20

Click here to load reader

Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

1 | M u k a S u r a t

MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM

KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN

CADANGAN PENYELESAIAN

Encik Mahamad Amran bin Kamsi

Abstrak

Hasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (2011)

tentang keberkesanan kokurikulum di kalangan murid sekolah menengah ada menunjukkan

perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masa instruktional kegiatan

kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalam menjalankan aktiviti

kelab/persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktor-faktor lain seperti wibawa

pentadbir sekolah; kurikulum kelab/persatuan yang tidak lengkap dan kekurangan

kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yang berlaku. Dalam usaha

mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti. Pertama, penyelesaian di

peringkat sekolah yang berfokus kepada pengetua/guru besar dalam melaksanakan 11 strategi

pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaian peringkat Kementerian yang meliputi

pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolah secara projek inovasi; pemantapan

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM; pemantapan sistem pemantauan di semua

peringkat pelaksanaan; melengkapkan dan melatih pegawai/ personal kokurikulum di semua

peringkat dan; melengkapkan kemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat

Kokurikulun Negeri dan Daerah. Strategi penyelesian secara serampang dua mata dijangka

bukan sahaja diyakini boleh menyelesaikan masalah melindungi masa instruktional

kokurikulum malahan juga mampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah.

Cadangan penyelesaian ini memberi impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan

impak perjawatan baru berjumlah 4,133 orang.

Page 2: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

2 | M u k a S u r a t

1.0 PENGENALAN

1.1 Kandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada dua

aspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapat

dengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjah

manakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku di

luar bilik darjah. Pada dasarnya Kementerian Pendidikan Malaysia (seterusnya

KPM) sentiasa berusaha dan berhasrat agar kedua-dua aspek ini memberi

impak yang maksimum kepada perkembangan pendidikan yang menyeluruh

kepada setiap murid sejajar dengan hasrat falsafah pendidikan negara, namun

dari segi keberhasilannya menampakkan bahawa aspek kokurikulum masih

banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

1.2 Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Ia

bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untuk

menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan Kebangsaan

Pendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah

wajib. Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang

boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-

duanya ( Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran pelajar

dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub

sebagaimana dalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15

Januari 1986. Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan

kokurikulum adalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan.

1.3 Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember 1967,

masa yang diperuntukan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalah di

antara 100 hingga 180 minit seminggu kepada pelajar-pelajar sekolah

menengah; dan di antara 60 hingga 120 minit seminggu kepada murid-murid

sekolah rendah. Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam

setahun ialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi

Page 3: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

3 | M u k a S u r a t

kelab/persatuan dan kelab/persatuan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis

kegiatan ini perlu dijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah

ditetapkan. Sungguhpun begitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauhmana

masa yang diperuntukkan benar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi

tujuan kegiatan kokurikulum.

2.0 PERNYATAAN ISU

2.1 Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatan

kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum

yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara

faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang

berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini

disokong oleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan

Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat

kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan

beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang

menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah

agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa akan

datang dapat dihasilkan. Dapatan ini juga seolah-olah menggambarkan

bahawa kegiatan kokurikulum tidak dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga

memberi suatu persepsi yang negatif di kalangan murid. Sehubungan itu boleh

juga dikaitkan sama ada masa instruktional bagi menjalankan kegiatan

kokurikulum telah dilindungi atau dengan ertikata lain kegiatan kokurikulum

(terutama kegiatan kelab dan persatuan sekolah) ada dijalankan dengan sebaik

mungkin atau sebaliknya.

2.2 Pentadbir sekolah (termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan

Kokurikulum) bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan

kokurikulum selaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan.

Umpamanya dalam menetapkan masa dan penjadualan aktiviti, mewajibkan

pemakaian pakaian berunifom pada hari Selasa/Rabu, pengendalian majlis

Page 4: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

4 | M u k a S u r a t

perhimpunan sekolah oleh persatuan/kelab kokurikulum sekolah dan kehadiran

murid dalam kegiatan kokurikulum. Isu penguatkuasaan peraturan dan sistem

pemantauan yang tidak mantap dianggap sebagai penyebab utama bagi

kebanyakan pengurusan sekolah melaksanakan kegiatan kokurikulum pada

tahap seadanya sahaja. Sikap ini menyebabkan pihak pengurusan sekolah

kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan untuk

mengetahui peraturan , garis panduan atau arahan KPM, JPN dan PPD sebagai

satu perkara yang perlu ditangani dengan segera. Tanggapan kokurikulum

bukan perkara utama dan mustahak sudah tentu tidak membuahkan sebarang

usaha kreatif dan inovasi kepada kegiatan kokurikulum itu sendiri. Tanpa

menafikan faktor kurang kemahiran/kepakaran, kegagalan guru-guru

melaksanakan kegiatan kokurikulum lebih kepada kegagalan pihak pentadbir

sekolah untuk mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah. Jika seorang

pengetua/guru besar semata-mata lebih mengutamakan baiah kecemerlangan

akademik di sekolahnya sudah tentu sikap dan usaha yang sama juga akan

berputik dan dipupuk di kalangan guru yang ada di sekolah tersebut.

2.3 Mengikut SPI Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb Januari 1985,

guru di sekolah adalah guru kokurikulum juga. Maksudnya, di samping

mengajar dalam bilik darjah seseorang guru itu juga berperanan untuk

mengendalikan sebarang kegiatan kokurikulum yang dipertanggjawabkan

sebagai penasihat/pembimbing/jurulatih. Namun ramai guru yang gagal

menjalankan tanggugjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidak cukup

kompeten. Masalah kurang mahir dalam sesuatu jenis kegiatan kokurikulum

yang dipertanggungjawabkan adalah faktor utama. Tidak dinafikan semua

guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa belajar di

institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalah setakat

tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidang ilmu

kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikian akan

setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatu

perancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid. Ada

segolongan guru yang berusaha gigih mengatasi kelemahan diri mereka

dengan mengikuti kursus peningkatan yang dianjurkan oleh Kementerian atau

Page 5: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

5 | M u k a S u r a t

badan-badan luar namun peningkatan bilangan guru yang berkemahiran

sedemikian secara keseluruhan tidak memberi signifikan yang ketara kerana

faktor-faktor seperti bidang kokurikulum yang amat luas, perancangan

kejurulatihan yang tidak mantap, agihan peruntukan yang tidak menentu dan

dasar/polisi Kementerian terhadap penglibatan guru-guru dalam kokurikulum

yang sering berubah-ubah.

2.4 Kegagalan guru melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulum sering

dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidak lengkap.

Kelemahan ini berlaku kerana atas dua faktor. Pertama, bidang kokurikulum

terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjah adalah

kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yang diluluskan

oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yang telah

melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpun begitu

ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidak

menjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik bidang

kokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set atau sekuen kandungan

pelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yang

dipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semulajadi

kelab/persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentu

ilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitan

bahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang dan

pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, tidak

menjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagai

panduan asalkan boleh mengukuhkan apa yang sudah dipelajari dalam bilik

darjah.

2.5 Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatan

kokurikulum yang jelas ialah secara menjadikan alam semulajadi dan alam

sekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Tidak menafikan

Kementerian ada menyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di

sekolah namun masih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu

diperbaiki. Contohnya dalam membina sesebuah sekolah sejauhmanakah

Page 6: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

6 | M u k a S u r a t

keperluan untuk menjalankan kegiatan kokurikulum benar-benar

dititikberatkan. Adakah bilik-bilik persatuan/kelab sekolah; atau padang dan

gelanggang disediakan secara mencukupi dengan bilangan murid di sekolah

berkaitan? Dalam masa yang sama diperakui ada sesetengah kemudahan dan

peralatan yang tidak boleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan

dan penyelenggaran yang tinggi; dan memerlukan kepakaran jurulatih dan

juruteknik. Kemudahan sebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap

daerah. Ketiadaan atau kekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali

dijadikan alasan kepada guru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan

kokurikulum yang berkaitan.

3.0 CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN

Secara jelas isu melindungi masa instruktional adalah masalah peringkat sekolah

namun jika diteliti secara mendalam masalah yang timbul ada yang berpunca dari

kelemahan dasar/polisi pihak lain seperti dari pihak Kementerian. Dalam hal ini

penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaian yang melibatkan peringkat sekolah

dan peringkat Kementerian.

Peringkat Sekolah:

3.1 Pengetua/Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum:

Jatuh-bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/Guru

Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta kepentingannya dan

dasar-dasar perlaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh

Kementerian seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/Guru Besar.

Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan

dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan

wajib ada pada setiap pengetua/guru besar. Tidak dinafikan dalam mengurus

kokurikulum di peringkat sekolah, Kementerian berpendekatan fleksibel

dengan memberi kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/Guru

Page 7: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

7 | M u k a S u r a t

Besar. Sungguhpun begitu dalam isu melindungi masa instruktional

kokurikulum Pengetua/Guru Besar boleh menjadikan strategi-strategi yang

berikut sebagai panduan:

i. Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidang

kokurikulum - Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untuk memberi

kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibubapa

dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan terhadap

kokurikulum. Silap faham tentang peranan kokurkulum sebagai

kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu

dihapuskan. Pengetua/Guru Besar seharusnya mampu mengubah

persepi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini adalah suatu

kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu

membawa pembangunan kemanusiaan secara menyeluruh termasuk

pembangunan ‘kepelbagaian intelek’ dan ‘intelek emosi’. Dalam masa

yang sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa

dewasa dan, yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana

sumber manusia yang berkualiti.

ii. Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum -

Kepelbagaian kelab/persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan

kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu

Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan bilangan

kelab/persatuan yang ditubuhkan telah mengambilkira bilangan

keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/peralatan yang

ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambilkira program

berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan

kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk

menubuhkan sesuatu kelab/persatuan, Pengetua/Guru Besar perlu

menimbangkan secara rasional dan praktikalnya perlaksanan

kelab/persatuan itu.

iii. Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah - Suasana yang

meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam

sesuatu aktiviti/program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak

sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun

Page 8: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

8 | M u k a S u r a t

sentiasa diwar-warkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi

fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing

mempromosikan/memperagakan imej kelab/persatuan di persekitaran

sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semua peringkat aktiviti

(daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi

sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila

pihak sekolah mengadakan aktiviti/program kokurikulum seperti Hari

Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan

penuh dari ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-

guru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-

masing. Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha

memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta

penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara.

iv. Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun -

Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun,

Pengetua/Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama,

keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian

seragam, kelab/persatuan dan sukan permainan. Kedua, membezakan

di antara aktiviti mingguan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum

peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat

daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang

awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti

sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat.

Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid

kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan.

Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan

semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun.

Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh

menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan

boleh membawa kearah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah

yang dikehendaki.

v. Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan

lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan

Page 9: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

9 | M u k a S u r a t

sesebuah kelab/perrsatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan

sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti senarai

ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan

pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi

sesebuah kelab/persatuan. Malahan ia boleh dijadikan suatu aspek

untuk menilai prestasi kelab/persatuan. Pihak sekolah juga boleh

menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data

kokurikulum yang boleh diedarkan di kalangan warga sekolah atau ke

peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan.

vi. Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktifan yang diperakukan, adil

dan memberangsangkan - Proses penilaian kokukurikulum

memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan sekolah. Kesedaran

di kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperolehi skor yang

tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelaskan

dari masa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan

murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid

dikemaskini sepanjang masa - tidak hanya sewaktu hendak

menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang

kurang berprestasi untuk memperbaiki prestasinya. Sebaik-baiknya

hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti

melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang

akademik, penilaian dalam kokurikulum lebih kepada membantu

murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus.

vii. Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan -

Pengetua/Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh sistem

pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan.

Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang

dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil

dari pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah

baik pelaksanaan di masa akan datang. Pemantauan juga sebagai

gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan

murid dalam kegiatan kokurikulum.

Page 10: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

10 | M u k a S u r a t

viii. Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited -

Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah sering diabaikan

oleh Pengetua/Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang

berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang

kokurikulum perlu sentiasa dikemaskini bagi mewujudkan pasukan

penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi

peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya pendedahan

secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Latihan dalam ini

termasuklah dari Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan

Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam

melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun.

ix. Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan/peralatan

yang mencukupi dan berkualiti - Dalam kokurikulum perkara ini

bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti

kokurikulum. Ia merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan

sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-sekolah yang kurang

kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber

yang ada di luar sekolah atas dasar konsep 'guna sama'. Cara ini hanya

boleh berlaku jika ada suatu penjadualan aktiviti yang sistematik.

Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan

'pengubahsuaian' aktiviti. Contohnya, permainan bolasepak futsal

menggantikan permainan bolasepak padang, atau mengadakan

perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam

menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan pihak sekolah

wajar mengambilkira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang

berkategori 'perlu' dan boleh diguna sama, seperti peralatan

perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyenggaraan

dan penstoran peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan

ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan

murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna.

Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang menilai kemudahan dan

peralatan serta kemudahan kokurikulum adalah satu nilai tambah yang

penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah.

Page 11: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

11 | M u k a S u r a t

x. Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang

komprenhensif dan kemas kini - Strategi ini berkaitan usaha pihak

sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu

kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep "happening"

dan "lively" kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkan dengan

sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah

seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-sudut khas dan bilik

sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke

luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat

kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program

khas seperti "school linkage programme". Membudayaakan

penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu

usaha yang berterusan dan memerlukan komitmen serta kerjasama

semua pihak terutama dari kalangan murid dan guru

xi. Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang

berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja-kerja

penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada

keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa dilakukan. Kerja-

kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan

galakkan pengurusan sekolah bagi membolehkan kokurikulum

sentiasa releven dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan

dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil

penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan

pemain-pemain kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama.

Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam

memastikan masa instruktional kokurikulum dilaksanakan Pengetua/Guru

Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design"

untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/Guru Besar perlu

mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi

pembangunan fizikal dan infrastruktur/kemudahan serta peralatan;

pembangunan guru pembimbing/jurulatih/fasilitator/penasihat dan;

pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/Guru

Page 12: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

12 | M u k a S u r a t

Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang

terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan

Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa

Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain.

Peringkat Kementerian:

3.2 Kegiatan Kelab/Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi:

Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/persatuan kurang

memberi impak akibat faktor-faktor kebanyakan gurunya kurang

berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruktionalnya gagal

dilindungi. Sehubung itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan

dengan pendekatan semua kelab/persatuan sekolah melaksanakan aktiviti

mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi.

Justifikasi kepada pendekatan ini ialah untuk membudayakan amalan kreatif

dan inovatif di kalangan murid yang mana kemahiran yang sedemikian

diperlukan oleh negara di masa akan datang. Kokurikulum dilihat cocok

kepada arah tuju pembudayaan ini kerana secara semulajadi memberi ruang

dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya

sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja

yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka.

Skop kegiatan kelab/persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada

projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab

dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid di

mana guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid

melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara

berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan

manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau

pelaksanaannya.

Page 13: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

13 | M u k a S u r a t

Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberi impak dari aspek:

i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/persatuan - Dalam

setiap masa perjumpaan kelab/persatuan sekolah, pengisiannya ialah

kepada merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk

inovasi yang berkaitan kelab/persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh

dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan

projek yang dipilih oleh murid ini pada awal tahun mesti disiapkan di

hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah

masa instruktional kelab/persatuan yang tidak berkualiti.

ii. Pendekatan ‘berpusat kepada murid’ - Dalam melaksanakan projek

berinovasi guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala

kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap

projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa

yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/persatuan

hanya bertang gungjawab untuk menyelia dan memastikan proses

pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual.

Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus

dalam kelab/persatuan kerana kemahiran utama adalah memadai setakat

mengurus projek.

iii. Projek Inovasi sebagai ‘showcase’ sekolah - Pihak sekolah

bertanggungjawab untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada

aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilai yang berfungsi

menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini

boleh dipamerkan sewaktu Hari Kokurikulum atau Hari Ucapan dan

Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan

penglibatan ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat untuk hadir. Sekolah

juga digalakkan untuk mengangkat hasilan projek yang bermutu ke

peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu pertandingan/pameran yang

berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu-bapa/penjaga dan masyarakat

luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam

kegiatan kokurikulum.

Page 14: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

14 | M u k a S u r a t

3.3 Memantapkan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum

Kebangsaan:

Sebagaimana sedia maklum Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di

peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat

dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju

kokurikulum di semua peringkat. Ia juga berfungsi sebagai 'focal person'

terhadap kewujudan sesuatu dasar yang baru. Jawatankuasa ini yang juga

berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras

peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka

program kejurulatihan dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat.

Jawatankuasa ini juga menjadi 'think tank' kepada sebarang dasar baru yang

diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruktional

kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini

berperanan sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di

peringkat pengurusan tertinggi Kementerian.

3.4 Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD:

Kementerian bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang

mantap dan konsisten kepada pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah.

Ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang

ditetapkan telah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua peringkat, terutama

pihak sekolah. Satu bentuk pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat

kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan

tahunan tersebut selesai.

Menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum

untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat

dengan undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada

hukuman/penalti kepada pesalah yang melakukannya.

Page 15: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

15 | M u k a S u r a t

3.5 Pegawai dan Jurulatih/Personel:

Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan

suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh

mana pengisian kurikulum yang berkait kokurikulum di peringkat institusi

perguruan dan universiti benar-benar releven dan memenuhi keperluan sekolah

dan, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk

mengendalikan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, suatu program

pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/personel di semua peringkat

pelaksanaan yang melibatkan jangka pendek dan panjang terhadap guru-guru

kokurikulum dalam perkhidmatan perlu di wujudkan.

Dalam masa sama tindakan yang segera perlu dibuat dengan memenuhkan

kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat

mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Sungguhpun begitu suatu

mekanisma yang jelas untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan

pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas

(berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan perlu diwujudkan.

3.6 Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah:

Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk

membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran

aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan

selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutama di peringkat daerah menjadi nilai

tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan

sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang

kurang mahir. Dalam hal ini melengkap kemudahan infrastruktur pusat-pusat

kokurikulum negeri dan daerah sebagai perancangan akan memberi impak

besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara

menyeluruh, dan mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir.

Melengkap keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di pusat- pusat

kokurikulum negeri dan daerah boleh membantu masalah melindungi masa

instruksional kokurikulum, juga masa instruktional akademik. Jika bilangan

Page 16: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

16 | M u k a S u r a t

jurulatih yang mencukupi wujud masalah guru-guru meninggalkan kelas

kerana terlibat dalam kegiatan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan

boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepad jurulatih

yang dilantik secara spenuh masa.

4.0 IMPAK:

Pelaksanaan cadangan mengatasi masalah melindungi masa instruktional

kokurikulum memberi impak kewangan dan perjawatan. Impak kewangan yang

berjumlah RM159,683,410. (Butiran impak kewangan pada 4.1). Impak perjawatan

pula ialah sebanyak 4,133 orang (butiran impak perjawatan pada 4.2)

4.1 Kewangan:

i. Bengkel dan kursus: RM 5,183,410

Bengkel membina modul dan taklimat transformasi kokurikulum

kepada semua pengetua sekolah menengah dan pegawai JPN ( 2,235

orang pengetua dan 35 orang pegawai JPN) RM1,287,250.

Bengkel dan Kursus Pelaksanaan Projek Inovasi Kelab dan Persatuan

kepada Jurulatih Utama, dan GPKokurikulum Sekolah Menengah (35

pegawai JPN, 70 Pengetua dan 2,235 GPK Menengah) RM991,890

Kursus Asas, Kursus Lanjutan dan Kursus Pengurusan berkaitan

Kokurikulum kepada Guru-guru Kokurikulum Sekolah (210 orang

peringkat kebangsan dan 6,705 orang peringkat negeri) RM2,904,270

ii. Pembangunan Pusat Kokurikulum Daerah: RM154.5juta

(RM1.5 juta x 103 daerah)

Page 17: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

17 | M u k a S u r a t

4.2 Perjawatan: Jurulatih Pusat Kokurikulum negeri dan daerah: 4,133 orang

i. Jurulati Pusat Kokurikulum Daerah:

25 orang x 137 daerah – 3,425 orang

ii. Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri:

42 orang x 14 negeri – 588 orang

iii. Jurulatih Pusat Kokurikulum Negeri (telah membangun)

60 orang x 2 negeri – 120 orang

5.0 KESIMPULAN:

Isu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yang

mantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi tidak sahaja dari sekolah malahan juga

PPD, JPN dan Kementerian.Tidak seperti bidang akademik yang prestasinya diukur

melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskan kepada kehadiran,

jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaian murid dalam sesuatu

kelab/persatuan yang dianggotai. Sehubungan itu pendekatan yang fleksibel dan

praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perlu diberi pertimbangan dengan

mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak sekolah. Sungguhpun

begitu dalam masa yang sama, masa instruktional yang telah ditetapkan untuk

kegiatan kokurikulum itu dilaksanakan sebaik yang mungkin. Dalam hal ini

pelaksanaan aktiviti kelab/persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat

sebagai suatu yang menepati kriteria yang diperlukan.

Secara jelas kegagalan melindungi waktu instruktional kokurikulum berpunca

kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yang sewajarnya dalam

sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebab sampingan kepada

kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkara yang mustahak juga.

Dalam masa Kementerian mengesa pihak Pengetua/guru besar memperbaiki strategi

pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah amatlah molek Kementerian juga

Page 18: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

18 | M u k a S u r a t

mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini. Walaupun cadangan-cadangan

penyelesaian itu ada yang bersifat jangka pendek dan jangka panjang tetapi apa yang

penting usaha yang menampakkan suatu usaha dan inisiatif awal boleh menjadi bukti

bahawa keyakinan Kementerian terhadap peranan kokurikulum dalam sistem

pendidikan negara.

Peringkat sekolah merupakan wadah asas kepada perkembangan kokurikulum. Impak

sesuatu peraturan dan dasar pelaksanaan kokurikulum akan di lihat di peringkat ini.

Kegagalan sekolah mematuhi peraturan dan dasar yang ditetapkan seperti melindungi

masa instruktional kokurikulum bukan sahaja mengagalkan tujuan kokurikulum

bahkan juga memberi impak kepada perkembangan murid untuk menjadi warganegara

yang diharapkan di masa akan datang. Pemantauan, penyeliaan dan penguatkuasaan

peraturan yang berterusan sama ada daripada PPD, JPN atau KPM boleh memberi

kesedaran dan memandu pihak sekolah mengikut landasan yang sebenar dalam

melaksanakan kokurikulum.

Dasar pendidikan secara percuma memerlukan kerajaan membiayai kegiatan

kokurikulum. Komitmen ini perlu diterjemahkan secara konsisten demi memastikan

apa yang dihasrat oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keberhasilan

kokurikulum yang diharapkan oleh KPM tercapai. Peruntukan tahunan sejumlah

RM100 juta bagi menjana kegiatan kokurikulum di semua peringkat memang besar

tetapi dalam membina modal insan masa hadapan ia perlu dilihat sebagai suatu

pelaburan jangka panjang kepada negara. Begitu juga dengan kewujudan Pusat

Kokurikulum Negeri dan Daerah banyak memberi faedah bukan sahaja kepada murid

dan guru untuk melakukan kegiatan pembelajaran dengan lebih sempurna malahan

boleh menjimatkan perbelanjaan.

Modul pelaksanaan kegiatan kokurikulum perlu juga mengambilkira keperluan di

pelbagai peringkat. Masalah pegawai JPN dan PPD yang terbeban dengan tugas

akibat ketidakcukupan pegawai perlu diatasi pada kadar segera. Masalah guru

meninggalkan kelas kerana menjadi personel pengelolaan kokurikulum boleh

dikurangkan jika program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan

dilaksanakan sehingga peringkat sekolah. Melengkap bilangan dan melantik jurulatih

Page 19: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

19 | M u k a S u r a t

tetap di pusat kokurikulum Negeri dan Daerah untuk mengendalikan kegiatan

kokurikulum dianggap strategi yang terbaik yang boleh meningkat mutu dan imej

kejurulatihan pusat itu sendiri.

6.0 SYOR:

Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Kementerian Pelajaran mengesyorkan agar

cadangan-cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktional

kokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebut adalah

meliputi seperti berikut:

i. Taklimat/kursus kepada semua pengetua/guru besar sekolah mengenai

transformasi kokurikulum peringkat sekolah dengan anggaran kos mengurus

berjumlah RM RM1,287,250.

ii. Pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolah secara projek berinovasi dengan

anggaran kos mengurus berjumlah RM3,896,160.

iii. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum

sekolah

iv. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur 137 Pusat Kokurikulum

Daerah dengan anggaran kos berjumlah RM154.5juta

v. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa Pusat Kokurikulum

Negeri seramai 708 orang dan Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3425

orang.

Page 20: Melindungi masa intruksioanal kokurikulum

Taklimat Pelaksanaan Melindungi Masa Instruksional (MMI)

oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan)

20 | M u k a S u r a t

RUJUKAN:

Bahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan

Kokurikulum di sekolah, 2010

Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjuan

Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011

Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas Seminar

Kokurikulum, 1970 hingga 1990,

Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum,

2007

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011.

Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn.

Bhd., Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011.