73
Jilid III Bil. 11 MALAYSIA Hari Isnin 9hb. Ogos, 1993 1 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament MENGANGKATSUMPAH: PENGGAL KETIGA Third Session KAND UN GAN Y.B. Dato' Zaino) Abidin bin Johari [Ruangan 1611) Y.B. Tuan Shahiruddin bin Ab. Moin PENGUMUMAN TIMBALAN YANG Dl-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli-ahli Baro [Ruangan 1611) JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1611) RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Ruangan 1681) Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1993 [Ruangan 1710) Rang Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993 [Ruangan 1718) Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 1993 [Ruangan 1727) Rang Undang-undang Wilayah Persekutuan Labuan (Pindaan Ordinan Kesihatan Awam) 1993 [Ruangan 1730 ]

MALAYSIA PENYATA RASMI PARLIMENberkenaan seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan orangramai dan para peniaga berurusan. Selain daripada itu hebahan juga dibuat kepada per

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Jilid III Bil. 11

MALAYSIA

Hari Isnin 9hb. Ogos, 1993

1

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

MENGANGKATSUMPAH:

PENGGAL KETIGA Third Session

KAND UN GAN

Y.B. Dato' Zaino) Abidin bin Johari [Ruangan 1611) Y.B. Tuan Shahiruddin bin Ab. Moin

PENGUMUMAN TIMBALAN YANG Dl-PERTUA: Mengalu-alukan Ahli-ahli Baro [Ruangan 1611)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 1611)

RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 [Ruangan 1681) Rang Undang-undang Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1993 [Ruangan 1710) Rang Undang-undang Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1993 [Ruangan 1718)

Rang Undang-undang Jalan, Parit dan Bangunan (Pindaan) 1993 [Ruangan 1727) Rang Undang-undang Wilayah Persekutuan Labuan (Pindaan Ordinan Kesihatan Awam) 1993 [Ruangan 1730 ]

KANDVNGAN-(Samb.)

Rang Undang-undang Wilayah Persekutuan Labuan (Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan) 1993 [Ruangan 1732]

USUL: Penangguhan Mesyuarat [Ruangan 1740]

UCAPAN PENANGGUHAN: Rumah-rumah yang sub-standard-Masalah yang dibadapi oleh pembeli-pembeli Y.B. Puan Sri Sarasa Pasamanickam [Ruangan 1741]

PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD Scmua Hak Tcrpelihara. TilK!a mana-mana hahagian jua daripada penerbilan lni bolch dilerhitkan

semulu atau disimpan di dalam hentuk yang holeh diperolchi scmula ntau disiarkan dalam scbarung hcntuk dengan apa jua cara clektronik mckanikal, fotokopi, rakamun atuu schaliknya tunpa

mcndapal izin dariplK!a Percetakan Nasional Malaysia Berhad. (Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yanc dllantlk).

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, TAN SRI DATO' G. VADJVELOO A/L GovINDASAMY, D.P.M.S., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

Menteri Beliadan Sukan, DATO' HAJJANNUAR BIN MusA, S.l.M.P. (Dilantik).

Tuan Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SuBRAMANIAM, D.S.N.S., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR. SAK CHENG LUM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJJ SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.l.S., B.S.1., P.P.N. (Dilantik).

TUAN ABDUL RASHID BIN ISMAIL, A.M.N., P.K.T., P.J.K., P.J.M. (Pulau Pinang).

TUAN HAJJ ABDUL SALAM BIN Aw ANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJJ AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJJ AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

DATO' AZUMU BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN MICHAEL BONG THIAM JooN, A.B.S., J.B.S. (Dilantik).

PuAN RAJAH CHE PORA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN Kw AI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG CHI S10NG @ CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TuAN Fu AH Kmw (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJJ DoL BIN DOLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

l601 9 OGOS 1993 1602

):"ang Berhormat TUAN GHAZALI BIN HAJJ EMBONG, P.J:K. (Dilantik).

PUAN HAJAH HABSHAH BINTI HAJJ OSMAN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

WAN HAMID EDRUCE BIN TuANKu HAJI MOHAMAD, A.B.S. (Sarawak).

TUAN HANIPAH BIN AHMAD, P.J.K. (Perlis).

TUAN Ho CHENG w ANG (Perak).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD, J.S.M., K.M.N., P.L.P., P.l.S., B.S.I., A.M.N., P.P.N. (Johor).

TUAN Isu BIN HAJI SIPUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TUAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJJ AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JOHAN B.O.T. GHAN! @ CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PUAN KALIBOM BINTI HAJJ 0IBMAN (Kelantan).

PuAN KIAN SIT HAR, P.J.K., A.M.N., B.K.T., J.P. (Melaka).

TuAN LIMUN LAIKIM (Sabah).

DATO' DR. MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJJ MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

TUAN MOHD. ZAIN BIN HAJI MAT DAUD (Kelantan).

TuAN K. MuNISAMY, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TuAN NEo TuAN CHENG, P.P.N. (Johor).

DATO' (IR.) NG. THIAN HOCK, D.S.S.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN HAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN HAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

PUAN ROSALIND y AU SHUK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

TUAN SAAD BIN HAn MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Perlis).

TUAN HAJJ SALLEH @ HASSAN BIN ALI, P.J.K. (Terengganu).

1603 9 OGOS 1993 1604

Yang Berhonnat PUAN SRI SARASA PASAMANICKAM, A.M.N., P.l.S. (Dilantik).

"

Puan Hajah Selemiah binti Hashim (Dilantik).

TUAN v. K. SELLAPPAN, S.S.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

TUAN SHAHIRUDDIN BIN AB. MoIN, P.K.T. (Dilantik).

TUAN SHUIB BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TUAN HAJI SHUIB BIN SHA WAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SooNG Srnw HooNG, S.M.S., K.M.N., D.P.M.S., J.S.M. (Dilantik).

TuAN DouGLAS SuLLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN TIONG THAI KING (Dilantik).

DR. TOH KIN WOON (Pulau Pinang).

DATUK K. VuAYANATHAN AILKESAVAPILLAI, D.J.N.,K.M.N.,P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAJI WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.S. (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HocK, D.M.S.M. (Dilantik).

TUAN HAJI ZAINAL BIN Mo. DEROS, S.S.A., P .J.K., J.P. (Selangor).

DATO' ZAINAL ABIDIN BIN JoHARI, D.S.D.K., K.M.M., P.P.N., B.K.M., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PUAN HAJAH ZALEHA BINTI HussIN (Dilantik).

1607 9 OGOS 1993

DEWAN NEGARA

PEGA WAI-PEG AW AI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Haji Sulaiman

BAHAGIANPENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop

Pelapor Perbahasan Kanan: Haji Suhor bin Husin.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim. Lt. Kol (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib.

1608

1611 9 OGOS 1993 1612

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 9hb. Ogos, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Timbalan Yang di-Pertua mempengerusikan M esyuarat)

MENGANGKATSUMPAH

Ahli Yang Berhormat yang terse but di bawah ini telah mengangkat Sumpah seperti yang disebutkan dalam Perlem­bagaan:

(l) Dato' Zainal Abidin bin Johari

(2) Tuan Shahiruddin bin Ab. Moin

PENGUMUMAN TIMBALAN YANG DI-PERTUA

MENGALU-ALUKAN AHLI-AHLI BARU

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya mengucapkan sela­mat datang dan tahniah kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru mengangkat Sumpah sebentar tadi. Saya berharap semoga Ahli-ahli Yang Berhormat yang baru dipilih itu dapat memberi sumbangan mereka yang berguna dan berfaedah kepada Dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga mereka dapat berkhidmat dengan cemerlangnya.

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERT ANY AAN-

. PERTANYAAN

UNIT KHIDMAT NASIHAT -STRATEGI

1. Puan Hajah Selemiah binti Hashim minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dail Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

(a) sejauhmanakahkeberkesanan Unit Khidmat Nasihat Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga yang mengaut keuntungan dan melanggar undang­undang; dan

(b) apakah strategi yang telah digunakan untuk orang ramai bagi mengetahui .unit ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab soalan:

(a) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menubuhkan Unit Khidmat Nasihatpada 19-5-l993diBahagian Penguatkuasa. Tujuan Unit ini di­tubuhkan ialah bagi memberi penerangan, nasihat dan tunjuk ajar kepada orang ramai dan para peniaga berikutan berkuatkuasanya empat undang-undang baru mulai lhb. Jun, 1993 iaitu Akta Jualan Langsung (Peraturan-peraturan Perihal Dagangan) (Harga Jualan Murah) (Pindaan), Perintah Kawalan Harga (Penandaan Harga oleh Penjual Runcit) dan Perintah Kawalan Harga (Pelabelan oleh Pekilang, Pengimport, Pengeluar atau Penjual Borong) (Pindaan) 1993.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini, Unit ini hanya beroperasi

1613 9 OGOS 1993 1614

sama ada melalui telefon atau secara terns. Sebelum pegawai­pegawai tertentu ditempatkan ke Unit ini, mereka telah diberi pener­angan dan tunjuk ajar secukupnya bagi mengendalikan pertanyaan­pertany aan yang mungkin di­timbulkan berhubung dengan pelaksanaan dan peruntukan undang-undang yang baru dikuatkuasakan.

Tindakan dan penguatkuasaan undang-undang terhadap peniaga­peniaga yang melakukan kesalahan dibuat oleh pegawai-pegawai lain dari Bahagian Penguatkuasa. Sejak unit ini beroperasi sehingga ia di­berhen tikan pada 30-6-93 se­banyak 739 pertanyaan dari orang ramai dan pihak-pihak ber­kepentingan telah diterima. Secara keseluruhannyfl unit ini telah ber­jaya mencapai objektifnya iaitu telah dapat menyele~ai dan menjelaskan kemusykilan yang dihadapi oleh para peniaga terutamanya dalam melaksanakan undang-undang inL

( b) Sebelum dan semasa unit ini wujud, publisiti yang meluas telah dibuat melalui media massa dan media elektronik mengenai objektif ianya ditubuhkan berserta dengan maklumat-maklumat lain yang berkenaan seperti alamat dan nombor telefon bagi memudahkan orangramai dan para peniaga berurusan. Selain daripada itu hebahan juga dibuat kepada per­satuan-persatuan penggunadan per­satuan-persatuan perniagaan. Dari jumlah pertanyaan yang diterima, strategi ini telah berjaya menimbulkan minat yang ramai daripada orang ramai dan juga para peniaga.

ANGGOTA TENTERA-PERATUS PEMBERHENTIAN/PERSARAAN

2. Puan Hajah Habshah binti Haji Osman minta Menteri Pertahanan menyatakan peratus pemberhentian/per-

saraan anggota tentera secara sukarela yang terkini memandangkan negara sudah aman dan perkembangan ekonomi yang mem­berangsangkan di dunia luar pasti akan memberi tarikan kepada anggota tentera untukmencebur diri dalam profesion a warn.

Timbalan Menteri Pertahanan (Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, peratus pember­hentian/persaraan anggota tentera secara sukarela mulai Januari 1993 hingga Jun 1993 ialah 2.12% bagi pegawai dan 2.24% bagi lain-lain pangkat iaitu seperti berikut:

Bersara wajib

Bersara awal/Pilihan

Tamat tempoh perkhidmatan

Tamat tempoh perkhidmatan (dengan tidak bersara)

Jumlah

Pegawai

35

46

81

162

Lain-lain Pangkat

1,403

825

2,228

Kementerian Pertahanan telah mengenal pasti di antara beberapa sebab pemberhentian anggota tentera adalah kerana:

(1) mendapat tawaran yang lebih baik dari sektor swasta atau lain-lain tern pat;

(2) in gin berdikari dengan menjalankan perniagaan, bertani danjuga mem­buka bengkel sendiri.

Puan Hajah Habshah binti Haji Osman: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Dari jumlah yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, kalau tidak silap, saya kira di sini ialah 2,390 bagi kedua-dua jawatan a warn danjuga pegawai. Nampaknya begitu ramailah tentera kita yang telah memilih

1615 9 OGOS 1993 1616

jawatan luar daripada ketenteraan. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak Kementerian untuk membuatkan sesuatu yang akan menarik minat tentera­tentera ini untuk kekal di dalam kerja ketenteraan.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, kalau dilihat daripada angka yang saya sebutkan tadi hanya 2.12% bagi pegawai dan 2.24% bagi lain-lain pangkat. Jadi, jumlah ini kecil iaitu hanya 2% dan ia tidak mem­bimbangkan Kementerian Pertahanan ataupun Angkatan Tentera. Dan sentiasa ada pilihan bagi sesiapa juga untuk menceburkan diri merekadalam apa bidang yang mereka minat.

Jadi soal untuk menarik minat orang­ramai untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (A TM) ini, itu adalah perkara yang berbeza. ltu kita mempunyai cara­cara tertentu untuk menarik minat ini seperti memerhatikan ten tang kemudahan yang kita boleh berikan dan mengadakan kempen kepada orang ramai ten tang karier di dalam angkatan tenteraini. ltu menjelaskan kepada orang ramai. Tetapi itu perkara yang ber­beza.

Tuan Haji Jamaludin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah perajurit-perajurit yang telah berhenti atau akan berhenti ini telah dirancang oleh Kementerian Pertahanan kursus-kursus yang hendak dilaksanakan atau yang hendak diceburi oleh mereka yang akan berhenti atau yang telah ber­henti.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, memang benar Kementerian Pertahanan menyedia­kan satu rangkarancangan untuk menyedia­kan anggota tentera kita ini supaya mereka dapat memasuki kehidupan awam dengan sempurna. Pertama sekali, peringkat yang awal semasa mereka bertugas. Ini kita beri­kan mereka latihan umpamanya latihan atau kursus-kursus kemahiran danjuga adayang sampai kepada peringkat ijazah, diploma dan peringkat pengajian tinggi. ltu di dalam perkhidmatan.

Setelah kita tahu mereka akan bersara, kita juga menyediakan mereka kursus­kursus peralihan. Kursus peralihan ini di antara tiga hingga ke enam bulan yang mana mereka diberikan kemahiran tertentu.

Yang ketiganya latihan-latihan yang khusus iaitu di Institut Kemahiran Kementah di Sungai Buluh yang mana mereka ini dilatih di dalam bidang kemahiran seperti tukang paip, membaiki kereta motor dan juga membaiki televisen dan sebagainya, danjuga kerja-kerja pem­borong binaan.

Yang keempat, kita juga menyediakan satu kursus untuk mereka yang hendakjadi usahawan. Peringkat pertama tahun ini telah dilancarkan iaitu kursus ini diadakan di Institut Teknologi Tun Abdul Razak. Ini khusus untuk anggota kita yang ingin menjadi usahawan. Yang tadi untuk mereka yangingin mengerjakan perusahaan sendiri.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah Kementerian bercadang menaikkan gaji atau elaun berbanding dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin tinggi. Sekiranya ada sebutkan dari tahun 1990 hingga sekarang kadarnya.

Dato' Wan Abu Bakar bin Wan Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, se­benarnya perkara ini akan diselaraskan dengan lain-lain perkhidmatan di dalam perkhidmatan Kerajaan. Misalnya setiap kali anggota-anggota lain dalam perkhidmatan awam mendapat semakan kenaikan gaji, anggota tentera juga akan dapat menikmati kenaikan gaji sama seperti anggota-anggota perkhidmatan yang lain. Begitu juga dengan syarat-syarat perkhidmatan umpamanya elaun perumahan dan elaun-elaun perkhidmatan yang lain; akan disemak dari masa ke­semasa mengikut keadaan elaun perkhidmatan awam yang lain.

NELAYAN ASING-BILANGAN PENCEROBOHAN

3. Tuan Ibrahim bin Daud minta Menteri Pertanian menyatakan beraparamai nelayan-nelayan asing yang menceroboh

1617 9 OGOS 1993 1618

menangkap ikan ke negara kita dan dari negara mana mereka-mereka ini.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua, bilangan nelayan asing yang menceroboh menangkap ikan di perairan negara ialah seramai 606 nelayan dari 85 vesel sehingga Julai 1993 berbanding dengan 680 nelayan dari 96 vesel pada tahun 1992. Nelayan­nelayan berkenaan kebanyakannya adalah dari negara Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sejauh manakah rundingan di peringkat antara­bangsa diadakan terutama dengan negara­ne g ara jiran bagi membanteraskan pencerobohan menangkap ikan, semoga semangat harmoni negara jiran terus meningkat dan keamanan di ran tau ini akan terus terjamin.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, pihak Kerajaan khasnya melalui Kementerian Luar Negeri mengadakan perundingan-perundingan dan perkara ini telah menjadi salah satu tajuk yang di­bincang dalam jawatankuasa-jawatankuasa tertentu dan juga di antara pemimpin­pemimpin negara kita dengan pemimpin­pemimpin negara yang terlibat dalam perkara ini.

W alaupun perbincangan ini tel ah di­adakan dan perhubungan kita dengan negara-negara jiran atau dengan negara­negara di mana nelayan dan bot asing kena tangkap adalah baik, tetapi pencerobohan menangkap ikan di dalam perairan kita masih berlaku dan ini dianggap sebagai satu masalah yang perlu diteruskan kawalan­nya dari segi Jabatan Perikanan kita.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Bolehkah Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu apakah tindakan yang telah diambil oleh Kementerian atau langkah-Jangkah yang berkesan diambil oleh Kementerian untuk mengatasi atau mencegah masalah ini pada masa yang akan datang?

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, bot-bot yang ditangkap itu di­rampas oleh Jabatan Perikanan dan bot ini dijual untuk mengutip sedikit-sebanyak revenue bagi Kerajaan.

Nelayan-nelayan yang ditangkap dari negara-negara asing pula dibawa ke mahkamah dan didenda atau/dan di­penjarakan, tangkapan ikan yang terdapat dalam bot-bot ini juga dirampas dan dilelong oleh Kerajaan.

Dari segi penguatkuasaan mantlm, J abatan Perikanan tel ah pun menambahkan bilangan bot ronda. Kita mempunyai lebih kurang 77 buah bot ronda untuk menjalankan rondaan dan bilangan pegawai pun telah dari masa ke semasa ditambahkan sehingga mempunyai lebih kurang 400 orang bilangan anggota dalam Jabatan Perikanan.

Selain daripada kawalan yang dijalankan oleh pihak Merin Polis, TLDM yang menjalankan kawalan dari udara dan kita juga mengikut Jawatankuasa Maritim Kebangsaan di bawah Majlis Keselamatan Negara yang bertanggungjawab untuk menyelaraskan aktiviti penguatkuasaan.

Datuk Haji Ahmad bin Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, kita dengar nelayan­nelayan asing sentiasa sahaja datang menceroboh pantai kita untuk menangkap ikan.

Saya ingin tahu daripada Kementerian, adakah ikan-ikan daripada negara kita ini terlalu sedap dan pantai-pantai negaraasing itu tidak ada ikan? Itu sahaja yang saya hendak tanya sedikit.

Dato' S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, saya fikir ikan-ikan yang di­tangkap dalam perairan laut kita tentu sedap ( Ketawa) sehingga kita eksport banyak ke negara-negara asing, tetapi nelayan-nelayan asing yang menangkap ikan itu mereka tidak kira dari segi sedap atau tidak sedap ikan itu, asalkan mereka boleh menjual ikan itu dan mereka cuba datang ke perairan kita untuk menangkap ikan.

1619 9 OGOS 1993 1620

Satu masalah lagi ialah keluasan pantai kita, coast line negara kita begitu luas dan begitu panjang sehingga kawalan juga menjadimasalah, walaupun beberapapihak selain daripada Jabatan Perikanan terlibat dalam pengawalan itu.

Timbalan Yang di-Pertua: Jadi Datuk Haji Ahmad puas hati? Adakah maksudnya ikan duyong?

Yang Berhormat Tuan Michael Boon ThiamJoon.

Tuan Frankie Chong Yu Chee: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, soalan yang ke4.

BEKALAN ELEKTRIK-PUNCA GANGGUAN

4. Tuan Frankie Chong Yu Chee (di bawah S. 0. 23(2)) min ta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan sebab-sebab mengapa kerapkali berlaku gangguan elektrik yang menyebabkan kesusahan kepada surirumah dan juga pihak-pihak swasta yang menjalankan aktiviti untuk membangunkan negara dan jika ke­kurangan janakuasa adakah Kementerian bercadang untuk membeli dan mendirikan lebih banyakjanakuasa elektrik di tempat­tempat di seluruh Malaysia.

Menteri Tenaga, Telekom dan Pos (Dato' Seri S. Samy Vellu): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat antara sebab-sebab gangguan bekalan elektrik ialah:

(i) Cuaca burukmengakibatkan pokok­pokok tumbang atau dahan-dahan patah danjatuh ke atas talian-talian penghantaran atau pengagihan;

(ii) petir yang menyebabkan kerosakan kepada peralatan bekalan elektrik;

(iii) kerosakan akibat dari kecuaian pihak ketiga seperti kontraktor­kontraktor yang terlibat dalam kerja­kerj a mengorek;

(iv) kerosakan peralatan biasa; dan

(v) kerja-kerja penyelenggaraan ber­jadual dan utiliti tidak mempunyai keupayaan penjanaan yang men­cukupi bagi mengimbangkan per­min taan dengan pembekalan elektrik apabila berlaku permintaan luar jangka dan kerosakan besar.

Tuan Yang di-Pertua, bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia, Kerajaan telah mengambil beberapa Iangkah jangka pen­dek dan jangka panjang seperti berikut:

(1) Menambahkan keupayaan, pen­janaan dengan pelaksanaan projek­projek berikut:

(i) 10 x 30 megawatt yang akan beroperasi pada bulan Ogos dan September tahun ini;

(ii) 1,000 megawatt secara fast track yang akan beroperasi sebelum pertengahan tahun 1994;

(iii) 1,830 megawatt oleh pengeluar kuasa bebas yang akan beroperasi pada perten-gahan tahun 1996;

(iv) 650 megawatt oleh pengeluar kuasa bebas pada pertengahan tahun 1997;

(v) mempercepatkan kerja-kerja pengubahsuaian ke atas set-set janakuasa TNB yang lama;

(vi) menggalakkan demand site management; dan

(vii) meningkatkan kesedaran pengguna supaya lebih peka terhadap penggunaan per-alatan yang lebih cekap.

(2) Penubuhan Pasukan Petugas ber-sama di antara sektor awam dan swastamengenai gangguan bekalan elektrik;

1621 9 OGOS 1993 1622

(3) Melaksanakan skim insentif untuk menggalakkan pengguna-pengguna industri tersebut; dan

(4) Memindahkan sebahagian per­mintaan puncak mereka keluar waktu puncak dan mengelakkan pembaziran dan telah mem­perkenalkan satu skim diskaun untuk menggalakkan pengguna­pengguna yang mempunyai set-set janakuasa tunggusedia untuk menggunakannya pada waktu permintaan puncak.

Tuan Yang di-Pertua, di Sabah pula Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah ke­kurangan elektrik sepertri berikut:

(i) menyenggaradan memperbaiki set­set janakuasa yang sedia ada;

(ii) merancang projek-projek yang dapat menambah keupayaan pen­janaan Lembaga Letrik Sabah de­ngan segera seperti pemulihan set turbine volt berkeupayaan 15 mega­watt di Labuan yang akan dimula tugas pada tahun 1994 dan pe­masangan set diesel 2X20 mega­watt di stesen janakuasa Melawa yang dijangka siap pada tahun 1995.

(iii) projek-projek jangka panjang ter­masuk pembinaan 2 projek hidro iaitu Serudong 34 megawatt dan Liwagu 165 megawatt.

Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, di atas sebab-sebab yang telah diberi oleh Menteri Tenaga, Telekom dan Pos tadi, berapakah kerugian yang telah dialami oleh Kementerian?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, seperti penjelasan yang diberi oleh Tenaga Nasional Berhad, saya per­caya lebih dari RM250 juta dialami oleh pihak TNB, dan kita dapat tahu daripada pihak swasta pula sebanyak RM250 juta

dan dijangka lebih kurang RMSOO juta telah hilang oleh kerana kita telah mengalami masalah pembekalan elektrik.

Tuan Chong Chi Siong: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak mengucapkan tahniah kepada TNB kerana selepas pen­swastaan harga saham pun sudah naik se­hingga RMI 1. Say a hendak mencadangkan kepada Kementerian, adakah Kementerian bercadang untuk memperolehi kakitangan untuk menjaga bilik operasi kecemasan selepas pukul 11.00 malam supaya pengguna tidak terganggu.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, pihak pekerja-pekerja dan juga pegawai-pegawai TNB sedang bekerja 24 jam, dan mereka mempunyai pengalaman. Masalahnya bukanlah pekerja, masalahnya ialah pembekalan oleh kerana pada satu masa yang lalu kita tidak mengadakan anggaran pembekalan, apakah permintaan daripada pihak swasta. Walaupun kita anggar iaitu lebih kurang 10% tiap-tiap tahun kita dapat tambahan permohonan, tetapi ini telah naik kepada 18% oleh kerana Kerajaan telah meluluskan banyak industri-industri dan permintaan itu men­jadi lebih tinggi. Oleh kerana itu, kita mempunyai masalah.

Saya percaya dalam tempoh tiga atau empat bulan lagi kita boleh mengatasi masalah untuk bahagian pertama. Bagi bahagian kedua, kita akan menghadapi masalah lagi dalam bulan Jun, 1995. Kementerian telah mengambil keputusan untuk memberi lesen kepada satu lagi syarikat swasta untuk menjanakuasa 440 megawatt sebelum bulan Jun, 1995. Dengan itu saya percayamasalah kita boleh selesai. Selepas tahun 1995 dan 1996, kita akan mengadakan lebih daripada 35% simpanan (spinning reserves) dan saya percaya kita tidak akan menghadapi masalah lagi.

DatukHaji Ahmad bin HajiAbdullah: Tuan Yang di-Pertua, kita dengar TNB banyak untung. Bolehkah bayaran elektrik kepada rakyat yang miskin dikurangkan?

1623 9 OGOS 1993 1624

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, bila syarikat dapat untung, kita mahu harganya dikurangkan tetapi bila syarikat rugi kita tidak mahu bayar lebih. Saya tidak tahu apa style itu. TNB adajuga memperolehi keuntungan lebih daripada RM 1.4 bilion tetapi TNB kena menanam modal lebih kurang RMIO bilion untuk tahun 1995,1996 dan 1997. Kalau rakyat jelata bersetuju untuk membayar lebih apabila TNB perlukan duit lebih, maka bolehlah diadakan satu sistem seperti itu. Jikalau tidak, saya percaya ini susah. Sekarang pun sudah ada permintaan untuk menaikkan kadar elektrik tetapi saya tidak memberikan kelulusan untuk menaikkan tarif. Oleh kerana Kerajaan telah memutuskan iaitu kita tidak boleh menaikkan tarif elektrik lagi oleh kerana kita telah mengadakan banyak masalah, dan dengan masalah ini kita janganlah memberikan masalah pula kepada rakyat jelata.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kepada kawasan pendalaman dan juga kawasan-kawasan luar bandar merekamembayaryangpaling rendah sekali daripada pengguna-pengguna lain.

Timbalan Yang di-Pertua: Tarif?

Dato' Seri S.Samy Vellu: Ya.

Timbalan Yang di-Pertua: Tuan Wan Hamid Edruce.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin:Tuan Yang di-Pertua, dengan izin soalan No.5.

HOSPITAL-PENGA WALAN KEBAK.ARAN

5. Puan Hajah Zaleha bin ti Hussin (di bawah S. 0. 23(2)) min ta Menteri Kesihatan menyatakan apakah langkah keselamatan oleh Kementerian beliau untuk mengetatkan lagi kawalan keselama­tan kebakaran bagi seluruh bangunan hospital di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan (Dato' Mohamed Farid bin Ariffin): Tuan Yang di-Pertua, langkah-langkah yang

sewajarnya telah dan sedang diambil bagi memastikan keselamatan kebakaran di hospital-hospital seluruh negara. Setiap tahun, Kementerian Kesihatan mem­belanjakan dari peruntukan yang diberi untuk menyelenggarakan sistem pencegahan kebakaran di hospital-hospital termasuk mempertingkatkan taraf peralatan-peralatan yang berkenaan mengikut kehendak Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL).

Sejumlah RM25 juta telah pun dipohon daripada Perbendaharaan untuk mem­pertingkatkan lagi taraf sis tern pencegahan kebakaran di hospital-hospital yang sedia ada untuk jangka masa tiga tahun. Kesemua hospital-hospital baru yang sedang dan akan dibina telah direkabentuk menggunakan teknologi terkini bagi sistem pencegahan kebakaran agar menepati kehendak­kehendak Akta tersebut.

Hospital-hospital juga telah diarahkan untuk menjalankan kawad kebakaran bagi memahirkan dengan tindakan yang harus diam bi I sekiranya berlaku kebakaran. Garis panduan mengenai keselamatan kebakaran di hospital telah pun diedarkan kepada semua hospital di seluruh negara.

KEBOCORANSOALAN SPM/STPM-KA WALAN

6. Tuan Haji Zainal Abidin bin Md. Deros minta Menteri Pendidikan me­nyatakan sama ada kebocoran kertas-kertas soalan dalam peperiksaan seperti SPM dan STPM tidak akan berlaku lagi dan nyatakan langkah-langkah positifke arah tercapainya keselamatan semua kertas-kertas soalan yangdiuruskanolehLembagaPeperiksaan.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan amat peka dengan kes-kes kebocoran kertas soalan peperiksaan dan telah pun mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Di antara langkah-langkah

1625 9 OGOS 1993 1626

yang telah diambil meliputi aspek keselamatan fizikal seperti membina lebih banyak bilik kebal, memperbaiki prosedur percetakan dan pengurusan kertas soalan dari pusat ke negeri-negeri dan seterusnya ke sekolah.

Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sayaingin ber­tanya Yang Berhormat, mengapakah soalan-soalan yang ada sekarang ini kerap kali kebocoran; kalau dibandingkan dengan beberapa tahun yang silam, payah kita hendak jumpa. Di mana silapnya, adakah kerana kesalahan pihak Kemen­terian Pendidikan atau pun pegawai­pegawai yang menjaga tentang soalan­soalan?

Dr. Fong Chan Onn: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kes kebocoran yang berlaku pada tahun yang sudah, ini bukanlah oleh kerana kelemahan di Kementerian Pendidikan sendiri tetapi didapati dalam prosedur pencetakan yang telah di­swastakan oleh syarikat tertentu di mana masalah telah timbul. Kementerian Pendidikan telah bekerjasama dengan pihak yang tertentu supaya masalah­masalah seperti itu tidak akan timbul \agi.

MOTOSIKAL-PEMASANGAN LAMPU SIANG HARi

7. Tuan Saad bin Haji Man minta Menteri Pengangkutan menyatakan apakah perlu dikaji semula pemasangan lampu motosikal dan Jori di sebelah siang hari kerana terdapat sungutan daripada pem­bawa-pembawa motosikal dan Jori akan kerosakan yang mereka alami pada kenderaan mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Tuan Yang di-Pertua, pe­masangan lampu motosikal pada waktu siang hari telah dikuatkuasa pada 1 hb. September, 1992. Peraturan ini tidak pernah dikenakan kepada Jori-Jori. Pelaksanaan diui peraturan ini telah menunjukkan kesan yang amat meng-

galakkan di mana kadar peratus kemalangan yang melibatkan motosikal menurun. Perbandingan adalah dibuat mengikut jumlah kemalangan motosikal dan pertambahan motosikal yang didaftar­kan.

Pada bulan September, 1992 peraturan ini mula dikuatkuasakan, peratus kemalangan adalah 1 % dan pada bulan Disember, 1992menurunkepada0.8%. Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat penurunan peratus kemalangan.

Mengenai sungutan dari tuan punya motosikal akan kerosakan yang mereka alami ke atas motosikal mereka, adalah tidak begitu kritikal kalau dibandingkan dengan risiko kemalangan yang mereka akan hadapi tanpa memasang lampu ter­sebut. Buat masa ini peraturan ini adalah dianggap baik dan perlu dilaksanakan.

PELABUR TEMPATAN-NILAI MODAL DI LUAR NEGERI

8. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan:

(a) apakah jumlah modal pelaburan daripada pelabur-pelabur Malaysia yang telah ditarik keluar dari negara pada tahun 1992 dan setengah tahun pertama 1993; dan

( b) jika keadaan ini berterusan, adakah ianya akan menjejaskan usaha negara untuk mencapai Wawasan 2020.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndus­tri (DatukS.S. Subramaniam): Tuan Yang di-Pertua,

(a) adalah sukar untuk memastikan dengan tepat akan jumlah pelaburan rakyat Malaysia di luar negeri. Ini adalah kerana ada di antara projek­projek berkenaan tidak pernah melalui Kementerian saya, terutamanya jikalau projek-projek berkenaan melalui negara-negara

1627 9 OGOS 1993 1628

ketiga. Waiau bagaimanapun, ber­dasarkan angka-angka remittance, dengan izin, yang terkini diperolehi dari Bank Negara Malaysia, butir­butir pelaburan terus raky at Malaysia keluar negeri bagi tahun 1992 ialah RM823 juta berbanding dengan RM649 juta bagi tahun 1991.

(b) Peningkatan pelaburan rakyat Malaysia ke luar negara adalah tidak dengan hasrat mencapai matlamat Wawasan 2020 supaya Malaysia menjadi sebuah negara per­industrian sepenuhnya. Mal ah dasar ini adalah pelengkap kepada proses pembangunan perindustrian negara di dalamjangka panjang. Kerajaan percaya melalui strategi ini syarikat-syarikat Malaysia akan mendapat foothold, dengan izin, di dalam pasaran antarabangsa. Di samping itu, dengan peningkatan di dalam perindustrian negara, mana­mana operasi syarikat Malaysia yang tidak lagi kompetitif di­jalankan di negara ini, dapat dilokasikan ke negara-negara yang mempunyai kos pengeluaran yang lebih rendah, untuk membolehkan syarikat-syarikat ini terus bersaing dan berdaya maju.

Pengalaman negara-negara maju dan Negara Perindustrian Baru (NICS) seperti Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong yang mengamalkan strategi yang serupa telah membawa kemakmuran dan pembangunan negara masing­masing. Namun begitu, prihatin tentang perlulah strategi ini dapat menyumbangkan kepada pem­bangunan perindustrian negara, Kerajaan telah menyediakan insen­tif cukai bagi menggalakkan pelabur-pelabur Malaysia membawa balik keuntungan ke negara ini agar faedah-faedah pelaburan dapat di nikmati bersama oleh rakyat Malaysia.

UNIT TAMAN TEKNOLOGI MALAYSIA-FUNGSI DAN

MATLAMAT

9. Tuan Fu Ah Kiow minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan:

(a) fungsi dan matlamat Unit Taman Teknologi Malaysia;

( b) adakah Kerajaan puas hati dengan pencapaian unittersebut sejakianya ditubuhkan; dan

(c) adakah kemungkinan perkhidmatan yang diberi oleh unit ini mengulangi usaha yang di­jalankan oleh SIRIM seperti pro­gram inkubator.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Tuan Peter Chin Fah Kui): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Teknologi Malaysia(TTM) ialah suatu projek Rancangan Malaysia Kelima yang bertujuan untuk mewujudkan industri teknologi tinggi Malaysia. Peranan TTM ialah untuk menyediakan fasiliti infrastruktur seperti tanah, ruang bangunan, kemudahan alat-alat mesin dan khidmat bantuan perniagaan.

Dalam memainkan peranan m1, TIM akan memberi tumpuan khas kepada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh industri tempatan di sektor teknologi tinggi. Pelbagai perkhidmatan diberi untuk mem­bantu meningkat pencapaian dan kemajuan industri tempatan.

( b) Kerajaan berpuas hati dengan pen­capaian Unit ini scjak ianya di­tubuhkan. Tugas-tugas untuk me­rancang dan membina kampus atau Taman baru di BukitJalil, Wilayah Persekutuan telah berjalan dengan

1629 9 OGOS 1993 1630

baik. Pihak TTM telah menyediakan Pelan Induk yang sudahpun diluluskan oleh Kerajaan. Kerja-kerja pembinaan sedang di­jalankan dan kampus baru dijangka siap seperti dijadualkan iaitu kira-kira pada pertengahan tahun 1995.

(c) Memang tidak ada sebarang pertindihan kemudahan perkhidmatan yang diberi oleh TIM dan SIRIM.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, program inkubator adalah fasiliti yang menyediakan kemudahan seperti ruang pejabat, khidmat bantuan perniagaan ter­masuk khidmat modal, pemasaran dan juga pengurusan. Objektif utama program inkubator ialah untuk membantu syarikat-syarikat hitec kecil yang menumpukan aktiviti software inovasi, khususnya syarikat-syarikat yang baru di­tubuhkan, supaya dapat wujud dan berkembang semasa tempoh per­mulaandimasamerekamenghadapi kesulitan kewangan.

ISU BOSNIA-HERZEGOVINA­KEGAGALAN PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

MENYELESAIKAN MASALAH

10. Datuk David Yeoh Eng Hock min ta Menteri Luar Negeri menyatakan sama ada Malaysia bercadang untuk mengemukakan satu usul di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu di New York supaya membubar­kan sahaja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini kerana gagal dalam tindakan untuk menyelesaikan masalah di Bosnia­Herzegovina yangjelas penghapusan etnik oleh puak pengganas Serbia terhadap umat Islam yang sebelum ini hidup rukun aman dan damai di antara rakyat keturunan Serbia dan Croatia semasa di dalam Republik Yugoslavia di Bosnia itu melanggar etika kemanusiaan.

Timbalan Menteri Luar Negeri (Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan): Tuan Yang di-Pertua, Malaysia tidak bercadang

untuk mengemukakan usul supaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di­bubarkan kerana kita tidak yakin tindakan sedemikian boleh membawa sebarang penyelesaian kepada isu Bosnia­Herzegovina.

Waiau bagaimanapun, Malaysia akan terus berusaha membantu mencari penyelesaian menerusi Pertubuhan Bangsa­bangsa Bersatu dan akan terus membuat tekanan k_epada badan dunia ini supaya mengambtl langkah-langkah konkrit dan konstruktif untuk menyelesaikan isu Bosnia ini.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yangdi-Pertua, benarkah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini hanya mengikut telunjuk Amerika? Dan sebarang negara-negara asing yang begitu ramai tidak terdaya melawan kuasaAmerika dalam Bangsa-bangsa Bersatu. Kalau kita melihat masalah Bosnia ini sekarang, kalau ini juga caranya dengan menyuarakan sehingga kita hendak menghantar tentera menolong orang Islam pun hendak tunggu arahan dari Bangsa-bangsa Bersatu, lama­lama rakyat Bosnia akan habis. Bila telah habis barulah kita kata: "Habislah" !

Timbalan Yang di-Pertua: Apa soalannya Datuk?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Soalannya, benarkah Bangsa­bangsa Bersatu ini di bawah telunjuk Amerika dan kita tidak terdaya melawan kekuatan dan kehendak-kehendak Amerika?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, umumnya begitulah. (Ketawa)

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah usaha­usaha dibuat oleh Kerajaan untuk mem­batalkan kuasa-kuasa veto di dalam Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu itu?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, memang Malaysia telah pun banyak kali

1631 9 OGOS 1993 1632

menyuarakan agar kuasa veto rn1

dihapuskan oleh kerana relevensinya telah tidak ada selepas Perang Dunia Kedua. Tetapi, malangnya kini pengaruh kita yang menentang di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu masih lagi di kalangan agak minimum, kalau dibandingkan dengan lain-lain negara. Kita perlu mendapat sokongan yang lebih banyak dari lain-lain anggota PBB agar satu hari kelak, kuasa veto ini dapat dibatalkan sama sekali.

Tuan Saidin bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Adakah dengan perletakan dua anggota daripada Amerika berhubung dengan penyiasatan di Bosnia akan memberi kesan positifkepada ke arah penyelesaian Bosnia?

Dato' Dr. Abdullah Fadzil bin Che Wan: Tuan Yang di-Pertua, bukan dua orang Amerika, satu daripada Amerika Syarikat dan satu daripada Great Britain untuk menjadi orang yang hendak menyelesaikan masalah Bosnia­Herzegovina.

Walaupun kita tidak puas hati kepada sikap negara-negara Barat tentang keadaan di Bosnia-Herzegovina, tetapi sekurang­kurangnya Amerika Syarikat telah pun menunjukkanpendirianmerekayangmahu dan sanggup menghantarkan kapalterbang mereka untuk mengawasi keselamatan sekurang-kurangnya di kawasan selamat ataupun "safe haven", tetapi malangnya mereka tidak dapat mengambil tindakan secara persendirian oleh kerana pihak Eropah menentang. ltulah sebab mengapa kita hairan bagaimana sebuah negara seperti Amerika Syarikat yang dianggap sebagai satu "super power" jadi macam "pak turut" kepada kehendak pihak Eropah. Kita menekankan dan kita men­desak supaya negaraAmerika Syarikatlebih bertegas dan mengambil tindakan yang mereka fikirkan baikdan molek dibuat untuk menghapuskan sekali gus masalah di Bosnia-Herzegovina.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Dato' William Chek Lin Kwai.

Tuan Shuib bin Endut: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin soalan yang kesebelas.

TAHUN MELA WAT MALAYSIA 1994-JUMLAH PERBELANJAAN

KERAJAAN DAN SW ASTA

11. Tuan Shuib bin Endut (Di bawah S.O. 23(2)) minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan:

(a) berapakah perbelanjaan Kerajaan danswastauntukmenjayakan "Visit Malaysia Year 1994" dan apakah matlamat dasar tersebut dari segi jumlah pelancongan yang di­harapkan dalam tahun 1994 dan dari segi jumlah pendapatan kepada industri pelancongan negara bagi tahun tersebut berbanding dengan 1990;dan

(b) apakah kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh Kerajaan khasnyadari · segi mendapat kerjasama daripada • semua pihak yang terlibat dalam ; industri pelancongan.

Setiausaha Parlimen Kementerian · Kebudayaan, Kesenian dan' Pelancongan (Dato' Abdul Raman bin. Soliman): Tuan Yang di-Pertua, '

(a) Setakat ini perbelajaan Kerajaan' yang telah diperuntukkan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan untuk

1

melaksanakan program-program Tahun Melawat Malaysia I 994 bagi tahun-tahun I 992 dan 1993 ber- • jumlah RM42.8 juta. Bagi tahun • I 994 Kementerian masih lagi di peringkat mengadakan perundingan dengan Kementerian Kewangan.

Mengenai perbelanjaan oleh pihak swasta untuk Program Tahun, Melawat Malaysia 1994,' Kementerian ini tidak mempunyai maklumat mengenainya. Waiau 1

bagaimanapun, Kementerian !

percaya jumlah yang dibelanjakan '

1633 9 OGOS 1993 1634

oleh pihak swasta adalah besar kerana perbelanjaan tersebut melibatkan kos pembinaan kemudahan asas, pelancongan seperti pembinaan hotel-hotel, chalet, rumah rehat, pusat-pusat rekreasi dan lain-lain. Di samping itu pihak swasta juga dijangka terlibat di dalam membiayai bebe­rapa acara sepanjang tahun 1994 akan datang serta menaja beberapa program di bawah Tahun Melawat Malaysia 1994 seperti projek­projek pengiklanan melalui pembinaan billboard, banner, bunting clan penajaan rencana di akhbar-akhbar.

Program Tahun Melawat Malaysia 1994 dijangka dapat mencapai matlamat menarik seramai 7 juta pelancong yang akan melawat Ma­laysia dan dijangka akan dapat menghasilkan tukaran wang asing melebihi daripada RMS bilion.

(b) setakat ini tiada kesulitan yang dikenalpasti di dalam melaksanakan program Tahun Melawat Malaysia 1994. Kerajaan, khususnya Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan mem­perolehi sepenuh kerjasama dari semua pihak seperti Kerajaan­kerajaan Negeri, Kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan, pihak swastakhususnya yang terlibat terus di dalam industri pelancongan seperti syarikat-syarikat pengembaraan, pengusaha­pengusaha hotel chalet-chalet clan lain-lain lagi.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di­Pertua, soalan tambahan. Apakah pihak Kementerian bercadang memberikan galakan cukai kepada pihak swasta yang membuat promosi ataupun membuat bill­board untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia?

Dato' Abdul Raman bin Soliman: Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan memang bukan sahaja dari segi melaksanakan

promosi, tetapi dari segi pembinaan serta pembangunan fizikal juga Kerajaan mem­punyai pengecualian cukai-cukai tertentu, khususnyadi bawah cukai-cukai yang telah dilong~arkan oleh pihak Kerajaan melalui cukai-cukai yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.

Di samping itu, apa yang telah di­timbulkan oleh Yang Berhormat itu, bukan sahaja kita memberi pengecualian cukai­cukai tertentu seperti yang saya sebutkan tadi, kita juga memberi galakan-galakan lain seperti bantuan-bantuan mengenai perkara-perkara untuk khidmat nasihat kepada pihak swasta khususnya dalam melaksanakan pembinaan billboard dan sebagainya.

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI-BANTUAN

12. Tuan Shuib bin Endut minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah Kementerian sedar walaupun bantuan telah diberikan melalui Tabung Rumah Terbengkalai kepada pemaju perumahan namun masih ramai lagi pemaju-pemaju gaga! menyiapkan projek tersebut. Kalau sedar, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Yang Berhormat, berdasarkan maklumat-maklumat yang ada di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, daripada 101 projek yang di­luluskan oleh TPPT, kerja pembinaan se­benar bagi 56 projek be I um dimulakan lagi. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti pihak konsultan masih berunding untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak yang terlibat. Dokumen tender sedang disediakan oleh pihak konsultan, tender sedang dipanggil atau sedang diproses dan sebagainya. la bukan bermakna projek berkenaan gagal, tetapi hanya belum dimulakan.

1635 9 OGOS 1993 1636

Bagi mengatasi masalah-masalah ter­sebut, pihak TPPT akan terus mengambil tindakan mengawasi dan menyelaras tindakan-tindakan yang diperlukan meJalui konsultan-konsultan yang dilantik. Usaha­usaha ini memang agak rumit melibatkan soal perundangan serta memerlukan kerjasama serta tolak ansur daripada pelbagai pihak seperti tuan tanah, pemaju, bank, pemiutang, pembeli dan pihak berkuasa tempatan yang berkenaan.

LESEN TELEVISYEN-KUTIPAN

13. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Penerangan menyatakan:

(a) jumlah tunggakan lesen Televisyen bagi tahun 1990, 1991dan1992;

( b) tarikh cadang dan amaun kenaikan bayaran lesen Televisyen;

( c) tarikh cadangan implimentasi Rancangan TV4; dan

(d) adakah patut atau saksama menaikkan bayaran le sen Televisyen untuk menampung kerugian Kementerian memandangkan jumlah tunggakan yang tinggi tidak dikutip balik.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan (Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman): Tuan Yang di-Pertua, berpandukan kepadajumlah keluaran lesen Televisyen dan anggaran bilangan pengguna alat Televisyen yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, anggaran jumlah tunggakan lesen Televisyen yang tidak dibayar pada tahun 1990, 1991 dan 1992 adalah seperti berikut:

Tahun

1990 1991 1992

Pemilik TV Belum Membayar

l .13 juta orang 1.25 juta orang 1.57 juta orang

Jumlah(RM)

RM27 .12 ju ta RM35.00juta RM41.68juta

( b) Kenaikan bayaran lesen Televisyen masih di peringkat kajian. Oleh itu, Kementerian Penerangan belum ada sebarang keputusan dibuat dalam

hal ini.

(c) Stesen Televisyen TV4 dijangka akan beroperasi pada tahun 1994.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut perangkaan yang diberikan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi, jumlah tunggakan nampaknya bertambah dari setahun kesetahun. Kemungkinan ber­laku sedikit ketidakcekapan dari segi pengutipan. Jadi, apakah pihak Kementerian bercadang untuk men­swastakan kutipan lesen Televisyen ini.

Yang keduanya, apakah pihak Kementerian bercadang supaya bayaran lesen Televisyen ini dikenakan secara lump sum dan dimasukkan dalam harga peti Televisyen yang berkenaan?

Dato' Haji Fauzi bin Haji Abdul Rahman: Tuan Yangdi-Pertua, berkenaan dengan cadangan pertama, Kementerian akan mengkaji kemungkinan untuk men­swastakan kutipan yang dimaksudkan.

Berkenaan dengan bayaran lesen untuk dimasukkan dalam lump sum, sebenarnya Kementerian sedang mengkaji, mencari jalan agar dapat dipermudahkan lagi pem­bayaran lesen, kerana pada ketika ini Malaysia merupakan sebuah negara yang mengenakan bayaran lesen yang paling minimum kalau kita bandingkan dengan negara-negara Iain. Umpamanya di Singapura sudah mengenakan lebih dari­pada RMl 10 setahun. Mungkin oleh kerana pemilik televisyen ini merasakan terlalu kecil dan masa mereka terlalu sibuk. Kementerian perlu mencarijalan bagaimana kita boleh mempermudahkan pembayaran le sen TV. Di atas cadangan Yang Berhormat Senator tadi boleh juga diberi pertimbangan.

1637 9 OGOS 1993 1638

MATAPELAJARAN SAINS­KEMEROSOTAN PENYERTAAN

PELAJAR

14. Tuan Abdul Rashid bin Ismail

minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah dan tindakan Kementerian mengenai masalah para pelajar Tingkatan Em pat yang mengambil mata pelajaran sains merosot daripada 20% pada 1985 kepada 15% pada tahun 1991.

Timbalan Menteri Pendidikan (Dr. Fong Chan Onn): Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pendidikan sedang menyusun satu strategi untuk meningkatkan penyertaan pelajar sains di peringkat menengah. Beberapa peringkat Jawatankuasa Pendidikan Sains telah di­tu buhkan di beberapa Bahagian di Kementerian Pendidikan sebagai usaha penyelarasan ke arah pembentukan strategi untuk mencapai matlamat tersebut.

Di antara langkah yang diambil oleh pihak Kementerian untuk membantu pelajar-pelajar supaya maju dan berminat dalam matapelajaran sains ialah mem­perkenalkan kegiatan ko-kurikulum yang berunsurkan sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar di sekolah menengah ren­dah, menawarkan matapelajaran sains se­bagai satu mata pelajaran yang tersendiri dalam kurikulum sekolah rendah mulai sesi persekolahan 1994/1995. Di samping itu, KBSM juga mewajibkan pelajar-pelajar mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran sains sebagai mata pelajaran teras di Tingkatan 4.

KERACUNAN MAKANAN­JUMLAH KES DILAPORKAN

15. Tuan Ding Seling minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a)· bilangan kes keracunan makanan dilaporkan sehingga kini;

(i) bagi seluruh Malaysia;

(ii) bagi setiap negeri.

( b) bilangan keracunan makanan yang berakhir dengan kematian mereka yang terlibat;

( c) sebab-sebab keracunan makanan berlaku; dan

(d) langkah-langkah yang perlu di­ambil untuk mengelak keracunan makanan.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua,

(a) bilangan kes keracunan makanan yang dilaporkan untuk tahun 1992 ialah:

(i) bagi seluruh Malaysia se­banyak 963 kes.

(ii) bagi tiap-tiap negeri, bilangan ini ialah seperti berikut:

Negeri Kes

Sabah 99 Sarawak 41 Perl is Kedah 25 Pulau Pinang 57 Perak 283 Selangor 259 W.Persekutuan 14 Negeri Sembilan Melaka 9 Joh or 47 Pahang 37 Terengganu 85 Kelantan 7

(b) bilangan keracunan makanan yang berakhir dengan kematian ialah sebanyak dua kes akhir-akhir ini.

( c) keracunan makanan boleh berlaku disebabkan oleh:

(i) bakteria ataupun lain-lain hidupan halus yang merbahaya seperti E-Coli atau toksin yang dihasilkan oleh hidupan­hidupan halusdalam makanan.

(ii) bahan kimia yang digunakan dan dikeluarkan oleh industri.

1639 9 OGOS 1993 1640

(iii) toksin atau racun semulajadi seperti yang terdapat dalam setengah jenis makanan atau tumbuhan seperti cendawan dan ikan.

Di antara kumpulan-kumpulan yang telah pun disebutkan, bakteria atau toksin dalam makanan adalah masalah yang paling utama yang menyebabkan keracunan makanan.

(d) Langkah-langkah yang perlu di­ambil untuk mengelakkan keracunan makanan ialah mem­pertingkatkan usaha melalui dua strategi iaitu pelajaran, kesihatan dan penguatkuasaan undang­undang. Kementerian Kesihatan telah dan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, Kementerian Perumahan dan Kera­j aan Tempatan dan Persatuan­persatuan Pengguna serta media massa untuk memberi makluman serta pendidikan kebersihan maka­nan kepada murid-murid, guru sekolah, pengendali-pengendali makanan dan juga orang ramai. Kakitangan Kementerian Kesihatan juga telah pun memberi pendidikan kebersihan makanan kepada ibu­ibu yang datang dari pusat-pusat kesihatan dan klinik-klinik dari seluruh negara.

Pada tahun 1993, Kementerian Kesihatan telah pun melaksanakan kempen cara hidup iaitu kempen cara hidup sihat, dengan izin, health life style, yang bertemakan ke­bersihan makanan yang telah pun dilancarkan di seluruh negara se­cara berperingkat-peringkat.

Dari segi penguatkuasaan undang­undan g tertentu seperti Akta Makanan 1983 dan Peraturan­peraturan Makanan 1985, ianya memang sentiasadilaksanakan oleh penguasa-penguasa tempatan dan Kementerian Kesihatan. Bagai-

manapun,penguatkuasaaniniakan lebih diketatkan lagi pada masa­masa akan datang.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, untuk makluman ber­sama kita akan teruskan sehingga pukul 3.40 petang kerana kita telah kelewatan disebabkan oleh upacara Mengangkat Sumpah tadi. Sekarang saya menjemput Tuan Ghazali bin Embong.

PERDAGANGAN ANTARA MALAYSIA DAN PAPUA

NEW GUINEA

16. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah peluang baru yang diperolehi di PNG:

(a) berapakahjumlah dagangan antara Malaysia dan Papua New Guinea pada tahun 1989; dan

(b) apakah barangan yang boleh dieksport dari PNG.

Datuk S.S. Subramaniam: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Papua New Guinea merupakan pasaran baru bagi pelaburan dan barangan eksport Malaysia. Sungguhpun jumlah perdagangan antaraMalaysia dengan Papua New Guniea adalah kecil iaitu 0.04% dari­pada jumlah dagangan luar Malaysia dalam tahun 1992, arah aliran pertumbuhan perdagangan kedua-dua negara telah meningkatdi tahun-tahun kebelakanganini. . Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia

1

dengan Papua New Guniea telah meningkat dari RM40 juta dalam tahun 1989 kepada RM87 juta dalam tahun 1992. Ini menun­jukkan pertumbuhan purata tahunan se­banyak 30%.

Peluang bagi barangan eksport Malaysia ke Papua New Guinea ter­masuklah bahan-bahan binaan, barang makanan, barang elektrik, mesin menuai, meter air, paip air, tayar jentera pengalih tanah, tayar Jori balak, ubat-ubatan, rokok, barangan besi-keluli, barang-barang

1641 9 OGOS 1993 1642

plastik, tekstil, pakaian dan kasut dan baja. Barangan yang boleh dieksport dari PNG ke Malaysia (import dari PNG) antara lain termasuklahkopi, koko, teh, keluaran kayu, kapas. minyak sayuran, makanan haiwan dan sumber-sumber galian.

MTUC-PINDAAN PERLEMBAGAAN

UNTUK MENGURANGKAN TINDAKAN KETERLALUAN

17. Tuan Saidin bin Mohamed minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan akan meminda Perlembagaan bagi mengurang tindakan-tindakan MTUC yang keterlaluan dan boleh menjejaskan per­kembangan ekonomi negara dan per­paduan masyarakat.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam N egeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, soalan ini tidak menjelas­kan sama ada perkataan Perlembagaan itu bermakna Perlembagaan Negara ataupun Perlembagaan MTUC. Waiau bagai­manapun,jawapannya ialah Kerajaan tidak bercadang untuk mengambil tindakan sedemikian.

USAHA WAN KECIL BUMIPUTERA - BANTUAN KEWANGAN

18. Tuan Haji Abdul Salam bin Awam mintaMenteri Kewangan menyatakan oleh kerana banyak bank-bank dan institusi kewangan tidak begitu terbuka untuk membantu usahawan-usahawan Bumiputera yang kekurangan modal, maka adakah Kerajaan bercadang untuk mencari alternatif lain bagi memastikan usahawan­usahawan ini mendapat kemudahan kredit supaya mereka dapat bersaing dengan usahawan-usahawan lain yang jauh lebih ma ju.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, se­bagaimana yang kita semua sedia maklum, kegiatan utama bank-bank dan institusi kewangan yang lain ialah memberi pinjaman wang. Tetapi pinjaman yang

diberikan itu perlu dikeluarkan dengan syarat-syarat yang tertentu kerana tidak semua pelanggan boleh dianggap berkemampuan untuk membayar balik pinjaman. Syarat-syarat tertentu dikenakan oleh bank-bank bagi menjamin keselamatan kumpulanwang mereka.

Oleh hal yang demikian, terdapat per­mohonan-permohonan pinjaman yang di­tolak. Waiau bagaimanapun, bagi me­mastikan bumiputera mendapat kemudahan pembiayaan yang sewajarnya dalam bi dang perniagaan dan perusahaan, beberapa tabung khas telah ditubuhkan supaya bumiputera mendapat sumber pinjaman dengan lebih mudah dan murah daripada institusi-institusi kewangan.

Semenjak tahun 1973,Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan garis panduan pemberian pinjaman untuk di­patuhi oleh bank-bank perdagangan dan syarikat-syarikat kewangan di mana mereka dikehendaki memperuntukan sejumlah wang tertentu untuk pinjaman kepada masyarakat bumiputera. Di bawah garis panduan tersebut, Bank Perdagangan dan Syarikat-syarikat kewangan dikehendaki menyalurkan sekurang-kurang 20% dari­pada jumlah pinjaman terkumpul mereka kepada bumiputera.

Setakat 30hb. Jun, yang lalu bank perdagangan dan syarikat kewangan telah mematuhi sepenuhnya jumlah minimum tersebut, di mana masing-masing telah mengeluarkan pinjaman kepada bumiputera sebanyak RM3l,171 juta dan RMI3,374.4 juta.

Untuk menggalakkan usahawan kecil dan sederhana bumiputera mendapat sum­ber kewangan, berbagai skim telah di­adakan. Misalnya, di bawah Tabung U saha­wan Baru yang dilancarkan pada tahun 1989, sehingga kini 959 usahawan bumi­putera telah pun diberikan pinjaman yang berjumlah RM254.4 juta. Selain daripada itu, di bawah Tabung Kemudahan Usaha­wan, seramai 376 orang usahawan bumi­putera telah diberikan bantuan yang ber­jumlah kira-kira RM685 juta.

1643 9 OGOS 1993 1644

Skim-skim yang sedia ada pada pandangan Kerajaan dirasakan mencukupi untuk menampung keperluan pembiayaan di kalangan kaum bumiputera pada masa ini. Waiau bagaimanapun, dari masa ke semasa Kerajaan akan mengkaji skim-skim yang sedia ada bagi memastikan kaum bumiputera akan mendapat faedah yang sewajarnya daripada skim-skim yang di­sediakan itu.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Masalahnya ialah usahawan-usahawan ini kadangkala tidak mendapat pinjaman daripada bank, sungguhpun mengikut garispanduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara, adalah kurang pandai menjaga masalah keraian terhadap pegawai-pegawai bank. Dapatkah Kerajaan memastikan supaya masalah keraian ini tidak dimestikan di peringkat pegawai-pegawai bank-maksud saya seperti pergi keluar makan malam, minum dan sebagainya.

Tuan Mustapa bin Mohamed: Pada umumnya, pinjaman adalah berdasarkan kepada sandaran yang dikemukakan, serta juga viability, dengan izin, projek-projek yang akan diusahakan dan Kementerian tidaksedarbahawakeraianjugamemainkan peranan dalam menentukan sama ada sesuatu pinjaman itu dapat diluluskan ataupun tidak.

Dalam hal ini, sekiranya ada kes-kes tertentu dan spesifik, di mana pinjaman ditolak atas asas bahawa bumiputera tidak memberi keraian, umpamanya, kepada pegawai-pegawai bank, maka sukacita sekiranya Yang Berhormat dapat mengemukakan kes tersebut kepada Kementerian untuk siasatan lanjut.

PENYAKIT AIDS-KAW ALAN

19. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros min ta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada AIDS sudah dapat dikawal di negara ini sebab ancaman penyakit AIDS di negara­negara maju seperti Amerika sudah meningkat menjadi penyakit yang kedua membunuh rakyat Amerika.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini kadar kejadian penyakit AIDS di negara ini masih lagi rendah, walaupun terdapat per­tambahan bilangan mereka yang dijangkiti jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain. Tetapi penyakit ini semakin ber­tambah setiap tahun dan akan terus meningkat selagi mereka, terutama anak­anak muda yang berumur di antara 15 tahun hingga 25 tahun, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Maka dengan itulah Kerajaan telah pun melancarkan program "healthy life style", dengan izin, untuk memberi pendidikan kepada orang ramai, terutamanya anak-anak muda supaya tidak terlibat dan dapat menukar gaya hidup mereka kepada gaya hidup yang lebih sihat.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, berapa ramai orang yang mengidap penyakit AIDS telah mati dan mayatnya adakah dibakar?

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, setakat ini lebih dari 60 yang mengidap penyakit AIDS ini telah pun meninggal dunia, tetapi may at masing­masing itu dikendalikan mengikut agama masing-masing dan sebelum mereka dikebumikan, pegawai-pegawai kesihatan daripada hospital yang berdekatan akan memberi nasihat dan kadang-kadang mengendalikan mayat itu sendiri supaya tidak berlaku jangkitan secara accidental, dengan izin, kepada orang-orang yang tidak mengetahui cara-cara mengendalikan may at tersebut, kerana difahamkan apabila seseorang yang mati kerana penyakit AIDS, lelendir di badannya akan keluar dan mungkinjika salah pengendalian, penyakit mayat tersebut mungkin akan terjangkit kepada orang yang mentadbirkannya. Setakat ini, oleh kerana arahan-arahan telah pun dikeluarkan dan garispanduan telah pun diikut belum ada kes-kes yang di­laporkan yang berkaitan dengan jangkitan yang berkenaan.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekian pertanyaan­pertanyaan untuk Jawab Mulut.

1645 9 OGOS 1993 1646

(Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan bagilawabMuluttelahcukupdanlawapan bagi Pertanyaan No. 20 hingga 53 adalah diberi di bawah ini)

BEBOLAIKAN-CAMPURAN DAGING KHINZIR

20. Tuan Haji Abd. Salam bin Awang min ta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah benar bebola ikan (fish ball) yang terdapat di pasaran sekarang bercampur dengan daging khinzir (babi) sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Jika dak­waan itu benar, bagaimanakah caranya mengenal sama ada bebola ikan itu halal atau tidak.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Tuan Yang di-Pertua, berikutan pendedahan melalui media massa bahawa terdapatnya bebola ikan di pasaran mengandungi daging khinzir (babi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah membuat pemeriksaan ke atas 2173 tempat membuatdan menjual bebolaikan di seluruh negara. Dalam pemeriksaan tersebut, se­banyak 393 contoh bebola ikan telah di­ambil dan dikemukakan ke Jabatan Veterinar dan Jabatan Kimia untuk di­cerakinkan. Laporan cerakinan mendapati bahawa bebola ikan tersebut tidak mengandungi daging khinzir (babi) sepertimana yang didakwa. Dengan demikian, dakwaan yang men ye but bahawa terdapatnya bebola ikan di pasaran men­gandungi daging khinzir (babi) adalah tidak benar. Waiau bagaimanapun, pemeriksaan dan pengambilan contoh­contoh bebola ikan masih diteruskan di seluruh negara.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian peka dan meman­dang berat isu yang berhubungkait dengan pengeluaran dan penjualan makanan khususnya makanan yang mana orang­orang Islam boleh memakannya. Dalam

menangani masalah ini serta memastikan isu seperti ini tidak berbangkit lagi, Kementerian telah, sedang dan akan mengambil langkah-Iangkah berikut:

(i) mempergiatkan pemeriksaan di tempat membuat dan menjual makanan khususnya yang boleh dimakan oleh orang-orang Islam bagi menentukan bahan-bahan yang digunakan serta cara pemerosesan­nya adalah dibenarkan oleh Hukum Syarak memakannya;

(ii) mengadakan sesi penerangan, dia­log, ceramah dan sebagainya dengan pengusaha-pengusaha makanan dan peniaga-peniaga akan kehendak dan peruntukan undang­undang berhubungkait dengan makanan bagi orang-orang Islam;

(iii) bekerjasama dengan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri melaksana dan menguatkuasakan undang-undang berhubung dengan perbahasaan halal sepenuhnya;

(iv) mengkaji undang-undang yang sedia ada mengenai perbahasaan halal bagi tujuan memperketat dan memperkemaskannya; untuk meliputi:

(a) mewajibkan perbahasaan halal hanya boleh digunakan setelah mendapat kelulusan daripada Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri;

(b) makanan yang dikeluarkan bagi orang-orang Islam disedia bungkus dan dilabelkan dengan butiran-butiran tertentu seperti bahan mentah yang digunakan, nama dan alamat pengeluar dan sebagainya; dan

(c) mengadakan peruntukan hukuman penjara mandatori bagi sesiapa yang sabit kesalahan.

1647 9 OGOS 1993 1648

Adalah dipercayai bahawa dengan tindakan-tindakan yang telah, sedang dan akan diambil itu, maka pengeluaran maka­nan khususnya bagi orang-orang Islam akan lebih terjamin dari segi Hukum Syarak dan orang ramai yakin memakannya.

AKT A PEMBAHAGIAN 1958 (AKTA 300)

21. Puan Kian Sit Har minta Menteri Undang-undang menyatakan sama ada kajian dijalankan untuk meminda Akta Pembahagian 1958 (disemak 1983) Akta 300 Undang-undang Malaysia, bertujuan pembahagian harta secara adil bagi duda (isteri meninggal dunia) dan janda (suami meninggal dunia).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Undang-undang (Dato' Syed Hamid bin SyedJaafar ): Tuan Yang di-Pertua, soalan daripada Yang BerhormatPuan Kian Sit Har adalah hampir sama dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tuan V.K. Sellappan untuk 10 Ogos, 1993 dan oleh yang demikian saya ingin mengambil peluang ini untuk men­jawab kedua-dua soalan tersebut.

Kerajaan sedar atas peruntukan-perun­tukan yang terdapat dalam Akta Pemba­hagian 1958 (Akta 300). Mengikut Akta, pembahagian harta pusaka Simati bukan Islam tanpa wasiat adalah sebagaimana dinyatakan dalam Akta itu. Waiau bagaimanapun, Kerajaan akan mengkaji dengan teliti sebelum cadangan pindaan kepada Akta itu dibuat.

PUSAT KESIHATAN KECIL DI SARA WAK-JUMLAH PESAKIT

22. Tuan Ding Seling minta Menteri Kesihatan menyatakan berapakah bilangan pesakit-pesakit:

(a) yang dirawati di Pusat Kesihatan (klinik) di Long Lamah, Baram antara 1-1-1992/30-6-1993;

(b) yang dirawati di Hospital Mission (klinik) di Long San, Baram dalam tempoh masa yang sama (1-1-1992-3-6-1993); dan

( c) yang dimaksud dalam soalan a & b di atas, berapakah yang terpaksa dirujuk kepada hospital seperti Marudi, Miri, Kuching atau Kuala Lumpur.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, jumlah pesakit di­rawat:

(a) Pusat Kesihatan Kecil Long Lamah, Baram: 13,803 kes.

(b) Pusat Kesihatan Kecil Long San Mission Hospital: 9,539 kes.

(c) Jumlah kes yang dirujuk ke Hospital dari 1 Januari 1992 hingga 30-6-1993:

Pusat Kesihatan Kecil Long Lamah: 293

Long San Mission Hospital: 174

Jumlah kes dirujuk dari Marudi Hospital ke Hospital Umum Miri, Sibu dan Kuching dari l Januari 1992 hingga 30-6-1993 adalah:

Dari Marudi Hospital ke:

(i) Miri Hospital: 140 kes

(ii) Sarawak General Hospital: 20 kes

(iii) Lau King Howe Hospital, Si bu: 28 kes

TELEFON-KOS PERKHIDMATAN DI LUAR

BANDAR

23. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah mintaMenteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan adakah beliau sedar kos untuk mengadakan perkhidmatan telefon biasa bagi kediaman di luar bandar

1649 9 OGOS 1993 1650

telah meningkat naik sejak Telekom di swastakan berbanding dengan masa sebelumnya, dan orang-orang kampung pada masa ini terpaksa berfikir tiga kali sebelum memasuki khidmat telefon ke rumah mereka. Jika ya, dengan cara apakah be Ii au dapat ringankan kos untuk mendapat khidmat telefon.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kos perkhidmatan telefon bagi kawasan-kawasan luar bandar telah berkuatkuasa sejak iadiwartakan pada tahun 1985 dan tidak berubah sejak dari masa itu. Sewa telefon di kawasan-kawasan luar bandar adalah lebih tinggi kerana sewa ini bergantung kepada muatan ibusawat dan jarak jauh pelanggan berkenaan dari ibusawat yang jelas dinyatakan dalam panduan telefon.

Waiau bagaimanapun, Kementerian saya bersama-sama dengan Jabatan Telekom Malaysia sedang mengkaji cadangan tarif baru dari Telekom Malaysia Berhad meliputi kadar sewa di kawasan-kawasan luar bandar supaya kadar yang lebih rendah dan munasabah dapat ditetapkan.

PESA WAT MIG 29 DAN FIA 18D HORNET

24. Puan Rajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) adakah Kerajaan akan mengkaji semula keputusan pembelian pe­sawat pejuang MIG 29 dan FIA l 8D Hornet sekiranya pihak pem­bekal gaga! memenuhi syarat-syarat peralatan dan teknikal mengikut keperluan TUDM;

(b) apakah pilihan yang Kerajaan ada sekiranya keputusan pembelian pesawat-pesawat tersebut terpaksa dibatalkan; dan

( c) apakah cadangan Kerajaan terhadap penggunaan pesawat A4 Skyhawk dan F5E setelah penggunaan pe­sawat baru tersebut digunakan.

Menteri Pertahanan (Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Kerajaan akan membatalkan cada­ngan perolehan pesawat-pesawat MIG 29 dari Russia dan FIA 18D Hornet dari Amerika Syarikat sekiranya pihak pembekal tidak dapat memenuhi keperluan spesi­fikasi dan teknikal seperti yang dikehendaki.

( b) Kerajaan mempunyai pilihan untuk mengkaji jenis-jenis pesawat lain asalkan sesuatu pilihan itu boleh memenuhi keperluan teknikal TUDM serta memenuhi syarat­syarat lain yang dikehendaki oleh Kerajaan.

(c) Kerajaan belum lagi mempunyai apa-apa cadangan mengenai apa­apa pesawat-pesawat A4 Skyhawk danF5E. Pesawat-pesawatini terus digunakan oleh TUDM.

KELAS-KELAS PRA SEKOLAH

25. Puan Habshah binti Haji Osman minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) tentang institusi pra sekolah yang berkembang dengan pesat tetapi guru-guru yang terlatih dalam pendidikan awal ini amatlah kurang. Apakah langkah-langkah Kementerian bagi mengatasi hal ini terutama di sektor swasta; dan

(b) pusat-pusat pra sekolah itu menggunakan pelbagaijenis bahasa pengantar. Apakah dasar Kementerian dalam hal ini.

1651 9 OGOS 1993 1652

Menteri Pendidikan (DatukAmar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud):

(a) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan hanya membekalkan guru untuk kelas­kelas pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan sahaja. Wal au bagaimanapun satu model Struktur Latihan Guru Pra Sekolah bagi melatihjurulatih untuk tenaga pengajar di kelas-kelas pra sekolah anjuran agensi-agensi Kerajaan yang lain telah dibentuk dengan kerjasama KEMAS dan Jabatan Perpaduan Negara. Mengenai masalah kekurangan guru pra sekolah di sektor swasta adalah menjadi tanggungjawab pihak berkenaan untuk mengatasinya. Kementerian Pendidikan tidak membekalkan guru atau menganjur­kan latihan perguruan kepada pihak swasta tetapi hanya membekalkan Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah.

(b) Penggunaan bahasa pengantar di tadika tidak dikawal ketat kerana pendidikan di peringkat itu bukan pendidikan formal. Pendidikan pra sekolah Iebih merupakan usaha­usaha bagi menyesuaikan kanak­kanak daripada perseki taran keluarga ke alam persekolahan. Oleh itu, tadika-tadika itu bolehlah menggunakan bahasa yang mudah difaham oleh kanak-kanak itu.

PEMERIKSAAN KESIHATAN DI HOSPITAL-PENYELEWENGAN

26. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah Kementerian mensyaki ada penyelewengan yang berlaku semasa mengadakan pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital swasta:

(a) adakah Kementerian mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap hospital-hospital swasta ini;

(b) jika ada berapakah bilangan kes yang telah didapati salah; dan

( c) apakah tindakan yang telah dan akan diam bi I oleh Kementerian terhadap hospital-hospital swasta melakukan pemeriksaan palsu.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Tuan Yang di-Pertua, pemeriksaan kesihatan boleh dijalankan oleh pengamal perubatan yang berdaftar sama ada di klinik swasta, hospital swasta, klinik kerajaan ataupun hospital kerajaan. Pengamal perubatan yang berdaftar tersebut dipertanggungjawabkan di atas kesahihan sesuatu pemeriksaan kesihatan. Sehingga kini tiada maklumat atau aduan secara rasmi mengenai penyelewengan yang berlaku semasa mengadakan pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital swasta.

(a) Berhubung dengan perkara di atas, pihak Kementerian belum pernah mengadakan pemeriksaan mengejut terhadap mana-mana hospital-hos­pital swasta untuk membuktikan adanya penyelewengan yang ber­laku semasa mengadakan pe­meriksaan kesihatan di hospital­hospital tersebut.

(b) Tiada berkaitan kerana tiada kes hingga kini.

(c) Sekiranya ada aduan secara rasmi diterima, pihak Kementerian dan Majlis Perubatan Malaysia akan menyiasat mengenai aduan ter­sebut di mana perbuatan pengamal perubatan berdaftar yang memalsukan pemeriksaan kesihatan tersebut adalah bertentangan dengan Kod Etika Perubatan.

KERENAH BIROKRASI DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN

27. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah Kementerian sedar bahawa

1653 9 OGOS 1993 1654

kerenah birokrasi dalam pentadbiran Kerajaan boleh menghalang hasrat Kerajaan melahirkan guru yang lebih inovatif, kreatif dan imaginatif.

Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhorrnat, tidak ada sebarang kerenah birokrasi berlaku di Kementerian Pendidikan. Oleh yang demikian tidak timbul soal kerenah birokrasi boleh menghalang guru-guru daripada menjadi lebih imiginatif, inovatif dan kreatif. Bahkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran yang berkaitan menggalakkan sifat-sifat tersebut diamalkan oleh guru­guru di sekolah-sekolah.

ALAM SEKITAR-MATA PELAJARAN KHUSUS BAGI

PENJAGAAN

28. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kementerian bercadang menjadikan mata pelajaran "Penjagaan Alam Sekitar " dalam bentuk yang lebih khusus, sebagai satu mata pelajaran di sekolah-sekolah sejajar dengan usaha Kerajaan menanamkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia.

Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pendidikan amat peka dengan usaha Kerajaan menanamkan semangat cintakan alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia. Justeru itu hal ini telah disisipkan ke dalam semua mata pelajaran di sekolah. Walaupun begitu pengetahuan mengenai "Penjagaan Alam Seki tar" tidak dijadikan sebagai mata pelajaran khusus.

SUKAN-PENGLIBATAN BERBAGAI KAUM

29. Dato' Soong Siew Hoong minta Menteri Perpaduan Negara dan Pem­bangunan Masyarakat menyatakan:-

(a) apakah tindakan yang tel ah dan akan diambil untuk mempergiatkan lagi kegiatan-kegiatan berbilang kaum

dalam bidang-bidang sukan, kebudayaan dan lain-lain kegiatan sosial agar dapat menggalakkan perpaduan negara; dan

(b) dalam ha! ini, adakah pihak Kementerian bercadang tidak menggalakkan lagi penubuhan badan-badan sosial perkauman.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Napsiah binti Omar):

(a) Kementerian saya melalui Jabatan Perpaduan Negara menganjurkan program di bawah Rukun Tetangga untuk menggalakkan perpaduan negara. Pemupukan semangat per­paduan dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti Rukun Tetangga yang meliputi beberapa bidang seperti sukan, rekreasi, sosial, kebudayaan, kebajikan, kesihatan dan alam sekitar. Pada tahun 1993 ini iaitu sehingga bulan Jun sebanyak 3376 aktiviti telah dilaksanakan.

Penyertaan ramai penduduk dari­pada berbilang keturunan adalah diberi penekanan. Melalui aktiviti­aktiviti Rukun Tetangga penduduk dapat berkenal-kenalan, berinteraksi dan bekerjasama di antara satu sama lain. Peluang ber­interaksi di kalangan penduduk setempat ini akan membolehkan masyarakat sejiran bertemu dan menjalin perhubungan yang rapat dan kukuh serta menjalankan dan menyertai kegiatan-kegiatan bagi faedah bersama. Dengan kekera­pan aktiviti-aktiviti sedemikian adalah diharapkan semangat kejiranan dan persaudaraan dapat diwujudkan dan diperingkatkan lagi di kalangan masyarakat setempat.

(b) Pada masa ini Kementerian saya belum mencadangkan supaya tidak menggalakkan lagi penubuhan

1655 9 OGOS 1993 1656

badan-badan sosial bercorak perkauman selagi badan-badan tersebut mengamalkan kegiatan­kegiatan yang sihat dan tidak ber­canggah pula dengan Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Waiau bagaimana­pun untuk mengekalkan perpaduan dan keharmonian perhubungan kaum di negara ini, Kerajaan dari masa ke semasa akan sentiasa mengawasi kegiatan badan-badan tersebut bagi memastikan kegiatan yang dijalankan tidak akan menimbulkan keadaan tidak senang terhadap mana-mana kaum/ masyarakat di negara ini.

KES JENAYAH-BILANGAN PEMUDA DAN PEMUDI

YANG TERLIBAT

30. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) bilangan Pemuda dan Pemudi yang ditahankan dalam kes jenayah ini dalam dua tahun yang lalu mengikut golongan yang berumur antara 13-19 dan 20-40;

( b) jenis kes jenayah dan bilangan yang terlibat mengikut pecahan negeri.

Menteri Dalam Negeri (Dato' Seri Dr.Mahathir bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seseorang yang ditahan dalam sesuatu kes jenayah boleh dikatogerikan kepada 3 kumpulan umur iaitu:

(i) Kumpulan yang berumur di­antara 10 hingga 18 tahun. Jika disabitkan kesalahan, mereka dipanggil sebagai pesalah juvana;

(ii) Kumpulan yang berumur di­antara 18 hingga 21 tahun. Jika disabitkan kesalahan, mereka dipanggil sebagai Penjenayah Remaja; dan

(iii) Kumpulan yang berumur di­antara 21 tahun ke atas. Jika disabitkan kesalahan, mereka dipanggil sebagai Penjenayah.

Untuktahun 1991dan1992,seramai 24,012 orang pemuda dan pemudi merangkumi ketiga-tiga kumpulan diatas terlibat dalam kes jenayah.

(b) Jenis-jenis jenayah yang paling banyak dilakukan pada tahun 1991 dan 1992 ialah lain-lain curi meli­batkan sebanyak 10,359 kes; Mencederakan Manusia sebanyak 3,117 kes; Pecah Rumah Dan Curi Malam Hari sebanyak 2,996 kes; Curi Kenderaan sebanyak2,358 kes; Samun Tanpa Senjatapi sebanyak 1,409 kes; Pecah Rumah dan Curi Siang Hari sebanyak 1,382 kes; Rogol sebanyak 1,032 kes dan Bunuh sebanyak 730 kes. Lain-lain kes yang terlibat adalah agak kecil iaitu kurang daripada 500 kes untuk kedua-dua tahun.

Jumlah orang yang terlibat bagi jenayah-jenayah berkenaan bagi tempoh yang sama ialah sebanyak 25,129 orang.

PENUNTUT-PENUNTUT MALAYSIA

DI UNITED KINGDOM­PERTEMUAN DENGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN

NEGARA

31. Datin Hajah Wan Intan binti Wan Ahmad Tajuddin minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada beliau sedar bahawa:

1657 9 OGOS 1993 1658

(a) terdapat rungutan di kalangan penuntut-penuntutkita yang sedang menuntut di United Kingdom di bandar-bandar yang jauh daripada Kota London bahawa pegawai­pegawai di Jabatan Penuntut Malaysia tidak pernah melawat ke tempat-tempat mereka untuk ber­tanya khabar masalah-masalah mereka, tetapi sebaliknya akan membuat lawatan apabila berlaku sesuatu hal atau dijemput untuk menghadiri sesuatu upacara;

(b) penuntut-penuntut tersebut sering kali berharap mereka berpeluang bertemu dengan pemimpin­pemimpin negara yang membuat lawatan ke United Kingdom, tetapi pertemuan seperti itu walaupun diadakan di London tidak di­umumkan kepada mereka.

Jika sedar, nyatakan sama ada menjadi dasar Jabatan Penuntut Malaysia di London untuk tidak menjemput penuntut­penuntutdari luar London. Jika ya, nyatakan sama ada beliau akan membuat sesuatu untuk membetulkan keadaan.

Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pegawai-pegawai Jabatan Penuntut Malaysia mempunyai program­program lawatan yang tertentu untuk meninjau masalah-masalah pelajar di luar kota London. Pegawai Jabatan Penuntut Malaysia London sememangnya tel ah diarah untuk berbuat demikian. Waiau bagaimanapun memandangkan penempatan pelajar-pelajar Malaysia di luar kota London agak bertaburan, maka ada tempat-tempat yang tidak diliputi secara langsung di dalam lawatan tersebut kerana kesuntukan masa dan sebagainya. Waiau bagaimana pun pegawai-pegawai Jabatan

Penuntut Malaysia akan melawat pelajar-pelajar secara bergilir-gilir di dalam program mereka ke tempat-tempat tersebut.

(b) Para penuntut Malaysia sememangnya berpeluang untuk bertemu dengan pemimpin­pemimpin negara semasa pemimpin-pemimpin tersebut membuat lawatan ke United Kingdom. Mengikut pengetahuan Kementerian Pendidikan apabila sesuatu pertemuan itu hendak diadakan, pengumuman akan dibuat kepada semua penuntut sama ada di dalam atau di luar London. Justeru itu dakwaan yang mengatakan pengumuman tidak disebarkan kepada mereka adalah tidak benar.

KERETA DIESEL PERSENDIRIAN­

PENGURANGAN CUKAJ JALAN

32. Tuan V.K. Sellappan minta Menteri Pengangkutan menyatakan memandangkan bahawa ramai yang ber­pendapat bahawa Cukai Jalan dikenakan kepada kereta diesel persendirian adalah tinggi, adakah Kementerian berhasrat untuk mengurangkan cukai jalan bagi kereta-kereta diesel persendirian dan jika tidak mengapa.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, Cukai jalan bagi kereta yang menggunakan minyakdie­sel adalah tinggi berbanding dengan cukai jalan kereta yang sama yang menggunakan minyak petrol. Bagaimana pun, harga minyak diesel adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan harga min yak petrol. Dengan itu, Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan cukai jalan bagi kereta­kereta diesel persendirian tersebut.

PELAJAR BUMIPUTERA YANG TIDAK MINAT BELAJAR­

KAJIAN RAMBANG

33. Tuan Abdul Rashid bin Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah langkah dan tindakan Kementerian

1659 9 OGOS 1993 1660

mengenai kajian rambang Jabatan Pendidikan Selangor yang mendapati 96% pelajar Bumiputera tidak minat belajar.

Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kajian yang menyentuh kadar pelajar Bumiputera yang dikatakan 96% daripadanya tidak minat belajar merupakan satu kajian kasar yang dibuat di negeri Selangor. Kajian ini merupakan kajian rambang sahaja dan ia memerlukan banyak penelitian dan kajian lanjut untuk memastikan kesahihan hasilnya.

LAPANGAN TERBANG TAIPING -PENERBANGAN DOMESTIK

34. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah dan bila lapangan terbang Taiping akan digunakan untuk tujuan penerbangan domestik dan sebab-sebab mengapa tidak.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini, Kerajaan tiada rancangan untuk menggunakan padang terbang di Taiping itu untuk penerbangan berjadual dalam negeri. Ini memandangkan di Negeri Perak, sudahpun terdapat lapangan-lapangan ter­bang lain yang digunakan seperti Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh dan Padang Terbang Pangkor yang telah mula digunakan pada 7 Ogos 1993.

PERKHIDMATAN POLIS/ TENTERA­

LANGKAH MENGGALAKKAN BUKAN BUMIPUTERA

35. Tuan Chong Chu Siong minta Menteri Pertahanan menyatakan:

(a) apakah caranya untuk meng­galakkan rakyat Malaysia bukan Bumiputera untuk menyertai perkhidmatan polis dan tentera; dan

(b) adakah Kementerian bercadang melancarkan program "Khidmat Nasional" setakat ini.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua,

(a) A TM telah menjalankan beberapa langkah dan pendekatan secara menyeluruh untuk menggalakkan belia tampil berkhidmat dalam ATM. Antara langkah-langkah yang dijalankan adalah seperti berikut:

(I) Memberikan pendedahan kepada para belia khususnya pelajar-pelajar mengenai Organisasi ATM, peluang­peluang kerjaya dan lain-lain kemudahan yang boleh di­sediakan oleh A TM. Perkara

·ini dilaksanakan dengan mengadakan program ceramah di sekolah-sekolah menengah diseluruhMalaysiayangmana program ini telah dijadikan aktiviti sepanjang tahun.

(2) Memperluaskan program merekrut anggota-anggota tentera dengan menyiarkan rancangan-rancangan pengambilan untuk pegawai dan lain-Iain pangkat di dalam media massa, radio dan akhbar­akhbar tempatan seperti New Straits Times, Berita Harian, Utusan Malaysia, Sin Chew Jit Poh dan Tamil Nesan. Penye­baran ini dibuat masa ke se­masa sebelum program- pro­gram pengambilan m1

dilaksanakan.

(3) ATM juga mengambil bahagian di dalam pameran­pameran kerjaya yang dianjur­kan oleh Pertubuhan­Pertubuhan Sukarela di Institut-institut Pengajian Tinggi.

(b) Kerajaan berpendapat bahawa rancangan mewajibkan rakyat Malaysia berkhidmat dalam ATM masih belum sesuai dilaksanakan.

1661 90GOS 1993 1662

Kerajaan berpendapat A TM yang ada sekarang mempunyai ke­mampuan untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman tanpa memerlukan kerahan tenaga seluruh rakyat.

TENTERA LAUT/INFANTRI­MENINGKATKAN KEUPAYAAN

36. Dato' K. Vijayanathan minta Menteri Pertahanan menyatakan me­mandangkan kepada fakta bahawa Angkatan Udara telah diperkuatkan secara agak besardengan pembelian kapalterbang­kapalterbang Amerika dan Russia adakah apa-apa rancangan dan jika sedemikian apakah rancangan-rancangan untuk meningkat mutunya dan membaiki Infantri dan Angkatan Laut bagi pertahanan negara.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, sejajar dengan keperluan pertahanan negara, perancangan telah dibuat untuk meningkatkan keupayaan pertahanan negara baik dari segi pertahanan darat, laut dan udara.

Rancangan-rancangan untuk meningkatkan mutu dan membaiki pasukan Infantri adalah seperti berikut:

(a) Melengkapkan pasukan Infantri dengan senjata baru jenis STEYR. Pasukan Infantri sekarang sedang menggunakan senjatarifel jenis Colt M16.

(b) Meningkatkan keupayaan "anti tank".

(c) Menubuh dan melengkapkan satu kumpulan briged Infantri sebagai pasukan payung terjun dan 2 X pasukan Infantri sebagai unit mekanise.

Dari segi TLDM perancangan telah dibuat untuk meningkatkan keupayaan TLDM iaitu dengan:

(a) Usaha meningkatkan dan me­modenkan eset-eset TLDM yang wujud sekarang.

(b) Perolehan 2 friget yang sedang dalam pembinaan di Limbungan Yarrow United Kingdom.

( c) Rancangan perolehan 27 buah kapal PV bagi menggantikan kapal-kapal ronda yang telah lama usianya.

( d) Rancangan perolehan kapal selam.

( e) Rancangan perolehan pesawat helikopter generasi baru sebagai "force multiplier".

Tuan Yang di-Pertua, keputusan pem­belian 18 buah pesawat MIG 29 dari Russia dan 3 buah pesawat F l 8D dari Amerika telah dibuat oleb Kerajaan berdasarkan keperluan mewujudkan keupayaan per­tahanan udara. Tu juannya antara lain adalah untuk meningkatkan kemampuan serangan dan pintas serta menjalankan peranan per­tahanan udara oleh TUDM.

BAHASA INGGERIS-PENGUA­SAAN

DI KALANGAN PELAJAR

37. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Pendidikan menyatakan sejauh mana kesan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di capai sejak usaha meningkatkan penggunaan bahasa ini dilakukan oleh Kerajaan melalui sekolah­sekolah. Adakah Kerajaan berpuas hati dengan kadar kemajuannya berbanding kadar masa lalu.

Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Haji Daud: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, ber­bagai-bagai langkah telah dan sedang di jalankan oleh Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Di antaranya ialah menambah bilangan dan kemahiran guru-guru dan menjalankan berbagai-bagai program Bahasa Inggeris di sekolah. Kerajaan berpuas hati kerana ter­dapat perubahan dari segi prestasi peperiksaan. Dalam peperiksaan SRP misalnya, pencapaian bagi Bahasa Inggeris

1663 9 OGOS 1993 1664

telah meningkat hampir 6% sejak tahun 1990, manakala bagi SPM pula ia telah meningkat hampir 2%. Namun demikian usaha akan terus diambil untuk meningkatkan prestasi pelajardalam bi dang ini.

PARABOLATV­PERMOHONAN LESEN

38. Tuan Haji Shuib bin Endut minta Menteri Tenaga, Telekom dan Pos menyatakan kenapa begitu susah sekali­permohonan hendak mendapat lesen "pa­rabola" sedangkan Kabinet telah meluluskannya, dan apakah syarat­syaratnya bagi seseorang memohon lesen parabola TV itu.

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan Yang di-Pertua, pada masa ini Kerajaan hanya membenarkan penggunaan TYRO kepada orang-orang kenamaan termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Tuan Yang Terutama, Kedutaan-kedutaan asing, pengusaha-pengusaha syarikat berita, hotel-hotel besar dan pengeluar peralatan parabola untuk tujuan ujian semata-mata.

ELAUN RUMAH KEPADA KAKITANGAN RENDAH PENJARA

39. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah Kerajaan bercadang untuk mengkaji semula pemberian elaun rumah kepada kakitangan rendah di penjara, ini keranaelaun sebanyak RM85 .00 sebulan tidak mencukupi untuk me­nampung kos sewa rumah yang mahal di bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Perdana Menteri: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Dalam Negeri menyedari mengenai pemberian elaun sebanyak RM85.00 sebulan tidak men­cukupi untuk menampung kos sewa rumah yang mahal di bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johar Bahru. Kementerian sedang berusaha untuk mem­bina beberaparumahkediaman di kawasan-

kawasan tersebut dan usaha akan terus dibuat untuk mengadakan rum ah kediaman kakitangan di beberapa institusi penjara sebagaimana yang telah dipersetujui di bawah Rancangan Malaysia Keenam dan permohonan untuk mengadakan kemudahan rumah kediaman ini akan terus diusahakan kelak di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh.

KANTIN SEKOLAH-GARIS PANDUAN MENJAGA

KEBERSIHAN

40. DatukDavidYeohEngHockminta Menteri Kesihatan menyatakan langkah­langkah yang dijalankan oleh Kementeriannya untuk memastikan kantin­kantin di sekolah-sekolah di seluruh negara bersih dari segi tempat dan juga makanan yang dijual supaya tidak memberi kemuda­ratan kepada pelajar-pelajar berkenaan.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: Bagi memastikan kantin-kantin di sekolah­sekolah di seluruh negara berada di dalam keadaan yang bersih, Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan satu Garis Panduan Kantin Sekolah pada tahun 1983 dan tel ah dikemaskinikan pada tahun 1989. Garis Panduan ini bertujuan untuk mem­bantu pihak pentadbir sekolah khususnya pihak Pengetua dan Guru Besar serta pengusaha kantin sekolah melicin dan mempertingkatkan aspek-aspek pengurusan dan pengawasan bagi me­mastikan makanan-makanan yang dijual sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan dan pelajar-pelajar sekolah terhindar daripada perkara-perkara seperti keracunan makanan.

Garis panduan ini mengandungi aspek­aspek infrastruktur yang sesuai untuk ban gun an kantin termasuk kemudahan as as dan alat-alat kelengkapan kantin sekolah, kesihatan diri pekerja-pekerja kantin dan panduan bagaimana menyedia, menyimpan dan menghidang makanan supaya makanan dan minuman yang dijual tidak memberi kemudaratan kepada pelajar­pelajar berkenaan.

1665 9 OGOS 1993 1666

Di samping itu, pemeriksaan kantin sekolah sentiasa dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan pihak sekolah bagi mengawasi kebersihan kantin-kantin berke­:iaan. Pada tahun 1992 misalnya sebanyak 3 ,519 pemeriksaan kantin sekolah tel ah iibuat di seluruh negara di mana 485 kantin ;ekolah telah didapati dalam keadaan yang idak memuaskan. Tindakan ke atas pihak Jengusaha kantin dengan kerjasama pihak ;ekolah diam bi! bagi memperbaiki keadaan cantin-kantin berkenaan.

PAKAR PSIKIATRI­JUMLAH

11. Tuan Hj. Ghazali bin Hj. Embong ninta Menteri Kesihatan menyatakan >erapa ramaikah pakar psikiatri menjelang ahun 2000 bagi memastikan mutu rawatan lalam bidang itu dapat dipertingkatkan ,erapa ramaikah pakar psikiatri buat pada nasa sekarang dan berapa peratuskah dari umlah penduduk di negara ini.

Dato' Mohamed Farid bin Ariffin: ruan Yang di-Pertua,jumlah Pakar Psikiatri nenjelang tahun 2000 adalah seramai 90 •rang mengikut unjuran stok yang •erdasarkan kepada keperl uan •erkhidmatan.

Buat masa sekarang jumlah Pakar 'sikiatri yang berkhidmat di bawah ~ementerian Kesihatan ialah seramai 27 1rang.

Norma Nisbah Pakar Penduduk yang .igunakan untuk Pakar Psikiatri ialah I: 0,000.

PELANCONGAN DALAM NEGERI-GALAKAN

2. Tuan V.K. Sellappan minta 1enteri Kebudayaan, Kesenian dan elancongan menyatakan:

(a) apakah usaha-usaha Kementerian untuk menggalakkan rakyat Malaysia melancong di dalam negara; dan

(b) adakah Kementerian mempunyai rancangan khas untuk menarik lebih ramai pelancong tempatan dalam TahunMelawatMalaysia 1994;jika ya terangkan.

Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Sabbaruddin bin Chik): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong dalam negeri, Kementerian ini dengan kerjasama Kerajaan-kerajaan Negeri sedang mengambil tindakan untuk mem­pelbagai dan memperbanyakkan produk-produk pelancongan yang memenuhi citarasa pelancong tempatan serta .menyediakan kemudahan-kemudahan seperti penginapan kos rendah, tapak­tapak perkhemahan dan pusat-pusat rehat dan rekreasi. Di samping itu usaha-usaha melalui media-media massa sedang diambil untuk meningkatkan kesedaran rakyat tempatan terhadap tarikan-tarikan pelancongan yang terdapat di Malaysia.

Di antara program-program yang diperkenalkan adalah seperti berikut:

(i) menganjurkan acara khas seperti Pesta Malaysia, Pesta Flora, Kempen Membeli­belah, Tour of Malaysia Golf Series dan Treasure Hunt;

(ii) menjalankan program pengiklanan dan perhubungan a warn melalui media elektronik dan media cetak serta kempen papantanda;

(iii) menyalurkan insentif-insentif dalam bentuk bahan serantadan bantuan kewangan kepada pengusaha-pengusaha pelancongan tertentu untuk

1667 9 OGOS 1993 1668

menggalakkan mereka menyediakan pakej-pakej pelancongan yang inovatif dan menarik; dan

(iv) mengadakan program "Makan Angin" melalui akhbar-akhbar tempatan dan juga menyertai beberapa pesta dan ekspo anjuran Kerajaan Negeri atau pihak swasta dari masa ke semasa.

(b) Kementerian telah menyusun ber­bagai aktiviti promosi dan rancangan-rancangan khas bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan melancong dalam TMM' 94. Ini termasuklah 160 acara tahunan dan juga acara-acara yang baru yang dijangka akan dapat menarik minat pelancong­pelancong tempatan. Acara-acara ini berbentuk pesta, kesukanan, acara-acara yang memaparkan kekayaan sejarah, kebudayaan, kesenian, alam semulajadi danjuga karnival membeli belah.

Selain dari acara-acara di atas, mulai 1 Januari hingga 31 Disember 1994 sebanyak 52 pakej-pakej pelancongan akan dijual untuk rakyat Malaysia danjuga pelancon­gan-pelancongan yang berada di Malaysia. Untukmeningkatkan lagi kesedaran TMM ' 94 bagi pasaran domestik, kempen pengiklanan dan publisiti telah dimulakan pada pertengahan tahun ini.

PEMBORONG BUMIPUTERA­PERLINDUNGAN DI BA WAH

SKIMPAYONG

43. Puan Hajah Selemiah bintiHashim minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapa ramaikah pemborong­pemborong Bumiputera sedang mendapat perlindungan skim Payong ataupun yang sedang melibatkan diri dalam skim payong dengan Kementerian Kewangan;

(b) adakah Kerajaan berpuas hati dengan bilangan yang ada ataupun Kerajaan masih mempunyai satu sasaran supaya bilangan ini ber­tambah; dan

( c) jika benar apakah langkah-langkah yang sedang diambil.

Menteri Kewangan (Dato' Seri Anwar bin Ibrahim):

(a) Bilangan pemborong bumiputera yang terlibat di dalam skim payong dengan Kementerian Kewangan ialah seramai 102 syarikat. 72 daripadanya adalah pembuat pera­but kayu dan pemayongnya ialah Syarikat Guthrie Furniture Sdn. Bhd. 30 yang lain itu adalah pem­buat bahan makanan dan minuman dan pemayongnya ialah Syarikat Besta Distributors Sdn. Bhd.

(b) Hingga masa ini prestasi anak payong adalah memuaskan, walau bagaimanapun Kerajaan berharap mereka akan dapat meningkatkan mutu keluaran masing-masing supaya boleh menembusi pasaran terbuka dan seterusnya pasaran antarabangsa. Kerajaan sentiasa terbuka kepada cadangan daripada pengilang bumiputera untuk mengujudkan pembekalan di bawah skim payong bagi item-item baru yang bermutu. Pengilang bumiputera boleh juga mengikat kontrak secara langsung dengan Kerajaan tanpa melalui skim payong bila mana syarikat itu merupakan pengeluar bumiputera yang tunggal.

(c) Kerajaan sentiasa meneliti item­item yang dibeli oleh Kerajaan untuk mengenali jika ada yang sesuai dijadikan skim pemayong. Ini hanya akan dapat dilakukan apabila terdapat 2 atau Jebih pengilang bumiputeramengeluarkan barangan

·yang sama.

1669 9 OGOS 1993 1670

ALAT TIMBANGAN KATl­TINDAKAN KEMENTERIAN

44. Tuan Haji Shuib bin Endut minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sama ada beliau sedar masih ramai lagi peniaga yang menggunakan timbangan kati dari timbangan metrik, kalau sedar apakah tindakan Kementerian untuk mengatasi masalah timbangan ini yang selalu dialami oleh pembeli.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, timba­ngan kati telah diharamkan di negara ini mulai tahun 1981. Semenjak pengharaman ini, semua alat-alat timbang dan sukat mestilah dalam ukuran metrik. Waiau bagaimanapun, Kementerian sedar bahawa masih terdapat peniaga-peniaga yang menggunakan alat-alat timbang dalam kiraan kati. Alat-alat timbang dalam kiraan kati yang masih digunakan ini merupakan alat-alat timbang lamadan penggunaannya terhad di kawasan -kawasan luar bandar, pasar-pasar malam dan kawasan -kawasan seumpamanya. Di samping itu, terdapat juga keadaan di setengah-setengah tempat di mana pembeli diminta sesuatu barangan itu dalam kiraan kati. Dalam hubungan ini, penjual berkenaan akan menimbang atau menyukat barangan berkenaan dalam unit metrik bersamaan (equivalent) dengan amaun yang diminta oleh pembeli dalam kiraan kati. Keadaan irii berlaku disebabkan terdapatnya pembeli-pembeli yang masih selesa dengan kiraan kati dan ianya berlaku terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.

Sejak Kementerian ini ditubuhkan pada 27-10-1990 hingga 31-7-1993 sebanyak 11,531 kes yang melibatkan berbagai kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 telah dihasilkan dengan nilai rampasan barang-barang berjumlah RMl,720,254.59. Jumlah denda yang di­kenakan dalam tempoh yang sama ialah RM278,346.00. Dari perangkaan ini, se­banyak 393 kes adalah melibatkan penggunaan alat-alat timbang dalam kiraan

kati dengan nilai rampasan berjumlah RM57,713.00. Manakala denda yang di­kenakan pula ialah RM48,540.00. Perlu ditegaskan bahawa peratusan alat-alat timbang dalam kiraan kati adalah amat kecil jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan alat-alat timbang dan sukat di negara ini yang berjumlah hampir 300,000 unit.

Bagi mengatasi masalah m1, Kementerian telah, sedang dan akan terus mengadakan ceramah, penerangan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada orang ramai betapa pentingnya berurusniaga dalam kiraan metrik supaya mereka tidak mudah tertipu dari segi sukatan dan timbangan. Di samping itu, Kementerian mempergiatkan pemeriksaan di tempat membuat alat-alat timbang dan sukat bagi memastikan alat­alat timbangan atau sukatan hanya mem­punyai unit metrik sahaja. Kementerian juga mengadakan pemeriksaan ke atas penjual-penjual di seluruh negara bagi menangani masalah ini.

"TIDAL GATE", "CANAL" -PEMBINAAN

45. TuanHajiAbdulSalambinAwang min ta Menteri Pertanian menyatakan baru­baru ini ada "Pre-Qualification" untuk membina "Tidal Gate", "Canal" dan lain­lain kerja yang berkaitan di Kemasin, Kelantan. Adakah projek-projek tersebut akan diteruskan. Kalau benar, bilakah pelaksanaannya akan dijalankan.

Menteri Pertanian (Datuk Seri Sanusi bin Junid): Tuan Yang di-Pertua, urusan "Pre-Qualification" untuk membina "Tidal Gate", "Canal" dan lain-lain kerja telah siapdan hanyamenunggukelulusan "Asian Development Bank" (ADB) sebelum memanggil tawaran untuk kerja-kerja ter­sebut.

Kerja-kerja tersebut di bawah Projek Pembangunan Luar Bandar Kemasin Semarak akan diteruskan.

Tawaran kerja akan dilaksanakan ber­peringkat-peringkat. Tawaran untuk pakej pertama akan dipanggil pada penghujung tahun 1993.

1671 9 OGOS 1993 1672

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)-PROGRAM

BANTU AN

46. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan:

(a) caranya untuk mengwujudkan satu masyarakat industri ringan dan sederhana untuk mengukuhkan ekonomi negara; dan

(b) caranya bagi pengusaha memohon bantuan subsidi kewangan untuk menjalankan aktiviti industri ber­kenaan.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Dato' Seri Rafidah Aziz) Tuan Yang di-Pertua,

(a) Bagi mengwujudkan industri kecil dan sederhana (IKS) yang moden, berdaya saing, kompetitif dan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi negara, Kerajaan bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang kondusif. Untuk itu, Kerajaan sedang giat menyusun strategi bagi membangunkan projek-projek IKS melalui program-program bagi mengatasi masalah pasaran, modal kewangan, bantuan teknikal dan R&D, pembangunan infrastruktur, meningkatkan kemahiran pekerja dan pengurusan projek serta menyelaraskan kegiatan pembangunan dan program bantuan IKS. Dengan bantuan dan sokongan Kerajaan ini, syarikat­syarikat IKS diharapkan bukan sahajamenumpukan kepada pasaran tempatan sahaja tetapi dapat menembusi pasaran antarabangsa. Adalah juga menjadi hasrat Kerajaan supaya syarikat-syarikat IKS tempatan dapat membesar dan menjadi syarikat antarabangsa (MNC) yang mampu memberi sumbangan terhadap pembangunan dan pertumbuhan ekonomi negara.

(b) Kerajaan menyediakan berbagai bantuan untuk membangunkan syarikat-syarikat IKS. Bagi mengatasi masalah modal, antara bantuan kewangan yang diseliakan oleh Kementerian saya khusus untuk IKS termasuklah:

(i) Skim Pinjaman Mudah Industri Perabot dan Makanan Bumiputera;

(ii) skim Modenisasi dan Auto­masi;

(iii) tabung Penyusunan Industri (IAF); dan

(iv) skim-skim di bawah Tabung Bantuan Teknikal lndustri Kecil dan Sederhana (IT AF).

Dari segi pemasaran pula, beberapa skim bantuan yang telah disediakan untuk IKS seperti berikut:

(i) skim Pemasaran Bersepadu Konsep Payung Makanan dan Perabot;

(ii) skim pembangunan vendor;

(ii) skim Pembangunan Pasaran Eksport di bawah IT AF; dan

(iii) promosi barangan IKS melalui "SMI Expo".

Di samping itu, pengusaha­pengusaha IKS juga boleh men­dapatkan pinjaman seperti yang di­sediakan oleh institusi-institusi kewangan MARA, MIDF, Bank Pembangunan dan Bank Perdagangan yang lain melal ui skim SyarikatJ aminan Kredit (CGC) dan skim pinjaman mudah yang lain khusus untuk IKS.

Dalam hal ini apa yang perlu ialah pengusaha-pengusaha itu sendiri mengenalpasti akan keperluan

1673 9 OGOS 1993 1674

mereka dan berhubung terns kepada Kementerian saya atau institusi­institusi kewangan yang saya se­butkan tadi untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cadangan projek-projek mereka.

ANGKATAN TENTERA MALAYSIA-KESELAMATAN

DANPELUANG

47. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pertahanan menyatakan apakah perubahan yang sedang dan akan di­laksanakan oleh Kerajaan bagi memberi lebih perhatian tentang keselesaan dan peluang yang lebih baik kepada Angkatan Tentera Malaysia.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Pertahanan sedang dan akan melaksanakan beberapa langkah untuk memberi keselesaan dan peluang yang lebih baik kepada anggotaA TM. Antaralangkah­langkah yang telah diambil adalah seperti berikut:

(a) Keselesaan, A TM sedang dalam proses memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan yang merangkumi terma-terma (terms) yang lebih baik termasuk gaji dan elaun, kemu­dahan-kemudahan perubatan, cuti dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti. Lain-lain perkara yang sedang di­usahakan termasuklah menyediakan rumah kelamin, kem-kem baru, peralatan canggih serta perkhidma­tan keanggotaan yang menyeluruh termasuk rancangan-rancangan menyediakan latihan kepada anggota-anggota yang akan bersara.

(b) Peluang, ATM sedang melalui proses penyusunan semula dari segi organisasi untuk mencapai matla­mat sebuah angkatan tentera yang "compact" dan "credible" langkah­langkah sedang diusahakan untuk menentukan peluang-peluang

meningkat tidak terJeJaS dengan rancangan membesarkan Pasukan Simpanan Angkatan Tetap. Di samping itu A TM juga sedang berusaha untuk menubuhkan Akademi Angkatan Tenteradi mana bakal-bakal pegawai akan menja­Iani Iatihan tentera di samping mem­perolehi kelulusan akademik di peringkat Sarjana Muda. Usaha sedang dijalankan untuk melatih anggota lain-lain pangkat di bidang teknikal termasuk komputer di Institut-institut ATM.

INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA-KURIKULUM

KURSUS UAZAH

48. PuanHajahSelemiah bintiHashim minta Menteri Pendidikan menyatakan memandangkan pertumbuhan Kolej Swasta begitu berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan mengadakan pro­gram berkembar dengan negara-negara barat:

(a) berapa ramaikah pelajar-pelajar yang ditampung oleh Kolej Swasta ini; dan

( b) adakah pelajar-pelajar ini mengikuti kurikulum yang sama dengan Universiti tempatan.

Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bilangan pelajar yang sedang mengikuti pendidikan di institusi­i nsti tusi pendidikan swasta peringkat pos-SPM adalah 4 7 ,218 orang. Daripada jumlah itu 1,232 orang sedang mengikuti kursus­kursus dalam program berkembar.

(b) Pelajar-pelajar kursus dalam pro­gram berkembar yang dijalankan oleh institusi-institusi pendidikan swasta mengikuti kurikulum

1675 9 OGOS 1993 1676

kursus-kursus ijazah univers1t1-universiti luar negeri. Waiau bagaimanapun unsur keMalaysiaan dimasukkan di tempat yang berkaitan seperti menggunakan contoh atau kes tempatan.

PELABURAN ASING-JUMLAH

49. Tuan Ding Seling minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri menyatakan:

(a) jumlah pelaburan asing dalam Malaysia mulai l Januari sehingga 30 Jun 1993 ini berbanding dengan tempoh yang sama bagi tahun 1992;

(b) apakah faktor-faktor yang menyebabkan penambahan (atau sebaliknya) pelaburan asing itu;

(c) jumlah (amaunnya) pelaburan itu yang ditawarkan khas kepada Sarawak; dan

( d) senarai industri dari yang terbesar, pelaburan asing itu melabur mengikut negeri dan wilayah.

Dato' Seri Rafidah binti Aziz: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Dal am tempoh Januari-Jun 1993, sebanyak 232 projek perkilangan telah diluluskan dengan penyertaan asing. Jumlah modal pelaburan asing yang dicadangkan dari projek-projek ini ialah sebanyak RM2, 152.5 juta.

Dalam tempoh yang sama dalam tahun 1992, sebanyak 338 projek perkilangan telah diluluskan dengan penyertaan asing. Modal pelaburan asing yang dicadangkan dari projek-projekini ialah sebanyak RMI 1,706.7 juta.

( b) Jumlah modal pelaburan asing yang besar dalam tempoh Januari-Jun 1992 adalah disebabkan terdapatnya

7 projek yang diluluskan dengan modal pelaburan asing RMIOO.O juta dan ke atas. Jumlah cadangan modal pelaburan asing dari projek­projek rn1 ialah sebanyak RM9,930.3 juta atau 84.8% dari­padajumlah modal pelaburan asing yang dicadangkan.

( c) Jumlahmodal pelaburan asingyang dicadangkan di negeri Sarawak dalam tempoh Januari-Jun 1993 ialah sebanyak RM5 l.3 juta. Ini merupakan 2.4% daripada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tahun 1993.

(d) Mengikut industri, jumlah modal pelaburan asing yang terbesar yang dicadangkan dari projek-projek yang diluluskan dalam tempoh Januari-Jun 1993 adalah dari in­dustri kimia dan barang-barang kimia iaitu sebanyak RM83 l .2 ju ta. Ini diikuti oleh industri barang­barang elektrik dan elektronik (RM487.4 juta), industri barang­barang logam asas (RMI 79.6 juta) dan industri pengilangan makanan (RM104.6 juta).

Mengikut negeri, jumlah modal pelaburan asing yang terbesar yang dicadangkan adalah bagi projek yang diluluskan di negeri Terengganu iaitu sebanyak RM450 juta. Ini diikuti oleh projek-projek yang diluluskan di Negeri Sembilan (RM417 .5 juta), Selangor (RM395.5 juta) dan Johor (RM315.7 juta).

PULAU LANGKA WI-MENGA WAL KENAIKAN HARGA BARANG

50. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah langkah Kerajaan yang akan diambil bagi mengawal harga barang daripada dijual dengan harga yang mahal terutama menjelang LIMA '93, di Pulau Langkawi

1677 9 OGOS 1993 1678

supaya isu-isu yang sering ditimbulkan dan boleh menjejaskan perkembangan di Pulau itu tidak berulang lagi.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah, sedang dan akan mengam­bil langkah-langkah berikut bagi mengawal harga barangan di Pulau Langkawi terutama menjelang LIMA '93 iaitu:

(i) membuat pemeriksaan ke atas penjual-penjual runcit termasuk tempat-tempat menjual makanan bagi memastikan mereka mele­takkan tanda harga ke atas barangan yang dipamerkan untuk jualan;

(ii) sekiranya harga yang diletakkan ke atas barangan itu terlalu tinggi dan tidak munasabah, maka nasihat dan amaran supaya peniaga berkenaan menurunkan harga ke paras yang lebih munasabah akan dibuat;

(iii) mengambil harga mingguan ke atas barangan keperluan harian di setiap peringkat peniaga untuk mengetahui kedudukan dan arah aliran harga supaya tindakan dapat diambil sekiranya terdapat kenaikan harga barangan yang ketara; dan

(iv) mengadakan perbincangan, dialog dan mesyuarat dengan pembekal, penjualborong dan peniaga-peniaga bagi menentukan mereka tidak menaikkan harga barang-barang tanpa sebab yang munasabah.

Tuan Yang di-Pertua, perlu ditegaskan di sini bahawa para pengguna juga harus memainkan peranan mereka. Dalam hubungan ini, Kementerian menasihatkan pengguna supaya lebih berhati-hati dan membuat perbandingan harga sebelum sesuatu pembelian dibuat. Di samping itu, orang ramai hendaklah mengamalkan budaya jimat cermat seperti membeli mengikut kemampuan sendiri. Dengan kata-kata lain, Kementerian tidak boleh bertindak sendirian tanpa kerjasama orang ramai dalam menangani masalah harga barangan.

CUKAI PENDAPATAN-KAJI SEMULA PELEPASAN

51. Puan Kian Sit Har minta Menteri Kewangan menyatakan sama ada Kementerian Kewangan menjalankan kajian untuk menaikkan pelepasan cukai yang dikenakan atas pendapatan seseorang individu.

Dato' Seri Anwar bin Ibrahim: Tuan Yang di-Pertua,

(a) Sebelum tahun taksiran 1980, pelepasan individu adalah seperti berikut:

(i) pelepasan diri sebanyak RM2,000;

(ii) pelepasan pendapatan tenaga sebanyak 1/10 daripada pen­dapatan atau RMl,000, yang mana lebih rendah;

(iii) rebet sebanyak RM60.00 dan akan dipotong daripada cukai yang kena dibayar.

Bermula pada tahun taksiran 1980, pelepasan individu telah dikaji semula dan dinaikkan kepada RM5,000 dan pelepasan bagi pen­dapatan tenaga ditarikbalik. Dari kenaikan ini sebanyak RM3,000, RMI,000 yang pertama adalah kenaikan sebenar pelepasan diri, sementara RMI ,000 yang kedua diberi kepada tanggungan­tanggungan dan RMI,000 yang akhir ialah untuk pelepasan pen­dapatan tenaga dijadikan tambahan kepada pelepasan diri. Rebet RM60.00 pula adalah dikekalkan.

(b) Contoh cukai yang perlu dibayar selepas diambilkira pelepasan adalah seperti berikut:

1679 9 OGOS 1993 1680

Pendapatan Kasar Pelepasan diri lsteri Anak Caruman KWSP/ Insuran 3,500

Pendapatan yang dikenakan cukai 35,000@ 12,500@ 21%

Cukai Dibayar

RM 63,000 5,000 3,000 4,000

15,500

47,500 3,285 2,625

6,450

Kementerian ini sentiasamengikuti perkembangan ke atas pelepasan cukai yang dibenarkan bagi orang perseorangan dan akan menaikkan pelepasan cukai dari masa ke se­masa jika perlu.

JURUTERBANG PELATIH · TERHEMPAS-PAMPASAN

52. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sagaff minta Menteri Pertahanan me­nyatakan jumlah Juruterbang Pelatih yang jatuh terhempas semasa dalam latihan dari Januari-Julai 1993 dan apakah pampasan yang diperolehi oleh pelatih tersebut sekiranya hidup atau mati.

Dato' Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak: Tuan Yang di-Pertua, sepanjang tempoh Januari - Julai 1993, hanya satu kemalangan pesawat TUDM jatuh terhempas semasa latihan penerbangan. Pesawat tersebut adalah Pilatus PC 7 yang terhempas pada l 1 Julai 1993 di Kg. Lahar Jambu, Arau, Perlis.

Bagi kes kemalangan tersebut waris juruterbang telah dan akan menerima pampasan seperti berikut:

(a) Bayaran serta merta yang telah dibuat:

(i) Wang Pengkebumian-RM!OOO

(ii) Sumbangan Tabung Kebajikan TUDM-RM500

( b) Bayaran bulanan iaitu Pencen dan Ganjaran Terbitan di mana bayaran adalah tertakluk kepada laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat akan kemampuan waris.

(c) Bayaran sekaligus masih dalam proses:

(i) Derma Pertahanan - RM 15,000.00

(ii) Ex Gratia 30,960.00

- RM

( d) Bantuan dari Kerajaan Negeri di manajumlah masih be I urn didapati.

( e) lnsuran Kelompok oleh Koperasi Tentera:

(I) Bayaran bagi 3 unit

yang dimasuki

RM 52,500.00

(2) Belanja Pengkebumian -

RM 2,000.00

(3) Khairat

RM 500.00

BUDAY A LEPAK­PEMBANTERASAN

53. Wan Hamid Edruce bin Tuanku Haji Mohamad minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk mem­banteras "budaya lepak" yang boleh dikatakan hampir I 00 peratus oleh anak Bumiputera.

Menteri Belia dan Sukan (Dato' Haji Annuar bin Musa): Soalan ini telah dijawab pada 4 Ogos 1993.

1681 9 OGOS 1993 1682

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERKHIDMATAN

PEMBETUNGAN 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

Timbalan Yang di-Pertua: Ada yang menyambung atau jawapan? Sila.

3.42 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta baru yang dinamakan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Perlembagaan Persekutuan telah me­netapkan bahawa Butiran 7, Senarai 3, Jadual Kesembilan, pembetungan terletak di bawah tanggungjawab bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Selaras dengan Perkara 76 Perlembangan Persekutuan, beberapa Akta telah digubalkan memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dalam perancangan pembinaan dan pengendalian sistem pembetungan yang terletak di bawah kawasan pihak berkuasa tempatan. Tetapi oleh sebab kekurangan sumber kewangan dan kakitangan teknikal yang mahir, pihak berkuasa tempatan terpaksa mendapatkan bantuan kewangan dan nasihat teknikal daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kesihatan.

Perkara pembetungan sebagai perkara bersama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga telah me­nimbulkan beberapa masalah seperti per­soalan pembiayaan projek, pertindihan tugas dan kuasa serta kekurangan dasar

seragam yang diamalkan. Selain daripada mengoperasikan sis tern pembetungan sedia ada, pihak berkuasa tempatan juga ber­tanggungjawab melaksanakan projek­projek pembetungan berpusat bagi bandar­bandar yang tidak mempunyai sistem pembetungan yang sesuai. Setakat ini, hampir semuasistem pembetungan berpusat dibiayai oleh pinjaman-pinjaman dari Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana kos projek yang tinggi, pihak berkuasa tempatan mendapati sukar mem­bayar balik pinjaman berkenaan. Selain daripada itu, kadar caj pembetungan yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan tidak cukup untuk menampung kos operasi dan penyelenggaraan sis tern pembetungan. Hakikat ini menyebabkan pihak berkuasa tempatan enggan melaksanakan projek pembetungan yang sesuai walaupun sistem-sistem pembetungan sedia ada tidak memuaskan atau tidak sesuai.

Pelaksanaan yang tidak seragam oleh pihak berkuasa tempatan merumitkan lagi masalah pembetungan di seluruh negara. Misalnya, setengah pihak berkuasa tempatan mengenakan syarat yang ketat terhadap sistem pembetungan manakala yang lain pula mengenakan syarat yang longgar dengan membenarkan tangki septik substandard digunakan. Berdasar fakta-fakta yang saya sebutkan itu, sektor pembetungan tidak diberi perhatian yang sewajarnya oleh kebanyakan pihak berkuasa tempatan dalam memenuhi keperluan pembangunan jika di bandingka dengan lain­lain infrastruktur sepertijalan ray a, bekalan air dan elektrik. Ini telah menyebabkan wujudnya satu senario bahawa sistem dan perkhidmatan pembetungan di Malaysia adalah tidak memuaskan.

Alam sekitar, sumber air dan pantai peranginan di negara kita sering-kali di­cemari oleh efluen yang dikeluarkan dari sis tern pembetungan. Jabatan Alam Seki tar jug a telah mengenalpasti sebanyak 7 batang sungai. Antara lainnya ialah Sungai Sepang, Sungai Kelang dan Sungai Buluh telah

1683 9 OGOS 1993 1684

tercemar dengan teruk. Kebanyakan sungai-sungai ini merupakan sumber air minuman kita. Pencemaran ini telah menye­babkan berlakunya penyakit bawaan air seperti taun dan Hepatitis B. Pencemaran pantai peranginan seperti Port Dickson dan Batu Feringgi telah mendatangkan kesan buruk terhadap industri pelancongan dan imej negara kita.

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan bahawa setakat ini masalah perkhidmatan pembetungan tidak dapat diatasi dengan memuaskan oleh pihak berkuasa tempatan, maka Kerajaan Persekutuan telah me­mutuskan untuk mengambilalih tanggungjawab terhadap semua perkara yang berkaitan dengan sistem dan perkhidmatan pembetungan daripada pihak berkuasa tempatan. Pengambilalihan tanggungjawab sistem dan perkhidmatan pembetungan ini akan mendatangkan ba­nyak faedah-faedah seperti berikut:

(i) Menyeragamkan peraturan dan piawaian serta pelaksanaan sistem pembetungan di seluruh negara;

(ii) mempercepatkan pelaksanaan sis­tem pembetungan seluruh negara yang memenuhi piawaian seperti yang diperlukan;

(iii) menjimatkan sumber kewangan dan tenaga manusia dalam sektor pem­betungan kerana tiada pertindihan tu gas;

(iv) membolehkan Kerajaan men­swastakan sistem pembetungan seluruh negara bagi meringankan bebanan Kerajaan.

Sejajar dengan pengambilalihan tanggungjawab terhadap sistem pem­betungan, adalah wajar semua aset alih dan aset tak alih seperti tanah serta sis tern pem­betu n ga n dan hutang-piutang pihak berkuasa tempatan berkaitan dengan pem­betungan yang sedia ada juga akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. Pengambilalihan aset-aset berkenaan akan

dilakukan secara berunding di antara Kera­jaan Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, selaras dengan pengambilalihan tersebut, adalah menjadi hasrat Kerajaan Persekutuan untuk men­swastakan sistem dan perkhidmatan pem­betungan di seluruh negara memandangkan tindakan ini akan mendatangkan banyak faedah kepada negara dan rakyat khasnya. Di antara faedah-faedah ini ialah:

(i) Mengurangkan bebanan kewangan Kerajaan tanpa menjejaskan peluang rakyat untuk menikmati perkhidmatan pembetungan yang lebih baik;

(ii) membantu perkembangan per­tumbuhan ekonomi negara melalui pembangunan sektor pembetungan oleh pihak swasta kerana pihak swasta mempunyai lebih banyak avenue dalam mendapatkan sum­ber tenaga manusia dan kewangan;

(iii) mengurangkan pencemaran alam sekitar dan sumber air negara. Ini untuk memenuhi tahap piawaian yang ditetapkan dan secara tidak langsung ianya akan membantu membangunkan industri pelancongan negara kita;

(iv) meningkatkan kualiti per­khidmatan yang lebih baik dalam sektor pembetungan;

( v) meningkatkan tarafkesihatan rakyat jelata dengan pengurangannya penyakit-penyakit bawaan air; dan

(vi) mendatangkan faedah "economy of scale" dengan bayaran per­khidmatan yang berpatutan oleh pengguna.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan telah memutuskan untuk menswastakan sistem dan perkhidmatan pembetungan secara "first come, first served" iaitu mengikut

1685 9 OGOS 1993 1686

salah satu prosedur penswastaan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Dalam prinsip ini, Kerajaan akan mengkaji dan memper­timbangkan cadangan yang dikemukakan oleh syarikat swastaatas inisiatifnyasendiri. Sekiranya kajian itu tidak menetapi kehendak-kehendak yang ditetapkan, maka Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan yang kedua atau seterusnya.

Dalam hubungan ini, adalah dimaklumankan bahawa Kerajaan telah menerima 4 cadangan dari syarikat­syarikat seperti berikut:

(i) Syarikat Thames Water bagi pem­betungan Johor Bahm dan Petaling Jaya;

(ii) Syarikat Winter Hawk bagi pem­betungan Melaka Bandaraya Bersejarah;

(iii) Syarikat Arab-Malaysian Develop­ment Bank bersama syarikat Perancis bagi pembetungan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur; dan

(iv) lndah Consortium bagi semua pihak berkuasa tempatan.

Cadangan dari 3 syarikat terse but hanya tertumpu kepada bandar-bandar tertentu yang lumayan sahaja, manakala cadangan Indah Consortium adalah meliputi semua pihak berkuasa tempatan termasuk Sabah dan Sarawak. Setelah kajian teliti di­jalankan, Kerajaan mendapati bahawa ca­dangan Indah Consortium adalah paling baik atas sebab-sebab antara seperti berikut:

(i) rakyat akan menikmati faedah "economies of scale" dalam bayaran yang berpatutan;

(ii) iamelibatkan elemen cross-subsidy di antara kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan dan di antara rakyat yang berkeupayaan dan kurang berkeupayaan; dan

(iii) ia akan membantu memajukan perkembangkan sektor industri pembetungan negara ini dengan

membenarkan penglibatan pengusaha-pengusaha kecil melalui sistem tender.

Waiau bagaimanapun, butiran, termadan syarat penswastaan ini masih di dalam peringkat perundingan. Kerajaan hanya akan menandatangani perjanjian konsesi dengan syarikat yang berkenaan selepas rundingan tersebut selesai, yang dijangka berakhir sebelum akhir tahun ini.

Tuan Yang di-Pertua, untuk melaksanakan tujuan dan hasrat Kerajaan ini, satu Akta baru, iaitu Akta Perkhidma­tan Pembetungan 1993 perlu diperkenal­kan dan pindaan perlu dibuat terhadap Akta dan Ordinan seperti berikut:

(i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171);

(ii) Akta Perancangan dan Desa 1976 (Akta 172);

(iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133);

(iv) Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah 1961 yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Labuan; dan

(v) Ordinan Kesihatan Awam Sabah 1960 yang dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Sehubungan dengan ini, beberapa Ordinan bagi negeri Sabah dan Sawarak juga perlu dipinda. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menasihati Kerajaan-kerajaan Negeri tersebut untuk membuat pindaan se­wajarnya supaya selaras dengan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pem­betungan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, suka saya me­maklumkan di sini bahawa Rang Undang­undang ini akan melibatkan implikasi kewangan Kerajaan yang manajumlahnya belum dapat ditentukan setakat ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

1687 9 OGOS 1993 1688

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah "Suatu Akta untuk meminda dan menyatukan undang-undang yang ber­hubungan dengan sistem pembetungan dan perkhidmatan pembetungan di seluruh Malaysia bagi maksud memperbaiki ke­bersihan dan al am sekitar dan meningkatkan kesihatan awam dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya dan bersampingan dengannya" dibacakan kali kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Ya Tuan Haji Mohamed Nazri.

3.54 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang yang telah dibentangkan sebentar tadi­Rang Undang-undang Perkhidmatan Pem­betungan 1993.

Saya ingin mengucapkan setinggi­tinggi tahniah dan syabas kepada Kerajaan yang telah memikirkan untuk mengadakan satu Akta bagi menyelaras­kan perkhidmatan pembetungan bagi seluruh negara Malaysiakita. Saya percaya bahawa ke arah kita mahu mencapai sebuah negara yang maju di masa yang akan datang, sudah tentulah selain daripada perkara api, air dan lain-lain lagi yang seharusnya sampai kepada seluruh kawasan di negara kita, maka sistem pembetungan juga merupakan satu faktor yang penting bagi menjadikan sebuah negara yang maju yang mana sebagai sebuah negara yang maju, maka sistem pembetungan ini mesti­lah merupakan satu sistem yang selaras dan juga diselenggarakan oleh Kerajaan Pusat.

Tuan Yang di-Pertua, daripada pem­bentangan Rang Undang-undang sebentar tadi, kita lihat betapa pentingnya iaitu

bahawa sistem pembetungan ini mesti dikendalikan oleh satu kuasa (authority) iaitu di peringkatPusat (peringkatF ederal). Kita telah diberi maklum sebentar tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana masalah yang sedang dihadapi oleh kita sekarang di mana pembetungan ini adalah kerjasama di antara Kerajaan Pusat dan juga Kerajaan Negeri yang menyebabkan berbagai masalah yang dihadapi. Sebagai contoh, soal penyelarasan yang berbeza daripada satu kawasan ke satu kawasan.

Kita juga telah diberitahu bahawa kerana perbedaan ini juga menyebabkan soal pencemaran alam sekitar yang mana jelas kita lihat pada ketika ini seperti yang telah disebut oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Kos untuk mengendalikan sistem pembetungan ini juga agak tinggi.

Maka ini semua menunjukkan bahawa betapa perlu sistem pembetungan ini mesti diselenggarakan oleh satu kuasa dan ini jelas menunjukkan bahawa sememangnya Akta Perkhidmatan Pembetungan ini sudah lama patut dilaksanakan.

Tuan Yang di-Pertua, hari ini kita Ii hat bahawa dalam soal pembetungan ini­sistem pembetungan yang mendesak, kita merasakan bahawa sekarang adalah terlalu amat perlu untuk kita mempercepatkan penyelarasan sistem pembetungan ini. Maka oleh kerana itu, sayajuga menyokong Kerajaan dalam usaha untuk mem­percepatkan pembinaan sistem pem­betungan ini, maka kontrak-kontrak yang hendak diberikan dan dikeluarkan ialah secara "first come, first serve".

Saya percaya bahawa oleh kerana keadaan mendesak, kita perlukan kepada satu sistem pembetungan yang baik, yang hams diselenggara dan diselaraskan oleh Kerajaan secepat mungkin, maka cara pemberian kontrak untuk melaksanakan sistem p_embetungan ini sememangnyalah hams diamalkan mengikut sistem "first come, first serve". Kerana orang yang tampil ke hadapan yang memberikan satu solution kepada kita untuk mengatasi masalah ini, maka dialah hams diberikan keutamaan.

1689 9 OGOS 1993 1690

Ini ialah kerana kita terpaksa mengikut sistem "open tender", bermakna bahawa masa akan banyak terbuang dari segi hendak kita menganalisakan tawaran yang diberikan oleh beberapa pihak untuk mengendalikan sistem ini. Oleh kerana itulah, masa yang terpaksa terbuang, per­tamanya kita terpaksa mengumumkan bahawa tender akan dibuka; kemudian selepas tender dibuka, maka kita memberi masa kepada dia pula untuk memberi tawarannya; kemudian terpaksa buka ten­der; akhirnya mungkin ia akan berjalan sehingga 2 atau 3 tahun sebelum kita dapat memberikan award atau anugerah tender ini kepada satu pihak yang berjaya.

Sebab itu pada saya, di peringkat awal ini di mana kita tahu bahawa soal pen­cemaran alam sekitar, soal kebersihan, ini merupakan soal-soal yang perlu diselesai­kan secepat mungkin. Maka oleh kerana itu, saya memberi sokongan saya kepada pihak Kerajaan yang telah mengambil keputusan untuk memberikan dan mengamalkan sistem "first come, first serve" bagi mereka yang akan diberikan atau dianugerahkan dengan tender-tender untuk menjalankan perkhidmatan pem­betungan ini.

Maka tidak berbangkitlah soal bahawa ada pilih kasih atau apa-apa sekalipun kerana keperluan ini mendesak dan mereka yang tampil ke hadapan yang terdahululah akan diberikan. ltu pun kalau sekiranya kita lihat bahawa tawarannya itu adalah tawaran yang sesuai dengan kehendak kita- kehendak Kerajaan. Walaupun "first come, first serve", kalau apa yang ditawarkan oleh pihak syarikat itu tidak sesuai dengan kelayakan kita, maka kita tidak perlu terima.

Tapi oleh kerana keadaan mendesak maka saya menyatakan di sini iaitu bahawa sistem amalan untuk memberi first come, first serve kepada syarikat yang menawar­kan perkhidmatan kepada Kerajaan, maka itu harus diamalkan memandangkan ia satu perkara yang mendesak, yang perlu di­selesaikan secepat mungkin.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, minta duduk sekejap. Ahli-ah Ii Yang Berhormat, menurut 6(3) dengan ini saya menjemput Yang Berhormat Dato' Azumu Tak untuk mempengerusikan Majlis sekarang. Dipersilakan.

(Dato' Azumu bin Tak mem­pengerusikan Mesyuarat)

4.00 ptg.

Dato' Azumu bin Tak: Yang Berhormat, sila teruskan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Terima kasih, Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua. Soal kedua yang hendak saya bincang, bahaskan di sini ialah ber­kenaan dengan beberapa perkara yang telah dimajukan di bawah Akta ini yang say a ingin sedikit sebanyak menyentuh bagi tujuan untuk memperkukuhkan lagi Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin ber­tanya sedikit kepada pihak Kementerian iaitu bahawa di bawah Seksyen 11 dan Seksyen 12 menyebutkan iaitu bahawa pengisytiharan berkenaan satu sistem itu akan dijadikan sebagai sistem umum. Saya ingin bertanya iaitu bahawa oleh kerana adanya satu peruntukan yang mana mem­beri kuasa kepada pengisytiharan sistem pembetungan itu sebagai sistem pem­betungan awam. Maka ini bermakna iaitu bahawa Kerajaan masih lagi, dengan izin, tolerate adanya pengwujudan sistem pem­betungan persendirian.

Jadi saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian sampai bilakah akan kita mengizinkan supaya ada sistem pem­betungan persendirian ini wujud di dalam negara kita. Sebab saya merasakan iaitu bahawa soal sistem pembetungan ini adalah suatu soal yang harus diambilalih oleh Kerajaan Pusat dan diletak sebagai satu sistem umum dan tidak sebagai satu sistem persendirian. Saya difahamkan bahawa kalau ada sistem persendirian, ber­makna iaitu kita masih lagi mengizinkan supaya ada pihak-pihak yang akan

1691 9 OGOS 1993 1692

mengwujud dan membinakan sistem pem­betungan persendirian yang sudah tentulah dengan pengwujudan mereka ini akan mendatangkan lebih banyak masalah pada kita. Ianya agak berbeza sedikit, ia me­rupakan public utility juga iaitu kemudahan awam, tetapi walaupun ia merupakan kemudahan awam saya merasakan iaitu bahawa dia tidak sepatut dibenarkan ada wujud sistem persendirian. Kerana kalau ada sistem pembetungan persendirian ini diteruskan bermakna masalah sepertimana yang kita hadapi pada ketika ini akan berterusan. Soal pencemaran alam dan macam-macam lagilah.

Soalan yang saya ingin bertanya di sini iaitu bahawa berapa lamakah agaknya Kementerian akan tolerate, dengan izin, wujudnyasistem pembetungan persendirian dalam negara kita ini. Sebab saya percaya apabila Akta Perkhidmatan Pembetungan ini diwujudkan maka sudah tentulah pada akhirnya nanti kita mahu melihat supaya semua sistem pembetungan dalam negara kita ini akan menjadi sistem pembetungan awam dan tidak sistem pembetungan persendirian. Ini pandangan sayalah. Jadi, saya ingin tahu berapa lama agaknya kita akan izinkan sistem pembetungan persendirian ini terns diwujudkan dalam negara kita.

Keduanya, ini berkenaan dengan soal dasar. Saya lihat pada ketika ini iaitu bahawa dalam soal pembetungan ini di bawah Fasal 16 di dalam bahasa Inggeris, muka surat 17 ada menyebutkan, dengan izin, bahawa:

"16. The Director General shall cause public sewerage systems to be properly cleared, cleansed and emp­tied and, for the purpose of clear­ing, cleansing and emptying the pub­lic sewerage systems, he may con­struct and place, either above or un­der ground, such reservoirs, sluices, engines and other works as are neces­sary."

Saya hendak bercakap berkenaan den­gan reservoir, ini berkenaan dengan kolam ataupun takungan najis. Kita semua tahu

bahawa pada ketika ini memang banyak juga kita lihat iaitu bahawa ada takungan najis ini yang berhampiran dengan kawasan perumahan kitadan takungan ini ialah above the ground and ia tidak ditutup, seperti apa yang berlaku di Taman Tun Dr. Ismail. Kita ada kolam septik di situ yang terbuka dan ianya tidakditutup, above the ground. Jadi, saya merasakan iaitu bahawa dengan teknologi yang sudah wujud sekarang ini maka sudah tentulah soal takungan above the ground ini, ianya merupakan satu masalah yang hams diatasi oleh kita. Sebab kalau macam mana elok sekalipun satu kawasan perumahan itu dan kalau sekiranya kita membenarkan supaya boleh diwujudkan takungan above the ground dan ianya tidak ditutup, maka sudah ten tu ia akan menyebabkan berbagai-bagai pencer­aman daripada segi pencemaran udara, bau yang datang daripada takungan ini memang tidak boleh kita tahan. Sebab kalau kita tengok iaitu bahawa satu kawasan di Pantai, kalau kita hendak pergi ke Kampung Pasir mengikut jalan keretapi, kita sampai ke satu kawasan itu, daripada itu kita sudah tahu adasatu tern pat, walaupun ia bukan merupakan takungan, tetapi di situ kita sudah dapat baunya. Dan saya tidak faham macam mana orang boleh duduk di situ dengan membaukan udara yang di­cemar itu 24 jam satu hari. Ini berlaku. Apatah lagi kalau kita tengok, kalau bau ini berlaku bermakna kawasan yang mahal macam mana sekalipun tempatnya, tetapi oleh kerana ada pencemaran udara ini akan menyebabkan kawasan itu menjadi satu kawasan yang nilai harganya rendah kerana orang tidak mahu duduk di situ. Begitu juga macam say a sebut sebentar tadi di Taman Tun Dr. Ismail, baunya memanglah tidak boleh di atasi. Tetapi bagi mereka yang duduk di kondominium di situ, dia buka tingkapnya, dan melihat takungan najis.

Jadi, saya ingin bertanya iaitu bahawa tidakkah sekarang ini, dengan teknologi yang baru ini, tidak munginkah iaitu bahawa kita tidak mengadakan takungan ini, malah semuanya hendaklah dilakukan below the ground dan tidak above the

1693 90GOS 1993 1694

ground, kerana pencemaran itu bukan sahaja pencemaran udara daripada segi baunya, tetapi daripada segi penglihatan kita juga kita merasa tidak begitu senang apabila kita melihat iaitu bahawa di kawasan peruma­han yang kita duduk di situ, maka ada takungan najis di hadapan rumah kita?

Jadi, soalan saya di sini ialah apabila di bawah Fasal 16, kita memberi pilihan iaitu, dengan izin, saya baca dalam bahasa lnggeris, " .... he may construct and place, either above or under ground, .... ". Ber­makna bahawa di bawah Akta ini kita mengizinkan kalau sekiranya kita hendak membina takungan "construct above ground" pun boleh. Tidakkah di sini kalau kita kata bahawa semuanya hendaklah di "construct"kan under ground. Sebab, kalau kita beri pilihan "above" or "under ground", jadi masalah pencemaran udara tadi akan sekali lagi berbangkit, sepertimana yang telah saya sebut tadi, daripada segi penglihatan kita, daripada segi bau dari­pada hidung kita, kita akan dapat bau takungan itu.

Jadi, apakah tidak boleh Kerajaan memikirkan supaya kita tidak memberi pilihan kepada mereka yang hendak mem­bi na (construct) perkara-perkara ini, hendaklah disyaratkan mesti dilakukan "be­low the ground". Jadi, dengan cara ini ber­makna bahawa kita dapat bukan sahaja mengatasi masalah pencemaran sungai dan lain-lain, tetapi pencemaran udarajugaakan dapat kita atasi.

Jadi, saya merasakan bahawa Kerajaan harus memikirkan dengan begitu serius betapa perlunya kita mesti ada takungan itu "below the ground" dan tidak "above the ground" yang mana hari ini kita lihat banyak berlaku di kawasan Kelana Jaya, Petaling Jaya dan ia merupakan satu pen­cemaran, bukan sahaja kepada udara tetapi pencemaran kepada penglihatan kita juga dan akan menyebabkan tanah-tanah yang di sekeliling takungan itu akan jatuh harganya disebabkan oleh kerana kita tidak ada selera untuk duduk di sebelah takungan najis yang berada di sebelah rumah kita.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 17, dengan izin, "Requirement that proper drainage for sewage be made". Saya bersetuju dengan Fasal 17 ini, cuma saya ingin bertanya bahawa cara manakah penguatkuasaan ini akan dilaksanakan? Ini ialah kerana kita tahu di kampung-kampung, kita lihat di kampungmasih ada lagi yang menggunakan berbagai-bagai sistem di kawasan-kawasan luar bandar. Sebagai contoh, kita ada "bucket system", kita ada "pit system", macam-macam system sewerage ini. Jadi, kalau kita mempunyai satu peruntukan di bawah Fasal 17 yang khusus menceritakan berkenaan dengan soal kehendak supaya saliran yang sepatutnya bagi kumbahan dibuat atau dalam bahasa Inggeris, require­ment that proper drainage for sewage be made.

Saya cuma ingin bertanya iaitu macam manakah kita hendak melaksanakan Fasal 17 ini kalau masih lagi di kawasan­kawasan luar bandar kita ramai daripada penduduk-penduduk masih menggunakan sistem-sistem yang berbeza daripada sistem pembetungan yang ada dalam bandar ini. Apakah Fasal 17 ini akan merangkumi kawasan-kawasan di luar bandar? Kalau ia merangkumi, bermakna bahawa banyaklah rumah-rumah akan di­paksa di bawah Fasal 17 ini untuk menukar sistem mereka.

Jadi, soalan saya ialah apakah Kerajaan sudah memikirkan, dengan adanya Fasal 17 ini, daripada segi penguatkuasaan itu ia merupakan satu soal practicality. Jadi, macam mana agaknya Kerajaan hendak melaksanakan Fasal 17 ini untuk dipaksakan mereka yang menggunakan "bucket sys­tem" dan juga "pit system" untuk di­selaraskan dengan sistem awam yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan nanti.

Tuan Yangdi-Pertua,sayalihatdi bawah "public sewerage system", dengan izin, ada Fasal 20 yang dimasukkan, iaitu "ke­rosakan kepada sistem pembetungan awam". Kalau sesiapa disabitkan oleh kerana kegagalan (neglect) dia dalam men­jalankan apa yang telah diarahkan oleh

1695 9 OGOS 1993 1696

Akta ini ataupun action itu menyebabkan ada berlaku kerosakan, maka dia bukan sahaja kena bayar denda yang sepatutnya dibayar di bawah Akta ini, tetapi dia juga hendaklah membayar kerosakan (damages) ini. Saya bersetuju dengan Fasal 20 ini, kerana perbuatan kita di bawah Akta ini yang tidak kita lakukan, sepertimana yang telah diarahkan oleh Akta ini, boleh me­nyebabkan kerosakan dan orang yang melakukan kerosakan ini haruslah bukan sahaja dia kena bayar denda, tetapi juga mesti bayar kerosakan ini. Ini satu perkara yang baik. Cuma saya ingin bertanya, ianya hanya wujud bagi "public sewerage system" sahaja, tetapi dia tidak wujud di bawah "private sewerage system".

Jadi, persoalan sayadi sini ialah bahawa kerosakan itu juga - kerosakan yang ber­laku di bawah "public sewerage system" ini adalah sama dengan kerosakan yang ber­laku di bawah "private sewerage system". Jadi, mengapakah kalau kita melakukan satu kesalahan di bawah Akta ini dan kesalahan itu menyebabkan berlakunya kerosakan, hanya mereka yang melakukan kerosakan di bawah "public sewerage system" sahaja yang mesti membayar gan­tirugi di atas kerosakan itu, tetapi peruntukan yang sama tidak dikenakan kepada "private sewerage system".

Jadi, saya bertanya ini kerana saya rasa bahawa mangsa yang menerima jenis ke­rosakan itu sama sahaja, sama ada ke­rosakan itu menerusi "public sewerage system" ataupun menerusi "private sewer­age system". Tetapi bagi mereka di bawah "public sewerage system" ini yang melakukan kesalahan, dia kena bayar damages, tetapi di bawah "private sewerage system", tidak ada. Jadi, apakah ini mungkin ada sesuatu kerosakan itu hanya boleh dilakukan oleh "public sewerage system" sahaja yang tidak boleh dilakukan oleh "private sewerage system". Maka itulah sebabnya mengapa tidak ada klausa yang mengenakan supaya mereka yang melakukan kerosakan ini mesti membayar gantirugi di bawah "public sewerage system" dan tidak di bawah "private sewerage system".

Jadi, saya ingin tahu bahawa apakah tidak dirasakan perlu juga kalau sekiranya berlaku kerosakan oleh sesuatu yang tidak dilakukan oleh mereka yang mengendalikan "private sewerage system" ini, tidakkah mereka juga hams bukan sahaja mesti membayar denda, tetapi juga membayar gantimgi terhadap mangsa yang menerima kerosakan yang dilakukan oleh "private sewerage system" ini. Jadi, saya rasa bahawa Fasal 20 ini harus juga diperkenalkan kepada mereka yang di bawah "private sewerage system" juga. ltu barulah adil, kerana masalahnya adalah masalah yang sama, sama ada ia dikendalikan di bawah sistem umum ataupun ia dikendalikan oleh persendirian.

Tuan Yang di-Pertua, Fasal 27(2) ini berkenaan dengan "Kemasukan" (Entry). Saya lihat di sini bahawa di bawah 27(2) dalam bahasa Inggeris, dia mengatakan bahawa "consent" untuk memasuki satu kawasan itu hendaklah diterima oleh pihak­pihak yang tertentu, bukan sahaja daripada "owner" tetapi juga daripada "occupier", iaitu penghuni di kawasan itu. Saya ingin bertanya di sini dalam soal "occupier" ini, saya merasakan bahawa hams dimasukkan perkataan "consent of the legal occupation". "No person shall enter upon any land or other premises for any of the purposes mentioned ..... except with the consent of the owner and, where such land or premises are in legal occupation, ... " Sebab kita tahu bahawa ada kawasan-kawasan yang diduduki oleh mereka yang tidak ada suratan undang-undang, tidak ada "legal documentation" yang membenarkan mereka duduk di kawasan itu.

Jadi, soalnya di sini, harus kita selesai­kan sekarang iaitu kalau kawasan itu diduduki oleh setinggan, maka apakah bagi mereka yang mahu memasuki kawasan itu, ia hanya memerlukan kepada kelulusan daripada pemilik sahaja dan tidak kepada penghuni, mempakan mereka yang men­duduki tanah itu secara haram. Oleh kerana perkataan "occupation" ini adalah luas,jadi soalnya di sini bahawa kalau kawasan itu penghuninya merupakan setinggan­setinggan yang menduduki kawasan itu secara haram, apakah kita juga perlu

1697 9 OGOS 1993 1698

mendapat kelulusan daripada penghuni­penghuni ini sebelum kita dapat memasuki tanah yang hendak kita masuki itu.

Ini pen ting diselesaikan sekarang kerana kalau tidak kita tahu banyak kawasan­kawasan kita seperti di sepanjang-panjang jalan keretapi dari Kuala Lumpur hendak pergi ke Pelabuhan Kelang itu kita tengok :ii sebelah kawasan Pantai di Kuala Lumpur ini, kita tengok ada orang yang iuduk di situ. Jadi, soalnya di sini apabila k:ita hendak masuk kawasan itu apakah kita ~erlu meminta keputusan daripada ;etinggan-setinggan di situ sebab mereka 1uga merupakan orang yang occupy the .and. Jadi "occupy" ini maksudnya occupy iari segi legal occupation ataupun illegal )CCupation? Ini pertanyaan saya kerana say a Jercaya di masa-masa akan datang sudah entu kitaakan menghadapi masalah ini dan dta hendak tahu di sini iaitu sama ada kita caitkan perkara ini dengan legal )ccupation ataupun any occupation seperti 'beneficial occupation" ataupun apa. (atakanlah dia secara tidak rasmi men­lapat kebenaran daripada pihak keretapi luduk di situ setelah bertahun-tahun, ujuh lapan tahun dia sudah ada "beneficial >ccupation of the land". Jadi, apakah :ekarang ini kita hendak selesaikan soal >ccupation ini, apakah ianya urn um ataupun lita hanya hadkan kepada mereka yang neng'occupy'kan tanah ini secara legal .ahaja.

Tuan Yang di-Pertua, yang akhir sekali, aya ingin bercakap berkenaan dengan encing of the area. Say a tengok di dalam \kta ini tidak ada-mungkin saya tidak erjumpa-tetapi saya tengok di sini 1ahawa tidak ada satu syarat yang mahukan upaya kita memastikan iaitu kawasan­:awasan ini hendaklah dipagarkan. Saya engok cuma yang ada iaitu di bawah eksyen 28. Seksyen 28 itu pun me-11erlukan kita memagarkan kawasan­:awasan yang mana kita hendak me­.yimpan barang-barang di situ bagi tujuan ntuk mungkin membina takungan ataupun angunan-bangunan untuk pembetungan II.

Jadi, kalau untuk perkara yang sementara itu kita syaratkan ianya mestilah dipagarkan, maka saya merasakan bagi bangunan atau kawasan yang tetap itu kita mesti syaratkan ianya mesti dipagarkan. Sebab kawasan yang sementara sudah kita syaratkan iaitu di bawah seksyen 28 mesti dipagarkan kawasan-kawasan ini. Tetapi bagi bangunan-bangunan atau kawasan pembetungan yang tetap, kita tidak syaratkan. Saya rasa kita mesti syaratkan sebab liability mesti strict. Sebab banyak kes-kes yang berlaku kalau kawasan­kawasan ini tidak dipagarkan, maka ianya akan menjadi satu kawasan yang mana orang masuk di situ-ada orang yang mungkin tenggelam kerana terjatuh di dalam kolam . Ini ada berlaku. Jadi, oleh kerana itu saya ingin menyatakan di sini sekiranyadi bawah seksyen 28 Akta ini, kawasan sementara itu pun kita syaratkan supaya ianya mesti di­pagarkan, maka sudah tentulah yang tetap itujugahendaklah dipagarkan. Sebab kalau yang ringan itu kita ada syarat, maka yang berat mesti ada syarat dia.

Oleh kerana itulah, saya merasakan bahawa hendaklah dijadikan sebagai satu Fasal di bawah Akta ini bagi kawasan tetap yang telah menjadi kawasan pembetungan, ianya mestilah dipagarkan. Dan kalau ia tidak dipagarkan, kalau ada satu-satu perkara yang berlaku atau kalau tidak ber­laku sesuatu pun, maka dia hendaklah di­kenakan pembayaran dendakeranakawasan pembetungan ini adalah kawasan yang penting yang tidak seharusnya diwujud tanpa dipagarkan kawasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya kira itulah sahaja saya hendak sebutkan dan sekali lagilah saya ucapkan tahniah kepada pihak Kerajaan yang telah memikirkan untuk mengadakan Akta ini yang saya merasa memang sudah sampai pada waktu dan ketikanya untuk kita mengadakan Akta ini. Maka dengan itu saya sekali Jagi me­nyatakan bahawa saya berdiri menyokong Rang Undang-undang Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993. Terima kasih .

Dato' Azumu bin Tak: Yang Berhormat Puan Hajah Habshah.

1699 9 OGOS 1993 1700

4.24 ptg.

Puan Hajah Habshah binti Haji Osman: Tuan Yang di-Pertua, terimakasih kerana memberikan saya peluang bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang telah pun dituluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini.

Sa ya berpendapatRang U ndang-undang ini boleh menghasilkan satu iklim negara yangterbaikdarijangkapanjangdanjangka pendeknya dalam membina suasana yang penuh selesa untuk kita semua hidup di Malaysia ini.

Tuan Yang di-Pertua, di bawah Butiran 7, Senarai 3, Jadual Kesembitan Perlem­bagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa urusan-urusan mengenai pem­betungan adalah tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Dan selaras dengan Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan jug a, beberapa Akta telah digubal untuk memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dalam rancangan pembinaan dan pengendalian sistem pembetungan yang terletak dalam kawasan pihak berkuasa tempatan.

Malangnya saya mendapat maklumat yang mereka ini sedang menghadapi pel­bagai masalah terutamanya kekurangan sumber kewangan dan kekurangan kakitangan teknikal yang mahir seperti yang telah disebutkan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi.

Untuk mengatasi masalah ini, saya mengucapkan syabas di atas peranan dan tanggungjawab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang sedikit-se­banyak telah memberikan pelbagai ban­tuan untuk mengatasi masalah tersebut. Demikian juga menerusi Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar yang telah memberikan pelbagai sumbangan untuk kepentingan rakyat dalam menegakkan suasana bersih dan sihat dalam mewujudkan pembetungan yang termampu untuk kita selama ini.

Memanglah benar bahawa keadaan pembetungan di seluruh negara belum lagi memuaskan berasaskan bahawa pembinaan dan penyelenggaraan pembetungan di­lakukan dengan berbagai cara. Tidak seperti prasarana yang lain seperti jalan raya, elektrik, air dan sebagainya; keadaan pembetungan di Malaysia dalam keadaan yang buruk walaupun di beberapa tempat keadaan pembetungan itu sudah ada yang dikelolakan secara yang baik.

Saya suka hendak memberitahu Dewan yang mulia ini bagaimana keadaan pem­betungan ini di Malaysia yang tidak sempurna telah mengakibatkan alam sekitar kita yang tercemar. Sebagai contoh, se­bagaimana sungai Sepang dan sungai Kelang telah tercemar dangan teruknya sedangkan kebanyakan sungai ini me­rupakan sumber air minuman penduduk tempatan yang menyebabkan penyakit taun yang dicemarkan oleh kekotoran yang berpunca dari tidak baiknya sistem pem­betungan.

Demikian juga dengan pantai-pantai kita yang menjadi tempat pelancongan telah rosak airnya seperti di Port Dickson dan Batu Feringgi.

Saya menyokong akan Rang Undang­undang ini untuk membolehkan urusan pembetungan ini diswastakan kerana kita telah pun mencapai kejayaan cemerlang dalam gagasan penswastaan di bawah kepimpinan Dato' Seri Dr. Mahathir seperti yang berlaku di dalam Telekom Malaysia, TNB, MAS, TV3 dan sebagainya. Dan yang demikian menswastakan pem­betungan dalam apa juga caranya amatlah dialu-alukan kerana ia boleh memberikan perubahan fizikal kepada alam sekitar yang melibatkan kehidupan harian rakyat Malaysia.

Namun demikian, di sini saya suka mengingatkan Dewan yang mulia ini ba­hawa sokongan saya terhadap Rang Un­dang-undang ini mestilah berasaskan kepada hal-hal yang berikut:

1701 9 OGOS 1993 1702

(i) dengan adanya penswastaan pem­betungan ini ianya bolehlah men­gurangkan saiz birokrasi yang ter­libat dalam sektor pembetungan;

(ii) ianya mestilah dapat mengurangkan beban kewangan Kerajaan yang selama ini memang tidak cukup­cukup untuk membiayainya;

(iii) ianya tidak akan membebankan wang rakyat, tetapi mereka hanya dikenakan bayaran yang nominal untuk turut menikmati per­khidmatan pembetungan yang lebih baik di seluruh negara; dan

(iv) kita berharap hasil dari penswas­taan pembetungan ini akan men­gurangkan pencemaran alam sekitar dan pencemaran sumber air negara bagi membolehkan kita mendapat suasana yang lebih bersih dan sihat.

Seperti yang tel ah dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, pen­swastaan pembetungan ini diberi kepada Ind ah Consortium. Kepada say a siapa yang mendapattugas mengendalikan sistem pem­betungan ini adalah tidak penting. Yang pen ting ialah pihak yang mendapat peluang dari kepercayaan Kerajaan itu hendaklah mengendalikan pembetungan sektor ini dengan baiknya demi untuk kepentingan rakyat seluruhnya.

Namun demikian, saya difahamkan bahawa Lembaga Tabung Angkatan Tentera telah pun mempunyai bahagiannya sebanyak 20% dan Koperasi Polis Diraja Malaysia Bhdjuga mempunyai 20%. Saya gembira yang kedua-dua organisasi pasukan polis dan tentera ini turut terlibat. Tetapi saya amat berharap mereka mestilah komited dan melibatkan diri secara langsung di dalam pengurusan dan pentadbiran per­j alanan lndah Consortium i ni dan bukannnya sebagai "sleeping partner" sahaja, dengan izin. Dengan penglibatan mereka ini saya yakin proses penswastaan perkhidmatan pembetungan negara akan dapat diterima dengan baik oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.

Sekali lagi, Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong. Terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Yang Berhormat Tuan Fu Ah Kiow.

4.30 ptg.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak­banyak terima kasih kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Selepas mendengar huraian oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kerajaan khasnya Kementerian Peruma­han dan Kerajaan Tempatan yang telah menggubal Rang Undang-undang ini dan saya turut memberi sokongan.

Negara kita sedang membangun dengan pesat menjelang tahun 2020, di mana kita perlu memastikan di samping mencapai pembangunan negara, alam sekitar dan tanah air kita tidak tercemar. Maka dengan maksud meningkatkan kesihatan awam, menjaga kebersihan alam sekitar dan sumber air, Kerajaan dengan inisiatif mencadangkan Akta ini untuk meminda dan menyatukan undang-undang yang berhubungan dengan sistem pembetungan dan perkhidmatan di seluruh negara.

Saya berpendapat inisisatif ini adalah tepat pada masanya dan ianya juga menunjukkan bahawa Kerajaan peka kepada masalah alam sekitar yang bersampingan dengan pembangunan.

Kita perlu memandang untuk jangka masa panjang dan mengelakkan kejadian yang berlaku di beberapa negara maju yang mengalami kecemaran alam sekitar akibat pembangunan.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana Dewan yang mulia ini telah sedia dimaklumkan, setakat ini negara kita tidak mempunyai undang-undang seragam yang

1703 9 OGOS 1993 1704

berhubungan dengan sistem dan per­khidmatan pembetungan. Akibatnya ter­dapat di seluruh negara kita sistem pem­betungan yang berbagai rekabentuk dan yang berbeza dari segi kekesanannya.

Ada pemaju yang menggunakan kolam najis sebagai sistem pembetungan dan ada lain pula menggunakan sistem tangki sep­tic, imhofs tank, erected lagoon, system mechanical dan lain-lain sistem. Biasanya sistem ini dibina oleh pihak pemaju semasa pembinaan perumahan dan kemudiannya diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk kerja penyenggaraan.

Majlis Perbandaran Tempatan seterusnya melantik kontraktor-kontraktor masing-masing untuk menjalankan kerja penyenggaraan dan lain-lain perkhidmatan pembetungan. Oleh kerana kebanyakkan pihak berkuasa tempatan tidak dapat menguruskan perkhidmatan pembetungan dengan baik, kita dapati banyak rayuan bahawa perkhidmatan pembetungan yang sedia ada tidak memuaskan dan telah menjejas kesihatan orang ramai dan juga telah mencemar alam sekitar negara kita.

Oleh itu, saya menyokong usaha Kerajaan untuk mengkaji, menyelaras dan menseragamkan hal berhubungan dengan rekabentuk, standard, spesifikasi sistem pembetungan dan perkhidmatan pem­betungan di seluruh negara. Akan tetapi saya mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan beberapa perkara yang berikut:

(i) Fasal 7 memberi Kerajaan Persekutuan kuasa untuk membuat perjanjian penswastaan dengan kontraktor perkhidmatan pem­betungan.

Mengikut keterangan yang diberi oleh Yang Berhormat tadi bahawa lndah Con­sortium akan dipilih sebagai kontraktor untuk menjalankan kerja perkhidmatan pembetungan.

Saya ingin bertanya sama ada Kerajaan bercadang untuk memberi kontrak pen­swastaan ini kepada satu syarikat sahaja atau satu kumpulan yang tunggal sahaja. Kalau cuma satu syarikat atau kumpulan akan dapat kontrak penswastaan, saya khuatir bahawa ini akan menjadikan satu monopoli dan monopoli adalah ber­tentangan dengan prinsip penswastaan yang diamalkan oleh Kerajaan.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin mohon Yang Berhormat Timbalan Menteri menerangkan dengan lebih teliti cara atau prinsip-prinsip yang akan digunakan untuk menentukan caj atau levi yang akan di­kenakan kepada pengguna.

Saya berharap Kerajaan akan mengambil perhatian mengenai perkara ini supaya kontraktor tidak boleh menaikkan caj dengan sewenang-wenangnya tanpa kelulusan dari Kerajaan. Kawalan ini adalah perlu untuk memastikan supaya caj yang dikenakan kepada pengguna adalah muna­sabah dan tidak keterlaluan sehingga mem­bebankan rakyat jelata. Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Sita Yang Berhormat Puan Kian Sit Har.

4.36 ptg.

Puan Kian Sit Har: Tuan Yang di-Pertua, izinkanlah saya menyentuh sedikit mengenai dengan pelaksanaan projek pembetungan di bawah Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Pemberian kontraktor ataupun pemilihan kontraktor untuk menjalankan projek pembetungan itu perlu dijalankan dengan terperinci berbanding hanya kepada ke­bolehan mendenda iaitu kriteria-kriteria seperti keupayaan dari segi kedudukan kewangan syarikat, pengalaman dan pengetahuan yang berkaitan serta track record dalam bidang yang berkaitan dan bukan mengambil kira sangat siapa dia pengarah-pengarah syarikat ataupun kumpulan ethnic mereka. Hanya dengan pemilihan dan kawalan sedemikian dapat menjamin projek-projek berkenaan di-

1705 90GOS 1993 1706

laksanakan dengan sempurna mengikut kehendak dan jadual. Projek-projek yang terbengkalai khususnya projek-projek raksasa akan menimbulkan ban yak masalah sosio-ekonomi dan akan menyulitkan dan merugikan rakyat dan negara.

Tuan Yang di-Pertua, sekian sahaja, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

4.38 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, pertama say a ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang Ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Yang Berhormat Puan Hajah Habshah binti Haji Osman, Yang Berhormat Tuan Fu Ah Kiow dan Yang Berhormat Puan Kian Sit Har telah rata-rata menyatakan sokongan mereka terhadap Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 ini dan bagi pihak Kementerian serta Kerajaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih.

Kepada perkara-perkara yang telah ditimbulkan, pertama oleh Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz mengenai perkara sampai bilakah pembetungan persendirian menjadi sistem pembetungan awam.

Suka saya nyatakan bahawa disebabkan negara kita yang begitu besar dan luas serta penduduk-penduduknya juga tinggal ber­taburan di seluruh negara, maka sudah pastilah akan wujud sistem pembetungan persendirian di negara kita walaupun sistem pembetungan awam ini akan di­Iaksanakan sebaik sahaja penswastaan di­lakukan oleh Kerajaan.

Sistem pembetungan persendirian hanya akan perlu disambung kepada sistem pem­betungan awam jika sekiranya sistem pembetungan a warn ada di dalam jarak 30 meter daripada sempadan premis dengan sistem pembetungan persendirian. Di samping itu juga, peruntukan diwujudkan untuk menentukan bahawa sistem persendirian hendaklah diselenggara dengan baik dan jika sekiranya sistem persendirian tidak diselenggarakan dengan baik dan jika difikirkan perlu sistem persendirian ini diisytiharkan menjadi sistem pembetungan awam, barulah pihak Menteri yang diberikuasa di bawah Akta ini untuk mengisytiharkan mana-mana sistem untuk menjadi sistem pembetungan a warn.

Mengenai Fasal 16, takungan najis yang terbuka atau lebih dikenali dengan perkataan "oxidation pond" yang terdapat di beberapa kawasan di seluruh negara. Buat masa ini sistem ini adalah sistem yang difikirkan yang terbaik dan ianya dise­lenggarkan dengan cukup baik. Jika sekiranya sistem ini diselenggarakan dengan baik ianya tidak akan menimbulkan pencemaran sama ada dari segi bau atau pun dari segi kesihatan. Selain daripada itu, pihak majlis tempatan atau kerajaan negeri juga telah meluluskan beberapa takungan najis di bawah tanah. Tetapi masalah yang dihadapi oleh takungan najis di bawah tanah ini ialah diselenggarakan, oleh kerana masalah penyelenggaraan takungan najis di bawah tanah ini didapati begitu menimbulkan beberapa perkara yang boleh menyulitkan penyelenggaraannya, maka itulah sebabnya "oxidation pond" ini masih dikekalkan dan perkara di bawah peruntukan Fasal 16 dikekalkan bagi mem­bolehkan mana-mana pemaju jika didapati memerlukan takungan najis atau "oxida­tion pond" ini boleh dilaksanakan dengan kuasa yang diberikan oleh Ketua Pengarah.

Di bawah Fasal 17, peruntukan ini sudah sedia ada di dalam Akta Jalan, Parit dan Bangunan. Ia hanya kuasa yang diberi kepada Ketua Pengarah dan terpulang kepada Ketua Pengarah untuk menggunakan kuasa ini mengikut keadaan.

1707 9 OGOS 1993 1708

Projek penswastaan ini akan hanya meliputi kawasan pihak berkuasa tempatan. Oleh itu, tidaklah perlu dibimbangkan tentang rumah-rumah kampung atau rumah-rumah di mana rumah-rumah itu telah terletak di kawasan luar bandar.

Mengenai Fasal 20, yang ditimbulkan oleh saudara Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, mengapa tidak ada private sewerage system. Seseorang pemunya sis tern pembetungan persendirian bertanggungjawab bagi sistemnya sendiri. Di Fasal 20 ini ialah, dikatakan sekiranya sistem pembetungan persendirian di­rosakkan, tidak diperuntukkan di dalam Perkara 20.

Seseorang tuan punya pembetungan persendirian bertanggungjawab bagi sistemnya sendiri. Jika orang lain merosakkan sistem itu, tuan punya sistem pembetungan itu ada hak di sisi undang­undang sama seperti hartanya yang lain. Ini bererti, tuan punya boleh meminta kepada siapa juga yang melakukan kesalahan un­tuk membayar kerosakan terse but dan jika sekiranya enggan, maka ia boleh dibawa ke mahkamah sebagai satu perkara sivil untuk diputuskan.

Fasal 20, adalah bagi sistem yang di­punyai oleh Kerajaan di mana melibatkan orang ramai, maka keperluan orang ramai juga perlu diambilkira. Itulah sebabnya peruntukkan ini dikhususkan kepada sistem pembetungan awam.

Fasal 27(2), jika seseorang itu bukan tuan punya tanah atau seorang setinggan yang tinggal di kawasan itu, apakah perlu untuk mendapatkan kebenaran daripada tuan puny a tanah. Pada ketika ini soal sama ada penghuni secara sah atau tidak, tidak timbul. Kerana apa yang penting ialah kemasukkan itu akan mengganggu orang yang sedang menghuni premis, kawasan atau tanah itu. Oleh itu, supaya berlaku adil, penghuni itu perlu diberitahu.

Kalau tidak diizinkan oleh penghuni, cukuplahjika penghuni diberi notis selama 24jam.

Fasal 28 di mana Yang Berhormat menyatakan supaya kawasan loji perlu dipagar bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan ke atas sama ada orang awam ataupun pekerja-pekerja yang menjalankan penyenggaran.

Suka saya menyatakan bahawa pada masa ini pun, sewaktu pihak berkuasa tempatan memeriksa pelan-pelan yang berkaitan dengan pembetungan, pihak berkuasa tempatan ada mengenakan syarat supaya di mana perlu, loji-loji yang di­fikirkan memerlukan untuk dipagar boleh mengenakan syarat supaya loji itu dipagar oleh pemaju yang menjalankan pem­bangunan di kawasan terse but. Dan amalan ini sedang berjalan pada masa ini dan akan terus dijalankan.

Yang Berhormat Puan Hajah Habshah binti Haji Osman, selain memberi sokongan, mengharapkan pemegang­pemegang saham seperti Koperasi Polis dan Koperasi Angkatan Tentera tidak akan menjadi "sleeping partners". Sukalah saya menyatakan di sini bahawa seperti lazimnya yang dilakukan, Konsortium ini sudah tentulah akan ditadbirkan oleh Lembaga Pengarahnya dan saya pasti Lembaga Pengarah ini akan terdiri daripada mereka yang mempunyai saham yang tinggi seperti Koperasi Polis dan koperasi Angkatan Tentera. Terpulanglah kepada mereka yang dipertanggungjawabkan nanti untuk mengambil bahagian di dalam menentukan bahawa perjalanan syarikat akan membawa bukan sahaja kebaikan kepada syarikat tetapi juga akan dapat melaksanakan hasrat dan cita-cita Kerajaan; untuk menentukan bahawa Sistem Pembetungan yang terdapat di negara kita ini akan benar-benar memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh Kerajaan dan masyarakat di seluruh negara.

Yang Berhormat Tuan Fu Ah Kiow tel ah membangkitkan soal caj. Sukalah say a menyatakan bahawa caj yang telah dipera­kui untuk tempoh lima tahun pertama ialah di antara RM3 sehingga RM IO mengikut keadaan kedudukan dan besarnya

1709 90GOS 1993 1710

penggunaan Sistem Pembetungan ini. Dan caj ini adalah di bawah tanggungjawab Menteri. Dan sukalah saya menyatakan di sini bahawacaj ini tidakakanmembebankan mana-mana pihak khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Dan jika sekiranya perlu, Menteri akan menentukan bahawa caj ini adalah caj yang berpatutan yang tidakakan membawa bebanan kepadamana­mana pihak jua pun.

Yang Berhormat Puan Kian Sit Har telah memberi sokongan kepada Rang Undang-undang ini dan telah menimbulkan perkara-perkara am. Jadi, saya rasa tidak memerlukan jawapan daripada saya.

Waiau bagaimanapun, saya rasa itu sahajalah perkara-perkara yang telah di­timbulkan, yang perlu penjelasan daripada pihak Kementerian dan mana-mana perkara yang telah tidak dapat saya jelaskan, jika perlu saya akan menentukan bahawa perkara-perkara yang telah ditimbulkan telah pun diambil perhatian oleh pegawai­pegawai yang bertugas pada hari ini dan kita akan memberi penjelasan jika perlu kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah mengambil bahagian di dalam per­bahasan Rang Undang-undang itu. Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

(Dato' Azumu bin Tak mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal I hingga 46 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Pendahuluan diperintahkan jadi seba­hagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN TEMPATAN

(PINDAAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.01 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yangdi-Pertua, sayamohon mencadangkan iaitu suatu akta untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1976 Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang-undang Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang seterusnya telah diwartakan untuk berkuatkuasa mulai 25hb. Mac, 1976. Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang telah saya bentangkan sebentar tadi, dengan jelas menerangkan Kerajaan Persekutuan akan mengambilalih tanggungjawab terhadap sistem pem­betungan di seluruh negara daripada pihak berkuasa tempatan. Selaras dengan pengambilalihan tanggungjawab tersebut, maka suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Kerajaan Tempatan 1976 supaya pihak berkuasa tempatan tidak lagi ber­tanggungjawab terhadap sistem pem­betungan di negara ini.

Pindaan yang dicadangkan ini melibatkan Seksyen 2, 72, 73, 128, 130 dan 131 seperti berikut:

(i) Seksyen2AktaKerajaanTempatan 1976, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda-

(a) dengan memotong perkataan "tangki najis" dalam takrif "bangunan"; dan

(b) dengan memasukkan selepas takrif "kemajuan" takrif baru yang berikut:

1711 9 OGOS 1993 1712

' "kumbahan" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993;'.

(ii) Seksyen 72, Akta Ibu adalah di­pinda -

(a) dengan memotong perkataan "najis manusia, kotoran" dalam perenggan (a);

(b) dengan menomborkannya semula Seksyen 72 sebagai subseksyen (l); dan

( c) dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen baru (2) yang berikut:

"(2) Bagi maksud subseksyen 72 dan 73, cecair buangan tidak termasuk kumbahan.".

(iii) Seksyen 73 Akta ibu adalah dipinda

(a) dengan memotong perkataan "najis manusia, kotoran," dalam perenggan (a);

(b) dengan menomborkannya semula seksyen 73 sebagai subseksyen (1 ); dan

( c) dengan memasukkan selepas sahaja subseksyen (1) sub­seksyen baru (2) yang berikut:

"(2) Wal au apa pun mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, sesuatu pihak berkuasa tempatan tidak boleh membuat, meminda atau membatalkan mana-mana undang-undang kecil berkenaan dengan kumbahan.".

(iv) Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan seksyen 128 dengan yang berikut:

"Kadar 128. Selain daripada kadar-kadar yang tambahan, tersebut dalam seksyen 127, pihak berkuasa tempatan boleh dengan cara yang serupa mengenakan suatu kadar pemaritan mengikut seksyen 132.".

(v) Seksyen 130 Akta ibu adalah di­pinda -

(a) dengan memotong perenggan (b) dalam subseksyen (2); dan

(b) dengan memotong perenggan (b) dalam subseksyen (3).

(iv) Akta ibu adalah dipinda dengan memotong Seksyen 131.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan. r

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah satu untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Sila Yang Berhormat Tuan Saidin.

5.06 ptg.

Tuan Saidin bin Mohamad: Tuan Yang di-Pertua, terimakasih say a ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk memperkatakan satu dua perkara berhubung dengan pindaan Akta ini.

Tuan Yang di-Pertua, dalam perbahasan Akta Kerajaan Tempatan 1993, maka saya ingin juga menyentuh sedikit-sebanyak tentang pindaan yang dibuat. Saya dengan ini, menyokong di atas pindaan-pindaan

1713 9 OGOS 1993 1714

yang dibuat, di mana tujuan mengemas kinikan supaya lebih kuat, di samping bagi menepati kehendak-kehendak yang tertentu. Namun demikian, dalam menyingkirkan perkataan yang kurang enak didengar, di samping membuat pindaan kekuasaan yang lebih tepat dan diharap dapat memberi kesan yang positif, saya ingin menyebutkan yang menjadi permasalahan ialah tentang pelaksanaan.

Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang baru dibentangkan tadi dan telah di­terima oleh Dewan ini telah pun menyebut khusus mengenai perkhidmatan. Tetapi Akta Kerajaan Tempatan (Pindaan) 1993, saya kira lebih luas dan memberi peluang kepada say a untuk memperkatakan sedikit­sebanyak, walaupun dalam menyentuh seksyen 72, 73, 130 dan 13 I khusus mengenai perkara-perkara yang tertentu.

Tuan Yang di-Pertua, cecair buangan dan kumbahan, suatu yang memberi kesan negatif jika sekiranya suatu tindakan ber­kesan tidak diambil. Sejauh ini amat kurang usaha-usaha menjadikan cecair buangan dan kumbahan sesuatu yang positif. Usaha menjadikan buangan itu sebagai baja, gas dan sebagainya tidak dipertingkatkan. Andai kata pada tahun 2020 pertambahan penduduk begitu ketara, sudah tentu permasalahan akan timbul. Dengan demikian, dengan pindaan Akta ini, akan terdapat pihak-pihak yang berwajib mempertentukan suatu sis tern yang kemaskini lagi terperinci dalam menempuh perkembangan semasa.

Tuan Yang di-Pertua, dengan yang demikian, amatlah perlu pihak-pihak yang bertanggungjawab memberi perhatian di dalam permasalahan-permasalahan yang dihadapi pada masa kini, yang berkemungkinan akan dihadapi dalam tempoh beberapa tahun akan datang dan seterusnya sehinggalah sampai ke tahun 2020.

Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Sila Yang Berhormat Hajah Cik Pora.

5.11 ptg.

Puan Hajah Cik Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk sama­sama membahaskan Akta (Pindaan) Kerajaan Tempatan. Dalam menyokong pindaan Rang Undang-undang ini, saya ingin menarik perhatian pihak Kerajaan di dalam membuat pindaan ini, supaya mem­beri perkhidmatan yang lebih baik kepada pihak orang ramai, kerana di mana-mana pun kita mendengar rungutan-rungutan yang tidak berpuas-hati dengan perjalanan dan tindakan Majlis Tempatan, terutamanya di dalam meluluskan pelan-pelan untuk pembangunan rumah-rumah di bandar­bandar.

Ada suatu peristiwa yang berlaku, dan say a rasa Tuan Yang di-Pertua juga tel ah terbaca di dalam suratkhabar, di mana se­buah Pejabat Majlis Tempatan di Kedah telah dilemparkan dengan lumpur oleh sipengadu. Ini berlaku kerana pihak yang berkenaan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak Majlis Tempatan mengenai banjir kilat yang berlaku akibat rumah-rumah ini. Tetapi apabila pengaduan dibuat, kakitangan-kakitangan Majlis Tempatan ini memberi kata-kata yang tidak menyenangkan. Jadi, sipengadu ini hilang sabar dan terns melemparkan lumpur ke dalam Pejabat Majlis Tempatan. Saya rasa ini adalah kurang baik kepada imej Majlis Tempatan kerana kita berharap kepada merekalah untuk menjaga kebersihan dan juga menerima pengaduan-pengaduan yang di­buat.

Tuan Yang di-Pertua, saya inginkan penjelasan, siapakah, dengan izin, finally meluluskan pembinaan taman-taman di Pekan-pekan. Berlaku di Kulim di mana di dalam kawasan pembinaan perumahan itu terdapat satujalan yang begitu pelik kerana tidak sepatutnya jalan itu dibuat begitu. Kepada orang ramai yang terlibat, yang menggunakan jalan ini merasakan ia adalah suatu yang paling merbahaya kerana ia begitu, dengan izin, sharp corner, dan pada fikiran kita tidak sepatutnya jalan itu dibuat

1715 9 OGOS 1993 1716

begitu. Orang ramai telah mempersoalkan adakah Majlis Tempatan ini mempunyai pegawai-pegawai yang berkelayakan ataupun perkara ini diluluskan begitu sahaja.

Tuan Yang di-Pertua, saya sangat ber­haraplah supaya mendapat jawapan mengenai perkara ini-ini berlaku di tem­pat saya sendiri-supaya kita dapat mem­beri penjelasan yang memuaskan.

Tuan Yang di-Pertua, dengan pindaan­pindaan ini, saya juga berharap mereka akan dapat memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada orang ramai yang membayar cukai kepada Kerajaan. Selain dari itu juga, saya ingin menyeru pihak Majlis Tempatan supaya, dari segi per­hubungan dengan orang ramai, mereka hendaklah memberikan suatu perkhidma­tan yang baik sama ada di dalam tuturkata dan juga di dalam memberi penjelasan­penjelasan. Kerana di tempat saya sendiri, iaitu di Majlis Tempatan Daerah Kulim, begitu banyakrungutan-rungutan yang tidak memuaskan pihak masyarakat setempat telah diterima.

Se lain dari itu juga, say a ingin mendapat penjelasan sama ada pihak Majlis Tempatan ini mempunyai kuasa terhadap binatang-binatang seperti lembu dan kambing yang berkeliaran di pekan-pekan kecil yang mempunyai Majlis Tempatan. Kita tengok pekan ini begitu kotor dan tidak siapa yang mengambil tindakan ter­hadap ternakan-ternakan yang berkeliaran di pekan-pekan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang (Pindaan) Kerajaan Tempatan. Sekian, terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab.

5.17 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, pertama sayaingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan

Saidin bin Mohamad dan Yang Berhormat Puan Hajah Cik Pora binti Haji Omar yang telah mengambil bahagian di dalam ·per­bahasan Rang Undang-undang Akta Kera­jaan Tempatan (Pindaan) 1993 ini.

Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad telah menyuarakan pandangan beliau supaya cecair buangan dan kumbahan yang ada pada hari ini diusahakan untuk membawa pulangan yang positif dari segi baja, gas dan sebagainya, bukan sahaja kepada negara, tetapi juga dari segi penggunaannya yang membolehkan men­dapat pulangan yang positif dari segi kewangan sama ada kepada Majlis Tempatan mahupun Kerajaan.

Saya ucapkan terima kasih kepada pandangan yang positif ini, dan suka saya menyatakan di sini bahawa pandangan ini akan kita majukan di dalam kita merundingkan dengan pihak swasta nanti semasa kita membincangkan syarat-syarat yang akan diguna-pakai di dalam proses menswastakan sistem pembetungan ini. Kita harap pandangan ini akan dapat di­terima supaya apa yang dikemukakan oleh Ahli Yang Berhormat tadi akan menjadi satu realiti, bukan sahaja di dalam kita memberi perkhidmatan yang baik kepada sistem pembetungan yang ada, tetapi juga akan mendapat by-product yang boleh mem­bawa hasil pulangan kepada rakyat tem­patan dan juga kepada negara.

Yang Berhormat Puan Hajah Cik Pora binti Omar telah banyak menyuarakan masalah-masalah atau sikap yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan Kerajaan Tempatan. Walaupun perkara ini tidak ter­masuk di dalam pindaan Akta ini, sukalah saya menjawab kepada Yang Berhormat. Apa yang berlaku di negeri Kedah, hasil daripada komplen yang dikemukakan oleh salah seorang penghuni berikutan daripada banjir kilat yang berlaku, seperti dakwaan Yang Berhormat yang mangatakan sikap dan layanan kurang baik yang telah diberi­kan oleh kakitangan Majlis tersebut, saya inginlah menyatakan di sini bahawa kita akan berusaha untuk menyampaikan

1717 9 OGOS 1993 1718

perkara ini kepada pihak yang berkenaan supaya perkhidmatan dan hubungan serta sikap dan tingkahlaku pekerja-pekerja Majlis Temparan, Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran yang terlibat di dalam Kerajaan Tempatan akan dapat kita pertingkatkan, supaya bukan sahaja akan menyenangkan pihak-pihak yang ber­urusan dengan pihak Kerajaan Tempatan, tetapijugaapa-apamasalahyangakanditim­bulkan akan dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan semua pihak.

Soal siapakah yang sebenarnya mem­punyai kuasa di dalam pembinaan taman­taman awam di negara kita, ada dua yang sebenamya. Satu, jika taman-taman a warn· ini dilaksanakan oleh Majlis sendiri, maka Majlislah yang akan menentukan bahawa semua pelan-pelan yang akan dilaksanakan diluluskan oleh pihak Majlis itu sendiri. Maka sudah tentulah sebarang masalah yang mungkin timbul boleh diselesaikan oleh pihak Majlis dengan kerjasama sama ada Jabatan Perancang Bandar dan Desa yang menjadi ahli atau anggotaMajlis Tempatan ataupun mana-mana pihak teknikal yang adahubungkaitnyadengan kelulusan pelan­pelan taman awam di kawasan tersebut.

Sekiranya taman awam itu dibina oleh pihak swasta, ianya juga perlu mendapat kelulusan daripada pihakMajlis Tempatan. Jadi, sekiranya taman-taman a warn ini yang dibina oleh pengusaha-pengusaha atau pemaju-pemaju dengan persendirian, maka ianya perlu dirujuk untuk mendapat kelulusan daripada pihak Majlis, dan apa­bila pelan tersebut diluluskan barulah ianya boleh dilaksanakan. Jadi, sebarang masalah seperti yang ditimbulkan oleh Yang Berhormat, bolehlah dimajukan kepada pihak Majlis tersebut supaya perkara­perkara yang ditimbulkan tadi dapat di­perbetulkan untuk kepentingan orangramai.

Soal kambing dan lembu yang ber­keliaran, saya ingat semua pihak Majlis mempunyai kuasa di bawah Akta yang berkuatkuasa untuk menentukan lembu­lembu kepunyaan orang ramai tidak se­harusnya berkeliaran di kawasan-kawasan

Majlis dan jika ini berlaku Majlis boleh menangkap dan mengenakan denda kepada tuanpunya lembu atau kambing dan jika sekiranya tuanpunya engkar membayar denda tersebut, sudah tentulah lembu itu mungkin boleh dilelong untuk denda di­bayar dan bakinya diserahkan kepada tuanpunya lembu tadi.

Saya ingat itu sahaja perkara yang telah ditimbulkan, dan saya ucapkan terima kasih.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalahdikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Dato' Azumu bin Tak mempengeru­sikan Jawatankuasa )

Fasal 1 hingga 8 diperintahkan jadi sebahagiandaripadaRang Undang-undang.

Pendahuluan diperintahkan jadi seba­hagian daripada Rang Undang-undang.

Rang U ndang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PERANCANGAN BANDAR

DAN DESA (PINDAAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.26 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, say a mo hon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta

1719 9 OGOS 1993 1720

Perancangan Bandar dan Desa 1976 di­bacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1976 Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang-undang Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 yang seterusnya telah diwartakan untuk berkuatkuasa mulai 25hb.Mac, 1976. SepertiyangTuanYang di-Pertua sedia maklum, Rang Undang­undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang telah saya bentangkan sebentar tadi dan telah diluluskan jelas menerangkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambilalih tanggungjawab terhadap sistem pembetungan seluruh negara dari­pada pihak berkuasa tempatan.

Selaras dengan pengambilalihan tanggungjawab tersebut, maka adalah per! u suatu pindaan dibuat kepada Akta Peran­cangan Bandar dan Desa 1976 seperti berikut:

Seksyen 22 Akta lbu adalah dipinda:

(a) dengan memotong perkataan "dan" dan di akhir perenggan (b) subseksyen (2); dan

(b) dengan memasukkan selepas sahaja perenggan (b) sub­seksyen (2) perenggan baru (ba) yang berikut:

"(ha) peruntukan-peruntukan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993; dan".

Peruntukan kelulusan perancangan sebelum ini dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai pihak berkuasa peran­cang tempatan. Selaras dengan pindaan ini, kuasa untuk meluluskan pelan-pelan perancangan berkaitan pembetungan masih dilakukan oleh pihak berkuasa perancang tempatan tetapi hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu dari Ketua Pengarah Perkhidmatan Pembetu­ngan seperti yang ditetapkan di dalam seksyen 31 Akta Perkhidmatan Pem­betungan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan ini, maka dipercayai sistem-sistem pembetungan pusat dapat dirancang dengan teliti dan teratur demi mencapai objektif sebagaimana diharapkan oleh Dewan yang mulia ini apabila meluluskan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 di­bacakan kali yang kedua sekarang dan ter­buka untuk dibahas. Tuan Rahim bin Baba, silakan.

5.31 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana diberikan kesempatan kepada saya untuk mem­bincang dan juga seterusnya menyokong Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Tuan Yang di-Pertua, seperti man a yang telah pun dinyatakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sebentar tadi, Akta ini perlu dibentangkan untuk disesuaikan dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang telah pun kita luluskan sebentar tadi.

Say a mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian yang telah pun memandang jauh tentang Akta Perancangan Bandar dan Desa ini kerana ini menunjukkan bahawa terdapat kordinasi di antara akta-akta yang akan terlibat ataupun undang-undang kecil yang akan terlibat khasnya dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan yang telah pun diluluskan sebentar tadi.

Kita khuatir, jika tidak ada kordinasi di antara akta-akta yang telah pun diluluskan, kemungkinannya satu masa kelak akan

1721 9 OGOS 1993 1722

timbul masalah-masalah kerana dalam soal pembetungan, ianya dikuasai oleh Kerajaan Pusat, tetapi dalam soal peran­cangan bandar dan juga perancangan desa, kadangkala dikuasai ataupun dijagai oleh Kerajaan-kerajaan Negeri ataupun Kerajaan-kerajaan Tempatan.

Tuan Yang di-Pertua, sambil mem­bincangkan Akta Perancangan Bandar dan Desa ini, izinkan saya memberikan serba sedikit pandangan mengenai kordinasi­kordinasi yang sepatutnya dilakukan oleh pihak Kerajaan khasnya semasa membina bandar-bandar baru. Saya hanya mengambil contoh, kalau kita perhatikan jalan menghala dari Tanjung Malim ke Utara, pada masa-masa yang dahulu,kita betul-betul melalui di dalam bandar Tanjung Malim dan selepas itu oleh kerana berlaku kesesakan di bandar Tanjung Malim, Kerajaan telah pun mengalihkanjalan yang lain dengan harapan supaya kesesakan lalu lintas tidak akan berlaku di bandar Tanjung Malim sendiri. Tetapi apa yang kita dapati ialah, setelah 4 ataupun 5 tahun jalan baru itu digunakan, kita dapati pihak kerajaan temp a tan dari segi perancangan bandar nam­paknya telah pun meluluskan beberapa rumah-rumah kediaman, beberapa pusat­pusat pemiagaan baru di sepanjang jalan yang baru ini pula.

Say a percaya dalam mas a l 0 ataupun 15 tahun yang akan datang, jalan ini juga ter­paksa dialihkan pula kerana akan berlaku kesesakan-kesesakan yang baru. Jadi di dalam soal ini, biarlah ada kerjasama di antara majlis bandaran di dalam meran­cangkan bandar-bandar baru ataupun pusat­pusat pertumbuhan ekonomi baru supaya tidak dibuat di kawasan-kawasan di tepi jalan kerana tujuan asal jalan ini dahulu dialihkan adalah untuk meringankan be ban kesesakan bandar Tanjung Malim yang sedia ada.

Saya hanya mengambil contoh bandar Tanjung Malim kerana saya ber­pengalaman, saya dapat memerhatikan sendiri tentang kemajuan ataupun peran­cangan-perancangan yang telah pun dija­lankan oleh pihak Kerajaan dari segi untuk

mengelakkan berlaku kesesakan. Jadi apa yang ingin say a harapkan ialah supaya pada masa-masa yang akan datang, apabila di­buatkan perancangan-perancangan, pihak perancangan bandar hendaklah lebih teliti lagi dengan masalah-masalah ini.

(Timbalan Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Tuan Yang di-Pertua, wal aupun perkara ini menyentuhi keraj aan tempatan dan tidak menyentuhi soal perancangan bandar dan desa, saya juga ingin memberikan pandangan kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri, iaitu terdapat setengah­setengah aktaataupun undang-undang yang telah pun diluluskan oleh majlis-majlis tempatan yang berbeza di antara satu masa dengan satu masa yang lain.

Say a mengambil contoh, umpamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, dahulunya ditadbir di bawah negeri Selangor, setengah-setengah projek perumahan telah pun diluluskan semasa Kerajaan Negeri Selangor dahulu dan setengah-setengah daripada kelulusan untuk membuat pembinaan tambahan, membuat awning, membuat extension dan juga sebagainya telah pun diluluskan sebelum wujudnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Tetapi apabila telah wujud Kuala Lumpur, sejak adanya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini, Kuala Lumpur menjadi salah satu daripada bandaraya, apa yang telah pun diluluskan sebelum tahun 1972 dahulu nampaknya tidak bersesuaian dengan Undang-undang Kecil Dewan Bandaraya ataupun dari segi perancangan bandar.

Jadi, terdapattuan-tuan rumah yang telah pun diberikan notis ataupun saman oleh pihak Dewan Bandaraya supaya merobohkan pembinaan tambahan ataupun awning dan juga sebagainya yang semasa belum adanya Dewan Bandaraya dahulu telah pun diluluskan oleh pihak-pihak yang berkuasa semasa itu. Tetapi oleh kerana adanya pindaan terhadap Undang-undang Kecil Perancangan Bandar, jadi mereka ini

1723 9 OGOS 1993 1724

telah pun meminta untuk memecahkan semula ataupun membuat pengubahsuaian seperti yang dihendaki oleh Undang­undang Kecil Dewan Bandaraya yang baru. Jadi, apa yang saya harapkan ialah supaya pihak Kerajaan juga dalam soal merancang bandar ini dapat memikirkan soal kelulusan yang telah pun diberi sebelum sesuatu akta itu diluluskan.

Soal yang ketiga yang ingin saya timbulkan ialah di dalam Kerajaan me­rancang bandar-bandar baru ini, kadangkala Kerajaan juga mengadakan kemudahan­kemudahan asas seperti infrastruktur dan juga jalan raya, sekolah, hospital dan juga sebagainya. Apa yang saya dapati ialah mana yang telah pun saya nyatakan pada masa-masa yang dahulu, dengan tidak semena-mena, kadangkala apabila Kerajaan mengadakan projek-projek pem­bangunan di dalam sesuatu kawasan itu, harga tanah yang bersekitaran dengan projek-projek bandar baru yang dibina oleh Kerajaan telah pun naik dengan sendirinya. Ini adalah disebabkan oleh kerana adanya jalan, adanya prasarana yang disediakan oleh pihak Kerajaan seperti sekolah, pe­rumahan-perumahan, hospital dan juga sebagainya. Jadi dengan sendirinya tuan­tuan tanah yang bersekitaran mendapat tambahan terhadap penilaian tanah mereka ini.

Jadi, apa yang saya harapkan ialah Kerajaan juga dalam merancangkan bandar-bandar baru ini memikirkan apakah cara ataupun apakah kaedah yang boleh digunakan bagi memastikan di samping Kerajaan mengadakan kemudahan­kemudahan asas ini, Kerajaan juga men­dapat keuntungan daripada naiknya nilai hartanah di sekitar kawasan-kawasan ataupun bandar-bandar baru yang dibina dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan.

Kemungkinannya Kerajaan boleh memikirkan soal cukai-cukai tambahan ataupun sebagainya. Jadi, Tuan Yang di­Pertua, saya fikir cuma itu sahajalah yang ingin saya mengambil bahagian di dalam memberikan sokongan terhadap Rang

Undang-undang yang telah pun di­bentangkan oleh Yang BerhormatTimbalan Menteri sebentartadi. Sekian, teriJll#kasih.

Timbalan Yang di-Pertuai Tidak ada lagi? Saya hendak beri peluang, Baik, saya dengan ini menjemput Yang B~hormat Timbalan Menteri bagi memberi ja.wapan.

5.42 ptg.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan O•u bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba kerana sudi mengambil bahagian. di dalam p!!rbin­cangan AktaPerancangan Bandar dan Desa Pindaan 1993. Perkara-perkara yang telah ditimbulkan oleh Yang Berhormat adalah perkara umum yang tidak a<Ja kaitannya dengan pindaan Akta Peran!.l~nian Bandar pada petang ini. Waiau baa11imanapun, sukalah saya memberi penjel31$1ll1 di atas perkara-perkara yang telah ditimbulkan.

Sebelum ini segala perancan_g11n yang dibuat adalah sama ada oleh Kerajaan Tempatan ataupun negeri berdasarkan kepada taburan penduduk dan pmensi yang terletak di kawasan-kawasan tersebut. Tetapi pada masa ini disebabkan negara kita telah membangun dengan pesatnya, maka Kerajaan melalui Jabatan Perancangan Bandar dan Desa telah merancang untukmenentukan bahawa pem­bangunan yang dilakukan di setiap kawlll!an bandar, pekan dan kampung mengambil kira tentang keperluan bukan sahaja bagi jangka masa yang singkat tetapijuga 1.mtuk jangka masa panjang di mana seluruh kawasan itu hendaklah dibangun berdasar­kan kepada satu pelan yang dipanggil " structural plan" yang direka atau yang di­rancang oleh Perancang Bandar dan Desa berkenaan dengan penggunaan tanah, penempatan jalan-jalan, sekolah, pem­bangunan rumah, surau, tempat-tempat sembahyang untuk agama-agama yang lain dan begitu juga tempat-tempat rekreasi, apajuga pembinaan yang perlu dilakukan, terdapat di dalam structural plan yang di­buat dan diluluskan oleh Kerajaan Tempatan.

1725 9 OGOS 1993 1726

Jadi, structural plan ini sedang di­rancang untuk seluruh negara, walaupun pada masa ini cuma terdapat beberapa pekan besar sahaja yang telah mempunyai struc­tural plan yang telah pun diluluskan. Se­belum structural plan ini diluluskan, ianya akan dibentangkan untuk bantahan dari­pada orang awarn, termasukAhli-ahli Yang Berhormat, untuk satu jangka masa di mana pihak awam boleh mengemukakan pandangan terhadap pelan yang di­bentangkan dan segala pandangan, segala bantahan yang dikemukakan akan di­timbang oleh satu jawatankuasa pem­bangunan sama ada negeri atau majlis se­belum ianya diangkat menjadi satu structural plan bagi kawasan tersebut. Oleh itu, segala pandangan yang dibuat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat mengenai misalan yang berlaku di kawasan Tanjung Malim dan juga di kawasan-kawasan yang lain yang mungkin telah berlaku sebelum ini, tidak akan Jagi berulang pada masa­masa yang akan datang.

Perlujuga saya nyatakan bahawajalan­jalan yang sedang dirancang, sama ada jalan-jalan negeri mahupun jalan-jalan Persekutuan, dirancang begitu rupa supaya mengarnbil kira semua keperluan Kerajaan Negeri dan juga orang-orang awam. Jadi, apajuga yang telah dirancang sebelum ini dan yang akan dilaksanakan selepas ini akan mengambil kira kehendak dan ke­perluan masa, sarna ada hari ini ataupun jangka masa yang lebih jauh ke hadapan seperti juga yang terdapat di dalam wa­wasan negara pada hari ini.

Mengenai perkara kedua, kelulusan yang telah diberikan oleh Kerajaan yang ter­dahul u daripada ini yang khususnya Kerajaan Negeri Selangor kepada pelan­pel an tambahan ke atas mana-mana bangunan yang sebelum ini dikawal selia oleh Kerajaan Negeri Selangor dan pada masa ini di bawah bidangkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pada lazimnya 1endaklah dipatuhi oleh Dewan Bandaraya {uala Lumpur kerana kelulusan yang telah libuat oleh Kerajaan Negeri Selangor se-1elum ini adalah satu kelulusan yang sah

dari segi undang-undang dan sebarang arahan tidak mengesahkan kelulusan itu, bagi pandangan saya, adalah bertentangan dengan arnalan yang berkuatkuasa pada masaini. Mungkin apayang berlaku, pelan tarnbahan atau awning dan sebagainya yang telah diluluskan oleh Kerajaan sebelum ini telah menjangkaui, apa yang berlaku se­benarnya kelulusan yang diperolehi dan apa yang dilakukan oleh tuan punya bangunan berbeza dengan pelan yang telah diluluskan. Jika ini berlaku, maka sudah tentulah pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak untuk mengarah mana­mana tuan punya bangunan untuk menen­tukan bahawa sebarang tambahan kepada bangunan yang telah diluluskan mestilah mendapat kelulusan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Mengenai perkara ketiga, soal infrastruktur yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan mengakibatkan rneningkatnya harga tanah. Ini adalah satu nikmat yang diperolehi oleh rakyat kita disebabkan kepesatan pembangunan yang berlaku di seluruh negara. Kerajaan akan senantiasa menentukan bahawa nikmat ini akan terus diperolehi oleh rakyat dan kita harap akan membawa sedikit-sebanyak kebaikan, bukan sahaja kepada tuanpunya tanah tetapi juga kepada pengguna-pengguna yang boleh mendapat nikmat sampingan daripada pembangunan yang dijalankan di suatu kawasan itu.

Jadi, kita juga mengambil perhatian segala pandangan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan Rahim Baba dan saya ucapkan terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sayakemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang­undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masai ah dikem uka bagi diputuskan, dan disetujukan.

1727 90GOS 1993 1728

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai J awatankuasa.

(Timbalan Yangdi-Pertuamempengeru­sikan Jawatankuasa )

Fasal 1 dan 2 diperintahkan jadi seba­hagian daripada Rang Undang-undang.

Pendahuluan diperintahkan jadi seba­hagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG JALAN, PARIT DAN BANGUNAN

(PINDAAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

5.55 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dibaca kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1974, Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang U ndang-undang Akta Jal an, Pari t dan Bangunan, yang seterusnya telah diwartakan untuk berkuatkuasamulai l 3hb. Jun, 1974. Seperti yang Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, Rang Undang­undang Perkhidmatan Pembetungan, 1993 yang saya bentangkan pada sebentar tadi dan yang telah diluluskan, dengan jelas menerangkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan mengambilalih tanggungjawab terhadap sistem pembetungan di seluruh negara daripada pihak berkuasa tempatan. Selaras dengan pengambilalih tanggungjawab tersebut, maka adalah perlu satu pindaan dibuat kepada Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, supaya pihak berkuasa tempatan tidak lagi dipertanggungjawab terhadap sistem pembetungan di negara ini.

Pindaan yang dicadangkan adalah meli­batkan Bahagian III, seksyen-seksyen 3, 46,49,51,53,54,55,58,60,62,63,64,70, 77, 81, 132 dan 133 seperti berikut:

(a) Seksyen 3, Akta Ibu adalah di­pinda:

(i) dengan memasukkan selepas sahaja takrif "bangunan" dengan takrifbaru yang berikut:

"Betung" mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993;

(ii) dengan memasukkan selepas sahaja takrif "orang", takrif baru yang berikut:

"paip sambungan persendirian" mempunyai erti yang sama yang diberi­kan kepadanya di bawah Akta Perkhidmatan Pem­betungan 1993; dan

(iii) dengan memasukkan selepas sahaja takrif "siar kaki", takrif baru yang berikut:

"sis tern pembetungan" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya di bawah Akta Per­khidmatan Pembetungan 1993.

(b) Seksyen 46, Akta ibu adalah di­pinda dengan memotong perkataan "betung" di dalam perenggan (b) subseksyen (1).

(c) Bahagian III Akta ibu adalah di­pinda dengan memotong perkataan­perkataan "BETUNG DAN" dalam subtajuk.

( d) Akta ibu adalah dipinda dengan memotong seksyen 49.

( e) Seksyen 51 Akta ibu ad al ah dipinda-

1729 9 OGOS 1993 1730

(i) dengan memotong perkataan "betung" dalam nota birai, subseksyen (1) dan perenggan (d) dan (e) subseksyen (4);

(ii) dengan memotong perkataan­perkataan "atau lain-lain betung itu" dalam subseksyen (1); dan

(iii) dengan memotong perkataan "betung" dalam subseksyen (3).

(f) Seksyen 53 Akta ibu adalah dipinda-

(i) dengan menggantikan ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat hendak sebut semua dalam itu? Saya ingat sebut "se­bagaimana yang ada dalam Bil ini". Kalau tidak, semua hendak kena dibaca.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Ya, saya ingat begitulah, tak payah. Saya ingat apa yang saya mahu baca, Tuan Yang di-Pertua, adalah sudah terdapat di dalam naskah ini.

Timbalan Yang di-Pertua: Baik. Jadi, boleh kita dapat seorang penyokong, ya!

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan ini di­percayai perkara-perkara berkaitan pem­betungan telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan pembetungan akan berjalan dengan lebih berkesan, sempurna dan terjamin, di samping dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan air oleh kumbahan pada tahap yang dikehendaki.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr Sak Cheng Lum: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untukmemindaAkta J alan, Parit dan Bangunan 1974 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. (Tiada perbahasan)

Tidak ada perbahasan. Jadi, kita kira tidak ada jawapan daripada Timbalan Menteri.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnyaialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 dan 17 diperintahkan jadi sebahagian daripadaRang Undang-undang.

Pendahuluan diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN (PINDAAN ORDINAN KESIHATAN AWAM) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.01 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, sayamohon mencadangkan iaitu Suatu Akta untuk meminda Ordinan Kesihatan Aw am Sabah yang berkuatkuasa

1731 90GOS 1993 1732

di Wilayah Persekutuan Labuan se­bagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kesihatan Awam) 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1985 Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang-undang Suatu Akta untuk meminda Ordinan Kesihatan Awam Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kesihatan Awam) 1985.

Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan 1993 yang saya bentangkan sebentar tadi dan yang telah diluluskan dengan jelas menerangkan ba­hawa Kerajaan Persekutuan telah bersetuj u mengambil alih tanggungjawab terhadap sistem pembetungan seluruh negara dari­pada pihak berkuasa tempatan. Selaras dengan pengambil alihan tanggungjawab tersebut, maka adalah perlu suatu pindaan dibuat kepada Ordinan Kesihatan Awam Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaian oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kesihatan Awam) 1985 yang melibatkan seksyen-seksyen 110, 111, 112, 116, 117, 118, 119, 121, 121A, 122, 123, 125, 128, 130, 131 dan 132 seperti yang terdapat di dalam naskah yang tel ah diedar­kan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan ini dipercayai perkara-perkara berkaitan dengan pembetungan telah menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan bukan lagi pihak berkuasa tempatan. Sehubungan dengan ini, perkhidmatan pembetungan akan berjalan dengan lebih berkesan, sempurna dan ter­jamin di samping dapat mengurangkan pencemaran air oleh kumbahan pada tahap yang dikehendaki.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Dr. Sak Cheng Lum: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Ordinan Kesihatan A warn Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kesihatan Awam) 1985 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. (Tiada perbahasan). Tidak ada perbahasan. Jadi, tidak perlu dijawablah.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi di-putuskan. Masalahnyaialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.

Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.

(Timbalan Tuan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal I hingga 16 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.

Rang Undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan: dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG WILAYAH PERSEKUTUAN

LABUAN (PINDAAN ORDINAN KERAJAAN TEMPATAN) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

6.09 ptg

1733 9 OGOS 1993 1734

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, sayamohon mencadangkan iaitu Suatu Akta untuk meminda Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tempatan) 1984 di­bacakan kali yang kedua sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, pada tahun 1984 Dewan yang mulia ini telah meluluskan Rang Undang­undang suatu Akta untuk meminda Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tem­patan) 1984 yang seterusnya telah di­wartakan untuk berkuatkuasa mulai 16hb. April, 1984.

Seperti Tuan Yang di-Pertua sedia maklum, Rang Undang-undang Perkhidma­tan Pembetungan 1983 yang saya ben­tangkan sebentar tadi dan telah diluluskan dengan jelas menerangkan bahawa Kera­jaan Persekutuan akan mengambilalih tanggungjawab terhadap sistem pembetun­gan seluruh megara daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Selaras dengan pengambilalihan tanggungjawab tersebut, maka suatu pindaan perlu dibuat kepada Ordinan Kera­jaan Tempatan Sabah yang berkuatkuasadi Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tempatan) 1984 supaya Pihak Berkuasa Tempatan tidak lagi ber­tanggungjawab terhadap sistem pembetun­gan di negara ini. Pindaan-pindaan yang dicadangkan ini melibatkan seksyen­seksyen 49, 83 dan 97.

Tuan Yang di-Pertua, dengan adanya pindaan ini, dipercayai perkara-perkara berkaitan pembetungan telah menjadi

tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan bukan lagi pihak berkuasa tempatan. Sehubungan dengan itu, perkhidmatan pembetungan akan dijalan dengan lebih berkesan, sempurnadan terjarnin di samping dapat mengurangkan pencemaran air dan alam sekitar oleh kumbahan.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dr. Sak Cheng Lum): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta untuk meminda Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian Ordinan Kerajaan Tempatan) 1984, dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Dipersilakan Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

6.12 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua, yang telah memberi kesempatan kepada saya untuk membahaskan perkara ini.

Saya berdiri untuk menyatakan iaitu bahawa saya menyokong Rang Undang­undang ini, yang mana seperti kita semua sedia maklum hasil daripada kita meluluskan Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan ini, maka banyaklah perkara-perkara yang berbangkit di dalam Akta-akta yang Iain terpaksa di­pinda sama bagi tujuan untuk menyelaras­kan undang-undang atau akta-akta yang lain supaya mengikut sama seperti yang ada dalam Rang Undang-undang Perkhidmatan Pembetungan ini.

1735 9 OGOS 1993 1736

Tuan Yang di-Pertua, ada satu perkara yang lain ingin saya bangkitkan di sini, iaitu berkenaan dengan town planning, ia ada kaitan dengan pembetungan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Labuan ini.

Yang membimbangkan saya ialah ber­kenaan dengan pencemaran kepada apa yang telah saya sebut sebentar tadi iaitu berkenaan dengan pencemaran udara.

Sa ya mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri berkenaan dengan takungan najis (oxidation pond) yang diletak bukan di bawah tanah, tetapi above ground. Dan jawapan yang telah diberi sebentar tadi iaitu mengatakan bahawa pada peringkat ini oxidation pond ini adalah satu cara yang terbaik, yang di­Iaksanakan oleh pihak kita bagi tujuan untuk memperbaiki sistem pembetungan ini yang ada dalam negara kita.

Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya juga pernah melawat ke negara-ne­gara barat, di mana kemungkinan di dalam Iawatan saya, saya tidak terjumpa dengan oxidation pond di negara-negara berkenaan. Kalau kita anggapkan iaitu negara di barat itu sudah tentu mengamalkan satu sistem yang mungkin lebih baik daripada kita, disabit oleh kerana dalam perancangan bandar dan desa negara mereka itu lebih maju daripada kita, sudah tentu mereka mempunyai satu sistem yang lebih baik daripada yang dilaksanakan oleh kita. Maksud saya di sini iaitu bahawa say a tidak ternampak semasa saya menaiki kapal­terbang dan turun, katalah sebagai contoh di London, di New York, saya tidak nampak satu kawasan yang mana dikatakan oxidation pond. Ini bermakna bahawa sistem yang digunakan oleh negara barat itu, mereka tel ah melaksanakan satu sistem yang tidak memerlukan kepada oxidation pond, bermakna mereka mempunyai satu sistem yang lain, yang mana takungan najis ini tidak diperlukan dalam sistem pem­betungan mereka. Maka inilah yang saya mahu, kalau ianya dilaksanakan di negara barat, yang tidak memerlukan kepada oxi­dation pond ini, mengapa sistem yang sama

itu tidak boleh dilaksanakan di negara kita. Jadi, agak sukar untuk saya menerima jawapan yang mengatakan iaitu bahawa inilah cara yang terbaik, dan boleh kerana itu kita melaksanakan sistem ini.

Sepertimana yang telah saya sebut se­bentar tadi, di negara barat mereka me­laksanakan satu sistem yang Iain, yang tidak memerlukan kepada oxidation pond. Kai au sekalipun perlu mungkin oxidation pond itu ditutup.

Saya tidak boleh menerima kalau ada yang mengatakan iaitu bahawa apa yang dikatakan teknik yang digunakan, yang menyebabkan dengan adanya oxidation pond ini ia dapat menghalang pencemaran udara daripada segi bau. Kalau kita dapat menghalang daripada segi baunya, tetapi penglihatannya macam mana? Sebab kalau kita duduk di kondominium sebagai contoh. Saya beri contoh yang benar, yang ada iaitu seperti di Taman Tun Dr. Ismail, kita lihat kondominium dibina bertingkat dan daripada pemandangan kita, kita dapat me Ii hat oxidation pond yang ad a di hadapan kita, yang wujud di situ, mungkin kita se­lesai masalah baunya, yang saya percaya pun tidak selesai. Saya tidak tahan kalau pergi ke Tun Dr. Ismail, di situ ada satu kondominium dan pandangan kondo­minium itu menghala kepada oxidation pond. Dan kita tahu di situ ada oxidation pond, takkan kita hendak cadang, kalau terbuka balconynya menghala ke oxidation pond, kita tidak boleh mengatakan anggap­lah ini sebagai satu tasik sahaja. Macam mana kita hendak anggap sebagai satu tasik kalau kita tahu di situ tempat takungan najis, jadi ini masalahnya. Katalah selesai baunya, tetapi daripada penglihatan masih ada dan saya merasakan iaitu bahawa kita perlu memikirkan satu cara macam mana kita mesti selesai perkara ini, sebab kita hendak supaya orang tinggal dalam kawasan itu, iaitu kawasan perumahan tetapi malangnya di situ juga kita hendak adakan takungan. Jadi, saya rasa bahawa suka atau tidak suka pihak Kementerian mesti pergi melawat ke Iuar negeri, melihat dan bertanya kepada merka di sana, bagaimana mereka menghadapi masalah

1737 9 OGOS 1993 1738

sepertt mi. Saya pergi ke sana, saya tidak nampak oxidation pond ini di sana, kalau ada sekalipun mungkin ditutup atau se­bagainya dan saya percaya mesti ditutup.

Saya tidak yakin bahawa sebagaimana Kementerian menjawab sebentar tadi iaitu kita ada sistem yang mana boleh mem­bendung perkara ini.

Yang Berhormat Yang di-Pertua pernah pergi ke Kampong Pasir? Apabila kita lalu di situ kita tidak tahan baunya. Ini ber­makna, Kementerian gagal dari segi untuk mengatasi masalah pencemaran udara dari­pada segi baunya. Macam mana hendak beri tahu kepada kita bahawa sistem yang ada ini adalah sistem yang terbaik. Sebab itu dalam perkara ini saya minta supaya Kementerian mengambil perhatian serius. Sebab pencemaran udara dari segi bau dan penglihatan kita, say a rasa tidak patut kalau kita tidak mengatasi masalah ini. Kita mesti bekerja ke arah untuk menyelesaikan masalah ini, apatah lagi di Labuan. Senator Labuan ada di sini.

Kita hendak menjadikan Labuan sebagai satu pulau di mana kita menggalakkan orang daripada luar negeri untuk melabur dan membuka institusi-institusi kewangan di peringkat internasional. Maka oleh kerana itu, saya merasakan, suka tidak suka kita tidak boleh menerima iaitu sistem taku­ngan "above the ground" itu sebagai satu sistem yang terbaik dan harus diterima oleh kita. Mungkinjugakita boleh terima, tetapi oleh kerana Labuan ini kita hendak men­jemput orang luar datang, maka kita kena pastikan supaya perkara ini tidak akan berlaku dan kita mencari satu jalan di mana oxidation pond ini kalau perlu "above the ground" sekali pun, mestilah ditutup supaya orang-orang daripada Iuarnegeri tidak akan melihat negara kita sebagai sebuah negara yang kebelakangan dari segi sistem pem­betungan ini.

ltu sahajalah yang saya hendak ucapkan dan saya berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang ini, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya, Tuan Rahim, silakan.

6.23 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kerana memberi kesempatan kepada saya untuk membahas dan juga seterusnya menyokong Rang Undang-undang Wilayah Persekutuan Labuan (Pindaan Ordinan Kerajaan Tempatan) 1993.

Tuan Yangdi-Pertua, sayapercayaAkta ini sebagaimana yang telah maktub di dalamnya ada berhubungkait rapat dengan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 seperti yang telah pun dibentangkan dan diluluskan di Dewan yang mulia ini se­bentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, dalam menyentuh dan membincangkan Akta ini, izinkan saya menyentuh sedikit mengenai soal pembetungan kerana tadi saya tidak berkesempatan untuk memberikan pandangan semasa perbahasan Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian khasnya kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri mengenai soal pembentungan ini, khasnya soal pem­bentungan di suatu kawasan yang tertentu, iaitu soal pembetungan di Bandar Tun Razak, Cheras di mana kawasan perumahan ini merupakan "cluster house" yang telah pun dibina oleh pihak Dewan Bandarayasejak 10 tahun yang lalu di mana di dalam pembinaan rumah murah ini, sistem pembetungan dibina ialah di mana 4 buah rumah terpaksa berkongsi satu sewer­age atau satu pembetungan dan mereka yang duduk di kawasan perumahan ini dikehendaki membayar bil pembetungan. Apa yang saya ingin nyatakan di sini ialah bi! pembetungan ini dikira mengikut jumlah banyaknya air yang dipakai dan dimasukkan bersama-sama dengan bil-bil kegunaan air paip yang biasa. Apa yang menjadi sungutan penduduk-penduduk di sini ialah apabila bil-bil pembetungan dan bil-bil air yang digunakan ....

1739 9 OGOS 1993 1740

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, perkataan itu "betungan" bukan "bentung".

Tuan Rahim bin Baba: Ya?

Timbalan Yang di-Pertua: Betung, betung.

Tuan Rahim bin Baba: Oh! betung.

Timbalan Yang di-Pertua: Bukan "pembentung''. Dalam Akta ini ditulis "betung".

Tuan Rahim bin Baba: Tetapi saya percaya Timbalan Menteri faham apa yang saya sebut.

Timbalan Yang di-Pertua: Saya ter­ingat kepada "Bentong Kali".

Tuan Rahim bin Baba: Oh! I see. "Betung", ya? Dalam bil pembetungan ini apabila dikira sedemikian rupa, bilnya adalah terlalu tinggi kerana dari segi pengiraan Jabatan BekalanAirumpamanya, kalau 100 meter padu yang pertama di­kenakan RMI dan 100 meter yang kemu­dian dikenakan RMI.50 sen. Oleh kerana bil-bil ini disatukan, jadi, mereka yang ter­diri daripada yang berpendapatan rendah terpaksa membayar bil-bil pembetungan yang tinggi. Apa yang diharapkan oleh penduduk-penduduk di sini ialah supaya di antara bil air dan bil pembetungan ini dapat diasingkan di antara kedua-duanya.

Tuan Yang di-Pertua, cuma itu sahaj al ah yang dapat say a jelaskan dan say a berharap akan mendapat penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, sila.

6.28ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua Ahli Yang Berhormat, iaitu Yang Berhormat

Tuan Haji Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Yang Berhormat Rahim Baba yang telah mengambil bahagian di dalam perbahasan Ordinan Kerajaan Tempatan Sabah yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan Labuan.

Seperti yang saya nyatakan, oxidation pond yang terdapat hari ini di negara kita adalah yang terbaik jika sekiranya di­selenggarakan dengan baik dan berdasar­kan kepada peruntukan danjuga kemahiran yang terdapat di negara kita pada hari ini. Saya bersetuju dengan pandangan yang telah disuarakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Nazri apabila beliau melancong ke negara-negara Barat tidak ternampak atau mungkin tidak terdapat oxidation pond di negara-negara tersebut. Ini mungkin kerana keadaan cuaca yang berbeza di antara negara-negara Barat dan negara kita kerana di negara Barat seperti yang kita sedia maklum tidak mendapat banyak sinaran matahari dan tentulah oxidation pond ini tidak sesuai. Lagi pun seperti kawasan Kotaraya New York di mana kawasan tanahnya terhad, maka sudah tentulah sistem oxidation pond itu bukan sahaja tidak sesuai tetapi tidak boleh di­laksanakan di negara-negara atau bandar­bandar yang tidak mempunyai kawasan yang luas.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya harap boleh sambung jawapan besok, ya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Dewan di­tangguhkan sekarang kerana ada satu usu! penangguhan akan dibuat, Silakan.

USUL PENANGGUHAN MESYUARAT

Timbalan Menteri Kewangan (Tuan HajiMustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 15(3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

1741 9 OGOS 1993 1742

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuan Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, sayamohon menyokong.

UCAPANPENANGGUHAN

Rumah-rumah Yang Sub-standard­Masalah yang dihadapi oleh

Pembeli-pembeli

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Puan Sri Sarasa Pasamanickam.

6.31 ptg.

PuanSriSarasaPasamanickam: Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberi untuk membangkitkan satu hal berkenaan dengan perumahan dalam Dewan ini.

Say a sebagai rakyatMalaysia bersyukur kepada Kerajaan yang telah mengutamakan projek perumahan dalam pembinaan negara supaya semua lapisan masyarakat Malaysia dapat menikmati kemudahan perumahan mengikut kategori pendapatan masing-masing. Tidak ada orang Malaysia yang tidak ada, dengan izin, "roof over their heads". Kita ada rumah pangsa, rumah panjang, rumah terrace, rumah berkembar, rumah banglo, r.umah murah, pangsapuri, kondominium dan sebagainya.

Rakyat Malaysia dapat peluang untuk membeli rumah mengikut kemampuan masing-masing. Di sini, sayamengucapkan penghargaan kepada Kerajaan atas usaha untuk meninggikan tarafkehidupan rakyat. Tetapi, pembeli rumah dalam skim-skim perumahan masih menghadapi banyak kesulitan selepas mereka membuat tempahan untuk membeli sebuah rumah dari si pemaju. Kerja-kerja pembinaan sedang di-jalankan oleh pihak pemaju dan bayaran dibuat oleh pembeli rumah secara berperingkat mengikut perjanjian jual-beli.

Tuan Yang di-Pertua, kebanyakan pembeli rumah adalah orang biasa atau, dengan izin, laymen, dalam hal pembinaan.

Kerja itu dijalankan oleh kontraktor dan diawasi oleh pihak Kerajaan Tempatan, jurutera dan sebagainya. Si pembeli meng­harapkan mereka supaya menunaikan kerja mengikut spesifikasi dalam pelan yang diluluskan. Tetapi baru-baru ini terdapat satu kes di Skudai, Negeri Johor di mana pembeli rumah telah memeriksa kerja-kerja yang telah siap seperti lantai, dinding dan bumbung dengan seorang kawannya yang berkelulusan kejuruteraan pembinaan.

Tuan Yang di-Pertua, beliau mendapat tahu pembinaan lantai dan "driveway" itu tidak mengikut pelan yang diluluskan. Spesifikasi adalah 100 milimeter hardcore dan 100 milimeter simen untuk lantai, tetapi pembinaan itu tidak cukup 100 milimeter. Dan anggaran untuk membe­tulkan keadaan itu adalah RM4,500.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang berlaku di sebuah rumah itu, telah menimbulkan keraguan di kalangan pembeli rumah yang lain. Bolehkah mereka mempercayai si pemaju yang berkenaan? Bolehkah mereka mengharapkan pihak-pihak berkuasa Kerajaan yang diamanahkan untuk men­jaga pembinaan itu mengikut spesifikasi dalam perjanjian jual-beli? Berapakah keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor itu dengan pernbinaan yang sub-standard itu? Dan lebih-lebih lagi, adakah rurnah itu selamat untuk didiami oleh keluarga? Sekarang terdapat banyak kes rurnah­rumah yang baru di mana dinding dan lan­tai mula meretak sebelurn diduduki oleh pemilik-pemilik rumah itu. Biasanya keadaan keretakan berlaku dalam sesuatu mala petaka, seperti gempa burni.

Apayangkhuatiradalahkerja-kerjasub­standard di bangunan-bangunan yang dikunjungi oleh orang ramai dan kanak­kanak, seperti hospital dan sekolah. Apa akan jadi kalau bangunan itu runtuh?

Tuan Yang di-Pertua, memandangkan kelulusan mesti diberi kepada setiap peringkat pembinaan, adakah ini bererti pihak-pihak yang terlibat dalam ha! menetapkan kualiti pembinaan itu cuai dalam menjalankan tugas mereka? Di sini

1743 9 OGOS 1993 1744

saya menyeru supaya hak-hak pengguna dijaga dan perlindungan dan keselamatan diberi keutamaan. Janganlah membiarkan objektif Kerajaan yang suci itu dicemarkan oleh pihak-pihak indu~tri yang tidak ber­etika atau bernilai yang murni. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Dijemput Yang Berhormat Timbalan Menteri men­jawab.

6.37 ptg.

Tuan Osu bin Haji Sukam: Tuan Yang di-Pertua, masalah yang dihadapi oleh pembeli-pembeli boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar, iaitu masalah teknikal dan bukan teknikal.

Masalah bukan teknikal yang boleh diambil tindakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ter­hadap pemaju perumahan adalah per­langgaran Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan.

Di antaranya termasuklah kutipan wang, tempahan (deposit) sebelum Surat Per­janjian Jual-Beli (SPJB) ditandatangani, menggunakan Surat Perjanjian Jual-Beli yang berbezadengan yang tel ah ditetapkan, pemaju tidak berlesen dan lain-lain lagi.

Pemaju-pemaju yang didapati telah melakukan kesalahan-kesalahan ini akan dihadapkan ke mahkamah.

Yang kedua, masalah yang berbentuk teknikal pula adalah seperti kecacatan mu tu kerja, pengeluaran Sijil Layak Menduduki Bangunan, bekalan perkhidmatan elektrik, air dan bomba, penyelewengan pelan dan infrastruktur. Masalah-masalahini danjuga beberapa lagi masalah bukan teknikal seperti kelewatan penyerahan rumah, tuntutan faedah oleh pemaju, tuntutan ganti

DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD ALORSETAR 1997

rugi oleh pembeli dan sebagainya adalah tidak berkaitan dengan perlanggaran Akta dan Peraturan Pemaju Perumahan.

Bagi masalah teknikal ini, kes akan dirujuk kepada pihak-pihak lain seperti pihak berkuasa tempatan, Tenaga Nasional Berhad, J abatan Bekalan Air, J abatan Kerja Rayadan lain-lain yangmempunyai bidang kuasa di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Undang-undang Kecil Bangunan, Akta Kerajaan Tempatan dan sebagainya.

Ada pun bagi aduan mengenai mutu kerja, tuntutan faedah serta ganti rugi pula, ianya adalah merupakan soal kontrak yang telah dipersetujui bersama di dalam Surat Perjanjian Jual-Beli. Apabila berlaku pemungkiran kontrak (breach of contract), tuntutan hendaklah dibuat oleh pihak yang mengalami kerugian; danjika tidak penye­lesaian dicapai, Kementerian akan menasihatkan pengadu supaya membuat tuntutan sivil melalui mahkamah.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah Usu! Penangguhan tadi dikemukakan kepada Majlis untuk diputuskan.

U sul dikemuka bagi diputuskan dan disetujukan.

Diputuskan,

Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 15(3), Majlis Mesyuarat ini ditangguhkan sekarang.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis ditangguhkan sehingga pukul 2.30 petang esok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.40 petang.