Upload
mistpanadol
View
186
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
LOGO PERSATUAN SEJARAH
1. MAKSUD LAMBANG:
i) Keris
Keris melambangkan peradaban dan semangat kepahlawanan Melayu dalam
mempertahankan agama, bangsa, dan negara.
ii) Padi
Padi melambangkan beras sebagai makanan ruji rakyat Malaysia sejak zaman
berzaman.
iii) Tangan menggenggam keris
Tangan yang menggenggam keris melambangkan keutuhan perjuangan bangsa
Malaysia untuk memelihara warisan bangsa.
iv) Bulan Sabit dan Bintang
Bulan Sabit melambangkan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia
sementara bintang melambangkan kesatuan negeri-negeri dalam persekutuan.
v) Tulisan Jawi
Tulisan jawi melambangkan ketamadunan dan kesenian Melayu yang terus dipelihara
sehingga ke hari ini
2. Maksud Warna:
i) Warna Hijau
Hijau melambangkan agama Islam yang menjadi agama rasmi.
ii) Warna Kuning
Kuning melambangkan warna rasmi Raja-Raja Melayu yang memayungi sekalian
rakyat.
iii) Warna Merah
Merah melambangkan keberanian dan keperkasaan dalam perjuangan
mempertahankan sejarah dan warisan bangsa.
iv) Warna Biru
Biru melambangkan semangat perpaduan yang terjalin antara pelbagai kaum yang
terdapat di negara ini.
v) Warna Coklat
Coklat melambangkan tradisi yang diperturunkan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain.