Upload
fahmi-radzi
View
86
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
g
Citation preview
1
Membentuk Kerajaan Sabah Memulihkan Hak-hak dan Autonomi Sabah
Memulihkan Keyakinan Rakyat Melaksanakan Reformasi, Menyelesaikan Permasalahan
serta Memajukan Sabah
SABAH MERDEKA, SELAMAT DAN MAKMUR
MEMULIHKAN HAK DAN MEMAJUKAN SABAH
2
Sabah, pada suatu ketika dahulu, adalah sebuah Negara yang kaya, maju, aman damai dengan pentabdiran sendiri dalam Persekutuan Malaysia. Namun kini, keadaan telah berubah; Sabah menjadi negara rosak dengan pelbagai gelaran negatif yang telah menjadi tumpuan - sumber hasil dan minyak dibolot, negeri ke-12/tanah jajahan Malaya, deposit tetap BN, negeri termiskin di Malaysia, ‘syurga’ bagi pendatang tanpa izin, dan sebagainya.
Kemuncak permasalahan ini berlaku ketika pemerintahan Mahathir dan kemasukan UMNO ke Sabah dalam tahun 1990/91. Sebelum itu, Kerajaan Berjaya telah menunduk dan menerima arahan dan keinginan pemimpin Kuala Lumpur. Kerajaan Berjaya diketuai oleh Harris Salleh telah membuka laluan bagi Malaya menguasai Sabah dan mengakibatkan penghakisan warisan penting kita seperti perjanjian penyerahan minyak kita yang ditandatangani oleh Harris, pelonggaran penguatkuasaan imigresen, pemansuhan Kementerian Pendidikan dan Kesihatan Sabah, menyerahkan JPJ Sabah kepada pusat, penukaran status Sabah sebagai ‘Negara’ di dalam Perlembagaan Sabah kepada ‘Negeri’ dan pelaksanaan ‘Projek IC’ sebagai rancangan jangka masa panjang untuk mengambilalih kerajaan Sabah dari PBS dengan mengubah demografi kependudukan Sabah. Setelah UMNO memerintah Sabah selama 21 tahun, hasil usaha
mereka kini jelas kelihatan– kehilangan kuasa autonomi Sabah, kehilangan hasil Sabah dan hasil minyak kita, dilayan sebagai tanah jajahan dengan dasar pecah dan perintah serta membanjiri Sabah dengan pendatang tanpa izin (PTI). Hampir semua PTI ini didaftarkan sebagai pengundi untuk mengekalkan pemerintahan BN. Penduduk tempatan Sabah kini tidak lagi berasa selamat dan keselamatan digugatkan lagi oleh pencerobohan oleh kumpulan pengganas “Sultan Sulu” di Kg. Kg. Tanduo, Lahad Datu, kebanyakan merupakan ahli-ahli UMNO yang memegang kad pengenalan Malaysia yang sah!
3
Rakyat Sabah tidak boleh menonton sahaja dan membiarkan perkara ini berterusan!!! Kita tidak boleh bertolak ansur lagi dengan kejahilan ini yang akhirnya akan membinasakan Negara kita dan masa depan kita! Kita, rakyat Sabah, PERLU melakukan sesuatu! Rakyat Sabah MESTI BANGKIT dan BERTINDAK sekarang! Setiap dari kita, HARUS BERTINDAK! "BERJUANG"! Kita harus SELAMATKAN SABAH! Tanah tumpah darah kita! Masa depan kita! Jangan lagi kita bergantungharap kepada Malaya dan orang lain untuk
menyelesaikan permasalahan kita. Tanggungjawab ini KITA HARUS PIKUL BERSAMA!
Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Dalam pilihan raya kali ini terdapat tiga (3) kumpulan yang akan bertanding. Persoalan yang harus dijawab, kumpulan
yang manakah harus diundi oleh rakyat Sabah?
4
Sementara bekerjasama itu adalah amat baik, namun kita rakyat Sabah, perlu sedar bahawa kita tidak boleh lagi bergantungharap kepada orang lain bagi menyelesaikan permasalahan kita. Ini kerana pihak lain berkemungkinan tidak ada keinginan untuk menyelesaikan masalah-masalah kita di Sabah kerana Agenda mereka bukanlah Agenda kita; keutamaan kita juga mungkin bukan keutamaan mereka. UMNO/BN UMNO/BN hanya berminat melakukan sesuatu demi
kepentingan parti mereka sahaja. Agenda mereka adalah untuk mengekalkan kuasa politik mereka agar mereka (UMNO/BN) terus menjajah dan menguasai Sabah, memungut hasil-hasil dan mengeksploitasi sumber-sumber minyak kita dan menjadikan rakyat Sabah tebusan mereka demi memanfaatkan Malaya/UMNO. Mereka mewujudkan pelbagai masalah di Sabah agar kita terus bergantung kepada mereka. Apakah kita mahu perkara ini berterusan??..... TIDAK ! Oleh itu, kita perlu singkirkan BN, yang diketuai UMNO, dari bumi Sabah! PKR/PR Keutamaan PKR/PR adalah untuk menakluki Putrajaya dan menggantikan UMNO/BN. Selayang pandang, PKR/PR ada mempunyai ciri-ciri kebaikan. Walau bagaimanapun, akhirnya perjuangan mereka ini adalah semata-mata untuk mengekalkan dan melindungi kepentingan politik mereka sahaja.
Tujuan politik PKR/PR adalah mengambilalih kuasa politik di Sabah dari UMNO dan meneruskan dominasi dan agenda parti Malaya yang berdasarkan Sabah kekal di bawah pemerintahan Malaya di bawah PKR/PR; di samping terus menguasai dan mengeksploitasi sumber-sumber minyak Sabah, hasil-hasil pendapatan Sabah dan lain-lain. Untuk mencapai tujuan mereka, PKR/PR perlu memastikan Sabah kekal sebagai negeri ke-12 dalam Malaysia (Nota:
5
Buku Jingga bercadang memulihkan kuasa autonomi Sabah seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan – ianya bermaksud ‘status quo’ Sabah sebagai 1 daripada 13 negeri dalam Malaysia dikekalkan).
Hak-hak minyak Sabah pula akan terus kekal di bawah penguasaan dan hakmilik mereka. Maka itu, Sabah akan terus berada di bawah jajahan Malaya sekiranya kita, rakyat Sabah, tidak melakukan sesuatu bagi membebaskan diri kita dari cengkaman Malaya.
Oleh yang demikian, kita harus memastikan kemenangan STAR/UBA agar dapat membentuk kerajaan Sabah sebagai jalan menangani segala permasalahan serta cabaran rakyat Sabah.
Sabah adalah tanah tumpah darah kita, kita mesti ambilbalik dari UMNO/BN dan pada masa yang sama memastikan Sabah ini tidak jatuh kepada PR
Adalah menjadi keutamaan kita menyelesaikan sebarang permasalahan kita sendiri kerana ianya melibatkan kita sendiri
Kita tidak inginkan penjajahan silih berganti antara UMNO/BN (sekarang) dan PKR/PR manakala rakyat Sabah pula terus menderita
Tanah tumpah darah kita adalah TANGGUNGJAWAB
kita! KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?! KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?! STAR/UBA, mampu melakukannya kerana Sabah dan Sarawak kini berada dalam kedudukan terbaik sebagai “Kuasa Penentu/Kingmaker”. Keputusan pilihan raya umum 2008 menunjukkan Semenanjung Malaysia telah terbahagi kepada dua di antara UMNO/BN dan PKR/PR. Pada PRU-13 ini, kemungkinan besar keputusan yang sama akan terjadi sekali lagi di Semenanjung Malaysia.
6
Dengan itu, Sabah/Sarawak sekali lagi berkemungkinan besar akan menjadi penentu siapakah yang akan Berjaya dalam pertarungan untuk menawan Putrajaya. Maka itu, peranan STAR/UBA dalam pilihan raya umum kali ini amatlah penting dan genting sekali. Maka itu, STAR/UBA akan memanfaatkan peluang keemasan ini sepenuhnya. Pilihan raya umum ke 13 inilah masa yang
terbaik untuk melakukannya!
STAR/UBA menawarkan Agenda
Perubahan yang sangat baik untuk rakyat Sabah.
PUTERAJAYA
BORNEO
AGENDA
SABAH
SARAWAK
56 Seats
PR
80 Seats
BN
86 Seats
Rajah 1 : Sabah / Sarawak sebagai “Kuasa Penentu”
7
Dengan itu, STAR/UBA mencadangkan Manifesto PRU-13 berikut yang bertujuan untuk membebaskan Sabah dari segala permasalahan agar kita dapat bergerak maju ke hadapan serta memperkasakan rakyat Sabah.
PEMBAHARUAN PERLEMBAGAAN DAN POLITIK
(Borneo Agenda 1) Kita perlu mengambil balik hak-hak kita sebagai sebuah
negara dalam Persekutuan. Perjanjian Malaysia 1963, 20-Perkara dan syor-syor IGC mesti dilaksanakan dan dipatuhi melalui pengwujudan semula Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee - IGC) sebagai Mekanisma Pelaksana. (Janji Mesti DiTepati). Kita juga tuntut Perlembagaan Baru untuk Malaysia sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Cobbold.
STAR bersedia membawa perkara ini ke Mahkhamah (termasuk Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ) atau
ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sekiranya permintaan ini tidak mendapat perhatian dari pihak
Kerajaan Persekutuan.
Bagi memulihkan semula status Sabah sebagai Negara dalam Persekutuan Malaysia, Sabah akan dinaiktarafkan dan dibahagikan kepada 5 Wilayah berdasarkan persempadanan Residensi lama seperti berikut:
1.1 Pembaharuan Institusi dan Pentadbiran
8
Pengujudan Pengwilayahan ini akan mempunyai taraf yang sama dengan negeri-negeri di Semenajung Malaysia. Sabah sebenarnya bukanlah setaraf dengan Perlis (contohnya) tetapi sama taraf dengan Persekutuan Malaya. Daerah Keningau sahaja adalah lebih besar jika dibandingkan dengan gabungan tiga (3) negeri iaitu Penang, Melaka dan Perlis.
Mekanisma bagi mengurustadbir Wilayah-wilayah/negeri dalaman yang tersebut di atas adalah seperti yang tertera di dalam carta organisasi dalam Rajah 3.
Rajah 2: Peta Sabah dan Pengujudan Pengwilayahan
1.2 Pengujudan Negeri-Negeri/ Pengwilayahan
1. Pantai Barat (KINABALU) 2. Kudat (MARUDU) 3. Sandakan (KINABATANGAN)
4. Tawau (SEGAMA) 5. Keningau (TRUSMADI) 6. Labuan (LABUAN)
9
Pembaharuan-pembaharuan/reform seperti di atas akan membawa manfaat yang amat ketara sekali samada dari aspek politik, sosial, komersial mahupun dari segi psikologi. Ianya juga akan membawa lebih banyak peluang pekerjaan, mempercepatkan lagi pembangunan, pertambahan dana/peruntukan serta peluang perniagaan dan yang penting sekali mempertingkatkan keselamatan dalam Negeri.
Ekoran kejadian pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu baru-baru ini yang membuktikan ketiadaan keselamatan serta kegagalan kerajaan BN mengawal imigresen dan peloncatan bilangan penduduk/PTI/warganegara songsang di Sabah, STAR Sabah mencadangkan pengwujudan Kementerian Keselamatan Tanahair.
MAHKAMA
H SYARIAH
TYT
YANG DIPERTUA NEGARA
EKSEKUTIF
PERDANA MENETERI SABAH
KABINET MENTERI SABAH
PERUNDANGAN
PARLIMEN
(DUN)SABAH
KEHAKIMAN
DAN MAHKAMAH
GABENOR
WILAYAH
KETUA S/USAHA
KERAJAAN SABAH
MAHKAMAH
SIVIL
MAHKAMAH
ANAK NEGERI
MAHKAMAH
SYARIAH
KERAJAAN
TEMPATAN
KEMENTERIAN ,
JABATAN &
AGENSI
KERAJAAN SABAH
SABAH
KOUNSIL
WILAYAH
Rajah 3: Sistem Pentadbiran Kerajaan Sabah yang Baru
1.3 Pengujudan Portfolio Baru - Kementerian Keselamatan Dalam Negeri – ‘Homeland Security’
10
Kementerian Keselamatan Dalam Negeri ini akan bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar dan fungsi-fungsi seperti berikut:-
Keselamatan dalam Sabah Imigresen Sabah Hal-Ehwal Pekerja Asing Kepentingan Sabah dalam Pendaftaran/Warganegara Kebangsaan Polis Negeri; Polis Persempadanan dan Pasukan Polis Gerakan Am Kad Pengenalan Sabah
Kita tidak lagi boleh bergantungharap sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan/Malaya dalam soal pengurusan keselamatan kebangsaan di Sabah. Ini adalah kerana mereka berkemungkinan digalak dengan Agenda Malaya sebagaimana yang terbukti melalui ‘Projek IC’ serta kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PTI) di Sabah. Kaedah yang paling berkesan bagi menangani masalah pemberian kad pengenalan secara songsang/haram sambil melindungi warganegara Sabah adalah dengan mewujudkan Kad Pengenalan Sabah untuk rakyat tulen
Sabah. Kad Pengenalan Sabah akan dapat membezakan rakyat Sabah dari warga Malaysia yang lain. Ini adalah penting dan ianya selari dengan bidang kuasa imigresen Sabah yang sepatutnya terletak di bawah tanggungjawab kerajaan Sabah sendiri. Seseorang yang berwarganegara Persekutuan tidak bermaksud orang itu adalah warganegara Sabah dan ianya tidak dibenarkan berada di Sabah melebihi tiga (3) bulan tanpa pas kerja. Imigresen Sabah juga berhak menafikan kemasukkan mana-mana
1.4 Kad Pengenalan Sabah
11
warga Malaysia yang bukannya warga Sabah. Demikianlah pentingnya Kad Pengenalan Sabah diperkenalkan. STAR Sabah juga menyokong penuh pengeluaran MyKad baru yang mengikhtiraf kesemua tiga (3) komponen (negara) dalam Persekutuan Malaysia:-
‘A’ untuk Malaya
‘H’ untuk Sabah
‘K’ untuk Sarawak
Institusi Mahkamah Anak Negeri akan dipertugaskan dengan peranan penting dalam proses pengeluaran Kad Pengenalan Sabah.
STAR menyokong penuh pembentukan Suruhanjaya Penyiasatan DiRaja (RCI) mengenai penambahan kependudukan yang luarbiasa di Sabah berikutan proses yang dikenali "Projek IC" yang telah dimasukkan dalam daftar pemilih tetapi tidak akan berpuashati sehingga RCI sempurna dilaksanakan memenuhi kehendak warga Sabah. STAR juga akan memastikan mereka yang didapati bersalah dan bertanggungjawab akan dibawa diadili dan dihukum setimpal mengikut undang-undang Malaysia.
STAR/UBA juga akan mempertimbangkan usaha untuk mengwujukkan semula Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan di Sabah. Ini amat lah sesuai bagi memastikan rakyat Sabah menerima kemudahan- kemudahan pendidikan dan kesihatan yang maksima dan lebih baik.
1.5 RCI mengenai “Projek IC” mesti disempurnakan
1.6 Mengembalikan semula Kementerian Pendidikan dan Kesihatan Sabah
12
PEMBAHARUAN EKONOMI DAN 1-NEGARA 2-SISTEM (1C2S)
(Borneo Agenda 4)
Sabah harus dan perlu membangunkan sumber-sumber aslinya untuk merealisasikan potensi tinggi ekonominya, yang setakat ini, masih tidak diterokai sepenuhnya.
Dalam konteks ini,
Kerajaan BN telah gagal transformasi kekayaan sumber-sumber semula- jadi di Sabah kepada faedah-faedah yang nyata dan jelas bagi memanfaatkan rakyat Sabah khasnya dari segi pendapatan tinggi dan peluang pekerjaan. Sehubungan dengan itu, STAR mencadangkan pembaharuan-pembaha-ruan dan reformasi ekonomi melalui kaedah-kaedah berikut:
Kami mahu Sabah dikecualikan dari Dasar Kabotaj kerana ianya membantutkan ekonomi Sabah dan mengakibatkan penambahan kos untuk Pelaburan Langsung Asing (FDIs) dan kos barang-barang bagi pengguna menjadi tinggi. Ia juga menjadi penyumbang kepada kelemahan pertumbuhan perniagaan di Sabah walhal kedudukan geografikal Sabah sepatutnya mendatangkan keuntungan.
2.1 1-Negara 2-Sistem (1C2S)
13
Bagi memastikan Malaysia mendapat manfaat hasil dari lokasi Sabah yang strategik dalam pasaran antarabangsa (ASEAN, China, Japan, Amerika, Australia dan sebagainya), STAR mencadangkan konsep 1-Negara 2- Sistem (1-Country 2-Systems [1C2S]) dilaksanakan. Konsep ini akan memberi Sabah dan Sarawak kebebasan yang lebih luas atau autonomi khusus dalam prasarana perniagaan antarabangsa dan perkapalan yang boleh diperolehi oleh sebab lokasi strategik Sabah yang akan memudaratkan jika Sabah dikolompokkan bersama
Semenanjung.
Autonomi sedemikian adalah konsisten dengan hak-hak dan autonomi bagi Sabah/Sarawak sepertimana yang termaktub dalam 20-Perkara, Laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963. Cadangan 1C2S ini akan bermaksud bahawa semua dasar yang diluluskan di Semenanjung akan diubahsuai sebelum dilaksanakan di Negeri-negeri Borneo atau sebaliknya.
Walaupun Sabah kaya dengan hasil daripada sumber-sumber semulajadi seperti gas dan minyak, minyak sawit, getah, hasil perhutanan, hasil-hasil marin serta sumber-sumber pertanian yang lain, prestasi ekonomi di Sabah masih berada di tahap yang agak
rendah. Maka itu, STAR mencadangkan agar ekonomi Sabah diindustrialisasikan dengan memberi keutamaan kepada aktiviti-aktiviti seperti berikut:
(a) Menyediakan insentif yang sesuai bagi memulakan kilang-kilang pemprosesan bagi menghasilkan produk-produk daripada:-
Sawit
Getah
Buah-buahan
Sumber utama/makanan
Kayu, dan sebagainya
2.2 Perindustrian di Sabah
14
(b) Menggalakkan pertumbuhan Industri Kecil dan Sederhana (SMI), melalui pemberian insentif-insentif yang sesuai (pinjaman, infastruktur, insentif cukai dan sebagainya)
(c) Menyediakan pelbagai insentif serta kemudahan dan persekitaran yang sesuai bagi memajukan kemahiran “Bio-Teknologi” dan produk-produk Bio-Teknologi yang berkualiti tinggi.
(a) Menaiktaraf Institut Pertanian Timbang Menggaris kepada Universiti Agro-Perhutanan bertaraf universiti penuh.
(b) Mengwujudkan lebih banyak sekolah-sekolah teknik dan vokasional bagi menghasilkan lebih ramai juruteknik yang mahir dalam bidang berteknologi tinggi serta kepakaran dan kebolehan dalam bidang teknologi maklumat.
(c) Mengwujudkan Institut Pembangunan Ekonomi Luar Bandar (Rural Economic Development Institute-REDI) bagi melatih penduduk luar bandar agar menjadi lebih produktif dan berkelayakan untuk bekerja.
(Borneo Agenda 5)
Sejak PBS kehilangan kuasa kerana ditipu oleh UMNO/BN pada tahun 1994, Sabah terjadi negeri yang termiskin dalam Malaysia (Laporan Bank Dunia 2010). 40% daripada golongan miskin di Malaysia berada di Sabah dan Labuan. Mereka ini adalah antara penduduk Sabah yang bergantung kepada bantuan kerajaan dan dijadikan tebusan politik kerajaan BN. Walaupun berjuta-juta ringgit telah dibelanjakan dalam pelbagai program, namun ianya cuma memberikan impak yang kecil kepada golongan miskin ini.
2.3 Pembangunan Modal Insan
2.4 Pembangunan Ekonomi Luar Bandar
15
Untuk menyelesaikan permasalahan ini, STAR mencadangkan menangani punca-punca utama kemiskinan dengan memperkenalkan “Enabling Mechanisms (Mekamisma Pemboleh)”. STAR juga akan mengkaji semula program-program serta dasar-dasar pembangunan serta memperkenalkan program seperti berikut: (a) Rural Micro-Business System (RMBS)
STAR akan mengwujudkan Rural Micro-Business
System (RMBS) (Sistem Mikro-Bisnes Luar Bandar) sebagai Mekanisma Pemboleh yang membawa ekonomi kepada rakyat dan mentransformasikan ekonomi luar bandar kepada yang lebih produktif, lebih rangsang, berangkaian sambil menjana pendapatan dan dimajukan sebagai satu cabang asas dalam ekonomi Sabah. Setiap titik ekonomi luar bandar akan disatupadukan dalam satu rangkaian dan system yang tersusun.
(b) Yayasan Tanah Anak Negeri Sebuah Yayasan Tanah Anak Negeri yang akan menjaga Hak-hak Anak Negeri akan ditubuhkan bagi menyediakan kemudahan kredit kepada Pemegang Geran Anak Negeri untuk mengusahakan tanah mereka secara komersial.
(c) Menaiktaraf Sistem Jalanraya Luar Bandar dan Sistem Pengangkutan
(d) Mengwujudkan Kemudahan Penyimpanan,
Pengilangan dan Sistem Pemasaran dibawah RMBS
(e) Menambahbaik Kemudahan Internet dengan pemberian WiFi secara percuma dikawasan luar bandar.
(a) Menaiktaraf jalanraya yang menghubungkan daerah, pekan dan kampung-kampung;
2.5 Pembangunan Infrastruktur
16
(b) Membina Sistem Keretapi dari Tenom ke Keningau, ke Sook/Nabawan/Tawau/ Semporna/Lahad Datu/ Sandakan/Beluran/Kudat/Kota Belud/Kota Kinabalu. Sistem Keretapi ini akan memudahkan lagi dan membawa pembangunan melalui kemudahan penghantaran barangan dan rakyat yang lebih cepat dan efisien.
(c) Pelabuhan Darat (Inland Port) yang berpusat di Keningau/Tenom.
Bagi memudahkan dan menjana pembangunan ekonomi/ pemberbandaran serta mengurangkan kesesakan lalulintas, STAR mencadangkan pembinaan “monorel” (monorail) yang akan menghubungkan Bandaraya Kota Kinabalu kepada pusat-pusat utama yang lain (contoh: ke 1-Borneo/UMS/KKIP/Karambunai/Nexus, Shangri-la Dalit/Likas Hospital/Musium/Queen Hospital/Putatan /Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan sebagainya).
2.6 Monorel
17
Kesemua yang dijelaskan di atas akan memerangsangkan ekonomi, menambah peluang pekerjaan, menjana dan membuka peluang dan aktiviti perniagaan sambil membantu membasmi kemiskinan dan sebagainya.
Rakyat Sabah telah dijadikan sasaran rejim pecah dan perintah untuk masa yang sangat lama. Kita juga telah
dikategorikan sebagai 'lain-lain' dalam kebanyakkan dan pelbagai borang permohonan di peringkat kebangsaan.
Maka dengan itu, selepas ini, kita harus memperkenalkan diri sebagai "Sabahan" sebagai identiti umum, setaraf dengan identiti kebangsaan seperti 'Melayu’,’ Cina’ dan ‘India’. Ini adalah bagi memupuk perpaduan di kalangan kita di Sabah apabila berurusan dengan orang yang berasal dari luar Sabah.
Sabahan pula hendaklah dikategorikan sebagai anak negeri atau bukan anak negeri untuk melindungi hak-hak anak negeri. Semua kaum akan dilayan sama rata. Oleh itu rakyat Sabah hendaklah dipanggil "Bangsa Sabah" atau “Sabahan" tetapi bebas untuk mengekalkan warisan atau keturunan mereka.
Dalam usaha membantu nasib masyarakat dan keluarga yang kurang bernasib baik, STAR akan melaksanakan manfaat sosial seperti berikut: -
Geran sebanyak RM1,000.00 pelaburan bagi setiap kelahiran baru rakyat Sabah tulin
Pendidikan percuma bagi pra-sekolah/sekolah rendah/sekolah menengah
2.7 Pembaharuan Sosial
2.8 Faedah-Faedah Sosial
18
Geran tambahan bagi sekolah pengatar Cina, sekolah-sekolah mubaligh dan sekolah bukan jenis kebangsaan Geran/bantuan sebanyak RM1,000.00 (sekali sahaja)
kepada pelajar-pelajar kolej atau universiti Perkhidmatan perubatan percuma kepada masyarakat luar bandar Bantuan RM500 sebulan kepada warga emas
berumur 65 tahun ke atas dan janda/balu. Elaun RM300 sebulan kepada surirumah yang
tidak bekerja Elaun RM300 sebulan kepada ibu-ibu tunggal
Elaun RM300 sebulan kepada golongan OKU Kemudahan perumahan bagi golongan miskin Bantuan asrama kepada murid-murid luar bandar
Geran tambahan bagi NGO-NGO, persatuan- persatuan kebudayaan dan badan-badan keagamaan dengan kajian semula dari masa
ke semasa
Faedah-faedah sosial tersebut di atas akan dibiayai hasil dari pendapatan Negeri dan peningkatan hasil minyak (seperti dalam Perkara 4 dibawah).
Oleh kerana penurun-naikan harga getah yang ketara di
Sabah, STAR mencadangkan bantuan bagi peladang-peladang getah kecil dengan memberi jaminan harga lantai bagi getah jenis ‘kentalan’ iaitu RM4.00 sekilo manakala getah kepingan pula pada harga RM5.00 sekilo.
Skim manfaat baru akan diperkenalkan untuk mengganti Amanah Rakyat Sabah (ARS) Sabah dengan penanaman 200,000 ekar tanah Yayasan Sabah (YS) dengan sawit dan
2.9 Harga Lantai dan Harga Stok Penimbal untuk getah
2.10 Amanah Ladang Rakyat Sabah (ALRS)
19
getah yang akan diurustadbir oleh YS/ICSB. Keuntungannya akan diagihkan kepada rakyat dewasa Sabah yang tulin berbentuk pembayaran tunai tahunan.
Reformasi Tanah, NCR dan Hak-Asasi Anak Negeri
(Agenda Borneo 6)
STAR/UBA sedar akan permasalahan yang menjejaskan
Hak Asasi Anak Negeri, pemberi-milikan Tanah dan Pentadbiran Tanah di Sabah. Maka dengan itu, STAR mencadangkan yang berikut:
3.1 Dasar
(a) NCR dan tanah berdasarkan “NCR Dulu, Tanah Sabah untuk rakyat Sabah diutamakan”
(b) Dasar Tanah 30% untuk Yayasan Tanah Anak Negeri
(c) Syarat-syarat untuk tanah-tanah NT dilonggarkan dan bebas daripada sebarang sekatan ke atas penggunaan tanah.
3.2 Tribunal Tanah akan ditubuhkan bagi menyelesaikan pelbagai permasalahan dan pertindihan berkaitan dengan tuntutan tanah.
3.3 Yayasan Tanah Anak Negeri akan ditubuhkan bagi
melindungi hak-hak Tanah Anak Negeri dan membantu membangunkan serta mengkomersilkan tanah-tanah anak negeri yang terbiar, di samping membantu pemilik-pemilik tanah NT memajukan tanah mereka.
3.4 Suruhanjaya Tanah dan NCR Sabah akan ditubuhkan untuk mempastikan semua dasar-dasar tanah, undang-undang dan segala prosedur dipatuhi.
3.5 Menyusun semula dan Mengwilayahkan Pentadbiran Tanah
20
Jabatan Tanah dan Ukur akan disusun semula dan penentu-keputusan akan diwilayahkan mengikut Sempadan Wilayah dalaman yang baru. Pemimpin Masyarakat Anak Negeri, termasuk Ketua Anak Negeri atau Ketua Kampung akan ditugaskan peranan dalam perkara-perkara berkaitan permohonan tanah.
3.6 Setiap Pejabat Tanah Wilayah berkaitan akan diketuai oleh seorang Pengarah. Sekiranya perlu, Odinan Tanah yang berkaitan akan dikaji semula, dikemaskini dan dipinda.
3.7 Geran komunal akan dikaji semula dan jika perlu dihentikan atau digantikan.
3.8 Tanah Sabah hanya akan dipajak kepada kerajaan dan agensi Persekutuan dan hakmilik tanah akan kekal dipegang oleh kerajaan Sabah.
LAND
TRIBUNAL
YAYASAN
TANAH
ANAK NEGERI
JABATAN PENILAIAN & PERKHIDMATAN
TANAH
JABATAN TANAH
JABATAN UKUR & PEMETAAN
PEJABAT PEN. & PERKHIDMATAN TANAH WILAYAH
PEJABAT TANAH
WILAYAH
PEJABAT UKUR & PEMETAAN WILAYAH
JABATAN PEN. & PERKHIDMATAN TANAH DAERAH
PEJABAT TANAH
DAERAH
PEJABAT UKUR & PEMETAAN
DAERAH
SURUHANJAYA
TANAH & NCR
Rajah 4: Carta Organisasi Pentadbiran Tanah & NCR
21
Hasil Minyak dan Hasil Negeri
(Agenda Borneo 2)
Pada 2011 dan 2012, Sabah “kehilangan” lebih kurang RM79 billion daripada minyak dan hasil-hasil negeri kepada Petronas dan Kerajaan Persekutuan. Malahan, pada 2012, Sabah hanya menerima RM941.25 juta daripada hasil minyak seperti tertera di bawah:-
2011 2012 Hasil Minyak RM 14.7 billion RM 17.88 billion Hasil Negeri RM 22.7 billion RM 24.00 billion
RM 37.4 billion RM 41.88 billion
Hasil Negeri tidak termasuk lain-lain hasil yang dikutip dari Sabah seperti cukai jalan, imigresen, levi pekerja asing dan hasil-hasil lain yang dikutip oleh jabatan-jabatan dan kerajaan Persekutuan di Sabah.
STAR akan menuntut pengagihan yang lebih adil dan saksama daripada hasil minyak dan hasil negeri yang dipungut daripada Sabah. Pertama sekali, minyak dan gas Sabah adalah milik semua rakyat Sabah. Ianya adalah salah dari segi undang-undang dan juga dari segi moral bagi Allahyarham Tun Abdul Razak untuk menyerahkan hakmilik sumber minyak dan gas Sabah kepada Petronas pada 27/03/1975 dan Datuk Harris Salleh untuk menandatangani dan menerima bayaran tunai 5% daripada Petronas untuk hasil sumber minyak dan gas Sabah sambil melepaskan hak-hak Sabah untuk mengutip royalti minyak. Pelan Induk Minyak dan Gas STAR Sabah melibatkan 3 strategi:-
mendapatkan terma terbaik bagi hasil sumber minyak Sabah termasuk pemulihan hakmilik kepada Sabah
22
pembangunan keseluruhan industri minyak dan gas di Sabah serta penggunaan sumber-sumber minyak dan gas untuk Sabah dan rakyat Sabah, khasnya, diutamakan. pemuliharaan dan pelaburan hasil minyak Sabah demi menjaga kesejahteraan rakyat Sabah dan generasi akan datang.
Pelan Induk ini juga akan melibatkan penubuhan:-
MAJLIS PENASIHAT PETROLEUM SABAH yang akan membantu merumuskan DASAR MINYAK DAN GAS BARU SABAH; memberi nasihat, memantau perancangan serta dasar-dasar berkaitan dengan sumber minyak dan gas Sabah termasuklah isu perlesenan dalam industri minyak dan gas di Sabah yang bakal berada di bawah kawalan Kerajaan Sabah dan bukan di bawah kawalan kerajaan Persekutuan; PETROSABAH CORPORATION akan menerajui pembangunan industri minyak dan gas di Sabah, dan jika boleh, sumber minyak dan gas Sabah akan digunakan untuk industri minyak dan gas di Sabah serta industri berkaitan dan industri-industri tempatan yang lain dengan keutamaan diberikan kepada penggunaan di Sabah; PETROSABAH WEALTH FUND (DANA WARISAN PETROSABAH) akan dipertanggungjawabkan untuk melabur hasil minyak dan gas Sabah untuk generasi
akan datang dan BUKAN digunakan sepenuhnya dalam Bajet Tahunan Negeri seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Sabah sediada.
Kedua, di bawah Perkara 11 dalam Memorandum 20-Perkara, "Sabah hendaklah mempunyai kawalan ke atas kewangan, dana pembangunan dan tariff sendiri". Kerajaan Persekutuan yang kini mengambil 100% pungutan hasil daripada Sabah tidak lagi boleh diterima. Masanya telah tiba bagi Sabah untuk mendapatkan bahagian pengagihan yang adil dan saksama daripada hasil Sabah
23
yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dan STAR akan mempastikan pengagihan adil dan saksama ini dilaksanakan.
Dalam hal ini, Sabah harus menerima sekurang-kurangnya 40% daripada hasil bersih yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan dari Sabah seperti yang termaktub dalam Jadual Ke Sepuluh, Bahagian IV, Seksyen 2(1) dalam Perlembagaan Persekutuan.
4.1 Membangunkan Hasil Sumber Marin dan Potensinya
Hasil sumber marin dan potensi-potensinya yang lain masih belum dibangunkan sepenuhnya di Sabah. STAR bercadang untuk memperkembangkan lagi industri perikanan termasuklah: -
(a) Perusahaan rumpai laut berskala besar-besaran (b) Pengeluaran dan industri perikanan (c) Penternakan dan akuakultur udang (d) Industri Bot dan Perkapalan (e) Riadah dan Sukan Air
4.2 Pembangunan Industri Hiliran berasaskan Pertanian
Sabah mempunyai kelapa sawit, koko dan buah-buahan tetapi masih lagi belum menghasilkan produk hiliran dan produk pengguna daripada bahan-bahan mentah tersebut. STAR akan memastikan mekanisma-mekanisma pemboleh disediakan agar ianya berlaku.
Pembangunan industr-industri seperti ini melalui penubuhan kilang-kilang pengeluaran akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan yang semakin bertambah bilangannya.
4.3 Pelancongan berasaskan Kebudayaan dan Pengembaraan
Selain daripada minyak, industri pelancongan dan pertanian
24
adalah sektor asas dan utama ekonomi di Sabah. STAR bercadang untuk meningkatkan lagi pembangunan industri-industri ini, khasnya pelancongan, dengan: -
(a) memperkenalkan insentif-insentif baru untuk industri pelancongan;
(b) menambahbaik dan menaiktaraf jalanraya serta infrastruktur dan kemudahan lain yang berkaitan;
(c) memperkenalkan lebih banyak produk pelancongan, pelancongan berasaskan kebudayaan dan Perkampungan Budaya Borneo Utara;
(d) Menggalakkan pembangunan pelancongan berasaskan pengembaraan;
(e) Memperkenalkan Borneo SAFARI, Kumpulan Budaya Borneo (Borneo Cultural troupes) dan Sukan Orang Asal Borneo (Borneo Indigenous sports);
(f) Kerajaan STAR akan memastikan Badan Pelancongan Sabah mampu berdikari untuk mempromosi dan mengawal perlesenan bagi aktiviti pelancongan di Sabah.
BELIA DAN GENERASI-Y
Belia merupakan komponen terpenting dalam membentuk masa depan Sabah. STAR menggalakkan penyertaan aktif oleh belia serta Generasi-Y ini dalam semua aspek pembangunan. Sehubungan dengan itu, STAR
mencadangkan perkara-perkara berikut dilaksanakan untuk Generasi-Y:-
5.1 Kemudahan Dana Pendidikan untuk belia dalam
bentuk biasiswa dan pinjaman pendidikan, perubatan dan insuran;
5.2 Skim tanah pertanian seluas minima 5 ekar akan diberikan kepada belia-belia yang mencapai umur 21 tahun;
5.3 Penglibatan mahasiswa muda dalam satu program baru yang dipanggil Rural Micro-Business System
25
(RMBS) (atau Sistem Perniagaan Mikro Luar Bandar). Ianya bertujuan untuk membasmi kemiskinan dengan mengwujudkan peluang-peluang bagi menjana pendapatan serta meningkatkan kapasiti pendapatan masyarakat luar bandar;
5.4 Menaiktarafkan institusi-institusi pengajian dan latihan sediada kepada taraf institut dan universiti penuh (Contoh: Universiti Agro-Perhutanan Timbang Menggaris);
5.5 Mengwujudkan lebih banyak Kolej Vokasional dan
Teknikal; 5.6 Mengwujudkan Institut Kepimpinan Generasi-Y
bertaraf antarabangsa bagi mentransformasikan belia; 5.7 Memberi ganjaran kepada penemuan-penemuan
saintifik, kemahiran dan kreativiti golongan belia; 5.8 Memperkenalkan semula konsep “Pembangunan
Insan” untuk mempromosikan sifat berdikari serta peluang-peluang pekerjaan;
5.9 Memperkenalkan Forum Belia yang berterusan sebagai satu platform kepada Gen-Y untuk berurusan dengan pemimpin-pemimpin kerajaan;
5.10 Memperkenalkan “Young Traders Market” (Pasar Niaga Belia) di mana para belia boleh berkumpul, menyertai sambil menjalankan perniagaan bagi memperolehi pendapatan semasa masa lapang atau sekiranya mereka tiada pekerjaan atau sedang bercuti. (Konsep ini akan dijelaskan terperinci kelak).
MEMPERKASAKAN WANITA
Lebih kurang 50% daripada jumlah penduduk di Sabah adalah terdiri daripada wanita. Namun begitu, peranan yang dimainkan oleh Wanita Sabah dalam konteks kepimpinan, pengurusan dan profesional adalah kurang. STAR ingin menyeimbangkan keadaan dengan mencadangkan perkara berikut:-
26
6.1 Mempertingkatkan penyertaan wanita di semua peringkat di alam pekerjaan daripada 3% kepada sasaran 30% (sektor umum, sektor swasta, sektor perundangan, pengurusan, penentu-keputusan, pembuat dasar dan sebagainya).
6.2 Faedah Sosial (Rujuk Faedah-faedah Sosial di Perkara
2.8 di atas.
BORNEONISASI DAN PERANAN PERSEKUTUAN DI SABAH/SARAWAK
(AGENDA BORNEO 2)
Di bawah Perkara 8, Memorandum 20-Perkara memperuntukkan bahawa “Borneonisasi dalam perkhidmatan awam harus dilaksanakan dengan secepat mungkin”.
Kebimbangan disuarakan oleh Allahyarham Tun Fuad Stephens apabila beliau berkata:- "Kami menyertai Malaysia sebagai negeri-negeri tersendiri, dan mahu wilayah-wilayah Borneo untuk bersama-sama; supaya apabila kita bercakap dengan Malaya, ia akan menjadi sebagai rakan kongsi sama-taraf dan bukan sebagai pengikut…, dan jika kita menyertai Malaya sekarang, orang-orang yang akan datang dan mengambil sebahagian besar daripada jawatan tertinggi adalah orang-orang Malaya ... iaitu ekspatriat baru." akan kembali menghantui kita kerana kerajaan Persekutuan telah memberikan orang-orang Malaya lebih daripada 85% jawatan ketua-ketua jabatan dan agensi persekutuan di Sabah serta kebanyakan jawatan-jawatan kanan. Manakala hanya jawatan-jawatan berpangkat rendah diberikan kepada warga Sabah.
27
STAR berakujanji bahawa:-
Akan melaksanakan proses Borneonisasi; Memberi keutamaan kepada Sabahan dengan 70% jawatan dalam perkhidmatan awam dijawat oleh anak negeri; Pembahagian saksama Sabahan dalam kerajaan Persekutuan terutama di peringkat kementerian dan penambahan bilangan lantikan senator; Peranan saksama dan penempatan Sabahan dalam perkhidmatan pentadbiran luar negara dan diplomatik; Perwakilan saksama Sabahan dalam agensi-agensi persekutuan dan perbadanan-perbadanan berkaitan kerajaan (GLC).
Sebagai tambahan, STAR akan memastikan 35% daripada kerusi-kerusi parlimen dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak. Ini akan menjaminkan bahawa hak-hak Sabah tidak dihakis melalui pindaan-pindaan Perlembagaan.
PEMBANGUNAN ADIL DAN SEIMBANG
(AGENDA BORNEO 5)
Pada masa kini, sebahagian besar daripada dana pembangunan disalurkan ke Semenanjung walhal Sabah
dan Sarawak lebih memerlukan pembangunan dalam nisbah 9:1. STAR akan memastikan fokus pembangunan dialihkan dengan meningkatkan dana pembangunan untuk Sabah daripada hasil negeri dan sumber minyak yang semakin meningkat.
(a) Membina lebih banyak jalanraya dan menaiktaraf infrastruktur serta kemudahan-kemudahan serta amenity-ameniti lain;
(b) Membina landasan keretapi/MRT menghubungkan kawasan Pantai Barat ke Keningau, Tawau, Sandakan dan sebagainya;
28
(c) Bekalan Air melalui Projek Mikro dan Mini-hydro; (d) Membina monorel yang menghubungkan kawasan
bandar and sub-bandar Pantai Barat dan kawasan luar Bandar (Contohnya: KK/Penampang/Putatan /Sepanggar/UMS/Lapangan Terbang KKIA, dsb.)
(e) Pelabuhan Darat (Inland Port) di Keningau/Tenom.
Pilahanraya Umum ke-13 ini akan merupakan suatu referendum:-
Samada rakyat Sabah ingin terus diperintah dan dijajah oleh UMNO/Malaya;
Samada rakyat Sabah inginkan kebebasan serta berautonomi;
Samada rakyat Sabah ingin diurustadbir oleh pihak lain atau ingin membuat keputusan sendiri dan menentukan masa depan mereka.
Kita, rakyat Sabah, telah melakukan banyak kesilapan sepanjang 50 tahun berada di dalam Malaysia. Kini tiba masanya, kita menyedari, membelajari dari kesilapan-kesilapan ini dan memperbetulkannya. Kini tiba masanya kita dapatkan semula apa yang kita telah kehilangan selama ini. Tiada siapa yang akan
melakukannya untuk kita. KITA perlu bertindak dan melakukannya sendiri. KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?
INI KALI LAH, KITA AMBIL BALIK!
29
(1) Menyelesaikan masalah NCR – Tribunal Tanah (2) Melaksanakan Rural Micro Business System (RMBS) (3) Mengwujudkan Rural Economic Development
Institute (REDI) (4) Mengwujudkan semula Lembaga Padi Sabah (5) Menyusun semula LIGS (Mengkaji semula agensi
kerajaan dan GLC)
(6) Menubuhkan Tribunal Tanah dan Suruhanjaya Tanah dan NCR
(7) Mengkaji segala Perjanjian Penswastaan kerajaan (8) Mengwujudkan semula RTV Sabah (9) Menubuhkan Yayasan Tanah Anak Negeri (10) Mengkaji FMU and perjanjian balak Yayasan Sabah (11) Mengkaji pengeluaran Geran-geran Komunal (12) Mengkaji dan menyelesaikan segala permohonan
tanah yang tertunda (13) Menubuhkan suatu Agensi Koordinasi
Kerajaan-NGO untuk menjalinkan perhubungan yang lebih erat diantara kerajaan dengan NGO
(14) Mengkaji dan meringkaskan prosedur/sistem perlesenan – memansuhkan penggunaan PKK di Sabah
(15) Mengkaji dan meringkaskan garispanduan dan dasar untuk pelaburan asing
(16) Memberi kuasa kepada JKKK untuk melaksanakan projek-projek luar bandar RM25,000 ke bawah
(17) Mengkaji/Menolak Dasar Kabotaj (18) Mengekalkan semula status anak negeri untuk anak
negeri dan campuran anak negeri (pengwujudan semula dan pengeluaran Sijil Anak Negeri untuk sino-anak negeri dan campuran anak negeri)
(19) Mengamalkan sistem meritokrasi dan kesaksamaan jantina dalam pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam
(20) Meluluskan dasar “open sky” di Sabah demi
12 BULAN PERTAMA
30
menggalakkan pembangunan dan perkembangan industri pelancongan
(21) Memperkenalkan Jobstreet di YTM secara online
TAHUN KE 2 - KE 4.
(1) Menambahbaik bekalan letrik dan air bersih (2) Melaksanakan reform status kenegaraan - TYT,
PM, Parliament, dll (3) Reform Pentadbiran - Gabenor Wilayah
(4) Menaiktaraf institute-institut Sabah ke taraf universiti (menaiktaraf institusi-institusi tempatan ke taraf university)
(5) Mengkaji tanah FELDA (kegagalan memberi tanah kepada anak negeri), FELCRA dan RISDA di Sabah
(6) Mengkaji SEDIA, projek Agropolitan dan MESEJ (7) Membina berlebihan rumah mampubeli dengan
rekabentuk yang lengkap di bandar dan luar bandar (8) Menambahbaik pembentungan di luar bandar (9) Menerimapakai amalan tanaman dan alam sekitar
yang terbaik (10) Memperkenalkan Perkhidmatan Ambulan Langit
Sabah (Sabah Flying Ambulance (FAS)) untuk membawa perkhidmatan kesihatan dan pergigian kepada masyarakat luar bandar dan di pulau-pulau
(11) Menggalakkan pembangunan tambahan dan industri hiliran untuk gas dan minyak Sabah untuk mengeluarkan produk hiliran dan membuka peluang pekerjaan yang amat diperlukan di Sabah
(12) Menggalakkan semula pembangunan lading perhutanan untuk membekalkan kayu balak kepada industri perabot tempatan dan untuk ekspot
(13) Menggalakkan pembuatan produk-produk hiliran untuk minyak sawit dan membuka peluang pekerjaan tambahan
(14) Menambahbaik infrastruktur dan perhubungan diantara semua bandar utama di Sabah – jalanraya, jambatan, perkhidmatan feri dan keretapi
31
(15) Melaksanakan dasar Borneonisasi di semua agensi dan jabatan persekutuan di Sabah, dimana semua jawatan harus dipegang oleh warga Sabah yang berkelayakan
(16) Memberi bantuan kewangan kepada ibu tunggal dan warga Sabah yang memerlukan (warga emas, OKU, surirumah yang tidak bekerja)
(17) Menjalin integrasi kebudayaan dan keagamaan (18) Penambahan dasar dan bantuan kerajaan untuk
membantu rakyat menghadapi beban kehidupan
harian dan membuka peluang untuk rakyat berkenaan
MEMAHAMI
AGENDA MALAYA Lawan
AGENDA BORNEO
Agenda Malaya berhasrat menguasai Tanah Air Sabah bertujuan dan sambil menguasai hasil-hasil minyak, hasil Sabah serta kekayaan Sabah.
Agenda Malaya berhasrat mempertahankan
hak-hak, hak dan autonomi kemerdekaan,
kepentingan, hasil-hasil minyak dan Sabah dan mentadbirurus Sabah sendiri tanpa penguasaan oleh pihak luar. Agenda Malaya bertentangan dengan Agenda Borneo.
Hanya Agenda Borneo sahaja yang boleh mengutamakan dan mempertahankan hak-hak dan
kepentingan Sabah dan Sarawak. Jika, kita sebagai Sabahan tidak mengutamakan dan mempertahankan hak-hak dan kepentingan Sabah, kita tidak
32
bergantungharap kepada orang luar atau proksi dan talibarut tempatan mereka yang menjadi pak turut
untuk mempertahankan hak-hak dan kepentingan Sabah.
Apa sebenarnya yang kita mahu?
Kita di Sabah dan Sarawak mempunyai 3 pilihan: (1) Biarkan sahaja/status quo (BN/UMNO terus
memerintah; atau (2) Bebas dan perpisah dari Persekutuan; atau (3) Pembetulan, pemulihan dan pembaharuan.
Jika kita pilih pilihan (1) iaitu status quo, ianya bermakna kita akur kepada keadaan dan akan terus menerima penaklukan dan penjajahan Malaya, ketidakadilan, ketuanan Malaya, kemiskinan dan exploitasi mereka terhadap Sabah dan Sarawak.
33
Kalau rakyat Sabah membirakan orang luar atau mengharap pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan telah menjadi hamba kepada politik malaya dan juga tidak membebaskan daripada cengkaman politik ini, tentunya Agenda Malaya akan menjadi satu kebenaran!. Jika kita memilih pilihan (2), iaitu pembebasan dan penceraian daripada Malaya, walaupun menarik, ianya merupakan pilihan yang boleh dianggap drastic oleh
kebanyakan rakyat Malaysia yang sudah terlalu lama di indoktrinasikan. Kemungkinan besar ramai yang akan takut dengan pilihan ini. Maka kita bijaksana untuk memilih pilihan ke-3, sebab ianya bukan sahaja tepat tetapi boleh diterima oleh semua. Pilihan inilah ianya perlu diperjuangkan.
Jika kita pilih BN/Umno
Kerugian Sabah akan berterusan Masa depan gelap Hak Autonomi Sabah dinafikan Hasil Sabah dihantar ke Malaya Minyak Sabah diambil Petronas/Malaya Sabahan akan menjadi Pelarian di Negera sendiri Sabahan akan menjadi Pengemis di Negara sendiri Sabah akan terus kekal sebagai “Simpanan Tetap”
BN
Sabah akan terus dijajah
34
Sekiranya kita kekalkan BN/Umno di Sabah, berkemungkinan besar, Agenda Malaya akan berkekalan selama-lamanya dan Sabah dan Sarawak akan tetap sebagai
Negeri ke-12 dan ke-13 dalam Persekutuan Malaysia.
Jika kita pilih PKR / Pakatan Rakyat
Kemungkinan besar ianya hanya mengganti Umno/BN
Buku Jingga tidak menunjukkan komitment untuk Perubahan dan perlu mengangkat Agenda Borneo
Jika kita pilih STAR/United Borneo Alliance MASA DEPAN AKAN TERJAMIN
Pulihkan Sabah sebagai NEGARA
Autonomi - Pelaksanaan 20-Perkara
Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
Bebas daripada jajahan Malaya
Hasil akan bertambah (Perkara 11 dalam
20-Perkara)
Minyak dikembalikan dan dirunding semula
Menyumbang kepada “Leverage” menuntut Hak
Sabah/Sarawak sebagai Penentu
HANYALAH PARTI STAR YANG IKHLAS MENYELAMATKAN SABAH DARIPADA
PERMASALAHAN DAN MEMBINA SUATU MASA DEPAN YANG CERAH DAN MAKMUR
UNTUK SABAH
35
Adalah jelas dan nyata bahawa Sabahan perlu menuntut
pemulihan hak kemerdekaan dan autonomi dan hak-hak lain. PRU-13 adalah peluang terakhir bagi Sabahan. Adalah dalam tangan kita sebagai Sabahan dan kita haruslah bersatu untuk menyingkir kerajaan BN/Umno dari Putrajaya dan Sabah. Kita tidak mempunyai pilihan yang lain jika kita mahu membina suatu SABAH MERDEKA, SELAMAT DAN MAKMUR untuk anak dan
cucu kita.
MASA TELAH TIBA BAGI SEMUA WARGA PATRIOTIK SABAH
BANGUN AND BERTINDAK
MASA DEPAN SABAH JUGA ANDA DALAM MERBAHAYA
Marilah kita bersama bersatu menghentikan dan menghapuskan pembinasaan dan menyelamatkan SABAH TANAH AIR KITA yang tercinta ini daripada penjajahan dan daripada pengambilalihan oleh kuasa-kuasa politik yang berniat jahat dari seberang Lautan Cina Selatan. Kita perlu bertindak dan melakukan yang terbaik untuk SABAH TANAH AIR KITA dan tidak boleh lagi duduk melihat sebagai penonton sahaja dan membiarkan penjajahan dan
pembinasaan Sabah diteruskan. Masa depan anak cucu kita dan anak cucu cicit mereka bergantung kepada tindakan kita demi menuntut pemulihan hak kemerdekaan dan autonomi Sabah. Satu undi untuk Barisan Nasional, satu undi untuk mana-mana komponen BN bermaksud satu undi untuk UMNO dan penerusan penjajahan Sabah oleh Malaya dan pengekalan kehilangan hasil minyak dan hasil Sabah dan pengekalan kemiskinan Sabah dan rakyat Sabah.
36
Walau bagaimana susah dan pahit supaya TIDAK MENGUNDI Barisan Nasional/Umno dan parti komponennya, termasuk tidak menyokong dan mengundi adik-beradik, sepupu atau sanak saudara kita, kita perlu berbuat sedemikian tidak mengundi BN demi masa depan Sabah dan anak cucu kita dan anak cucu cicit mereka.
UNDILAH DENGAN CERMAT
AYOH, ELOK KITA UNDI KERAH KEMAKMURAN, KESELAMATAN NEGARA BERAUTONOMI.
SABAH BOLEH MENGETUAI
SEBAGAI SATU NEGARA YANG
BERMARUAH TINGGI
DALAM PERSEKUTUAN MALAYSIA.
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?
INI KALI LAH! KITA AMBIL BALIK!
Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan
Deputy President