Upload
others
View
11
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
14 APRIL 2015 ® SELASA RENCANA 023
Malaysia sebagai aset strategik kepemimpinanOIC
Perkasa peranan NGI pertahan hak
Muslim, tangani ekstremisme
S uatu cabaran terbesar digariskan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang baharu, Tan Sri Dr Iyad Ameen Madani yang
perlu ditangani OIC ialah memperkayakan perbahasan hak asasi manusia dengan nilai dan prinsip Islam. Hal ini ditegaskan secara khusus ketika beliau menghadiri sesi keempat Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) OIC di Jeddah pada 2 Februari 2014, genap kira-kira setahun selepas beliau secara rasminya diisytihar sebagai pemegangjawatan tertinggi OIC.
Dr Iyad menyebut secara khususnya isu had kebebasan bersuara, kesamarataan gender, pelaksanaan hak asasi manusia bersesuaian dengan sistem perundangan dan perlembagaan negara anggota OIC, serta tindakan menyekat ekstremisme sebagai antarakeutamaan OIC dalam tahun mendatang. Hal itu perlu diberi tumpuan kerana sedang menjadi antara punca pertentang;m utama perbahasan hak asasi manusia pada peringkat sejagat ke-
· tika ini. Keprihatinan Dr Iyad sendiri da
lam kenyataan beliau pada sidang keempat IPHRC berkenaan menyebut mengenai realiti negara anggota OIC yang secara sukarela menerimapakai dan melaksanakan norma hak asasi manusia antarabangsa. Namun begitu, beberapa isu melangkaui skop sebenar hak asasi manusia dan bercanggah dengan ajaran islam oleh kerana kerana asas kerangkanya berlandaskan fahaman liberal sekular tama-
Dr Iyad Ameen Madani
dun Barat. lni adalah antara realiti yang di
hadapi Malaysia dalam usaha menyeimbangi usaha memberi had ke
. bebasan yang bertanggungjawab dan amanah mempertahankan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan hak kebebasan beragama penduduk berbilang agama di negara ini.
Kebebasan bersuara Contoh yang paling ketara ialah berkenaan isu kebebasan bersuara yang sedang hangat diperkatakan dengan pindaan terkini yang diperkenalkan Kerajaan Malaysia bagi memperkasa Akta Hasutan 1948, serta inisiatif kerajaan mempetkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini.
Dua akta itu bukan untuk menafikan kebebasan bersuara dan hak kebebasan lain, tetapi us aha menzahirkan hasrat absah sesebuah kerajaan bagi menangani sikap melampau dalam mempraktikkan hak kebebasan bersuara dan kebebasan asasi lainnya. Bagi Dr Iyad, isu kebebasan bersuara adalah sesuatu yang asasi (fundamental) tetapi walaupun wujud secara berterusan siri kejadian kebencian dan keganasan yang disebabkan keganasan akibat sikap stereotaip agarna dan mendedahkan keaiban individu tokoh agama, masyarakat dan agama, sesetengah' negara masih enggan meletakkan batasan
atau had pertanggungjawaban terhadap hak dan kebebasan ini.Malah, negara yang majoritinya beragama Islam yang mempertahankan kehormatan, kemuliaan dan reputasi nilai agama, kitab suci agarna dan tokoh agama demi mempromosi keamanan dalam kalangan inasyarakat dikritik hebat kerana mengehadkan kebebasan ini (contohnya melalui undang-undang penghinaan terhadap agama).
Kekang suara ekstremisme Selain itu, cabaran mengekang suara ekstremisme yang wujud dalam kalangan negara anggota OIC juga perlu ditangani, bagi mengelak salah tanggapan bahawa suara itu wujud mewakili arus perdana Islam. Usaha ini tentu bertepatan dengan inisiatif Malaysia mengetengahkan pendekatan wasatiyyah dalam melaksanakan tuntutan Islam" di dalam pentadbiran negara dan dalam mengurus kemajmukan masyarakat pelbagai agama di Malaysia. Dengan wujud kerjasama yang lebih utuh ' di antara kepemimpinan OIC dan Kerajaan Ma-
, laysia, usaha mence01a dan membahas idea wasatiyyan ini akan dapat disebarluaskan dalam kalangan negara anggota OIC dalam us aha menangani gejala ektremisme dan terorisme.
Diharapkan kunjungan rasmi Setiausaha Agung OIC ke sini mulai hari ini hingga Jumaat dapat menyerlahkan peranan optimum Malaysia sebagai rakan strategik kepemimpinannya. Selain hakikat bahawa OIC adalah pertubuhan kedua terbesar segi rangkuman geografi selepas Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (PBB), pertubuhan ini juga berbangga dengan fakta bahawa Islam adalah agama pertama yang meletakkan asas yang kukuh mengenai hak-hak kemanusiaan sejagat.
Semenjak penubuhannya, OIC telah memulakan usaha mempromosi hak asasi manusia dan kebebasan asasi berkenaan, termasuk dan khu-
susnya usaha membela hak wani.ta dan pembabitan mereka dalam semua aspek kehidupan, membantu masyarakat minoriti Muslim berdepan dengan cabaran mempertahankan maruah serta identiti budaya dan agama mereka.
penulis percaya bahawa kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan barisan kepemimpinan negara akan memanfaatkan kunjungan hormat ini bagi memperkasa kembali peranan dan gagasan OIC. Piagam OIC membentuk IPHRC sebagai satu inisiatif mempromosi hak sivil, politik, sosial dan ekonomi yang bersesuaian dengan nilai Islam. Suruhanjaya berkenaan yang menubuhkan empat kumpulan kerja yang memfokus isu Palestin, Hak Wanita dan Kanak-Kanak, Islamofobia dan Minoriti Islam serta Hak Terhadap Pembangunan. .
Kumpulan kerja berkenaan perlu menjadi landasan yang dapat dimanfaatkan Malaysia ketika kita giat meneruskan model tersendiri hak asasi manusia dan usaha pembangunan yang dapat dicontohi pelbagai negara lain. Pada tahun ini khususnya, peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan ahli anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB boleh dimanfaatkan .sepenuhnya bagi memperkukuh peranan IPHRC.
Di sinilah juga peri penting peranan dan sumbangan pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGI) perlu diberikan perhatian khusus kepemimpinan OIC dan negara anggotanya. Jika dalam gelanggang hak asasi manusia PBB di Geneva, pengaruh sebilangan NGO dalam membahaskan nilai dan memperkukuh serta melaksana mekanisme perlindungan hak asasi manusia menjadi sangat berkesan, maka OIC seharusnya mengorak langkah memperkasa peranan NGI dalam menguasai mekanisme hak asasi manusia PBB sedia ada yang sebahagiannya dapat dimanfaatkan untuk mempertahankan hak masyarakat Muslim dalam kalangan negara anggota.
Negara anggota OIC tidak seharusnya dibiarkan bersendirian menerima tanpa usul periksa segala instrumen dan konvensyen hak asasi manusia antarabangsa tanpa memahami implikasi dan tujuannya. OIC melalui IPHRC juga perlu meluaskan skop dan peranannya untuk memberikan tafsiran betul mengenai nilai dan hakikat sebenar hak asasi manusia berlandaskan acuan syariah dan nilai yang tidak bercanggah dengan fitrah kemanusiaan, seperti digariskan Setiausaha Agungnya, dalam pelbagai forum dan platform.
D~ penulis 1:1 ialah peguam dan ketua eksekutif,
Pusat Penyelidikan dan Advokasi Menahan individu disyaki militan an tara usaha kerajaan untuk mengekang ekstremisme. [FOTO HIASAN] Hak Asasi ,Manusia (CENTHRAl
AZRILMOHD AMIN
-+