Upload
others
View
12
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
Manual Pengguna Penyelenggaraan laman web JFPIU
D i s e d i a k a n o l e h :
S e k t o r P o r t a l , B a h a g i a n
M u l t i m e d i a d a n P e n d i d i k a n ,
J a b a t a n T e k n o l o g i M a k l u m a t
& K o m u n i k a s i , U M S .
K e m a s k i n i J u l a i 2 0 1 5
Untuk kegunaan semua
Webmaster JFPIU (UMS)
dilantik
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 1 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1.1 Langkah-langkah keselamatan laman web/portal 1.2 Peranan dan tanggungjawab webmaster laman web JSPIU
2.0 Tatacara pengurusan dan pentadbiran laman web
3.0 Log masuk Webmaster J/F/P/I/U
4.0 Menghantar/Menambah artikel baru
5.0 Mengubah/Menambahbaik artikel
6.0 Tatacara keluar dari menu webmaster
7.0 Kesimpulan
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 2 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
1.0 Pengenalan
Laman web universiti merupakan gerbang maklumat utama universiti kepada masyarakat luar. Justeru melalui latihan ini, webmaster JFPIU dilantik adalah diharapkan dapat melaksanakan peranan masing-masing di dalam memastikan maklumat yang dipaparkan menerusi templet laman web universiti adalah yang terkini dan tepat. Menerusi Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006 “Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam”, terangkum di dalamnya adalah :
a) Panduan di dalam pembangunan dan penyenggaraan laman web/portal agensi-agensi sektor awam yang meliputi prinsip asas di dalam pembangunan laman web, ciri-ciri laman web, ciri-ciri portal, langkah-langkah keselamatan dan pengukuran prestasi bagi laman web/portal; dan
b) Senarai semak sebagai rujukan pantas bagi pembangunan dan penyenggaraan laman
web/portal. Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam, laman web selaku media penyampai maklumat kepada agensi kerajaan dan kepada rakyat perlu ditadbir urus dengan baik dan bersepadu untuk manfaat semua.
1.1 Langkah-langkah keselamatan laman web/portal
Pelaksanaan keselamatan laman web/portal hendaklah dimulakan dengan membezakan dua (2) kategori maklumat iaitu:
a) Maklumat Umum – Bermaksud maklumat am yang boleh dicapai oleh semua pengguna tanpa sekatan. Antara contohnya adalah seperti profil agensi (misi, visi, objektif, fungsi, piagam pelanggan).
b) Maklumat Yang Dilindungi – Bermaksud maklumat yang perlu diberi perlindungan sepanjang
proses pewujudan, pengemaskinian, penyimpanan, pencapaian dan penyebaran seperti maklumat peribadi (lesen memandu, surat beranak, kad pengenalan, pasport, polisi insurans)
Bagi menjamin keselamatan maklumat yang dilindungi, langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi adalah seperti berikut:
a) Pengesahan kuasa (authorization) – Pengesahan ini adalah perlu bagi mengawal capaian ke atas sistem dan aplikasi. Ia mengehadkan capaian kepada pengguna yang disahkan sahaja selaras dengan peraturan agensi.
b) Pengesahan capaian (authentication) - Mekanisme yang sesuai untuk mengesahkan
kesahihan identiti pengguna adalah perlu bagi melindungi integriti maklumat yang di lindung. Berdasarkan keperluan di atas, akses kepada laman web hanya terhad kepada webmaster dilantik
sahaja. Kesahihan dan ketepatan maklumat yang disiarkan adalah tanggungjawab penuh webmaster
dilantik.
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 3 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
1.2 Peranan dan tanggungjawab webmaster laman web JFPIU
Peranan dan tanggungjawab webmaster secara ringkasnya telah dirangkum di dalam jadual berikut :
PERKARA-PERKARA YANG DIPANTAU BERKAITAN PENGEMASKINIAN MAKLUMAT DI LAMAN WEB
Bil. Perkara Penjelasan Contoh Tempoh Paparan
untuk Dikemaskini
1 Berita terkini
Aktiviti terkini
Peristiwa terkini
Paparan berita, aktiviti dan peristiwa berkaitan agensi yang telah dilaksanakan.
"Kementerian telah menganjurkan Karnival Usahawan pada 1 Mac 2015 dan telah dihadiri oleh
1 bulan selepas tarikh berita, aktiviti dan peristiwa
2
Pengumuman
Makluman
Hebahan
(i) Pengumuman mengenai berita, aktiviti dan peristiwa yang akan dilaksanakan.
"Kementerian akan menganjurkan Karnival Usahawan pada 28 Mac 2015”
3 hari bekerja selepas tarikh berita, aktiviti dan peristiwa dipaparkan
(ii) Pengumuman-pengumuman yang berterusan
“Maklumat berkaitan Projek Perumahan Terbengkalai sehingga 15 Februari 2015 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara (JPN) kini boleh dimuat turun" "Adalah dimaklumkan bahawa mulai 23 Disember 2014, pihak Majlis tidak lagi menerima sebarang pembayaran melalui cek"
Mengikut keperluan agensi
3 Keratan akhbar
Kenyataan akhbar
Rencana akhbar
(i) Keratan, kenyataan dan rencana akhbar yang mengandungi maklumat relevan sepanjang masa(kempen, program kesedaran dan lain-lain)
Kenyataan Akhbar mengenai penyakit pandemik seperti Demam Denggi Dan Chikunkunya
Mengikut keperluan agensi
(ii) Keratan, kenyataan dan rencana akhbar mengandungi maklumat umum (perasmian, lawatan dan lain-lain)
Keratan akhbar bertajuk "Bomba berkampung 24 jam. Sinar Harian20 Feb 2015”
1 bulan selepas tarikh, akhbar
4 Poster/Banner (i) Poster/banner yang memaparkan pencapaian dan pengiktirafan yang diterima oleh agensi
Anugerah 5 Bintang, Sijil ISO, 5S dan lain-lain
Mengikut keperluan agensi
(ii)Poster/banner yang memaparkan aktiviti atau peristiwa (Perayaan, kempen dan lain-lain)
Poster ucapan Selamat Tahun Baru, poster bengkel
1 minggu selepas tarikh aktiviti dan peristiwa
5 Tawaran tender
Tawaran sebut harga
Paparan berkaitan tawaran tender, sebut harga dan jawatan kosong
- 1 hari bekerja selepas tarikh tawaran
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 4 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Tawaran Jawatan kosong
tender, sebut harga dan jawatan kosong ditutup
6 Statistik Paparan bulanan bagi statistik pencapaian piagam pelanggan dan bilangan transaksi perkhidmatan online
- 2 bulan sebelum bulan Semasa Contoh: Bulan semasa adalah Mac 2015, jadi statistik sehingga bulan Januari 2015 perlu dipaparkan
7 Maklumat Menteri
Timbalan Menteri
Ketua agensi
Maklumat berkaitan Menteri, Timbalan Menteri (sekiranya berkaitan) dan ketua agensi dikemaskini, terutama di bahagian direktori kakitangan, carta organisasi dan perutusan ketua agensi.
- 1 hari bekerja selepas lantikan rasmi
2.0 Tatacara pengurusan dan pentadbiran laman web
Tatacara pengurusan laman web adalah seperti berikut :
Bermaksud :
a) Akses bagi semua webmaster JFPIU adalah Editor. – Kumpulan Editor mempunyai akses
capaian yang sama dengan Kumpulan Pengarang (Author) .Editor dibenarkan mengedit
kandungan yang telah diterbitkan, dan sebarang maklumat untuk diterbitkan.
b) Terpakai untuk sebarang maklumat yang perlu dipaparkan (publish) di laman web (utama)
universiti.
c) Sebarang artikel untuk dipaparkan perlu melalui superadmin untuk saringan khasnya dalam
menentukan lokasi paparan. Webmaster tidak sewenang-wenangnya boleh menetapkan
lokasi artikel untuk dipaparkan di laman web (utama) universiti.
Superadmin
Webmaster JFPIU
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 5 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Manual Pengguna (Frontend Manager)
Selamat datang ke laman web rasmi Universiti Malaysia Sabah.
3.0 Log masuk Webmaster J/F/P/I/U
Klik PAUTAN Webmaster
untuk masuk ke laman log
masuk Webmaster
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 6 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Setelah anda klik pada pautan Webmaster, anda akan dibawa masuk ke paparan seperti berikut:
Untuk log masuk sebagai webmaster, gunakan katanama serta katalaluan seperti yang telah
diedarkan. Klik pada butang Login dan anda akan kembali ke paparan laman utama.
Pada paparan laman utama, anda akan dapati satu menu baru muncul iaitu menu Webmaster.
Menu baru pada paparan laman
utama setelah webmaster log
masuk dalam laman web
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 7 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
4.0 Menghantar/Menambah artikel baru.
Pada menu Webmaster, anda akan dapat melihat paparan sub-menu Hantar Artikel (Submit Article)
dan Keluar (Logout). Klik pada pautan Hantar Artikel (Submit Article) untuk menambah artikel baru ke
dalam laman web.
Apabila tetikus dilalukan pada menu
Webmaster, sub-menu Hantar
Artikel (Submit Article) dan Keluar
(Logout) akan dipaparkan.
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 8 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Gambarajah 1
Anda akan melihat paparan seperti gambarajah 1 setelah menekan pautan Hantar Artikel (Submit
Article).
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 9 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Untuk menambah imej/dokumen
pada artikel, klik pada pautan imej.
Paparan seperti ini akan kelihatan
pada paparan monitor. Untuk
menambah imej, anda perlu
memuatnaik (upload) imej yang
hendak digunakan terlebih dahulu.
Pilih folder imej/dokumen yang
berkenaan. Contoh: folder M-
images untuk artikel berkenaan.
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 10 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
(1) Pilih imej yang hendak dimasukkan ke dalam artikel dan kemudian (2) klik pada butang Open.
Seterusnya, (3) klik pada butang Start Upload dan anda akan dapat melihat imej yang dipilih tadi
telah berjaya dimuatnaik ke dalam folder imej berkenaan. (4) Pilih pada imej yang berjaya dimuatnaik
tadi dan seterusnya klik pada butang Insert atau tekan Cancel untuk batalkan.
(1)
(2)
(3)
5
(4)
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 11 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Sebelum anda menyimpan artikel tersebut, sila pilih kategori artikel terlebih dahulu, serta tarikh
mula dan akhir untuk artikel tersebut dipaparkan di dalam laman web.
NOTA :
FEATURED bermaksud artikel
yang dipilih untuk dipaparkan
di MUKA HADAPAN LAMAN
WEB. Penetapan adalah
mengikut keperluan pengguna.
Tarikh MULA
Tarikh AKHIR
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 12 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
Setiap artikel yang dihasilkan mesti dilengkapkan dengan METADATA yang merangkumi (1) Meta
Description iaitu diskripsi berkenaan artikel, (2) Keyword iaitu katakunci untuk memudahkan carian
berkenaan artikel oleh enjin carian. PENTING : METADATA adalah perlu untuk membantu
meningkatkan kedudukan UMS dalam ranking webometrics. Penetapan METADATA adalah
DIWAJIBKAN terhadap semua artikel yang dipaparkan melalui laman web seperti contoh di bawah :
Akhir sekali tekan butang Simpan (Save) untuk menyimpan artikel atau Cancel untuk keluar.
(1)
(2)
Diskripsi berkenaan artikel
Katakunci untuk memudahkan carian berkenaan artikel oleh enjin carian. 1. Kemerdekaan : Khusus
berkenaan artikel. 2. ums, universiti malaysia
sabah, UMS, university in borneo : Khusus kepada UMS
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 13 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
5.0 Mengubah/Menambahbaik artikel
Untuk mengubah atau menambahbaik artikel yang telah diterbitkan, anda perlulah terlebih dahulu
log masuk sebagai webmaster. Pada artikel yang hendak diubah, klik pada pautan Edit .
Anda akan dapat melihat paparan berikut:
Langkah seterusnya adalah edit artikel berkaitan dan tekan butang Simpan (Save) untuk menyimpan
dan Cancel untuk keluar.
LATIHAN WEBMASTER J/F/P/I/U 2015
Page 14 of 14
SEKTOR PORTAL, BAHAGIAN MULTIMEDIA DAN PENDIDIKAN, JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI, UMS.
6.0 Tatacara keluar dari menu webmaster
Untuk kelaur dari melakukan aktiviti melalui menu frontend webmaster, klik pada submenu (1)
Logout dan tekan butang (2) Log out untuk keluar sepenuhnya.
7.0 Kesimpulan
Diakhir kursus ini, webmaster boleh melaksanakan aktiviti berikut melalui laman utama (frontend)
tanpa perlu melalui backend yang lebih kompleks :
1. Log masuk Webmaster J/F/P/I/U 2. Menghantar/Menambah artikel baru 3. Mengubah/Menambahbaik artikel 4. Tatacara keluar dari menu webmaster
Sekiranya ada permasalahan, hubungi kami di [email protected] atau nombor sambungan
613046, 613047, 613048, 613049 dan 613007.
(1) (2)