2
8/8/2019 Memantapkan Misi Pendakwah http://slidepdf.com/reader/full/memantapkan-misi-pendakwah 1/2 1 MEMANTAPKAN MISI PENDAKWAH Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com  ) Jauh perjalanan luas pemandangan. Itulah ungkapan yang seri ngkal i kita dengari daripada kata-kata mereka yang hidup lebi h dahulu dari kita. Ia menggambarkan bahawa, perjalanan yang dilalui kita khususnya di dalam kehidupan ini , pasti akan menghasilkan suatu bentuk pemi kiran dan pengalaman yang amat berguna buat mereka yang berfi kir. Itulah yang ingin saya kongsikan di dalam satu perjalanan yang jauh dan juga amat besar maknanya buat diri saya. Perjalanan ke Selatan Thailan ber sama delegasi kepimpinan ABIM Selangor sert a turut sama wakil  dari WADAH, HELWA dan ABIM Daerah.  Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat (26 November 2010) dan berakhir pada Hari I snin (29 November 2010) telah memberikan saya satu penga  jaran yang besar dalam usaha untuk membimbing, menget uai sert a membina organisasi sert a gerak kerj a dakwah yang sebenar. Perjalanan yang bermula dengan menziar ahi 2 rumah anak yatim di Tak Baik dan Pattani begitu menyentuh hati . Usaha dakwah sert a kegigihan mereka yang membinanya men  jadikan usaha itu amat berbaloi dan moga-moga mereka mendapat rahmat Allah s.w.t.  sebanyak-sebanyaknya.  Mungkin kepada sebahagian daripada kita ia hanyalah sekadar bi asa saha  ja, tet api jiwa, masa dan harta yang mereka korbankan mungkin ti dak set anding dengan apa yang kita usahakan.  Perjalanan hari kedua kami dibawa bertemu teman-teman di Koper asi Ibnu Aff an dengan bangunan mereka yang tersergam di dalam kesibukan bandar Patt ani. Di susuli dengan pertemuan bersama pengusaha-pengusaha pertanian organik di Yala sert a Unit HIV/AIDS YMAT. Perjalanan kedua ini membukti kan bagaimana usaha dakwah i ni tidak berlaku hanya di Malaysia, bahkan diser ata pelusuk dunia dengan suasana dan keadaan yang berbeza. Ini lah usaha  semua mereka dan kita yang beragama Islam.  Perjalanan ini membawa k epada 3 kesimpulan penti ng dalam usaha kita membi na keupayaan diri untuk istiqamah di dalam sesuatu perjuangan men egakkan agama Allah s.w.t. Apa yang dapat saya perhatikan dan per halusi di dalam seti ap persinggahan ini, pendokong atau pendakwah ini dengan jelas menyatakan tentang kesatuan aqidah  sert a objektif sebenar apa yang diusahakan itu hanyalah semata-mata untuk Allah s.w.t, demi keagungan Islam sert a ummat yang men  jadi amanah khalif ah di muka bumi i ni.  

Memantapkan Misi Pendakwah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Memantapkan Misi Pendakwah

8/8/2019 Memantapkan Misi Pendakwah

http://slidepdf.com/reader/full/memantapkan-misi-pendakwah 1/2

1

MEMANTAPKAN MISI PENDAKWAH 

Oleh: Kamarul Azami bin Mohd Zaini ( http://kamarulazami.blogspot.com )

Jauh perjalanan  luas pemandangan. Itulah ungkapan yang  seringkali kita dengari daripada 

kata-kata mereka yang hidup lebih  dahulu  dari kita. Ia menggambarkan bahawa, perjalanan yang 

dilalui kita khususnya di dalam kehidupan ini, pasti akan menghasilkan suatu bentuk pemikiran dan 

pengalaman yang amat berguna buat mereka yang berfikir. Itulah yang ingin saya kongsikan di dalam

satu perjalanan yang jauh  dan juga  amat besar maknanya buat diri saya. Perjalanan  ke Selatan 

Thailan bersama delegasi kepimpinan ABIM Selangor serta turut sama wakil dari WADAH, HELWA

dan ABIM Daerah. 

Perjalanan yang bermula pada hari Jumaat (26 November 2010) dan berakhir pada Hari Isnin 

(29 November 2010) telah memberikan  saya  satu penga jaran yang besar dalam usaha  untuk 

membimbing, mengetuai serta membina  organisasi serta  gerak  kerja  dakwah yang  sebenar. 

Perjalanan yang bermula  dengan menziarahi 2 rumah  anak yatim di Tak Baik  dan Pattani begitu 

menyentuh  hati. Usaha  dakwah  serta  kegigihan mereka yang membinanya men jadikan  usaha itu 

amat berbaloi dan moga-moga mereka mendapat rahmat Allah  s.w.t.  sebanyak-sebanyaknya. 

Mungkin kepada sebahagian daripada kita ia hanyalah  sekadar biasa  saha ja, tetapi jiwa, masa dan 

harta yang mereka korbankan mungkin tidak setanding dengan apa yang kita usahakan.

 

Perjalanan hari kedua kami dibawa bertemu teman-teman di Koperasi Ibnu Aff an dengan 

bangunan mereka yang tersergam di dalam kesibukan bandar Pattani. Disusuli dengan pertemuan 

bersama pengusaha-pengusaha pertanian  organik  di Yala  serta Unit HIV/AIDS YMAT. Perjalanan 

kedua ini membuktikan bagaimana  usaha  dakwah ini tidak berlaku  hanya  di Malaysia, bahkan 

diserata pelusuk dunia dengan suasana dan keadaan yang berbeza. Inilah usaha semua mereka dan 

kita yang beragama Islam. 

Perjalanan ini membawa  kepada 3 kesimpulan penting  dalam usaha  kita membina 

keupayaan diri untuk istiqamah di dalam sesuatu perjuangan menegakkan agama Allah  s.w.t. Apa 

yang  dapat saya perhatikan  dan perhalusi di dalam setiap persinggahan ini, pendokong  atau 

pendakwah ini dengan jelas menyatakan tentang kesatuan aqidah serta objektif sebenar apa yang 

diusahakan itu hanyalah semata-mata untuk Allah s.w.t, demi keagungan Islam serta ummat yang 

men jadi amanah khalif ah di muka bumi ini. 

Page 2: Memantapkan Misi Pendakwah

8/8/2019 Memantapkan Misi Pendakwah

http://slidepdf.com/reader/full/memantapkan-misi-pendakwah 2/2

2

Melalui kesatuan aqidah ini, para kepimpinan atau qiyadah yang dilantik sekaligus berjaya 

mengenepikan soal kepentingan peribadi serta membina kepercayaan masyarakat dalam mengetuai

ummat dari pelbagai bentuk pendekatan dan  keperluan baik dari sudut ekonomi,  sosial mahupun 

politik. Kepercayaan ini semakin mengukuh  apabila  kesatuan  aqidah ini mula meresapi ke dalam

masyarakat melalui kepimpinan yang dipercayai sebagaimana juga kaedah yang dilaksanakan oleh 

Ar-Rasul Muhammad  s.a.w. Kepercayaan  kepada  amanah ini dilaksanakan  dengan baik 

bertun jangkan kepada aqidah yang mantap, men jadikan pemimpin ini tadi melakukan tugas dengan 

sebaik mungkin  dan meletakkan  ketakutan dan  ketakwaan  serta  kebergantungan  hanya  semata-

mata kepada Allah s.w.t. 

Hasilnya, aktiviti  yang direncanakan oleh mereka ini mendapat sokongan padu ummat serta 

diberikan  kemudahan  oleh Allah  s.w.t.  kerana  keikhlasan  dan  kesungguhan para qiyadahnya 

melaksanakan. Aktiviti jadi berkesan dan mendapat sambutan bahkan diberikan pula kepercayaan oleh pemerintah  untuk melaksanakan tanggung jawab penyatuan. Maka, perjuangan ABIM serta 

gerakan Islam yang men jadi mata rantainya perlu  kembali kepada  usaha  gemilang ini untuk 

membina  semula  keyakinan  diri terhadap aqidah Allah  s.w.t. Percaya bahawa  segala  apa yang 

diusahakan  dan  kejayaan juga  kegagalan  adalah  dari Allah  s.w.t. Wu judnya  halangan  dalam

perlaksanaan juga datang dari Allah s.w.t. 

Maka,  hidupkanlah  semula  hati-hati kita  wahai para pejuang  agama Allah  s.w.t.  dengan 

keyakinan yang penuh terhadap Allah  s.w.t.  serta  lakukanlah  amanah ini dengan bersungguh-sungguh  agar ia men jadi satu tugasan yang jelas, mantap dan berkesan  kepada  seluruh  ummat

manusia. Saya amat berharap, perjalanan ini memberikan  saya  lebih banyak tenaga dan  semangat

untuk bersama-sama melakukan  kerja  demi ummat dan  demi agama Allah  s.w.t. Buangkanlah 

kepentingan diri serta lakukan dengan sebaiknya dalam usaha mencari keredhaan Allah s.w.t.