10
KAK 3013 MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN KUMPULAN UPSI04 DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON WAN ANIAH WAN KADIR D20102043573 0124046245 NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD TARIKH SERAH : 18 OKTOBER 2013 TUGASAN 2

Mathematics for Young Children Esemen 2

Embed Size (px)

Citation preview

  • KAK 3013

    MATHEMATICS FOR YOUNG CHILDREN

    KUMPULAN

    UPSI04

    DISEDIAKAN OLEH:

    NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

    WAN ANIAH WAN KADIR D20102043573 0124046245

    NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DR. NOOR SHAH BIN SAAD

    TARIKH SERAH : 18 OKTOBER 2013

    TUGASAN 2

  • ISI KANDUNGAN

    BIL ISI MUKA SURAT

    1.0 PENGENALAN 3

    2.0 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN 4

    3.0 EMPAT ISU PENDIDIKAN YANG TIMBUL YANG 5

    MENGHASILKAN KSPK

    3.1 PENGHASILAN MODAL INSAN 5

    3.2 PENGHASILAN PELAJAR CELIK MINDA 6

    3.3 PEMBENTUKAN WARGA YANG MENGUASAI ILMU, 7

    KEMAHIRAN DAN MAKLUMAT

    3.4 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG KRITIS, 7

    KREATIF DAN INOVATIF.

    4.0 BAGAIMANA MEREALISASIKAN KURIKULUM STANDARD 8

    PRASEKOLAH KEBANGSAAN DALAM PENGAJARAN

    MATEMATIK.

    4.1 Melalui standard pembelajaran sains dan teknologi. 8

    4.2 Peruntukan masa 8

    4.3 Isi kandungan 8

    4.4 Menggunakan bahan konkrit untuk membentuk 9

    kefahaman murid.

    4.5 Perancangan guru perlu berlandaskan keperluan 9

    kurikulum dan keperluan kanak-kanak.

    5.0 PENUTUP 10

    6.0 BIBLIOGRAFI 10

  • 1.0 PENGENALAN

    Kurikulum merupakan asas yang penting kepada sistem pendidikan di sesebuah negara. Ia

    juga sering mengalami perubahan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa.

    Terdapat empat komponen utama dalam sesebuah kurikulum iaitu:

    i. Kandungan kurikulum

    ii. Objektif kurikulum

    iii. Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

    iv. Proses penilaian kurikulum.

    Suasana pendidikan di Malaysia memerlukan sebuah kurikulum yang kemas dan sesuai

    selaras dengan kepesatan pembangunan negara. Ia bertujuan untuk mewujudkan satu

    sistem pendidikan yang dinamik yang selaras dengan cita-cita negara bagi melahirkan modal

    insan yang seimbang dari segi rohani, emosi, fizikal dan jasmani.

    Banyak faktor yang mempengaruhi pembentukan dan perubahan kurikulum di Malaysia.

    Antaranya ialah:

    i. Falsafah Pendidikan

    ii. Politik

    iii. Pembangunan negara dan perkembangan dunia

    iv. Perubahan sosial

    v. Perancang dan pelaksana kurikulum

    vi. Murid, kehendak dan keperluan masyarakat

    vii. Perkembangan ilmu

    viii. Pengaruh psikologi pendidikan

    Oleh itu, seseorang guru perlu terlebih dahulu memahami kurikulum bagi subjek yang ingin

    diajarnya bagi membolehkan beliau menyampaikan isi kandungan supaya mencapai

    objektifnya. Matlamat pengajaran perlu diperhalusi dengan strategi penyampaian yang betul

    dibantu oleh bahan-bahan yang menyumbang ke arah proses pemahaman isi kandungan.

    Proses pentaksiran terhadap seseorang pelajar akan dilakukan oleh guru di mana tahap

    penguasaan ilmu yang diberi dinilai samada berkesan ataupun tidak.

  • 2.0 KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) telah diperkenalkan pada tahun 2010.

    Ciri utama KSPK berdasarkan kepada dua iaitu Kurikulum Berasaskan Standard dan

    Kurikulum Berbentuk Modular.

    Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur 4

    hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek iaitu jasmani,

    emosi, rohani dan sosial. Persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan dan aktiviti

    yang menyeronokkan diadakan selaras dengan objektifnya. Ini adalah sebagai satu

    persediaan kepada kanak-kanak untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah

    rendah nanti.

    KSPK dibangunkan berdasarkan standard kandungan dan standard pembelajaran yang

    seharusnya dicapai oleh murid. Standard Kandungan adalah penyataan spesifik tentang

    perkara yang perlu diketahui dan dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang

    merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala Standard Pembelajaran

    pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif

    tingkahlaku untuk memeastikan pencapaian setiap standard kandungan.

    KSPK dibina berlandaskan prinsip Amalan Bersesuaian dengan Perkembangan dan teori

    pembelajaran konstruktivisme iaitu murid membina pengetahuaan sendiri dengan

    berpandukan guru, murid diberi peluang berfiikir dan menyelesaikan masalah, perbezaan

    individu dibenarkan, murid belajar mengikut kadar sendiri, dan pengajaran guru dikaitkan

    dengan pengalaman seharian murid.

    Proses perlaksanaan KSPK berdasarkan kepada 6 tunjang yang merangkumi pemikiran

    kritis dan kreatif serta inovatif. Tunjang-tunjang tersebut adalah :

    i. Komunikasi

    ii. Kerohanian, sikap dan nilai

    iii. Kemanusiaan

    iv. Keterampilan diri

    v. Fizikal dan estetika

    vi. Sains dan teknologi

    Keenam-enam tunjang tersebut merupakan asas kepada isi pengetahuan yang perlu

    diberikan kepada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 6 tahun di mana

    kesinambungannya diteruskan di dalam kurikulum yang dinamakan Kurikulum Standard

    Sekolah Rendah (KSSR).

  • 3.0 EMPAT ISU PENDIDIKAN YANG TIMBUL YANG MENGHASILKAN KSPK

    3.1 PENGHASILAN MODAL INSAN

    Selaras dengan pembangunan negara yang ingin menjadi sebuah negara maju pada tahun

    2020, sistem pendidikan di Malaysia memerlukan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai

    positif untuk menerajui dan memimpin negara. Keberhasilan sesebuah negara amat

    bergantung kepada masyarakat yang terbentuk oleh sistem pendidikannya. Oleh itu, kajian

    dalam sistem pendidikan telah membawa perubahan yang mana para pelajar dari peringkat

    awal perlu dipupuk dan dididik supaya menghasilkan aset yang kukuh untuk menerajui

    pembangunan dan kemajuan negara.

    Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (KPK) yang sedia ada tidak membuktikan keberhasilan

    modal insan yang diperlukan oleh negara suatu hari nanti. KPK dirasai terlalu mengejar

    akademik hingga mengabaikan kepentingan peribadi iaitu sosial yang amat perlu kepada

    seseorang. Dengan itu, KSPK dirancang di mana ia menitikberatkan keperluan insaniah dari

    segi jasmani dan rohani. Kita boleh melihat dari sudut objektif KSPK iaitu:

    3.1.1 Dari segi jasmani

    Kanak-kanak perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, mempunyai kecergasan dan

    kemahiran fizikal asas, mempraktikkan amalan kesihatan yang baik, mempraktikkan langkah

    menjaga keselamatan, menguasai kemahiran psikomotor asas iaitu kemahiran motor kasar

    dan kemahiran motor halus.

    3.1.2 Dari segi rohani

    Kanak-kanak pada peringkat awal lagi harus disemai dengan nilai murni yang

    menjadi amalan hidup mereka. Bagi kanka-kanak Islam, mereka hendaklah mengamalkan

    nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.

    Melalui kehendak kurikulum di atas, dapat disimpulkan bahawa pembangunan modal insan

    menjadi titik tolak yang penting dalam menghasilkan Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan.

  • 3.2 PENGHASILAN PELAJAR CELIK MINDA

    Di dalam proses menimba ilmu, seseorang murid perlu mempunyai ketajaman minda

    terhadap sesuatu perkara. Oleh itu, isu yang selalu dimainkan adalah kenapa ramai kanak-

    kanak yang mengikuti kelas prasekolah tidak semuanya mempunyai kemahiran berfikir yang

    kritis dan kreatif. Ramai antara mereka yang memerlukan bimbingan seratus peratus

    daripada guru dan tidak pandai membuat keputusan dalam sesuatu penyelesaian masalah.

    Bertolak daripada isu seperti ini, maka Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dilakukan

    transformasi yang lebih sesuai supaya murid yang dihasilkan mempunyai daya pemikiran

    yang lebih kritis dan kreatif. Kemahiran asas yang diperlukan seperti membaca, menulis dan

    mengira harus diikuti dengan kemahiran baharu iaitu menaakul. Proses menaakul inilah

    yang membezakan murid yang mengikuti KPK dan KSPK. Di sini, guru prasekolah harus

    menyediakan murid-muridnya dengan keperluan membuat taakulan iaitu merumus dan

    menyelesaikan masalah dengan menggunakan kekreatifan daya pemikiran mereka.

    Pembentukan KSPK yang mempunyai matlamatnya tersendiri dari segi intelek difikirkan

    sesuai dengan masa sekarang. Kanak-kanak prasekolah diharapkan dapat berkomunikasi

    dengan baik menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Mereka juga perlu tahu

    berkomunikasi dengan bahasa ibunda sendiri. Melalui KSPK juga murid prasekolah diajar

    dengan kemahiran awal matematik dan sains untuk menyediakan mereka dengan alam

    persekolahan peringkat rendah. Kemahiran-kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah

    seharian mereka juga turut diajar yang mana proses berdikari dipupuk dari awal.

    Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan turut menitikberatkan penggunaan Bahasa

    Inggeris yang terbukti telah menjadi bahasa antarabangsa. Guru-guru prasekolah kini

    disedikan dengan bahan bantu mengajar dan kursus-kursus profesionalisme dalam

    meningkatkan ilmu dan pengetahuan asas berbahasa Inggeris. Jika dahulunya, Kurikulum

    Prasekolah Kebangsaan kurang memberikan perhatian kepada unsur ini, sekarang tidak

    lagi. Rata-rata guru prasekolah telah mencuba yang terbaik dan menggunakan semaksima

    mungkin kemudahan yang dusediakan seperti penggunaan Buku Cerita Besar Bahasa

    Inggeris.

    Kanak-kanak juga diajar supaya menghargai keindahan alam dan warisan budaya yang ada

    di Malaysia. Oleh itu, tidak hairanlah sekarang ini terdapatnya pertandingan-pertandingan

    seperti tarian, bercerita dan nyanyian yang melibatkan kanak-kanak prasekolah. Ini semua

    adalah langkah dalam meningkatkan kecintaan mereka kepada warisan budaya masyarakat

    di Malaysia.

  • 3.3 PEMBENTUKAN WARGA YANG MENGUASAI ILMU, KEMAHIRAN DAN MAKLUMAT

    Dewasa ini, perkembangan teknologi informasi amat pesat sekali. Pelbagai perisian yang

    terkini, alatan-alatan canggih digunakan dalam mendapatkan maklumat. Teknologi maklumat

    tanpa sempadan menyebabkan kurikulum yang sedia ada terpaksa diubah untuk

    menyediakan masyarakat yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat terkini mengikut

    edaran masa.

    Kanak- kanak prasekolah memerlukan satu kurikulum yang boleh menyediakan mereka ke

    arah dunia saintifik yang penuh dengan teknologi. Oleh itu, Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan digubal untuk merealisasikan hasrat kerajaan ini. Tunjang Sains dan Teknologi

    amat bertepatan sekali diadakan. Melalui tunjang ini, murid prasekolah dibekalkan dengan

    kemahiran ilmu asas sains dan sikap saintifik. Mereka akan lebih terbuka apabila berbicara

    berkenaan alam sains dan teknologi.

    Kemahiran matematik awal seperti operasi tambah dan tolak diajar disamping asas

    matematik lain seperti wang dan sebagainya. Jika dahulunya, kemahiran-kemahiran ini tidak

    didedahkan kepada mereka, namun kini wujudnya KSPK yang memandang berat kemahiran

    awal sains dan matematik.

    3.4 MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF.

    Isu yang seterusnya ialah hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang lebih

    kritis, kreatif dan inovatif sejajar dengan pembangunan pesat negara. Oleh itu, kajian

    dilakukan terhadap Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dan penambahbaikan dilakukan

    melalui standard domain kreativiti. Melalui standard domain kreativiti, kanak-kanak

    prasekolah berpeluang untuk melahirkan kreativiti mereka melalui proses pembelajaran di

    dalam dan di luar bilik darjah. Murid prasekolah lebih terbuka untuk bertanyakan soalan

    kerana pembelajaran adalah berpusatkan murid. Mereka boleh meneroka idea, berfikiran

    secara literal serta sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.

    Proses pembelajaran di prasekolah tidak boleh lagi hanya berpusatkan kepada guru iaitu

    hanya guru yang menyuap ilmu kepada kanak-kanak tetapi lebih berorientasikan murid.

    Mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan idea dan boleh mempertikaikan

    apa yang mereka pelajari.

  • 4.0 BAGAIMANA MEREALISASIKAN KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH

    KEBANGSAAN DALAM PENGAJARAN MATEMATIK.

    Bermula tahun 2010, semua prasekolah di Malaysia diwajibkan menggunakan KSPK dalam

    pengajaran mereka. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan berasaskan kepada 6

    tunjang iaitu tunjang komunikasi, tunjang kerohanian, sikap dan nilai, tunjang kemanusiaan,

    tunjang keterampilan diri, tunjang fizikal dan estetika dan juga tunjang literasi sains dan

    teknologi. KSPK boleh direalisasikan dalam mata pelajaran matematik prasekolah melalui

    beberapa cara, antaranya:

    4.1 Melalui standard pembelajaran sains dan teknologi.

    Pengajaran matematik pada peringkat prasekolah adalah termasuk di dalam tunjang literasi

    sains dan teknologi khususnya. Namun begitu, subjek awal matematik ini tidak terkecuali

    diselitkan juga di dalam tunjang lain. Melalui literasi awal matematik kanak-kanak prasekolah

    didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas matematik yang perlu dikuasai sebelum

    mereka meneruskan pengajian di Tahun 1.

    4.2 Peruntukan masa

    Melalui modul asas, masa pengajaran matematik diperuntukkan sebanyak 40 minit dalam

    seminggu tidak mengira prasekolah tersebut menggunakan pengantar Bahasa Melayu

    ataupun bahasa lain. Masa selama 40 minit seminggu tersebut harus digunakan oleh guru

    prasekolah sebaik mungkin untuk mengajar standard kandungan yang telah disediakan.

    4.3 Isi kandungan

    Ia bermaksud tajuk-tajuk asas yang perlu dikuasai murid pada peringkat awal. Terdapat

    beberapa konsep yang perlu diajar dalam awal matematik iaitu:

    i. Pengalaman pranombor

    ii. Konsep nombor

    iii. Operasi nombor

    iv. Nilai wang

    v. Konsep waktu

    vi. Bentuk dan ruang

    vii. Pembinaan

    Guru perlu memahirkan diri mereka terlebih dahulu dengan fokus-fokus yang perlu diajar

    kepada murid dan memilih strategi yang bersesuaian dengan tahap dan keupayaan murid

  • pranya. Kesemua isi kandungan ini diajar secara bertema dan melalui kaedah yang

    menyeronokkan.

    4.4 Menggunakan bahan konkrit untuk membentuk kefahaman murid.

    Kanak-kanak prasekolah memerlukan sesuatu yang konkrit ataupun yang boleh nampak

    supaya mereka cepat faham dengan konsep yang diajar. Oleh itu, guru-guru prasekolah

    haruslah menggunakan alatan bantu mengajar yang nyata dan bersesuaian dengan murid.

    Contohnya, untuk mengajar mengecam duit yang berlainan nilai, guru perlu menggunakan

    wang yang konkrit supaya mereka lebih memahaminya. Sekiranya guru tidak menggunakan

    contoh yang konkrit nescaya murid tidak akan faham apa yang sedang mereka belajar.

    4.5 Perancangan guru perlu berlandaskan keperluan kurikulum dan keperluan kanak-

    kanak.

    Ini bermaksud guru prasekolah perlu menyediakan perancangan pengajaran matematik yang

    dapat menyokong murid dalam semua aspek. Tahap perkembangan murid pada peringkat

    awal persekolahan adalah pelbagai dan oleh itu guru perlu pandai untuk mengolah atau

    memilih startegi yang bersesuaian dengan mereka. Guru bukan sekadar menyampaikan isi

    kandungan tetapi perlu juga bertindak sebagai pembimbing kepada kanak-kanak atau

    pemudahcara. Kanak-kanak prasekolah perlu diberikan pengalaman pembelajaran yang

    dalam lingkungan keupayaan mereka boleh lakukan dan tanpa bantuan. Dengan ini, mereka

    akan menghadapi proses pembelajaran yang amat menyeronokkan kerana pengalaman

    persekitaran mereka akan digunakan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah

    matematik.

  • 5.0 PENUTUP

    Sebagai kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa Kurikulum Standard Prasekolah

    Kebangsaan yang digunakan semenjak 2010 adalah bertepatan dengan waktunya. Sistem

    persekolahan di Malaysia yang menjurus kepada penghasilan modal insan yang

    berketerampilan adalah elok dimulakan pada peringkat prasekolah lagi. Pengenalan asas

    matematik kepada kanak-kanak prasekolah akan dapat membantu mereka menjalani proses

    pembelajaran matematik pada peringkat sekolah rendah dengan lebih bersedia. Konsep-

    konsep awal matematik yang terdapat di dalam KSPK pada asasnya menggunakan atau

    menghargai ilmu matematik yang telah sedia ada dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Oleh

    yang demikian, diharapkan agar semua guru prasekolah menggunakan peluang yang ada

    untuk terus mencurahkan ilmu dan menerapkan nilai-nilai sejagat kepada kanak-kanak

    prasekolah mereka melalui tema-tema yang telah disediakan dalam KSPK.

    6.0 BIBLIOGRAFI

    Modul KAK 3013, Mathematics For Young Children,UPSI.

    Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    http://www.slideshare.net/MohdNorrazliMdRasdi/sme-6044-isuisu-kurikulum-12602690

    http://eprints.ums.edu.my/4038/1/nc0000001485.pdf