42
1.0 PENDAHULUAN Sejarah kedatangan Orang India ke Malaysia adalah bermula sejak abad yang pertama lagi. Namun begitu, sebenarnya kedatangan mereka telah datang ke Alam Melayu kira-kira 2,000 tahun dahulu bertujuan untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat setempat. Pada masa itu, Alam Melayu di Nusantara terkenal dengan kawasan perdagangan. Walaubagaimanapun, kemasukan Orang India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai adalah ketika pemerintahan British di Tanah Melayu. British membawa masuk Orang-orang India ini adalah untuk dijadikan sebagai buruh- buruh di ladang-ladang serta estet-estet. Bermula dari itu, kedatangan orang India ke Tanah Melayu semakin bertambah sehingga ada daripada mereka yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Selain daripada itu, kebanyakan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan faktor penolak di negara mereka yang mana pada masa itu sering berlaku bencana alam. Pertambahan penduduk di India turut menjadi salah satu faktor penolak sebahagian besar daripada mereka keluar berhijrah bagi mendapatkan perlindungan. Kebanyakan Orang India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu adalah yang berasal dari India Selatan. Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada Inggeris, burh-buruh India ini telah memperoleh kewarganegaraan Malaya dan sekarang lebih dikenali sebagai Malaysia. Oleh sebab itu, wajarlah Malaysia mempunyai warganegara yang berbilang etnik pada masa kini seperti Orang Melayu, Orang India juga mempunyai beberapa etnik didalamnya. Mereka terdiri daripada Orang Tamil, Orang Malayali dan Orang Telungu. Walaupun mereka berasal dari negara yang sama, namun bahasa pertuturan mereka adalah berbeza-beza mengikut etnik. Apabila mereka mula tinggal dan bekerja di ladang-ladang, mereka telah mula mempunyai keluarga dan telah melahirkan zuriat-zuriat. Pada masa itu, muncullah kesedaran untuk membina tempat-tempat untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Sekolah-sekolah Tamil telah mula dibina di kawasan- kawasan estet untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Pada 1

Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah kedatangan Orang India ke Malaysia adalah bermula sejak abad yang pertama lagi. Namun begitu, sebenarnya kedatangan mereka telah datang ke Alam Melayu kira-kira 2,000 tahun dahulu bertujuan untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat setempat. Pada masa itu, Alam Melayu di Nusantara terkenal dengan kawasan perdagangan. Walaubagaimanapun, kemasukan Orang India ke Tanah Melayu secara beramai-ramai adalah ketika pemerintahan British di Tanah Melayu. British membawa masuk Orang-orang India ini adalah untuk dijadikan sebagai buruh-buruh di ladang-ladang serta estet-estet. Bermula dari itu, kedatangan orang India ke Tanah Melayu semakin bertambah sehingga ada daripada mereka yang berkahwin dengan wanita-wanita tempatan.

Selain daripada itu, kebanyakan penghijrahan mereka ke Tanah Melayu juga adalah disebabkan faktor penolak di negara mereka yang mana pada masa itu sering berlaku bencana alam. Pertambahan penduduk di India turut menjadi salah satu faktor penolak sebahagian besar daripada mereka keluar berhijrah bagi mendapatkan perlindungan. Kebanyakan Orang India yang datang berhijrah ke Tanah Melayu adalah yang berasal dari India Selatan. Setelah Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada Inggeris, burh-buruh India ini telah memperoleh kewarganegaraan Malaya dan sekarang lebih dikenali sebagai Malaysia.

Oleh sebab itu, wajarlah Malaysia mempunyai warganegara yang berbilang etnik pada masa kini seperti Orang Melayu, Orang India juga mempunyai beberapa etnik didalamnya. Mereka terdiri daripada Orang Tamil, Orang Malayali dan Orang Telungu. Walaupun mereka berasal dari negara yang sama, namun bahasa pertuturan mereka adalah berbeza-beza mengikut etnik. Apabila mereka mula tinggal dan bekerja di ladang-ladang, mereka telah mula mempunyai keluarga dan telah melahirkan zuriat-zuriat. Pada masa itu, muncullah kesedaran untuk membina tempat-tempat untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka.

Sekolah-sekolah Tamil telah mula dibina di kawasan- kawasan estet untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak mereka. Pada masa itu, pihak British tidak menghalang pembinaan sekolah-sekolah tersebut kerana Orang Cina serta Orang Melayu sendiri dibenarkan untuk membina sekolah-sekolah mereka. Hal ini telah menyebabkan, guru-guru dari negara asal mereka telah dibawa masuk ke Malaysia untuk mengajar anak-anak mereka. Pengajaran pada masa itu adalah berkisarkan agama serta sastera-sastera epik dari negara asal mereka. Oleh sebab itu, kitab-kitab sastera telah dibawa masuk bagi memudahkan pelajar-pelajar mereka untuk membuat rujukan pembelajaran. Bagi mengelakkan pelajar mereka tidak menggunakan loghat bahasa mengikut etnik masing-masing, mereka telah menggunakan bahasa Tamil standard atau pada masa kini lebih dikenali sebagai bahasa Tamil moden. Hal ini kerana, Orang Tamil terdiri dari beberapa etnik dan antara bahasa yang diguna pakai oleh mereka apabila bercakap mengikut etnik mereka adalah bahasa Telungu yang sering diguna pakai oleh Orang Telungu, bahasa Karnadam serta bahasa Malaiyalam. Apabila bahasa mereka telah diselaraskan kepada bahasa tamil moden, pengajaran akan mudah untuk difahami oleh semua pelajar tidak kira dari etnik mana.

1

Page 2: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 53 tahun namun, sistem sekolah vernakular yang telah diperkenalkan oleh British masih wujud sehingga sekarang. Sekolah Tamil, sekolah Cina masih lagi wujud walaupun sekolah Kebangsaan telah diwujudkan. Hal ini kerana, mereka masih lagi ingin menjadikan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa rasmi walupun telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia bahawa bahasa ibunda Malaysia adalah Bahasa Melayu. Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah Tamil ini masih belajar di dalam bahasa Tamil serta masih menggunakan kitab-kitab Tamil. Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah menjadikan subjek Bahasa Tamil sebagai subjek yang diiktiraf di dalam sistem peperiksaan Malaysia.

Apabila subjek ini telah dimasukkan di dalam sistem peperiksaan Malaysia maka, subjek atau kaedah pembelajaran mereka mestilah diselaraskan seluruh Malaysia mengikut standard yang telah ditetapkan. Oleh itu, para pelajar yang belajar di sekolah jenis kebangsaan Tamil telah diwajibkan untuk mengambil subjek bahasa Tamil di dalam peperiksaan awam seperti UPSR, PMR, SPM serta STPM. Namun begitu, seperti pembelajaran dan pengajaran di dalam bahasa-bahasa lain, pelajar Tamil juga turut mempunyai masalah di dalam penguasaan bahasa Tamil ini.

2

Page 3: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

1.1 SEJARAH SASTERA TAMIL

Matapelajaran bahasa Tamil juga turut mengajar pelajar mereka mengenai kesusasteraan Tamil. Hal ini kerana, bahasa tamil juga sama seperti subjek-subjek lain, kesusasteraan Tamil merupakan salah satu subjek yang tidak digemari oleh para pelajar. Hal yang demikian kerana, kesusasteraan Tamil adalah sukar untuk difahami oleh mereka. Apakah yang dimaksudkan dengan sastera?. Sastera adalah suatu ruangan keseniaan yang tidak wujud daripada “ kevakuman, malah muncul bermula daripada kehidupan yang memiliki tatanilai. Selain itu juga, pada kesempatan yang lain pula, sastera akan member sumbangan yang amat bermakna bagi terbentuknya tatanilai. Hal ini membiaskan bahawa setiap hasil sastera yang dicipta dengan kesungguhan yang tepu pasti memuatkan simpulan yang utuh dengan kehidupan kerana insan seniman itu sendiri ialah sebahagian daripada kehidupan” ( Othman Putih, 1995)

Selain itu juga, menurut Koh Boh Boon (1994), mentakrifkan sastera sebagi hasil kreatif yang digunakan bahasa dengan indah baik dengan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa.

Mengikut M. Varadarajan, sejarah sastera Tamil telah wujud lebih kurang 25 abad yang dahulu. Pada ketika itu, puisi-puisi tamil wujud di dalam bentuk Natturappura Padal iaitu lagu-lagu rakyat. Sastera-sastera dari bahasa lain di sekitar India Selatan hanya wujud pada 800 TM. Oleh itu, karya-karya sastera tamil wujud sebagai sastera solo di India selatan sebelum 800 TM.

Bagi matapelajaran Bahasa Tamil di Malaysia pada masa kini, sastera Tamil yang diajar adalah sastera-sastera klasik Tamil yang berasal beribu-ribu tahun dahulu. Puisi-puisi Tamil ini terdiri daripada pelbagai format tatabahasa iaitu agaval, kavipaa dan paripaadal. Tholkaapiyam menyatakan bahawa puisi dalam bentuk pannadi telah dinyanyikan bersama muzik lagu-lagu rakyat.

Oleh yang demikian wajarlah jika para pelajar yang mengambil Bahasa Tamil ini mempunyai masalah yang pelbagai dalam subjek kesusasteraan Tamil ini. Justeru itu, masalah-masalah yang dihadapi oleh para pelajar tersebut perlu dikupaskan serta perlu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah ini.

3

Page 4: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

2.0 SOROTAN LITERATUR

Tinjauan literasi bagi esei ilmiah yang bertajuk masalah pembelajaran dalam matapelajaran bahasa tamil ini mempunyai sebanyak empat buah tesis yang berkenaan matapelajaran bahasa tamil dan tiga buah buku yang berkaitan dengan masalah pembelajaran pelajar. Bahan- bahan untuk matapelajaran bahasa tamil agak terhad kerana ianya tidak dikembagkan atau dikaji dengan lebih mendalam lagi supaya bahan-bahan untuk dijadikan sengai sumber rujukan lebih banyak lagi terutama sekali dalam bahasa melayu dan juga inggeris. Manakala buku-buku itu pula digunakan bagi menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

1- Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah ( Oleh: Kulandasamy A/L Rajagopal 1989/1990 )

Tesis ini ialah tesis yang telah dijankana oleh Kulandasamy A/L Rajagopal pada tahun 1989/1990, tesis ini telah dijalankan oleh belia untuk mendapat persepsi pelajar-pelajar berkenaan dengan pengajaran Bahasa Tamil di sekolah menegah. Beliau telah melakukan kajian melalui cara kaji selidik yang telah dilakukan ke atas pelajar-pelajar yang terpilih supaya persoalan yang telah dikemukakan oleh beliau itu akan terjawab. Malah beliau turut menyelitkan analisis-analisis keputusan peperiksaan matapelajaran bahasa tamil supaya menjadi pelengkap kepada kajian yang telah dilakukannya.

2- Komponen Sastera Tamil Dalam Matapelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil ( Oleh: Kartheges A/L Ponniah - Jabatan Pengajian India Fakulti Sastera Dan Sains Sosial UM, 2005 )

Tesis yang telah dikarang oleh saudara Kartheges AL Poniiah ini berkenaan komponen-komponen sastera Tamil yang telah digunakan dalam matapelajaran Bahasa Tamil di sekolah jenis Kebangsaan Tamil. Tesis ini telah diterbitkan pada tahun 2005 dibawah Jabatan Pengajian India Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya. Tesis ini menerangkan dengan terprinci berkenaan sejarah sastera bahasa tamil dari zaman ke zaman sebelum beralih kepada komponen-komponen yang telah digunakan dalam bahasa tamil. Bukan itu sahaja, beliau turut menceritakan dengan terperinci maksud puisi-puisi yang ada dalam sukatan pelajaran supaya mudah untuk difahami.

3- Minat pelajar tingkatan empat di kawasan seremban terhadap matapelajaran bahasa tamil ( Oleh: Vasanta A/P Mithiah).

Tesis yang telah dijalankan oleh saudari vasanta A/P Mithiah ini memfokuskan pelajar-pelajar tingkatan empat yang mempelajari matapelajaran bahasa tamil. Bukan itu sahaja beliau turut memfokuskan kawasan seremban sebagai tempat kajian ini. Kajian yang dilakukan oleh beliau adalah untuk megetahui sejauhmana minta pelajar-pelajar tingkatan empat terhadap matapelajaran bahsa tamil.

4

Page 5: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

4- Keindahan bahasa dalam antologi puisi tamil di malaysia ( Gopalan Muthiah, Fakulti Bahasa Dan Linguistik Um, KL 1971-2000 )

Tesis yang telah dijalankan oleh saudara Gopalan Muthiah ini lebih menjurus kepada gaya bahsa dan cara penyampaian puisi-puisi tamil yang berada di dalam malaysia ini. Beliau telah menerangkan setiap bait-bait puisi-puisi itu serta menerangkan dengan lebih dalam tentang makna atau maksud puisi ini. Beliau turut memberi gambaran lebih jelas berkenaan puisi-puisi tersebut.

5- Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa (Oleh Kamaruddin Haji Husin, Sarjana 1986)

Buku ini membincangakan tentang cara pengajaran bahasa yang betul untuk para tenaga pengajar dan juaga berkenaan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam bidang bahasa. Buku ini membincangkan denga teperinci tentang langkah-langkah untuk mengajar yang betul, ianya lebih kepada teknik-teknik pengajaran atau kaedah. Manakalah dari permasalahan pembelajaran pula beliau mengukaikan tentang masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar dalam matapelajaran bahasa khususnya tidak kiralah bahasa melayu, bahasa cina ataupun bahasa tamil.

6- Teaching Student With Learning Problem (Oleh: Howard S.Adelman And Linda C Taylor, Corwin Press , 2006 ).

Buku ini menawarkan pandangan yang luas serta pendekatan yang sistemik berkenaan dengan reformasi sekolah yang telah hilang arah tujunya. Buku ini turut menyatakan tentang cara-cara untuk meningkatkan keputusan pelajar, terutama sekali bagi pelajar yang tidak mencapai keputusan yang memberansangkan. Buku ini lebih kepada cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

7- The Implementitaion Guide To Student Learning Support In The Classroom And Schoolwide: New Direction For Adreessing Barier To Learning (Oleh: Howard S.Adelman And Linda C Taylor, Corwin Press , 2006 ).

Buku ini lebih kepada manual perlaksanaan untuk menyokong pelajar supaya belajar dalam kelas dan cara untuk memahami karenah pelajar. Buku ini lebih kepada cara untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar. Buku ini memberi motivasi serta pemikiran terbaik tentang langakah atau kaedah untuk memastikan masalaha pembelajaran pelajar dapat diatasi.

5

Page 6: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

3.0 METOD KAJIAN ILMIAH

Kajian permasalahan pelajar di dalam Bahasa Tamil ini telah dikecilkan skop perbincangannya oleh pengkaji iaitu permasalahan pelajar di dalam kesusasteraan Tamil. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif bagi mengumpul data-data serta maklumat-maklumat mengenai permasalahan pelajar Tamil di dalam kesusasteraan Tamil.

Kaedah kuantitatif bermaksud suatu kaedah menyelidiki fenomena sosial dengan lebih teratur. Manakala kaedah pengumpulan data atau maklumat adalah berdasarkan sumber sekunder. Contoh sumber sekunder adalah sumber yang telah diterbitkan sama ada dalam bentuk buku-buku, jurnal, tesis, majalah serta akhbar – akhbar. Selain itu juga, kaedah kuantitatif juga boleh diperoleh dengan menggunakan kaedah temubual, bancian, eksperimen dan kajian dokumen. Walaubagaimanapun, dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah kajian dokumen iaitu merujuk kepada tesis-tesis para sarjana yang telah mengkaji kesusasteraan Tamil. Oleh yang demikian, dalam menyelesaikan tugasan ini, pengkaji telah merujuk kepada tesis-tesis para sarjana daripada Universiti Malaya sebagai rujukan utama.

Walaubagaimanapun, pada peringkat awal kajian, pengkaji telah menemubual beberapa orang pelajar Tamil bagi mendapatkan maklumat awal mengenai permasalahan pelajar Tamil di dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Di dalam proses temubual tersebut, rata-rata daripada mereka mengatakan bahawa kesusasteraan Tamil merupakan bahagian paling sukar untuk difahami berbanding bahagian tatabahasa dan tulisan. Oleh yang demikian, para pengkaji telah bersepakat untuk mengkaji dengan lebih lanjut mengenai masalah serta langkah untuk mengatasi masalah pelajar di dalam bahagian kesusasteraan Tamil.

Oleh yang demikian, para pengkaji telah memilih untuk merujuk kepada beberapa buah tesis dan buku bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Disamping itu juga, pengkaji telah merujuk kepada beberapa buah buku lain bagi mendapatkan data-data yang lebih tepat seta langkah-langkah atau pendekatan yang biloe diambil untuk para guru membantu pelajar supaya lebih memahami isi kandungan kesusasteraan Tamil ini.

6

Page 7: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 MASALAH PELAJAR DI DALAM KESUSASTERAAN TAMIL

Belajar merupakan proses perubahan tingkah laku yang relatif tetap. Dalam proses ini,perubahan ini terjadi sekaligus tetapi secara bertahap bergantung kepada faktor-faktor pendukung belajar yang mempengaruhi pelajar atau murid. Faktor-faktor ini umumnya dapat dibahagi menjadi dua kelompok iaitu faktor luaran dan faktor dalaman berhubung dengan segala sesuatu yang ada pada diri pelajar atau murid yang minat belajar seperti kecerdikan, bakat, kemampuan pancaindera dan cara berfikir. Faktor luaran pula merupakan segala sesuatu yang berasal dari diri pelajar yang meletakkannya dalam pembelajaran seperti pengalaman, sosial, cara pembelajaran, strategi belajar, kemudahan belajar dan sikap dedikasi guru.

Masalah belajar atau masalah pembelajaran ini banyak terjadi atau berlaku dalam kalanagan pelajar atau murid yang berada di peringkat sekolah menengah. Ini adalah kerana, pada tahap sekolah menengah, subjek atau matapelajaran yang diajar adalah lebih sukar dan memerlukan pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu perkara.

Dalam subjek Bahasa Tamil, pelajar sering kali atau acap kali meluahkan ketidakpuasan hati kerana subjek ini sukar untuk difahami dan mereka mempunyai masalah-masalah dalam proses mempelajari dan memahami subjek ini. Antara masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelajar adalah kurangnya buku-buku rujukan dan buku-buku latihan Bahasa Tamil di perpustakaan sekolah.

Dari sini, dapat dilihat bahawa guru-guru di sekolah terbabit memandang enteng atau memandang ringan dengan perkara ini. Sebaiknya, setiap guru haruslah memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar-pelajar atau murid mendapat kemudahan yang terbaik dlama proses untuk mempelajari dan memahami Bahasa Tamil dan tidak bersikap lepas tangan dan hanya meyerahkan tugas tentang perkara-perkara di perpustakaan kepada guru perpustakaan sahaja.

Berdasarkan kajian thesis yang telah dijalankan oleh Kundalasamy a/l Rajagopal yang bertajuk “ Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Bahasa Tamil di Sekolah Menengah”, didapati bahawa daripada lima buah sekolah kajian, terdapat enam buah sekolah yang tidak mempunyai buku Bahasa Tamil di perpustakaan sekolah. Selebihnya, sembilan buah sekolah tidak mempunyai peruntukan untuk buku-buku Bahasa Tamil walaupun sekolah-sekolah ini mempunyai buku Bahasa Tamil di perpustakaan sekolah.

Apa yang dapat dilihat di sini, guru-guru kurang memberi perhatian yang khusus terhadap subjek Bahasa Tamil ini. Sebagai bukti, subjek Bahasa Tamil ini tidak diperuntukkan dananya sedangkan subjek-subjek lain mempunyai peruntukan yang berpadanan dengan apa yang diperlukan.

Selain dari itu, pelajar-pelajar mempunyai cara dan minat tersendiri untuk belajar. Apa yang dapat dikenalpasti, selain masalah kekurangan buku rujukan dan buku latihan di

7

Page 8: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

perpustakaan sekolah, pelajar-pelajar atua murid gemar jika subjek Bahasa Tamil diajar dalam atau pada waktu sekolah.

Daripada 15 buah sekolah kajian yang mempunyai 83 kelas secara keseluruhannya, hanya 30 kelas sahaja yang mengadakan kelas Bahasa Tamil dalam atau pada waktu sekolah. Selebihnya, sebanyak 53 kelas, masing-masing mengadakan atau menjalankan kelas Bahasa Tamil di luar waktu sekolah.

Jadual 1 : Waktu pengajaran Bahasa Tamil di 15 buah sekolah di Johor

Nama Sekolah Bilangan kelas

Pengajaran Bahasa Tamil

Dalam Waktu

Sekolah

Luar Waktu Sekolah

Sek. Dato’ Jaafar 5 1 4

Sek. Engku Tun

Aminah

3 - 3

Sek. Dato’ Penggawa

Timur

11 6 5

Sek. Men. Ulu Tiram 8 2 6

Sek. Aminuddin Baki 3 - 3

SSI, Kulai 3 2 1

Sek. Tun Habab,

Kota Tinggi

6 2 4

Sek. Tinggi, Kluang 2 - 2

STAB, Kluang 2 1 1

Sek. Men. Rengam 10 4 6

Sek. Men. Batu Aram 5 3 2

Sek. Men. Labis 4 2 2

Sek. Men. Chacah 9 4 5

Sek. Men. SARS II 6 2 4

Sek. Men. Tun

Mamat

6 1 5

Jumlah 83 30 53

8

Page 9: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Untuk mendapatkan minat dan pemahaman pelajar, para guru hendaklah memahami apa yang dikehendaki oleh pelajar. Guru-guru seharusnya memahami jika kelas-kelas di luar waktu sekolah tetap dijalankan tetapi pelajar atau murid tidak bersetuju dengan ini, besar kemungkinan mereka akan mula ponteng kelas atau tidak hadir ke kelas dan masalah-masalah tingkah laku pelajar akan timbul seperti lepak, merokok dan seterusnya terjebak dengan dadah. Oleh itu, pihak guru dan pihak sekolah seharusnya memikirkan tindakan yang terbaik. Jika kelas dijalankan di luar waktu sekolah, besar kemungkinan murid atau pelajar berasa berat denga kelas ini kerana mereka terpaksa menggunakan waktu untuk mereka berehat setelah seharian berada di sekolah. Jadi, fikiran dan minda mereka tidak akan tertumpu terhadap apa yang ingin diajar oleh guru. Sekiranya kelas Bahasa Tamil diadakan dalam waktu sekolah, pastinya guru-guru dapat mengajar dan menarik minat pelajar untuk belajar dan memahami subjek Bahasa Tamil ini dengan lebih baik lagi.

Masalah pembelajaran seterusnya yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dalam subjek Bahasa Tamil ini ialah kurangnya guru Bahasa Tamil sepenuh masa di beberapa buah sekolah yang dijadikan sekolah kajian. Berdasarkan kajian oleh Kulandasamy a/l Rajagopal, murid-murid lebih tertarik untuk belajar dengan guru-guru sepenuh masa berbanding dengan guru sandaran atau spenuh masa. Namu, bilangan guru Bahasa Tamil sepenuh masa adalah berkurangan.

Jadual 2 : Bilangan guru Bahasa Tamil sepenuh masa dan sambilan di 15 buah sekolah menengah di negeri Johor.

Status Guru L P Jumlah Peratus (%)

Guru sepenuh

masa

6 1 7 11

Guru sambilan 37 16 53 83

Guru sambilan

bersama

4 - 4 6

Jumlah 47 17 64 100

Ini mungkin terjadi kerana guru-guru sepenih masa adalah lebih cekap dan mereka mangajar dengan lebih sistematik berbanding guru-guru sandaran. Guru sandaran tidak mendapat kursus atau ilmu pengajaran sebagai guru dengan sebaiknya. Berbeza pula dengan guru-guru

9

Page 10: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

sepenuh masa yang mendapat latihan khusus yang cukup untuk menjadi seorang guru yang cekap dan berdedikasi. Minat dan cara belajar seseorang murid atau pelajar banyak bergantung kepada cara atau teknik pengajaran guru. Ini adalah kerana cara pengajaran guru yang menarik dan berkesan merupakan faktor utama kepada minat murid untuk belajar dan memahami subjek Bahasa Tamil dengan lebih mendalam lagi

Literasi bahasa merupakan kemampuan dan pengusaan dalam sesuatu bahasa khusunya dari segi bahasa, bacaan, ejaan. Literasi bahasa merupakan sebuah perkara yang penting dalam hidup seseorang manusia itu, ini terbukti apabila setiap manusia yang dilahirkan di atas muka bumi ini akan diajar atau diserapkan sejak seseorang itu bayi lagi. Keupayaan inilah yang akan mendorong kepada penguasaan seseorang individu itu untuk mendalami ilmu-ilmu yang lain. Malah, komunikasi seseorang remaja itu bergantung kepada keupayaan mereka dama membaca dan mengeja dan remaja akan bertambah yakin sekiranya mereka mampu menjadi seseorang yang lebih baik berbanding rakan-rakan mereka yang lain. Hal ini membuktikan bahawa bahasa itu merupakan sebuah atau sesuatu permulaan kepada sesebuah kehidupan kerana ianya sudah bermula sejak sesoramg itu masih bayi lagi.

Sebelum diungkai lagi masalah pembelajaran dalam bahasa tamil, di sini ada sebuah lagi teori yang berkaitan rapat dengan bahasa iaitu Teori Bahasa dan Pemikiran Vygostky. Teori ini menyatakan tentang pendapat Vygostsky berkenaan percakapan peribadi ataupun percakapan dalaman remaja berkembang daripada percakapan egosentrik semasa kanak-kanak yang merupakan salah satu cara untuk mereka menyatakan fikiran dan ingatan yang sedang berkembang serta ianya sebuah cara untuk menyatakan perasaan. Bukan itu sahaja, daripada pemerhatian beliau telah mendapati bahawa Piaget telah melakukan sesuatu kesalahahn dimana Piaget telah salah tafsir hal berkaitan dengan pertuturan egosentrik kerana semasa pemerhatian beliau itu mendapati persamaan antara pertuturan egosentrik oleh kanak-kanak pra-sekolah dengan pertuturan dalam proses pemikiran senyap yang lebih tua dan pertuturan dalam kalangan oramng yang lebih dewasa amat menyakinkan beliau. Hal ini kerana, tiga golonga yang telah di kajinya ini telah menunjukan persamaaan dalam pertuturan mereka atau percakapan mereka jadi ini telah membuktikan andaian beliau bahawa apabila pertuturan egosentrik hilang atau lenyap bergitu sahaja tetapi ia telah bertukar menjadi percakapan dalaman atau boleh dipanggil sebagai inner speech.

Oleh kerana itu bahasa ini boleh dikaitkan dengan Teori Hieraki Keperluan Maslow (1908-1970), di mana di dalam teori ini menyatakan bahawa setiap manusia mempunyai pelbagai unsur keperluan yang diperlukan untuk memenuhi aspek-aspek jasmani, rohani dan sosial dalam kehidupan mereka. Menurut Maslow susunan ini merupakan keperluan semula jadi atau innate yang menggerakkan atau memotivasikan tingkahlaku, bermula dengan keperluan yang paling bawah piramid sehinggalah ke bahagian keperluan yang lebih kurang sama di bahagian yang paling atas seperti rajah 1.0, jika kita lihat bahasa ini boleh diketagorikan dalam tingkat yang fisiologi kerana kita amat mermerlukan bahasa sebagai alat komunikasi dalam kehidupan sehari-hari. Jadi masalah- masalah yang dhadapi oleh pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran tamil ini mengambil kira beberapa faktor yang menjadi masalah kepada diri mereka untuk mengusai mata pelajaran ini, terutama sekali dalam bidang sastera. Di bawah ini ialah Teori Hieraki Keperluan Maslow ( 1908- 1970) dan item-itemnya:-

10

Page 11: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Rajah 1.0 Teori Hierarki Maslow.

Masalah utama dalam mata pelajaran tamil khususnya dalam sastera tamil ini terletak pada pelajar itu sendiri. Hal ini kerana pelajar itu sendiri yang akan mencorakan hala tuju dirinya sendiri. Oleh sebab itu, masalah sikap pelajar merupakan salah satu masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar-pelajar ini terutama sekali dalam sastera bahasa tamil. Kebanyakan daripada pelajar-pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu mempelajari bahasa Tamil kerana bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka, bahkan boleh dikatakan semua orang India telah menggunakan bahasa india sejak kecil lagi dan mengikut pertuturan masyarakat sekeliling. Pembelajaran bahasa tamil tidak diambil berat kerana masyarakat India beranggapan mereka sudah menguasai kemahiran menggunakan bahasa Malaysia memandangkan mereka boleh bertutur dengan baik dalam bahasa Tamil. Sebenarnya orang India perlu sedar bahawa anggapan sedemikian adalah tidak benar. Bahasa Tamil yang digunakan oleh mereka dalam pertuturan harian bukanlah sama dengan struktur bahasa Tamil yang berfungsi sebagai bahasa ilmu. Sikap pelajar yang malas dan tidak mahu membuat latihan yangdiberikan guru, tidak mengulangkaji mata pelajaran tersebut, kurang membaca bahan bacaan yang berbentuk akademik dan menganggap bahawa bahasa tamil ini sesuatu yang mudah dan mereka mula untuk mengabaikan mata pelajaran ini.

Masalah pembelajaran kedua yang telah dihadapi oleh pelajar-pelajar ini ialah masalah kefahaman pelajar, seperti yang sedia maklum sastera tamil bukanlah sastera moden yang hasilnya daripada penulis-penulis dinegara ini tetapi sastera tamil ini asalnya dari negara India yang sudah berusia beribu-ribu tahun lamanya. Sastera tamil ini diambil dari tiga zaman yang

11

KesempurnaanKendiri

Penghargaan Kendiri

Sosial

Keselamatan

Fisiologi

Doing Need

Being Need

Having Need

Page 12: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

berbeza iaitu pada sangam pertama, sanggam kedua dan zaman-zaman yang lain. Sastera dari zaman-zaman ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza terutama sekali dari segi gaya bahasanya dan sistem tulisanya dan buktinya telah ditunjukan pada jadual 1.0 dan carta pai 1.0 yang menunjukkan senarai sastera-sastera yang digunakan pada matapelajaran bahasa tamil. Hal ini telah membuatkan para pelajar berasa sukar dengan pelajaran ini kerana bahasa yang digunakan pada sastera ini merupakan bahasa lama dan sukar untuk difahami oleh pelajar, setiap perkataan itu sungguh sukar sekali untuk ditafsirkan sekali. Bahasa-bahasa yang digunakan penuh pengertian, bunga-bunga dan tersirat sekali maksudnya telah menyukarkan para pelajar untuk memahaminya. Bukan sahaja lenggok-lenggok bahasa yang digunakan itu sukar untuk ditafsirkan tetapi sistem tulisan yang digunakan juga berlainan sekali dengan sistem tulisan yang digunakan pada masa kini. Hal ini lebih menyukarkan para pelajar untuk memahami sastera itu, seperti syair,sajak dan lain-lain lagi. Jadual 2.0 menujukan keputusan peperiksaan sastera bahasa tamil pada tahun 1998-2000.

Bil Jenis-Jenis Karya Bil Puisi1 Thirukkural 152 Pannin Thirukkural 13 Muuturai 14 Naladiyar 15 Thiruvarudppa 16 Palamoii 357 Maimoli 158 Marabu Todar 359 Vamai Todar 2510 Iraddai Kilavi 25

Jadual 1.0: Senarai Karya-Karya Sastera Sekolah Menegah.

12

Page 13: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

10%

1%1%

1%1%

23%

10%23%

16%

16%

Thirukkural Pannin Thirukkural Muuturai NaladiyarThiruvarudppa Palamoii Maimoli Marabu TodarVamai Todar Iraddai Kilavi

Carta pai 1.0: Senarai Karya-Karya Sastera Sekolah Menegah.

Tahun Bilangan Murid

(Orang)

Cemerlang

A1-A2(%)

Kepujian

C3-C6(%)

Lulus

P7-P8(%)

Jumlah Lulus

A1-P8(%)

Jumlah Gagal

1998 497 9.9 34.3 27.0 71.2 28.81999 360 11.7 42.2 26.1 80.0 20.02000 801 13.5 41.3 27.0 81.0 19.0

Jadual 2.0: Keputusan Peperiksaan SPM Kesusasteraan Tamil pada tahun 1998-2000

13

Page 14: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

4.2 LANGKAH PENYELASAIAN

Guru boleh diibaratkan sebagai tunggak utama dalam membantu pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid-murid di sekolah. Peranan dan tugas ini amat berat dan mencabar dalam mencapai perkembangan terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) murid di dalam bilik darjah. Setiap pendedahan pelajaran adalah untuk membantu kepada pengenalan kendiri setiap murid berkenaan. Perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan terbentuk dengan baik dan normal mengikut pertumbuhan seseorang individu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Seseorang murid itu akan merasainya sendiri perubahan dalam kehidupan seharian mereka . Perkembangan dan pertumbuhan akan seiring mengikut usia mereka. Guru juga perlu membimbing murid melakukan pemindahan pembelajaran hasil daripada pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam. Bantuan daripada guru dalam tugasan yang diberikan amat membantu kefahaman murid berkenaan tentang apa yang diajar. Oleh itu, guru haruslah bijak merancang strategi bagi membantu pelajar menguasai matapelajaran yang diajar khususnya dalam matapelajaran Bahasa Tamil yang kami kaji.

Guru merupakan individu yang mempunyai pengaruh besar dalam membentuk kejayaan pelajar dalam akedemik dalam bilik darjah. Oleh sebab itu, guru memainkan peranan yang besar dalam kejayaan pelaksanaan dan pembelajaran di peringkat sekolah terutamanya dalam bahasa Tamil. Seseorang guru perlu mempunyai pengetahuan yang mantap tentang teori, kaedah, pendekatan, dan teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil serta mampu mengaplikasikannya dalam suasana yang sebenar di dalam bilik darjah. Namun begitu, aspek yang dinyatakan di atas bukan menyifatkan seseorang guru tersebut telah sempurna untuk menjadi guru yang sempurna untuk mendidik anak bangsa dan menjamin para pelajar akan memahami perkara yang diajar di dalam bilik darjah. Seseorang guru mestilah meningkatkan ilmu yang dimiliki dari semasa ke semasa kerana ilmu yang sedia ada tidak cukup untuk merealisasikan kejayaan pelajar dalam pempelajaran dalam setiap matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah terutamanya dalam Bahasa Tamil. Kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berubah dari semasa ke semasa mengikut perubahan zaman. Oleh sebab itu, guru hendaklah bersedia untuk menghadapi cabaran yang harus dihadapi terutamanya karenah murid-murid di dalam bilik darjah.

Pelbagai langkah yang kreatif dan efektif perlu diambil oleh setiap guru dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran (P&P) terutamanya untuk meningkatkan minat dan kefahaman para pelajar dalam menguasai sesuatu matapelajaran di sekolah khususnya dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Antara langkah yang boleh diambil oleh guru ialah melalui pendekatan merancang variasi penyampaian yang bijak untuk menarik perhatian pelajar untuk fokus terhadap perkara yang diajar oleh guru. Variasi penyampaian bermaksud guru menggunakan segala kebolehan dan bakat yang ada dalam diri masing-masing ketika berhadapan dengan para pelajar terutamanya semasa sesi pengajaran dalam bilik darjah. Guru hendaklah menggunakan kesemua pancaindera atau anggota badan mereka seperti gerakan kepala, tepuk tangan, fokus pandangan, dan gerakan fizikal lain yang pelbagai dapat menarik tumpuan para

14

Page 15: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

pelajar untuk memahami apa yang diajar. Contohnya jika pelajar rasa mengantuk ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku mereka akan terjaga apabila mendengar tepukan tangan guru. Remaja yang tidak memberi perhatian dan membuat bising dalam bilik darjah ketika guru sedang mengajar akan berhenti membuat bising dan memberi perhatian terhadap perkara yang diajar apabila guru berjalan atau bergerak menghampiri mereka. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru hendaklah selalu menukar intonasi suara supaya para pelajar benar-benar terhibur terhadap perkara yang disampaikan oleh guru. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mudah berasa bosan dan mudah memahami perkara yang disampaikan oleh guru tersebut terutamanya dalam matapelajaran yang melibatkan sejarah dan kesusasteraan seperti Kesusasteraan Tamil. Intonasi suara guru yang mendatar dan tidak menarik menyebabkan pelajar merasa bosan dan tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah. Banyak kajian menunjukkan pelajar dan remaja tidak berminat untuk belajar disebabkan oleh persembahan pengajaran guru yang tidak menarik. Hal ini menyebabkan pelajar mengambil langkah untuk tidur dalam bilik darjah dan ponteng kelas.

Selain itu, guru juga boleh mengambil mempraktikkan kaedah pembelajaran koperatif (cooperative learning) dalam bilik darjah. Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan pelajar daripada pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai tahap pengajaran yang maksimum dalam kalangan pelajar. Matlamat kaedah ini diadakan adalah untuk memaksimumkan pembelajaran bukan sahaja untuk tertumpu kepada seorang pelajar sahaja malah, semua pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah ini mempunyai unsur iaitu saling bergantung antara satu sama lain secara positif, saling berinteraksi secara bersemuka, akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, kemahiran koperatif, dan pemprosesan kumpulan. Setiap pelajar dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan yang berbeza bergilir-gilir di dalam kumpulan. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan adalah digalakkan. Hal ini disebabkan kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran dan meningkatkan daya kefahaman pelajar. Misalnya, pengajian Kesusasteraan Tamil adalah lebih berkesan dijalankan secara koperatif kerana pelajar yang telah memahami sesuatu karya puisi (ceiyul) boleh menerangkan perkara yang mereka fahami kepada kawan mereka yang tidak memahami karya puisi tersebut. Sesetengah pelajar malu untuk menyatakan perkara yang mereka tidak faham kepada guru. maka, kaedah ini adalah sesuai dipraktikkan jika guru menghadapi pelajar yang sebegini. Bagi pelajar yang pemalu, rakan sekelas adalah tempat altenatif untuk bertanya selain guru. Beberapa cara pembelajaran koperatif telang diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan seperti belajar bersama (learning together), meja bulat (round table), dan STAD (Students Team-Achievement Division). Walaupun kaedah ini hanya berpusatkan kepada pelajar, guru haruslah memerhati keadaan pelajar dari belakang dan membantu kumpulan pelajar sekiranya menghadapi masalah dalam sesuatu matapelajaran. Pembelajaran koperatif menggalakkan pelajar berinteraksi secara aktif dan positif dalam kumpulan. Hal ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam malah, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.

15

Page 16: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Seorang guru yang kreatif perlu sentiasa memikirkan cara untuk menarik minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan daya kefahaman pelajar serta menguatkan daya ingatan pelajar terhadap perkara yang telah diajar. Kaedah menyoal kembali pelajar tentang perkara yang telah diajar perlu diamalkan oleh guru. Guru perlu memastikan pelajar dapat menguasai sesuatu topik terlebih dahulu sebelum beralih kepada topik yang lain supaya pelajar tidak ketinggalan terlalu jauh apabila semakin banyak topik yang diajar. Sekiranya terdapat pelajar yang masih tidak memahami sesuatu topik, maka guru boleh mengulangi pembelajaran sehingga semua pelajar memahami topik tersebut. Kaedah menyoal boleh dimulakan diawal sesi pembelajaran sekiranya guru menyoal topik yang telah lama diajar dan menyoal diakhir sesi pembelajaran selepas sesuatu topik itu diajar. Sekiranya terdapat hanya segelintir sahaja pelajar yang lemah, guru boleh mengajar dan memberi penerangan kepada mereka secara individu sama ada di dalam bilik guru atau di luar waktu sesi persekolahan. Kaedah menyoal pelajar hendaklah dalam suasana yang tenang dan tidak terlalu memaksa pelajar memberi jawapan yang betul. Soalan-soalan yang dikemukakan hendaklah tidak mengelirukan dan tidak perlu menghukum pelajar sekiranya jawapan yang diberi adalah salah. Melalui kaedah ini, guru dapat mengetahui tahap kefahaman dan daya ingatan anak didik mereka tentang sesuatu topik yang diajar. Langkah susulan daripada penilain guru mengenai pelajar mereka ialah merubah cara pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan sebelumnya. Oleh itu, guru perlu mencari jalan atau altenatif lain sama ada teknik penyampaian dan kaedah penerangan yang sesuai digunakan dalam bilik darjah bagi meningkatkan kefahaman dan daya ingatan pelajar.

Selain itu, guru hendaklah mengetahui teknik untuk meransang minat dan ingatan pelajar melalui kaedah penyampaian dan penerangan melalui penggunaan slaid power point. Kebiasaannya penggunaan slaid power point dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam makmal komputer di sekolah. Kaedah ini dapat menarik minat para pelajar kerana suasana makmal yang selesa dan tidak lagi perlu mengadap papan putih untuk menerima sesuatu pembelajaran. Sesetengah pelajar akan merasa bosan tentang pembelajaran yang hanya tertumpu kepada guru dan beranggapan ia terlalu biasa dan “tradisional” kerana sistem pengajaran dan pembelajaran pada masa kini perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Namun, penyediaan slaid power point hendaklah kelihatan menarik dan kreatif untuk menarik perhatian pelajar untuk meneliti isi kandungan slaid tersebut. Contohnya penggunaan warna yang berwarna-warni dalam penyediaan slaid power point adalah penting terutamanya dalam peta minda dan carta aliran. Hal ini kerana, penggunaan warna yang pelbagai dengan grafik yang menarik dalam pembelajaran dan pengajaran akan meransang daya ingatan pelajar untuk mengingati tentang sesuatu perkara yang diajar. Kajian yang telah dilakukan oleh para sarjana seperti Nordin pada tahun 1991 menunjukkan bahawa komponen grafik mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran disamping meningkatkan penglibatan dan tahap kefahaman pelajar. Slaid power point yang disediakan hendaklah tidak menggunakan ayat bertulis yang terlalu panjang. Dalam menyelasaikan masalah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Tamil, kaedah ini boleh dipraktikkan terutamanya mengenai topik-topik yang susah untuk difahami dan diingati misalnya Kesusasteraan Bahasa Tamil. Penggunaan warna dapat memudahkan pelajar untuk menghafal topik-topik yang memerlukan pelajar untuk menghafal seperti puisi tamil.

16

Page 17: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Disamping itu, guru juga perlu bijak melihat reaksi pelajar didalam kelas. Sekiranya pelajar seperti hilang tumpuan dan mengantuk, guru hendaklah menyelitkan jenaka dalam sesi pengajaran kerana bagi pelajar, jenaka dapat menghiburkan hati mereka dan menghilangkan stress mereka terhadap pelajaran. Namun, lawak jenaka yang disampaikan hendaklah tidak keterlaluan dan mestilah berkaitan dengan pelajaran. Guru juga boleh menyelitkan unsur-unsur nasihat dalam berjenaka dalam bilik darjah. Kebanyakan daripada pelajar lebih berminat dengan guru yang suka berjenaka dan tidak terlalu garang walaupun matapelajaran yang diajar oleh guru tersebut adalah matapelajaran yang sukar dan membosankan seperti matapelajaran Bahasa Tamil, Sejarah dan Matematik. Namun, matapelajaran lain juga tidak terkecuali daripada tidak terkecuali kurang diminati oleh golongan pelajar.

Oleh itu, guru harus mengetahui mood pelajar dan unsur jenaka adalah penting dalam proses pembelajaran. Selain jenaka, guru boleh menyelitkan perkara-perkara lain untuk menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti bercerita dan gerakan regangan badan bagi menghilangkan rasa mengantuk dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Cerita yang ingin disampaikan oleh guru mestilah cerita yang membina minda pelajar untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Misalnya, guru menceritakan pengalaman guru itu sendiri ketika belajar dan memberi tip-tip untuk belajar dengan betul dan berkesan. Guru juga boleh berkongsi pandangan dan memberi pendapat mereka mengenai isu-isu semasa yang berlaku pada masa kini. Hal ini dapat membuka ruang kepada pelajar untuk mengetahui keadaan semasa yang berlaku pada masa kini selain menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Guru juga mestilah sabar dalam melayan karenah para pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam pelajaran. Kebiasaannya pelajar ini perlu diberi perhatian yang lebih berbanding pelajar lain. Semasa mengendalikan kelas yang majoriti pelajar yang lemah, guru hendaklah tidak terlalu cepat dalam menghabiskan pengajaran mengenai sesuatu topik kerana kemungkinan besar pelajar tersebut tidak memahami tentang perkara yang diajar. Semasa mengendalikan kelas yang sebegini, guru harus menerangkan sesuatu topik tersebut dengan perlahan dan terperinci sehingga pelajar faham sepenuhnya. Dalam matapelajaran Bahasa Tamil misalnya, bab mengenai kasusateraan Tamil dan puisi klasik perlu diajar dan diterangkan secara terperinci kerana bahasa yang digunakan adalah bahasa Tamil klasik dan sukar untuk difahami. Oleh itu, penerangan yang ingin disampaikan mesti jelas dan mudah untuk difahami oleh pelajar. Guru hendaklah memahami situasi pelajar tersebut dan sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran dalam bilik darjah hendaklah ceria dan tidak terlalu tegang kerana pelajar yang lemah dalam pelajaran akan merasa tertekan dan akan mengambil sikap sambil lewa terhadap penyampaian yang disampaikan oleh guru.

17

Page 18: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Hal ini menyebabkan pelajar pelajar tidak berminat untuk belajar dan mengambil langkah untuk ponteng daripada mengikuti kelas tersebut. Perkara ini perlu dielakkan supaya semua pelajar mendapat pelajaran yang sama rata antara satu sama lain dan matlamat melahirkan modal insan yang berkualiti dapat direalisasikan. Guru tidak harus mengambil sikap sambil lewa terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam pelajaran. Langkah ini bertepatan dengan teori kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau menyatakan bahawa kecerdasan seseorang individu dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut beliau lagi, kecerdasan bukan diwarisi semata-mata dan tahap kecerdasan dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti peluang pendidikan, pemakanan, dan suasana pembelajaran. Oleh itu, semua pelajar dapat dibentuk dan diasuh supaya menjadi modal insan yang berkualiti di masa hadapan.

Seterusnya, guru juga perlu mengambil langkah membuat persediaan awal untuk mengajar sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula. Persediaan yang dimaksudkan ialah persediaan menyediakan perkara yang hendak diajar. Pensediaan adalah amat penting bagi menjamin sesi pembelajaran dan pengajaran dapat berjalan dengan lancar merangkumi semua matapelajaran yang diajar di sekolah. Sebelum bahan pengajaran disediakan, guru hendaklah mengetahui tahap kelemahan pelajar dalam sesebuah kelas. Sekiranya sesebuah kelas mempunyai pelajar yang majoritinya lemah, maka persediaan pembelajaran hendaklah perlu diperhalusi dan terperinci supaya perkara yang disampaikan oleh guru dapat diterima oleh pelajar dengan sempurna. Contohnya guru menyediakan nota dalam bentuk salinan fotostat mengenai bab kesusasteraan bahasa Tamil dan diedarkan kepada pelajar dalam kelas untuk dijadikan nota rujukan bagi pelajar yang bermasalah dalam menyalin nota yang diterangkan oleh guru. Mereka mungkin menghadapi masalah menulis dengan lambat atau malas dalam menyalin nota. Langkah ini boleh dipraktikkan kerana sesetengah pelajar terutamanya pelajar yang lemah dalam pelajaran lebih tertarik untuk membaca nota yang bertaip berbanding nota yang bertulis tangan. Hal ini berkemungkinan pelajar tersebut lebih memahami nota yang bertaip kerana nota yang ditulis oleh mereka buruk tulisannya dan tidak menarik untuk dibaca. Langkah ini bertepatan dengan teori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) dalam buku ‘Learning Style Inventory Development and Research’ menganggap gaya pembelajaran sebagai satu cara bagaimana elemen daripada ransangan iaitu persekitaran, emosi, sosial, fisiologi, dan psikologi boleh memberi kesan kepada keupayaan individu untuk memahamkan sesuatu,berinteraksi, dan bertindakbalas terhadap persekitaran pembelajarannya. Sessi pembelajaran dan pengajaran juga akan lebih mudah kerana pelajar boleh merujuk nota rujukan yang diedarkan tanpa perlu menyalin apa yang disampaikan oleh guru. kesannya, pelajar yang lemah tadi dapat memahami tentang sesuatu perkara yang diajar dengan mudah penerangan yang disampaikan oleh guru dengan bantuan nota yang diberikan.

Sesi pembelajaran dan pengajaran tidak semestinya berlaku di dalam bilik darjah sahaja malah, lokasi lain di luar kawasan sekolah juga dapat dijadikan tempat untuk sessi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pelbagai aktiviti atau program tambahan dilaksanakan di sekolah untuk mempertingkatkan prestasi murid. Seringkali aktiviti tersebut dilaksanakan di luar bilik darjah sama ada sebagai kelas tambahan atau program berbentuk kempen dan kelas di luar bilik darjah untuk menggalakkan lagi minat murid terhadap pelajaran. Seseorang guru yang

18

Page 19: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

menjalankan Kajian Tindakan tentang amalan mengajarnya bukanlah melaksanakan sesuatu projek khusus untuk tujuan penyelidikan semata-mata tetapi mengajar dengan menggunakan pendekatan penyelidikan. Kajian dijalankan semasa guru mengajar di bilik darjah dengan cara menggabungjalinkan ciri-ciri penyelidikan dalam pengajaran seperti mengumpul data tentang pengajaran dan selepas itu menganalisis data tersebut. Dalam Kajian Tindakan langkah-langkah penyelidikan iaitu merancang bertindak, memerhati dan mereflek perlu dipatuhi. . Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori otak triune yang dikemukakan oleh Paul Mclean. Teori ini menyatakan bahawa keseluruhan otak terlibat dalam pelaksanaan pembelajaran. Persekitaran dan emosi pelajar dapat merangsang otak kanan dan otak kiri berfungsi serentak. Oleh itu, apabila perkataan digabungkan dengan muzik dan suasana menarik, atau apabila perkataan dikeluarkan dengan emosi, otak akan lebih mengingat.Contohnya sessi pembelajaran Bahasa Tamil dilakukan kawasan terbuka dangan pengaliran udara segar yang baik seperti di taman bunga sekolah. Kawasan yang tenang dan segar dapat meransang pelajar untuk belajar dan suasana tersebut amat sesuai untuk mereka mempelajari matapelajaran yang berkaitan dengan sastera seperti kesusasteraan Tamil. Pelajar dapat menghayati elemen dan nilai-nilai estetika yang terdapat dalam karya sastera Tamil seperti puisi dan syair. Penyampaian maklumat yang disampaikan oleh guru dapat diterima dengan mudah apabila pelajar dapat menghayati tentang sesuatu perkara yang diajar. Hal ini dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai kesusasteraan Tamil dan mereka akan lebih berminat mengikuti kelas tersebut untuk sessi seterusnya.

Selain itu, bahan mengajar yang digunakan untuk mengajar tidak hanya tertumpu kepada buku teks semata-mata. Bahan rujukan daripada buku-buku lain juga boleh digunakan dalam membantu pelajar menguasai sesuatu subjet dalam mata pelajaran. Kebanyakan buku rujukan yang terdapat dalam pasaran adalah terperinci kerana maklumat yang terdapat di dalamnya telah diolah dan dihuraikan dengan lebih lanjut untuk memudahkan pelajar untuk memahami isi kandungannya. Namun, buku rujukan yang digunakan hendaklah menepati piawaian peperiksaan yang ingin diduduki seperti Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Contoh buku rujukan yang sesuai dengan kehendak peperiksaan seperti keluaran Susbadi, Pelangi, dan Fajar Bakti. Hal ini disebabkan terdapat buku-buku rujukan yang terdapat dipasaran tidak sesuai digunakan oleh para pelajar kerana kandungan buku rujukan tersebut berbeza dengan sukatan pelajaran yang terdapat dalam buku teks sekolah. Penggunaan kepelbagaian buku dapat menambahkan lagi tahap kefahaman pelajar. Guru juga boleh menggunakan kertas soalan yang terdapat di dalam buku rujukan sebagai latihan kepada pelajar sebagai latihan latih tubi untuk persediaan menghadapi peperiksaan sebenar. Dalam menyelesaikan masalah pembelajaran Bahasa Tamil, penggunaan buku rujukan yang pelbagai adalah digalakkan. Sesetengah nota yang dibekalkan dalam buku rujukan menepati skema jawapan dalam peperiksaan sebenar. Oleh itu, latih tubi yang berterusan dapat melatih para pelajar menggunakan jawapan yang menepati skema jawapan tersebut. Latihan yang berterusan juga dapat menguatkan lagi ingatan pelajar terutamanya dalam topic-topik yang sukar seperti kesusasteraan Tamil dalam persiapan menghadapi peperiksaan.

19

Page 20: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Selain guru Bahasa Tamil, pengetua sekolah juga perlu memainkan peranan penting dalam memperkasakan matapelajaran Bahasa Tamil di sekolah. Pengetua merupakan seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin. Dalam konteks ini, ketiga-tiga tugas itu saya menggunakan istilah pemimpin atau kepemimpinan sahaja kerana aspek pentadbiran dan pengurusan adalah berkait langsung dengan kepempimpinan. Pengetua perlu bekerjasama dengan guru-guru dalam menyelesaikan masalah terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Peranan dan fungsi pengetua yang memimpin sekolah adalah mencetuskan usaha-usaha peningkatan kekesanan proses pengajaran-pembelajaran dengan sentiasa melakukan inovasi dan sekaligus menghargai inovasi tenaga kerja.

Sebagai pentadbir sekolah, pengetua boleh menggunakan kuasanya dalam menyediakan buku-buku rujukan yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar di perpustakaan sekolah. Kebanyakan perpustakaan di sekolah tidak menyediakan buku-buku yang secukupnya untuk keguaan pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar tidak mempunyai buku rujukan yang bersesuaian dan menyukarkan pelajar mengulangkaji pelajaran di sekolah. Buku merupakan aset yang terpenting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sama ada untuk kegunaan guru atau pelajar. Pengetua perlu memastikan bekalan buku-buku di perpustakaan sekolah mencukupi meliputi semua matapelajaran terutamanya dalam matapelajaran Bahasa Tamil. Hal ini kerana bahan-bahan rujukan bagi matapelajaran Bahasa Tamil dan kesusasteraan Tamil sukar terdapat dipasaran. Harga buku rujukan kebiasaanya adalah mahal dan tidak mampu untuk dibeli oleh pelajar. Pengetua sendiri boleh memilih buku-buku rujukan yang bersesuaian dengan dibantu guru Bahasa Tamil bagi murid-murid Tamil di perpustakaan. Oleh itu, pengetua perlu berusaha untuk menyediakan buku-buku di perpustakaan sekolah. Peruntukan kewangan yang disalurkan ke sekolah perlu digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan para pelajar amnya.

Selain itu, pengetua sekolah perlu memastikan guru-guru Bahasa Tamil mengambil bahagian dalam Persatuan Bahasa Tamil. Sesetengah sekolah tidak mengambil berat akan kelab dan persatuan Bahasa Tamil di peringkat sekolah. Hal ini menyebabkan kelangsungan dalam pembelajaran Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil tidak sempurna. Para pelajar hanya didedahkan tentang matapelajaran tersebut hanya di bilik darjah. Aktiviti luar bilik darjah seperti penglibatan pelajar dalam persatuan dan sebagainya akan memperkasakan pengetahuan dan ingatan mereka dalam matapelajaran tersebut. Kewujudan kelab dan persatuan Bahasa Tamil juga dapat menarik minat pelajar untuk aktif dalam persatuan tersebut sekiranya aktiviti yang dijalankan menarik dan menyeronokkan. Contohnya pertandingan syair dan puisi Tamil yang dianjurkan oleh persatuan Bahasa Tamil di peringkat sekolah diadakan untuk menarik minat pelajar untuk mempelajari dan mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang Bahasa Tamil. Pengetua yang bertanggungjawab perlu mengawasi dan memastikan panitia Bahasa Tamil aktif di peringkat sekolah. Hal ini bagi memastikan pelajar dapat menguasai matapelajaran tersebut dengan sempurna dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

20

Page 21: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Langkah penyelesaian seterusnya yang boleh dilakukan dalam menyelesaikan masalah dalam pembelajaran Kesusasteraan Tamil ialah guru menayangkan cerita atau video mengenai dengan sastera Tamil. Hal ini akan membuatkan pelajar tidak berasa akan bosan untuk belajar subjek ini di dalam kelas. Ia juga bertujuan menarik perhatian minat pelajar mengenai apa yang dipelajari. Mereka akan bosan apabila hanya membaca karya-karya sastera yang mengandungi bahasa-bahasa klasik yang amat sukar untuk difahami. Melalui tayangan video dan cerita ini, akan memudahkan pelajar memahami. Guru harus berusaha mendapatkan video dan cerita yang sewajarnya supaya pelajar mudah untuk memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Bahasa yang terdapat dalam pelajaran ini adalah sukar difahami oleh pelajar. Melalui cara ini juga akan memudahkan pelajar memahami jalan cerita sesebuah cerpen atau hikayat yang terdapat dalam mata pelajaran ini. Mereka akan mudah untuk memahami plot dan cerita yang disampaikan. Hal ini adalah baik berbanding dengan kaedah hanya membaca. Pelajar akan berasa bosan dan mengantuk apabila hanya membaca. Mereka mengantuk dan bosan ini disebabkan mereka tidak meminati subjek ini kerana susah. Dengan kaedah ini dapat menambah minat mereka untuk belajar.

Selain itu, pada masa ini keadaan pelajar yang berada pada tahap remaja lebih suka kepada hiburan. Mereka lebih berminat untuk keseronokkan. Oleh yang demikian, dengan cara ini dapat memberikan keseronokkan belajar dalam kalangan pelajar. Mereka akan menjadi lebih seronok untuk belajar dan seterusnya mereka akan lebih rajin untuk mengulangkaji pelajaran ini. Mereka juga akan berasakan bahawa subjek ini tidak susah seperti mana yang disangka. Oleh itu, mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang dan mendapat gred yang baik di dalam peperiksaan. Sebagai contoh cerita yang boleh ditayangkan adalah cerita Asoka. Walaupun cerita ini tiada dalam silibus mata pelajaran ini, hal ini akan menimbulkan minat pelajar dalam subjek sastera ini. Perkara yang paling penting sekali dalam isu pembelajaran ini adalah minat. Guru perlu memahami kehendak dan keperluan pelajar. Guru tidak boleh hanya menekan pelajar kerana ia akan membutkan pelajar gagal di dalam peperiksaan. Oleh itu, teknik ini adalah salah satu cara menangani masalah dalam subjek ini.

Setiap permasalahan semestinya ada penyelesaian. Guru perlu kreatif dalam proses pengajaran di dalam kelas. Hal ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar sesuatu yang susah seperti sastera Tamil ini. Salah satu cara untuk menarik minat pelajar meminati dan rajin belajar subjek ini ialah dengan memberikan dengan cara memberikan ganjaran kepada pelajar. Hal ini kerana, pelajar adalah sangat suka apabila diberikan ganjaran apabila mereka memperoleh sesuatu jawapan atau kejayaan. Sebagai contoh, guru memberikan dan menjanjikan ganjaran apabila pelajar berjaya mendapat markah paling tinggi di dalam peperiksaan. Ganjaran ini boleh dalam bentuk wang. Selain itu, ia juga boleh juga dalam bentuk buku rujukan, alatan tulis dan lain-lain lagi. Memang tidak dinafikan bahawa cara ini banyak orang tidak setuju kerana ia akan membuatkan pelajar mengejar material semata-mata, namun cara ini akan dapat menarik minat pelajar untuk berjaya dalam peperiksaan. Cara ini bukan sahaja untuk peperiksaan semata-mata, ia juga boleh dipraktikkan di dalam kelas. Misalnya, guru bertanyakan soalan dan sesiapa yang menjawab dengan betul akan mendapat imbuhan. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan sentiasa mengulagkaji pelajaran di rumah. Mereka akan membuat persediaan awal sebelum memasuki kelas tersebut. Melalui cara ini akan membuatkan pelajar berlumba-lumba untuk berjaya dalam peperiksaan. Ia merupakan perlumbaan yang sihat bagi mendapat kejayaan dalam

21

Page 22: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

pelajaran daripada mereka berlumba-lumba melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. Melaui cara ini akan membuatkan pelajar akan sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik di dalam kelas. Imbuhan yang diberikan seperti buku rujukan itu juga memberikan kebaikan yang amat untuk meneruskan pengajian di sekolah. Mereka juga akan berasa sayang dengan guru tersebut dan membuatkan perasaan untuk belajar semakin berkobar-kobar. Hal ini boleh menjadi penyelesaian kepada masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Guru juga boleh memberikan ganjaran dalam bentuk buku yang berkaitan dengan sastera Tamil. Hal ini kerana buku yang berkaitan dengan sastera Tamil sukar untuk diperolehi. Oleh yang demikian, mereka akan lebih semangat untuk melalui proses di dalam kelas dan akan cuba untuk berusaha sedaya uapaya untuk memahami setiap apa yang dipelajari walaupun subjek ini adalah satu subjek yang sukar kerana menggunakan bahasa yang lama. Oleh yang demikian, cara ini adalah amat bersesuaian untuk digunakan guru bagi proses pengajaran di dalam kelas dan dapat menyelesaikan masalah dalam subjek ini seterusnya membolehkan pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Permasalahan dalam pembelajaran subjek ini sebenarnya boleh diselesaikan sekiranya guru mempunyai pemikiran yang kritis dalam menyelesaikannya. Kejayaan pelajar adalah bergantung kepada sejauh mana usaha guru itu untuk memberikan segala tunjuk ajar kepada pelajarnya. Cara dan tahap pemikiran guru juga mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Cara yang kreatif harus dilakukan bagi membuatkan pelajar berasa seronok untuk belajar. Pelajar tidak seronok belajar subjek ini kerana ia mempunyai bahasa yang susah. Oleh itu guru perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini. Cara yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengadakan permainan atau kuiz di dalam kelas. Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Ia juga boleh digunakan dalam membantu menangani masalah yang terdapat dalam sastera Tamil. Guru tidak boleh hanya mengajar sahaja kerana dengan hanya mengajar begitu sahaja membuatkan pelajar bosan kerana ia adalah satu subjek yang mempunyai bahasa yabg tinggi. Dengan mengadakan kuiz dan permainan di dalam kelas akan membuatkan lebih aktif di dalam kelas. Hal ini akan lebih membuka minda pelajar untuk mengenai apa yang dipelajari. Guru boleh memecahkan pelajar kepada beberapa kumpulan dan guru sendiri menjadi pengerusinya. Guru boleh mengemukakan soalan yang berkaitan dengan bidang sastera. Hal ini akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk mengetahui dan mempelajari subjek ini.

Mereka juga akan bekerjasama dalam kumpulan bagi memenangi pertandingan ini. Hal ini adalah bagus kerana mereka akan nerkongsi pengetahuan yang ada bersama-sama rakan-rakan. Ramai ahli sarjana juga mengakui bahawa belajar dalam kumpulan adalah lebih baik berbanding belajar berseorangan. Selain itu, mereka tidak akan berasa bosan apabila berada di dalam kelas. Suasana kelas yang sebegini adalah baik untuk pelajar. Remaja sebagai pelajar pada masa ini adalah dalam proses perkembangan hormon di dalam badan yang memerlukan mereka untuk sentiasa aktif. Apabila hormon-hormon ini diransang dan tidak dibiarkan begitu sahaja, ia akan dapat membantu untuk pelajar lebih meminati sesuatu yang dipelajari. Melalui cara ini juga akan dapat memberikan pendedahan yang luas kepada pelajar mengenai pelajaran yang dipelajari. Mereka tidak akan berasa tertekan dengan subjek ini walaupun ia subjek yang sukar. Cara ini juga akan dapat membuatkan pelajar-pelajar bersaing sesama sendiri untuk memenangi pertandingan tersebut. Persaingan ini akan mewujudkan perasaan ingin berjaya yangtinggi

22

Page 23: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

dalam diri seseorang pelajar. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Selain itu, pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Mungkin juga kuiz yang dijalankan ini berbentuk soal jawab antara kumpulan. Ia akan dapat membuka minda pelajar mengenai kemungkinan soalan yang akan diajukan di dalam peperiksaan. Ia juga membuatkan pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. Pelajar juga akan mendapat kaedah berfikir yang baru. Mereka akan berifikir di luar kotak seperti yang diuar-uarkan pada masa sekarang. Hal ini akan mengikis persepsi mereka bahawa subjek ini susah dan akan menyebabkan mereka lebih meminati mata pelajaran ini dan seterusnya akan membolehkan mereka memperolehi keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, cara ini merupakan salah satu cara kreatif dan kritis yang boleh digunakan guru bagi menangani masalah dalam sastera Tamil ini.

Pemikiran guru yang berinovasi menggambarkan kewibawaanya. Pemikiran yang berinovasi ini adalah sangat penting bagi mengatasi masalah yang ada dalam proses pengajarannya. Keadaan kelas yang muram dan suram boleh menyebabkan pemerolehan ilmu pelajar tidak seperti yang diharapkan. Persekitaran kelas mempengaruhi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang boleh digunakan ialah cara lakonan semula apa yang telah dipelajari. Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Sastera Tamil ini menggunakan laras bahasa lama yang sangat sukar untuk difahami. Terdapat bahagian-bahagian yang boleh dilakonkan oleh pelajar. Oleh yang demikian, ia akan memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar. Ia juga akan memudahkan pelajar mengingati apa yang dipelajari. Melalui cara ini juga pelajar akan mudah mengingati apa yang diajar oleh guru. Mereka akan merasa sendiri keadaan yang mana terdapat di dalam karya sastera tersebut. Apa yang boleh dikatakan, ramai ahli akademik mengakui bahawa pembelajaran melalui pengalaman adalah sangat baik. Sebagai contoh, jika mereka hanya membaca sahaja, mereka sukar untuk memahami jalan cerita dan plot yang ingin disampaikan. Pemahaman yang penting dalam apa yang ingin disampaikan dalam sesuatu karya sastera adalah penting kerana ia akan memudahkan pelajar menjawab soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan.

Selain daripada itu juga, melalui cara ini juga akan membuatkan suasana kelas menjadi lebih ceria. Suasana ceria ini memberikan pelajar keselesaan kepada untuk belajar. Alam remaja ini penuh dengan keceriaan, jika kelas muram akan membuatkan pelajar turut lemah longlai di dalam kelas. Ia akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini juga akan membuatkan pelajar meyediakan diri sebelum masuk ke dalam kelas. Hal ini kerana, guru akan memberikan pelajar masa untuk membuat latihan sebelum lakonan dijalankan. Sebagai contoh guru memberikan kepada beberapa kumpulan dan memberikan bahagian yang sesuai untuk dilakonkan. Oleh yang demikian, pelajar akan membuat ulangkaji yang sebaiknya bagi memberi persembahan yang terbaik. Persembahan pula akan dinilai oleh guru dan memberikan markah. Kumpulan yang paling banyak mengumpul markah akan diisytiharkan sebagai pemenang. Mereka akan berusaha bersungguh-sungguh bagi memahami dan menghayati pelajaran kerana sastera adalah satu subjek yang memerlukan penghayatan yang tinggi kerana ia adalah satu bidang yang mempunyai nilai yang begitu tinggi. Melalui kebijaksaan guru ini juga

23

Page 24: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

akan memberikan keyakinan dan kemantapan diri dalam menghadapi segala cabaran dan dugaan yang melanda semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia juga memberikan lebih penumpuan pelajar di dalam kelas. Seperti yang diketahui, tumpuan pelajar yang baik di dalam kelas merupakan resepi kejayaan di dalam peperiksaan. Langkah bijak yang diguna pakai oleh guru ini akan lebih memberikan penumpuan yang lebih baik dalam kalangan pelajar. Mereka akan lebih menumpukan perhatian semasa rakan-rakan melakonkan sesuatu. Hal ini akan dapat membantu mereka cepat faham dan mudah mengingati sesuatu tajuk yang diajar oleh guru. Pergerakan yang dilakukan di dalam kelas yang dilakukan sendiri oleh pelajar akan membuatkan pelajar berasa senang hati dan akan dapat menumpukan perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Jalan penyelesaian seterusnya yang boleh dilakukan untuk menyelesaian masalah dalam sastera Tamil ini adalah dengan guru mengambil inisiatif bercerita tentang apa yang diajar. Hal ini kerana subjek sastera Tamil ini memerlukan pelajar untuk menghabiskan pembacaan dalam sesuatu puisi atau novel. Langkah ini perlu dilakukan kerana kadang-kala pelajar membaca, tetapi tetapi tidak faham apa yang dibaca. Guru perlu bercerita dengan mempunyai pengetahuan yang secukupnya kerana pelajar akan bertanya apabila tidak faham. Guru perlu bersedia sentiasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Intonasi semasa bercerita juga perlu baik bagi memudahkan pelajar faham. Bahasa yang digunakan perlu jelas supaya pelajar tidak keliru mengenai apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Hal ini penting supaya pelajar dapat mengetahui cerita tersebut dengan susun atur yang betul. Tidaklah cerita yang disampaikan itu sekejap ke sana dan sini yang menyukarkan pelajar faham plot cerita itu. Kaedah bercerita ini tidaklah untuk cerpen atau hikayat sahaja, tetapi boleh juga untuk seperti puisi atau sajak. Hal ini kerana puisi dan sajak bukan untuk difahami dari maksud tersurat sahaja tetapi perlu untuk maksud yang tersirat juga. Maksud yang tersirat inilah yang selalunya sukar untuk difahami pelajar. Di samping itu, guru boleh menggunakan perkataan yang susah difahami dan menerangkan maksudnya. Ia tidak akan membiarkan pelajar terkapai-kapai dengan tidak memahami perkataan yang susah di dalam pembacaan mereka.

Teknik bercerita ini juga boleh diterapkan juga kepada pelajar. Hal ini demikian kerana untuk memupuk budaya perkongsian ilmu antara pelajar. Pelajar akan bercerita mengenai apa yang difahami kepada rakan-rakan lain. Guru juga boleh menilai tahap kefahaman pelajar selepas guru mengajar di dalam kelas. Ia boleh membuatkan guru menambahbaik dalam proses pengajaran kepada pelajar. Guru juga boleh menambah apa yang kurang disampaikan oleh pelajar. Melalui teknik juga akan membuatkan pelajar melakukan teknik penghafalan kerana akan bercerita di dalam kelas. Mereka akan lebih bersedia sebelum kelas bermula. Ia akan membuatkan mereka tidak akan berasa bosan apabila belajar di dalam kelas dengan hanya mendengar guru bercerita. Mereka juga akan mengulangkaji pelajaran di rumah. Oleh yang demikian, teknik bercerita ini adalah sesuai dipraktikkan di sekolah bagi mengatasi masalah yang terdapat dalam sastera Tamil. Langkah ini juga akan dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam mata pelajaran ini dan memberi mereka peluang untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Hal ini adalah penting bagi mereka supaya dapat meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Hal ini juga bagi memupuk minat mereka kepada

24

Page 25: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

sastera Tamil kerana bidang ini saban hari seperti dilupakan kerana terdapat anggapan bahawa orang yang memasuki bidang sastera tidak kira sastera apa pun akan tidak mempunyai masa hadapan yang cerah.

Kaedah seterusnya yang boleh dilakukan guru untuk menyelesaikan masalah yang terdapat dalam sastera Tamil adalah dengan melakukan set induksi selama beberapa minit sebelum memulakan kelas. Set induksi ini adalah penting bagi menerangkan serba sedikit apa yang akan dipelajari pada masa kelas tersebut. Ia adalah penting untuk memberikan bayangan kepada pelajar mengenai ilmu yang akan disampaikan. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh ahli akademik menunjukkan ramai guru yang telah menngabaikan set induksi ini. Kebanyakkan alasan yang diberikan adalah terpaksa menghabiskan sukatan pada masa yang ditetapkan, memastikan kelas bersih dan yang lain-lain lagi dengan mengabaikan set induksi. Cara untuk menjalankan set induksi ini juga perlu bersifat unik kerana set induksi yang baik akan dapat menarik perhatian pelajar terhadap apa yang dipelajari. Set induksi juga penting bagi subjek ini kerana sastera Tamil ini lebih banyak yang tersirat dari yang tersurat. Oleh yang demikian, ia perlu diberikan penekanan yang sewajarnya supaya pelajar akan dapat mengetahui apa yang akan dipelajari. Set induksi yang perlu menarik seperti teka-teki, puzzle dan lain-lain lagi bagi membuatkan pelajar selesa dan gembira untuk memulakan kelas. Keceriaan kelas pada awal pengajaran dan pembelajaran akan membangkitkan semangat yang mendalam dalam diri pelajar bagi memperolehi ilmu yang sangat berguna.

Selain itu, kaedah yang boleh dilakukan oleh guru untuk menyelesaikan masalah dalam sastera Tamil ini adalah dengan menyediakan masa dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pengajaran bagi membincangkan topik-topik yang susah. Hal ini adalah penting bagi seseorang guru itu mengetahui topik mana yang tidak difahami. Dalam situasi ini peranan guru adalah amat penting sekali. Guru sentiasa mengkaji topik mana yang susah supaya dapat diberikan petunjuk kepada pelajar. Interaksi antara guru dan pelajar pada masa ini adalah sangat perlu. Topik yang susah ini perlu diberikan lebih perhatian oleh guru. Hal ini demikian kerana, akan terdapat pelajar pelajar yang akan keciciran daripada memahami apa yang diajar oleh guru. Di sini, guru perlu selalu membuat andaian bahawa bukan semua yang diajar itu difahami oleh semua pelajar. Masa yang diperuntukkan ini adalah tidak boleh disia-siakan dan perlu digunakan dengan sebaiknya. Guru perlu memastikan bahawa pada masa ini semua pelajar menumpukan tumpuan pada proses pengajaran dan pembelajaran kerana topik yang susah perlu diberikan penekanan yang sewajarnya. Oleh yang demikian, cara guru membahagikan masa pengajaran perlu dilakukan secara bijak bagi memastikan semua pelajar memperolehi ilmu yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

25

Page 26: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

Teknik seterusnya yang boleh dilakukan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sastera Tamil di dalam kelas adalah dengan guru memastikan susun atur kelas yang sesuai bagi proses pembelajaran. Guru perlu menjadi seorang yang aktif di dalam kelas. Guru perlu menyusun kedudukan pelajar dengan susunan yang baik. Sebagai contoh, guru perlu sentiasa bergerak di dalam kelas. Guru tidak boleh hanya berada di hadapan kelas semasa mengajar. Guru perlu juga bergerak ke belakang kerana ia boleh memantau kefahaman pelajar yang berada di belakang. Kadang-kala pelajar yang berada di belakang membuat kerja lain kerana tidak memahami apa yang diajar oleh guru. Mereka juga kadang-kala tidur di dalam kelas kerana bosan dengan apa yang diajar oleh guru. Selain itu, ia adalah bagi mengikis prasangka pelajar yang berada di belakang yang mana mereka mengatakan bahawa guru hanya memberikan perhatian kepada pelajar yang berada di hadapan. Pemantauan guru ini perlu bagi memmastikan pejalanan kelas menjadi lancar dan berkesan. Kaedah pengajaran yang berkesan dapat menyelesaikan masalah pembelajaran sastera Tamil yang dianggap susah. Susun atur dan kedudukan pelajar yang mempunyai laluan untuk guru bergerak akan dapat memberikan pelajar keselesaan untuk belajar dan akan mempengaruhi tahap pemerolehan ilmu yang tinggi dalam kalangan pelajar. Oleh itu, guru perlu memastikan susun atur kelas yang sesuai untuk memulakan kelas.

Langkah penyelesaian yang lain boleh dilakukan guru untuk memastikan pelajar Berjaya di dalam peperiksaan dan seterusnya menyelesaikan masalah dalam sastera Tamil ialah pengajaran guru berfokuskan kepada peperiksaan. Hal ini adalah penting untuk pelajar mengetahui gambaran sebenar apa yang akan dihadapi di dalam peperiksaan. Guru perlu menekankan tajuk dan topik yang selalu diajukan di dalam peperiksaan. Penekanan dalam bab yang selalu keluar di dalam peprisaan adalah sangat penting. Pelajar boleh lebih mengulangkaji topik tersebut. Guru perlu mendedahkan kepada pelajar mengenai kaedah menjawab yang betul. Kadang-kala pelajar tahu jawapan kepada sesuatu soalan tetapi tidak dapat menjawab dengan betul kerana tidak tahu teknik yang betul. Guru perlu mencari dan mengkaji cara yang betul menjawab soalan. Selain itu, guru perlu dan menunujukkan skema jawapan yang betul kepada pelajar bagi pendedahan kepada pelajar. Pendedahan skema jawapan ini akan memberikan pengetahuan kepada pelajar bagaimana untuk memperolehi markah di dalam peperiksaan. Oleh yang demikian, guru perlu mengajar berpandukan peperiksaan bagi memberitahu pelajar bahawa subjek ini tidak susah mendapat markah seperti yang disangka selama ini.

Langkah penyelesaian yang lain boleh dilakukan oleh guru ialah mendedahkan pelajar kepada soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Gambaran mengenai soalan yang diajukan di dalam peperiksaan sebenar amat penting. Selain itu, pelajar boleh menjawab soalan-soalan yang lepas. Hal ini adalah penting bagi membiasakan pelajar menjawab soalan peperiksaan. Ia juga akan membantu pelajar mengetahui trend soalan yang selalu ditanya di dalam peperiksaan. Kadang-kala soalan yang diajukan di dalam peperiksaan adalah lebih kurang sahaja pada setiap tahun. Hal ini perlu diketahui oleh para pelajar. Guru juga perlu mengambil inisiatif dengan mengumpulkan sebanyak mana soalan peperiksaan percubaan bagi dijadikan latih tubi kepada pelajar. Latih tubi adalah salah satu cara yang berkesan untuk berjaya di dalam peperiksaan. Ia juga baik kerana soalan percubaan ini adalah soalan ramalan oleh banyak pihak. Oleh yang

26

Page 27: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

demikian, usaha ini adalah baik bagi memudahkan pelajar menjawab soalan di dalam peperiksaan.

Selain peranan guru dalam menangani masalah dalam pembelajaran sastera Tamil ini, pihak pentadbiran juga memainkan peranan yang sangat penting. Dalam menyelesaikan masalah, pihak pentadbiran sekolah terutamanya pengetua perlu membantu guru dalam proses pengajaran. Membantu dalam perkara ini adalah pengetua perlu mengambil tahu apa yang diperlukan guru semasa proses pengajaran. Pengetua harus selalu memantau apa yang diperlukan oleh guru. Sebagai contoh pengetua menyelia guru-guru dengan mengetahui apa yang tidak cukup semasa mengajar seperti alat bantu mengajar. Selain itu juga, buku rujukan untuk sastera Tamil ini sukar untuk di dapati. Oleh yang demikian, pengetua dan pihak pentadbiran sekolah perlu berusaha mendapatkan buku rujukan subjek ini. Buku teks sahaja tidak mencukupi dalam mempelajari sastera Tamil ini. Keprihatinan pentadbiran sekolah kepada kebajikan guru dan pelajar adalah sangat penting. Hal ini untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek bahasa Tamil ini.

Langkah seterusnya yang boleh dilakukan pihak pentadbiran sekolah dalam menyelesaikan masalah sastera Tamil ini adalah dengan merangka kelas tambahan kepada para pelajar. Hal ini kerana demikian masa yang ada semasa waktu persekolahan tidak mencukupi bagi guru memberikan latihan atau menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam kelas. Selalunya waktu persekolahan adalah masa untuk guru menghabiskan sukatan pada masa yang telah ditetapkan. Sebab itu guru akan memberikan kerja rumah kepada pelajar. Apabila membuat latihan di rumah dan pelajar tidak tahu untuk menjawab, ia akan menghalang daripada pelajar untuk menyukai subjek ini dan mengatakan ia susah. Apabila latihan dilakukan di dalam kelas bersama-sama guru, guru boleh menjadi petunjuk apabila pelajar tidak tahu untuk menjawab soalan. Kelas tambahan ini adalah medan untuk guru memberikan penekanan kepada topik-topik yang tidak difahami oleh para pelajar. Melalui kelas tambahan ini juga guru boleh memberikan ujian mudah kepada pelajar bagi menguji tahap pemahaman pelajar semasa di dalam kelas. Kelas tambahan ini boleh diadakan selepas waktu persekolahan atau pada waktu malam. Oleh yang demikian, kelas tamabahan ini adalah sangat bermanfaat kepada pelajar.

Langkah lain yang perlu dijalankan oleh pengurusan sekolah ialah menitikberatkan kehadiran pelajar ke sekolah dan kelas. Terdapat pelajar yang hadir ke sekolah tetapi tidak masuk ke dalam kelas. Menghadirkan diri semasa kelas berlangsung adalah sangat penting kepada sekolah. Sekiranya sekali tidak masuk kelas boleh menyebabkan pelajar ketinggalan apa yang diajar oleh guru. Oleh kerana ini subjek sastera, ia adalah saling berkaitan antara satu sama lain sama ada pelajaran yang lepas atau yang akan datang. Mereka yang tidak hadir ke sekolah atau kelas perlu disiasat dengan sebetulnya mengapa tidak hadir. Hal ini penting kerana banyak pelajar yang menipu kerana tidak minat untuk belajar. Mereka perlu diberikan perhatian yang lebih oleh guru. Oleh yang demikian, pentadbiran perlu memainkan peranan penting dalam isu ini.

27

Page 28: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

PENUTUP

Konklusinya, kesusasteraan Tamil merupakan penyebab utama kepada kegagalan pelajar Tamil yang mengambil mata pelajaran tersebut. Hal yang demikian adalah, minat para pelajar terhadap kesusasteraan yang berkurangan akibat beberapa faktor menyebabkan mereka tidak mengambil penekanan terhadap subjek tersebut. Penggunaan bahasa-bahasa klasik yang digunakan di dalam puisi-puisi Tamil tersebut yang mana berasal daripada nenek moyang mereka dahulu menyebabkan mereka sukar untuk memahami apa yang ingin disampaikan di dalam bait-bait puisi tersebut.

Oleh yang demikian, tanggungjawab sebagai guru bahasa adalah amat besar untuk menarik semula minat pelajar untuk mempelajari serta memahami apa yang terdapat di dalam kandungan pelajaran kesusasteraan tamil. Disamping itu juga, sebagai guru bahasa ataupun guru yang mengajar di sekolah Jenis Kebangsaan Tamil perlu mangambil langkah yang bijak bagi memudahkan para pelajar mereka untuk memahami dengan lebih baik bait-bait puisi di dalam kesusasteraan Tamil tersebut. Akhirnya, guru-guru perlulah bekerjasama membantu pelajar yang mempunyai masalah di dalam pembelajaran mereka serta mengambil tindakan yang sewajarnya supaya pelajar tersebut bersungguh-sungguh untuk memahami kesusasteraan tersebut.

Disamping itu juga, pihak pengurusan sekolah juga memainkan peranan penting dalam memastikan para pelajar mereka dapat memahami semua isi kandungan setiap mata pelajaran, terutamanya di dalam kesusasteraan Tamil ini. Kemudahan infrastruktur yang lengkap serta ditambah dengan para guru yang berdedikasi serta mampu untuk menyelesaikan masalah pelajar, secara tidak langsung akan dapat menarik minat pelajar tersebut untuk belajar bersungguh-sungguh serta tekun untuk memahami apa yang dipelajari mereka. Oleh itu, kejayaan seseorang pelajar itu, adalah terletak pada cara dan teknik seseorang guru itu dalam membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dalam pembelajaran mereka.

28

Page 29: Masalah Pelajar Dalam Bahasa Tamil Serta Langkah Mengatasi

BIBLIOGRAFI

Kulandasamy A/L Rajagopal ( 1989/1990). Persepsi Murid Terhadap Pengajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Menengah: Universiti Malaya.

Kartheges A/L Ponniah ( 2005). Komponen Sastera Tamil Dalam Matapelajaran Bahasa Tamil Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil: Jabatan Pengajian India Fakulti Sastera dan Sains Sosial, UM.

Vasanta A/P Mithiah: Minat pelajar tingkatan empat di kawasan seremban terhadap matapelajaran bahasa tamil.

Gopalan Muthiah ( 1971-2000). Keindahan bahasa dalam antologi puisi Tamil di Malaysia: Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.

Kamaruddin Haji Husin (1986). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa.

Howard S.Adelman And Linda C Taylor ( 2006 ). Teaching Student With Learning Problem: Corwin Press.

Howard S.Adelman And Linda C Taylor ( 2006 ). The Implementitaion Guide To Student Learning Support In The Classroom And Schoolwide: New Direction For Adreessing Barier To Learning: Corwin Press.

29