Upload
truongtram
View
223
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
SIDANG Pengarang Buletin Al-Infaq (BI) mengalu-alukan sumbangan anda berupa idea dan sumber
berita yang mempunyai hubung kait dengan kemaslahatan agama di negeri ini khususnya
membabitkan program Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di mana sahaja. Anda boleh
menghubungi kami melalui: Bahagian Perhubungan Awam dan Penerbitan
Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tel /Fax 07-222 8591
Buletin Al-Infaq (BI) diterbitkan tiga bulan sekali. Konsep, penyuntingan dan rekabentuk serta penerbitannya dibantu oleh Bahagian
Perhubungan Awam dan Penerbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sisipan BI ini turut diterbitkan
dalam Buletin Majlis yang menemui pembaca setiap 6 bulan sekali.
Nota ✍
2.5% ANDA KAMI AGIH
ASNAF YANGLAYAKKEPADA
Zakat kita bahagiakan mereka
Sila hubungi :Pentadbiran Zakat Dan Fitrah, Majlis Agama Islam Negeri Johor, Aras 5, Blok B, Pusat Islam Iskandar Johor, 80000 Johor Bahru. Tel : 07-228 2929 / 07-224 3918 Fax : 07-223 8752 E-mail: [email protected]
INGIN BERZAKAT?Pejabat-Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor JOHOR BAHRU (Tel : 07-2282941, Faks: 07-2271549)MUAR (Tel : 06-9534263, Faks: 06-9537209)BATU PAHAT (Tel : 07-4343566, Faks: 07-4327357)SEGAMAT (Tel : 07-9312254, Faks: 07-9314179)KLUANG (Tel : 07-7728690, Faks: 07-7713542)
PONTIAN (Tel : 07-6879493, 07-6861395)KOTA TINGGI (Tel : 07-8832444, Faks: 07-8826859)MERSING (Tel : 07-7991073 , Faks: 07-7996946)TANGKAK (Tel : 06-9783479 , Faks : 06-9537209)KULAI (Tel : 07-598 5104 , Faks : 07-599 5214)PASIR GUDANG (Tel : 07-2544406 , Faks :07-2551105)
Dari Jarir bin Abdullah r.a., katanya Rasulullah
SAW. bersabda: “Apabila Amil Zakat
mendatangi mu untuk mengumpulkan zakat daripada mu, maka
hendaklah dia pulang kembali dengan rasa puas terhadap mu.”
-Hadis Sahih Muslim-
Zakat kita bahagiakan mereka
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah
sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu
pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat-gandakan pahala bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.
(AL-BAQARAH:261)
07- 07- 224 3918
MAJLISAGAMA ISLAM JOHOR
mainj_official
tunaikan
ANDA
tunaikan
ANDA
ZAKATZAKATHARTAHARTA
bukan sekadar
ZAKAT FITRAHZAKAT
BERZAKATmelalui institusi
ZAKATASNAF
pasti lebih ramai
MENDAPAT MANFAAT
4buletinAl-Infaq
mainj_official
www.maij.gov.my
MAJLIS AGAMAISLAM JOHOR
buletin
Al-InfaqBil.19
Terbitan Majlis Agama Islam Negeri Johor
✍
JOHOR BAHRU: Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)
memperkenalkan Skim Bantuan Kemanusiaan Sejagat yang disasarkan kepada mereka yang memerlukan, termasuk pesakit dan individu bukan beragama Islam dengan peruntukan sebanyak RM500,000. Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sumbangan bersumberkan harta baitulmal ini diberikan dalam bentuk sekali beri atau ‘one-off ’ bagi membantu meringankan beban penerima di sembilan hospital kerajaan negeri ini. Beliau berkata, ia juga antara bentuk dakwah kepada bukan Islam dan peruntukan ini diambil menerusi sumber Baitumal 2018.
Sebanyak RM300,000 daripada jumlah keseluruhan itu akan diberikan untuk bantuan pembelian peralatan, implan dan keperluan lain dengan seorang individu diberikan bantuan maksimum RM1,000, menjadikan 300 orang akan menerima manfaat ini. “Baki RM200,000 diperuntukkan untuk bantuan segera keperluan makanan dan tambang dengan maksimum bantuan RM200 seorang dan kami menjangka seramai 1,000 pesakit mendapat manfaat itu. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Skim Bantuan Kemanusiaan Sejagat untuk rakyat Johor dan Dana Didik Jauhar Kids (DDJK) di Auditorium Hospital Sultan Ismail (HSI), baru-baru ini. Menurutnya lagi, nisbah bantuan disalurkan menerusi program itu
MINDA PENGARANG
“Memperingati hari-hari bersejarah tertentu bukanlah
satu hari raya yang berbentuk keagamaan. Ia hanyalah satu sistem duniawi yang digunakan untuk tujuan memperingati dan mengambil pengajaran daripada sejarah serta bersyukur dengan nikmat Allah. Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan
Jan-Mac 2018/1439 H
(sisipan Buletin Majlis)
Kadar Nisab semasa adalah berdasarkan nilai 85 gram emas.* Nisab ialah kadar
minima yang ditetapkan oleh syarak bagi
sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat.KA
DA
R N
ISA
B Z
AK
AT:
oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Tidak. Yang haram adalah menurut mereka dengan niat (al-tashabbuh) bukannya semata-mata wujud persamaan (al-mushabahah) Abu Yusuf pernah disoal tentang pemakaian selipar yang sama dengan selipar agama orang Kristian. Beliau menjawab: Nabi Muhammad SAW pernah memakai selipar yang berbulu yang menyerupai golongan rahib. Maknanya al-mushabahah tidak sama dengan al-tashabbuh. Nabi tidak memakai selipar itu dengan
niat untuk menyerupai mereka, bahkan ia hanyalah satu bentuk persamaan biasa sahaja,” Justeru, dalam kita menyambut Tahun Baru, marilah kita mengubah ke arah yang lebih baik dalam lainnya dengan menghadirkan diri ke masjid dan kelas-kelas pengajian agama untuk belajar tentang solat, berzikir bersolat dan berdoa serta bermunajat agar tahun baru yang mendatang ini lebih diberkati dan juga sebagai titik perubahan yang lebih baik. “BERBAHAGI ITU
INDAH”
Z KATKEPADA PEMBAYARTerima Kasih
1buletinAl-Infaq
MAINJ: agih kutipan BAITULMALLancar Skim Bantuan Kemanusiaan Sejagat
RM14,383.54JanuariFebruari
MacRM14,209.26RM14,142.50
juga tidak besar berbanding jumlah agihan keseluruhan baitulmal 2018 sebanyak RM14 juta, selain agihan zakat khusus untuk umat Islam sebanyak RM279.3 juta. “Hanya penduduk Malaysia, bertaraf penduduk tetap dengan isteri warga Malaysia dan melepasi garis panduan Jabatan Kebajikan Sosial Hospital boleh menerima bantuan ini. “Keutamaan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Johor dan kami berharap, bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan,” katanya.
SERAMAI 100 murid daripada keluarga kurang bernasib baik sekitar daerah Muar mengikuti Kem Motivasi Tunas Bestari anjuran MAINJ daerah Muar di Masjid Sultan Ibrahim Muar, Mac lalu.
Sekitaraktiviti MAINJ
2buletinAl-Infaq
Lahirnya istilahASNAF
Bagi mewujudkanrasa bersyukur
kerana Adayang membantu.
Maka ASNAFjuga ada kitarannyaiaitu berusaha keluar
dari kepompongASNAF bagi memberi
laluan kepadaBAKAL ASNAF.
Moga ASNAFyang ada
berjaya menjadiPEMBAYAR ZAKAT
pula.
MENTERI Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Abdul Alim Shukor (dua dari kiri) beramah mesra dengan penerima sumbangan ketika Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah 2018 di Dewan Muafakat Permas Jaya 2, Bandar Baru Permas.
Pasir Gudang: Tidak dinafikan kelengkapan
sekolah seperti pakaian seragam, kasut, stoking dan beg serba baru mampu memberi semangat kepada anak untuk kembali melangkah ke sekolah. Ia juga memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Bagaimanapun, tidak semua ibu bapa atau penjaga mampu menyediakan kelengkapan yang sempurna untuk anak memulakan sesi baru persekolahan. Prihatin dengan nasib golongan kurang mampu itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) memperuntukkan RM5 juta untuk menjayakan program bantuan persekolahan yang akan memanfaatkan lebih 30,000 golongan asnaf di seluruh Johor. Menteri Besar Johor, Dato’ Seri Mohamed Khaled
Nordin, berkata pihaknya mahu kutipan zakat itu disalurkan kepada golongan sasaran terutama dalam bidang pendidikan. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Bantuan Pakaian Sekolah 2018 di Dewan Muafakat Johor, Bandar Permas Jaya di sini, baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Abdul ‘Alim Abdul Shukor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Haji Md. Rofiki Dato’ Haji A. Samsuddin. Katanya lagi, daripada kira-kira 30,000 pelajar itu, seramai 1,616 pelajar di Pasir Gudang menerima bantuan persekolahan yang membabitkan peruntukan sebanyak RM267,497. Pada 2014, MAINJ mengutip zakat sebanyak RM211 juta, RM239 juta (2015), RM250 juta (2016) dan RM220 juta tahun ini.
AMANAH - MAINJ mengagihkan sebanyak 28,344 kotak makanan keperluan asas bernilai RM2.7 juta kepada golongan fakir dan miskin berdaftar di bawah Amil Zakat Fitrah di seluruh Johor melalui peruntukan fidyah. Penghantaran dilaksanakan secara berperingkat mulai 8 Mac sehingga 14 Mei 2018.
TEAM Jejak Asnaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ)dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M), Kawasan Pasir Gudang mengadakan ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 10 keluarga asnaf di Jalan Imam, Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, baru-baru ini.
Bantuan Pakaian Sekolah 2018
LARKIN- Ikatan persaudaraan sesama Muslim umpama
sebuah bangunan yang saling menyokong antara satu sama lain bagi memastikan kekuatan sesebuah bangunan itu terus terpelihara. Sehubungan itu, bagi menguar-uarkan kejayaan hasil kutipan zakat, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) baru-baru ini mengadakan Program Tautan Ukhuwah
Asnaf bersama MAINJ. Seramai 360 penerima bantuan bulanan MAINJ dari sekitar Bandaraya Johor Bahru dihimpunkan di Dewan Sebaguna, Rumah Pangsa Larkin, di sini. Di antara pengisian program bacaan surah Yasin dan tahlil, tazkirah ringkas dan juga penyampaian bantuan kepada pesakit dialisis.
PENOLONG Amin Baitulmal Daerah Johor Bahru, Ustaz Luqmanul Hakim Ab. Rahman menyerahkan sumbangan MAINJ kepada 4 ketua keluarga yang rumah mereka terlibat dalam kebakaran di Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru, Februari lalu.
Sekitaraktiviti MAINJ
3buletinAl-Infaq
[email protected]+607-224 3918
CUKAI PENDAPATANREBAT
anda sebelumDisember
LHDN ANDA
100%
Kulai: Kira-kira 30 orang kanak-kanak menyertai
program berkhatan sempena cuti sekolah anjuran Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Kulai di Sekolah Kebangsaan Putra Utama, di sini, baru-baru ini. Mereka merupakan golongan asnaf zakat serta penerima bantuan di bawah program e-Kasih. Program
itu diadakan bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa mereka yang kurang berkemampuan bagi mengkhatan anak-anak mereka. Penolong Amin Baitulmal Daerah Kulai, Ustaz Hisham Syawal berkata, penganjuran program bersama sekolah seperti ini merupakan usaha berterusan MAINJ bagi
membela nasib anak-anak golongan tersebut. “Selain itu, program seumpama ini bukan sahaja mampu merapatkan hubungan dalam kanak-kanak yang menjadi peserta, malah pemimpin dan masyarakat secara keseluruhannya,” katanya. Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ahli
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, YB Tuan Haji Ali Mazat Salleh. Kesemua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun ini diraikan dalam tradisi Melayu diiringi paluan kompang untuk aktiviti bersiram dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kulai.
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Y.B. Tuan Haji Ali Mazat Salleh bergambar ramai bersama anak-anak asnaf yang menyertai program berkhatan di Sekolah Kebangsaan Putra Utama, Kulai.
Tautan Ukhuwah Asnaf
Khatan beramai jimat belanja