10
7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya … http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 1/10 1 1.0 Pengenalan Media sosial telah menjadi salah satu medium komunikasi yang semakin berkembang dan berperanan penting dalam mempengaruhi paradigma politik di seluruh dunia. Berbeza dengan media massa yang lain seperti televisyen, surat khabar dan radio, media sosial seperti  Facebook , Twitter  dan Youtube membenarkan pengguna untuk berkomunikasi secara luas  –  malah global  –  dan juga memberi peluang kepada semua pengguna untuk menyuarakan, menjawab dan mengulas pendapat kembali. Dengan erti kata lain, media sosial membenarkan  bilangan pengguna yang ramai untuk berinteraksi dan membincangkan sesebuah isu  berdasarkan pendapat masing-masing. Pada tahun 2011, majalah TIME  telah menyenaraikan Wael Ghonim sebagai salah satu daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia ini. Wael Ghonim adalah seorang eksekutif pemasaran Google yang menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan golongan belia Mesir dengan menggunakan media sosial Facebook. Beliau menubuhkan laman (  page) Facebook  yang bertajuk “We are all Khaled Said  sebagai tindakbalas terhadap kematian Khaled Said, seorang ahli perniagaan yang meninggal semasa berada dalam tahanan  polis pada Jun 2010 (IBTimes, 2011). Selain itu, beliau menegaskan kepada rakyat Mesir khususnya golongan belia bahawa kuasa untuk membawa perubahan sebenar berada di tangan mereka (TIME, 2011). TIME menggambarkan sambutan daripada rakyat Mesir terhadap  panggilan Wael sebagai mukjizat (miraculous), kerana ianya memulakan gerakan yang menyatukan 12 juta penduduk Mesir untuk menggulingkan rejim Hosni Mubarak, Presiden Mesir pada ketika itu. Meskipun suasana politik Mesir telah berubah di masa kini, perkara yang ingin ditekankan di sini adalah pengaruh media sosial yang kuat yang mampu mengubah  paradigma politik sesebuah negara.

Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 1/10

1

1.0 Pengenalan

Media sosial telah menjadi salah satu medium komunikasi yang semakin berkembang

dan berperanan penting dalam mempengaruhi paradigma politik di seluruh dunia. Berbeza

dengan media massa yang lain seperti televisyen, surat khabar dan radio, media sosial seperti

 Facebook , Twitter  dan Youtube membenarkan pengguna untuk berkomunikasi secara luas  –  

malah global  –   dan juga memberi peluang kepada semua pengguna untuk menyuarakan,

menjawab dan mengulas pendapat kembali. Dengan erti kata lain, media sosial membenarkan

 bilangan pengguna yang ramai untuk berinteraksi dan membincangkan sesebuah isu

 berdasarkan pendapat masing-masing.

Pada tahun 2011, majalah TIME   telah menyenaraikan Wael Ghonim sebagai salah

satu daripada 100 orang yang paling berpengaruh di dunia ini. Wael Ghonim adalah seorang

eksekutif pemasaran Google  yang menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan

golongan belia Mesir dengan menggunakan media sosial Facebook. Beliau menubuhkan

laman ( page) Facebook  yang bertajuk “We are all Khaled Said ” sebagai tindakbalas terhadap

kematian Khaled Said, seorang ahli perniagaan yang meninggal semasa berada dalam tahanan

 polis pada Jun 2010 (IBTimes, 2011). Selain itu, beliau menegaskan kepada rakyat Mesir

khususnya golongan belia bahawa kuasa untuk membawa perubahan sebenar berada di tangan

mereka (TIME, 2011). TIME menggambarkan sambutan daripada rakyat Mesir terhadap

 panggilan Wael sebagai mukjizat (miraculous), kerana ianya memulakan gerakan yang

menyatukan 12 juta penduduk Mesir untuk menggulingkan rejim Hosni Mubarak, Presiden

Mesir pada ketika itu. Meskipun suasana politik Mesir telah berubah di masa kini, perkara

yang ingin ditekankan di sini adalah pengaruh media sosial yang kuat yang mampu mengubah

 paradigma politik sesebuah negara.

Page 2: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 2/10

2

Di Malaysia, media sosial turut menjadi salah satu medium utama bagi parti-parti

 politik negara baik kerajaan mahupun pakatan pembangkang untuk menyalurkan informasi

dan berkempen kepada rakyat Malaysia, khususnya golongan belia berumur 20-an yang

digelar oleh Bolton dan rakan-rakan (2013) sebagai Generasi Y. Generasi Y dikatakan adalah

generasi pertama yang hidup dalam suasana perkembangan teknologi maklumat, khususnya

internet. Norfaezah (2010) menyatakan bahawa perkembangan internet di Malaysia bermula

sekitar pertengahan 1990-an. Maka, generasi Y di Malaysia boleh dikatakan lahir pada sekitar

 pertengahan 1980-an, mendapat akses internet pada sekitar umur belasan tahun dan membesar

ke alam dewasa dengan penggunaan internet, khususnya media sosial. Maka, tidak hairanlah

 jika majoriti pengguna media sosial Facebook di Malaysia adalah dalam lingkungan umur 18

hingga 34 tahun (David Jr, 2013).

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 Malaysia yang diadakan pada Mei 2013 telah

menyaksikan pengaruh dominan media sosial dalam mempengaruhi corak pengundian para

 pengundi. Hampir semua parti dan calon yang bertanding membentangkan hujah dan

manifesto peribadi mereka menggunakan media sosial (mStar Online, 2013). Parti politik

negara menerusi Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang menerusi Pakatan Rakyat

(PR) bersaing sengit dalam berkomunikasi secara dua hala dengan anggota masyarakat di

samping menyampaikan maklumat secara efisien melalui  Facebook , Twitter , Youtube,

 Instagram  dan  Blogger . Namun, sejauhmanakah keberkesanan strategi tersebut dalam

mempengaruhi kepercayaan seseorang pengundi untuk memilih pemimpin yang diinginkan?

2.0 Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan dalam kertas tugasan ini bertujuan untuk menilai

keberkesanan media sosial untuk mempengaruhi corak pengundian di pilihan raya umum

yang seterusnya. Data-data dalam kajian ini akan memfokuskan kepada pandangan golongan

Page 3: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 3/10

3

generasi Y tentang signifikan media sosial kepada mereka dalam pilihan raya akan datang.

Metodologi kajian ini adalah temubual (interview) secara kumpulan fokus ( focus group)

dengan mensasarkan golongan generasi Y sebagai informan. Kaedah ini menggalakkan

 pengkaji untuk mendapatkan pemahaman informan menginterpretasikan kehidupan mereka,

khususnya pandangan mereka tentang penggunaan media sosial oleh parti dan pemimpin

 politik. Pengkaji merujuk kepada data kajian Lynch dan Hogan (2012) untuk mendapatkan

 pandangan-pandangan tersebut. Lynch dan Hogan menjalankan temubual secara mendalam

 bersama lapan kumpulan fokus di mana terdapat empat hingga enam ahli dalam sesebuah

kumpulan fokus itu untuk mendapatkan pandangan mereka tentang penggunaan media sosial

oleh parti dan pemimpin politik. Namun, kajian Lynch dan Hogan adalah menjurus kepada

generasi Z, yakni golongan yang lahir selepas tahun perkembangan internet iaitu 1990 yang

 berumur 21 tahun dan ke bawah. Pengkaji mengaplikasikan kaedah kajian mereka, namun

menjurus kepada generasi Y yang berumur 21 tahun ke atas. Terdapat empat kumpulan fokus

yang dikaji, dengan bilangan dalam lingkungan 3 hingga 4 orang. Ahli kumpulan-kumpulan

fokus tersebut berumur dalam lingkungan 21 hingga 23 tahun dan merupakan pelajar

Universiti Sains Malaysia. Setiap peserta informan dilabel dengan menggunakan nombor,

yakni Informan 1, Informan 2 dan seterusnya.

3.0 Pandangan Generasi Y Tentang Penggunaan Media Sosial dalam Politik di Malaysia

Kebanyakan informan memberi pandangan yang negatif apabila membuat gambaran

mengenai suasana politik di Malaysia. Mereka berpandangan bahawa saluran infomasi

 politik negara adalah bersifat berat sebelah dan lebih menyebelahi pihak kerajaan berbanding

 pihak pembangkang. Oleh yang demikian, mereka menggunakan media sosial untuk

mendapatkan infomasi politik secara menyeluruh.

Page 4: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 4/10

4

Informan 3: Pada pendapat saya, sangat kucar-kacir, berdasarkan apa yang

saya nampak di Facebook. 

Informan 8: Kalau dari segi  print media, ianya banyak memihak kepada

kerajaan, whereas kalau dari segi media sosial, ianya lebih holistik. So, media

sosial is pretty non-bias (dalam menyalurkan maklumat politik negara).

Selain itu, apabila mengulas mengenai suasana politik negara, para informan mempersoal

sistem politik negara kerana mempunyai unsur-unsur ketidakadilan. Persoalan mereka bukan

sahaja menunjukkan bahawa pemuda-pemudi masa kini semakin berani mempersoalkan

sistem politik negara, tetapi mempunyai pengetahuan politik mereka yang baik walaupun

tidak menyeluruh.

Informan 7: Kotor. Kerana like you can see that even when the PR  (parti

 politik) won the major vote  (dalam PRU yang lepas), they don’t get to be the

 government. So, obviously that there are something wrong with the division of

areas (pembahagian kerusi parlimen). 

Informan 4: Bagi saya, politik di negara kita adalah agak unik, rumit, kotor

dan agak sukar difahami dari segi teori. Contohnya, kita sudah sedia maklum

 bahawa negara kita adalah sebuah negara demokrasi. (Namun) apakah definisi

demokrasi yang diutamakan?

Informan 11: Sebenarnya baik pihak kerajaan mahupun pembangkang, kedua-

duanya mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing. Saya rasa

kedua-dua pihak harus berbincang dan tidak perlu menunding jari (dalam isu-

isu politik negara) kerana rakyat yang akan menjadi mangsa.

Page 5: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 5/10

5

Kesemua ahli-ahli kumpulan fokus mempunyai akaun media sosial  Facebook . Di samping

itu, sesetengah informan juga aktif menggunakan Twitter   dan  Instagram. Kebanyakan

informan mendapatkan informasi berkenaan politik negara menggunakan media sosial,

terutamanya Facebook .

Informan 2: Most of the information (on politics), I get it from media sosial.

Informan 5: Media sosial memberi informasi tentang politik yang paling

 banyak dan paling laju.

Informan juga bersetuju bahawa generasi Y merupakan golongan yang menggunakan media

sosial sebagai medan untuk mendapatkan maklumat mengenai politik.

Informan 5: Pada pendapat saya, peranan media sosial ni mungkin dapat

menarik perhatian pengundi yang muda, (iaitu) pengundi yang pertama kali

mengundi yang berumur 21 tahun. Jadi, ianya (media sosial) dapat mengubah

 pemikiran (pengundi).

Informan 10: Pemuda-pemudi lebih percaya dengan maklumat yang terpapar

di social media berbanding dengan berita di media arus perdana.

Para informan sedia maklum tentang strategi ahli dan parti politik menggunakan media sosial

untuk memperolehi sokongan umum. Namun, mereka berasa bahawa penggunaan tersebut

 perlu mempunyai limitasi dan tidak disalahgunakan kerana ianya mampu mempengaruhi

 pemikiran para pengguna, khususnya golongan generasi Y.

Informan 7: Saya rasa totally OK  untuk mereka menggunakan social media

because (it’s) their own freedom to choose whatever they want, but sometimes

they have to be careful with apa yang mereka salurkan because banyak orang

Page 6: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 6/10

6

muda yang addicted to social media. So sangat mudah untuk influence all these

 youngsters.

Informan 6: Kita ada hak untuk bersuara, hak untuk channel your voice  tapi

 perlu ada limit. (Certain) people need to be in charge to make sure that these

 people (ahli politik) tidak menyalahgunakan the power of voicing their opinion.

Informan 3: Saya rasa ianya bergantung kepada orang-orang yang mendapat

maklumat daripada media sosial itu, (dan bagaimana) mereka

menginterpretasikan maklumat yang mereka dapat.

Informan juga berasa bahawa penggunaan media sosial daripada seseorang ahli politik itu

dapat mempengaruhi pandangan umum terhadap imej ahli politik tersebut. Hal ini sedikit

sebanyak mampu mempengaruhi sokongan umum terhadap seseorang ahli politik itu.

Informan 2: Apabila seseorang pemimpin politik itu memaparkan sifat-sifat

kekeluargaan dengan menonjolkan gambar bersama keluarga di dalam

Facebook. Ianya boleh mengubah perspektif orang ramai tertumpu kepada

mereka. Ianya menukar dan menambah imej yang baru (kepada pemimpin

 politik tersebut).

Informan turut menyuarakan bahawa penggunaan media sosial dalam kalangan ahli politik

memudahkan interaksi mereka bersama masyarakat umum. Kaedah ini adalah lebih cepat dan

mudah berbanding bersemuka dengan seseorang ahli politik itu. Masyarakat umum dapat

membuat aduan, menyuarakan pendapat dan berbincang dengan pemimpin politik masing-

masing di media sosial.

Page 7: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 7/10

7

Informan 5: Melalui  social media, dia (pengundi) dapat menunjukkan atau

 berkongsikan apa yang dia nak (daripada pemimpin politiknya) dengan masa

yang cepat.

Informan 2: Apabila kita (menyuarakan pandangan secara) face-to-face, orang

lain tidak tahu dan dia (seseorang ahli politik) mungkin akan mengendahkan.

Tetapi apabila pandangan disuarakan melalui  social media, orang lain akan

mula menyokong dan juga mengkritik pandangan tersebut, dan parti politik

akan tersebut akan mengulas dengan lebih lanjut (melalui media sosial).

Informan 7: Bukan semua orang dapat berjumpa dengan ahli politik,  so the

only way to talk is through social media. But there is another problem that

 some people are not responsible in social media. They just post whatever they

want and some people post  dengan kata-kata yang tidak sopan with no point,

because they just want to bash the person  (ahli politik). There has to be a

balance, which is not there now. 

Kesemua informan bersetuju bahawa media sosial mampu mempengaruhi corak pengundian

dalam pilihanraya. Mereka merujuk kepada kuasa media sosial yang mampu mengubah

 persekitaran politik semasa pilihanraya umum 2008 dan 2013. Melalui media sosial, para

 pengundi mampu mendapatkan maklumat mengenai politik secara menyeluruh, bukannya

 berat sebelah kepada satu pihak sahaja.

Informan 4: Media sosial ni menjadi satu faktor yang besar untuk menentukan

kemenangan dalam pilihanraya, terutamanya pada tahun 2008 dan baru-baru

ini pada tahun 2013.

Page 8: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 8/10

8

Informan 9: Melihat pada (pilihanraya) tahun 2008, banyak kerajaan (kerusi

 parlimen) digulingkan oleh pakatan rakyat disebabkan oleh (penggunaan)

media sosial yang sangat aktif pada masa itu.

Informan 7: Social media  sangat berpengaruh, contohnya PR (pihak

 pembangkang), they don’t get the mainstream media because mainstream

media belongs to the government. So they go to social media and that’s how a

lot of people started to support their campaign. People started changing their

 profile pictures and stuffs.

 Namun, informan juga turut menyatakan bahawa sokongan terhadap seseorang ahi politik itu

adalah bergantung kepada cara mereka mendekati masyarakat umum, terutamanya

masyarakat yang tidak mempunyai akses kepada media sosial.

Informan 2: Kalau kita tengok di area ulu (pedalaman), mereka tidak boleh

mendapat (akses) media sosial. It is based on how they (ahli atau parti politik) 

approach the people there.

Para informan juga percaya bahawa media sosial akan terus mempengaruhi sokongan rakyat

kepada ahli dan parti politik yang berlainan dalam pilihanraya umum akan datang. Namun,

terdapat informan yang menyatakan bahawa pengaruh media sosial dalam mempengaruhi

 persekitaran politik negara adalah sangat besar dan tidak terkawal.

Informan 4: Social media menjadi satu teknologi yang tidak dapat dipisahkan

dengan kita, dan ianya menjadi satu (medium) yang sangat penting bukan

sahaja dalam aspek politik malah dalam kehidupan seharian.

Informan 7:  It depends on what they will do for campaign, but social media

will always be influential  (dalam politik).

Page 9: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 9/10

9

Informan 6: Pengaruh  social media akan menjadi lebih kuat dan lebih susah

untuk dikawal.

4.0 Kesimpulan

Dengan demikian, jelaslah bahawa media sosial bukan sahaja menjadi satu pendekatan utama

dalam perbincangan politik negara, namun turut menjadi satu saluran utama masyarakat

umum di negara ini mendapatkan maklumat politik. Selain itu, media sosial menjadi medan

utama ahli dan parti politik untuk melahirkan kepercayaan kepada para pengundi, justeru

mempengaruhi corak pengundian dalam PRU. Partisipasi politik dalam kalangan golongan

generasi Y hampir keseluruhannya adalah melalui media sosial. Oleh yang demikian, adalah

wajar untuk setiap ahli dan parti politik untuk menggunakan media sosial sebaik yang

mungkin untuk mendapatkan sokongan masyarakat umum. Hal tersebut dijangka mampu

mengubah corak pengundian di PRU ke-14 yang bakal berlangsung pada tahun 2018 akan

datang.

5.0 Senarai Rujukan

IBTimes Staff Reporter, 2011. Google man Wael Ghonim emerges as the face of Egypt

 protests.  International Business Times, [Online] 9 February. Available:

<http://www.ibtimes.com/google-man-wael-ghonim-emerges-face-egypt-protests-

264971> [Accessed 23 April 2014]

 Norfaezah Binti Abd. Halim, 2010. Sejarah Internet Malaysia. Pusat Teknologi Maklumat &

Komunikasi Universiti Malaysia Pahang, [Online]. Available at:

Page 10: Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya Umum Di Malaysia

7/22/2019 Media Sosial Sebagai Pendekatan Utama Untuk Melahirkan Kepercayaan Dalam Proses Pengundian Pilihan Raya …

http://slidepdf.com/reader/full/media-sosial-sebagai-pendekatan-utama-untuk-melahirkan-kepercayaan-dalam-proses 10/10

10

<http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/69-telekomunikasi/198-sejarah-internet-

malaysia.html> [Accessed 23 April 2014]

Bolton, R.N., Parasuraman, A., Hoefnagels, A., Migchels, N., Kabadayi, S., Gruber, T.,

Loureiro, Y.K., Solnet, D., 2013. Understanding Generation Y And Their Use Of Social

Media: A Review And Research Agenda.  Journal of Service Management , 24(3),

 pp.245-267.

mStar Online, 2013. Pengaruh Besar Media Baru Dalam PRU-13. mStar Online, [Online] 30

April. Available:

<http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2013/4/30/mstar_berita/20130430160253>

[Accessed 23 April 2014]

David Jr, 2013. Malaysia Social Media Statistics.  Blog.malaysia-asia.my, [Blog]. Available

at: <http://blog.malaysia-asia.my/2013/09/malaysia-social-media-statistics.html>

[Accessed 23 April 2014]

Lynch, K. and Hogan, J., 2012. How Irish Political Parties Are Using Social Networking

Sites To Reach Generation Z: An insight into a new online social network in a small

democracy. Irish Communications Review, 13(2012), pp.83-98.

Mohamed ElBaradei, 2011. Wael Ghonim. TIME 100, [Online], 21 April. Available at:

<http://content.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,2066367_2066369_20

66437,00.html> [Accessed 23 April 2014]