Upload
norazlinarahman
View
465
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
MAZHAB FALSAFAH BARATModen/ProgresifHumanismeNaturalisme (Realisme Moden)PragmatismeExistentialismeAnalisis Falsafah(Philosophical Analysis)Falsafah HolistikTradisionalPra-SocraticIdealismeRealismeScholasticisme(Religious Realisme/Thomisme)Mazhab Falsafah TradisionalBermula sejak era Pra-Socratic (sebelum Socrates))
Usaha untuk memahami prinsip alam jagat; permulaan falsafah dan intelektualisme di Barat w/pun tidak tercatat
Tokoh-tokoh:
THALES (624-545elemen yang mengisi segala ruang di alam jagat ialah air; air/kelembapan - sumber segala yang wujud di alam jagat#Falsafah Thales gabungan sains dan metafizik
Anaximender (611-546 SM)
Kedudukan bumi dari sudut rasionalisme bukan melalui pemerhatian/ kajian; kedudukan bumi tepat ditengah-tengah kosmos (sarwajagat)
Sesuatu tidak berlaku tanpa sebab; segala kejadian mestilah mempunyai punca#Parmenides of Elea (abad 5 SM)
Mengubah tumpuan drp alam kosmos kpd persoalan ontologi (kewujudan)
Konsep minda (nous) minda yang memahami dan mentafsir alam jagat; tanpa minda seseorang tidak dapat memberi apa-apa pengertian tentang alam jagat
#Menghuraikan konsep atom dan molekul
Hericlitus (510-480 SM)Memasyurkan konsep dan prinsip logos
Logos (akal) kejahilan wujud dalam diri manusia jika akal tidak dikaitkan secara seimbang dengan alam untuk memahami segala bentuk kewujudan#Golongan Sophist
Kumpulan ahli pendidik profesional -sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk mendidik/mengajar mereka yang memerlukan ilmu
Mengenakan bayaran/upah
Percaya tidak wujudnya nilai, ilmu dankebenaran hakiki; kesemua nilai adalah relatif;
Menyokong prinsip relativisme budaya#Mazhab IdealismeMazhab Barat yang sistematis paling tua selepas era Pra-Socratic; bermula di zaman Socrates
Socrates dikenali sbg ahli falsafah moral - byk mengutarkan persoalan tentang kebaikan kemoralan, keadilan dsb#Menentang prinsip falsafah Sophist; dihukum mati kerana mempengaruhi pemikiran para belia di Athens
Kaedah berfalsafah melalui dialog dan proses dialektik
Idea beliau dikumpul oleh muridnya, Plato yang menubuhkan institusi pengajian Academy#Dua karya masyur Plato ialah Republic dan Laws
Plato pengasas Idealisme
Metafizik Idealisme
Teras kepada kefahaman realiti ialah kewujudan dan kefahaman tentang Alam Idea Syumul (World of Forms/World of Perfect Ideas).
Kefahaman Alam Idea Syumul hanya melalui proses taakulan
Alam Idea Syumul :-konsep- idea, ilmu dan nilai yang paling unggul- mutlak dan tidak berubah- kefahaman mengenainya menggerakkan minda secara aktif
#Alam Idea Syumul - bertentangan dengan alam deria/alam fizikal yang tidak kekal; tidak sistematis dan sentiasa berubah
Penulisan Allegory of the Cave oleh Plato menggambarkan tahap pemikiran manusia yang rendah yang terperangkap dengan makna ilmu sebenar dan ilusi.
Manusia yang tidak menaakul ke arah memahami Alam Idea diibarat sebagai berada di dalam kegelapan gua
Manusia dianugerah potensi terpendam dan kefahaman tentang Alam Idea Syumul sebelum dilahirkan
#Oleh itu berteraskan prinsip ini, setiap individu dianggap mempunyai potensi yang perlu dikemukakan semula atau dicungkil
Epistemologi Idealisme
Proses mengetahui untuk mendapat ilmu:- proses mengingat kembali idea yang terpendam- manusia dianggap tidak mencipta ilmu tetapi menemuinya (discover)
Tahap ilmu paling tinggi:- kefahaman forms (idea, konsep, struktur logikal)- Ilmu matematik dianggap ilmu tinggi tahapnya - dalam memahami matematik hanya taakulan diperlukan
#Begitu juga ilmu pengetahuan lain seperti logik ,falsafah dan bahasa
Sbg. Cth. dalam matematik dan geometry konsep persamaan dan kesetaraan memerlukan taaakulan
#Ilmu pengetahuan sebenar berbeza sama sekali dengan imajinasi, pendapat yang berteraskan persepsi (opinion)
Kefahaman konsep melalui taakulan - tahap pencapaian ilmu paling tinggi; menganggap ilmu pengetahuan yang berteraskan kemahiran dan fizikal sebagai berada di tahap rendah#Aksiologi IdealismePrinisp nilai sejagat; menolak fahaman Sophist yang berpegang kpd nilai relatif; nilai paling mulia berada di alam Idea Syumul kekal, sempurna
Tokoh-Tokoh Idealisme:
Plato (Platonic Idealism)Augustine (Religious Idealism)Rene Descartes ( founder of modern Idealism; Scepticism)Immanuel Kant (Critique of Pure Reason) rasionalisme# MAZHAB REALISME
Mazhab tradisional selepas Idealisme
Realisme klasik, Realisme Agama, Realisme Saintifik; Realisme Rasional, Realisme Natural
Metafizik
Menolak metafizik Alam Idea Syumul Idealisme
Realiti sebenar wujud hanya berada di alam fizikal
#Realiti sebenar wujud di alam nyata/fizikal; realiti sebenar bersifat materialistik atau merujuk kepada objek atau benda yang disah oleh deria
Reality is objective and is composed of matter and form; matter is ultimate reality; a world of things
Realisme Klasik (Aristotelian Realisme)
Aristotle (384-322)
Pelajar di Academy (pusat pengajian ditubuh oleh Plato) selama 20 tahun; kemudian menubuhkan pusat pengajian sendiri LYCEUM
#Setiap objek terdiri daripada jirim dan jisim
Jika falsafah Idealisme hanya menekankan elemen idea dan bentuk (forms), Realisme Aristotle berusaha menyepadukan alam fizikal dengan alam idea
Konsep actuality dan potentiality;
actuality merujuk kepada bentuk yang lengkap dan sempurna
potentiality merujuk kepada keupayaan atau potensi sesuatu objek untuk menukar atau berubah kepada bentuk lain
#Konsep 4 Penyebab Aristotle yang menggerakkan sesuatu objek fizikal berpotensi untuk menukar bentuk (jisim).Penyebab Material jirim yang menghasilkan sesuatu objekPenyebab Formal bentuk/rekabentuk yang membentuk sesuatu objekPenyebab Cekap (efficient) agen yang menghasilkan sesuatu objekPenyebab Muktakhir hala tuju/matlamat proses perubahan sesuatu objek
#Objek rumah (penyebab material kayu, besi dsb
penyebab Formal rekabentuk sesebuah rumah
penyebab Cekap tukang rumah; buruh membina rumah; penyebab Muktakhir rumah sebagai tempat tinggal)
Kuasa yang mencipta segala yang wujud bagi Aristotle ialah tuhan
Tuhan adalah realiti muktakhir- Pencipta Pertama; - Penggerak yang Tidak Digerakkan (Unmoved Mover)- melampaui semua jirim dan jisim
Bagi Aristotle, konsep tuhan - penjelasan logikal tentang peraturan alam jagat, pengstukturan dan pentadbirannya
#Metafizik Realisme
Ontologi (kewujudan manusia)
manusia adalah rasional
dianugerah akal di samping roh dan juga jasad.(dualisme)
Jika kedua-dua akal dan roh seimbang, maka kewujudan manusia juga seimbang
matlamat kehidupan manusia akan menjadi sempurna jika akal digunakan;
aktiviti pemikiran adalah aktiviti paling penting dalam kehidupan manusia
#Perbezaan manusia dengan haiwan:- haiwan tidak ada elemen intelek
Persamaan manusia dengan haiwan:- kedua-dua manusia dan haiwan mempunyai naluri deria/sensasi(lower appetites)
- kecenderungan kepada tuntutan nafsu, proses pembiakan, pemakanan dan pernafasan
Manusia sebagai haiwan intelek:-menggunakan akal secara simbolik, logik, abstrak
Manusia yang cemerlang dari segi moral = manusia yang menekankan elemen akal /intelek
#Epistemologi Realisme
Ilmu pengetahuan yang benar ialah ilmu tentang realiti alam fizikal yang bersifat objektif dan ditadbir oleh hukum alam (Naturalisme)
Proses mengetahui sesuatu mestilah berkaitan objek fizikal yang wujud di alam nyata dan dikaji melalui deria
Proses mengetahui melibatkan dua tahap iaitu (1) peringkat sensasi/deria (peringkat rendah) (2) taakulan (peringkat tinggi)
#Peringkat taakulan:- objek-objek yang mempunyai ciri persamaan diletakkan dalam kategori tertentu
- proses pengasingan objek-objek fizikal berdasarkan ciri-ciri perlu dan mencukupi (necessary and sufficient condition)
Aristotle memperkenalkan silogisme (logik deduktif).
#Matlamat dan nilai kehidupan paling tinggi ialah kebahagiaan.
Kebahagian bergantung kepada jiwa yang seimbang dan sifat peribadi mulia dalam diri seseorang.
Peribadi mulia (virtues) ini dapat diwujudkan melalui kebiasaan dan dibentuk melalui proses pendidikan.
Peribadi mulia dapat dibentuk melalui prinsip Jalan Tengah (Golden Mean).
#SCHOLASTICISME/THOMISME/ RELIGIOUS REALISM
Pengasas St. Thomas Aquinas (1225-1274)
Falsafah Realisme Aristotle - impak yang besar ke atas agama Kristian
Aquinas - tokoh terkemuka dalam mengembangkan prinsip Realisme pada Zaman Pertengahan di Eropah
Dalam penulisan beliau,Summa Theologica, Aquinas gunakan kaedah rasional dalam menghurai persoalan berhubung agama Kristian
#Penganut agama Kristian Roman Katolik menganggap Thomisme/Scholasticisme sbg prinsip falsafah penting mereka
Aquinas percaya bahawa tuhan bersifat sempurna dan pencipta alam dan semua bentuk kehidupan
Nabi Isa diiktiraf sebagai penyelamat manusia yang mewarisi dosa warisan asal (original sin)
#Aquinas menyepadukan keimanan dan kerasional/taakulan untuk memahami prinsip ajaran agama Kristian
Manusia dikurniakan tuhan dengan roh yang bersifat kekal dan jasad yang tidak kekal; elemen intelek/akal penting dalam aktiviti pemikiran manusia
Kehidupan manusia yang dianggap sempurna adalah sentiasa berdamping dengan tuhannya; tuhan ialah Pencipta Pertama (First Cause)
#Perkembangan Mazhab Falsafah ModenObjektiviti dan penaakulan sistematis menggantikan keimanan dan prinsip metafizik sebagai jalan ke arah kebenaran
Reformasi (abad 14) oleh MARTIN LUTHER (1483-1546) mengasaskan Reformasi Protestant
Memaku 95 theses di pintu gereja sbg menentang penyalahgunaan kuasa gereja ortodoks
#Menjelang abad ke 17 perkembangan sains moden; kemerosotan kuasa gereja ortodoks Roman Katolik permulaan era Pertengahan (Medieval Age) dan permulaan era progresif
Peralihan drp tumpuan kpd metafizik ke epistemologi dalam falsafah
Rene Descartes ahli falsafah Barat pertama menganalisis konsep dan proses berfikir dan mengubah keseluruhan paradigma falsafah Barat
Jika falsafah tradisional mencari pengertian tentang
#Kehidupan sempurna; realiti mutlak, alam jagat, roh, tuhan, mulai Descartes ciri pemikiran falsafah Barat bertukar kepada proses berfikir secara matematik dan deduktif untuk memahami ilmu
Descartes masyur dengan Cogito Ergo Sum (I think, therefore I am) yang bermaksud kewujudan diri seseorang ialah satu kepastian yang tidak diragukan.
Falsafah moden dan prinsip pendidikannya menekankan teknik dan kaedah saintifik
perubahan daripada prinsip falsafah tradisional. Jika prinsip falsafah tradisional dikekalkan, penyesuaian dibuat dalam konteks era progresif.
#Era progresif menyaksikan kemunculan beberapa aliran dan fahaman falsafah dan prinsip pendidikannya. Antara lain:
1.skepticisme (Descartes dan David Hume)
2.empiricisme ( John Locke dan Francis Bacon) menolak ilmu a priori dan idea terpendam falsafah idealisme- pengalaman sebagai sumber pembentukan dan pemerolehan semua bentuk idea
3.Naturalisme (Jean JacquesRousseau 1712-1778)5.materialisme (Karl Marx)6.existentialisme (Jean Paul Sartre)7.pragmatisme (John Dewey, William James)
#Naturalisme(Realisme Moden)realiti difahamkan sebagai apa yang dilihat di alam fizikal; ditentukan oleh hukum tabii
Manusia sebagai sebahagian daripada alam jagat dan perlakuannya mengikuti hukum tabii atau nature
Tokoh terkemukan fahaman iniJean Jacques Rousseau yang dikenali sebagai Bapa Progresivisme Moden
Prinsip Naturalisme
1.Ciri dan hukum alam tabii seharusnya dikekalkan melalui prinsip pendidikan yang menekankan pertumbuhan dan perkembangan semula jadi (nature and nurture)
#Kefahaman asas dan utama tentang hukum tabii ialah melalui deria yang merupakan sumber ilmu utama
Peraturan dan pergerakan alam semula jadi adalah mengikut peringkat melalui proses evolusi (pengaruh Teori Evolusi Charles Darwin)
proses pendidikan perlu juga mengikut corak perkembangan ini; tidak boleh mendadak, kaku dan tergesa-gesa
Pengalaman sewaktu kanak-kanak amat bermakna dan berharga kpd inidividu yang mempengaruhi pembentukan konsep kendiri dan kehidupan individu pada masa akan datang
#Proses perkembangan dan pertumbuhan unggul berlaku dalam persekitaran paling semula jadi- terpelihara daripada gejala yang mempunyai pengaruh merosakkan di persekitaran
6.Mengutamakan konsep kesediaan dalam diri individu yang dididik/dipupuk; tidak mendesak kerana sifat kanak-kanak tidak boleh disamakan dengan orang dewasa (miniature adult)
Menolak doktrin Kristian dosa warisan asal
Kanak-kanak dianggap sebagai clean slate (fahaman John Locke) dalam konsep beliau, tabula rasa
#Locke berpendapat kanak-kanak ketika dilahirkan tidak mempunyai apa-apa pengertian.- Mindanya kosong (tabula rasa). Kekosongan ini kemudiannya diisi dengan idea yang ia bina dalam proses pembesaran.
10.Idea yang dibinanya ditentukan oleh proses interaksi akalnya dengan apa yang ia perhatikan disekelilingnya. Oleh itu, apa yang diperhatikannya tidak bersifat abstrak
11.Seseorang itu perlu dipelihara daripada pengaruh liar yang boleh merosakkan naluri semula jadi manusia yang dilahirkan baik
#12. Epistemologi penggunaan dan pengalaman deria dianggap sebagai sumber ilmu paling benar dan sahih
13.Pendidikan yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak ( child-centered education) dari segi minat, kesediaan dan bakat
#14.Aksiologi nilai dibentuk dlm diri individu berdasarkan pemerhatian di persekitaran yang sesuai dgn naluri semula jadi seseorang
Karya Rousseau berjudul, Social Contract - pemikiran beliau tentang politik-Emile dan pendidikan.
16. Kedua karya beliau telah menggugat pengaruh pihak berkuasa sehingga beliau terpaksa meningglakan Paris dan melarikan diri ke Switzerland .
#Falsafah PragmatismeTeori Evolusi Charles Darwin mempunyai pengaruh kuat ke atas pragmatisme
Karya Darwin On the Origin of Species (1859) menggugat prinsip falsafah tradisional Barat
Prinsip utama teori Darwin:- ialah alam tabii mengalami proses perubahan yang menentukan penghidupan organisme dalam persekitarannya- kepupusan sesuatu spesie dan digantikan dgn spesie lain mengikut peredaran masa
Prinsip perubahan yang menentukan proses perkembangan dan pertumbuhan menentang idealisme Plato tentang Alam Idea Syumul
#Bagi Pragmatisme, realiti merupakan sesuatu yang bersifat terbuka bukan ditentukan oleh sesuatu kuasa/autoriti
Tumpuan falsafah Pragamatisme ialah di Amerika Syarikat
Tokoh-tokoh Pragmatisme : Charles Sanders Peirce, William James dan John Dewey
Peirce percaya - ilmu pengetahuan sebenar bergantung kepada proses pengesahan atau verifikasi- idea ini tidak dipisahkan drp perlakuan manusia- mempunyai idea bermaksud sedar tentang kesan dan kegunaannya dalam kehidupan manusia
#William James (1842-1910)
idea yang benar ialah idea yang dapat digunakan; diaplikasi; kebenaran tidak bersifat mutlak dan terpisah drp alam nyata; kebenaran tidak bersifat objektif
Pengalaman manusia sbg data/sumber ilmu sebenar
John Dewey (1859-1952)
- pemikiran ke arah memperoleh ilmu sebenar ialah melalui sesuatu situasi bermasalah yang memerlukan penyelesaian masalah (problem-solving)
#- pemikiran kreatif penting dalam proses penyelesaian masalah
- Menganggap pengalaman dan alam tabii tidak boleh difaham secara sempit dan berstruktur
Dewey menganggap bahawa alam tabii bukan setakat mengandungi elemen fizikal tetapi juga perlu mengambil kira perhubungan sosial antara individu dalam masyarakat
#Menekankan kaedah saintifik dan ujikaji - dipercayai dapat mencapai sesuatu matlamat;- proses berfikir ke arah mencapai ilmu pengetahuan yang dapat membantu kehidupan manusia dianggap penting
#Penyelesaian masalah:- Situasi yang memerlukan kesedaran seseorang secara terperinci tentang punca masalah yang perlu diselesaikan melalui pemikiran kreatif
- kaedah yang berbeza drp falsafah tradisional yang menganggap bahawa sesuatu masalah perlu diselesaikan dgn merujuk kepada sesuatu prinsip yang diterima secara sejagat
#Setiap masalah adalah unik dan perlu diselesaikan secara tersendiri melalui ujikaji dan beberapa percubaan
Penyelesaian masalah Dewey menunjukkan bahawa pengalaman dan ciri semula jadi alam jagat tidak difahami secara kaku (rigid)
#Pendapat Dewey tentang agama:
-kebanyakan agama mempunyai kesan negatif kerana memisahkan manusia mengikut kategori prinisip kepercayaan
- bertentangan dgn prinsip demokrasi- prinsip agama dapat dijalinkan apabila individu dlm masyarakat memahami diri- melalui hubungan sosial antara individu serta mematuhi norma masyarakat
#Falsafah Mazhab ExistentialismeLatar Belakang
Prinsip falsafah Existentialisme berteraskan prinsip falsafah Sophists; berkembang pada abad 19 bermula dgn karya Soren Kierkegaard dan Friederich Wilhelm Nietzsche
Pada abad 20 prinsip existentialisme dan juga phenomenology (banyak persamaan) dikembangkan oleh Martin Buber, Karl Jaspers, Jean- Paul Sartre dan juga Martin Heideggar
Falsafah yang mempunyai tafsiran yang luas tentang perasaan dan kehidupan manusia
#Falsafah yang tidak mempunyai prinsip yang berstruktur tentang metafizik, epistemologi dan aksiologi
Falsafah yang menenkankan perasaan manusia yang terpisah dan terperangkap dalam penderitaan hidup di dunia yang dianggap tidak bermakna
Tema falsafah existentialisme digambarkan melalui karya Nietzsche (ahli falsafah Jerman) yang menganggap kemoralan tradisional telah melemahkan manusia. Oleh itu, beliau memasyurkan konsep manusia agung.
#Existentialisme menjadi begitu popular di Barat akibat Perang Dunia 1 dan 2 penderitaan hidup manusia
Existentialisme berpusat di Copenhagen, Denmark; menolak fahaman tradisional tentang realiti, ilmu dan nilai mutlak
Prinsip ulung Existentialisme ialah kewujudan mendahului zat (existence precedes essence) yang menekankan sifat dan perasaan diri manusia yang subjektif dan berbeza antara satu dengan lain
#Setiap manusia setelah dilahirkan memulakan proses mengenali diri sebenar
kesedaran inilah yang menjadikan manusia memahami sari pati kewujudannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain
Kewujudan diri setiap individu ini tidak bergantung kepada realiti alam jagat, nilai dan persepsi manusia lain
Manusia yang dilahirkan TIDAK bertanggung jawab kepada mana-mana peraturan atau autoriti kecuali kpd diri dan KEWUJUDANNYA sahaja
#Oleh itu, prinsip utama exist. ialah kebebasan mutlak dalam menentukan kehidupan dari segi nilai
Menganggap setiap individu adalah unik
Manusia yang tunduk kpd peraturan dan sistem nilai yang ditentukan ke atas dirinya akan hilang ketulenan atau (authenticity) sifat dirinya (perasaan. kehendak, naluri)
#Penganut fahaman exist. tidak terikat kpd peraturan /norma masyarakat atau apa-apa bentuk peraturan
Kehidupan yang tidak menentu dan penuh cabaran telah memaparkan pelbagai tema kehidupan yang mewarnai falsafah exist.
Prinsip falsafah exis banyak terkandung dalam bidang psikologi humanistik termasuklah bidang kaunseling (Abraham Maslow; Carl Rogers; Arthur Coombs)
#Pandangan Tokoh Tokoh ExistentialismeSoren Kierkegaard (1813-1855) berusaha memahami agama dari sudut yang begitu peribadi
penganut teguh agama Kristian walaupun menentang prinsip agama Kristian yang abstrak
Agama sbg hubungan dan pilihan peribadi antara manusia dan tuhan tanpa perlu melihat bentuk/rupa tuhan
#Pemilihan untuk beragama adalah peribadi bukan ditentukan oleh sesiapa
Kewujudan individu adalah sunyi kerana terperangkap dalam arus dunia sains dan teknologi/IT yang bersifat terlalu objektif
#Martin Buber (1878-1965)
Ahli falsafah-teologi Yahudi; dilahirkan diEropah tetapi kembali ke Palestine utk berjuang bersama kaum Yahudi utk mendapatkan tanah jajahan mereka
Prinsip falsafah beliau berteraskan konsep persamaan saling hormat menghormati sesama manusia
Karya beliau paling masyur ialah, I and Thou yang mencerminkan perlunya hubungan baik sesama manusia/individu
#I and Thou kesedaran bahawa dalam jiwa setiap orang wujudnya perasaan yang begitu peribadi dan penuh makna. Jika perasaan dalaman ini diabaikan, akan berlakunya pelbagai bentuk tekanan ke atas jiwa manusia ( hasad dengki dsbnya)
Buber percaya bahawa manusia tidak boleh dianggap sebagai objek dalam dunia materialistik; hubungan interpersonal perlu diwujudkan
I and thou--. Jalinan peribadi yang mesra antara klien dan kaunselor; menekankan elemen humanistik dlm diri manusia ( rasa bersalah; kemaafan; mengenali diri sebenar)
#I and Thou juga bermaksud bahawa diri manusia sentiasa berhubung dgn tuhan
Fahaman Humanisme Buber kesan ke atas psikologi, psychiatry, kesusasteraan dan pendidikan
Martin Heidegger (1889-1976)
Falsafah beliau berpusat kpd konsep memahami kewujudan(being) diri seseorang dalam dunia
Falsafah beliau memberi tumpuan kpd persoalan asas, Siapa diriku sebenar?yang perlu dijawab oleh diri individu sendiri tanpa diarah atau ditentukan oleh autoriti lain
#Falsafah beliau memberi kesan kpd pendidikan dalam memahami aspek person kewujudan atau peribadi seseorang
Jean-Paul Sartre (1905-1980)
Ahli falsafah exis paling terkemuka; dilahirkan di France; professor bidang falsafah; menulis novel dan drama yang menjadi bestseller di Eropah
Menyertai tentera Perancis dalam Perang Dunia Kedua dan ditawan oleh tentera Jerman dlm perang tersebut
#Sartre percaya bahawa tuhan tidak wujud untuk memberi makna kpd kewujudan; tidak wujud juga realiti muktakhir di luar drp alam fizikal
Kemanusiaan dan keindividualan hanya wujud jika kita sendiri yang memberi makna dan justifikasi mengenainya
Intisari falsafah Sartre ialah seseorang bebas memberi pentafsiran tentang kehidupannya di dunia ini sepertimana ia kehendaki
Menurut Sartre, jika tidak ada tuhan atau Pencipta Pertama, maka tidak wujudnya kuasa yang boleh menghalang seseorang drp melakukan apa yang ia inginkan . Ini kerana tidak wujudnya sesuatu peraturan azali yang telah ditentukan oleh tuhan
#Jika tidak ada peraturan azali, maka tidak ada penentuan tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan. Oleh itu, segalanya adalah bebas bagi manusia; kemanusiaan adalah dalam ertikata sebenarnya atau menurut Sartre: man is condemned to be free
Bagaimanapun, kerana kebebasan manusia adalah mutlak, perkara ini kadang-kala menakutkan manusia. Manusia yang bebas mutlak juga perlu bertanggung jawab secara mutlak atas pilihan yang mencerminkan kebebesannya.
Sarte berpendapat bahawa maksud perkataan seperti, alam tabii, sains dan undang-undang adalah ciptaan manusia.
Oleh itu, kesemua ini sebenarnya adalah tafsiran yang diberi oleh manusia tentang kehidupan yang di alaminya; Sartre kemudian bergabung dgn fahaman Marxisme
#Falsafah Analitik (Analytic Philosophy)Falsafah analitik bukan merupakan mazhab falsafah yang mempunyai content tersendiri seperti idealisme, realisme atau pragmatisme
Tumpuan utama falsafah analitik ialah menjelaskan makna ayat dan perkataan dari sudut fungsi bahasa (semantik, sintak dan analisis bahasa) dan konsep melalui kaedah saintifik dan logik (hujah, simbol)
Berpendapat bahawa kebanyakan masalah dalam falsafah bukan berkaitan realiti muktakhir, kebenaran, nilai tetapi adalah berkaitan dgn bahasa yang kabur tidak berupaya mengemukakan idea/pandangan jelas
#Ilmu pengetahuan sebenar bukan ditentukan oleh bidang falsafah tetapi bidang sains
Tugas utama falsafah ialah menghurai dgn kritis maksud ayat, istilah dan konsep dalam idea atau pemikiran
Pergerakan Analitik (Analytic Movement) dikaitkan dengan ahli falsafah seperti G.E Moore, Bertrand Russell, Ludwig Wittgenstein dan juga Noam Chomsky (keduanya tokoh analisis bahasa)#Falsafah ini juga mewakili golongan ahli falsafah/ahli logik dan matematik Vienna Circle
Tokoh lain aliran ini ialah A.J. Ayer dan Gilbert Ryle
G.E. Moore (1873-1958)- ahli falsafah di Cambridge University, England memberi tumpuan kpd perkara yang terdapat di alam nyata ; kefahaman tentang apa yang wujud ini dijelaskan melalui bahasa yang tepat#Moore menulis buku, Refutation of Idealism in Mind (1903) dan Principia Ethica (1903) - menolak prinsip metafizik kerana dianggap berunsur emosi dan sentimen seseorang
Begitu juga hujah.ayat moral, agama, estetika yang preskriptif dianggap tidak mempunyai nilai kebenaran dari segi logik dan juga bersifat subjektif (menurut cita rasa dan perasaan)
#Bertrand Russell (1872-1970)
Dlm karya beliau, Principia Mathematica, Russell dan Alfred North Whitehead berpendapat matematik dikategorikan sebagai ilmu yang semata-mata logikal (tiada nilai)
Falsafah Russell memberi tumpuan kpd pernyataan bersyarat (conditional) Jika A, maka B
Russell berpendapat bahasa juga mengikut struktur matematik (disjungsi, konjungsi, negasi)#Ludwig Wittgenstein (1889-1951)
Dlm karya beliau, Tractatus Logico-Philosophicus (1922) sains tabii/ tulen merupakan sumber proposisi benar dan juga sumber utama kpd sesuatu fakta.
Oleh itu, falsafah tidak dianggap sbg ilmu yang mendapatkan kebenaran tetapi lebih merupakan proses/kaedah untuk menjelaskan kekaburan idea dan konsep
Ahli falsafah perlu menumpukan nilai kebenaran sesuatu pernyataan/proposisi berkaitan sesuatu data/fakta drp mengesahkan data/fakta itu sendiri#Golongan Vienna Circle dan Berlin CirclePrinsip falsafah berteraskan sains (Postivism/Empiricism)
Berpegang kpd prinsip bahawa semua pernyataan/proposisi disahkan melalui logik deduktif atau induktif ( analytic, a priori, synthetic)
Logik deduktik, apriori matematik; logik induktif dan synthetic sains tulen
Cth. Ayat analitik Semua bapa adalah lelaki(necessarily true)Cth ayat synthetic Semua bapa pekerja pejabat (not necessarily true)#Menolak prinsip falsafah tradisional tentang metafizik, aksiologi dan kaedah spekulasi kerana tidak dapat dibukitkan dgn tepat melalui sains dan logik
Falsafah Analitik tidak mengemukan apa-apa pemikiran tentang alam, ilmu, nilai kerana tugas falsafah ini hanya penjelasan makna melalui analisis bahasa, saintifik dan logik#Falsafah Holistik (Integratif, Bersepadu)Tokoh seperti Frtijof Capra pengarang buku, The Tao of Physics; David Bohm, John Miller dan David Peat
Kini berpusat di Ontario, Kanada; prinsip holistik telah wujud pada era progresif (Montessorie, Pestalozzi dan Froebel) yang melihat aspek lain dalam diri individu perlu disepadukan (intelek, emosi, rohani dan jasmani)
Manusia sbg sebahagian drp alam jagat; konsep keseimbangan; konsep potensi#Ilmu bukan bersifat terpisah (atomistic) tetapi boleh diintegrasikan
Nila melibatkan emosi, rohani, intuisi, imajinasi individu
Menekankan konsep berikut:
- realiti saling kaitan (interconnected reality)- perspektif menyeluruh tentang alam jagat ddan manusia (principle of wholeness)#- nilai kasih sayang sesama manusia; keadilan, kesamaan peluang; kerjasama
- ilmu pengetahuan yang multi-disciplinary; inter-disciplinary- globalisasi- systems thinking - kurikulum bersepadu/integratif#Ecosystem Context What does it mean to be humanWhat is our relationship to the ecosystem?How do humans know?Who am I?Where did we come from, and where are we going?SymbolicContextTime ContextSubjective Context