Upload
mohesh-chandran
View
301
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
MASB 113 : MALAYSIAN STUDIES
Final Report
Section : 02
No Name ID1 Mooheshwari A/P Chandran SW0927672 Yap Wai Liang SW0923643 Edward Lim Zhung Sheng SN0923324 Suriakumar A/L Muniandy SN0927865 Muhammad Shafiq Ariffin bin
ZahariME091138
6 Muhammad Zaki bin Suhaidi SW0923507 Yugeswaran A/L Rajendran SW0916558 Muhammad Shafiq bin Rosli SN0927749 Mohd Tarmizi bin Talib GM09102410 Moheinvarman A/L
SubramaniamME091051
11 Yuvaneash A/L Ravichanther EE09122712 Muhammad Rasul bin Abu
BakarSN092348
Instructor : En.Wan Saifullah Bin Wan Abdul Ghani
i
ii
PENGHARGAAN
Salam Satu Malaysia,
Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Wan Saifullah Bin Wan Abdul
Ghani, Pensyarah Matapelajaran Malaysian Studies (MASB 113), di atas kesudian beliau
memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu dan memberi tunjuk ajar
sepanjang proses pembentukan tugasan ini . Selain itu, kami juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjaya. Mereka juga telah memberikan saya
segala sokongan moral yang tidak terhingga. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi
ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk
merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai
pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam
bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa initergolong dalam orang yang sentiasa
menyaingi peradaban zaman yang begitu hebat.Akhir madah, sebelum kami mengundur diri
terimalah serangkap mutiara kata dari kami sebagai renung-renungan dan selamat beramal.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi
adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
i
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN...................................................................................................................................... i
ISI KANDUNGAN…………………………………………………………………………………………………………………………………ii
1.0 PENGENALAN..................................................................................................................................1
2.0 KONSEP HUBUNGAN ANTARABANGSA............................................................................................2
3.0 DASAR LUAR NEGARA: MATLAMAT UTAMA....................................................................................4
3.1 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia.................................................................................................4
3.2 Faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia.....................................6
4.0 KEUTAMAAN DASAR LUAR........................................................................................................9
4.1 Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)...................................................................................10
4.2 Penubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)..................................................................10
4.3 Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)..........................................................12
5.0 Perkembangan Dasar Luar Malaysia Sejak 1957............................................................................14
5.1 Dasar Luar Pemimpin Negara....................................................................................................14
5.2 Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 – 1969....................................................................................16
5.3 Dasar Luar Dalam Tempoh 1970 – 1980....................................................................................17
5.4 Dasar Luar Dalam Tempoh 1980-an...........................................................................................17
5.5 Dasar Luar Dalam Tempoh 1990-an...........................................................................................18
5.6 Dasar Luar Dalam Tempoh 2000-an...........................................................................................18
6.0 RUJUKAN.......................................................................................................................................19
ii
1.0 PENGENALAN
Dalam sistem masyarakat dunia pada hari ini, sesebuah Negara tidak boleh kekal secara
bersendirian. Ibarat seperti seorang manusia yang terpaksa bergantung kepada orang lain bagi
keperluan hidupnya begitu juga kewujudan sesebuah Negara. Sesebuah Negara terpaksa
bergantung kepada Negara-negara lain kerana keperluan memenuhi mana-mana kekurangan
dari segi ekonomi, politik, social dan teknologi untuk menentukan perkembangan dan
kesejahteraan rakyatnya. Sesebuah Negara perlu mengeksport hasil keluarannya dan dengan
hasil yang diperoleh ia mengimport barang-barang keperluannya seperti makanan, perubatan,
peralatan teknologi, senjata dan berbagai-bagai lagi. Contohnya kes Negara seperti Myanmar,
Iraq, dan juga Libya yang dipulaukan dan dikenakan sekatan ekonomi oleh Badan Dunia dan
Negara-negara Barat.
Akibat dari sekatan ekonomi yang dikenakan Myanmar tidak dapat membangun dan rakyat
berada dalam kehidupan yang susah. Rakyat Iraq semasa dikenakan sekatan ekonomi selama
hamper 10 tahun telah menghadapi pelbagai keperitan hidup termasuk kematian dan
kecacatan yang kian meningkat.Ternyata semua Negara memerlukan kerjasama masyarakat
antarabangsa akhirnya terpaksa tunduk kepada tuntutan tersebut. Ternyata semua Negara
memerlukan kerjasama masyarakat antarabangsa untuk kekal dan membangun.[1]
Pada hari ini, selain daripada proses diplomatik tradisional iaitu pengiktirafan kedaulatan
sesebuah Negara oleh masyarakat antarabangsa, cara yang kian popular untuk menjalin
hubungan diplomatik yang erat antara Negara yang berdaulat merupakan hubungan secara
berkumpulan. Apa yang mustahak dalam hubungan diplomatik berkumpulan ini ialah
persetujuan para Negara anggota untuk bekerjama supaya kepentingan bersama dan juga
kepentingan dan juga kepentingan inidividu Negara dapat dijaga dengan berkesan.[1]
1
2.0 KONSEP HUBUNGAN ANTARABANGSA
Sejak tamatnya Perang Dunia kedua, terdapat pelbagai terminology yang menerang dan
membezakan konsep kerjasama dalam hubungan antarabangsa iaitu;
I. Perikatan (Alliance): biasanya terminology “perikatan” digunakan dalam konteks
hubungan yang berkait dengan hal-hal ketenteraan dan keselamatan Negara.
Contohnya di Asia Tenggara sejak dekad 1960-an Negara-negara Asia amat berhati-
hati dengan konsep “Perikatan” apabila konsep itu diperkenalkan pada tahun 1956
melalui penubuhan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) iaitu sebuah badan
diplomatic bersekutu yang bertujuan untuk memperkuatkan kerjasama para Negara
anggota dalam hal-hal ketenteraan. Hanya dua buah negara di Asia Tenggara sahaja
iaitu Filipina dan Thailand yang menjadi anggota SEATO.[1]
II. Pemihakan (Alignment): terminology ini digunakan dalam konteks hubungan
bersekutu yang cenderung kepada kerjasama dalam aspek politik dan ideology. Pada
amalannya, alignment merupakan suatu hubungan antarabangsa yang lebih longgar
dan kurang formal daripada alliance.
III. Berkecuali (Non-Aligned): maksudnya tidak kecenderungan. Pada amalannya,
berkecuali merupakan hubungan yang tidak berdasarkan hubungan perikatan. Dengan
itu, ia merupakan kumpulan Negara yang menolak hubungan yang melibatkan
kerjasama dalam hal pertahanan dan keselamatan. Negara-negara yang bersifat
berkecuali merupakan Negara-negara non-alliance. Non-Alligned Movement(NAM)
merupakan kumpulan kerjasama yang berprisip berkecuali yang masih berdaya hebat
sehingga sekarang.
IV. Keberkecualian (Neutrality): terminologi ini bererti yang Negara-negara berkenanan
mempunyai pendekatan yang tidak memihak kepada mana-mana golongan ideology
sosiopolitik. Mereka tetap berpendirian “neutral” terhadap mana-mana pertelingkahan
2
ataupun perang. Sebenarnya, kedudukan “neutral” mereka dapat pengikitirafan
masyarakat antarabangsa dan terjamin dari sisih undang-undang antarabangsa.
Contohnya, Negara neutral ialah Switzerland dan Portugal.[1]
V. Neutralisme (Neutralism): Konsep neutralisme adalah amat popular pada zaman
perang dingin. Ia merupakan prinisp diplomatik yang diamalkan para Negara Asia dan
Afrika yang bukan komunis tetapi menolak sistem perikatan yang ditaja oleh Negara
berkuasa besar pada tahun 1950-an- 1980-an iaitu pada zaman Perang Dingin/Idealogi
antara kapitalisme/demokrasi melawan komunisme/sosialisme peringkat tertingginya,
seperti Amerika Syarikat, Soviet Union ataupun Britain.[1]
VI. Kerjasam Serantau (Regionalisme): pada setakat ini, prinisp kerjasama serantau
merupakan hubungan diplomatik berkumpulan yang paling popular terutamanya
dikalangan Negara sedang membangun. Ciri-ciri penting kerjasama serantau
termasuklah lokasi geografi Negara-negara yang terlibat yakni lokasi geografi mereka
berada dalam rantau yang sama, dan biasanya anggota menolak kerjasama dalam
bidang ketenteraan. Contoh, pertubuhan yang mengamalkan kerjasama serantau ialah
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN); European Community (EU); Asia-
Pacific Economic Council (APEC).[1]
Secara umumnya, pengertian dasar luar Negara merangkumi matlamat, rancangan dan
tindakan yang diambil oleh sesebuah Negara untuk berhubungan dengan Negara-negara lain.
Manakala secara khusus pula, dasar luar Negara mengutamakan aspek tindakan yang diambil
oleh sesebuah Negara utama mempengaruhi keadaan-keadaan diluar bidang kuasanya supaya
mempertahanakan kepentingan Negara.
3
3.0 DASAR LUAR NEGARA: MATLAMAT UTAMA
Dasar luar Negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Tujuan utama
Dasar Luar Negara adalah untuk menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan
Malaysia di arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan
dan keselamatan Malaysia. Ini merupakan tonggak utama dalam pengubalan dasar luar
negara. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui
dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Menangani perkembangan
dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di peringkat antarabangsa.
Mempertahan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang;
memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain. Perkara
ini dipastikan agar Malaysia dapat mengadakan hubungan dua-hala dengan negara asing
untuk kepentingan bersama.Mempertahankan pendirian serta kepentingan negara-negara
membangun di peringkat antarabangsa.Ikatan perhubungan bersama negara-negara
membangun lain juga diberikan perhatian. Pendirian sesebuah negara anggota akan tetap
dipertahankan demi kemajuan dan perkembangan suasana politik yang stabil.
3.1 Prinsip Asas Dasar Luar Malaysia.
Pertama, Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena
antarabangsa. Maknanya Negara kita Malaysia membuat dasar luar yang bersangkutan
dengan keupayaan mempertahankan Negara dan negara-negara disekitarnya supaya sentiasa
dalam keadaan aman dan bebas. Malaysia telah menyarankan supaya diwujudkan 'kawasan
awam, bebas dan berkecuali' (Zone of peace, Freedom and Neutrality atau ZOPFAN) telah
diterima sebagai pendirian ASEAN. Konsep dan dasar ini telah diumumkan melalui
Deklarasi Kuala Lumpur pada 27hb.November 1970 Malaysia mula memberi penekanan
kepada dasar non-aligned dan telah menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
4
(NAM) pada tahun 1970. Sikap berbaik-baik dengan semua negara diamalkan tanpa mengira
kefahamandan ideologi. Hubungan diplomatik dijalinkan dengan China juga negara-negara
Indochina di samping meningkatkan kerjasama ASEAN. Malaysia memberi penekanan
kepada konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) dan South East Asia Nuclear
Weapon Free Zone (SEANWFZ).
Negara kita terletak dalam kawasan yang mustahak dari sudut geopolitik di rantau Asia-
Pasifik. Sebagai contoh, Mengenai Perundangan Samudra 1982 yang lebih dikenali dengan
akronim Bahasa Inggerisnya iaitu UNCLOS.
Kedua, Malaysia sendiri mempunyai kekayaan yang agak menarik dan ekonominya
berlandaskan keupayaan dan kebolehan mengeksport bahan-bahan mentah serta barangan
yang diproses. Ini akan membantu meningkatkan taraf hidup dan ekonomi yang kukuh di
Asia. Penubuhan hubungan kejiranan ini dapat membantu mengekalkan keamanan serantau.
Ketiga, Mempertahan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui
dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain. Ini membawa maksud
bahawa Malaysia dengan dasar-dasar luarnya berpegang pada prinsip menghormati dan
mengakui kedaulatan wilayah serta tidak campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran
sesebuah Negara yang berdaulat. Kerajaan mengamalkan dasar luar yang pro-Barat, anti-
komunis, anti-Israel, dan anti-apartheid.Malaysia juga merupakan salah sebuah negara
pengasas Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 sebelum terbentuknya ASEAN
pada tahun 1967.
Malaysia amat berpegang teguh dengan konsep Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),
iaitu kewujudan sistem antarabangsa di mana semua negara dapat hidup aman dan damai.
Berasaskan kepada kepercayaan ini, Malaysia telah memainkan peranan aktif dan
5
memberikan sumbangan yang bermakna terhadap PBB melalui penyertaan penuh semangat
dalam agensi-agensi PBB seperti UNESCO dan UNCTA D.
Keempat, Dasar-dasar luar Malayisa juga mempunyai kerpecayaan dan kerjasama yang
komited terhadap negara-negara yang mempunyai hubungan dengan Malaysia. Malaysia
sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam penglibatan sebagai anggota Komanwel.
Pada tahun 1989 Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah persidangan Ketua-Ketua
Negara Komanwel (CHOGM).
Kelima, sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam agama rasmi, Malaysia telah
menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara Islam. Malaysia telah memainkan
peranan yang penting dalam Pertubuhan Negara-NegaraIslam (OIC). Malah, YTM Tunku
Abdul Rahman telah dilantik sebagai Setiausaha Agung pertama OIC. Malaysia telah
memberikan komitmen yang tinggi terhadap hubungan dengan negara-negara Islam sebagai
salah satu asas hubungan luarnya.
3.2 Faktor-faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Malaysia
Dasar luar negara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor, sebagai contoh faktor sejarah, faktor
politik, faktor ekonomi dan sebagainya.
Persekitaran geostrategik
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan
hampir kebanyakan negara di rantau ini seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan
Brunei. Perairannya juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia. Dengan
ini, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan terhadap
keselamatan Malaysia. Negara kita terletak di tempat yang paling strategik di dunia.
Kedudukannya ini di pertengahan laluan perdagangan antara Timur Jauh dengan Timur
6
Tengah membolehkannya mengawal laluan perdagangan ini. Keadaan ini menyebabkan
negara kita mengamalkan dasar luar yang bebas dan berkecuali.
Struktur ekonomi negara
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini menjaslin
hubungan baik dengan negara-negara lain di dunia dalam usaha memajukan ekonominya.
Sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar utama
bijih timah dan getah. Pada masa ini telah terjalin hubungan ekonomi antara Malaysia dengan
negara-negara maju seperti Britian dan Amerika Syarikat. Setalah mencapai kemerdekaan,
Malaysia masih mengharapkan pasaran dan juga modal dari negara-negara tersebut. Negara
kita kaya dengan bahan mentah seperti petroleum, getah, bijih timah, kelapa sawit dan
sebagainya. Keadaan ini menyebabkan negara kita memerlukan ramai rakan perdagangan
untuk memasarkan barangan dan hasil negara kita.
Struktur politik negara
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen,
Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip
keamanan sejagat. Ini jelas terpapar dalam dasar luar Malaysia yang menekankan
pemeliharaan kedulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong
Plastin bagi mengwujudkan keamanan di rantau Asia Barat. Negara kita merupakan negara
yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mementingkan demokrasi, kebebasan
dan kemakmuran rakyat.
Demografik
Malayisa menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang mejorita beragama Islam. Malaysia tidak mengadakan hubungan
diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar negara berkenaan yang menceroboh dan
7
menindas peribumi Palestin. Negara kita negara yang terdiri dari pelbagai kaum dan oleh
yang demikian negara kita mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip-prinsip
perpaduan antara manusia dan juga prinsip-prinsip penghormatan hak asasi manusia.
Keselamatan negara
Dasar luar negara kita juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan negara. Sebagai contoh,
keganasan komunis di negara kita menyebabkan negara kita tidak berhubung dengan negara
komunis. Pergolakan politik di Indo-China menyebabkan negara kita menentang Vietnam
yang menyerang Kampuchea dan kuasa-kuasa luar yang cuba menggugat kestabilan politik di
Asia Tenggara. Pendirian ini perlu untuk menjaga kestabilan politik serantau. Usaha ini amat
perlu dilakukan oleh Malaysia melalui dasar luarnya.
Keadaan politik serantau
Keadaan politik dan keselamatan serantau juga mempengaruhi dasar luar negara kita. Dasar
luar negara kita bertujuan mewujudkan keamanan dan kestabilan serantau jelas dilihat apabila
negara kita memainkan peranan yang aktif dalam segala perbincangan mengenai Kampuchea.
Negara kita telah cuba menyelesaikan konflik di negara tersebut agar keamanan dan
kestabilan politik wujud di negara itu.
Institusi antarabangsa
Institusi antarabangsa yang dimaksudkan adalah seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB). PBB merupakan satu pertubuhan yang selalu cuba menegakkan keamanan dan
kemakmuran dunia. PBB juga berusaha melindungi hak manusia. Maka, apabila negara kita
menyertai pertubuhan ini, negara kita akan dipengaruhi oleh prinsip-prinsip ini dan
menyelaraskan dasar luar negara kita supaya selaras dengan prinsip-prinsip pertubuhan
tersebut. Selain PBB, negara kita juga menjadi ahli Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
(NAM), Pertubuhan Komanwel dan sebagainya.
8
Hubungan diplomatik
Pada awalnya, nama negara kita tidak dikenali oleh negara yang lain di dunia ini. Untuk
membolehkan negara kita dikenali oleh seluruh dunia, maka negara kita telah mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara yang lain. Oleh sebab hubungan diplomatik yang
dijalinkan membolehkan kita memperolehi kepentingan dari segi politik, ekonomi dan sosial
dari negara tersebut, maka polisi yang diamalkan oleh negara kita akan digubal supaya sesuai
dengan keadaan tersebut.
Undang-undang antarabangsa
Dasar luar negara kita dipengaruhi oleh sistem perundangan antarabangsa. Negara kita
menghormati prinsip-prinsip yang digariskan dalam Piagam PBB dan juga undang-undang
yang ditetapkan oleh badan-badan antarabangsa. Badan-badan antarabangsa telah
menetapkan pelbagai peraturan yang menggariskan etika tindak-tanduk semua negara
terutamanya peraturan atas perundangan tentang diplomasi, menghormati keutuhan negara
lain, komunikasi dan juga mekanisme untuk menyelesaikan sesuatu pertelingkahan. Maka,
dasar luar negara kita juga terikut-ikut dengan undang-undang yang ditetapkan.
4.0 KEUTAMAAN DASAR LUAR
Keutamaan Dasar Luar boleh dikenal pasti ke arah meningkatkan daya saing dan
pembangunan sektor kewangan serantau termasuk membangunkan negara, memperkasakan
liberalisasi perkhidmatan kewangan, mengukuhkan bina upaya dan mempertingkatkan
pembiayaan prasarana[2]. Dasar luar negara hanya mementingkan aspek tindakan yang
diambil oleh sesebuah negara bagi mempengaruhi keadaan-keadaan yang berada di luar
bidang kuasanya. Kadangkala negara-negara kecil ini terpaksa mencari perlindungan
daripada kuasa-kuasa besar, atau bekerjasama dengan negara lain untuk mempertahankan
9
kepentingan bersama. Oleh itu, Malaysia telah melibatkan diri dalam beberapa badan dengan
meutilisasikan keutamaan dasar ini demi kebaikan negara dan dunia [2].
4.1 Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua negara anggota serta tidak
ada negara yang boleh campur tangan dalam hal-ehwal negara lain. Selain itu, PBB juga
bermatlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Malaysia juga terlibat
dalam beberapa aktiviti PBB[2]. Salah satunya ialah Malaysia pernah dipilih untuk
memimpin negara-negara Kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu
pembangunan dunia. Selain itu, Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu
agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah [2].
Malaysia juga terlibat dalam memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada
badan dunia ini serta turut terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar
oasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq
(1990) [2]. Dengan semua sokongan dan bantuan yang diberi oleh Malaysia, sudah tentu
negara ini mencapai tahap daya saing yang tinggi atas pentas dunia, Apabila Malaysia
berkongsi idea, pandangan ataupun tenaga buruh, Malaysia secara tidak langsung sedang
memaklumkan kepada dunia bahawa negara ini tidak hanya mampu berdaya saing dengan
negara lain, tetapi juga mengambil langkah yang positif untuk mencapai status “First-World
Country”.
4.2 Penubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Asean ditubuhkan pada 8 Ogos 1967, apabila beberapa buah negara termasuk Malaysia
menandatangani deklarasi penubuhan Asean di Bangkok. Kini, Asean sedang dianggotai oleh
10 buah negara yang termasuk, Brunei, Vietnam, Laos dan Myanmar. Melalui saluran Asean,
Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama
10
ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan
kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain. Dengan bantuan
Malaysia dan anggota lain, ASEAN telah mencapai kejayaan-kejayaan yang tertera seperti
berikut [2] :
a) Konsep Zone of Peace Freedom and Nuetrality (ZOPFAN)
ZOPFAN atau konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali diamalkan di semua negara
anggota ASEAN.
b) Konsep South East Nuclear Weapons Free Zone (SEANWFZ)
Konsep ini membawa maksud seluruh rantau Asean adalah bebas senjata dan dari
ujian senjata nuklear
c) Projek ekonomi
Kerjasama dalam bidang ekonomi pula merangkumi projek baja urea, projek vaksin
Hepatitis B dan sebagainya.
d) Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan
Kerjasama ini merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan dan
telekomunikasi. Contohnya, penganjuran Sukan SEA, Pesta Filem Asean, Pesta
Kebudayaan Asean, pertukaran berita dan penyiaran TV/radio. Dalam bidang
pelancongan pula, terdapat program Tahun Melawat Asean pada tahun 1996.
e) Kerjasama pendidikan
Kerjasama ini bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-
penuntut dari negara anggota. Oleh itu, Asean telah menubuhkan Persidangan
Menteri- menteri pelajaran Asean (SEAMEO). Pelaksanaannya telah diagihkan
kepada beberapa buah negara Asean seperti RESCAM untuk melatih guru sains dan
matematik dan sebagainya.
11
f) Penubuhan Wawasan ASEAN 2020
Penubuhan ini mengambil tempat untuk mewujudkan rantau ekonomi Asean yang
mempunyai daya saing yang tinggi, maju dan stabil dengan memastikan kebebasan
kemasukan barang-barang perkhidmatan, pelaburan, modal dan pembangunan
ekonomi serta mengurangkan kemiskinan.
g) ASEAN+3
Konsep ini merupakan kerjasama antara Asean, Korea, Jepun dan China. Melalui
ASEAN+3 , ia bercita-cita untuk membentuk sebuah Komuniti Asia Timur.
Sebagai sebuah kesimpulan kecil, Malaysia dengan jelas telah menderma tenaga, wang and
kepakaran untuk membantu ASEAN mencapai semua kejayaan yang telah dinyatakan seperti
di atas. Malaysia tidah harus dipandang rendah dan patut digeruni oleh negara-negara lain
kerana sumber yang dimiliki boleh digunakan untuk mencapai kejayaan dan objektif.
4.3 Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
Organisation of Islamic Conference (OIC) atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam
dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah
dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia
[2]. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan kesemua negara-negara Islam di
dunia demi untuk kebaikan semua pihak [2]. OIC bertindak sebagai satu-satunya forum
khusus untuk Negara-negara islam bagi mewujudkan perpaduan sesame Ummah, khususnya
mengenai konflik Israel-Palestin. OIC ditubuhkan pada Tahun 1971 atas cadangan Malaysia.
Malaysia diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi setiausaha
Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Sebagai sebuah
Negara islam, Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan Negara-negara Islam sangat
mustahak [2].
12
Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara Islam dalam
pelbagai bidang seperti social, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan
dan sebagainya untuk meninggikan Syiar Islam. Negara Islam yang aman dengan mencari
kata sepakat tentang masalah dalaman secara perundingan.Malaysia juga telah memiliki
beberapa peranan dalam OIC dan telah melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan
sempurna. Antara peranan tersebut berdasarkan dasar luar merupakan [2]:
Penubuhan bank pembangunan Islam.
Mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan.
Menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengutuk dasar penghapusan etnik Islam
di Bosnia- Herzegovina.
Membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastuktur
ekonomi dan pembangunan.
Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah negara OIC seperti Petronas
di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara negara Islam, Malaysia telah
menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.
Dalam bidang pendidikan pula, negara-negara OIC turut memajukan pendidikan di
kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam
seperti Universiti Islam Antrabangsa dan sebagainya.
Malaysia juga telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat
yang penting, antaranya ialah Sesi Luar Biasa Menteri-Menteri Luar Negara Islam
mengenai keganasan (1-3 April 2002) , Sidang Ke-27 Menteri-menteri Luar OIC (27
Jun 2000) dan berbagai mesyuarat lain di peringkat menteri dan juga pegawai-
pegawai kanan dan jawatankuasa dibawah naungan OIC.
13
Malaysia juga diberi tanggungjawab mengetuai Delegasi OIC Peringkat Menteri
selaras dengan mandat Mesyuarat Khas bertemu ahli-ahli Kuartet supaya mereka
mengambil langkah segera menyelesaikan konflik Israel—Palestin.
Berdasarkan isi-isi kandungan di atas, satu fakta iaitu Malaysia juga memiliki peranan
yang besar OIC boleh disimpulkan. Bukan sahaja idea penubuhan OIC disarankan oleh
Malaysia, tetapi negara ini sedang bertungkus lumus untuk memajukan organisasi ini. Ini
jelas menunjukkan Malaysia mampu mengendali sebarang masalah, tugas ataupun
tanggungjawab walau betapa kompleks.
5.0 Perkembangan Dasar Luar Malaysia Sejak 1957
5.1 Dasar Luar Pemimpin Negara
Dasar luar Malaysia yang telah dibentuk sejak merdeka telah melalui lima tahap oleh
pemimpin yang berbeza.
1. Semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970), dasar luar Malaysia lebih
bercorak pro-Barat dan antikomunis memandangkan negara baharu sahaja merdeka
dan pada waktu ini ancaman komunis masih kuat. [3]
2. Pada zaman Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia
menitikberatkan pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak
hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi politik.
3. Pada zaman kepimpinan Tun Hussein Onn (1975-1981), penekanan dasar luar adalah
berdasarkan kerjasama pertahanan dan keselamatan negara.
4. Semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad, dasar luar negara lebih
mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-dasar sebelumnya. Selain
itu, soal keamanan dan keadilan masyarakat antarabangsa juga turut menjadi agenda
penting.
14
5. Dasar luar di bawah pimpinan Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau menekankan
hubungan dagangan dengan Negara China, membuka lembaran baru dalam hubungan
antara Malaysia dengan Singapura di samping meneruskan dasar-dasar pemimpin
terdahulu.
6. Dasar luar di bawah pimpinan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak, beliau menekankan
kepada dasarluar yang lebih proaktif dan dinamik berbanding era Tun Abdullah.
Beliau meneruskan dasar luar yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi
yang mantap, dinamik mudah pulih. Penekanan diberikan dalam kerjasama serantau,
terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya. Di samping itu, beliau juga
menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala)
dengan Negaranegara yang merupakan negara ‘trading partner’ dengan Malaysia,
terutamanya dalam bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika
Syarikat dan sebagainya.
Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan iaitu secara
bilateral dan multilateral. Contohnya, hubungan bilateral iaitu hubungan sebuah negara
sahaja, contohnya Malaysia dengan Iran, manakala hubungan militeral pula merupakan
hubungan secara kumpulan seperti Malaysia dengan negara lain melalui PBB, ASEAN, OIC
dan sebagainya.
15
5.2 Dasar Luar Dalam Tempoh 1957 – 1969
Dasar luar Malaysia di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman adalah bercorak Pro-
Barat, Pro-Komanwel dan Anti-Komunis.[4]
1. Dasar Pro-Barat
i. Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya (AMDA) dimeterikan pada tahun 1957.
Kerajaan British menajmin bantuan tentera sekiranya tanah Melayu diserang
oleh mana-mana negara.
ii. Mengamalkan dasar perdagangan bebas (laissez–faire). Perjanjian pelaburan
ditandatangani dengan beberapa negara bukan komunis seperti Jerman Barat,
Amerika Syarikat dan Jepun.
2. Dasar Anti-Komunis
i. Tunku Abdul Rahman telah memberi sokongan penuh kepada Amerika
Syarikat untuk membendung perluasan pengaruh komunis di Vietnam Selatan.
ii. Melawat Vietnam selatan pada tahun 1958 dan memberi jaminan persahabatan
kepada Presiden Ngo Dinh Diem.
iii. Tidak mengiktirafkan Republik Rakyat China yang diperintah oleh kerajaan
Komunis. Juga mengutuk pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959.
3. Dasar Kerjasama Serantau
i. Menganggotai Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961 bersama dengan Negara Thai dan Filipina.
ii. Menganggotai MAPHILINDO pada tahun 1963.
iii. Menganggotai ASEAN pada tahun 1967.
iv. Menganggotai Gerakan Negara-negara Berkecuali (NAM).
v. Menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
16
5.3 Dasar Luar Dalam Tempoh 1970 – 1980
1. Dasar Berkecuali
a. Tamat konfrontasi dengan Indonesia.
b. Berpegang teguh kepad dasar berkecuali dan ZOPFAN.
c. Menggugurkan dasar anti-komunis, mengadakan hubungan diplomatik dengan
Republik Rakyat China, Rusia dan Jerman Timur.
d. Menyokong kemasukan China dalam PBB.
2. Dasar Pro-Barat Yang Semakin Luntur
a. Corak perniagaan dan perdagangan laissez-faire berubah menjadi campuran.
Jadi pelaburan asing disekat (selaras dengan Dasar Ekonomi Baru)
3. Dasar Pro-Islam
a. Aktif dalam Pertubuhan Persidangan Islam OIC.
b. Mengeratkan hubungan dengan negara-negara Islam seperti PLO dan negara
Arab.
5.4 Dasar Luar Dalam Tempoh 1980-an
1. Mengamalkan Dasar Pandang Ke Timur
a. Merapatkan hubungan dan kerjasama teknikal dan perdagangan dengan negara Jepun
dan Korea Selatan.
2. Mengurangkan Pergantungan Kepada Barat
a. Mewujudkan Kumpulan 15 yang terdiri daripada negara sedang membangun.
3. Mementingkan Semangat Selatan-Selatan
a. Mengadakan Suruhanjaya Selatan-Selatan dan Dialog Selatan-Selatan.
b. Berjuang mewujudkan Order Baru Ekonomi Dunia.
4. Bergiat Cergas Dalam KOMANWEL
17
a. Menjadi tuan rumah kepada CHOGM pada tahun 1989.
5. Isu Antartika
a. Antartika boleh digunakan untuk menggalakkan pelucutan senjata nuklear tetapi
mesti bebas daripada ketenteraan dan senjata nuklear.
5.5 Dasar Luar Dalam Tempoh 1990-an
a. Lantang menyuarakan isu alam sekitar, mahukan negara maju memikul
tanggungjawab bersama (Sidang Kemuncak Bumi).
b. Menjadi tuan rumah kepada IFNGO (Persidangan Badan-badan Bukan Kerajaan
dalam Pencegahan dan Penyalahgunaan Dadah).
c. Mengemukakan ketidakpuasan cara PBB menyelesaikan isu Bosnia-
Herzergovina.
d. Menentang ujian nuklear yang dijalankan oleh Perancis di Lautan Pasifik Selatan.
e. Pada tahun 1996, Tan Sri Razali Ismail iaitu Wakil Tetap Malaysia ke PBB
dilantik menjadi Presiden Perhimpunan Agung PBB.
5.6 Dasar Luar Dalam Tempoh 2000-an
a. Menghantar pasukan tentera untuk menyertai pasukan pengaman PBB di Timor
Timur di Indonesia.
b. Menentang keganasan antarabangsa dan menentang pengambilan tindakan
ketenteraan untuk menghapuskan keganasan.
c. Menyeru PBB menganjurkan persidangan antarabangsa untuk mengkaji punca-punca
yang menyebabkan munculnya kumpulan pengganas.
d. Menjadi Pengerusi NAM dan OIC pada tahun 2003.
18
6.0 RUJUKAN
[1] N. H. dan R. A. Hassan, Malaysia melangkah ke hadapan, Edisi pert. Penerbitan Multimedia sdn.bhd.
[2] D. L. Negara, “masb,” slideshare. [Online]. Available: Negara, D. L. (23 July, 2005). Slideshare. Retrieved 20 April, 2016, from http://www.slideshare.net/mursyidee/dasar-luarnegara .
[3] H. Hussin, “masb,” Fajar Bakti. [Online]. Available: M. N. &. H. Hussin, in Pengajian Malaysia, Selangor, Fajar Bakti, p. 251.
[4] M. N. H. Hussin, “No Title,” Fajar Bakti. [Online]. Available: M. N. H. Hussin, in Pengajian Malaysia, Selangor, Fajar Bakti, p. 252.
19