Upload
abu-el-iqram
View
2.797
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK: Masyarakat Banjar Di Malaysia. “Suatu Kajian Asal-usul dan sosiobudaya masyarakat
banjar”.
AHLI KUMPULAN:-MOHD FARIZ BIN ASBI
MOHD NOR EDHAM BIN BUGAL
MOHD RIZAL AIDEY BIN RAIMI
ABU BAKAR BIN KRAM
ZULFIKAR AMAN
JAMILIAH BINTI JAMIL
NORMUTHMAINNAH BINTI RUDI
LAILA BINTI HOTOH
MAIZATUL AKHMARINA BINTI HJ NAWAR
RASHIDAH MAT JUSOH
SOLEHAH YUSOFF
HUBUNGAN ETNIKGXEX1411
SEJARAH MASYARAKAT BANJAR
Masyarakat Banjar berasal dari Kalimantan,
Indonesia, di kawasan selatan Basin Barito.
Masyarakat ini terbahagi kepada beberapa puak
iaitu Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan,
Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah
Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit,
Rantau dari daerah Margasari dan Martaputra dari
daerah Martaputra .
Penempatan terawal masyarakat ini Malaysia adalah di batu
pahat, Johor.
PENGENALAN
Mereka yang berhijrah ke Tanah Melayu merupakan petani-petani yang mahir dalam penanaman padi, melukis,menjadi tukang permata,membuat peralatan dari besi seperti peralatan pertanian dan senjata.
Antara faktor yang mendorong mereka berhijrah ke Tanah Melayu adalah :
perdagangan kemiskinan tanah mereka sering diancam binatang buas kemelaratan dibawah pemerintahan penjajah
belanda.
SOSIOBUDAYA MASYARAKAT BANJAR
Hubungan sosial antara masyarakat Banjar begitu baik, tidak wujud sebarang sentimen yang boleh menimbulkan perselisihan mahupun pergaduhan.
saling menghormati antara satu sama lain, mengamalkan budaya hormat menghormati, menggunakan percakapan yang bersopan santun dan sebagainya.
HUBUNGAN SOSIAL
Mereka menganut agama islam dan mengamalkan gaya hidup yang sederhana.
Perkembangan pendidikan yang wujud dalam masyarakat Banjar hanyalah di suatu ketika dahulu adalah seperti kelas membaca al-quran dan mempelajari tentang hal ehwal syariat Agama Islam di sekolah rakyat mahupun madrasah-madrasah.
Bagi mereka yang berkemampuan,mereka akan menghantar anak mereka untuk belajar di sekolah-sekolah arab atau pondok dan ada juga yang menghantar anak mereka ke Mekah.
Jumlah yang menghantar anak mereka ke sekolah Melayu dan Inggeris amat kurang sekali kerana meraka beranggapan bahawa matapelajaran yang diajar adalah semata-semata untuk duniawi sahaja dan khuatir anak-anak mereka akan terpengruh dengan dakyah kristian.
AGAMA
Kebanyakan penduduk bajar mengamalkan gaya hidup yang sederhana.
Tidak suka bekerja makan gaji dengan kerajaan
Lebih gemar berkerja secara sendiri seperti bidang pertanian dan nelayan
Mempunyai sifat berani dan panas baran
Pantang dicabar dan tidak asing daripada menggunakan senjata seperti lading,parang panjang atau badik ketika berlaku pergaduhan.
GAYA HIDUP
Pada masa kini, Hanya golongan berumur sahaja atau lebih dikenali dengan golongan tua yang masih menggunakan bahasa banjar sebagai bahasa pertuturan dalam kehidupan seharian.
hampir 80% remaja yang sempat ditemu ramah tidak tahu berbahasa banjar dengan baik malah ada yang langsung tidak pandai untuk berbahasa banjar.
Beberapa perkataan banjar: 1. mengepai = melihat 2. kulaan = saudara 3. ayo am brataan = ayuh kita kesana
BAHASA DAN PERTUTURAN
Sumber ekonomi asas penduduk adalah bertani(menanam padi) dan menangkap ikan
Mereka juga melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih moden seperti industri pelancongan, pembuatan makanan, bengkel membuat kereta dan motosikal dan sebagainya yang di lakukan di sekitar perkampungan tersebut
Mereka juga mampu melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti tempatan setanding dengan bangsa lain dan keluar menjadi seorang yang mampu mengubah aktiviti ekonomi tradisional kepada suatu yang lebih maju kehadapan seperti seorang ahli perniagaan, guru dan sebagainya
SUMBER EKONOMI
Pada asasnya, Rumah Banjar adalah rumah tradisional suku kaum Banjar
Antara ciri-ciri rumahnya:- 1. mempunyai lambang 2. mempunyai penekanan pada atap 3. hiasan 4. dekoratif Mula berkembang sebelum tahun 1871 sehingga
tahun 1935. Bubungan Tinggi merupakan antara jenis rumah
banjar yg paling dikenali dan merupakan identiti rumah adat suku Banjar
SENI BINA
mengamalkan budaya seperti makan menggunakan tangan, budaya meminta izin dan banyak lagi
budaya menghormati tetamu jelas dilihat di kalangan masyarakat Banjar.
Tetamu yang datang di layan dengan hidangan-hidangan makanan sebagai tanda menghormati dan meraikan kedatangan mereka.
BUDAYA
Salah satu kesenian muzik tradisional khas Suku Banjar ialah Muzik Panting.
muzik panting berasal dari daerah Tapin, Kalimantan Selatan.
Pada zaman dulu muzik hanya dimainkan secara solo Disebabkan semakin majunya perkembangan zaman dan
muzik panting akan lebih menarik jika dimainkan dengan beberapa alat muzik lainnya, seperti babun, gong,dan biola dan pemainnya juga terdiri dari beberapa orang.
ada sebuah kesenian muzik tradisional Suku Banjar, iaitu Muzik Kentung yang berasal dari daerah Kabupaten Banjar iaitu di desa Sungai Alat, Astambul dan Kampong Bincau, Martapura.
MUZIK
ADAT RESAM Antara adat resam yang diamalkan oleh masyarakat banjar adalah berkenaan adat PUKONG.
Pukong ini adalah cara yang unik untuk menidurkan bayi antara 1-5 bulan.
Terdapat juga adat seperti ‘marhaban keliling budak iaitu adat untuk meraikan kehadiran orang baru.
masyarakat Banjar juga mempunyai pantang larang yang mana dalam bahasa mereka disebut ‘pemalek’. Antaranya:- 1. tidak boleh duduk di atas bantal kerana takut pelakunya akan berbisul. 2. melarang masyarakat mereka membawa kanak-kanak pergi berjalan- jalan di waktu petang atau senja. Hal ini kerana, takut kanak-kanak tersebut akan mendapat gangguan daripada benda halus.
USUNG JINGGUNG merupakan adat dalam majlis perkahwinan masyarakat banjar dimana pengantin akan diusung di atas bahu orang lain di hadapan para tetamu yang hadir.
Upacara ini hanya dilakukan oleh orang yang mahir sahaja kerana ianya bukan sahaja memerlukan tenaga yang lebih untuk mengusung pengantin tetapi harus pandai menari.Ini kerana pengusung yang di panggil ‘PAUSUNG’ perlu menari mengikut irama muzik yang dimainkan bagi tujuan menghiburkan tetamu yang hadir.
Pada hari perkahwinan ini juga,terdapat satu permainan iaitu pertandingan ‘menaiki kayu licin’.
kuih kelapun yang mana jika dilihat dalam masyarakat melayu ianya kelihatan seperti kuih jemput-jemput.
juga kuih kekulih, tepung torak, wadih kepeng (pipih) yang menjadi tradisi orang Banjar ketika aktiviti gotong-royong menanam padi dilakukan.
kuih cucuk bengol iaitu cekodok serabi (apam) yang dihidangkan kepada mereka
yang membawa mayat ke kubur “wadi” dimana ikan dan garam di peram dalam
tempayan.
MAKANAN DAN KUIH TRADISIONAL
1. Identiti masyarakat Banjar ini masih lagi boleh dilihat namun semakin hilang ditelan zaman yang mengarah ke arah kemodenan pesat pada hari ini terutama sekali dalam penggunaan bahasa banjar itu sendiri di kalangan remaja-remaja.
2. terdapat juga mereka yang masih kuat pegangan adat serta amalan tradisional dan kelompok-kelompok ini dipelopori oleh golongan-golongan tua yang berumur 50 tahun keatas.
3. mempunyai keunikannya tersendiri yang mana mampu menonjolkan ciri-ciri kebanjaran itu sendiri dalam membuat perbandingan dengan masyarakat ataupun suku kaum lain yang terdapat di Malaysia ini.
4. masyarakat yang boleh setanding dengan masyarakat lain dalam segala aspek mahupun dalam aspek pendidikan, ekonomi dan sebagainya walaupun jika dilihat pada sejarah masyarakat ini berasal dari mereka yang biasa-biasa sahaja.
KESIMPULAN