4
Mazolla kacang Kukis ni buat semlm gak.. rspi dari dapur mat gebu.. TQ mat gebu coz kongsi rspi ni.. Bahan2: 2 cawan tepung gandum* 1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak) 1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus 1/2 camca teh esen vanilla 1 cawan gula halus 1 kuning telurMinyak jagung/mazola secukupnya (lebih kurang 1 cawan) Kuning telur, untuk disapu Kacang tanah untuk hiasan Cara membuatnya: Satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul rata. Tuang minyak jagung/mazola sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang boleh dicanai. Canai 1/2 cm, terap dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah. Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan kerana biskut agak rapuh semasa panas. Mazolla 2 Bahan-Bahan: • 1 cawan minyak mazola • 1 ½ cawan tepung gandum (diayak ) • ½ cawan tepung jagung • ¾ cawan gula halus • 1 cawan kacang tumbuk • 1 sudu teh essen vanilla • (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar. Bahan Untuk hiasan • Kuning telur untuk hiasan • Kacang tumbuk kasar secukupnya Cara-Cara: 1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati 2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit ) 3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil. 4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan. 5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur. 6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya. 7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180°C. 8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara. RESEPI BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER

Mazolla kacang

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mozilla kacang

Citation preview

Mazolla kacang

Kukis ni buat semlm gak.. rspi dari dapur mat gebu.. TQ mat gebu coz kongsi rspi ni..

Bahan2:

2 cawan tepung gandum*

1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)

1 1/2 cawan kacang tanah, goreng dengan sedikit minyak dan kisar halus

1/2 camca teh esen vanilla

1 cawan gula halus

1 kuning telurMinyak jagung/mazola secukupnya (lebih kurang 1 cawan)

Kuning telur, untuk disapu

Kacang tanah untuk hiasan

Cara membuatnya:

Satukan tepung gandum, kacang kisar, gula halus, vanila dan kuning telur. Gaul rata.

Tuang minyak jagung/mazola sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang boleh dicanai.

Canai 1/2 cm, terap dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan hias dengan kacang tanah.

Bakar dalam oven pada suhu 150C, selama 10 - 13 minit. Biarkan biskut atas dulang sehingga suam, baru dialihkan kerana biskut agak rapuh semasa panas.

Mazolla 2

Bahan-Bahan: 1 cawan minyak mazola 1 cawan tepung gandum (diayak ) cawan tepung jagung cawan gula halus 1 cawan kacang tumbuk 1 sudu teh essen vanilla (untuk mendapatkan hasil kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak dan dibuang kulitnya serta ditumbuk / dikisar.Bahan Untuk hiasan Kuning telur untuk hiasan Kacang tumbuk kasar secukupnyaCara-Cara:1. Campurkan kesemua bahan di atas kecuali minyak. Kemudian gaulkan hingga sebati2. Masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil uli adunan hingga menjadi doh. ( masukkan minyak sedikit demi sedikit )3. Ambil doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.4. Letakkan doh tadi di atas dulang pembakar. Lakukan sehingga habis adunan.5. Sapu bahagian atas dengan kuning telur.6. Taburkan kacang tumbuk kasar pada permukaan atasnya.7. Kemudian bakar selama 20 minit pada suhu 180C.8. Setelah masak angkat dan biarkan sejuk seketika sebelum simpan di dalam bekas kedap udara.

RESEPI BISKUT MAZOLA PEANUT BUTTER

Sumber : http:// noorsha.blogspot.com

Bahan(sila guna saiz mangkuk yan sama besar)

1 mangkuk kacang tanah yang telah digoreng & diblend

1 mangkuk tepung gandum

3/5 mangkuk gula halus

1/2 cawan peanut butter

Minyak jagung secukupnya

Bahan Untuk Hiasan

kuning telur secukupnya

Sedikit pewarna kuning

Kacang tanah secukupnya

Cara

1. satukan semua bahan dalam mangkuk kecuali minyak jagung. Gemburkan dan kacau agar bergaul rata.

2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil terus diramas adunan tadi sehingga menjadi doh.. pastikan doh tidak terlalu lembut & tidak telalu keras.

4. Bulatkan @ terap doh mengikut corak yang diingini, susun dalam dulang pembakar, sapukan kuning telur dan hiaskan dengan sebutir kacang tanah. Bakar pada suhu 150 C selama 10- 15 minit ataw hingga perang.

5. Setelah masak,angkat biskut perlahan sejukkan ke atas redai. Hati ya, biskut agak rapuh sewaktu panas, tapi jangan risau, tekstur biskut ni jadi sedang elok je bile dah sejuk...

6. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara, dan lapis dengan kertas untuk menyusun lapisan seterusnya. Selamat Mencuba!!~

Bubur Butir Nangka

Belajar buat bubut butir nangka ni dengan Dr Raihan (Ann)... tq Ann! Resepi dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) ni, memang sedap!

Bahan-bahan:1 cawan tepung pulut1 sudu besar tepung beras1 sudu teh pes pandan (akak tak gunakan pewarna hijau sbb pes pandan yg akak gunakan jenis pekat & bewarna hijau)Secubit garamAir secukupnyaCara-cara:Campurkan semua bahan dalam satu bekas. Uli hingga sebati. Agak-agak tak melekat di tangan, boleh ler digentel kecil2 seperti bentuk biji nangka.

Sediakan satu periuk. Masak air sehingga mendidih. Masukkan butir nangka tadi ke dalam air yg mendidih tersebut. Bila butir nangka timbul bererti dia sudah masak & boleh dimasukkan ke dalam kuah santan.

Bahan kuah:400ml santan pekat (1 tin)Sedikit garamGula secukupnya1 sudu teh halba1 helai daun pandan (disimpul)# akak saja tambah daun pandan supaya wangi, resepi Ann takde daun pandan.Cara-cara:

Masak santan pekat dalam periuk. Masukkan halba, daun pandan, gula & garam. Perlahankan api. Bila butir nangka sudah timbul dari air mendidih, masukkan ke dalam periuk santan. Jika santan terlalu pekat bolehlah ditambah air sedikit.

Cekodok Pisang

bahan-bahan

2 biji pisang montel - diramastepung gandum - agak-agaklah (cuba goreng sikit, kalau kodok makan minyak tambah sikit sahaja lagi tepung gandum)sedikit bicarbonate sodagula - ikut manissedikit garamminyak untuk menggoreng secukupnya

Tart jem nanas

bahan A 3 caw tpg gandum

2 1/2 sb tpg custard

2 sb tpg jagung

2 sb skim milk

200gm butter

3 sb ghee

1 sk garam

1 sb gula

1 kuning telur

1 sk esen vanilla

cara-cara

Pukul butter, ghee, garam dan gula hingga putih dan kembang dengan menggunakkan permutar kek, kemudian masukkan kuning telur dan esen vanilla putar lagi diikuti skim milk putar lagi, diikuti tepung custard putar lagi, diikuti tepung jagung putar lagi hingga ia sebati dan lembut kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum gaul rata dengan sudik plastik hingga terbentuk sebiji doh, uli dengan tangan hingga ia lembut, masukkan sedikit adunan ke dalam acuan tart gulung, tekan memanjang jangan putus, bahagian zigzag dibawah dan bahagian licin disebelah atas, letak jem nenas diatasnya sebelum itu gentel jem nenas sebesar jari kelingking, kemudian gulung seperti membuat kek gulung 4-5 kali lepas itu potong, susun dalam dulang pembakar, ulangi hingga habis, simpan tart jem nenas yang belum dimasak kedalam peti sejuk dahulu kemudian panaskan oven 150C dan bakar selama 15 minit hingga kuning keemasan, hidangkan

bahan B

2 biji nenas

2 caw gula pasir

sedikit garam

cara-cara

Buang kulit dan mata/hidung nenas, basuh , potong dadu nenas, kemudian masukkan dalam periuk, tuangkan gula, dan sedikit garam, masak nenas hingga kering airnya, keluarkan nenas kemudian masukkan dalam blender, blend halus, kemudian masak lagi hingga jem nenas kering dan bertukar warna keemasan, biarkan ia sejuk selepas itu bolehlah dibalut dalam tart jem nenas.

Anda mungkin juga meminati:

Kacang botak sedap lazat

Bahan-bahan:1kg kacang tanah - tidak perlu dicuci atau dibuang kulit3 biji telur putih3/4 cawan (170gm) gula pasir1 camb garam3 camb serbuk jintan manis3 camb serbuk jintan putih6-7 camb serbuk cili - nie bergantung pada kepedasan masing2300-320gm tepung gandum4-5 pelepah daun kariminyak untuk menggorengcara:

ratakan kacang ke dalam dulang dan jemur selama 8-10 jam supaya ianya dapat meranggupkan lagi kacang

NOTE: pada yang tinggal dinegara 4 musim yang jarang dapat cahaya matahari seperti di UK bolehlah di masukkan ke dalam oven dan letakkan di tray yang paling bawah sekali

kemudian bakar pada suhu 150C selama 30-40 min

sementara itu pukul putih telur sekejap dengan menggunakan hand whisker

kemudian masukkan gula, garam, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan serbuk cili

kacau sehingga semua bahan sebati

masukkan pula kacang dan kacau rata (seperti di dalam gambar)

bubuhkan tepung gandum dan gaulkan sehingga kesemua kacang bersalut dengan tepung

panaskan kuali dengan minyak yang banyak

masukkan 2-3 senduk kacang (bergantung pada size kuali yang digunakan) dan beberapa helai daun kari

goreng dengan api yang sederhana panas

kacau sekali sekala supaya kacang tidak hangus

goreng sehingga kacang mulai berbunyi atau meletup atau bertukar keperangan

bolehlah diangkat dan ditoskan diatas kitchen towel sebelum diubahkan ke dalam bekas kedap udara

apabila sudah sejuk barulah boleh ditutup bekas kedap udara

note: sedap dan susah untuk berhenti mengunyah apabila sudah mula makan