Upload
twone-firdaus
View
189
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Mamat KhalidDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mamat Khalid
Kelahiran Mohamad bin Mohd Khalid
Pekerjaan Pengarah filem, Penulis lakon layar, Penyunting
filem, Pelakon
Tahun aktif 2003 - kini
Laman web
http://tempurungpecah.blogspot.com
Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Bin Mohd Khalid[1] ialah seorang
penulis lakon layar dan pengarah filem diMalaysia. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat.[2]
Isi kandungan
[sorokkan]
1 Biografi
o 1.1 Kerjaya awal
o 1.2 2003–kini: Menjadi pengarah
2 Filmografi
3 Anugerah
4 Nota dan rujukan
5 Pautan luar
Biografi[sunting | sunting sumber]
Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]
Sebelum menceburi bidang perfileman, Mamat bekerja dalam jabatan kerajaan, kemudian
beralih ke bidang penerbitan rancangan televisyen. Antara karya-karya Mamat yang terkenal
termasuk Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau
pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk
telefilem Pinang Durian.[3]
Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah apabila beliau mula-mula
mencadangkan sebuah siri televisyen yang mengisahkan legenda Puteri Gunung Ledang. "Pada
mulanya, saya bercadang menjadikannya projek kecil-kecilan untuk stesen televisyen ntv7
dalam bentuk bersiri. Saya cuba memecahkan projek itu kepada 20 episod yang bukan saja
dimuatkan dengan cerita hikayat Melayu lama PGL malah sarat dengan hikayat lain seperti
Badang Pahlawan Gagah dan sebagainya." Bagaimanapun,Enfiniti Productions yang menerima
cadangan Mamat itu menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan pawagam,
arahan Saw Teong Hin yang dibintangi oleh Tiara Jacquelina dan M. Nasir.[4] Filem Puteri
Gunung Ledang yang menelan belanja lebih RM 16 juta, iaitu filem Malaysia yang paling mahal
dalam sejarah[5], sungguhpun dilaporkan tiketnya cepat dijual habis, namun hanya mampu
mengaut hasil RM 2.90 juta sejak keluar pada bulan Ogos 2004.[6] Namun demikian, filem ini
turut menikmati tayangan khas di festival filem luar negara, iaitu di Venice [7] dan di Los Angeles.[8]
2003–kini: Menjadi pengarah[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 2003 juga, Mamat menjadi pengarah filem buat kali pertama, iaitu filem komedi Lang
Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario. Mengikut penerbit eksekutifGrand
Brilliance ketika itu, Lazizah Ahmad, filem Lang Buana memakai 'formula yang serba berlainan'
seperti yang dicadangkan oleh Mamat yang ingin cerita yang lebih mencabar.[3] Filem yang
menelan belanja RM 1.76 juta ini mengaut kutipan sebanyak RM 1.79 juta dari 27 buah
pawagam.[9]
Minatnya terhadap muzik rock diakui mengilhamkan beliau untuk menulis dan mengarah
filem Rock pada tahun 2005.[2] Mengikut satu ulasan, Mamat dikatakan mesej bahawa dilema
yang dihadapi ramai pemuzik berbakat pada zaman kegemilangan rock 1980-an: "Itu yang cuba
Mamat ketengahkan menerusi watak Zack (lakonan Hasnul Rahmat). Anak muda yang berjaya
meraih trofi gitaris terbaik ini terpaksa memilih antara memenuhi kemahuan keluarga, kawan dan
teman wanita."[10] Filem inilah yang mengurniakan anugerah pertama Mamat dari Festival Filem
Malaysia, iaitu untuk Lakon Layar Terbaik.
Pada tahun 2006, Mamat membuat penampilan sebagai juri jemputan di Akademi Fantasia [11] ,
biarpun tidak dikenali memegang apa-apa peranan dalam industri muzik selain menjadi
pengarah muzik dalam filem. Pada tahun yang sama, beliau kembali menghasilkan filem drama
melalui Man Laksa yang memberikan dua pencalonan Festival Filem Malaysia.[12] Di samping itu,
beliau mencuba genre komedi seram menerusi filem Zombi Kampung Pisang, filem buatan
Malaysia pertama yang menampilkan puaka zombi (mayat hidup).[13]
Ketika memberi ucapan semasa Anugerah Skrin selepas dinobat Pengarah Filem Terbaik Anugerah Skrin untuk
filem Kala Malam Bulan Mengambang
Mamat turut mencabar diri dengan membikin sebuah filem hitam putih pada abad ke-21,
iaitu Kala Malam Bulan Mengambang (2008), sebuah filemnoir yang dibintangi Rosyam
Nor dan Umie Aida. Biarpun dilaporkan kurang mendapat sambutan penonton walaupun dihujani
ulasan positif[14], namun filem ini berjaya merangkul lima anugerah di FFM, termasuk Filem
Cereka Terbaik dan Pengarah Filem Terbaik.[15]
Filem Estet arahan Mamat Khalid keluar pada tahun 2010, menceritakan kisah hubungan antara
orang Melayu dan India di sebuah perkampungan getah, sebagai azamnya untuk memaparkan
keeratan persaudaraan sesama kaum di Malaysia melalui filem.[16] Sungguhpun mendapat pujian
pengulas filem, namun kutipannya di pawagam agak mengecewakan dengan hanya RM 350,000
dari 47 buah pawagam.[17] Meskipun begitu, Mamat Khalid sekali lagi merasai kejayaan besar
selaku sutradara apabila Hantu Kak Limah Balik Rumah menjadi filem tempatan kedua tertinggi
kutipan kasarnya di negara dengan RM7.9 juta dari 39 buah pawagam, mengekori
filem Ngangkung sahaja.[17]
Mamat juga sedang mengusahakan filem animasi pertamanya, berjudul Kelip-Kelip yang
dilaporkan menerima khidmat lakonan suara Datuk Siti Nurhaliza.[18]
Filmografi[sunting | sunting sumber]
Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2003Lang Buana
Grand Brilliance
Pengarah, lakon layar, muzik
2004 Puteri Gunung Ledang
Lakon Layar Lakon Layar Terbaik FFM
Saw Teong Hin
EnfiniTi Production18 bersama Saw Teong Hin
2005Rock
Grand BrillancePengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik
2006
Man Laksa
Tayangan UnggulPengarah, Cerita Asal, Lakon Layar, Muzik
(Pencalonan) - Lakon Layar
Terbaik FFM 19
(Pencalonan) - Cerita Asal
Terbaik FFM 19
Tipah Tertipu The Movie
Ahmad Idham
Excellent Pictures
Cerita Asal- bersama Bront PalaraeLakon Layar- bersama Ahmad Idham
2007
Zombie Kampung Pisang
Tayangan Unggul
MK
Pelakon UndanganPengarahLakon LayarCerita Asal
Anugerah Khas Juri FFM 20
2008
Kala Malam Bulan Mengambang
Tayangan Unggul
PengarahLakon LayarCerita Asal
Pengarah Terbaik FFM 21
(Pencalonan) - Lakon Layar
Terbaik FFM 21
(Pencalonan) - Cerita Asal
Terbaik FFM 21
Dunia Baru The Movie
M. Hitler Zami
Grand Brillance
Tauke Stesen Minyak
Pelakon Undangan
2009
My Spy
Afdlin Shauki
KRU Studios
Orang Kaya
Pelakon Undangan
2010 Estet
Naga VXS
PengarahLakon LayarCerita AsalPenerbitPenulis SkripPenataan Seni
Anugerah Khas Juri FFM 23
(Pencalonan) - Pengarah
Terbaik FFM 23
(Pencalonan) - Lakon Layar
Terbaik FFM 23
(Pencalonan) - Cerita Asal
Terbaik FFM 23
(Pencalonan) - Penataan Seni
Terbaik FFM 23
Hantu Kak Limah Balik Rumah
Tayangan Unggul
PengarahLakon LayarCerita Asal
(Pencalonan) - Pengarah
Terbaik FFM 24
(Pencalonan) - Cerita Asal
Terbaik FFM 24
2013
Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit
Tayangan Unggul
PengarahLakon LayarCerita Asal
Rock Ooo
Primeworks StudiosNaga VXS
PengarahLakon LayarCerita Asal
2014
Zombi Kilang Biskut
Enjit Enjit SemutPengarah
Apokalips
Tayangan UnggulNaga VXS
Pengarah
Akan Datang
Rock Lentok
Primeworks StudiosPengarah
Rentaz
Naga VXSPengarah
Rajawali: Aku Abang Long
Muradi JayaLakon Layar
Anugerah[sunting | sunting sumber]
2001: Anugerah Skrin
Pengarah Terbaik – Pinang Durian
Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]
1. Jump up↑ Mamat Khalid di Sinema Malaysia
2. ↑ Jump up to:2.0 2.1 Kamin, A. (2005-07-22). "A local movie about rock culture". star-ecentral.com.
Capaian 2007-04-24.
3. ↑ Jump up to:3.0 3.1 Zieman. "New formula for Senario film", The Star, 28 Jun 2003. Dicapai pada
20 Disember 2009.
4. Jump up↑ Suzan Ahmad. "Keampuhan Mamat Lahir PGL", Berita Harian, 14 Mei 2003.
Dicapai pada 20 Disember 2009.
5. Jump up↑ Mumtaj Begum. "Puteri Gunung Ledang musical", The Star, 14 Oktober 2005.
Dicapai pada 20 Disember 2009.
6. Jump up↑ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2004, FINAS. Dicapai pada 20
Disember 2009.
7. Jump up↑ "Puteri Gunung Ledang To Be Shown In Venice", Malay Mail, 7 Ogos 2004.
Dicapai pada 20 Disember 2009.
8. Jump up↑ Suraiya Mohd Nor. "PGL 'cemar duli' di Los Angeles", Berita Harian, 23 Disember
2004. Dicapai pada 20 Disember 2009.
9. Jump up↑ TAYANGAN FILEM CEREKA TEMPATAN 2003, FINAS. Dicapai pada 20
Disember 2009.
10. Jump up↑ Shakilawati Abd Rahman. "Rock Papar Dilema Anak Seni", Utusan Malaysia, 27
November 2008. Dicapai pada 20 Disember 2009.
11. Jump up↑ Azhariah Kamin. "Most popular one wins", The Star, 7 Ogos 2006. Dicapai pada
21 Disember 2009.
12. Jump up↑ Festival Filem Malaysia Ke 19 (2006), Sinema Malaysia. Dicapai pada 21
Disember 2009.
13. Jump up↑ Filem Zombi Kampung Pisang – Komedi ala Mamat Khalid, Budiey.com, 7 April
2007. Dicapai pada 21 Feb 2011.
14. Jump up↑ Nurulhisham Abdul Latiff. "Kutipan Rendah Kerana Hollywood", Utusan Malaysia,
6 Jun 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009.
15. Jump up↑ [Festival Filem Malaysia Ke 21 (2008)], Sinema Malaysia. Dicapai pada 21
Disember 2009.
16. Jump up↑ Bissme S.. "Unity through Estet", theSun, 5 Mac 2009. Dicapai pada 21 Disember
2009.
17. ↑ Jump up to:17.0 17.1 TAYANGAN FILEM CEREKA TAHUN 2010, FINAS. Diambil 21 Feb 2010.
18. Jump up↑ Siti Azira Abd Aziz. "‘Kelip-Kelip’ Siti Nurhaliza masuk pawagam", mStar, 20
Oktober 2008. Dicapai pada 21 Disember 2009.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
peNANGan MAMat KhALid
Salam semua
Kali ni saje nak cite tentang pengarah HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH...tak abih2 lagiyer..hahahaaku idakla fanatik sangat tapi sebab beliau di antara pengarah yang menggunakan bahasa perak dalam hasil tangannya... so aku suke laa... bukan kenegerian...ok? meh la baca petikan dari blog rakan kiter ni ... lebih detail la tentang MAMAT KHALIDhttp://schizinc.multiply.com/journal/item/54/Mamat_Khalidhttp://sangpenchenta.blog.friendster.com/2008/11/mamat-khalid/
Hari ni aku nak sembang pasal Mamat Khalid. Menurut rekod, drama pertama arahan Mamat Khalid
ialah Namaku Yassin (1995). Aku takkan lupakan sampai bila-bila drama bersejarah ni sebab
drama ni begitu tersendiri & menjadik kenangan dalam diri aku secara peribadi. Namaku Yassin
mengisahkan liku-liku seorang pendatang haram Indonesia ke Malaysia iaitu Yassin yang
dilakonkan oleh Harun Salim Bachik. Sebenarnya nama betul dia Yanto, tapi setelah dinasihatkan
oleh kengkawan yang menghantar dia naik bot haram ke Malaysia, dia menukarkan namanya
menjadik Yassin - nampak Malaysian sket. Dalam drama ni, berkali-kali jugakla dia introducekan
diri dia kat siapa-siapa - namaku Yassin. Hidup sebagai pendatang haram di Malaysia penuh
dengan angan-angan, begitulah jugak Yassin. Dihimpit kesempitan hidup di Indonesia, kalau tak
silap aku hanya berniaga jagung bakar & seterusnya menjadik makanan sehari-hariannya begitu
‘menyeksakan’. Di Malaysia, Yassin menjadik buruh binaan & dia telah jatuh cinta dengan
kontraktor tempat binaannya. Dia pernah bermimpi yang dia telah menyelamatkan kontraktor
kesayangannya daripada ditimpa benda yang jatuh daripada tingkat atas bangunan yang rupa-
rupanya hanya sekeping papan plywood. Dia cuma tinggal di rumah kongsi yang akhirnya di’raid’
oleh polis & dia terkocoh-kocoh melarikan diri dari ditangkap polis. Di penghujung cerita, Yassin
tertangkap jua & dihantar semula ke Indonesia. Yang membuatkan aku tak boleh lupa pasal drama
ni ialah 2 perkara:
i) Populariti jagung bakar: Selepas drama tu ditayangkan, aku & member aku selalu menggunakan
jagung bakar sebagai simbol lawak (Azmil, mana kau Azmil?)
ii) Muzik latar drama sewaktu polis menyerbu rumah kongsi Yassin - “da da da da da ayo ayo ayo
da da da” - itu pun menjadik bahan lawak antara aku & member aku.
Waktu tu aku baru darjah 4, so aku pun tak amik pot siapa pengarah drama ni. Lepas Mamat Khalid
terkenal baru aku tau drama ni drama arahan dia. Patutlah aku terkesan dengan kelucuan drama
dia.
Mamat Khalid berkarya lagi dengan drama Pukul 2 Petang. Drama ni ditayangkan awal 1998, masa
ntv7 baru-baru launching. Drama ni bukan arahan dia, tapi skrip & muzik adalah hasil karya dia.
Drama ni sangat menarik (aku rasa mungkin takde yang seumpamanya), sebab jalan ceritanya
cukup singkat, mengisahkan peristiwa yang berlaku dari pagi dalam pukul 10 sampailah 2 petang,
kisah pengantin lelaki yang kena sampai dari Ipoh (kalau tak silap) ke rumah pengantin perempuan
kat Bukit Mertajam sebelum jam 2 petang. Banyak halangan & dugaan yang dihadapi oleh We
(Allahyarham Hani Mohsin), adik accident, kereta kena tarik, van kena curik, jambatan rosak,
highway tutup, kereta accident, terpaksa berlari (seriously lawak gila ‘halangan-halangan’ yang
terpaksa ditempuh) akhir sekali berjaya jugak dia sampai ke rumah pengantin perempuan menaiki
motosikal. Moral ceritanya, apa pun yang terjadi, kita kena berpegang pada janji.
Drama Pukul 2 Petang dipanjangkan menjadi drama bersiri “Abang We” yang jugak disiarkan di
ntv7 sekitar tahun 1999. Plot cerita lebih kurang je, Abang We tak sudah-sudah ditimpa malang,
dia jadik mangsa fitnah, ada perempuan nak hancurkan rumah tangga dia, dia diberhentikan kerja,
sepupu tersayang dia Abu asik buat hal (sejak drama Pukul 2 Petang lagi), tanah Pak Ngah dia
hampir tergadai, kereta kena curik, tapi semuanya dihadapi dengan cukup tabah.
Rasa-rasanya Mamat Khalid paling terkenal dengan drama Rombongan Cik Kiah ke Sukan
Komanwel (1998). Aku rasa takde sapa yang tak tau drama ni, semua orang tau. Malah sampai
jadik label pulak kalau ada rombongan ramai-ramai kat mana-mana, mesti dipanggil “Rombongan
Cik Kiah”. Ini drama komedi yang tebal dengan jiwa patriotik & sindiran tajam terhadap orang
Melayu. Banyak dugaan yang mereka hadapi, bas buruk, pemandu gila, tayar bas tercabut,
semuanya dihadapi dengan tabah & akhirnya mereka berjaya menjejakkan kaki ke Stadium Bukit
Jalil.
Mamat Khalid jugak cemerlang dengan rantaian drama-drama komedinya seperti Mat Nor Khusairi
& the Velvet Boys, Hari Raya Abdullah Rafie, Arbaie Bujang Kembali, drama bersiri Jiran &
beberapa lagi yang aku pun dah tak ingat dah. Lawak dia bukan lawak kosong, tapi lawak ‘ada
makna’ bak kata P.Ramlee. Mamat Khalid seangkatan dengan abang dia Dato’ Lat kerana kedua-
duanya merupakan ‘oservant’ di dalam memerhatikan & mengkritik perkembangan sosio-budaya
masyarakat Malaysia. Bezanya, abangnya Dato’ Lat berkarya melalui kartun, Mamat Khalid
berkarya melalui gerak kerja kamera.
Walaupun Mamat Khalid terkenal dengan drama komedinya, drama komedinya bukanlah lekeh-
lekeh, boleh kata semuanya berkualiti. Buktinya, drama Pinang Durian arahannya berjaya
memenangi Drama Terbaik Anugerah Skrin 2001 mengalahkan drama-drama heavy yang lain.
Bayangkan macam mana drama komedi boleh menang drama terbaik. Tapi drama Pinang Durian
memang terbaik bagi aku, sama taraf dengan Rombongan Cik Kiah. Kalau nak tengok dari segi
jalan ceritanya, aku pun konfius camne drama ni boleh menang drama terbaik tapi dari segi
‘kesan’ terhadap penonton, memang drama ni meninggalkan impak yang besar terhadap
penonton. Drama ni mengisahkan percintaan antara lelaki berasal dari Pulau Pinang & perempuan
berasal dari Perak. Pertembungan mereka takde apa-apa sangat, tapi pertembungan bapak
diorang begitu melucukan hati. Bapak pengantin lelaki (Maidin) & bapak pengantin perempuan
(Zami Ismail) masing-masing mempunyai persepsi negatif terhadap orang negeri bakal besan.
Contoh keluhan Maidin terhadap anaknya apabila memilih isteri orang Perak “Hang tau dak, depa
pagi makan durian, tengahari makan durian, petang makan durian, malam PUN makan durian!”.
Zami Ismail pulak memandang ’slack’ terhadap si lelaki (Radhi Khalid) yang sewaktu pertama kali
datang bertandang ke rumahnya di Perak, Zami Ismail menyangkakan Radhi Khalid seorang
penjual karpet Bangla! Tapi akhirnya ‘ketidakberkenanan’ di hati Zami Ismail tu padam begitu saja
apabila mengetahui Radhi Khalid anak yatim yang sudah kematian ibunya. Satu insiden yang
melucukan ialah apabila rombongan meminang daripada Pulau Pinang datang ke Perak & tak reti
berpantun mengikut adat orang Perak. Kesudahannya Maidin berpantun merapu & Zami Ismail
terkebil-kebil melihat betapa loklaknya bakal besan dia.
SO, antara filem arahannya adalah MAN LAKSA, KALA MALAM BULAN MENGAMBANG, ROCK, PUTERI
GUNUNG LEDANG kot... tapi yang aku memang ingat adalah telemovie PUKUL 2 PETANG lakonan
HANI MOHSIN dan SYARIFAH HASLINDA serta DELIMAWATI aka KAK LIMAH...