Upload
vuongnhi
View
246
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER
BAGI TAJUK SISTEM PENGANGKUTAN
MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM
TINGKATAN LIMA.
MUSTAMIN BIN LACATTA
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
i
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU
MENGAJAR (ABM) BERASASKAN KOMPUTER
BAGI TAJUK SISTEM PENGANGKUTAN
MATAPELAJARAN BIOLOGI KBSM
TINGKATAN LIMA.
MUSTAMIN BIN LACATTA
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Biologi)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Segala puji bagi tuhan yang telah menjadikan alam ini
serta segala isi yang terkandung di dalamnya
dan kepada junjungan besar kita
Rasulullah s.a.w.
Dengan ingatan tulus ikhlas, terutama sekali buat
Ayah dan Ibu yang telah mendewasakan ku
serta sanggup berkorban apa sahaja demi ku
dan hanya tuhan yang dapat membalasnya
Kepada kakak serta adik ku yang tercinta
yang sentiasa menyokong ku
semoga sentiasa beroleh rahmat dari Allah
dan kepada semua rakan-rakan
sahabat handai serta kaum
Muslimin dan Muslimat
Semoga sentiasa berada pada
Jalan yang benar dan diredai Allah
Amin ....
iv
PENGHARGAAN
Sekali lagi syukur kepada Allah s.w.t keran dengan izin dan rahmatnya, maka
penulis telah berjaya untuk menghasilkan satu projek yang mungkin akan dapat
memberi banyak manfaat kepada semua pihak dan sekiranya projek yang telah
dihasilkan ini mendatangkan masalah kepada pihak-pihak yang berkenaan, maka
mohon maaf dan ampun terlebih dahulu ingin saya sampaikan.
Selepas melalui berbagai-bagai dugaan dan menempuhi bermacam-macam
halangan serta rintangan untuk menyiapkan projek ini, semuanya telah dapat diatasi
atas bimbingan serta dorongan penyelia Projek sarjana Muda saya dan penghargaan
ini terutama sekali buat beliau iaitu kepada Tuan Haji Muslim Bin Jonid. Segala
panduan dan nasihat yang telah dicurahkan oleh beliau tidak akan saya lupakan.
Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah fakulti pendidikan iaitu Dr.
Arba’at Bin Hassan serta pegawai-pegawai bahagian Makmal Multimedia yang telah
banyak membantu dalam penghasilan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
terdekat yang sentiasa menghulurkan cadangan serta bantuan seperti saudara
Muharam Dari, Amirudin Abd Rashid dan Arbain Sapirah .
Begitu juga dengan sahabat-sahabat Kursus Sarjana Muda Pendidikan
Biologi yang telah bersama-sama mengharungi suka duka sepanjang pengajian ini
yang juga telah banyak membantu dalam menjayakan projek ini. Semoga kita
bersama-sama dapat mencapai apa yang sentiasa kita hajati selama ini.
v
ABSTRAK
Dengan kemunculan teknologi yang terus menerus berkembang dengan
pesatnya, ia telah memberi kesan yang mendalam kepada banyak pihak di negara ini.
Impak yang dapat dilihat daripada kemajuan ini ialah pihak bahagian pendidikan
negara ini. Proses pengajaran dan pembelajaran yang satu masa dahulu hanyalah
berlaku secara tradisional serta sehala sahaja telah dapat diperkembangkan dengan
kemajuan teknologi ini. Melalui perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan
komputer yang dibangunkan ini, ia mengandungi pelbagai teknologi yang mampu
untuk meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran di negara ini. Perisian
ini mengandungi pelbagai jenis media dan antaranya ialah teks, grafik, audio, video
dan animasi. Penghasilan perisian ini adalah untuk memberi bantuan kepada guru-
guru dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Ia juga mampu untuk menarik minat yang lebih daripada pelajar berbanding dengan
kaedah tradisional yang telah lama digunakan. Perisian ini juga akan dapat
menambahkan koleksi perisian pendidikan Alat Bantu Mengajar (ABM) berasaskan
komputer. Selain itu, untuk menghasilkan satu perisian yang baik, beberapa perisian
lain juga memainkan peranan yang penting. Perisian PowerPoint yang digunakan ini
juga dibantu oleh perisian lain seperti Gif Animated, Sound Forge, Ulead Cool 3D
dan beberapa perisian lain. Selain guru, perisian ini juga boleh digunakan secara
tidak langsung oleh pelajar untuk rujukan serta pengguna biasa yang berminat
mengenainya.
vi
ABSTRACT
As the new technologies are emerging rapidly, it has affecting deeply to most
of the parties in this country. One of the impacts that can be seen from these
developments is the national education sector. Teaching and learning process years
back happened via traditional and successfully developed with the advances of
technologies nowadays. Through the Teaching Aid Facilities (TAF) computer based
software that has been created, it contains various technologies that can increase the
teaching and learning quality in the country. The software contains many kind of
media such as texts, graphics, audio, video and animation. The creation of the
software is to help the teachers in carrying out the teaching and learning activities
inside class. It also capable to attract t more attention from the students compared to
the traditional method that long has been used. The software can add to the computer
based ABM education software collections. Furthermore, to produce excellent
software, other software also plays an important role. This Power Point software
used is assisted by other software such as Gif Animated, Sound Forge, Ulead Cool
3D and others. Beside teacher, the software can be indirectly applied by student as
reference and other users who have the curiosity regarding it.
vii
KANDUNGAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
BAB PERKARA MUKASURAT
I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Projek 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Projek 7
1.5 Kepentingan Projek 7
1.6 Skop Projek 8
1.7 Rasional Pemilihan Tajuk 8
1.8 Definisi Alat Bantu Mengajar (ABM) 9
viii
II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Penggunaan Komputer dalam Pendidikan 12
2.3 Kepentingan Alat Bantu Mengajar 13
2.4 Ciri-ciri Alat Bantu Mengajar yang Baik 15
2.5 Modul Perisian Alat Bantu Mengajar
Berasaskan Komputer 16
2.6 Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) 17
2.7 Perbezaan antara Perisian
AMB dengan PBK 19
2.8 Multimedia dalam Pengajaran
dan Pembelajaran 20
2.9 Kelebihan Perisian ABM
Berasaskan Komputer 21
2.10 Kelemahan perisian ABM
Berasaskan Komputer 22
2.11 Aspek Pedagogi dalam Perisian ABM
Berasaskan Komputer 23
2.12 Teori Pembelajaran 24
2.12.1 Behaviourisme 25
2.12.2 Kognitivisme 26
2.12.3 Konstruktivisme 27
III METODOLOGI PEMBANGUNAN PROJEK
3.1 Pengenalan 29
3.2 Penentuan Tajuk dan Skop 29
3.3 Rasional Pemilihan Media 30
3.4 Klasifikasi Komputer 31
3.5 Pengumpulan Bahan dan Penjanaan Idea 31
3.6 Analisis Pembangunan 32
3.6.1 Objektif Pengajaran 32
ix
3.6.2 Kumpulan Sasaran 33
3.6.3 Isi Kandungan Pelajaran 34
3.6.4 Soalan/Penilaian Pencapaian 34
3.6.5 Format Spesifikasi Isi Kandungan 35
3.7 Pemilihan Perisian Pembangunan Utama 35
3.8 Kelebihan Microsoft Powerpoint XP 36
3.9 Perisian Multimedia 37
3.10 Perkakasan Pembangunan 38
3.11 Spesifikasi Perkakasan Minimum Pengguna 38
IV PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan 43
4.2 Penyediaan Bahan 43
4.2.1 Penghasilan dan Pengeditan Teks 44
4.2.2 Grafik dan Visual 45
4.2.3 Penghasilan Animasi 45
4.3 Model Perisian 46
4.4 Struktur Asas Perisian 46
4.4.1 Paparan Montaj dan Tajuk 46
4.4.2 Paparan Untuk Arahan dan Bantuan 47
4.4.3 Paparan Menu Utama 48
4.4.4 Paparan Topik 50
4.4.5 Paparan Sub Topik 50
4.4.6 Paparan Isi Kandungan Umum 51
4.4.7 Paparan Isi Kandungan Khusus 52
4.4.8 Paparan Uji Minda 53
4.4.9 Paparan Laman Web 55
4.4.10 Paparan Glosari 55
4.5 Pempakejan Perisian 56
4.6 Cara Menggunakan Perisian 57
x
V PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 58
5.2 Kekangan Dalam Pembangunan Perisian 58
5.2.1 Kekurangan Kepakaran 69
5.2.2 Kos Yang Tinggi 69
5.2.3 Kekangan Masa 60
5.2.4 Kekurangan Perisian 60
5.3 Kelebihan Perisian 60
5.4 Kekurangan Perisian 62
5.5 Cadangan 62
5.6 Kesimpulan 63
RUJUKAN 65
LAMPIRAN 68
xi
Tajuk Jadual Muka Surat
i. Jadual 2.1: Perbezaan antara
Perisian ABM dan PBK 19
ii. Jadual 3.1: Format spesifikasi
Isi kandungan 35
xii
Tajuk Rajah Muka Surat
i. Rajah 3.1: Carta alir perisian secara umum 40
ii. Rajah 3.2: Carta alir terperinci bagi sistem peredaran darah 41
iii. Rajah 3.3: Carta alir terperinci komposisi serta fungsi darah 42
iv. Rajah 4.1: Paparan montaj dan tajuk 47
v. Rajah 4.2: Paparan arahan 48
vi. Rajah 4.3: Paparan bantuan 48
vii. Rajah 4.4: Paparan Menu Utama 49
viii. Rajah 4.5: Paparan apabila mouse over 49
ix. Rajah 4.6: Topik bagi Sistem Peredaran Darah 50
x. Rajah 4.7: Topik bagi Pembekuan Darah 50
xi. Rajah 4.8: Paparan salah satu sub topik 51
xii. Rajah 4.9: Paparan isi kandungan umum 52
xiii. Rajah 4.10: Paparan salah satu isi kandungan khusus 53
xiv. Rajah 4.11: Paparan soalan 1 54
xv. Rajah 4.12: Paparan peneguhan bagi soalan 1 54
xvi. Rajah 4.13: Paparan Laman Web 55
xvii. Rajah 4.14: Paparan Glosari 56
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, masyarakat di dunia secara amnya telah mengenali dengan lebih
dekat lagi apa yang dimaksudkan dengan teknologi serta telah banyak mengetahui apa itu
teknologi yang sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Jika dibandingkan dengan
masa yang lampau, pengetahuan mereka tentang teknologi adalah kurang atau tidak tahu
langsung mengenainya. Dengan kemajuan teknologi yang telah ada pada masa kini, ia
tidak semata-mata digunakan untuk sektor tertentu sahaja malah ia telah pun banyak
diadaptasikan dalam banyak bidang-bidang yang lain. Sebagai contoh, iaitu satu bidang
yang ingin dibincangkan secara lebih lanjut lagi iaitu bidang pendidikan, telah banyak
menggunakan kemajuan teknologi yang ada dalam sistemnya seperti dalam sistem
pembelajaran dan pengajaran. Jika hendak dibandingkan dengan cara pembelajaran dan
pengajaran masa lampau atau pembelajaran secara tradisi, ia amat berbeza dengan cara
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi. Sebagai contoh penggunaan
alat bantu mengajar berkomputer yang semakin meluas digunakan telah membawa
banyak perubahan dan sikap serta minat pelajar terhadapnya.
2
Kemajuan sains dan teknologi pada masa kini bukan sahaja membantu mengenai
kepantasan komunikasi tetapi juga mengenai kecekapan dan cara pembelajaran. Oleh itu,
pengubahsuaian dan penegasan perlu terus dilakukan. Menurut Abdul Rahim Mohd Saad
(1992), setiap kali terdapat perubahan teknologi perkakasan atau teknologi komunikasi
yang baru, terdapat kemungkinan mutu pengajaran dapat diperbaiki lagi. Hasil
pengajaran yang bermutu akan meningkatkan pencapaian murid.
Disebabkan telah berlaku banyak reformasi dalam pelaksanaan kurikulum
pendidikan di negara ini seperti contoh penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek Sains
dan Matematik serta kewujudan sekolah-sekolah bestari maka, keperluan untuk
menjalankan pembelajaran berasaskan teknologi semakin meningkat disebabkan
kesesuaiannya seperti penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.
Budaya di sekolah seharusnya diubah daripada sesuatu yang berasaskan memori kepada
yang berpengetahuan, berfikiran kreatif dan penyayang dengan menggunakan teknologi
yang tertentu. (KPM, 1997)
Menurut Ismail Zain (2002), penggabungan aplikasi budaya berfikir dan budaya
teknologi khususnya dalam perkembangan bidang multimedia mampu mewujudkan
senario belajar secara lebih menarik dan berkesan. Perkembangan dalam bidang
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang
pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala
kecanggihan serta kebolehannya menyampaikan maklumat secara cepat, tepat dan
menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah
mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Dengan adanya teknologi dalam pengajaran, ia akan mampu untuk membawa
pendidikan pada landasan yang betul dan sesuai. Rountree (1979) mengatakan teknologi
juga telah dilihat sebagi alat ataupun merujuk kepada alatan, media dan perkakasan yang
3
digunakan untuk mencapai objektif pendidikan. Justeru itu, ia samalah ertinya dengan
frasa “mengajar dengan menggunakan alat pandang-dengar”.
Kulik dan Kulik (1987), pelajar akan mendapat pengetahuan yang lebih dan
memahami konsep dengan lebih cepat jika mereka diberikan kaedah pengajaran
berbantukan komputer. Pelajar juga mempunyai sikap positif terhadap mata pelajaran
yang diajar jika mereka menggunakan kaedah pengajaran berbantukan komputer.
Toyad (1991), penggunaan teknologi pendidikan secara sesuai dan bijak boleh
membantu sistem pendidikan kita mencapai hasratnya secara berkesan dan cekap serta
membolehkan negara ini mencapai matlamat dan memperbaiki mutu kehidupan
rakyatnya.
Baharuddin Aris (1995), mengatakan bahawa penggunaan teknologi pendidikan
dapat menyampaikan pengertian atau informasi dengan cara yang lebih konkrit atau lebih
nyata daripada yang dapat disampaikan oleh ungkapan kata-kata yang diucap, dicetak,
mahupun ditulis. Oleh yang demikian, teknologi pendidikan akan membuat suatu
pengertian atau informasi itu menjadi lebih bermakna. Seseorang itu akan lebih mudah
atau lebih cepat belajar dengan melihat video, relia atau model. Ini akan dapat
menghindarkan keraguan atau salah pengertian secara lebih efektif.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkembangan dan desakan keadaan yang sentiasa berubah menjelaskan betapa
kritikal bagi kita mengambil langkah-langkah untuk mengkaji dan mengubahsuaikan
4
peranan teknologi pendidikan supaya selaras dengan perubahan yang sedang berlaku.
Kita terpaksa mengambil tindakan seperti ini kerana kita tidak ingin mengaplikasikan
model-model pengajaran yang kurang sesuai, objektif-objektif pembelajaran yang tidak
berkaitan dengan keperluan masa kini atau menggunakan alatan media jenis lama.
Memandangkan keadaan sedemikian, Abdul Rahim (1992), mengatakan bahawa kita
perlu mengambil kira dan menggunakan teknologi pengajaran secara betul dan sesuai
supaya kita juga sentiasa melangkah ke hadapan dan tidak terikat dengan amalan yang
usang, nilai-nilai yang lapuk dan tidak berkesan lagi.
Salah satu contoh teknologi dalam pengajaran yang boleh digunakan pada masa
kini adalah perisian Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berasaskan komputer.
Memandangkan ia adalah berasaskan kepada komputer maka, (ABM) ini boleh
dimanipulasikan mengikut keadaan yang tertentu dan ia adalah lebih menarik berbanding
dengan ABM yang pegun. Ini kerana ABM berasaskan komputer mengandungi banyak
elemen-elemen multimedia seperti audio, video, grafik dan banyak lagi.
Mok Soon Sang (1993), mengatakan bahawa pelajar yang menggunakan
komputer dalam pembelajaran akan jimat masa belajar sehingga 30% daripada yang
sepatutnya dan mampu untuk merangsang interaksi semasa belajar di kalangan pelajar
dan antara guru. Ini akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Pengajaran dan pembelajaran ini semakin berkesan juga disebabkan
penggunaan deria pada tahap yang tinggi. Ini kerana, setiap pancaindera akan
menghasilkan penumpuan yang berbeza. Mok (1994), merumuskan bahawa perolehan
maklumat kefahaman oleh para pelajar dalam suatu proses pembelajaran adalah deria
lihat (75%), deria dengar (13%), deria sentuh (6%) dan deria rasa (3%).
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, setiap deria keupayaannya adalah
terbatas. Melalui gabungan pelbagai deria ini, ia akan meningkatkan keupayaannya.
5
Menurut Hinz M. (1969), melalui kajiannya mendapati bahawa gabungan penerimaan
sesuatu maklumat dengan menggunakan deria pancaindera iaitu penglihatan dan
pendengaran secara serentak akan meningkatkan kefahaman dan ingatan yang lebih lama.
Carter (1993), mengatakan maklumat boleh didapati dalam empat bentuk iaitu data, teks,
imej dan suara. Selain itu, penulis berpendapat bahawa tiga lagi bentuk maklumat yang
tidak boleh dipisahkan dengan teknologi maklumat ialah bunyi, animasi dan video.
Siti Fatimah (1998), perlu diingatkan bahawa penggunaan komputer bukanlah
bertujuan untuk menggantikan peranan guru. Sebenarnya penggunaan komputer
bertujuan untuk menimbulkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang lebih
menyeronokkan dan lebih bermakna kepada pelajar.
Dengan adanya perisian yang mampu menggabungkan keseluruhan deria yang
ada, suasana pengajaran dan pembelajaran tentu akan lebih aktif dan menarik. Perisian
Alat Bantu Mengajar (ABM) mungkin sekali memiliki ciri-ciri yang telah dinyatakan
kerana penggabungan elemen multimedia yang ada pada perisian ABM ini mampu untuk
menarik minat pelajar untuk terus dalam proses pembelajaran dan pengajaran
terutamanya sewaktu berada di sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Sekolah Bestari merupakan satu hasrat kerajaan untuk dilaksanakannya disemua
sekolah pada masa yang akan datang. Kita mengetahui bahawa dengan wujudnya sekolah
bestari, sistem yang berasaskan kepada teknologi tentu akan digunakan. Perkara yang
paling asas adalah mengenai penggunaan perisian ABM berkomputer. Sekiranya kita
mengetahui, kewujudan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) telah
6
banyak dihasilkan serta digunakan secara meluas. Namun, ABM berkomputer yang mana
mungkin lebih penting pada masa kini tidak lagi kelihatan seperti akan digunakan suatu
masa nanti.
Mariapan (1999), menyatakan salah satu daripada dapatan kajiannya ialah
merumuskan bahawa penggunaan ABM adalah faktor utama dalam mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran sains yang paling kondunsif. Hasil kajian beliau juga
mendapati kuantiti ABM sains di kebanyakan sekolah menengah di dapati belum
mencukupi. Apakah yang mungkin akan terjadi sekiranya perkara ini terus berlaku dan
tidak cuba untuk diatasi. Tentu pelaksanaan Sekolah Bestari untuk semua sekolah di
seluruh negara akan terjejas.
Kekurangan ABM berkomputer di kebanyakan sekolah terutamanya yang
berada di kawasan pedalaman adalah sangat membimbangkan. Ini kerana apabila semua
sekolah sudah dilengkapi dengan kemudahan komputer sepenuhnya, ia mungkin menjadi
masalah pula bagi sekolah tersebut kerana terdapat lambakkan komputer yang banyak
tenpa digunakan kerana ketiadaan perisian yang sesuai untuk pembelajaran.
Jadi, untuk mengelakkan daripada masalah ini terus berlaku, semua pihak
seharusnya menjalankan bagaimanakah langkah yang sesuai untuk mengatasi
permasalahan ini. Di sini, satu projek akan cuba dihasilkan oleh penulis iaitu berkenaan
dengan perisian modul ABM berasaskan komputer yang mana penghasilannya pada masa
kini tidak lagi dipandang serius kerana mungkin pada masa kini ia tidak lagi menjadi
bahan utama untuk digunakan di sekolah. Perisian Modul AMB berasaskan komputer ini
adalah untuk subjek biologi tingkatan lima.