Upload
rodziah-rahim
View
477
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
8/12/2019 maksud ayat
1/31
Definisi Ayat
Dalam memperkatakan tentang ayat,ia merupakan tahap tertinggi dalam penulisan dan
komunikasi bahasa Melayu.Setiap tokoh bahasa memberikan pendapat yang berbeza tentang
makna ayat.Antara mereka yang telah memberikan pendapat tentang makna ayat ialah Pendeta
Zaba memakai melalui bukunya Pelita Bahasa Melayu,Penggal 1 dalam permulaan nahu
Melayu.Menurut Zaba :
ayat susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat
berhentinya serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan
itu....Maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya
( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006
hlm.148 )
Melalui maksud ayat yang diberi oleh Zaba makaboleh dibuat kesimpulan bahawa ayat ini
bermakud susunan yang mempunyai hujung dan pangkal ayat yang boleh difahami oleh pembaca
atau pendengar kerana ia merupakan kumpulan perkataan yang telah sempurna
maksud.Mengikut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd melalui buku mereka,ayat boleh
didefinisikan sebagai :
Apabila kita bercakap,kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi
ayat...Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja...Tiap-tiap ayat mesti terdiri
daripada dua bahagian 1: benda atau subjek,bahagian 2: cerita atau predikat.
(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm
149 )
8/12/2019 maksud ayat
2/31
Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd itu,dapat disimpulkan bahawa ayat tidak
semestinya terdiri dari ayat yang panjang tetapi ayat boleh terdiri dengan hanya dua patah
perkataan sahaja asalkan ia dapat difahami.Menurut Abdullah Hassan dan Ainon Mohd,ayat
mestilah terdiri dari dua kompenen iaitu subjek dan predikat.
Menurut Asmah Haji Omar pula sebagaimana yang disebut dalam bukunya Nahu Bahasa
Melayu Mutakhir :
Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu.Ayat terdiri dari klausa yang
disertai dengan intonasi ayat yang lengkap,yakni yang di mulai dengan kesenyapan dan diakhiri
dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.
( Nahu Bahasa Melayu Mutakhir dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm 149
)
Menurut Asmah Haji Omar pula,aat adalah unit tertinggi dalam tatabahasa Melayu.Ia mestilah
dimulakan dengan perbuatan senyap dan juga diakhiri dengan perbuatan senyap.Ayat juga
mempunyai intonasi bagi mengambarkan maksud ayat tersebut.Mengikut Nik Safiah Karim
dalam bukunya yang berjudul Tatabahasa Edisi Dewan Baharu yang dikarang secara bersama
dengan Farid M.Onn,Hashim Musa dan Hamid Mahmood pula mendefinisikan ayat sebagai :
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap.Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
( Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dalam Kursus Menguasai Bahasa Melayu Mudah,2006 hlm
150 )
8/12/2019 maksud ayat
3/31
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ini pula,ayat merupakan unit pengucapan yang
paling tinggi yang boleh terbentuk walaupun dengan hanya beberapa patah
perkataan.Sebagaimana pendapat Asmah Haji Omar,ayat ini dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan.Jika kita melihat dari beberapa pendapat yang dinyatakan diatas maka dapat kita
simpulkan bahawa ayat merupakan susunan yang tertinggi dalam strata tatabahasa Melayu yang
boleh terdiri dari dua atau lebih patah perkataan yang mana ia dimulai dengan kesenyapan dan
diakhiri dengan kesenyapan.Pembentukan kata dalam disiplin bahasa dikenali sebagai binaan
atau konsturksi.Binaan ayat terdiri daripada susunan unit kecil rangkai kata dalam disipli bahasa
yang juga dikenali sebagai unsur atau konsituen.
Sintaksis Bahasa Melayu
1.0 PENGENALANBahasa Melayu mempunyai berbagai-bagai jenis ayat untuk menyatakan maksud yang sama.
Ciri-ciri ini menyebabkan bahasa Melayu merupakan sebuah bahasa yang sentiasa hidup serta
menarik. Jika hanya satu jenis ayat saja yang digunakan akan timbul rasa jemu pada pembaca.
Oleh sebab itu, sasterawan dan penulis yang baik selalu menggunakan jenis-jenis ayat yang lain,sesuai dengan keperluan. Ahli bahasa mempunyai pelbagai takrifan terhadap ayat bergantung
pada teori atau pendekatan yang dianutinya. Takrif ayat oleh ahli bahasa tatabahasa tradisional
ialah a sentence is a group of words expressing a complete thought, C.C. Fries (1963:9).Tegasnya, syarat sesebuah ayat ialah wujudnya fikiran yang lengkap.
Menurut Blommfield (1991: 170), pendukung tatabahasa struktural, ayat ialah ...a contruction (or
form) which, in the given etterance, is not part of any large construction. Tambahnya lagi,sebanyak mana ayat yang diujarkan oleh seseorang, namun setiap ayat itu bebas dan tidak terikat
oleh satu bentuk linguistik yang besar. Hal ini kerana ayat dianggap sebagai unit tatabahasa
terbesar dan tertinggi.
Ayat menurut Nik Safiah Karim et al. (1993: 414) ialah unit pengucapan yang paling tinggi
letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Daripada definisiayat di atas, ciri-ciri ayat itu diucapkan dengan didahului oleh kesenyapan, dan diakhiri dengan
kesenyapan. Selain itu, sebuah ayat itu selalu mengandungi makna. Umpamanya:
Muaz murid tahun 5 di SK Methodist. Dia ke sekolah jam 6.45 pagi. Sekolahnya terletak 15kilometer dari rumahnya. Dia ke sekolah dengan menaiki bas.
Daripada contoh tersebut, ayat itu terdiri daripada empat ayat. Setiap ayat dimulai dengan huruf
besar dan diakhiri dengan tanda noktah. Apabila dibaca, setiap ayat tersebut dimulai dengankesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan juga. Setelah diam, kemudian dimulai lagi dengan
8/12/2019 maksud ayat
4/31
ayat berikutnya, dan diam lagi. Demikianlah seterusnya. Jadi, kesenyapan pada awal dan akhir
itulah yang menandai sesebuah ayat. Di samping itu, setiap ayat ditandai juga dengan intonasi
yang menunjukkan bahawa bahagian ujaran itu sudah lengkap. Akhirnya, kesemua ayat yangdiujarkan tersebut mengandungi makna sebagai syarat sebuah ayat.
Jumlah ayat dalam sesuatu bahasa tidak terkira banyaknya. Namun, dalam analisis sintaksis,
terdapat pelbagai jenis ayat yang boleh dirangkumkan kepada jumlah klausa, jenis ayat, susunanayat dan ragam ayat. (Ahmad Khair Mohd Noor, 2003: 2).
2.0 DEFINISI AYAT MENURUT
2.1 ZABAZaba dalam buku Pelita Bahasa Melayu, Penggal 1 (Permulaan Nahu Melayu) memberikan
definisi ayat sebagai berikut:
Ayat memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya
dan tempat-tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul katayang dikatakan itu.
...maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya.
( Pelita Bahasa Melayu Penggal 1, 1965 hlm. 251)
2.2 ASRAF
Dalam buku Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, Asraf memberikan definisi ayat sepertiyang berikut:
Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada dua
bahagian, iaitu subjek dan predikat.(Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM, 1990 hal. 227)
2.3 ASMAH HAJI OMAR
Menurut Asmah Haji Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir:Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri daripada klausa
yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan
diakhiri dengan kesenyapan dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai.(Nahu Melayu Mutakhir, 1993 hal. 355)
2.4 ABDULLAH HASSAN
Abdullah Hassan bersama Ainon Mohd. Dalam buku mereka yang berjudul Tatabahasa
Dinamika memberikan definisi ayat sebagaimana berikut:
Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat....Ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkattan sahaja... Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada
dua bahagian: bahagian 1, benda atau subjek; bahagian 2, cerita atau predikat.
(Tatabahasa Dinamika, 1994 hal. 284-285)
2.5 ARBAK OTHMAN
Arbak Othman pula dalam bukunya Nahu Bahasa Melayu mengatakan:
Ayat ialah satu ikatan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan inimempunyai susunan berdasarkan tekanan, intonasi dan hentian yang tertentu serta membawa
8/12/2019 maksud ayat
5/31
satu fikiran atau idea yang lengkap.
(Nahu Bahasa Melayu, 1989 hal. 116)
2.6 ABDULLAH HAMID MAHMOOD
Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya Betulkan Kesalahan Bahasa Anda mendefinisikan ayat
seperti yang berikut:Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentukdaripada satu atau beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
(Betulkan Kesalahan Bahasa Anda, 1994 hal. 60)
2.7 NIK SAFIAH KARIM
Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, Farid M. Onn,
Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood memberikan pengertian ayat sebagai:
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknyadalam susunan tatabahasa danmengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan
beberapa ayat perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan.
(Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, 1993 hal.414)Berdasarkan pelbagai definisi ayat yang diberikan oleh sarjana dan ahli bahasa, kita dapat
membuat kesimpulan bahawa ayat terdiri daripada susunan perkataan yang diucapkan dengan
intonasi atau tatabahasa yang sempurna serta mempunyai makna. Ayat yang diucapakan dengan
cara bermula dengan kesenyapan, dan berakhir dengan kesenyapan juga. Andainya satu-satupengucapan itu diucapkan dengan intonasi atau lagu bahasa yang tidak sempurna, atau ayat itu
tidak mempunyai makna yang sempurna, walaupun strukturnya panjang, tidaklah dapat kita
namakannya sebagai ayat.Noam Chomsky, ahli bahasa Amerika yang terkenal memberikan contoh ayat berikut:
Mengikut Colorless green ideas sleep furiously, walaupun susunan perkataan dalam ayat tersebut
kelihatan sempurna dari segi struktur ayat Bahasa Inggeris, tetapi ayat ayat itu masih dianggap
bukan ayat sebab ayat itu tidak mendukung makna yang lengkap. Maksudnya, ayat tersebut tidakboleh diterima akal, kerana makna yang didukung tidak munasabah. Dalam mana-mana bahasa
pun, ayat boleh dihasilkan seberapa banyak yang kita mahu, dan tidak terhad bilangannya. Ayat
yang dihasilkan itu hendaklah sempurna, iaitu gramatis dan maknanya juga sempurna, iaitumunasabah.
3.0 AYAT DASAR
3.1 KONSEP AYAT DASAR
Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur-unsur utama
yang wajib, iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya (Arbak Othman,1985:166). Dengan demikian, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur
pada frasa subjek atau frasa predikat ( Nik Safiah et al., 1993:323).
Awang Sariyan (1986:30) menyatakan bahawa ayat dasar adalah ayat yang menjadi dasar
terbitnya ayat-ayat yang lain, maka binaan ayat dasar paling ringkas. Konstituen subjek danpredikatnya diisi oleh frasa inti, dengan erti kata tidak disertai penerang (bagi frasa nama), tidak
disertai pelengkap (bagi frasa adjektif dan bagi frasa kerja yang terbentuk daripada kata kerja
intransitif).Ayat (1a) lebih dasar daripada ayat (1b) kerana ayat tersebut wujud tanpa unsur tambahan pada
8/12/2019 maksud ayat
6/31
frasa subjek atau frasa predikat, serta pada konstituen keterangan ayat tersebut. Selain itu, tidak
ada bentuk yang lebih dasar daripada ayat (1a) tersebut.
1a. Jamal berdiri.1b. Jamal berdiri di depan pintu.
Konsep ayat dasar oleh Nik Safiah Karim et al. (1993:418) ialah ayat yang menjadi dasar atau
sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dengan mengambil contohayat (2) dan (3) yang berikut, ayat 2 ialah ayat dasar dan ayat 3 ialah ayat tunggal. Hal inidemikian kerana ayat 2 Mastura cerdik menjadi sumber dalam menerbitkan ayat 3 iaitu
Mastura tidak cerdik. Bentuk ayat 2 akan muncul dahulu bagi menerbitkan ayat 3.
2. Mastura cerdik.3. Mastura tidak cerdik.
Selain itu, sesuatu ayat itu sama ada pendek atau panjang dapat dikenal binaan dasar atau
asasnya. Ayat 4 merupakan ayat majmuk, tetapi masih dapat dikenal binaan dasarnya.
4. Mariam Ariana ke bilik lalu bersalin pakaian.
Pada ayat 4, ayat ini mengandungi dua klausa, iaitu:4a. Mariam Ariana ke bilik.
4b. lalu bersalin pakaian.
Klausa 4a lebih dasar daripada klausa 4b kerana klausa 4a dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang
lengkap. Sebaliknya, tidak demikian pada klausa 4b kerana klausa ini bergantung pada klausasebelumnya. Dalam hal ini, ayat 4a adalah dasar dan menjadi rangka bagi ayat 4 tersebut.
3.2 POLA AYAT DASARAhli bahasa mempunyai pandangan yang berbeza tentang jumlah pola ayat dasar dalam bahasa
Melayu. Dalam bahasa Melayu, struktur frasa digolongkan kepada empat, iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Frasa-frasa tersebut digabungkan atau digandingkan
antara satu dengan yang lainnya bagi membentuk pola ayat dasar bahasa Melayu.Pola ayat dasar dalam buku Tatabahasa Dewan terdiri daripada empat jenis pola berdasarkan
jenis-jenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat. Memperkatakan
predikat bererti memperkatakan pola ayat kerana pola-pola ayat ditentukan dengan berdasarkanapa yang menjadi predikatnya.
Pola Subjek Predikat
Pola 1(FN + FN) Balqis
Frasa Nama pelajar sekolah.
Frasa Nama
Pola 2(FN + FK) Miqhaeil
Frasa Nama sedang makan nasi.
Frasa Kerja.
Pola 3(FN + FA) Lelaki itu
Frasa Nama pemurah.
Frasa AdjektifPola 4
8/12/2019 maksud ayat
7/31
(FN + FSN) Kakak
Frasa Nama di dalam bilik.
Frasa Sendi Nama
Daripada pola-pola tersebut, jelas bahawa ayat dasar terdiri daripada satu frasa nama sebagai
subjek dan satu frasa lagi sebagai predikat. Frasa yang dapat menjadi predikat ayat ialah frasanama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Gabungan frasa-frasa tersebut membentukayat dasar bahasa Melayu.
3.3 CIRI-CIRI AYAT DASARAyat dasar dapat dikenal berdasarkan ciri-ciri yang berikut, iaitu:
(a) Mengandungi satu klausa
(b) Berpola Subjek-Predikat (susunan biasa)
(c) Ayat penyata(d) Ayat aktif
(e) Berpotensi untuk peluasan
(f) Tidak mengandungi kata hubung
(a) Mengandungi Satu Klausa
Setiap ayat dasar mesti mengandungi satu klausa yang lengkap dan klausa tersebut perlu
mengandungi satu subjek dan satu predikat.5a. Ismaeel berdiri.
5b. Bahawa Ismaeel berdiri.
Ayat 5a ialah ayat dasar kerana dapat berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap, tidak bergantungpada bentuk lain, selain mengandungi satu subjek dan satu predikat. Namun, pada klausa 5b,
klausa ini bukan lagi ayat dasar. Hal ini demikian kerana klausanya tidak lengkap dan terpaksa
bergantung pada klausa yang lain. Sesebuah klausa lengkap itu hanya menjadi ayat dasar jika
tidak ada bentuk yang lebih dasar daripada ayat dasar tersebut. Contohnya:6. Pelajar-pelajar bersenam.
7. Bersenam menyihatkan badan.
Ayat 6 dari segi makna lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat7. Ayat 7 walaupunmengandungi satu klausa, satu objek dan satu predikat, tetapi subjek ini ialah kata kerja yang
berfungsi sebagai kata nama. Dalam hal ini, subjeknya telah mengalami proses pengguguran dan
tidak lagi mempertahankan frasa nama yang menjadi konstituen subjek dalam ayat dasar.
(b) Berpola Subjek-Predikat
Ayat dasar mempunyai struktur subjek-predikat. Susunan subjek-predikat seperti pada ayat 8a
dan ayat 9a merupakan susunan biasa dan lebih dasar daripada susunan predikat-subjek sepertipada 8b dan 9b. Selain itu, dalam bahasa, unsur yang menjadi subjek sering disebut dahulu
berbanding predikat. Ayat 8b dan 9b terbit daripada ayat 8a dan 9a.
8a. Irfan bermain bola di padang.8b. Bermain bola Irfan di padang.
9a. Pokok kelapa itu tinggi.
9b. Tingginya pokok kelapa itu.
8/12/2019 maksud ayat
8/31
(c) Ayat Penyata
Dilihat daripada kewujudannya, ayat penyata lebih dasar dan lebih lengkap daripada ayat jenis
lain seperti ayat perintah atau ayat tanya. Ayat penyata seperti ayat 10 lebih jelas dari segimaknanya, malah strukturnya pula lebih lengkap berbanding daripada ayat jenis lain.
Ayat perintah seperti 11 merupakan ayat yang tidak lengkap dari segi makna mahupun
strukturnya kerana lebih cenderung untuk tidak menyebut orang yang diperintahkan. Demikianjuga ayat tanya seperti pada ayat 12 dikatakan tidak lengkap tanpa disertai dengan jawapannya.10. Hazim memakai baju.
11. Pakailah baju!
12. Adakah kau mahu memakai baju?
(d) Ayat Aktif
Apabila predikat kata dasar mengandungi kata kerja, maka kata kerja tersebut mestilah kata kerjaaktif. Hal ini demikian kerana ayat aktif lebih dasar daripada ayat pasif disebabkan oleh ayat
pasif diturunkan daripada ayat aktif. Selain itu, ayat aktif lebih lengkap daripada ayta pasif
kerana ayat pasif tidak boleh disertai pelaku. Hal ini tidak boleh berlaku dalam ayat aktif keranaayat aktif tanpa pelaku menyebabkan ayat itu tidak lengkap.
13. Ibu mencium adik.
14.Adik dicium oleh ibu.
15. Adik dicium.
(e) Berpotensi untuk Perluasan
Setiap ayat dasar diperluas dengan menambahkan unsur-unsurnya. Hal ini demikian kerana ayatyang panjang adalah hasil daripada peluasan ayat dasar. Selain itu, ayat dasar dapat
diperkembangkan atau diperluas bagi menerbitkan ayat jenis lain. Misalnya, ayat dasar 16 dapat
menjadi ayat terbitan atau turunan kepada ayat 17 hingga 20. Ayat 17 mengalami perubahan
struktur (perluasan predikat), ayat 18 mengalami perubahan erti nahuan (pengingkaran/ ayatpositif kepada ayat negatif), ayat 19 mengalami perubahan fungsi (ayat penyata kepada ayat
tanya), dan ayat 20 mengalami perubahan bentuk (ayat tunggal kepada ayat majmuk).
16. Hanani pandai.17. Hanani mungkin paling pandai.
18. Hanani tidak pandai.
19. Hanani pandai, bukan?20. Adawiah tahu bahawa Hanani pandai.
(f) Tidak Mengandungi Kata Hubung
Ayat dasar tidak mengandungi unsur yang boleh dihubungkan oleh kata hubung dengan unsuryang lain.
21. Setelah melihat Hazim, Husna membuka pintu.
22. Setelah melihat Hazim.
23. Husna membuka pintu.
Ayat 21 bukan ayat dasar kerana terdiri daripada klausa yang mengandungi kata hubung setelah.
Kehadiran klausa 22 selalu diikuti atau mengikuti klausa 23. Oleh sebab itu, klausa 22 tidakdapat berdiri sebagai ayat mandiri, sedangkan klausa 23 dapat menjadi ayat yang mandiri. Selain
8/12/2019 maksud ayat
9/31
itu, makna klausa 22 hanya dapat diketahui daripada klausa 23.
4.0 AYAT TERBITAN
Ayat terbitan ialah ayat yang telah mengalami perubahan daripada ayat dasar. Perubahan ini
berlaku melalui tiga proses, iaitu penyusunan semula, peluasan dan pengguguran. Ayat yangdihasilkan melalui tiga proses ini dinamakan ayat terbitan atau ayat transformasi.
4.1 PROSES PENYUSUNAN SEMULA
Ayat yang mengalami proses penyusunan semula ialah ayat yang diubah daripada ayat dasarkepada ayat bentuk baharu seperti ayat pasif, ayat yang mengandungi dua objek dan ayat
songsang. Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam ben bentuk ayat baharu. Dalam proses penyusunan
semula ayat ini, biasanya akan berlaku perubahan sama ada kata-kata tertentu telah diubah,diganti atau digugurkanbagi menerbitkan bentuk ayat baharu yang gramatis. Namun demikian,
pada umumnya makana ayat tidak berubah walaupun ayat itu mengalami proses penyusunan
semula. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga proses penyusunan semula ayat, iaitu:4.1.1 Penyusunan semula objek ayat aktif menjadi subjek ayat pasif
4.1.2 Penyusunan semula objek sipi menjadi objek tepat
4.1.3 Penyusunan semula menjadi ayat songsang
4.1.1 Penyusunan Semula Objek Ayat Aktif Menjadi Subjek Ayat PasifPenyusunan semula ayat terbitan jenis ini berlaku melalui proses menukar ayat aktif kepada ayat
pasif. Frasa nama yang menjadi objek dalam ayat aktif disusun semula menjadi subjek dalam
ayat pasif dalam contoh berikut:
Ayat aktif: Mikael menendang bola.Ayat pasif: Bola ditendang oleh Mikael.
Bola yang menjadi objek dalam ayat aktif diubah dan disusun semula menjadi subjek dalam ayat
pasif.
4.1.2 Penyusunan Semula Objek Sipi Menjadi Objek Tepat
Penyusunan semula boleh dilakukan pada ayat yang mengandungi dua objek, iaitu objek tepatdan objek sipi dalam ayat 1, buku disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat 2:
1. Pengetua menghadiahi Aisyah buku.
2. Pengetua menghadiahkan buku kepada Aisyah.
Buku menjadi objek sipi dalam ayat 1 diubah dan disusun semula menjadi objek tepat dalam ayat2.
4.1.3 Penyusunan Semula Menjadi Ayat Songsang
Penyusunan semula ayat boleh dilakukan dengan cara menyongsangkan ayat. Maksudnya ayatbiasa disusun semula menjadi ayat songsang. Perhatikan contoh yang berikut:
1. Anak lelaki Pak Hamid melanjutkan pelajaran ke universiti.
2. Melanjutkan pelajaran ke universiti, anak lelaki Pak Hamid.Bahagian predikat dalam ayat 1 diubah tempat dan disusun semula menjadi ayat songsang.
8/12/2019 maksud ayat
10/31
Perhatikan contoh yang berikut:
4.2 PROSES PELUASAN
Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yangditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Malaysia terdapat
beberapa jenis proses peluasan, antaranya:
4.2.1 Peluasan frasa nama sebagai subjek
4.2.2 Peluasan frasa nama sebagai predikat4.2.3 Peluasan dengan kata hubung
4.2.4 Peluasan melalui proses komplementasi
4.2.1 Peluasan Frasa Nama Sebagai Subjek
Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara
memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain.Contohnya: Ayat (1) dipancangkan masuk dengan ayat (2) untuk menjadi ayat (3):
1. Doktor itu memeriksa pesakit.
2. Doktor itu abang saya.3. Doktor yang memeriksa pesakit itu abang saya.
Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif
yang bagi menggantikan frasa subjek doktor itu yang sama atau serupa yang sepatutnya berulang
dalam ayat, tetapi digugurkan.
4.2.2 Peluasan Frasa Nama Sebagai PredikatPeluasan frasa nama sebagai predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa relatif
yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat yang
digugurkan. Contoh ayat 1 dipancang masuk ke dalam ayat 2 menjadi ayat 3.1. Kakak saya membaca novel.
2. Novel itu tebal.
3. Kakak saya membaca novel yang tebal.
Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagimenggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu novel
itu.
4.2.3 Peluasan Dengan Kata Hubung
Peluasan ayat melalui penggunaan kaya hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan
dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika,walaupun, sungguhpun, kerana dan sebagainya. Berikut adalah contoh-contohnya:
8/12/2019 maksud ayat
11/31
1a. Azli membaca akhbar.
1b. Azman membaca akhbar.
menjadi1c. Azli dan Azman membaca akhbar.
2a. Aqeim membuat lawatan ke Terengganu.2b. Rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu.menjadi
2c. Aqeim serta rakan-rakannya membuat lawatan ke Terengganu.
3a. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu.
3b. Ia menembaknya.
menjadi
3c. Pemburu itu terserempak dengan serigala itu, lalu ia menembaknya.
4a. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin.
4b. Dia sakit.menjadi
4c. Pelajar itu tidak ke sekolah kelmarin kerana dia sakit.
4.2.4 Peluasan Melalui Proses Komplementasi
Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat
menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemenatau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata
komplemen bahawa seperti dalam ayat 3 yang berikut:
a. Askar itu melaporkan (sesuatu)
b. Dia telah membunuh tiga orang musuh.menjadi
c. Askar itu melaporkan bahawa dia telah membunuh tiga orang musuh.
4.3 PROSES PENGGUGURAN
Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua ataulebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek,
mahupun bahagian predikat. Salah satu daripada unsur yang sama yang tidak perlu diulang itu
digugurkan, misalnya subjek yang sama, atau kata kerja yang sama, atau objek yang sama.
Dalam Bahasa Malaysia, terdapat tiga jenis pengguguran utama, iaitu:4.3.1 Pengguguran frasa nama sebagai subjek
4.3.2 Pengguguran frasa predikat
4.3.3 Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif
4.3.1 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek
Pengguguran frasa nama sebagai subjek berlaku melalui dua proses berikut:4.3.1.1 Pengguguran subjek dalam ayat perintah
8/12/2019 maksud ayat
12/31
4.3.1.2 Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
4.3.1.1 Pengguguran Subjek Dalam Ayat PerintahSubjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diriorang kedua, seperti kamu, awak, anda dan seumpamanya. Contohnya:
Ayat perintah: a. Kamu keluar
menjadib. Keluar!
Ayat perintah: a. Awak semua pergi.
menjadib. Pergi!
4.3.1.2 Pengguguran Subjek Yang Serupa Dalam Ayat MajmukDalam membina ayat majmuk melalui penggabungan dua ayat dasar atau lebih, kerap terdapat
subjek yang sama dan berulang. Dalam hal ini, subjek yang sama itu salah satu daripadanya
perlu digugurkan dalam ayat majmuk seperti dalam contoh berikut:
1a. Ramlan sangat gembira.1b. Ramlan memenangi pingat emas.
menjadi
1c. Ramlan sangat gembira kerana memenangi pingat emas.
4.3.2 Pengguguran Frasa Predikat
Pengguguran frasa predikat dalam bahasa Malaysia berlaku melalui dua cara:4.3.2.1 Pengguguran seluruh frasa predikat
4.3.2.2 Pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat
4.3.2.1 Pengguguran Seluruh Frasa Predikat
Dengan pengguguran seluruh frasa predikat dimaksudkan pengguguran sebarang frasa predikat
yang sama atau serupa dalam ayat majmuk. Maksudnya, jika terdapat mana-mana frasa, baikfrasa nama atau frasa kerja atau frasa adjektif ataupun frasa sendi nama yang sama atau serupa
dalam ayat majmuk, maka satu daripadanya perlu digugurkan supaya tidak berulang dalam ayat.
Berikut diberikan contohnya:
1. Pengguguran Frasa Nama Predikat Yang Serupaa. Heykal mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
b. Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
menjadi
c. Heykal dan Khairul mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
2. Pengguguran Frasa Adjektif
a. Bapa sangat rajin.b. Anaknya sangat rajin.
8/12/2019 maksud ayat
13/31
menjadi
c. Bapa dan anaknya sangat rajin.
3. Pengguguran Frasa Sendi Nama
a. Pak Dollah ke Australia.
b. Isterinya ke Australia.menjadic. Pak Dollah dan isterinya ke Australia.
4.3.2.2 Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat
Dalam ayat terbitan yang dibina turut berlaku pengguguran bahagian-bahagian tertentu dalam
bahagian frasa predikat. Antaranya pengguguran:
4.3.3.1 Oleh + FN dalam ayat pasif4.3.3.2 Kata Bantu Yang Serupa
4.3.3.3 FN sebagai objek yang serupa
4.3.3.4 FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif
4.3.2.1 Pengguguran oleh + FN yang hadirDalam ayat pasif frasa sendi nama oleh + FN yang hadir selepas kata kerja transitif boleh
digugurkan dalam contoh berikut:
a. Penjahat itu ditangkap oleh polis.b. Penjahat itu ditangkap polis.
4.3.2.2 Pengguguran Kata Bantu yang SerupaDalam menggabungkan ayat-ayat tunggal yang mengandungi kata-kata bantu yang serupa, kata
bantu tersebut boleh digugurkan sehingga tinggal satu sahaja dalam ayat gabungan yang baharu
seperti dalam contoh berikut:a. Mawi boleh berlakon.
b. Mawi boleh menyanyi.
menjadic. Mawi boleh berlakon dan menyanyi.
4.3.2.3 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek yang Serupa
Sekiranya dalam ayat-ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi majmuk, terdapat frasa namasebagai objek yang serupa, maka objek itu digugurkan sehingga tinggal satu objek sahaja seperti
dalam contoh berikut:
a. Polis mengejar penjahat itu.
b. Polis menangkap penjahat itu.menjadi
c. Polis mengejar dan menangkap penjahat itu.
8/12/2019 maksud ayat
14/31
4.3.2.4 Pengguguran Frasa Nama Sebagai Objek Selepas Kata Kerja Yang Membawa MaknaAdjektif
Frasa nama sebagai objek yang hadir selepas kata kerja transitif yang membawa makna adjektif
dalam ayat boleh digugurkan seperti dalam contoh berikut:a. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan kami.
Menjadi
b. Peristiwa itu sungguh mendukacitakan.
4.3.3 PENGGUGURAN FRASA NAMA YANG MENDAHULUI FRASA RELATIF
Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif berlaku apabila frasa nama itudirelativasikan dan digantikan dengan kata relatif seperti dalam contoh berikut:
a. Penceramah itu bapa saya. Penceramah itu memakai baju Melayu.
menjadi
b. Penceramah yang memakai baju Melayu itu bapa saya.menjadi
c. Yang memakai baju Melayu itu bapa saya.
5.0 PENUTUP
Kesimpulannya, ayat terbentuk daripada konstituen klausa. Ayat mengandungi unsur klausa yang
terdiri daripada frasa, dan frasa pula terbentuk daripada perkataan. Oleh sebab bilangan ayatyang dapat dibentuk dalam sesuatu bahasa itu tidak terhad, maka dapat diduga bahawa binaan-
binaan ayat yang wujud dalam sesuatu bahasa itu terdiri daripada berbagai-bagai jenis dan
ragam. Salah satu kaedah menjeniskan ayat adalah dengan melihat bilangan klausa yangterkandung dalam sesuatu ayat itu. Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan
dan susunannya, dan dari segi panjang pendeknya dalam sesuatu bahasa, namun jika dikaji asas
binaannya, maka semua ayat itu boleh dikesan rangka dasarnya sebagai berasal daripadabeberapa pola tertentu. Pola-pola rangka ayat itulah yang disebut pola ayat dasar bagi sesuatu
bahasa. Daripada pola-pola ayat itulah terbit ayat yang lain sama ada ayat tunggal atau ayat
majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya...
Dicatat olehRieeidz Vann Dzyeien diRabu, Februari 23, 2011
http://www.blogger.com/profile/16978559351439570464http://www.blogger.com/profile/16978559351439570464http://www.blogger.com/profile/16978559351439570464http://rieeidvannzyeien89.blogspot.com/2011/02/sintaksis-bahasa-melayu.htmlhttp://rieeidvannzyeien89.blogspot.com/2011/02/sintaksis-bahasa-melayu.htmlhttp://rieeidvannzyeien89.blogspot.com/2011/02/sintaksis-bahasa-melayu.htmlhttp://rieeidvannzyeien89.blogspot.com/2011/02/sintaksis-bahasa-melayu.htmlhttp://www.blogger.com/profile/169785593514395704648/12/2019 maksud ayat
15/31
Ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunantatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu
perkataan atau susunan beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang
sempurna, iaitu dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. (Nik Safiah Karim, 1986)
Menurut Zainal Abidin Ahmad (Zaba) menyatakan bahawa Ikatan perkataan
yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini dinamakan ayat. Benda dan cerita itulah
tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada
dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukupp kerana tiada
sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya
perkataan-perkataan itu bukanlah menjadi ayat
Manakala menurut Asmah Haji Omar Ayat ialah unit paling tinggi dalam skala
tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa tidak ada unit yang lebih
tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa yang fisertai
dengna intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri
dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan
selesai
Konklusinya Ayat mengandung kriteria yang berikut Unit pengucapan yang
paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Makna yang lengkap dan sempurna.
Terbentuk daripada satu perkataan atau beberapa perkataan. Pengucapannya bermula
dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan. Intonasinya sempurna.
8/12/2019 maksud ayat
16/31
Binaan ayat
Ayat
Bahagian ayat yang menerangkan subjek
Bahagian ayat yang di terangkan
Predikat
Subjek
8/12/2019 maksud ayat
17/31
Ayat dasar juga disebut sebagai ayat inti, iaitu ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan
ayat-ayat yang lain seperti ayat tunggal dan ayt majmuk. Dalam bahasa Melayu, pola atau
struktur binaan ayat dasar mempunyai bentuk yang tetap iaitu mempunyai empat pola seperti
yang berikut:
Pola Ayat Dasar
Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu
Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama
Encik Zainal + pengurus syarikat.
Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja
Anak mereka + sedang tidur.
Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adj ektif
Baju itu + merah.
Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
Rumah saya + di Negeri Sembilan.
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif.
8/12/2019 maksud ayat
18/31
Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa
nama ataupun klausa komponen sebagai objek atau unsur penyambutnya.
Contoh :Ahmad membaca buku.(aktif transitif)
Harimau itu menerkam kijang. (aktif transitif)
Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak diikuti
oleh objek sebagai penyambutnya.
Contoh :Dia menangis sepanjang hari.(aktif tak transitif)
Teksi itu menuju ke utara.(aktif tak transitif)
Ayat Pasif
Ayat pasif dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga jenis:
Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Ayat pasif jenis ini ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif d i-
dan ter-.
Contoh :
I. Buku itu belum diambil oleh Fauzi kelmarin.
II. Televisyen itu dibeli oleh ibu malam tadi.
III. Basikal itu terlanggar oleh bas pada bahagian tayarnya.
8/12/2019 maksud ayat
19/31
IV. Universiti Multimedia terbina oleh pekerja dalam masa dua tahun.
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua
Untuk ayat pasif jenis ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar
disebabkan kata ganti diri pertama dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan
pasif di-.
Contoh :
I. Rumah itu sudah saya catkan semalam.
II. Bola itu saya sepak.
III. Hutang itu belum kamu jelaskan sepenuhnya
3. Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena
Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Frasa nama objek boleh juga digugurkan.
Contoh :
a. Perompak itu kena tangkap oleh polis.
b. Kanak-kanak itu kena kejar oleh angsa.
c. Aminah kena tipu oleh penjual jualan langsung.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai
satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat.
Contoh :
a. Ibu Fatimah doktor.
8/12/2019 maksud ayat
20/31
b. Mereka membaca majalah itu.
c. Ahmad ke pasar petang semalam.
Ayat tranformasi
Penerbitan sesuatu ayat dengan mematuhi hukum atau rumus transformasi.
Fungsi,mengubah aturan atau struktur ayat serta menggugurkan atau memperluas sesuatu
unsur dalam ayat atau frasa. Kesan proses transformasi yang mengakibatkan
pengguguran,penyusunan semula dan peluasan.
http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/09/ayat.html
http://cheguuafinur.blogspot.com/2012/09/ayat.htmlhttp://cheguuafinur.blogspot.com/2012/09/ayat.htmlhttp://cheguuafinur.blogspot.com/2012/09/ayat.html8/12/2019 maksud ayat
21/31
DEFINISI, ANALISIS DAN PENGAJARAN AYAT
DAN FRASA BAHASA MELAYUoleh Salisah binti Rasimin (PAPM Semester II, April 1997)
PENDAHULUAN
Kerja kursus berportfolio (KKB) kali ini menghendaki
pengkajian, penyelidikan dan penganalisisan intensif tentang
ayat dan frasa dalam bahasa Melayu. Bahan rujukan utama
merupakan bahan yang berprestij karangan penulis veteran
dan berautoriti seperti Prof. Asmah Haji Omar, Prof. Nik
Safiah Karim, Zaaba, Prof. Abdullah Hassan dan lain-lain.
Objektif langsung tugasan ini ialah guru pelatih dapat
merumus, memahami konsep dan membandingbezakan
frasa dan ayat dalam bahasa Melayu.
KESUKARAN PROSEDUR
8/12/2019 maksud ayat
22/31
Pada awal tugasan ini, saya menghadapi kesukaran mencari
bahan kerana bahan yang berkaitan terhad sedangkan
bilangan guru pelatih yang memerlukannya ramai. Saya
terpaksa berkejar ke sana ke mari dan bertanya rakan dalam
dan luar opsyen untuk mendapatkan bahan. Oleh kerana
tugasan kali ini cukup mencabar dan memerlukan inisiatif dan
kreativiti yang tinggi, saya perlu memperoleh bahan
secepatnya supaya dapat menghasilkan KKB yang terbaik.
Bagi mengatasi masalah ketandusan bahan rujukan tersebut,
saya telah memfotokopi bahan daripada rakan-rakan yang
terlebih dahulu mendapatkannya dari pusat sumber atau
punca-punca lain. Namun demikian, saya dan rakan-rakan
gagal memperoleh karya Nik Safiah Karim secara individu;
yang ada hanya gabungan idea beliau bersama tiga orang
penulis lain dalam bukuTatabahasa Dewan. Apabila kami
mengadukan hal tersebut kepada pensyarah, beliau
menyarankan agar kami menggunakan buku pakar yang lain
seperti Lutfi Abas dan Sutan Takdir Alisjahbana. Saya
bersyukur kerana pensyarah telah meminjamkan saya buku
Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysiamilik beliau untuk
rujukan tambahan.
PERBANDINGAN
8/12/2019 maksud ayat
23/31
Setelah membuat kajian, saya mendapati kebanyakan pakar
memberi definisi ayat dan frasa dengan menggunakan gaya
bahasa yang tersendiri tetapi tetap menghala ke arah
maksud yang sama. Contohnya ialah Zaaba. Beliau
menggunakan gaya bahasa klasik yang sesuai dengan gaya
pemikiran pada zamannya. Penerangannya berjela-jela dan
agak sukar difahami jika dibaca sepintas lalu. Lutfi Abas pula
memberi definisi yang ringkas, padat dan ilmiah. Menurut
beliau, ayat adalah suatu bentuk linguistik yang dapat berdiri
sendiri secara sintaksis dan fonologis. Sementara kumpulan
penulis pilihan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
menyatakan ayat sebagai unit pengucapan yang paling tinggi
dalam susunan tatabahasa yang mengandungi makna yang
lengkap, terbentuk daripada satu atau lebih perkataan yang
pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan.
Walaupun definisi ini agak panjang, namun definisi ini lebih
mudah difahami kerana ciri-ciri ayat terhimpun dalam satu
definisi.
Pendapat-pendapat pakar tentang definisi frasa juga tidak
jauh berbeza antara satu sama lain. Misalnya, Asmah Haji
Omar menyatakan frasa adalah unit yang terletak di atas kata
dan di bawah klausa. Abdullah Hassan berpendapat frasa
sebagai unit yang wujud dalam sistem tatabahasa dan
merupakan unit terkecil dalam sintaksis yang terletak di
bawah klausa. Kedua-dua definisi ini menjurus kepada satu
maksud iaitu tempat frasa ialah di antara klausa dan kata.
Dalam bahasa Melayu terdapat beberapa pola ayat dasar
yang dinamai pola dasar. Asmah Haji Omar mengemukakan
dua sahaja pola dasar iaitu FB + FB dan FB + FK. FB dalam
kedua-dua pola itu adalah frasa benda yang merupakan
8/12/2019 maksud ayat
24/31
subjek ayat. Istilah FB dan FK ini agak sukar difahami oleh
pengkaji baharu seperti saya. Setelah meneliti penjelasan
daripada Asmah Haji Omar, baharulah saya faham maksud
dan peranan istilah tersebut. FB adalah frasa benda yang
terdiri daripada kata nama, klausa atau frasa nama, kata
bilangan, frasa bilangan dan kata ganti nama. Ia berfungsi di
tempat subjek, objek dan predikat nama dalam ayat. Frasa
karyaan pula ialah kata kerja atau kata sifat yang beriringan
dengan objek atau keterangan dalam predikat ayat.
Terdapat penulis yang membanding beza dahulu pola-pola
dasar yang dibuat oleh penulis-penulis lain kemudian
mengubahsuainya untuk menghasilkan pola dasar sendiri.
Contohnya Abdullah Hassan yang menghasilkan pola dasar
selepas membandingkan pendapat Asmah dan Subbiah
dengan pendapat Halimah. Pola dasar beliau ada enam iaitu:
1. Kata Nama + Kata Nama
2. Kata Nama + Kata Kerja Tak Transitif + (Kata Verb)
3. Kata Nama + Kata Sifat
4. Kata Nama + Kata Kerja Transitif + Kata Nama
5. Kata Nama + Ada/Punya + Kata Nama
6. Ada + Kata Nama + Kata Verb Tempat/Waktu
Pada pendapat saya, pola dasar yang dibuat oleh kumpulan
penulis Tatabahasa Dewan lebih mudah difaham dan diingat
kerana, selain ringkas dan padat, istilah yang mereka
gunakan juga mudah. Pola-pola dasar mereka ialah
1. Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN)
8/12/2019 maksud ayat
25/31
2. Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
3. Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
Berdasarkan kajian dan perbandingan pendapat pakar
bahasa, kolaborasi dengan rakan dan pensyarah, boleh
dikatakan kefahaman saya tentang tajuk ini semakin baik dan
berkembang.
Dapat dirumuskan bahawa satu ungkapan yang panjang
tidak semestinya ayat. Begitu juga sesuatu ungkapan yang
pendek itu tidak semestinya frasa. Ungkapan yang pendek itumungkin boleh bertaraf ayat jika sempurna maksudnya dan
terletak di antara dua kesenyapan. Abdullah Hassan
menyebutnya sebagai ayat tidak sempurna kerana ia boleh
berdiri sendiri walaupun tidak mempunyai pola dasar.
Contohnya #lihat#. Jika kita mendengar pengucapan ayat itu,
sebagai pendengar sudah tentu kita boleh memahami
maksud perintah yang terkandung di dalamnya walaupun
subjeknya tidak dinyatakan. Jelasnya, ayat ini hanya
sempurna dari sudut fonologi sedangkan dari sudut sintaksis
ia kurang sempurna. Oleh itu ia tidak dikatakan ayat. Ini
dijelaskan oleh Lutfi Abas. Menurut beliau, ayat mesti boleh
berdiri secara sintaksis dan fonologis, bukan sintaksis atau
fonologis. Dengan perkataan lain, ayat itu boleh difahami
secara lisan dan tulisan tanpa mengabaikan subjek dan
predikatnya.
Saya berpendapat bahawa frasa adalah serupa dengan
rangkai kata. Hal ini demikian kerana menurut Asmah Haji
Omar, frasa dalam pengertian tradisional adalah dua
perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai
8/12/2019 maksud ayat
26/31
subjek dan predikat. Oleh itu, seandainya diberi dua kata
yang berturutan tanpa subjek dan predikat, pasti ia adalah
rangkai kata. Frasa itu sendiri merupakan perkataan Inggeris
"phrase" yang dimelayukan menjadi frasa. Menurut Kamus
Progresif Inggeris-Melayu 1992, "phrase"bermaksud gatra
atau penggalan kata yang menjadi bahagian dalam ayat.
Gatra atau penggalan kata tersebut samalah dengan maksud
"unsur-unsur ayat". Oleh itu rangkai kata yang juga dijadikan
unsur dalam ayat sebenarnya adalah frasa. Tambahan pula
rangkai kata adalah istilah termudah dan makna terhampir
bagi kepada "dua perkataan berurutan" seperti dalam definisi
frasa oleh Asmah Haji Omar.
Walau bagaimanapun tidak selamanya frasa itu adalah
rangkai kata kerana frasa boleh terdiri daripada deretan
perkataan yang lebih panjang daripada rangkai kata,
sedangkan rangkai kata lazimnya dua perkataan sahaja.
Ringkasnya, frasa dikatakan serupa dengan rangkai kata
pada ketika konstruksinya bertepatan dengan konstruksi
rangkai kata. Kaitan frasa dengan rangkai kata serupa
dengan kaitan antara frasa dengan klausa, iaitu unit yang
lebih kecil boleh sama konstruksi dengan unit yang lebih
besar tetapi unit yang lebih besar kadang kala tidak boleh
menjadi sama dengan unit yang kecil.
8/12/2019 maksud ayat
27/31
MENGANALISIS AYAT
Bagi tugasan menganalisis ayat daripada cerpen, saya telah
menganalisis tiga ayat seperti yang didemonstrasikan oleh
pensyarah di bilik kuliah sebelumnya. Pada peringkat
awalnya terdapat beberapa kesilapan penaakulan yang telah
dikesan oleh pensyarah. Saya terpaksa membetulkannya
semula. Akan tetapi ada juga analisis yang saya pertahankan
setelah menyemak dengan teliti sumber-sumber yang
berkenaan. Walau bagaimanapun kesilapan ini memberi
pengajaran agar pada masa akan datang saya lebih berhati-
hati dan dapat berdiri di atas hujah-hujah sendiri yang kukuh.
Harapan saya, apa yang telah saya kemukakan adalah benar
dan tidak menyimpang daripada rumus-rumus nahu yang
telah ditetapkan walaupun kemungkinan ia akan berubah
mengikut peredaran zaman. Jika terdapat hujah-hujah saya
bercanggah daripada landasan linguistik, teguran membina
amat saya harapkan, supaya kelak tidak ada murid yang
mewarisi kedangkalan ilmu gurunya.
BAHAN SUMBER MENGAJAR
8/12/2019 maksud ayat
28/31
Bagi tugasan terakhir iaitu membina bahan sumber mengajar,
saya telah memilih bahan berbentuk cerita bergambar
berserta soalan-soalan latihan. Saya mengaggapnya sesuai
kerana bahan sumber seperti ini sering diaplikasikan oleh
guru Bahasa Melayu tahun tiga dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Hal ini terbukti apabila saya
mendapati kemahiran yang berkaitan dengan bahan tersebut
ada dalam buku Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Tiga.
Kemahiran-kemahiran tersebut ialah:
1.32 Bercerita berpandukan gambar-gambar
atau keadaan sebenar.
2.17 Membaca dan memahami perkataan dan
ayat.
3.20 Menyusun dan menulis ayat-ayat yang
sesuai mengikut urutan isi.
Bahan bantu tersebut sesuai untuk sesi pengajaran satu jam
dan boleh menggabungjalinkan tiga kemahiran bahasa iaitu
membaca, menulis, dan lisan.
Walau bagaimanapun saya, masih musykil mengenai isi
kandungan bahan bantu itu. Adakah ia sesuai atau terlalu
mudah untuk murid sasaran? Menjawab persoalan ini, guru
Bahasa Melayu tahun tiga S.K. Timbou, Tambunan, Puan
Julita Impas menyatakan bahawa isi kandungan bahan itu
sudah memadai dan lebih daripada sesuai untuk murid tahun
tiga. Menurutnya, jika taraf isinya agak tinggi, kemungkinan
besar murid tidak dapat mengikuti isi pengajaran yang
hendak disampaikan.
Puan Julita, 26 tahun, bekas pelatih Maktab Perguruan
8/12/2019 maksud ayat
29/31
Keningau, menyatakan demikian berdasarkan pengalaman
beliau sendiri sebagai guru Bahasa Melayu selama lima
tahun, termasuk setahun di tahun tiga. Saya telah bertemu
bual dengan beliau pada 1 April 1997 iaitu pada minggu
pertama saya menjalani praktikum di sekolah tempat beliau
bertugas.
PENUTUP
Setakat ini, alhamdulillah, saya berpuas hati dengan kerja
kursus yang telah saya siapkan ini walaupun kemungkinan
terdapat kekurangan dari mana-mana sudut yang tidak saya
sedari. Saya amat mengharapkan teguran dan maklum balas
dari mana-mana pihak agar dapat saya menghasilkan kerja
kursus yang lebih baik pada masa akan datang.
8/12/2019 maksud ayat
30/31
Sesungguhnya hidup atau matinya suatu ilmu itu bergantung
generasi yang memilikinya.
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Abdullah Hassan dan Ainon Mohamad, 1995. Bahasa Melayu
STPM Kertas 1 & 2. Shah Alam: Fajar Bakti.
Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Haji Hussin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, 1997.
Ketrampilan Berbahasa.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Lutfi Abas, 1985.Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mok Soon Sang, 1995.Asas Pendidikan 3, Kurikulum dan
Praktikum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Nik Safiah Karimet. al.,1996. Tatabahasa Dewan. Edisi
Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8/12/2019 maksud ayat
31/31
http://monazman.blogspot.com/2013/06/elemen-sintaksis-ayat-tunggal-dan-ayat.html(perludibuka)
http://monazman.blogspot.com/2013/06/elemen-sintaksis-ayat-tunggal-dan-ayat.html(perluhttp://monazman.blogspot.com/2013/06/elemen-sintaksis-ayat-tunggal-dan-ayat.html(perluhttp://monazman.blogspot.com/2013/06/elemen-sintaksis-ayat-tunggal-dan-ayat.html(perlu