24
MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA RAYA TERENGGANU Disediakan Oleh …………………………………………… MAKROOF BIN ABDULLAH Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR Terengganu 22 September 2015 Diluluskan Oleh …………………………………………… Ir. AB. HAMID BIN MD. DAUD Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR Terengganu 22 September 2015

MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JABATAN KERJA RAYA TERENGGANU

Disediakan Oleh

……………………………………………

MAKROOF BIN ABDULLAH

Setiausaha Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

JKR Terengganu

22 September 2015

Diluluskan Oleh

……………………………………………

Ir. AB. HAMID BIN MD. DAUD

Pengerusi Jawatankuasa

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

JKR Terengganu

22 September 2015

Page 2: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JABATAN KERJA RAYA TERENGGANU

Page 3: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJAAN

1.1 PENDAHULUAN

1.2 SINGKATAN

1.3 TUJUAN

1.4 KANDUNGAN MANUAL

1.5 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN

1.6 PENYELARASAN PINDAAN

2.0 MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 PENGENALAN

2.2 FUNGSI

2.3 VISI

2.4 MISI

2.5 OBJEKTIF

2.6 STRUKTUR ORGANISASI

2.7 BISNES UTAMA

3.0 SKOP PELAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

3.1 SKOP PELAKSANAAN

4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

4.1 KOMITMEN PENGURUSAN

4.2 KEUTAMAAN PELANGGAN

4.3 POLISI DAN OBJEKTIF KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

4.4 PERANCANGAN DAN PROGRAM PENGURUSAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

4.5 TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN

Page 4: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

DAN KESIHATAN

4.6 KAJIAN SEMULA PENGURUSAN

5.0 PENGURUSAN SUMBER

5.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER

5.2 SUMBER MANUSIA

5.3 INFRASTRUKTUR

5.4 PERSEKITARAN KERJA

6.0 PENGUKURAN DAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 AM

6.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA

PEMATUHAN PERUNDANGAN

6.3 RESPONS KECEMASAN DAN PENYIASATAN INSIDEN

6.4 DATA

6.5 PENAMBAHBAIKAN

LAMPIRAN A - CARTA ORGANISASI JKR TERENGGANU

LAMPIRAN B - CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA

KESELAMATAN DAN KESIHATAN JKR TERENGGANU

LAMPIRAN C - OBJEKTIF DAN PROGRAM KESELAMATAN DAN

KESIHATAN

Page 5: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

1.0 PENGENALAN KEPADA MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

1.1 PENDAHULUAN

Manual Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ini adalah manual yang

menekankan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Manual

ini mengandungi Maklumat Organisasi, Polisi Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan, Objektif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Skop

Pelaksanaan dan prinsip-prinsip asas Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

bagi memastikan tahap keselamatan dan kesihatan semua kakitangan

Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam tahap yang memuaskan serta mematuhi

keperluan-keperluan perundangan dan peraturan tertentu. Manual KKP ini

disokong dengan Arahan Kerja Selamat JKR Malaysia serta peraturan,

arahan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkaitan.

1.2 SINGKATAN

JKKP Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

KPKR Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

PKRT Pengarah Kerja Raya Terengganu

KKP Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

HIRARC Hazard Indentification, Risk Assessment and Risk Control

(Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan

Risiko)

Page 6: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

1.3 TUJUAN

Tujuan Manual KKP ini adalah untuk:

a) Menerangkan maklumat am mengenai organisasi JKR Terengganu.

b) Menjelaskan secara ringkas pelaksanaan KKP di tempat kerja.

c) Menggariskan dasar dan prinsip-prinsip asas bagi KKP.

d) Menjelaskan mengenai skop dalam memenuhi keperluan KKP.

1.4 KANDUNGAN MANUAL

Manual KKP ini mengandungi enam (6) seksyen yang meliputi perkara

perkara berikut:-

Seksyen 1 - Pengenalan Kepada Manual KKP

Seksyen 2 - Maklumat Organisasi

Seksyen 3 - Skop Pelaksanaan KKP

Seksyen 4 - Tanggungjawab Pengurusan

Seksyen 5 - Pengurusan Sumber

Seksyen 6 - Pengukuran dan Penambahbaikan

1.5 PENYEDIAAN DAN PENGEDARAN

Manual KKP ini hanya terpakai dan berkuatkuasa setelah diluluskan oleh

Pengarah Kerja Raya Terengganu. Manual ini disediakan secara elektronik.

Manual ini boleh diakses dan dimuat turun melalui laman sesawang

http://www.jkr.terengganu.gov.my/v2/. Semua kakitangan yang terlibat

hendaklah mendapat maklumat terkini daripada laman sesawang untuk tujuan

pemakaian dan pelaksanaan KKP di Jabatan Kerja Raya.

Page 7: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

1.6 PENYELARASAN PINDAAN

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan hendaklah

menyelaraskan pindaan ke atas Manual KKP jika perlu. Mana-mana seksyen

daripada manual ini tidak boleh dipinda tanpa kebenaran pihak yang

meluluskan dokumen ini.

2.0 MAKLUMAT ORGANISASI

2.1 PENGENALAN

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu telah ditubuhkan sejak 1921 dan

berfungsi sebagai sebuah agensi teknikal kepada kerajaan. JKR berperanan

melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyenggaraan infrastruktur

kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan negeri

seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti

bagi memenuhi keperluan negara.

2.2 FUNGSI

JKR bertangungjawab terhadap:

i. Perancangan, reka bentuk dan pembinaan projek infrastruktur seperti

jalan, bangunan kerajaan, lapangan terbang, pelabuhan, jeti dan

produk

kejuruteraan yang berkaitan;

ii. Pengurusan penyenggaraan yang meliputi penyenggaraan jalan, dan

lain lain infrastruktur kerajaan; dan

iii. khidmat nasihat teknikal kepada Kerajaan di peringkat persekutuan,

negeri dan daerah.

Page 8: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

2.3 VISI

Visi JKR ialah:

’’Menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan

dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kejuruteraan untuk

pembangunan infrastruktur negara berteraskan modal insan yang kreatif dan

inovatif serta teknologi terkini’’.

2.4 MISI

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

• Membantu pelanggan JKR merealisasikan matlamat dasar dan

menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi

strategik.

• Mempiawai proses dan sistem JKR untuk memberikan hasil perkhidmatan

yang konsisten.

• Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan

inovatif.

• Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.

• Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.

• Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.

• Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.

• Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

Page 9: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

2.5 OBJEKTIF

Objektif utama JKR adalah:

“Menyerahkan produk yang menepati kualiti, masa dan kos yang

ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum”.

2.6 STRUKTUR ORGANISASI

JKR Terengganu diterajui oleh seorang PKRT dan dibantu oleh dua orang

Timbalan Pengarah. Tanggungjawab JKR Terengganu adalah merancang,

melaksana dan menyenggara projek-projek pembangunan negeri seperti

jalan dan bangunan kerajaan. JKR Negeri bertanggungjawab terus kepada

Kerajaan Negeri untuk semua projek negeri dan disokong dengan nasihat

teknikal oleh Ibu Pejabat JKR Malaysia. Pada masa yang sama, JKR Negeri

juga bertanggungjawab terus kepada KPKR untuk projek-projek persekutuan

di negeri masing-masing. Manakala JKR Daerah pula diterajui oleh seorang

Jurutera yang bertanggungjawab terus kepada Pengarah JKR Negeri untuk

melaksanakan kerja-kerja pembangunan dan penyenggaraan aset

Persekutuan dan Negeri. Carta Organisasi JKR Terengganu adalah seperti di

Lampiran A.

Page 10: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

2.7 BISNES UTAMA

Bisnes utama JKR Terengganu adalah seperti berikut:

i. Perkhidmatan Perundingan Teknikal;

ii. Perkhidmatan Pengurusan Projek; dan

iii. Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan.

Di bawah ini adalah keterangan mengenai bisnes utama seperti di atas:

i. Perkhidmatan Perundingan Teknikal adalah perkhidmatan yang diberi

oleh JKR di mana JKR mengendalikan aktiviti-aktiviti yang merangkumi

perancangan, rekabentuk dan input profesional, perolehan, pengurusan

pembinaan, pentadbiran kontrak, penyerahan dan pasca penyerahan dalam

tempoh tanggungan kecacatan bagi merealisasikan projek untuk pelanggan.

Dalam pemberian perkhidmatan ini JKR memegang tanggungjawab

profesional ke atas aktiviti/aspek yang memerlukan input profesional, yang

terutamanya, rekabentuk dan keselamatan projek yang diserahguna.

ii. Perkhidmatan Pengurusan Projek adalah perkhidmatan yang diberi oleh

JKR di mana JKR mengendalikan aktiviti-aktiviti merancang, mengelola, dan

mengurus sumber sumber (tenaga kerja, peruntukan, pemantauan kawalan

keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta alam sekitar, bahan/peralatan,

kaedah) untuk merealisasikan projek mengikut objektif jabatan dan keperluan

pelanggan. JKR menjalankan pengurusan projek yang dilaksanakan sama

ada secara konvensional atau reka dan bina (design and build).

Page 11: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

iii. Perkhidmatan Pengurusan Penyenggaraan adalah perkhidmatan

operasi dan penyenggaraan di mana JKR mengendalikan kemudahan-

kemudahan seperti bangunan, fasiliti kejuruteraan, woksyop dan jalan

termasuk pembangunan tepi jalan, kelulusan untuk menggunakan jalan had

beban [Weight Restrictions (Federal Roads) Order 1989] dan sebagainya.

Dalam penyenggaraan, JKR menyenggarakan atau menguruskan

penyenggaraan bagi kemudahan-kemudahan/fasiliti seperti jalan, bangunan,

binaan, sistem mekanikal, sistem elektrik, kenderaan dan loji.

3.0 SKOP PELAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

3.1 SKOP PELAKSANAAN

Skop pelaksanaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan meliputi semua

jenis aktiviti dan pekerjaan yang dilakukan di tempat kerja.

4.0 TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

4.1 KOMITMEN PENGURUSAN

Pengurusan Atasan JKR hendaklah sentiasa komited kepada pembangunan,

pelaksanaan, pemantauan dan penambahbaikan KKP dan sentiasa berusaha

meningkatkan keberkesanannya dengan:

a) Memastikan semua kakitangan JKR memahami dan menghayati

akan pentingnya KKP di tempat kerja dan peraturan-peraturan

sebagaimana Polisi KKP dan Objektif KKP bagi mematuhi

keperluan perundangan dan peraturan keselamatan dan kesihatan

pekerjaan.

Page 12: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

b) Mewujud dan meluluskan Polisi KKP dan Objektif KKP.

c) Mengadakan Kajian Semula Pengurusan bagi peningkatan

berterusan.

d) Memastikan penyediaan sumber-sumber yang perlu adalah

mencukupi.

4.2 KEUTAMAAN PELANGGAN

JKR bertanggungjawab dalam:

a) Membantu dalam membangunkan sistem keselamatan dan kesihatan

serta sistem kerja selamat yang lebih sistematik dan efisyen.

b) Mengkaji semula tahap keberkesanan program keselamatan dan

kesihatan.

c) Menjalankan kajian tentang kemalangan yang berlaku di tempat kerja dan

melapor terus kepada pihak atasan bersama-sama dengan cadangan dan

penambahbaikkan.

d) Mengkaji semula audit dalaman yang dijalankan dan mengemukakan

laporan serta isu-isu penting yang berbangkit.

e) Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan mengikut keperluan

semasa dan membuat cadangan untuk kelulusan.

f) Mengadakan mesyuarat mengikut keperluan dan sekerap mana yang

perlu sejajar dengan risiko yang timbul.

g) Membentuk jawatankuasa kecil untuk membantu JKK dalam

melaksanakan fungsi.

h) Memantau prestasi keselamatan dan kesihatan di semua peringkat

organisasi.

i) Menjalankan pemeriksaan dan siasatan tempat kerja.

j) Membincangkan keputusan mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan

Carta Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan JKR

Terengganu seperti dalam Lampiran B.

Page 13: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

4.3 DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JKR Terengganu menggunapakai Dasar KKP yang telah dikeluarkan oleh

Jabatan Kerja Raya Malaysia sebagaimana berikut:-

Page 14: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

Setiap pejabat JKR hendaklah mempamerkan Dasar KKP di lokasilokasi yang

strategik dan sesuai untuk pengetahuan kakitangan dan pelanggan JKR.

Dasar ini juga dimuat naik kedalam laman sesawang

http://www.jkr.terengganu.gov.my/v2/.

4.4 PERANCANGAN DAN PROGRAM PENGURUSAN KESELAMATAN

DAN KESIHATAN PEKERJAAN

4.4.1 Perancangan KKP

JKR akan memastikan :

a) Perancangan kepada KKP dilaksanakan untuk mencapai keperluan-

keperluan operasi sebagaimana dasar KKP .

b) Perancangan dan jadual pelaksanaan KKP perlulah disediakan

seperti keperluan perundangan dan peraturan keselamatan dan

kesihatan perkerjaan sediada.

c) Integriti KKP adalah dipelihara walaupun berlaku perubahan ke atas

perancangan dan pelaksanaan di dalam KKP.

d) Perancangan kepada KKP juga perlu merangkumi analisis risiko ke

atas keselamatan dan kesihatan.

4.4.2 Program Pengurusan KKP

Program KKP dibangunkan berdasarkan Dasar KKP menerusi

penglibatan warga dan pihak terbabit dengan mengambil kira

keperluan perundangan, keperluan-keperluan lain dan hasil daripada

HIRARC dan analisis kerja selamat. Program-program Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah dibangunkan bagi

menyokong pencapaian Dasar KKP.

Page 15: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

4.4.3 Pengenalpastian Hazad, Penaksiran Risiko dan Kawalan

Risiko (HIRARC)

Pengurusan Atasan akan memastikan hazad di tempat kerja

dikenalpasti, ditaksir dan dibuat langkah kawalan seperti yang

digariskan di dalam dokumen KKP seperti Arahan Kerja Selamat dan

HIRARC.

4.5. TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN

KESIHATAN PEKERJAAN

4.5.1 Tanggungjawab, akauntabiliti dan kuasa

JKKP hendaklah ditubuhkan berdasarkan Akta KKP (Akta 514) dengan

tujuan untuk membuat dan menyenggarakan perkiraan dalam

menggalakkan dan membangunkan langkah-langkah untuk

memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerja di tempat

kerja, dan dalam mengukur keberkesanan langkah-langkah itu.

4.5.2 Tanggungjawab Pengerusi

a) Mempengerusikan mesyuarat JKKP.

c)Menandatangani penubuhan atau penstrukturan pembentukan JKKP.

d) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Akta

Keselamatan & Kesihatan 1994, Peraturan Jawatankuasa

Keselamatan & Kesihatan 1996 dan keperluan-keperluan perundangan

yang berkaitan.

e) Memantau segala program dan aktiviti yang telah dirancang dan

dilaksanakan oleh JKKP.

f) Memastikan peningkatan berterusan di dalam KKP.

Page 16: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

4.5.3 Tanggungjawab Setiausaha

a) Membantu Pengerusi

b) Merancang dan mengurus penyelarasan program dan aktiviti KKP.

c) Menyedia, mengemaskini, menyenggara dan mengkaji semula

dokumen KKP berkaitan di tempat kerja.

d) Merancang latihan dan program yang berkaitan untuk Ahli JKKP.

e) Mengumpul, menganalisis dan mengemaskini statistik kemalangan/

insiden dalam usaha pengenalpastian hazad dan kawalan risiko di

tempat kerja.

f) Menyelaras dan menyiasat sebarang insiden/isu KKP yang berlaku

di tempat kerja serta kawalan rekod pelaporan.

g) Mengenalpasti perundangan dan lain-lain keperluan berkaitan KKP

yang perlu dipatuhi.

h) Menyelaras Mesyuarat JKKP.

i) Menghadiri dan mengambil minit mesyuarat JKKP.

j) Memastikan pemeriksaan tempat kerja seperti yang ditetapkan.

k) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan 1996.

4.5.4 Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa

a) Menjalankan pemeriksaan tempat kerja sekurang-kurangnya sekali

dalam tempoh 3 bulan atau mengikut jadual yang telah ditetapkan.

b) Menyiasat sebarang kejadian insiden di tempat kerja.

c) Membuat kajian data trend insiden.

d) Melaporkan dan mengkaji semula sebarang perubahan aktiviti di

tempat kerja yang boleh memudaratkan kepada keselamatan &

kesihatan pekerja.

Page 17: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

e) Membantu dalam memantau hazad dan risiko di tempat kerja serta

keberkesanan tindakan pembetulan dan pencegahan yang diambil.

f) Mengkaji semula tindakan pengukuran yang diambil bagi

memastikan pelaksanaan KKP di pejabat.

g) Mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan KKP di tempat kerja.

h) Menyelaras penglibatan kakitangan dalam latihan dan program yang

berkaitan KKP.

i) Menjalankan tugas seperti yang dinyatakan di bawah Peraturan

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan 1996.

5.0 PENGURUSAN SUMBER

5.1 PERUNTUKAN DAN PENYEDIAAN SUMBER

Pengurusan Atasan JKR atas nasihat JKK hendaklah mengenalpasti

keperluan dan menyediakan sumber-sumber yang mencukupi bagi mencapai

maksud-maksud berikut:-

a) Melaksana dan menyenggara KKP di samping memperbaiki

keberkesanannya secara berterusan.

b) Meningkatkan tahap KKP dari semasa ke semasa dengan

memenuhi keperluan perundangan dan peraturan-peraturan yang

berkaitan.

5.2 SUMBER MANUSIA

5.2.1 Am

JKR Terengganu hendaklah memastikan semua kakitangan JKR terdiri

daripada anggota-anggota yang kompeten bagi menjamin kualiti kerja

disamping membudayakan cara kerja yang selamat dan sihat secara

konsisten. Keperluan sumber manusia hendaklah dirancang, dilaksana

dan dinilaikan selaras dengan Dasar KKP.

Page 18: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

5.2.2 Kompetensi, Kesedaran dan Latihan

JKKP hendaklah:-

a) Menentukan keperluan kompetensi bagi kakitangan yang

menjalankan tugas yang mempengaruhi kualiti produk, alam sekitar

dan keselamatan serta kesihatan pekerjaan .

b) Menyediakan latihan atau tindakan lain untuk mencapai kompetensi

yang telah dikenalpasti mengikut keperluan kerja dan tanggungjawab

yang diberikan.

c) Menilai keberkesanan latihan ke atas kakitangan selepas

menghadiri latihan.

d) Memastikan kakitangan sedar akan kepentingan tugasan mereka

dan bagaimana mereka memberi sumbangan dalam mencapai Dasar

dan Objektif KKP

e) Menyimpan dan menyenggara rekod-rekod latihan dan kemahiran.

5.3 INFRASTRUKTUR

JKKP komited dalam menentu, menyedia dan menyenggara keperluan

infrastruktur yang sesuai kepada kakitangan untuk menjamin keselamatan,

kesihatan dan kebajikan semasa bekerja. Kemudahan infrastruktur

termasuklah;-

a) Bangunan, ruang kerja dan utiliti berkaitan.

b) Peralatan proses seperti perkakasan, peralatan keselamatan dan

perisian komputer.

c) Perkhidmatan sokongan yang diperlukan seperti pengangkutan,

sistem komunikasi atau sistem maklumat.

Page 19: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

Kemudahan infrastruktur di atas adalah disedia dan disenggara mengikut

arahan-arahan kerajaan yang berkaitan dan keperluan pejabat masing-

masing.

5.4 PERSEKITARAN KERJA

JKKP hendaklah memastikan dan menyediakan persekitaran kerja yang

sesuai, selesa, selamat dan mesra alam. JKKP hendaklah memastikan

penyenggaraan dan pengurusan ruang kerja dilaksanakan mengikut arahan-

arahan jabatan dan perundangan berkaitan yang ditetapkan.

6.0 PENGUKURAN DAN PENAMBAHBAIKAN

6.1 AM

JKKP hendaklah merancang, mewujud dan melaksanakan pemantauan,

pengukuran, dan penambahbaikan untuk:

a) Memastikan pematuhan dan pelaksanaan Dasar dan Objektif KKP

b) Memastikan pematuhan perundangan KKP yang berkaitan.

c) Meningkatkan keberkesanan KKP secara berterusan.

Kaedah yang sesuai seperti analisis dan penggunaan teknik-teknik

statistik boleh digunakan bagi mencapai maksud di atas.

Page 20: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

6.2 PEMANTAUAN DAN PENGUKURAN PRESTASI SERTA

PEMATUHAN PERUNDANGAN

6.2.1 Kepuasan Pelanggan dan Kakitangan

JKKP hendaklah mewujudkan kaedah dan prosedur untuk memantau

dan mengukur tahap kepuasan pelanggan dan kakitangan melalui

kaedah-kaedah seperti maklumbalas pelanggan dan sebagainya.

6.2.2 Pemantauan, Pengukuran Prestasi dan Proses

JKKP hendaklah menjalankan pemantauan dan pengukuran ke atas

tahap KKP bagi semua proses yang terlibat di mana perlu.

Antara aktiviti pemantauan dan pengukuran prestasi adalah seperti di

bawah:

a) Tahap kepuasan pelanggan menerusi maklum balas.

b) Prestasi melalui hasil audit dalaman JKR Malaysia dan audit

oleh pihak luar seperti DOSH.

c) Prestasi melalui statistik/kadar insiden seperti kemalangan,

kejadian merbahaya, penyakit pekerjaan, kejadian nyaris, Kadar

Kehilangan Masa Bekerja (LTI).

d) Laporan aduan pelanggan, kakitangan dan awam - kualiti

produk dan keselamatan dan kesihatan.

Apabila keputusan yang ditentukan tidak dicapai, tindakan pembetulan

hendaklah diambil untuk memastikan pematuhan perundangan.

Page 21: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

6.3 RESPONS KECEMASAN DAN PENYIASATAN INSIDEN

JKKP hendaklah mengenal pasti potensi berlakunya situasi kecemasan dan

bersedia melalui pelan kecemasan untuk mengelakkan implikasi lebih besar

ke atas keselamatan dan kesihatan.

6.4 DATA

JKKP hendaklah mengumpul dan menganalisis data yang berkaitan bagi

menentukan pelaksanaan KKP sentiasa berkesan dan ditambahbaik. Ini

adalah termasuk data yang dijana melalui pemantauan dan pengukuran serta

dari punca lain yang relevan.

Data akan memberikan maklumat-maklumat berikut:-

a) Tahap kepuasan pelanggan dan kakitangan.

b) Pematuhan kepada keperluan perundangan dan peraturan yang

berkaitan.

c) Ciri-ciri proses dan produk termasuk peluang-peluang untuk langkah

pencegahan dan tindakan penambahbaikan.

d) Pencapaian Dasar KKP dan Objektif KKP

6.5 PENAMBAHBAIKAN

6.5.1 Penambahbaikan Berterusan

JKKP hendaklah menambahbaik aspek KKP secara berterusan

dengan berasaskan sumber-sumber berikut :

a) Maklumbalas Pelanggan

b) Data KKP

Page 22: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

c) Laporan Audit

6.5.2 Tindakan Pembetulan

JKKP hendaklah mengambil tindakan bagi menghapuskan punca-

punca ketidakpatuhan untuk mengelak dari berulang. Tindakan

pembetulan hendaklah sesuai dengan kesan ketidakpatuhan.

Prosedur hendaklah disediakan untuk menentukan keperluan berikut;

a) Mengkaji semula ketidakpatuhan (termasuk aduan pelanggan dan

kakitangan).

b) Menentukan punca-punca ketidakpatuhan.

c) Menilai keperluan tindakan untuk memastikan ketidakpatuhan tidak

berulang.

d) Menentu dan melaksana tindakan susulan yang diperlukan.

e) Merekod hasil daripada tindakan yang diambil.

f) Mengkaji semula tindakan pembetulan yang diambil.

6.5.3 Tindakan Pencegahan

JKKP hendaklah menentukan tindakan yang perlu bagi menghapuskan

punca-punca ketidakpatuhan yang mungkin bagi mengelakkan ianya

berlaku. Tindakan pencegahan yang diambil hendaklah bersesuaian

dengan masalah yang dihadapi. Prosedur hendaklah didokumen untuk

menentukan keperluan perkara-perkara berikut;

a) Menentu ketidakpatuhan yang mungkin berlaku dan faktor-

faktor yang menjurus kepada ketidakpatuhan berikut

b) Menilai keperluan tindakan untuk mengelak ketidakpatuhan.

c) Menentu dan melaksana tindakan yang diperlukan.

d) Merekod kesan-kesan daripada tindakan yang diambil

e) Mengkaji semula tindakan pencegahan yang diambil.

Page 23: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN

Page 24: MANUAL KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN JABATAN KERJA ... · manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan manual keselamatan dan kesihatan pekerjaan jabatan kerja raya terengganu

MANUAL

KESELAMATAN DAN KESIHATAN

PEKERJAAN