21
Merejam Lembing 1.0 Sejarah Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. 2.0 Prinsip Asas Merejam Lembing Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis. Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan

Merejam Lembing

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Merejam Lembing

Merejam Lembing

1.0 Sejarah

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan

sejak zaman purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata

dalam peperangan. Acara merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik

Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara merejam lembing merupakan satu acara balingan

dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah

atau sekolah.

2.0 Prinsip Asas Merejam Lembing

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar

peluru dan melempar cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang

digunakan dan juga kawasan untuk bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara

merejam lembing, pelatih menggunakan aksi membaling yang lebih kurang sama dengan

tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan

mereka untuk menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur

maju hendaklah dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing,

berlari dengan lembing, merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat

berlari sambil merejam lembing. Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum

merejam, langkah larian yang licin, keadaan tangan yang lurus semasa membawa lembing

dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan adalah perlu kepada para pelatih.

3.0 Keselamatan Para Pelatih

1) Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke bawah

Jangan berlari

2) Semasa latihan

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam

Page 2: Merejam Lembing

Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan

Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan

yang telah ditetapkan oleh jurulatih

Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam

Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan

setiap pelajar secara maksimum

4.0 Bahagian-Bahagian Lembing

Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian

lembing terdiri daripada kepala, grip dan ekor. Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh

digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam

amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah Gaya Rejaman Dari Atas Bahu

dan Gaya Rejaman Dari Bawah Bahu.

Gambarajah 1: bahagian-bahagian lembing

5.0 Gaya Memegang Lembing

Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

a. Gaya Amerika

b. Gaya Finnish

c. Gaya U-Grip

Page 3: Merejam Lembing

A) Gaya Amerika

Gambarajah 2: Pegangan lembing Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

B) Gaya Finnish

Gambarajah 3: Pegangan lembing Gaya Finnish

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

C) Gaya Pegangan – U-Grip

Gambarajah 4: Pegangan lembing Gaya U-Grip

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

6.0 Kawasan Rejaman Lembing

Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta

tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5

Page 4: Merejam Lembing

m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah

mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak

mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Gambarajah 5: Kawasan Rejaman Lembing

7.0 Gaya Rejaman Lembing

Terdapat 2 gaya rejaman iaitu:

a. Gaya atas bahu

b. Gaya sisi

A) Gaya Atas Bahu

Page 5: Merejam Lembing

Gambarajah 6: Gaya Atas Bahu

Peserta juga harus memegang lembing pada aras yang lebih kurang sama dengan aras telinga

dan selari dengan tanah.

B) Gaya Sisi

Gambarajah 7: Gaya sisi

Lembing dipegang dengan tangan lurus ke belakang. Lembing berada dibahagian rusuk pada

aras pinggang semasa bersedia untuk berlari, semasa berlari dan sehingga tiba masa lembing

dilancarkan.

Page 6: Merejam Lembing

8.0 Teknik Rejaman Lembing

Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

I. Fasa persediaan

II. Fasa lari landas

III. Fasa rejaman

IV. Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan

kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa

Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa

Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah

Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman

Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal.

Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala

Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal

Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya

Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya

kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang

maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Page 7: Merejam Lembing

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi

Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa

rotasi pinggang

Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan

lembing

Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk

menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak

Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang

perlu diberi perhatian ialah:

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan

sebelah kaki

Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi

Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan

Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

Page 8: Merejam Lembing

Gambarajah 8: Teknik Rejaman Lembing

9.0 Peraturan Asas Pertandingan Merejam Lembing

Lembing mesti dipegang di bahagian balutannya. Rejaman dikira batal sekiranya mata

lembing ( kepalanya ) tidak menyentuh tanah terlebih dahulu, iaitu tidak mendahului

bahagian-bahagian lain lembing. Rejaman dikira batal jika peserta menyentuh garis

lengkungan bulatan atau kawasan di hadapannya. Peserta hanya boleh meninggalkan landas

lari setelah lembing itu mendarat. Lembing mesti direjam melalui atas bahu atau bahagian

lengan. Cara merejam yang luar biasa tidak dibenarkan.

10.0 Cara Mengukur Dan Mencatat Jarak Rejaman

Semasa mengukur rejaman, pita ukur hendaklah dalam keadaan lurus. Ia hendaklah

diukur dari kesan yang ditandakan oleh lembing hingga ke pusat lengkungan. Jarak rejaman

dapat dilihat di bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam garis lengkungan.

Mengikut undang-undang acara lembing, sekiranya jarak yang diukur itu menunjukkan angka

Page 9: Merejam Lembing

ganjil,maka hendaklah dicatatkan angka genap yang sebelumnya. Misalnya, jarak 30.15 meter

hendaklah dicatatkan sebagai 30.14 meter.

Acara Tukul Besi

1.0 Sejarah Acara Tukul Besi.

Pada asalnya, sejarah membaling tukul besi adalah berasal daripada pemburuan

zaman Neolitik. Pada ketika itu, manusia menggunakan kapak besi untuk memburu dengan

membaling kapak tersebut ke arah binatang buruan.

Pada peringkat permulaan, acara ini diadakan untuk menunjukkan kepahlawanan atau

kekuatan sesorang. Pada tempoh tersebut, acara sukan telah dinamakan sebagai “ Wheel

Hurling” iaitu atlet akan membaling tukul besi di mana pemegangnya diperbuat daripada

besi.

Pada era yang berikutnya, acara sukan ini dimasukkan dalam permainan festival “God

Thor”. Acara baling tukul besi ini berkembang pada era pertengahan. Bukti yang

menunjukkan acara ini berkembang pada era tersebut ialah terdapatnya patung Joseph

O’Hanrahan potret dan setengah daripada potret Clad Irish sedang membaling tukul besi.

Selain itu, terdapat juga lukisan yang menunujukkan gambar King Henry VIII sedang

membaling ”Blacksmith’s Sledgehammer” pada abad ke-16. Bukti-bukti ini jelas menyatakan

bahawa pada abad ke-16 adalah merupakan satu era perkembangan bagi acara baling tukul

besi dan acara ini juga telah menjadi satu acara rasmi pada tempoh tersebut.

2.0 Sejarah Baling Tukul Besi Secara Kronologi.

   

1866 - Sejak tahun ini acara membaling tukul besi menjadi acara yang biasa dalam acara padang di England, Scotland dan Ireland. Pada tempoh ini tukul besi diperbuat daripada besi asli. Manakala penyambung adalah batang besi 3 dan 3 ½ kaki.

1875 - Berat tukul besi telah ditentukan.Iaitu 16 pound. Panjang batang besi adalah 3 kaki 6 inci. Manakala ruang yang digunakan adalah 7 kaki diameter. Tetapi pernyataan ini tidak diterima oleh kebanyakkan negara. Lagipun pusingan badan tidak dinyatakkan sebelum membaling tukul.

1887 - ”Ameteur Athletic Union of the United State” telah menetapkan 7 feet bulatan dan 16 pound berat tukul besi.

Page 10: Merejam Lembing

1895 - A.J Flengan dan Ireland menggunakan 3 lompat pusingan untuk membaling tukul besi.Langkah ini digunakan pada saringan-saringan seterusnya di kalangan antarabangsa.

1896 - Dengan menggunakan kaedah di atas dan mencipta rekod dari 147 feet ke 184 feet . Batang besi digantikkan dengan rantai besi untuk memudahkan pergerakan.

1900 - Acara melontar tukul besi dimasukkan dalam sukan olimpik dan mengalami perkembangan seterusnya.

3.0 Peralatan Dan Kawasan

Baling tukul besi memerlukan peralatan dan kawasan khas, sama seperti acara-acara

lontaran lain. Dengan adanya peralatan serta kawasan khas acara ini dipertandingkan, sejak

permulaan abad ke-20 hinggalah kini. Peserta yang Berjaya membuat balingan paling jauh

dengan menggunakan peralatan yang disediakan dan teknik yang ditetapkan, dikira sebagai

pemenang. Untuk mendaptkan jarak paling jauh, sudah tentu peserta harus mempunyai

kemahiran yang tinggi dalam membuat lontaran.

4.0 Pembuatan Tukul Besi

Tukul besi mengandungi tiga bahagian iaitu: 

a. Buah tukul

b. Dawai

c. Pemegang

4.1 Buah Tukul

          Buah tukul selalunya diperbuat daripada besi atau logam yang tidak lembut daripada

tembaga yang padu atau kelongsong diperbuat daripada logam-logam tadi yang dipadatkan

dengan plumbum ataupun bahan padu yang lain dengan garis pusat minimum 110 mm untuk

lelaki dan 95 mm untuk perempuan. Ia mestilah berbentuk sfera ataupun berbentuk bulatan.

Untuk kejohanan peringkat antarabangsa yang diiktirafkan berat bola ini ialah 7.26 kg.

Page 11: Merejam Lembing

4.2 Dawai

           

 Dawai hendaklah terbentuk daripada seutas dawai keluli yang tidak bersambung dan

tidak kurang daripada 3 mm garis pusatnya. Dawai tersebut boleh digelungkan di kedua-dua

hujungnya untuk tujuan menyambungkannya dengan bahagian tukul yang lain.

4.3 Pemegang

           

 Pemegang hendaklah kukuh dan tegar dan ianya hendaklah berada dalam keaadan

yang selapis tanpa adanya sebarang penyambung. Ia juga mestilah berbentuk tiga segi tiga

dua sama atau sektor yang berbentuk bulatan dan tidak boleh meregang ketika dibaling.

Sambungannya kepada dawai diperbuat sedemikian rupa adalah supaya tidak tergelincir atau

berputar dalam cecincin tersebut atau pada dawainya yang boleh menambahkan panjang

keseluruhan tukul. Selain itu, pemegang juga bolehlah berbentuk lurus atau melengkok

dengan lebar maksimum dalamnya 130 mm dan ukuran panjang dalamnya 110 mm. kekuatan

minimum untuk pemegang terputus ialah 80 kn iaitu 800 kgf. Pemegang tukul besi boleh jadi

satu atau dua binaan bulatan, tetapi mesti tegar ketika balingan dilakukan. Bahagian

pemegang boleh jadi lurus atau melengkung sedikit dimana bahagian  yang melekat bertemu

pemegang untuk memberikan kepada tangan atlet.

5.0 Bentuk Kurungan Baling Tukul Besi

1. Kurungan hendaklah berbentuk ”U” dari pandangan atas manakala lebar buka

pintunya ialah 6 meter yang diletak 7 meter dari pusat bulatan bilangan.

2. Tinggi jaring dinding hendaklah sekurang-kurangnya 7 meter supaya panel dinding

2.80m di belakang kurung jaraknya 10m kepada  paksi pintu.

3. Perkiraan hendaklah dibuat semasa mereka bentuk dan memasangnya bagi

mengelakkan tukul besi menghentam penyambung tetulang atau jaringnya atau bebola

membolosi bawah jaring.

4. Titik hujung lebar 60 meter akan berada di dalam jaring perpangsi.

5. Dua keping panel dinding berjaring yang berukuran dua meter lebar yang boleh

diselakkan, hendaklah disediakan di depan pintu kurungan, tetapi hanya satu sahaja

yang beroperasi pada satu-satu masa. Tinggi minimum panel dinding ini ialah 10

meter.

Page 12: Merejam Lembing

5.1 Jenis Kurungan

1. Jaring kurungan boleh dibuat daripada tali serat asli ataupun tali serat tiruan.

2. Manakala saiz antara lubang-lubang maksimum jaring tersebut ialah 50 mm untuk

jaring keluli manakala 44 mm untuk jaring bertali.

3. Saiz minimum lubang antara jaring tersebut ialah bergantung kepada pembinaan

kurungan, tetapi hentaman kekuatan mestilah wajar 300 kg.

4. Bagi mengelakkan sebarang masalah daripada berlaku, jaring besi ataupun jaring tali

mestilah ditarik keluar setiap 12 bulan ataupun sama dengan setahun.

5. Spesifikasi untuk jarinagn dan prosedur pertandingan keselamatan telah dikeluarkan

di dalam kawal fasimili Balapan dan padang IAAF.

6.0 Kawasan Lontaran

            

Kawasan khas untuk membuat balingan disediakan untuk acara ini. Kawasan ini

merupakan kawasan yang berbentuk bulatan. Bulatan hendaklah diperbuat daripada lingkaran

besi, keluli atau bahan lain  yang sesuai dan bahagian atasnya sama rata dengan kawasan

yang sekelilingnya. Selain itu, kawasan bumi tersebut mungkin diperbuat daripada konkrit,

sentitik asfalt , kayu atau sebarang bahan sesuai mengelilingi bulatan. Manakala, bahagian

dalam bulatan boleh diperbuat daripada konkrit, asfalt atau bahan yang lain kukuh tetapi tidak

licin. Permukaanya hendaklah rata dan lebih rendah antara 1.4sm-2sm daripada bahagian atas

lingkaran bulatan. Garis pusat bahagian dalam bulatan hendaklah 2.135m (+-5mm) bagi acara

baling tukul besi. Selain itu, lebar lingkaran bulatan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 6

mm dan diwarnakan putih. Tukul Besi boleh dibaling menggunakan bulatan cakera asalkan

garis pusat bulatan dikurangkan dari 2.50 meter ke 2.135 meter dengan meletakkan satu lagi

lingkaran di dalamnya. Satu garisan putih selebar 5 sm hendaklah dibuat di kedua-dua belah

bulatan, menganjur ke luar sekurang-kurangnya 0.75 meter. Garisan ini boleh saja dibuat

dengan menggunakan cat putih atau diperbuat daripada kayau atau bahan lain yang sesuai.

Titik di antara kedua-dua pangkal garisan tadi sewajarnya membentuk satu garisan maya

merintisi garis pusat bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah sektor mendarat. Atlet

tidak dibenarkan menyembur atau menaburkan sebarang bahan di dalam bulatan atau pada

kasutnya atau mengesatkan permukaan bulatan.

Page 13: Merejam Lembing

6.1 Kawasan Pendaratan

            Kawasan pendaratan tukul besi terdapat di hadapan bulatan balingan. Kawasan

pendaratan itu merupakan kawasan bersudut 40 darjah yang diukur dari titik tengah bulatan

lontaran. Kawasan pendaratan dipagari oleh dua garisan yang panjangnya bergantung kepada

peringkat kejohanan yang dijalankan. Tebal garisan ini ialah 5 cm setiap balingan hendaklah

diarahkanke dalam kawasan pendaratan ini. Mana-mana balingan yang tukulnya tidak

mendarat dalam kawasan ini dikira batal dan jaraknya tidak dikira. Jarak balingan diukur dari

tempat tukul mendarat sehingga ke bulatan lontaran.

7.0 Peraturan-Peraturan Membaling

Berikut adalah merupakan undang-undang yang dibentuk khas untuk acara baling tukul besi

ini yang dikeluarkan oleh IAAF.

1. Setiap peserta akan membuat balingan mengikut susunan atau giliran yang ditetapkan

sebelum pertandingan, iaitu menerusi undian yang dijalankan.

2. Sekiranya terdapat lebih daripada lapan orang peserta, mereka akan diberikan tiga

balingan setiap seorang. Lapan peserta yang mencapai balingan terbaik akan

memasuki pusingan akhir, dengan memberikan mereka tiga balingan lagi. Balingan

yang mencapai jarak yang paling jauh tanpa batal akan dikira sebagai pemenang.

Sekiranya terdapat lapan orang peserta, mereka akan diberikan enam terus diberikan

enam balingan setiap seorang.

3. Peserta hendaklah memulakan balingan daripada kedudukan berdiri dan statik di

dalam bulatan balingan yang disediakan. Bagaimanapun tukul besi boleh berada

diluar bulatan atau menyentuh tanah semasa peserta memulakan pergerakan sebelum

membaling.

4. Peserta boleh menyentuh mana-mana bahagian di dalam bulatan lontaran semasa

melakukan pergerakan untuk balingan.

5. Peserta akan dibatalkan sekiranya dia menyentuh atau mana-mana bahagian tubuhnya

menyentuh kawasan diluar bulatan lontaran semasa melakukan pergerakan untuk

membuat balingan.

Page 14: Merejam Lembing

8.0 Teknik-Teknik Asas Untuk Acara Baling Tukul Besi

            Seperti lempar cakera, acara baling tukul besi dijalankan di dalam bulatan yang

berdiameter 2.135 meter dan tukulnya hendaklah mendarat di dalam kawasan yang bersudut

40 darjah daripada bulatan balingan.permulaannya hendaklah daripada kedudukan statik di

dalam bulatan balingan itu. Untuk membuat balingan, peserta hendaklah bersedia, sama ada

dari segi fizikal mahupun mental. Latihan yang mencukupi dan pengawasan jurulatih

berpengalaman adalah perlu bagi mambantu peserta memahirkan diri dengan setiap

pergerakan dalam perlakuan membuat balingan, dan pada masa yang sama mencapai jarak

balingan yang diharapkan.

            Cara melakukan balingan dalam acara baling tukul besi adalah hampir sama dengan

melakukan lontaran dalam acara-acara lontaran yang lain. Yang brbeza Cuma jenis peralatan

lontaran yang sekaligus membezakannya dengan yang lain. Antara persamaan termasuklah

dari segi persediaan, pergerakan awal, cara memegang, melakukan balingan, dan ikut lajak.

Semua pergerakan ini menghasilkan teknik balingan yang bukan sahaja berbeza antara satu

peringkat dengan peringkat yang lain, tetapi juga antara satu acara yang lain.

            Terdapat juga beberapa peringkat dalam pergerakan membuat balingan tukul besi ini.

Setiap peserta harus dapat memahirkan diri dalam setiap peringkat pergerakan ini supaya

pergerakan keseluruhan membaling tukul besi dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan

berkesan. Peringkat-peringkatnya adalah seperti berikut:

a. Cara memegang tukul besi serta persediaan awal.

b. Melakukan putaran.

c. Memusingkan dan memutarkan badan.

d. Membuat lontaran.

e. Ikut lajak atau pergerakan susulan.

8.1 Memegang Tukul Besi Dan Bersedia

            Peringkat pertama dalam perlakuan membaling tukul besi selepas seseorang itu

bersedia ialah memegang tukul besi. Peserta hendaklah mendapatkan pegangan yang selesa

dan betul pada bahagian pemegang yang disediakan. Untuk memulakan pegangan, peserta

hendaklah berada pada kedudukan sedia di dalam bulatan balingan. Untuk mendapatkan cara

pegangan yang betul dan sempurna ialah dengan memulakan pegangan tukul pada tangan kiri

dengan kekuatan pegangan diletakkan pada jari-jari.

Page 15: Merejam Lembing

            Kemudian, letakkan tangan kanan diatas tangan kiri dengan pegangan yang sama serta

penekanan pada menyokong tangan kiri dan mendapatkan pegangan yang selesa supaya

keselamatan tukul besi dan pegangan terjamin. Pada masa itu, peserta hendaklah

mendapatkan kedudukan yang selesa seperti kedudukan badan dan kaki. Selain itu,

kedudukan statik yang mula-mula biasanya di belakang bulatan lontaran berhampiran garisan

belakang, dengan membelakangkan arah balingan. Akhir sekali, tumpukan perhatian dan

konsentrasi pada tukul besi dan kawasan balingan.

8.2 Melakukan Putaran

            Putaran yang dimaksudkan dalam acara baling tukul besi ialah pergerakan peserta

memutarkan tukul besi beberapa kali bagi mendapatkan kedudukan dan masa yang sesuia dan

selesa untuk membuat balingan. Putaran juga dilakukan bagi mendaptkan rentak dan kelajuan

awal sebelum mebuat balingan. Untuk melakukan putaran dengan cara yang betul,

pertamanya, peserta mestilah menempatkan tukul besi yang selesa dalam pegangan

tangannya pada kedudukan kanan di belakang kaki, sambil kaki kanan diluruskan dan kaki

yang sebelah lagi dibengkokkan sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. Kemudian,

peserta mestilah menarik tukul besi melintasi bahagia hadapan tubuhnya, dengan pegangan

tangan masih selesa pada tempat pegangan tukul besi. Selain itu, lengan peserta hendaklah

diluruskan di hadapan tubuhnya sendiri. Langkah yang seterusnya, peserta mestilah

membengkokkan lengan untuk mengembalikan tukul besi ke belakang kepalanya. Semasa

dalam putaran, tukul akan bergerak meninggi ke sebelah kirinya dan menurun ke sebelah

kanannya. Tukul besi haruslah mencapai kedudukan tertinggi pada bahagian belakang peserta

dan terendah di hadapannya. Peserta hendaklah menggerakkan tubuhnya mengikut

pergerakan putaran tukul bagi mendapatkan momentum yang betul. Biasanya, peserta akan

melekukan tuga pusingan atau putaran, sambil kelajuan putaran ditingkatkan dari satu

pusingan ke satu pusingan berikutnya.

8.3 Memusing Dan Memutarkan Badan

            Setelah melakukan putaran tukul besi tiga kali dengan kelajuan meningkat, peserta

kini bersedia untuk melakukan putaran atau pusingan badan pula. Jika dalam peringkat

putaran, penekanan adalah pada pergerakan lengan bersama tukul, penekanan semasa

memusing ialah pada kedudukan kaki dan badan peserta yang harus digerakkan besama

putaran lengan dengan keseimbangan badan terus dikekalkan. Perlu diingat iaitu penahanan

Page 16: Merejam Lembing

(pivot) adalah pada kaki, manakala memusing adalah pada badan bagi mengawal semasa

berpusing.

            Untuk melakukan pergerakan ini, pusingan badan harus dilakukan mengikut rentak

dan pergerakan dan gerakan tukul besi yang dipegang. Pada pusingan tukul yang pertama,

peserta hendaklah mengikut tukul, manakala dalam pusingan kedua, tukul yang mengikut

peserta manakala dalam pusingan yang ketiga ialah untuk mengawal momentum dan

menyediakan badan untuk melakukan balingan. Selain itu, peserta harus mengekalkan berat

badan pada sebelah kiri, manakala tukul bergerak ke arah kaki kanan. Pada pusingan yang

ketiga merupakan pusingan akhir peserta sebelum membuat balingan. Ini bermakna peserta

sudah bersedia untuk membuat balingan.

8.4 Membuat Balingan

            Peringkat pergerakan dalam acara membaling tukul besi ialah melepaskan tukul besi

daripada pegangan tangan sebagai membuat lontaran, ke dalam kawasan pendaratan yang

disediakan. Balingan dibuat selepas peserta melepasi pusingan badan kali ketiga dengan

kelajuan pusingan berada di peringkat maksimum.

            Untuk lakuan ini, peserta mestilah memindahkan berat badannya dengan pergerakan

menentang tekakan tukul. Kemudian, kaki kiri peserta debengkokkan sedikit sebagai

persediaan untuk balingan. Selain itu, peserta juga harus memasukkan tekanantambahan pada

tukul dengan bantuan kaki, pinggang, dada dan tangan sebagai persediaan akhirnya membuat

balingan. Untuk melakukan balingan, peserta haruslah mengikut arah yang dikehendaki

dengan melepaskan balingan pada pusingan badan dan tangan pada kelajuan yang paling

maksimum. Akhir sekali, peserta mestilah memastikan keseimbangan badan terjamin tanpa

menyebabkan pergerakan menjadi batal.

 8.5 Ikut Lajak Atau Tindakan Susulan

            Ikut lajak atau tindakan susulan selepas tukul dilepaskan daripada pegangan tangan,

merupakan pergerakan terakhir dalam acara baling tukul besi ini. Yang penting ketika ini

ialah peserta dapat mengimbangi kedudukan kaki danbadannya. Seperti dalam acara-acara

lontaran yang lain, peserta memerlukan pengunduran selepas tukul dibalingkan, untuk

mngekalkan momentum pergerakan. Sebelum peserta meninggalkan bulatan balingan, peserta

harus menunggu sehingga tukul yang dilontarkannya selamat mendarat di dalam kawasan

pendaratan yang disediakan.

Page 17: Merejam Lembing