Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

  • Upload
    wanxin

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/9/2019 Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

    1/5

    EDU 3105 ISL 2 TUGASAN 2 (KUMPULAN 4)

    Bagaimanakah anda merancang, memilih, menghasilkan dan menilaimedia pengajaran. Anda boleh gunakan Model ASSURE.

    MEDIA PENGAJARAN

    Media pengajaran meliputi segala bentuk sumber lama atau baru yang boleh

    digunakan dalam bilik darjah sama ada sumber maujud iaitu bahan sebenar,model, bahan 2 atau 3 dimensi, gambar, transparensi, audio, video, Internet atauperisian multimedia berbantukan komputer.Heinich et al. (2002): Media yang membawa mesej tentang pengajaran.Segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripadapengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses

    pembelajaran. Modul OUMNgui Kuan Sang (1989): Satu pengalaman yang melibatkan penggunaanpenglihatan dan /atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran,termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan.

    Model ASSURE

    Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSUREbermaksud,

    A - Analyse learner (Analisis pelajar)

    S - State objective (nyatakan objektif)

    S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)

    U - Use media (gunakan media)

    R - Require learner response (keperluan tindakan)

    E - Evaluate materials (menilai)

    Analyse learner (analisis pelajar)

    Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajukyang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untukmemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

  • 8/9/2019 Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

    2/5

    State objective (nyatakan objektif)

    Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.

    Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media)

    Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran.Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi

    jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guruhendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.

    Use media (gunakan media)

    Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk

    persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yangmemberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktivitisusulan bagi tujuan pengayaan.

    Require learner response (keperluan tindakbalas)

    Tindakbalas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku.Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.

    Evaluate materials (menilai)

    Menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan.

    Adakah objektif tercapai? Bahan yang digunakan membantu P&P? Adakah semua pelajar gunakan cara yang betul? Adakah suasana P&P selesa? Adakah peluang-peluang pemerhati individu diberi? Soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

    PERANCANGAN MEDIA PENGAJARAN

    y Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapatmencapai kompetensi dalam pengajaran.

    y Guru yang melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh minatmerasakan perlu mengetahui;

  • 8/9/2019 Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

    3/5

    APA yang hendak dibuat; dan

    BAGAIMANA hendak merancang untuk melaksanakannya.

    PEMILIHAN MEDIA PENGAJARAN

    Pemilihan harus dilihat dari segi kesesuaiannya untuk menepati hasilan pembelajaran,kos efektif serta praktikaliti penggunaan perkakasan dan perisiannya. Model ASSUREoleh Robert Hienich dan rakan-rakan (Smaldino S.E et al., 2005) yang dipelajari ketikaberkursus boleh dijadikan panduan dalam proses pemilihan media pengajaran.

    Terdapat 3 langkah dalam pemilihan:Menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan pembelajaran;Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih; dan

    Memilih, mengubahsuai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan.

    a) Memilih KaedahDalam satu sesi pengajaran terdapat beberapa kaedah yang berbeza yang bolehdijalankan.Contoh:

    Membuka minat pelajar dengan memulakan set induksi dengan kaedah simulasi dandiikuti dengan kaedah demonstrasi, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatukemahiran yang baru.

    Kaedah yang dipilih seharusnya berkait rapat dengan objektif, kandungan pelajarandan kumpulan sasaran atau pelajar.

    b) Memilih MediaPemilihan media dilihat dari dua aspek;1.Memilih media yang telah tersedia; dan2.Memilih format atau bentuk media yang belum ternyata mesej di dalamnya.

    Pemilihan media pengajaran perlu berasaskan kriteria yang tertentu;Sepadan dengan kurikulum;Maklumat tepat dan terkini;Bahasa yang jelas dan tepat;Menarik minat dan mencetuskan motivasi pelajar;Menggalakkan penglibatan pelajar;

    Mempunyai teknikal kualiti yang baik;Terdapat bukti keberkesanannya;Bebas daripada bias; danMempunyai buku panduan yang lengkap.

    Media tersedia boleh diterokai melalui pelbagai sumber seperti agensi pendidikanseperti;

    Pusat Sumber Sekolah;

  • 8/9/2019 Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

    4/5

    Pusat Kegiatan Guru;Bahagian Teknologi Pendidikan;

    Agensi kerajaan;Agensi swasta; dan sebagainya.

    c) Mereka Bentuk MediaSeandainya gagal untuk memilih media yang sesuai, maka penting bagi pengajaruntuk mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri.

    7 perkara yang perlu diambilkira ketika mereka bentuk media, antaranya ialah:i.Objektif;ii.Pelajar;iii.Kos;iv.Kepakaran teknikal;v.Peralatan;vi.Fasiliti;vii.Masa.

    PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN MEDIA PENGAJARANPenggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang amat kritikal.Kecanggihan media atau media yang cantik, jika gagal digunakan dengan baik,akan memberi kesan negatif kepada pembelajaran.Terdapat lima langkah penggunaan media yang baik:

    a)Pribiu (preview) bahan;b)Sediakan bahan;c)Sediakan persekitaran;d)Sediakan pelajar; dan

    e)Sediakan pengalaman pembelajaran.

    PENILAIAN MEDIA PENGAJARAN

    Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadapperkara yang dinilai.Penilaian berlaku sepanjang proses pengajaran; iaitu sebelum, semasa danselepas sesi pengajaran.Sebelum sesi pengajaran, analisis pelajar perlu dilakukan supaya sesuai dengan

    Kandungan;

    Kaedah; dan

    Media yang akan digunakan.

    Media perlu dinilai sebelum digunakan.

  • 8/9/2019 Merancang, memilih, menghasil dan menilai media pengajaran

    5/5

    Penilaian melibatkan aspek berikut:

    Menilai pencapaian pelajar;Pembelajaran yang dihasilkan;Menilai media dan kaedah;

    Kualiti media;Penggunaan guru; danPenggunaan murid

    Kualiti media perlu dilihat dari aspek berikut:

    Adakah media berkesan?Bolehkan ia dipertingkatkan?Adakah ia berguna?Adakah media membantu pelajar mencapai objektif?Adakah ia mencetuskan minat pelajar?Adakah ia menyediakan penglibatan pelajar yang bererti?

    Garis panduan menilai media:Amat kreatif dan berkaitan dengan isu yang menarik minat pelajar;Menyokong pemikiran tinggi (Sokratik);Memperkembang kemahiran berfikir;Menyampai kandungan secara mendalam;Merangsang naluri ingin tahu pelajar;Pelajar dapat melibatkan diri secara aktif;Memboleh penerokaan isu secara mendalam;Menghubungkait bidang pelajaran; danMeningkatkan nilai murni.

    RUJUKAN:www.penerbit.utm.my/cgi-bin/katalog/buku.cgi?id=207http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0120&pub=DuniaPendidikan&sec=Kaunseling&

    pg=ka_01.htm

    http://www.myqalam.net/umum/ptp/REKA%20BENTUK%20PENGAJARAN_files/frame.htm

    DISEDIAKAN OLEH,

    Ling Wan Xin, Sieu Jie Ying, Loo Chooi Feng, Ong Yen Theng(PISMP BC- G4)