhadap perkara ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran awal mengenai kajian-kajian lepas yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai busana dan juga teks NMSA.

Kajian ini dimulakan dengan pengumpulan maklumat asas melalui kajian kepustakaan daripada pelbagai sumber. Maklumat asas berkaitan permasalahan atau subjek kajian menjadi panduan dan gambaran awal tentang subjek dan permasalahan berkaitan busana dan NMSA.

Teks sumber data adalah NMSA. Bentuk data yang diperlukan daripada teks adalah segala bentuk pemerian, paparan, dan kosa kata yang berkaitan dengan busana termasuklah kepada untaian pemerian mengenai corak, bentuk, dan warna busana tersebut. Pengumpulan data menggunakan analisis teks ini dimulakan dengan merekodkan seberapa

5. Makna dan Fungsi.indd 62 9/6/16 2:40 PM

Page 6: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 63

banyak kosa kata atau istilah busana yang terdapat dalam teks tersebut. Seterusnya, kajian disusuli juga dengan merekodkan sebilangan kosa kata busana tanpa makna. Melalui pemahaman kepada maksud kosa kata yang ingin disampaikan oleh pengarang, sesuatu busana mampu dikenal pasti sama ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh pengarang NMSA itu sebenarnya ingin menyatakan jenis busana, bentuk, corak, motif mahupun cara pakai seseorang.

Penerangan berdasarkan kepada pentafsiran konsep sesuatu busana itu melalui penerangan di dalam buku-buku mahupun artikel yang pernah dihasilkan oleh pengkaji sebelumnya. Pengkategorian ini juga dilakukan dengan melihat serta memahami peranan dan fungsi busana itu dalam syair tersebut.

Konsep BusanaBusana didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996) sebagai “sesuatu yang dipakai.” Siti Zainon Ismail (1997) menyatakan bahawa istilah busana berasal daripada bahasa Jawa Sanskrit yang bererti berpakaian lengkap dengan perhiasan yang sempurna dan indah dipandang. Manakala Kamus Melayu Nusantara (2003: 412) pula, mendefinisikan busana itu sebagai pakaian dan juga perhiasan. Definisi kamus tersebut tidak meletakkan peralatan atau kelengkapan itu sebahagian daripada busana.

Mohd Rosli Saludin (2004) yang menjelaskan bahawa busana, iaitu costume adalah pakaian yang terdiri daripada baju dan kainnya, di samping barang-barang kemas, peralatan solek dan hiasan kepala. Busana juga bermaksud memakai dengan teratur, beretika, bersopan santun dan gemilang sesuai dengan adat dan suasana budaya. Busana Melayu tidak terbatas kepada pemakaian kain dan baju sahaja tetapi adalah kelengkapan adat istiadat masyarakat untuk memenuhi kehidupan nilai, norma dan keindahan budaya Melayu. Dalam tradisi Melayu, telah dikenali estetika pakaian cara Melayu yang diamalkan sejak dari dahulu lagi (Siti Zainon Ismail, 2009).

Menurut pandangan Barat pula, busana adalah mengenai alat pakaian dan barang-barang hiasan yang digunakan sebagai fesyen. The Oxford Illustrated Dictionary (1975: 192) mentakrifkan busana seperti yang berikut:

“Mode or fashion of personel attire and dress of a particular nation, class or period, complete set of outer garments, jewellery, artificial or semi-precious jewellery worn as fashion accessory v.e provide with costume’.

Gambaran busana yang menjadi subjek kajian, meliputi perkataan-perkataan yang merujuk kepada seluruh pemakaian yang merangkumi gambaran pakaian, perhiasan serta peralatan atau kelengkapan. Pakaian adalah sesuatu yang dipakai untuk membalut tubuh badan dari sebarang elemen yang boleh mencederakan anggota badan, menyesuaikan suhu badannya dengan cuaca, menjaga serta melindungi maruah diri, dan memberikan keselesaan pergerakan kepada si pemakai (Zubaidah Shawal, 1994). Busana pakaian termasuklah baju, kain, selendang, seluar dan kasut.

Bahagian seterusnya dalam berbusana ialah perhiasan, iaitu sesuatu yang digunakan untuk mempercantik dan memperhiaskan diri. Dari atas bahagian kepala, sehinggalah ke bawah badan dan ke kaki dihias dengan pelbagai perhiasan sesuai dengan acara dan adat istiadat pemakaiannya (Siti Zainon Ismail, 2004). Contoh perhiasan ialah rantai, cincin, gelang, dokoh, tali pinggang, anting-anting (subang), keronsang, cucuk sanggul, dan pending.

Seterusnya, kelengkapan atau peralatan adalah merujuk kepada perkakas yang digunakan untuk melengkapkan diri agar sempurna dalam pemakaian. Kelengkapan atau peralatan ini terdiri daripada keris, pedang dan khandar yang berfungsi digunakan dalam pemakaian adat istiadat seperti perkahwinan, pertabalan dan penganugerahan persalinan. Sebahagian daripada peralatan atau kelengkapan ini, pada suatu masa tertentu juga

5. Makna dan Fungsi.indd 63 9/6/16 2:40 PM

Page 7: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 64

berperanan sebagai senjata bagi melindungi seseorang daripada ancaman musuh.

Berbusana berasaskan Pakaian Cara Melayu diwakili oleh beberapa busana penting yang menjadi keperluan asas iaitu seluar, baju dan kain. Istilah seluar berasal daripada perkataan shalawar (Parsi) (Siti Zainon Ismail, 2009), sirwal (Arab) (Mahmud, 1973) yang mempunyai makna dan bentuk yang sama dengan chalana (Sanskrit) iaitu celana. Istilah yang digunakan di Indonesia (Jawa). Seluar diperkenalkan kepada orang Melayu oleh saudagar Arab, Parsi dan India Muslim. Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah, seluar atau ketika itu lebih dikenali dengan nama “serual” mungkin telah menjadi popular dalam kalangan pembesar dan orang istana. Bunyi sebutan perkataan seluar mempunyai kaitan rapat dengan bahasa Arab yang disebut “serawal” atau “serual’, dan mirip pula dengan bahasa Hindi yang disebut “calwar” (Abbas Alias & Norwani Md. Nawawi, 2006). Selain badari seluar, komponen penting dalam berpakaian atau berbusana ialah baju. Baju ialah sejenis pakaian yang digunakan untuk menutup pada bahagian tubuh badan daripada sebarang cuaca dan keadaan sekitar, selain dalam konteks budaya adalah untuk menutup diri daripada terdedah dengan aib. Menurut Siti Zainon Ismail (2006), baju merupakan salah satu bentuk persalinan cara Melayu dan istilah baju serta pembentukan pola baju mula dapat dikesan dan dikenali sejak awal Masihi lagi. Keadaan ini bererti, baju merupakan salah satu keperluan masyarakat yang penting pada masa dahulu lagi. Perkataan baju dikaitkan dengan tenunan (tekstil) di wilayah budaya Melayu dan mula dikenali selepas kemasukan pengaruh Arab-Parsi. Keadaan ini boleh dijadikan alasan kerana perkataan baju itu berasal daripada “bazu” atau “badhu” yang di dalam bahasa Inggerisnya foearm (Siti Zainon Ismail, 2006). Pemerian baju yang dinyatakan dalam NMSA dilengkapi juga dengan penjelasan jenis baju, bahan (jenis kain yang digunakan), dan corak motif warna hias ada disebutkan dalam syair ini.

Busana penting seterusnya ialah kain. Kain menurut Siti Zainon Ismail (Haziyah Hussin, 2006) merupakan istilah umum yang digunakan merujuk kepada pola sarung atau jenis tekstil, seperti yang dihasilkan secara teknik tenun (aceh rosak) atau sungkit (kain songket). Manakala Arney (Haziyah Husin, 2006) menjelaskan bahawa kain sebagai perkataan yang sama dengan perkataan Inggeris, iaitu cloth. Mengikut beliau juga, apabila kain dipadankan dengan perkataan adjektif, ianya akan menerangkan dengan lebih kursus tentang sesuatu kain, contohnya perkataan batik atau songket akan memperjelaskan makna dan fungsi kain tersebut. Dalam hal ini, beliau juga menjelaskan bahawa istilah kain batik atau kain songket ialah gabungan kain dengan perkataan lain yang menerangkan sesuatu yang khusus tentang proses penghasilan sesuatu kain. Kain memainkan peranan penting dalam kehidupan dan melalui kainlah, maka wujudnya pakaian yang berbagai-bagai. Perkataan kain turut merujuk kepada jenis kain yang digunakan dan kain juga merujuk kepada pakaian yang berfungsi untuk menutup pada bahagian bawah dari aras pinggang hinggalah ke aras bawah (kaki). Selalunya golongan wanita dikaitkan dengan memakai kain sarung dan lelaki dikaitkan dengan memakai kain pelikat sebagai kain. Selain jenis kain itu berfungsi sebagai kain yang dipakai dari aras pinggang hingga ke aras kaki, kosa kata kain juga merujuk kepada jenis kain yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu busana itu.

Keputusan dan PerbincanganAnalisis menemukan sejumlah besar perkataan berkaitan busana digunakan oleh penyair untuk membentuk syair ini, lebih daripada itu, perkataan tersebut juga mempunyai makna daripada aspek perkisahan yang mahu disampaikan. Penyair juga didapati menggunakan perkataan berulang mahu pun berlainan hingga ditemukan pelbagai istilah, jenis dan kegunaan busana itu sendiri yang sekaligus meninggalkan kesan keindahan kepada keseluruhan teks. Berikut adalah kategori gambaran berkaitan yang ditemui dalam NMSA:

5. Makna dan Fungsi.indd 64 9/6/16 2:40 PM

Page 8: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 65

NMSA didapati menampilkan kata yang merujuk kepada kategori pakaian secara kerap, berulangkali untuk satu-satu kata dan pelbagai atau beberapa perkataan berlainan tetapi membawa kepada jenis busana yang sama. Dalam kategori pakaian terdapat beberapa kata penting atau utama yang menjadi asas

berbusana, iaitu seluar atau celana, kain sarung dan selendang bagi wanita dan samping bagi lelaki, serta kaus atau sandal. Sementara dalam kategori perhiasan pula terdapat beberapa kata, iaitu tanjak, destar, bulang dan sapu tangan dan ramal. Selain daripada kata yang telah dikategorikan mengikut sub-sub yang

Jadual 1: Kategori dan jenis busana

Pakaian Perhiasan Peralatan/ Kelengkapanbaju, kain, seluar, selendang dan kaus

bulang, rantai, gelang, subang, ramal, dokoh, cincin sunting dan malai, tetampan, kancing, tajuk & dastar

keris, pedang

Jadual 3: Pakaian (ii)

KainSongket Bukan songket

berbunga seroja, cara indera, bunga jalawadiberawan, buatan udara, paksi awan, balai mengenang, tanjung pengoda, panjang berabda, balai mengunang, berawan berawana madu segera, buatan kayangan, madusara gambar berawan, perbuat [ter] cendera, tepi berenda, cencawi indera, pati sekawan, cara keinderaan, bersuji berselang

kain rajaksa, kain madukara ragam berawankain putih songketnya rata, kain antelas perbuatan Wolanda, kain terap, kain menguning berpacung bertekatan songket perbuatan gerta, kain kapan

Jadual 2: Pakaian (i)

Baju Kain Seluar/celana Selendang/tudung & kaussongket antelas cara udara, kesumba kancing baiduri, merah emas cemerlang, ungu baharu, tampak lela umbang, ungu berawan basah, kasa kancing ketara, merah tujuh lapis, hijau, berkancing intan, muka berkarang, ungu berbunga *basah, antelas perada, kankap berandang, hitam kasa muka, ungu berbunga merah, ungu muda, khalifah kancing setara, kesumba dan kesumba bertelepuk intan

(lihat Jadual 3: Pakaian (ii)

seluar bersuji awan berteja, bertekat, bersuji kancing ketara, antelas buatan Auzrang, panjang kancing serudi, panjang ragam berawan, panjang cara Auzrang, hijau kaki serudi, setang cara Jawa, sinting cara Auzrang, cecawi kancing permata, panjang berkancing intan, panjang kancing cemerlang; celana antelas berkancing berkarang, celana panjang berkancing intan

selendang ungu tepi berenda, selendang panca berenda selubung kain berawan, selendang kesumba panji berida; tudung kesumba panca berida; kaus bertatah duli

Jadual 4: Perhiasan (atas kepala/rambut)

Bulang Tajuk Dastar/ Destar & Rambutkesumba bertepi perada, mastul intan dikarang, bulang mastul panjang dikarang, mastul Indera Petra, mastul buatan desa, pelangi panca berida, mastul tepi berkeruang, mastuli dastar panjang, pelangi awan wolanda, pelangi cempaka, mastul emas erang

manikam intan diselang, bunga kebubuhan, berkarang bunga cempak

dastar panjang; sunting bunga cina

5. Makna dan Fungsi.indd 65 9/6/16 2:40 PM

Page 9: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 66

Jadual 6: Peralatan/ Kelengkapan

Pedang Kerishulu baiduri, pedang jenawi, pedang gemala baiduri, pedang sakti, pedang syamsir, pedang bertulis awan selimpat

gencana bertatah intan & keris emas

Jadual 5: Perhiasan (pada pakaian, dan tubuh badan)

Dipakai Tangan & Jari DipegangRantai: leher naga kesuma, rantai emasDokoh: emas intan dikarang, malaiSubang: permataKancing: permata, duli intan dikarang, zamrud berkarang pudi , kancing duli bertatah, berkarang, baju buatan Hollanda, intan, zamrud perbuatan Auzrang, kancing baju permata

Gelang: emas intan dikarang, carai, cerai, kana, bertatah manikam intan diselang; Cincin: zamrud intan dikarang, zamrud ikatan silan, sakti bertatah intan disaruti warna, permata baiduri, permata, intan, gemala, delima intan diselang, zamrudmenghunus, permata zamrud intan disuri

Ramal: pelangi bertepi mega, pelangi bunga hijau, kesumbah/ kesumba, berenda, bertekat, panca berida, bertepi mega, buatan cenderaTetampan (tidak dinyatakan jenis rupa bentuknya)

Saputangan (tidak dinyatakan jenis rupa bentuknya)

telah disenaraikan, terdapat juga sejumlah gambaran busana yang tidak ditemui maknanya berdasarkan kepada penelitian perkataan lama, seperti ‘memakai capcu’, ‘bercap-cap ratna’, ‘berbaju kankap’ dan ‘berseluar setang’:

bertakhta di atas kerusi melayang memakai capcu yang amat cemerlang berbaju kankap berandang lakunya itu sangat garang

di belakangnya itu saudaranya kedua berbaju kankap begitu jua bercap-cap ratna serupa kedua berseluar setang cara Jawa

berkenderaan di atas naga gangga bercap-cap ratna yang besar harga berbaju hitam kasa muka saudaranya kedua begitu juga

(NMSA, 1991: 183)

Manakala perkataan “khanda” pula merujuk kepada bahan busana yang dikategorikan dalam kelengkapan atau peralatan. Khanda (dari bahasa Sanskrit “khadga”) dipetik dalam laman sesawang http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_martial_arts membawa maksud pedang. Dalam Hikayat Muhammad Hanafiah (1988) juga ada menyebut bahawa khanda itu merupakan sejenis pedang. Khanda merupakan sejenis pedang India yang berbilah

lurus, bermata tunggal dengan hujungnya yang melebar. Pada pangkal pedangnya pula terdapat duri-duri logam disebabkan hujungnya yang tidak begitu runcing dan ianya lebih sesuai digunakan untuk menebas. Orang Rajput iaitu putera raja yang menjadi anggota dari kelas sosial yang termasuk ke dalam kasta Kstaria di India dan sebahagian dari Pakistan menganggap bahawa khanda sebagai sejenis alat senjata yang sangat berpengaruh (http://id.wikibooks.org/wiki/Petarung_Perkasa/Rajput_India). Pedang khanda juga digunakan dalam teater India serta ianya juga merupakan senjata dalam tempoh yang lama dalam sejarah India (http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_martial_arts). Manakala dalam Hikayat Meukuta Alam: suntingan teks dan terjemahan berserta telaah struktur dan resepsi oleh Imran Teuku Abdullah (1991) pula, memberi maksud khanda itu sebagai khanjar iaitu sejenis pedang panjang yang runcing hujungnya. Khanda juga dikatakan sebagai pedang yang bermata dua (Michael Keene, 2006). Di samping itu, khanda juga disebut sebagai khanjar, iaitu sejenis pedang panjang yang runcing hujungnya (Imran Teuku Abdullah, 1991). Namun demikian, istilah “khanda” mungkin juga membawa kepada maksud “canda” yang merujuk kepada tombak pendek (Arbak Othman, 2006).

5. Makna dan Fungsi.indd 66 9/6/16 2:40 PM

Page 10: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 67

Berdasarkan kepada pemerian dalam setiap rangkap syair yang menyebut tentang “khanda”, ianya adalah tergolong daripada sejenis alat peralatan atau kelengkapan pedang digunakan oleh watak yang dikenakan bersama busana yang lain.

ramal berenda disampai di bahukhanda dikisar menyinsingkan bajumelambaikan jari menundukkan hulumelangkah kaki indah terlalu

(NMSA, 1991: 495)

menyembah kepada baginda sekalianberdiri memakai sarung dan kapankhanda permata dikisarkanlembah lembut barang kelakuan

(NMSA, 1991: 496)

khanda permata disisip dipinggang daripada emas yangkob dikarang bertajuk gerak gempa permata diselang paras tak dapat lagi ditentang

(NMSA, 1991: 551)

berbulang mastul intan dikarangsepertikan lenyap daripada memandang bercincin zamrud intan dikarang khanda bertatah buatan seberang

(NMSA, 1991: 36)

Gambaran tentang busana ditemui dalam hampir setiap halaman NMSA. Gambaran ini bertujuan memerikan pemakaian busana mahupun sebahagian daripada pembinaan babak-babak perkisahan. Perkisahan termasuklah berkaitan dengan sesuatu upacara sambil menunjukkan cara pakai untuk ke sesuatu majlis atau istiadat tertentu. Pemerian sedemikian menunjukkan bahawa cara pakai yang betul sangat dipentingkan dalam majlis-majlis yang dihadiri oleh watak-watak dalam syair ini.

Ini adalah kerana, syair tersebut merupakan sebahagian daripada cerita yang disampaikan berkisar dengan kisah masyarakat raja-raja dan bangsawan dari awal kelahiran sebagai

kisah permulaan sehingga kepada akhirnya yang membawa kisah kematian. Setiap kisah yang dipaparkan, misalnya seperti kisah peperangan, pengarang menggambarkan juga dengan persediaan perang termasuk peralatan yang sesuai dikenakan dengan pakaian yang tertentu. Misalnya dalam kisah perkahwinan dan pertabalan dalam kalangan bangsawan juga diceritakan bersama dengan pemerian cara pakai yang sesuai. Malah, bahan yang digunakan terhadap busana dalam kalangan raja-raja dan bangsawan turut diperikan dengan menggunakan bahan-bahan yang mewah dengan penggunaan kain songket, serta perhiasan seperti emas dan permata.

Penyelitan tentang gambaran busana dalam rangkap syair mengakibatkan sesuatu upacara yang ingin disampaikan oleh pengarang mampu digambarkan oleh pembaca, kerana setiap jenis gambaran yang diperikan tentang busana itu disebut berserta dengan keadaan upacara yang dijalankan. Setiap gambaran busana tersebut dalam NMSA disesuaikan oleh pengarang mengikut suasana serta majlis yang tertentu. Misalnya, gambaran dalam sesbuah majlis perkahwinan, busana yang digambarkan berbeza dengan gambaran busana yang disampaikan pengarang dalam majlis adat istiadat pertabalan. Penggunaan kosa kata busana yang indah-indah menghasilkan keindahan syair itu sendiri kerana di setiap rangkap syair yang dihasilkan disesuaikan dengan penggunaan bunyi rima akhir disertakan dengan kesesuaian penggunaan istilah untuk menggambarkan keindahan busana tersebut.

Seluar atau celana: Seluar adalah salah satu bahagian dalam berpakaian sama ada kaum lelaki mahu pun wanita. NMSA memerikan seluar sebagai melengkapkan pemakaian dalam busana. Berbanding dengan seluar, celana agak jarang digunakan (Jadual 2: Pakaian (i)). Penggunaan busana celana memberi fungsi atau makna yang sama seperti seluar. Kedua-dua gambaran busana ini masih sama pada masa kini, namun penggunaan seluar lebih kerap digunakan pada masa kini, sama juga dengan penggunaan “celana” dalam syair yang agak jarang digunakan. Misalnya

5. Makna dan Fungsi.indd 67 9/6/16 2:40 PM

Page 11: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 68

dalam contoh NMSA digambarkan “bercelana panjang berkancing intan” merujuk kepada cara pemakaian, dan “berseluar panjang ragam bersuji” merujuk kepada ragam hias yang ada pada seluar tersebut.

Johan segera mengambil pakaian lalu memakai cara pahlawan bercelana panjang berkancing intan pangkat mahkota diletakkan

(NMSA, 1991: 383)

Ambong pun patut permaisuri berseluar panjang ragam bersuji berkancing zamrud diserudi indahnya tidak terperi lagi

(NMSA, 1991: 551)

Fungsi Kosa KataKepelbagaian gambaran kata dalam sesebuah syair akan menimbulkan kepelbagaian makna yang ingin disampaikan. Selain dapat memberikan tafsiran terhadap kata yang digunakan, ia juga dapat menambahkan dan meluaskan lagi kategori dan jenis sesuatu makna kata tersebut. Berdasarkan kepada pemerian rangkap syair itu, sesuatu fungsi kata busana yang disampaikan itu akan difahami jika dihayati bersama dengan pemerian rangkap syair itu.

Kaindibuat hikmat dengan seketika supaya lemah sendi belaka kain dan baju hendak dibuka dipeluk dicium tertawa suka

(NMSA, 1991: 74)

Syair di atas menunjukkan kosa kata “kain” merujuk kepada pakaian yang digunakan dari aras pinggang hingga aras bawah dan kain yang dipakaikan oleh watak dalam syair itu tetapi tidak dinyatakan jenis buatan kainnya. Kain yang digambarkan itu dipakai dipadankan dengan baju (berfungsi menutup bahagian tubuh). Kosa kata “kain” berikutnya merujuk kepada jenis bahan atau

material penghasilan fabrik. Selain itu “kain” juga adalah berkaitan dengan jenis sesuatu kain itu dan pelbagai pakaian yang boleh dihasilkan daripadanya termasuklah baju, seluar, tanjak (destar/dastar), dan sebagainya. NMSA didapati telah menyebut pelbagai jenis kain seperti kain songket (NMSA, 1991: 30), kain madukara (NMSA, 1991: 292), kain antelas (NMSA, 1991: 180), kain kapan (NMSA, 1991: 245), kain rajaksa (NMSA, 1991: 30), dan kain terap (NMSA, 1991: 409).

Simbol kewibawaan dan kebesaran raja boleh dilihat melalui cara pakai bahan untuk kain, misalnya seperti songket benang emas, atau hiasan motif yang ada pada kain. Selain daripada itu, kain turut dijadikan lambang dalam adat istiadat yang memberi lambang kewibawaan dan kebesaran raja. Ini menunjukkan kosa kata kain itu sendiri membawa maksud yang berbeza. Dalam NMSA, digambarkan puteri bangsawan iaitu Puteri Cahaya Keinderaan dipakaikan oleh nenek Dang Seri dengan kain yang diperbuat daripada kain songket bunga jalawadi dan dipadankan pula dengan baju kesumba berkancing baiduri.

lalu dekat nenek Dang Seri mematut pakaian tuan puteri berkain songket bunga jalawadi berbaju kesumba kancing baiduri

(NMSA, 1991: 42)

Syair di atas menunjukkan kata “kain” diberikan imbuhan “ber” yang membawa maksud memakai kain. Kain yang dikenakan oleh Puteri Cahaya Keinderaan merupakan sejenis kain songket yang bermotifkan bunga jalawadi. Dalam NMSA turut digambarkan lelaki juga memakai kain walaupun sudah dikenakan seluar. Dalam keadaan ini, kain yang dikenakan oleh watak lelaki dalam NMSA itu menunjukkan kepada lelaki yang berpakaian lengkap dan berkain songket berpaksi berawan itu merupakan sejenis kain samping (kain yang seakan-akan kain sarung tetapi lerangnya pendek) yang dikenakan di bahagian luar seluar. Kain samping merupakan sejenis kain

5. Makna dan Fungsi.indd 68 9/6/16 2:40 PM

Page 12: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 69

sampingan yang dipakai untuk kaum lelaki yang berfungsi untuk melengkapkan pakaian yang dikenakan. Dalam NMSA dinyatakan Mambang Jahura, Mambang Sekara, dan Mambang Udara diperikan dalam syair ini juga turut mengenakan busana yang lengkap seperti baju, seluar dan bulang (kain dan lain-lain yang dililitkan pada kepala).

berkain songket paksi awan berbaju hijau berkancing intan berseluar panjang ragam berawan berbulang mastul cara keinderaan

(NMSA, 1991: 179)

Busana “kain” dalam NMSA diperlihatkan beberapa fungsi. Fungsi lain ialah dalam konteks penggunaan atau pemakaian selain yang telah disebutkan sebelum ini. Selain daripada dijadikan pakaian dan dipakai sama ada oleh kaum lelaki mahu pun wanita, terdapat pecahan lagi kepada fungsi tersebut. Kain bukan sahaja sebagai kain yang lazimnya dipakai oleh kaum wanita atau sampin yang lazimnya dipakai oleh kaum lelaki, tetapi kain sarung juga berfungsi sebagai kain kelubung serta kain selendang. Sarung adalah merujuk kepada kain yang dijahit dibahagian sisi dan susunannya terbahagi kepada dua bahagian utama, iaitu kepala dan juga badan kain (Haziyah Hussin, 2006). Menurut Azah Aziz (2006), bahawa jika membaca hikayat, pantun, gurindam dan syair Melayu lama, memang sukar untuk dijumpai perkataan sarung. Istilah yang digunakan hanyalah kain. Peri pentingnya peranan kain sarung dalam busana Melayu terbukti daripada hakikat bahawa hampir semua pakaian Melayu zaman dahulu, baik lelaki mahupun wanita pasti akan menggunakan kain sarung.

permaisuri berjalan menuju balai sudah bersalin sarung sehelai nampaklah tubuh usul yang lalai lalu berjalan naik ke balai

(NMSA, 1991: 230)

Busana asas bagi lelaki adalah terdiri daripada baju dan kain sarung. Busana yang lebih formal adalah terdiri daripada baju, seluar

panjang dan juga kain sarung. Kain sarung yang dipakai dipinggang dikenali sebagai samping, asalnya daripada bahasa Sunda (Azah Aziz, 2006). Busana formal bagi lelaki tidak akan lengkap jikalau tidak disertakan dengan kain sarung atau samping. Dalam NMSA ini, kain sarung digambarkan digunakan sepanjang masa tidak kira siang atau malam. Dalam petikan NMSA yang diberikan, menunjukkan fungsi kain sarung yang digunakan oleh Permai iaitu diletakkan di pinggang sebagai kain samping dan disarungkan kepada isterinya pula. Keadaan ini menunjukkan kain sarung itu selain mempunyai fungsi yang pelbagai, ia juga boleh digunakan oleh lelaki mahupun wanita.

jika nyawaku menyuruh pulangpohonlah kain yang di pinggangakan ubat hati yang bimbangjiwaku jangan berhati walang

permai menanggalkan kain di badankepada kekanda kain disarungkanserta gosok minyak bauansambil berkata suara perlahan

(NMSA, 1991: 194)

Selain daripada berfungsi sebagai pakaian di tubuh dan dijadikan kain untuk dipakai oleh lelaki dan perempuan, kain sarung juga turut berfungsi sebagai pakaian alas kepala bagi perempuan. Dalam petikan NMSA ini, pengarang kreatif menggambarkan fungsi kain sarung dengan memerikan kain sarung itu untuk dijadikan pelbagai fungsi, iaitu seperti dijadikan kain basahan untuk mandi, kain selendang untuk menutup kepala dan kain samping lelaki.

baginda tersenyum seraya bersabdakain siapa dipakai anakanda bau harum sempurna syahda hampir selendang paduka bonda

puteri tertawa seraya berkhabar mengapa bertanya ayahanda mutakbar dipakai ini kain bonda besar patik pinjam tadi sebentar

5. Makna dan Fungsi.indd 69 9/6/16 2:40 PM

Page 13: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 70

Koris pun suka di dalam dada dengan perlahan baginda bersabda pinjamlah kain selendang anakanda hendak mandi tuan ayahanda

kain ayahanda tinggal di lancang hendak menyuruh kawan tak datang kering kain ayahanda sekarang kain tuan ayahanda pulang

berkata Puteri Mengerna Syahda ambillah kain ini ayahanda diambilnya kain dari bahu inangdabersalin kain Mengerna Syahda

puteri memberikan kain selendang disambut Koris diikat pinggang sukanya hati bukan kepalang akan anakanda kasih dan sayang

(NMSA, 1991: 368)

Dalam NMSA, diperjelaskan betapa pentingnya kain dalam kehidupan ini kerana bermula daripada kelahiran hinggalah kematian, kain tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Dalam syair ini, di awal permulaan cerita lagi pengarang memaparkan penggunaan kain semasa kelahiran Sulung Mengindera dan Sulung putera.

setelah serta sudah dimandikankain yang keemasan diselimutkan kepada baginda lalu dipersembahkandisambut baginda dengan kesukaan

(NMSA, 1991: 4)

Dalam syair ini, walaupun pengarang tidak menyatakan jenis kain yang digunakan, iaitu sekadar menyebut warna keemasan namun di sini, perkataan kain itu mampu memberi maksudnya yang tersendiri. Kain yang digunakan dalam situasi ini adalah merupakan kain songket, kerana kain songket merupakan kain yang ditenun dengan menggunakan benang keemasan dan dalam masa yang sama, kain songket merupakan kain yang digunakan oleh raja-raja dalam upacara adat istiadat termasuklah juga upacara selepas kelahiran bayi.

Selain itu, kain juga memainkan peranan penting kepada si mati. Kain yang biasa digunakan untuk mengapan si mati adalah merupakan kain kapan, iaitu sejenis kain yang berwarna putih yang digunakan untuk membungkus mayat. Penggunaan keranda emas adalah membawa simbol taraf kekayaan pada si mati yang membezakan si mati dari taraf sosial yang berbeza. Dalam situasi ini, mungkin dalam kalangan rakyat biasa, keranda yang digunakan bukanlah daripada emas namun jenis kain yang digunakan untuk membungkus si mati tetap daripada jenis yang sama. Dalam syair ini digambarkan Sultan Beranta yang dikapankan dan dibawa dengan menggunakan keranda emas untuk dimakamkan.

sudah disiramkan segala sultandengan kain dikafankandalam keranda emas dimasukkanlalu sekalian dimakamkan

(NMSA, 1991: 245)

KausKaus adalah merujuk kepada kasut. Menurut Siti Nor Azura Abd. Wahid (2002) kaus merujuk kepada sejenis kasut yang menutupi hingga ke lutut. Dalam NMSA ini, pemerian tentang pemakaian alas kaki, iaitu kasut jarang sekali disebut. Pengarang hanya menyebut tentang raja yang memakai “kaus bertatah yang dimasukkan duli”. Kasut bertatah adalah kasut yang dihiasi permata (Kamus Dewan Edisi Keempat, 1997), yang dimasukkan kaki (duli). Duli membawa maksud kaki (Kamus Dewan Edisi Keempat, 1997), dan perkataan ini sengaja digunakan oleh pengarang untuk menyamakan rima akhir pada rangkap syair tersebut. Melalui rangkap-rangkap syair, pengarang ini tidak menyebut tentang rakyat yang memakai alas kaki tersebut. Hal ini mungkin pada masa itu, penggunaan alas kaki seperti kaus (kasut) ini tidak dipentingkan berbanding dengan pakaian lain kerana hanya sebilangan sahaja yang menggunakannya. Di samping itu, keadaan tanah di bumi Melayu mungkin tidak mendesak penghuninya menggunakan alas kaki ini. Dalam pada masa yang sama, kaus (kasut) merupakan

5. Makna dan Fungsi.indd 70 9/6/16 2:40 PM

Page 14: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 71

barangan istimewa yang sukar diperoleh oleh rakyat biasa dan ianya bukanlah suatu unsur ciptaan orang Melayu (Abbas Alias, Norwani Md. Nawani, 2006: 38).

berseluar panjang kancing serudi mudanya datang ke mata duli pinggangnya haruang diikat tali kaus bertatah dimasukkan duli

(NMSA, 1991: 158)

Tajuk, Bulang Hulu dan Dastar/ DestarPemerian yang berulang kali dalam syair ini mengenai perhiasan kepala dalam syair ini bukan sahaja disebutkan dengan kosa kata yang sama. Antara kata yang digunakan oleh pengarang dalam memerikan perhiasan kepala ini adalah seperti bulang hulu, tajuk, dan dastar/ destar. Ketiga-tiga kata ini merujuk kepada perhiasan kepala yang digunakan oleh lelaki dalam sesuatu upacara adat istiadat. Busana ini walaupun pada tersuratnya dinyatakan nama yang pelbagai, namun pada tersiratnya ia tetap merujuk kepada bahan dan fungsi yang sama. Namun mungkin apa yang membezakan perhiasan kepala itu adalah bentuk dan cara pakai sesuatu kelompok dalam masyarakat yang berlainan daerah. Contoh rangkap NMSA yang diperikan dengan mengandungi ketiga-tiga nama pakaian kepala tersebut:

berserah dada intan dikarang mereka nin orang Desa Auzrangberbulang mastuli dastar panjang bertajuk manikam intan diselang

(NMSA, 1991: 182)

Dalam petikan syair itu, “berbulang mastuli” merujuk kepada jenis kain pakaian kepala tersebut iaitu, diperbuat daripada sejenis kain mastuli, pemerian “dastar panjang” (destar) pula merujuk kepada bentuk pakaian kepala itu (cara ikat) dan manakala “bertajuk manikam intan diselang” merujuk kepada keindahan hiasan batu permata yang diletakkan pada perhiasan kepala itu. Penggabungan ketiga-tiga nama perhiasan kepala ini menunjukkan keindahan yang tersurat pada syair tersebut di

samping ianya turut menggambarkan keindahan yang ada pada pakaian kepala tersebut.

Dalam ketiga-tiga kata perhiasan kepala itu, kata “tajuk” kini sudah tidak mendokong maksud perhiasan kepala. Perubahan zaman dan waktu telah membawa perubahan kepada nama pakaian kepala tersebut. Menurut Siti Zainon Ismail, “tajuk” lebih popular untuk pakaian pengantin dari bekas wilayah Melayu Riau seperti Pahang, Johor termasuklah kepulauan Riau (1989). Walaupun nama panggilan pakaian kepala ini sudah berubah, namun pakaian kepala ini sudah tidak asing bagi masyarakat Melayu, khususnya dalam istiadat-istiadat rasmi. Jika diteliti, kosa kata tajuk sememangnya sudah tidak lagi digunakan pada zaman sekarang. Kini, yang kerap dipakai bagi menggantikan kata tersebut adalah seperti tanjak, destar dan tengkolok yang turut memberi maksud kepada perhiasan daripada kain, dan biasanya dipakai oleh golongan lelaki serta ianya diperbuat daripada kain songket yang dipakai ketika diadakan upacara-upacara rasmi seperti perkahwinan serta pertabalan. Pada masa kini, kosa kata “tajuk” lebih mendukung kepada maksud yang lain, iaitu serangkai perkataan tentang isi sesuatu berita atau cerita yang ingin disampaikan.

Walaupun busana ini telah membawa perubahan dari segi katanya, namun busana ini tetap berfungsi menjadi perhiasan Melayu yang penting dan dipandang tinggi dalam masyarakat, malah kehadirannya bukan sahaja mempunyai fungsi sebagai penutup atau perhiasan mahupun kepala. Sesungguhnya fungsi tajuk, bulang, destar, tanjak, tengkolok adalah sama daripada zaman dahulu lagi dan apa yang membezakannya adalah jenis dan bentuk perhiasan kepala itu. Lebih daripada itu, perhiasan kepala ini sebenarnya membawa lambang dan simbol tertentu sama ada dari segi bentuk, warna, corak dan jenis kainnya. Dalam NMSA, pengarang banyak menggunakan nama perhiasan kepala dengan mempelbagaikan sebutannya dalam setiap rangkap syair. Dalam petikan NMSA ini, pengarang juga menggambarkan motif dan jenis pakaian kepala ini dengan menggunakan kosa kata “tajuk”:

5. Makna dan Fungsi.indd 71 9/6/16 2:40 PM

Page 15: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 72

berkhanda permata yang berharga bertajuk berkarang bunga cempaka orang udara yang punya reka ramal tersampai bertepi mastika

(NMSA, 1991: 221)

Melalui pemerian rangkap syair ini, menunjukkan pakaian kepala ini mempunyai motif yang bunga cempaka yang direka khas oleh orang udara. Manakala rangkap syair di bawah ini pula memerikan tentang jenis perhiasan kepala itu yang dihiasi dengan permata yang diselang.

khanda permata disisip dipinggang daripada emas yangkob dikarang bertajuk gerak gempa permata diselang paras tak dapat lagi ditentang

(NMSA, 1991: 551)

Ramal dan Sapu TanganDalam NMSA ini, pemerian tentang “ramal” dan “sapu tangan” kerap diperikan oleh pengarang. Melalui jalan cerita dalam syair ini, kata “ramal” juga merujuk kepada sejenis kain sapu tangan kepala yang digunakan oleh masyarakat untuk dijadikan perhiasan kepala, diletakkan di bahu dan sebagainya. Melalui pemerian syair ini, apa yang difahami “ramal” merujuk kepada sejenis sapu tangan yang dijadikan pelbagai fungsi dan cara guna yang tersendiri, digunakan mengikut keadaan serta situasi. Walaupun kata “ramal” itu sendiri sudah mendukung kepada makna sapu tangan, namun di sesetengah rangkap syair ini pengarang kerap menggunakan juga kosa kata “sapu tangan”. Misalnya, ungkapan bermacam jenis ramal seperti “ramal berenda”, “ramal panca berida”, “ramal buatan cendera”, “ramal pelangi” merujuk kepada sapu tangan yang berfungsi dijadikan perhiasan kepala (destar atau tanjak) dalam kalangan masyarakat atasan pada masa itu. Manakala kata “sapu tangan” yang tidak dinyatakan jenis kain dan bentuk itu boleh dijadikan bahan serba guna seperti kain pembalut sekiranya luka dalam peperangan, kain pengesat peluh atau kain basahan, sejadah

dan sebagainya. Misalnya dalam rangkap syair di bawah ini, pengarang menggunakan kata “sapu tangan” dan juga kata “ramal” dalam satu rangkap yang sama. Contohnya dalam rangkap syair di bawah ini:

dicium baginda bau sapu tanganseperti mencium permai bangsawanramal diselimutkan kepada badanhilang sedikit hati yang rawan

(NMSA, 1991: 382)

Selain itu, pengarang menggunakan kedua-dua kata ini untuk menunjukkan kepada jenis sapu tangan yang digunakan. Ia merujuk kepada bentuk dan fungsi sapu tangan itu digunakan. Contohnya sapu tangan mungkin memiliki saiz yang lebih kecil berbanding ramal (boleh dijadikan selimut). Di samping itu, dalam rangkap syair ini juga, penggunaan “kata ramal” dan “sapu tangan” mungkin merujuk kepada benda yang sama, namun pada baris pertama, pengarang menggunakan kata “sapu tangan” kerana untuk menyamakan bunyi rima akhir dalam rangkap syair tersebut. Mengikut pemahaman, dalam rangkap syair itu, kedua-dua kosa kata itu boleh merujuk kepada benda yang sama, iaitu sapu tangan atau ramal itu dijadikan selimut oleh Koris Syahperi dan dalam masa yang sama dia mencium baunya.

Di samping itu, dalam NMSA ini, penggunaan kata “ramal” diperikan dengan gambaran yang indah serta dinyatakan jenis kain, warna serta motif yang ada pada ramal tersebut. Namun, penggunaan kata “sapu tangan” hanya diperikan begitu sahaja tanpa menggambarkannya dengan bahasa yang indah mengenai jenis sapu tangan tersebut. Contohnya pada rangkap-rangkap syair berikut:

lalu berjalan Agung Bangsawanramal kesumba di bahu disampaikandiiringkan anak raja sekaliannaik ke mahligai Agung Bangsawan

(NMSA, 1991: 219)

5. Makna dan Fungsi.indd 72 9/6/16 2:40 PM

Page 16: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 73

berkilat remang ukiran naga bersandang leki paduka bercincin permata yang berharga ramal pelangi bertepi mega

(NMSA, 1991: 158-159)

Berdasarkan kepada contoh-contoh rangkap syair di atas, pengarang memerikan keindahan ramal itu daripada jenis kain (kain pelangi), warna (kesumba) serta pemerian yang disebut bersama kata “ramal” dengan menggunakan bahasa yang indah. Hal ini berbeza dengan kata “sapu tangan” yang diperikan oleh pengarang dalam syair ini. Kata “sapu tangan” hanya disebut sebagai sapu tangan sahaja tanpa memerikan jenis, warna serta keindahan lain pada sapu tangan tersebut berbanding dengan pemerian pada kata “ramal”. Contohnya boleh dilihat pada petikan syair berikut:

mendengar kata paduka anakanda tunduk tersenyum permai yang syahda memandang siti seraya bersabda sapu tangan sirih berikan anakanda

(NMSA, 1991: 340)

tunduk menyembah Ambong Bestari sapu tangan disampaikan di bahu kiri dengan Johan sama berdiri lalu berjalan ke balairung seri

(NMSA, 1991: 340)

Di dalam NMSA pengertiannya “ramal” dan “sapu tangan” yang sama masih didukungnya, namun mungkin jenis dan fungsi sapu tangan yang digunakan. Sebaliknya kata “ramal” pada masa kini, sudah tidak lagi membawa maksud yang sama. Perkataan ini bermaksud “perbuatan menelek” yang merujuk kepada sesuatu perlakuan untuk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yang akan berlaku. Ianya bukan lagi merujuk kepada sejenis sapu tangan yang dijadikan pelbagai fungsi. Ternyata kelihatan perkataan ini telah berubah maknanya pada masa kini disebabkan oleh peredaran masa. Namun, kata sapu tangan kini masih lagi didukung oleh maksud yang

sama pada masa kini. Cuma yang berbeza ada daripada segi bentuk dan fungsi sapu tangan itu digunakan.

Segala kelengkapan perhiasan yang diguna pakai jika dikaji daripada sudut kewujudan manusia itu sendiri sudah menggambarkan betapa masyarakat Melayu begitu menyedari konsep keindahan tubuh manusia secara tersendiri. Setiap bahagian anggota tubuh badan mempunyai peranan yang bukan sahaja daripada sudut fungsional, malah makna keindahan jiwa dan pemikiran.

KesimpulanDalam NMSA, banyak menggambarkan tentang gambaran busana melalui penggunaan kata yang menunjukkan kepada busana yang sama tetapi tetap digambarkan dengan nama yang berbeza. Kepelbagaian penggunaan kata tentang busana dalam syair ini sedikit sebanyak mampu menambahkan bilangan kata dalam bahasa Melayu yang kini sudah mula dilupakan oleh masyarakat. Di samping dapat mengenali sesuatu nama yang berbeza dalam busana, keindahan kata-kata yang digambarkan juga mampu membawa kepada pembaca menghayati nilai keindahan busana yang digambarkan dengan jenis yang pelbagai rupa dan bentuk. Jika diteliti dengan perubahan busana kini, perubahan besar telah berlaku terhadap sesuatu kata busana itu. Perubahan ini mungkin disebabkan oleh arus kemodenan yang memaksa masyarakat turut berubah dalam setiap genap termasuklah dalam sesuatu pertukaran istilah itu. Perubahan itu bukan sahaja merubah kepada kata sesuatu busana itu sahaja, malah jenis, bentuk serta bahan yang digunakan juga turut mengalami perubahan. Walaupun berlaku perubahan ini, bukan bererti sesuatu busana itu sudah berubah daripada faktor fungsi penggunaan busana itu. Pada dasarnya, fungsi terhadap sesuatu busana itu masih tetap sama digunakan hingga ke hari ini walaupun mengalami perubahan struktur kosa katanya. Perkembangan fesyen kini mungkin sudah tidak relevan dengan menggunakan sesetengah perkataan lama busana disebabkan

5. Makna dan Fungsi.indd 73 9/6/16 2:40 PM

Page 17: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

Adilah Hj. Jusoh dan Fazilah Husin 74

oleh perkembangan teknologi pembuatan dan bahan yang digunakan tidak seperti pada masa dahulu. Di samping itu, setiap busana yang digambarkan dalam NMSA mempunyai fungsinya yang tertentu mengikut kesesuaian majlis dan upacara yang dihadiri.

RujukanAbbas Alias, Norwani Nawawi. (2006). Pakaian

Melayu Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Malik, Tenas Effendy, Hassan Junus, &Auzar Thaher.(2004). Corak dan Ragi Tenun Melayu Riau. Yogyakarta: Adicita.

Amida @ Hamidah Hj. Abdulhamid. (2005). Melihat Syair Siti Sianah Sebagai Wahana Keindahan. Dlm. Rohayah A. Hamid & Wahyunah Abd. Gani (Peny.), Pandangan Semester Melayu Syair (hlm. 61-74). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbak Othman. (2006). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti.

Azah Aziz. (2006). Rupa dan Gaya Busana. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hashim Ismail. (2005). Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Dlm. Rohayah A. Hamid, & Wahyunah Abd. Gani (Peny.), Pandangan Semester Melayu Syair (hlm. 61-74). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haziyah Hussin. (2004). Peranan Songket dalam Perkahwinan Melayu. Jurnal Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia, 17: 33-50.

Haziyah Hussin. (2006). Motif Alam dalam Batik dan Songket Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Imran Teuku Abdullah. (1991). Hikayat Meukuta Alam: Suntingan Teks dan Terjemahan beserta Telaah Struktur dan Resepsi. Jakarta: Intermasa.

Indirawati @ Indrawati Zahid. (1989). “Penelitian Kosa Kata dalam Syair Agung”. Projek Ilmiah. Universiti Malaya.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Melayu Nusantara. (2003). Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan Malaysia. (2009). Citra Busana Tradisional Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian, dan Pelancongan Malaysia.

Lode Frank Brake. (1988). Hikayat Muhammad Hanafiah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Michael Keene. (2006). Agama-agama Dunia. Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Mohd. Rosli Saludin. (2004). Citra Busana dalam Teromba. Seminar Busana Melayu Serumpun, Melaka, 13 April 2004.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2009). Kosa Kata Busana Tradisional dalam Peristilahan Budaya Melayu. Dlm. Puteri Roslina Abdul Wahid (Ed.), Monograf Jabatan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Penerbitan, Akademi Pengajian Melayu.

Raja Masittah Raja Arifin. (Ogos, 1992). Kosa Kata Pemakaian Pakaian Tradisional Melayu. Pelita Bahasa, 26- 27.

Siti Nor Azura Abdul Wahid. (2002). Kamus Bahasa Melayu Klasik. Ampang: Maju Jaya Indah Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail. (1989). Percikan Seni. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zainon Ismail. (1991). Konsep Pakaian Cara Melayu: Satu Kajian Analisis Budaya Benda. Tesis Ph.D. Universiti Malaya.

Siti Zainon Ismail. (2004). Seni Hias dalam Upacara Istiadat ‘Kerajaan Melayu’ Melaka Sorotan Tatarias Busana. Seminar Busana Melayu Serumpun, Melaka, 13 April 2004.

Siti Zainon Ismail. (2007). Pemerian Keindahan Busana Melayu dan Maknanya Melalui Teks Melayu Klasik dan Moden. Dlm.

5. Makna dan Fungsi.indd 74 9/6/16 2:40 PM

Page 18: makna dan fungsi busana dalam naskhah melayu syair agung

Journal of Business and Social Development Volume 4(2) 2016: 58-75

MAKNA DAN FUNGSI BUSANA DALAM NASKHAH MELAYU SYAIR AGUNG 75

Ahmad Kamal Abdullah, Mohd Jusoh Majid, & Muhammad Ikram Fadhly Hussin (Ed.). Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa. Kuala Lumpur: Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia.

Siti Zainon Ismail. (2009). Pakaian Cara Melayu. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tenas Effendy. (2004). Pemakaian Ungkapan dalam Upacara Perkahwinan Orang Melayu. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu bekerjasama dengan Penerbit AdiCita.

The Oxford Illustrated Dictionary. (1975). United Kingdom: Oxford University Press.

Zahir Ahmad. (1995, Mei 9). Syair Agung: Puisi Melayu Terpanjang di Dunia. Berita Harian, 23.

Zahir Ahmad (Peny.). (1991). Nashkah Melayu dalam Syair Agung Jilid 1. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zubaidah Shawal. (1994). Busana Melayu. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia.

Zubir Idris. (2005). Estetika dalam Syair Sejarah. Dlm. Rohayah A. Hamid, & Wahyunah Abd. Gani (Peny.), Pandangan Semester Melayu Syair. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_martial_arts diakses pada 25 Julai 2014.

http://id.wikibooks.org/wiki/Petarung_Perkasa/Rajput_India diakses pada 19 Julai 2014.

http://en.wikipedia.org/wiki/Indian_martial_arts diakses pada 19 Julai 2014.

5. Makna dan Fungsi.indd 75 9/6/16 2:40 PM