Upload
others
View
24
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
VARIASI DIALEK DUSUNIK
Minah Sintian
Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengenalan
Keluarga Dusun atau Dusunik terdiri daripada kelompok suku-suku peribumi yang mendiami
bahagian utara Pulau Borneo atau dikenali sebagai Sabah. Suku-suku dalam Dusunik tersebar luas
di seluruh pelusuk negeri Sabah. Setiap suku mempunyai dialek tersendiri sebagai alat komunikasi
dalam kelompok penutur itu. Secara umumnya, penutur dialek yang berdekatan dengan penutur
dialek lain mempunyai kadar kebolehfahaman bahasa yang tinggi berbanding dengan penutur
dialek yang berjauhan. Hal ini selari dengan konsep kontinum dialek, iaitu penutur dialek-dialek
yang berdekatan dari segi geografi mempunyai kesalingfahaman bahasa yang lebih tinggi
berbanding dengan yang berjauhan (Chambers & Trudgill, 1990).
Dialek-dialek dalam Dusunik mempunyai variasi sebutan, kosa kata dan tatabahasa yang
tersendiri. Variasi dialek terbentuk kesan daripada keadaan topografi dan jarak lokasi penutur.
Keadaan topografi negeri Sabah yang luas dengan didominasikan oleh banjaran bukit yang tinggi,
bersungai besar, dan berhutan tebal telah mempengaruhi dialek Dusunik yang tersebar merata-rata
di negeri Sabah. Collin (1986), mengakui bahawa variasi sesuatu dialek itu dipengaruhi oleh
keadaan geografi dan suasana sosial tertentu misalnya kesan daripada pemisahan faktor topografi,
persempadanan politik, migrasi dan sebagainya. Trudgill (2014), turut mengakui variasi bahasa
seperti kemunculan sebutan dan perkataan yang baharu berlaku disebabkan oleh faktor geografi.
Fenomena tersebut terjadi apabila sesebuah kawasan asal itu berpecah melalui penghijrahan
penduduk pada suatu jangka masa yang lama. Kebiasaan perubahan tersebut berlaku di kawasan
pergunungan atau keadaan jarak yang berjauhan. Trudgill menamainya sebagai “zon transisi”,
iaitu apabila inovasi sebutan dan perkataan baharu itu tidak akan sama dengan yang asal.
Saussure (1993), berpendapat bahawa suatu bahasa itu mempunyai keluarga bahasa. Dialek
Dusunik yang berasal daripada rumpun bahasa Kadazandusun Murut dan Paitan (KDCA, 2005;
Raymond Boin Tombung, 1991; Dayu Sansalu 2008; Pugh-Kitingan, 2012a) merupakan bahasa
Austronesia Melayu-Polinesia (Asmah Omar, 2015). Menurut Asmah Omar, bukti-bukti
kebahasaan dapat dijadikan sebagai keterangan bahawa suku-suku bangsa itu dapat dikategorikan
dalam rumpun bahasa yang sama. Bahasa Austronesia Melayu-Polinesia mempunyai ciri-ciri
persamaan antara satu sama lain meliputi sistem bunyi, pembentukan kata dan ayat, serta
perbendaharaan kata. Asmah Omar mendapati bahawa bahasa-bahasa bumiputera di Malaysia
memperlihatkan perkaitan yang erat antara satu sama lain.
Sepintas Lalu Sejarah Etnik Kadazandusun dan Keluarga Dusun
Bancian populasi penduduk di negeri Sabah pada Disember 1963 menunjukkan bahawa etnik
Kadazandusun mencatat sebagai kumpulan etnik terbanyak, iaitu sebanyak 28.29% atau seramai
159, 285 orang daripada keseluruhan populasi di negeri Sabah pada ketika itu (Regis, 1989).
Jumlah tersebut bertambah menjadi 568, 575 orang pada tahun 2010 (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2011). Semasa pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU),
pemerintahnya tidak dapat memastikan kumpulan etnik yang dikategorikan dalam kelompok
Kadazan dan Dusun tetapi yang pastinya memang wujud nama asli kumpulan etnik di Sabah
seperti Dumpas, Idahan, Liwan, Lotud, Mangkahak, Maragang, Minokok, Murut, Paitan,
Rumanau, Rungus, Tombonuo, Tanggara, Tindal, Tagahas, dan Tingaras (Dayu Sansalu, 2008).
Dakwaan Dayu Sansalu dikukuhkan oleh Kntayya Mariappan dan Paul Porodong (2012), dengan
menjelaskan bahawa kesukaran memahami kepelbagaian etnik dalam kalangan penduduk
peribumi sendiri adalah penyebab kepada ketidaktekalan pengklasifikasian etnik dalam
pembancian pentadbiran SBBU. Ini bersesuaian dengan pendapat Sullivan dan Regis (1981), yang
mengakui bahawa kesilapan telah berlaku dalam proses pengklasifikasian penduduk etnik
peribumi sepanjang pentadbiran Barat semenjak tahun 1901 akibat persempadanan yang selalu
berubah.
Menurut Dayu Sansalu (2008), pemerintah SBBU menyebut kumpulan etnik tersebut
sebagai "Dusun" kerana mereka tinggal di kawasan desa atau di dusun. Perkara yang sama juga
disebut oleh Appell dan Harrison (1968), apabila memetik pandangan para pengembara Melayu
dan Inggeris yang menggelar "Dusun" untuk merujuk penduduk yang tinggal di kawasan antara
pantai dengan pedalaman yang bergunung-ganang. Walau bagaimanapun, Rutter (1985),
mempertikaikan panggilan "Dusun" itu sebagai istilah yang tidak pernah digunakan oleh
masyarakat itu sendiri melainkan telah diberikan oleh kumpulan Mohammedan invaders dengan
merujuk Dusun sebagai dusun (orchard). Rutter juga mengatakan bahawa masyarakat Dusun
menamai diri mereka sebagai tulun tindal (landsman) sahaja. Pugh-Kitingan (2012a), pula
mendakwa bahawa istilah "Dusun" sudah digunakan oleh orang Brunei ketika Kesultanan Brunei
menguasai pantai barat di bahagian Borneo utara, iaitu dengan merujuk "Dusun" sebagai etnik
petani pedalaman, terutamanya yang menanam padi sawah. Penggunaan istilah "Dusun"
kemudiannya berkembang dan berlanjutan sehingga hari ini apabila orang British mengekalkan
panggilan "Dusun" kepada penduduk peribumi yang tinggal di kawasan tanah tinggi yang
mengusahakan pertanian.
Istilah "Kadazan" telah wujud sebelum pemerintahan SBBU sebagai mana tercatat dalam
artikel Gossens (1924) berjudul A Grammar and Vocabulary of the Dusun Language. Gossens
mendakwa bahawa kosa kata yang digunakannya adalah mengikut sebutan Kadazan sebagaimana
yang digunakan di Papar. Orang Dusun memperkenalkan diri mereka sebagai orang Kadazan.
Rutter (1985), pernah mencatatkan bahawa etnik peribumi animisme yang tinggal di pantai barat
khususnya Papar menamai diri mereka sebagai Kadazan. Istilah "Kadazan" ini berasal daripada
kata kakadayan dalam dialek Dusun Tengah atau kakadazan dalam dialek pesisir pantai yang
bermaksud lokasi kedai atau gerai perniagaan. Istilah kakadayan/kakadazan diambil daripada kata
dasar kadai yang bermaksud "kedai" (Pugh-Kitingan, 2012a). Selain istilah "Kadazan", istilah
"Tangara"/ "Tanggara"/ "Tangaa"/ "Tangaah" dan "Kadasan" juga digunakan bagi merujuk etnik
yang tinggal di kawasan pesisir pantai barat seperti Penampang dan Papar. Luering (1897), pernah
mengkaji kosa kata penutur keluarga Dusun di kawasan Kimanis pada tahun 1891. Suku itu
menamai diri mereka sebagai uhlun Kadasan atau "orang Kadasan". Menurut Dayu Sansalu
(2008), perkataan tanggara atau tangaah dalam dialek Kadazan Penampang bermakna kawasan
laut yang ditumbuhi paya bakau. Orang Tagahas, Liwan dan Tindal (yang dikenali sebagai
"Dusun") di Ranau dan Tambunan juga menyebut penduduk Penampang sebagai "Tanggara"
kerana tinggal berdekatan dengan laut atau kawasan tanah paya yang ditumbuhi kayu bakau (Dayu
Sansalu, 2008). Seorang mubaligh Kristian berbangsa Belanda bernama Antonissen pernah
menulis dan membukukan kamus dan tatabahasa Dusun Kadazan dengan menggunakan dialek
"Tangara" (Mongulud Boros Dusun Kadazan, 1994). Hasil tulisan Antonissen tersebut telah
dijadikan rujukan dalam pembinaan komoiboros atau kamus “Bahasa Dusun – B. Tangara – B.
Melayu – B. Inggeris” terbitan tahun 1994 oleh komuniti Kadazandusun melalui Kadazandusun
Cultural Association (KDCA).
Istilah nama bagi kebanyakan subetnik Kadazandusun diambil bersempena alam sekitar.
Pugh-Kitingan (2012a) dan Dayu Sansalu (2008), menjelaskan penggunaan nama-nama alam
sekitar seperti nama-nama sungai, ciri-ciri lanskap setempat atau ciri subetnik itu sendiri sebagai
keterangan tentang mereka. Sebagai contoh, suku Liwan dinamai bersempena sebatang sungai
yang dipanggil sungai Liwan dan suku Tuhauwon bersempena sejenis tumbuhan yang dikenali
sebagai tuhau (Pugh-Kitingan, 2012a). Suku Mangkaak mengambil nama sempena sejenis
burung, suku Tatana menamai sukunya dari kata asal tanah kerana tinggal dalam tanah, suku
Dumpas daripada spesies pokok kayu dan nama suku Bundu pula diambil bersempena nama
sejenis buah (Minah Sintian, 2017) dan sebagainya.
Keadaan sosiopolitik sekitar tahun 1961 sehingga tahun 1995 telah mengubah senario
peristilahan Kadazan dan Dusun. Pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO) di
bawah kepemimpinan Donald Stephen meneruskan dan menggalakkan penggunaan istilah
"Kadazan" pada tahun 1961 dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan politik daripada
masyarakat yang tinggal di sekitar Penampang, Putatan dan Papar (Low, 2005). Donald Stephen
juga hendak mengimplementasikan penggunaan istilah "Kadazan" kepada semua suku yang
menamakan diri mereka sebagai "Dusun" atas alasan untuk menjadikan semua etnik Kadazan dan
Dusun sebagai "orang kita" atau our people (Low, 2005). Walau bagaimanapun, cadangan Donald
Stephen tersebut tidak dipersetujui oleh enam daripada dua puluh lima orang wakil etnik
Kadazandusun. Mereka terdiri daripada wakil dari daerah Ranau, Tuaran, Kiulu dan tiga lagi dari
kawasan lain yang majoritinya menamai etniknya sebagai "Dusun" sahaja (Low, 2005).
Ketidakpuasan hati keenam-enam wakil tersebut menyebabkan berlakunya perpecahan
dalam kalangan etnik Kadazan dan Dusun (Hamidun Udin, 1992). Akhirnya etnik Dusun
menubuhkan sebuah pertubuhan baharu yang dikenali sebagai United Sabah Dusun Association
(USDA) pada tahun 1967 (Reid, 1997). Kedua-dua parti tersebut membawa haluan masing-
masing sehingga tahun 1980-an. Menurut Reid, presiden Kadazan Cultural Association (KCA),
Datuk Joseph Pairin Kitingan telah mengumumkan penukaran nama KCA kepada KDCA atas
kesedaran beliau bahawa semua suku dan subsuku Kadazan dan Dusun merupakan sekeluarga.
Penubuhan persatuan yang baharu pada tahun 1989 itu telah berjaya menjernihkan kembali
hubungan antara USDA dan KDCA.
Etnik Kadazan dan Dusun mempunyai ciri-ciri generik yang sama dari segi bahasa,
budaya, kepercayaan, tradisi dan pengalaman sejarah. Melihat dan mempertimbangkan ciri-ciri
generik tersebut, maka wakil-wakil yang menghadiri Persidangan Perwakilan KCA Ke-5 pada 4
dan 5 November 1989 telah bersetuju untuk menggabungkan istilah "Kadazan" dan "Dusun"
sebagai langkah terbaik mengatasi masalah krisis identiti "Kadazan" dan "Dusun" yang dilihat
sebagai penghalang kepada pertumbuhan sosiobudaya, ekonomi dan politik pelbagai etnik
komuniti Kadazandusun semenjak Kadazan dan Dusun menghadapi pertentangan sentimen
politik pada awal 1960-an. Penggabungan istilah "Kadazan" dan "Dusun" telah menjadi titik tolak
persefahaman, tolak ansur dan saling menghormati antara kedua-dua etnik tersebut untuk
menjadikan Kadazandusun sebagai satu bangsa. Tafsiran etnik Kadazandusun berdasarkan Artikel
6 Perlembagaan dan Peraturan KDCA adalah terdiri daripada 40 subetnik Kadazandusun seperti
Bonggi, Bundu, Dumpas, Gana, Garo, Idaan, Kadayan, Kimaragang, Kolobuan, Kuijau,
Lingkabau, Liwan, Lobu, Lotud, Lundayeh, Makiang, Malapi, Mangkaak, Minokok, Murut,
Ngabai, Paitan, Pingas, Rumanau, Rungus, Sinobu, Sinorupu, Sonsogon, Sukang, Sungai, Tatana,
Tangara, Tidong, Tindal, Tobilung, Tolinting, Tombonuo, Tuhawon, Tutung dan Bisaya.
Pengelompokan keluarga Dusun terawal yang dijalankan secara penyelidikan telah
dipelopori oleh Summer Institute of Linguistics (SIL). Smith (1984), dalam artikelnya The
Languages of Sabah: A Tentative Lexicostatistical Classification telah mengelompokkan sepuluh
bahasa dalam keluarga Dusun. Bahasa itu termasuklah Papar, Dumpas, Kadazan-Tambanua,
Lotud, Bisaya, Tatana, Kuijau, Kadazan Pantai Timur, Rungus dan Kadazan / Dusun. Namun
Lobel (2013), telah mempertikaikan pengelompokan Smith apabila mendapati bahasa Tatana
lebih berkerabat dengan bahasa keluarga Murut. Penulis juga berpendapat bahawa pengelompokan
bahasa atau dialek keluarga Dusun oleh Smith kelihatan sangat longgar kerana kurang penjelasan
data leksikal yang lengkap. Selain itu, penggunaan istilah "Papar" oleh Smith lebih merujuk
kepada nama tempat, iaitu salah satu daerah yang terletak di pantai barat negeri Sabah. Istilah
"Papar" juga merujuk kepada nama alternatif etnik Bajau yang tinggal di Kuala Penyu (Lewis,
2009). Smith (1984), juga menggunakan istilah "Kadazan" atau "Dusun" dengan sewenang-
wenang tanpa sebarang penjelasan. Keadaan ini mengelirukan dalam pengelompokan bahasa
mahupun suku keluarga Dusun.
Susulan daripada kajian SIL, Raymond Boin Tombung (1991), telah membahagikan
keluarga Dusun kepada dua keluarga, iaitu keluarga Dusun dan keluarga Paitan. Keluarga Dusun
terdiri daripada Bisaya, Begahak, Dumpas, Dusun Banggi/Bonggi, Dusun Klias, Dusun Magatang,
Dusun Monsok, Dusun pantai Timur (Dusun Keramuak, Dusun Labuk, Dusun Lamag, Dusun
Malapi, Dusun Mangkaak, Dusun Sukang, Dusun Sg. Kulu-Kulu, Dusun Sg. Segaliud dan
Tindakon), Dusun Papar, Dusun Pilantong, Dusun Ranau, Dusun Sugut (Minokok dan Tilan-Ilan),
Gana, Garo, Ida’an/Idahan, Dusun Sugut, Ida’an Sungai, Kimaragang, Kuijau/Kwijau, Liwan,
Lotud, Papar, Tambanua, Tangara/Kadazan, Rungus, Tatana, Tebilung dan Tindal. Keluarga
Paitan pula terdiri daripada Abai Sungai, Dusun Ulu Kinabatangan (Dusun Makiang, Dusun
Segama, Dusun Sg. Gum-Gum, Kolobuan, Rumanau, Sinabau, dan Sinarupa), Lingkabau,
Lobu/Sagamo dan Tambanua/Sungai. Kajian Pugh-Kitingan (2012a), pula tidak meletakkan
subetnik Gana dalam keluarga Dusun sebagai mana dalam kajian Raymond Boin Tombung (1991).
Minah Sintian (2017), merumuskan hasil penelitian penyelidik terdahulu dengan
mengelompokkan rumpun Kadazandusun ke dalam tiga keluarga utama, iaitu Dusun, Murut dan
Paitan seperti dalam jadual 1.
Hasil penelitian dokumen bertulis, Minah Sintian (2017), menyenaraikan suku-suku yang
terkandung dalam keluarga Dusun berdasarkan pengubahsuaian sumber daripada KDCA (2005),
Raymond Boin Tombung (1991), Dayu Sansalu (2008) dan Pugh-Kitingan (2012). Jadual 2 ialah
paparan suku-suku Dusunik yang membawa bersama-sama bahasa atau dialeknya.
Jadual 1: Kelompok Rumpun Kadazandusun
Bil KELUARGA DUSUN KELUARGA PAITAN KELUARGA MURUT
1 Bisaya Dusun Segama Bookan / Baukan
2 Dusun Brunei Kalabuan Murut Kalabakan
5 Dusun Keramuak Paitan Murut Serudung /
Sarudung
6 Dusun Labuk Pingas Murut Tagal / Tahol /
Rundum
7 Dusun Lamag Rumanau Murut Timugon
8 Dusun Sg. Kulu-Kulu Sinobu Murut Beaufort
9 Garo Sinorupu Ngabai
10 Ida’an Sungai Okolod
11 Kadayan Sungai Abai Paluan
12 Kimaragang Tombonuo Gana
13 Kuijau Begahak Tidong
14 Liwan Melapi Lundayeh
15 Dusun Lotud Dusun Sg. Segaliud Lobu Lanas
16 Mangkaak - -
17 Minokok - -
18 Rungus - -
19 Sonsogon - -
20 Sukang - -
21 Talantang - -
22 Tangara / Kadazan - -
23 Tatana - -
24 Tilan-Ilan - -
25 Tinagas - -
26 Tindakon - -
27 Tindal - -
28 Tobilung - -
29 Tolinting - -
30 Tuhawon - -
31 Sundayo - -
(Sumber: Diubah suai daripada KDCA, 2005; Raymond Boin Tombung, 1991; Dayu Sansalu
2008; Pugh-Kitingan, 2012a)
Jadual 2: Suku-Suku Keluarga Dusun
Bil KELUARGA DUSUN Bil KELUARGA DUSUN
1 Bisaya 17 Minokok
2 Dusun Brunei 18 Rungus
3 Bundu 19 Sonsogon
4 Dumpas 20 Sukang
5 Dusun Keramuak 21 Talantang
6 Dusun Labuk 22 Tangara / Kadazan
7 Dusun Lamag 23 Tatana
8 Dusun Sg. Kulu-Kulu 24 Tilan-Ilan
9 Garo 25 Tinagas
10 Ida’an 26 Tindakon
11 Kadayan 27 Tindal
12 Kimaragang 28 Tobilung
13 Kuijau 29 Tolinting
14 Liwan 30 Tuhawon
15 Dusun Lotud 31 Sundayo
16 Mangkaak
(Sumber: Diubah suai daripada KDCA, 2005; Raymond Boin Tombung, 1991; Dayu Sansalu,
2008; Pugh-Kitingan, 2012a)
Berdasarkan jadual 1, didapati jumlah senarai suku-suku dalam etnik Kadazandusun
mencapai 61 bilangan. Kemungkinan nama-nama suku itu agak bertindan antara satu sama lain.
Jadual 2 juga menggambarkan bilangan suku Dusunik yang berkebarangkalian besar saling
bertindan antara satu dengan yang lain ataupun kemungkinan masih terdapat nama suku yang
belum dicatat sebagai keluarga Dusun. Ini bersesuaian dengan kajian Cohen (1993), yang
berpendapat bahawa suku Lobu Lanas (Keningau) dan Lobu Tompios (Ranau) mungkin berasal
daripada suku yang sama, iaitu kedua-duanya berasal dari Hulu Kinabatangan. Suku-suku itu
terpisah kerana migrasi di samping halangan geografi fizikal dan persempadanan politik.
Pertindanan nama suku juga berlaku kerana kecenderungan masyarakat Kadazandusun yang
gemar menamakan bangsanya mengikut nama tempat tinggal mereka berasaskan nama sungai,
pokok dan tumbuhan lain (Dayu Sansalu, 2008; Pugh-Kitingan, 2012a).
Dari segi lokasi geografi, didapati bahawa ketiga-tiga keluarga Kadazandusun ini
mempunyai lokasi petempatan masing-masing dalam peta negeri Sabah. Keluarga Dusun
kebanyakannya ditemui di kawasan pedalaman, pesisir pantai barat dan utara negeri Sabah.
Keluarga Murut pula ditemui di sepanjang kawasan pedalaman selatan Sabah sementara keluarga
Paitan ditemui di sepanjang sungai-sungai utama di bahagian timur terutamanya di kawasan
pedalaman (Pugh-Kitingan, 2012b). Dayu Sansalu (2008), mengelompokkan lokasi petempatan
etnik Kadazandusun mengikut daerah, bandar dan pekan seperti Dusunik tinggal di Penampang,
Putatan, Kinarut, Papar, Inanam, Menggatal, Telipok, Tuaran, Tamparuli, Kota Belud, Kudat,
Ranau, Tambunan dan Kuala Penyu. Paitanik tinggal di Sungai Paitan, Sandakan, Beluran, Labuk,
Sugut, Kinabatangan, Pitas dan Beaufort sementara Murutik pula tinggal di Pensiangan, Tenom,
Nabawan dan Keningau.
Isu Kesalingfahaman Dialek Dusunik
"Bahasa ialah sekumpulan dialek yang bersifat kesalingfahaman" merupakan ungkapan oleh
Chambers dan Trudgill (1990) yang memerlukan penelitian semula. Hal ini disebabkan oleh
kesalingfahaman suatu kumpulan dialek adalah berbeza bergantung kepada faktor-faktor tertentu.
Kesalingfahaman antara penutur satu bahasa/dialek dengan penutur bahasa/dialek yang lain dalam
keluarga yang sama membawa tahap yang berbeza. Misalnya orang Swede dapat memahami
pertuturan orang-orang Norwegia dengan mudah namun mereka tidak memahami bahasa
Norwegia itu sebaik pemahaman mereka terhadap bahasa Swedish (Chambers & Trudgill, 1990).
Isu kesalingfahaman ini berlaku dalam kalangan penutur dialek Dusunik khususnya dan
rumpun Kadazandusun umumnya. Maknanya, kefahaman suatu dialek itu adalah dalam kadar yang
berbeza antara penutur-penutur dialek. Terdapat penutur dialek Dusunik yang mempunyai
kefahaman tinggi terhadap dialek Dusunik lain dan sebaliknya. Dapat diramalkan bahawa
bilangan suku yang ramai dengan dialek masing-masing akan menimbulkan isu kesalingfahaman
bahasa antara satu dengan yang lain. Keluarga Dusun yang terdiri daripada 31 dialek mengalami
isu tersebut. Lokasi penutur-penutur dialek yang dipisahkan oleh halangan spatial dan keadaan
bentuk muka bumi yang bergunung-ganang, sungai-sungai besar, terpencil jauh di pedalaman dan
berhutan rimba menjadi faktor utama berlakunya isu kesalingfahaman bahasa sebagaimana
dijelaskan oleh Trudgill (2014). Selain itu, faktor geografi sosial seperti kecenderungan penutur-
penutur dialek Dusunik itu bertutur dalam bahasa Melayu Sabah semasa berkomunikasi juga
membatasi saling faham antara penutur dialek tersebut.
Isu kesalingfahaman dalam keluarga bahasa Dusun pernah dikemukakan oleh J.E. Banker
dan Banker (1984), dengan mengatakan bahawa bahasa Kadazan/Dusun agak berbeza dalam
pelbagai peringkat sehingga mungkin mengalami kesukaran komunikasi dari satu rantaian dialek
ke hujung rantaian dialek yang lain. Misalnya, penutur dialek Kadazan di bahagian Pantai Barat
Selatan mengalami kesukaran berkomunikasi dengan penutur dialek Dusun Tengah (terdiri
daripada dialek Liwan, Bundu, Tindal, Garo, Tobilung dan Tinagas) yang terletak di daerah
Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Kota Marudu dan Ranau. Pernyataan J.E. Banker dan Banker
turut diakui oleh Smith (1984), apabila mendapati kesalingfahaman antara penutur dialek suku
Bundu di sekitar kawasan Bundu Tuhan, Ranau dengan penutur dialek Kadazan (Tangara) di
sekitar Bunduon, Penampang hanyalah sekitar 66-75%. Smith, berpendapat bahawa kata kognat
antara penutur dialek Dusunik yang terdiri daripada suku Papar, Dumpas, Kadazan/Dusun, Lotud,
Bisaya, Tatana, Kuijau, Kadazan sebelah Timur, Rungus dan Kadazan-Tambunan ialah 60-75%.
Kajian Clayre (1966), pula mendapati peratusan kata kognat antara penutur dialek Dusun yang
tinggal di kawasan Penampang, Ranau, Bundu Tuhan, Tongod, Kudat, Labuk dan Tambunan
adalah antara 63-95%. Peratusan berkognat tertinggi adalah antara penutur dialek Dusun yang
tinggal di Ranau dengan Dusun yang tinggal di Tambunan, iaitu mencapai 95%. Peratusan kata
kognat terendah ialah penutur dialek Dusun Mangkaak dengan Dusun Lotud, iaitu 63% sahaja.
Ketidakseragaman peratusan kata kognat itu menunjukkan keragaman leksikal dalam dialek-
dialek keluarga Dusun yang mengakibatkan wujudnya isu kesalingfahaman.
Kerencaman dialek dalam keluarga Dusun menyukarkan komunikasi dalam suku-suku
tersebut. Miller (1988), mendapati bahawa terdapat perbezaan ketara dialek-dialek atau sub-
subdialek antara Dusun Tengah dengan Kadazan Pesisir Pantai dari segi perbendaharaan kata dan
sebahagian kecil dari segi sintaksis. Misalnya, penutur dialek Dusun Tengah menyebut "nasi"
sebagai takano, sementara penutur Kadazan Pesisir Pantai menggelarnya naig. Dapatan kajian
Miller itu dikukuhkan oleh Dayu Sansalu (2014), yang turut mengakui bahawa terdapat kata bukan
kognat dalam beberapa dialek keluarga Dusun. Sebagai contoh, penutur dialek Rungus di daerah
Kudat menyebut perkataan "ular" sebagai vulanut sementara dialek Tatana di Beaufort
menyebutnya sebagai nipoh. Terdapat juga kata bukan kognat antara dialek Tangara dengan dialek
Bundu dan Liwan. Misalnya perkataan "baik", disebut sebagai avasi dalam dialek Tangara
sementara dialek Bundu dan Liwan menyebutnya sebagai osonong. Kajian Miller dan Dayu
Sansalu itu jelas membuktikan bahawa leksikal yang berbeza untuk makna yang sama merupakan
antara elemen bahasa yang menimbulkan isu kesalingfahaman dalam kalangan penutur dialek
keluarga Dusun. Perbezaan leksikal yang agak ketara dalam keluarga Dusun itu mungkin
bercanggah dengan pernyataan Chambers dan Trudgill (1990), yang beranggapan bahawa bahasa
sebagai sekumpulan dialek seharusnya bersifat kesalingfahaman antara satu sama lain.
Kajian Minah Sintian dan Norazimah Zakaria (2013), turut mengakui bahawa bukan
semua penutur dialek dalam keluarga Dusun boleh memahami dialek lain dengan baik. Daripada
70 responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Kadazandusun di sekolah menengah, terdapat 15 orang yang kurang memahami bahasa yang
digunakan di dalam buku teks Bahasa Kadazandusun. Buku teks tersebut menggunakan bahasa
campuran daripada pelbagai dialek seperti dialek Bunduliwan, Tangara, Tindal dan lain-lain.
Dapatan ini membuktikan bahawa responden kurang memahami bahasa yang mereka tidak
gunakan dalam kehidupan seharian atau dalam erti kata lain tidak memahami dialek yang bukan
berasal daripada dialeknya. Bunyi konsanan berkontras (Abdul Hamid Ahmad, 1993) dalam
leksikal yang membawa maksud sama juga menimbulkan isu kesalingfahaman yang akhirnya
menghalang komunikasi. Kajian Clayre (1966), mendapati terdapat perbezaan fonologi antara
beberapa suku keluarga Dusun. Penutur dialek Tangara dari Penampang lazimnya menggunakan
bunyi /l/ untuk leksikal loun berbanding bunyi /r/ roun yang digunakan oleh penutur-penutur dialek
Rungus, Labuk, Bengkoka, Ranau, Bundu Tuhan, Tambunan dan Lotud. Kedua-dua leksikal
tersebut membawa maksud yang sama, iaitu “daun”.
Teori Penyebaran Dialek Dusunik
Dialek Dusunik yang rencam dapat dijelaskan dengan bersandarkan kepada Teori Gelombang
(Wave Theory) atau terkenal dengan nama Wellentheorie yang diperkenalkan oleh Johannes
Schmidt (1872) yang dipetik dalam Keraf (1984). Teori tersebut menjelaskan bahawa bahasa-
bahasa digunakan secara berantaian di dalam suatu wilayah tertentu dan dipengaruhi oleh
perubahan-perubahan yang terjadi pada suatu tempat tertentu. Perubahan-perubahan itu akan
menyebar ke semua arah, seperti halnya dengan gelombang di dalam sebuah kolam yang
disebabkan oleh suatu benda yang dijatuhkan ke dalam kolam itu.
Dalam konteks perubahan linguistik, ianya dapat tersebar seperti gelombang pada suatu
wilayah bahasa, dan setiap perubahan dapat meliputi suatu wilayah yang tidak bertindih dengan
wilayah perubahan terdahulu. Hasil daripada gelombang-gelombang yang berurutan itu dikenali
sebagai jaringan-jaringan isoglos. Daerah-daerah yang berdekatan dengan pusat penyebaran akan
lebih banyak menunjukkan persamaan dengan pusat penyebarannya. Sementara perbezaan pula
akan semakin membesar sesuai dengan jarak yang ditempuh. Jaringan isoglos yang dilalui pun
turut bertambah banyak. Asmah Omar (1985) dan Bynon (1994), menganalogi teori ini dengan
dengan cara mencampakkan seketul batu ke dalam air tenang lalu akan menghasilkan riak
gelombang. Gerak gelombang yang besar akan terlihat pada lingkaran yang berdekatan dan
kemudian akhirnya akan semakin menipis. Lingkaran gelombang yang menebal itu diiktibarkan
kepada bahasa-bahasa yang masih mempunyai hubungan yang dekat antara satu sama lain.
Lingkaran yang menunjukkan gelombang yang semakin menipis pula melambangkan bahasa yang
telah terpisah jauh. Walau bagaimanapun bahasa/dialek itu masih memiliki ciri-ciri yang diwarisi
daripada bahasa sumber.
Keraf (1984), menjelaskan bahawa Teori Gelombang ini dapat diimplementasikan dalam
beberapa kaedah. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah pemeriksaan sekilas, kaedah kosa kata
dasar dan kaedah inovasi. Kaedah pemeriksaan sekilas akan mengadakan tinjauan sepintas lalu
mengenai persamaan dan perbezaan antara bahasa yang diperbandingkan. Perubahan-perubahan
yang akan dilihat termasuklah hubungan bunyi dan kesamaan bentuk makna kata leksikal antara
bahasa tersebut. Kaedah kosa kata dasar yang dibandingkan adalah kosa kata yang dianggap
menjadi syarat mati hidupnya sebuah bahasa. Keraf (1984), menjelaskan bahawa pemilihan kosa
kata dasar itu haruslah berdasarkan pemilikan sebuah bahasa sejak awal perkembangannya.
Kaedah ini bertolak daripada andaian bahawa kosa kata itu bukan sewenang-wenangnya berubah,
misalnya kata-kata mengenai anggota tubuh, kata ganti nama, kata-kata yang menyatakan
perasaan, berkaitan cuaca, kata bilangan dan kata-kata yang berkaitan dengan kelengkapan rumah
tangga yang dianggap wujud sejak permulaan. Andaian kedua ialah kata-kata yang mudah
berubah. Kata-kata tersebut adalah yang dipinjamkan kepada/dan daripada kebudayaan lain.
Contohnya, meja, kerusi, baju, lampu dan sebagainya. Memandangkan kata-kata ini mudah
meresap atau menyebar, maka ianya akan mudah mengalami perubahan. Kaedah ketiga ialah
kaedah inovasi. Kaedah ini bertitik tolak daripada suatu andaian bahawa bahasa kerabat
mengalami pembaharuan satu atau lebih kosa kata dasarnya. Menurut Keraf (1984), pembaharuan
ini berlaku bukan semata-mata kerana pinjaman atau pengaruh dari luar tetapi bahasa itu sendiri
mempunyai keupayaan untuk berkembang. Inovasi dapat berlaku dalam beberapa situasi. Pertama,
inovasi berlaku atas kata yang salah ungkap atau salah tulis. Salah tulis kerap berlaku dalam teks
lama. Kedua, inovasi berlaku kerana perubahan makna, iaitu terdapat kata-kata silam atau arkaik
akan berubah maknanya, tetapi dalam masa yang sama bahasa kerabat yang lain, masih
mengekalkan makna dan bentuk silam atau arkaik. Perubahan makna terjadi menurut peredaran
waktu.
Meskipun Teori Gelombang ini direka untuk melihat perbandingan suatu bahasa kerabat
yang umumnya dikorelasikan antara jarak geografi dengan linguistik, namun Bynon (1994),
mengingatkan kemungkinan berlaku beberapa keadaan yang berbeza dan dijangkakan.
Kemungkinan pertama apabila timbulnya satu pusat politik dan budaya baharu dalam wilayah
linguistik yang selama ini belum mengalami sebarang gangguan kemasukan imigran atau asimilasi
masyarakat. Sekiranya berlaku pembaharuan daripada pusat baharu tersebut, maka kemungkinan
akan merebak hanya ke satu bahagian wilayah asal sahaja. Bahagian wilayah lain akan kekal di
bawah pengaruh pusat yang terdahulu. Hal ini akan menyaksikan perkembangan isoglos antara
dua wilayah berdampingan yang akhirnya akan mengakibatkan kehilangan kefahaman menyaling
dan mewujudkan dua bahasa yang berlainan. Bynon berpendapat bahawa sekiranya kes tersebut
berlaku, maka Teori Gelombang hanya mungkin dapat memberi penjelasan tentang cara
pencapahan linguistik yang boleh digambarkan dengan nodus pada salasilah. Kedua-dua bahasa
yang terhasil akan lebih rapat hubungannya berbanding hubungan dengan bahasa ketiga.
Menurut Bynon (1994), kemungkinan kedua akan berlaku melalui kes perkembangan
menyimpang dan peresapan ciri merentasi beberapa bahasa setelah bahasa itu berpisah. Misalnya
terdapat dua dialek yang berkaitan tetapi berbeza dari segi linguistik meskipun terletak dalam
kawasan geografi, pengaruh kuasa politik, pusat pentadbiran dan budaya yang berdampingan.
Dalam hal ini, kita akan melihat pelenyapan isoglos tertentu yang dahulunya berfungsi sebagai
pembeza kedua-dua dialek melalui penyebaran ciri dari satu kawasan dialek ke kawasan dialek
lain. Kemungkinan ketiga pula berlaku apabila peresapan ciri yang sama tanpa mengehadkan
kepada dialek kerabat semata-mata tetapi meresap secara terbuka kepada mana-mana kumpulan
bahasa yang mempunyai pertembungan erat, sama ada berkerabat atau sebaliknya.
Berdasarkan Teori Gelombang, rantaian dialek-dialek Dusunik dapat digambarkan
berdasarkan Rajah 1 di bawah.
Rajah 1: Rantaian Dialek-dialek Dusunik Bersandarkan Teori Gelombang
Dengan menggunakan 207 kosa kata yang terdapat dalam daftar kata Swadesh (Van der Veen,
2010), Minah Sintian (2017), telah mendapati persamaan kata kognat antara dialek Bunduliwan
(BL) dengan empat dialek Dusunik yang lain, iaitu Tangara (TG), Rungus (R), Dumpas (D) dan
Tatana (TT). Persamaan kata kognat antara dialek Bunduliwan dengan dialek Tangara sebanyak
85.37%, dialek Bunduliwan dengan dialek Rungus 80.49%, dialek Bunduliwan dengan dialek
Dumpas sebanyak 73.53% dan dialek Bunduliwan dengan Tatana sebanyak 61.76%. Berdasarkan
Teori Gelombang, diandaikan bahawa dialek Bunduliwan dengan dialek Tangara/Kadazan masih
mempunyai hubungan yang sangat dekat antara satu sama lain berbanding dengan dialek Tatana
yang semakin jauh dari titik pemisahan. Semakin tinggi persamaan kata kognat, semakin dekat
hubungan suatu bahasa/dialek Dusunik tersebut. Sekiranya dialek Bunduliwan dianalogikan
sebagai bahasa sumber atau induk, lingkaran-lingkaran dialek yang terdapat di sekeliling dialek
Dialek Bunduliwan
Dialek Tangara/Kadazan
Dialek Rungus
Dialek Dumpas
Dialek Tatana
Bunduliwan tersebut merupakan dialek-dialek yang baharu berkembang dan lingkaran-lingkaran
seterusnya merupakan bahasa yang sudah lama perpisahannya.
Memandangkan penelitian ini bersifat sinkronik, maka keadaan geografi seperti jarak
lokasi antara penutur dapat menentukan kadar kata kognat dialek BL dengan dialek lain. Antara
daerah yang berdekatan dengan lokasi penutur BL ialah Penampang dan Papar yang majoritinya
menutur dialek TG. Lokasi penutur BL tidak terhad kepada kawasan pekan Ranau atau Tambunan
semata-mata. Penutur BL tersebar luas di kawasan Tuaran, Menggatal, Inanam, Penampang dan
Papar itu sendiri. Asimilasi leksikal antara penutur dialek itu menyebabkan BL dengan TG
mempunyai peratusan persamaan kata kognat yang tinggi. Keadaan yang serupa juga berlaku
terhadap penutur dialek Rungus. Kebanyakan penutur dialek lain yang mempunyai tahap
kebolehfahaman melebihi 90% dengan dialek BL seperti dialek Tindal, Garo dan Tobilung turut
berada dalam persekitaran petempatan suku Rungus di utara negeri Sabah, iaitu daerah Kudat,
Pitas dan Kota Marudu (Minah Sintian, 2017). Penutur-penutur dialek BL, Tindal, Garo dan
Tobilung mempunyai jarak kedekatan dengan penutur dialek Rungus menyebabkan banyak
persamaan dari segi ciri-ciri linguistik.
Bersandarkan Teori Gelombang, semakin jauh lokasi penutur daripada penutur bahasa
induk, semakin sedikit kata kognat antara kedua-dua penutur tersebut. Faktor ruang geografi yang
luas dan keadaan muka bumi menyebabkan perubahan-perubahan linguistik berlaku. Penutur
dialek Tatana misalnya hanya terhad di daerah Kuala Penyu. Penutur dialek BL tidak tersebar luas
di kawasan tersebut. Penutur dialek Tatana lebih kerap berasimilasi dengan penutur bangsa Brunei,
Melayu dan Cina. Nenek moyang masyarakat Tatana juga dipercayai berkahwin campur dengan
kaum Cina sehinggakan terdapat budaya masyarakat Cina yang dipraktikkan dalam kehidupan
seharian suku Tatana (Minah Sintian, 2017; Irwan Majid, 2019). Lobel (2013), juga
mengklasifikasikan dialek Tatana ke dalam kelompok keluarga bahasa Murut. Walau
bagaimanapun Chambers dan Trudgill (1990), menegaskan bahawa rantaian dialek yang berjiran
itu bukan bermaksud penutur-penuturnya terpisah langsung antara satu dengan lain sehinggakan
tidak terdapat saling faham, tetapi kesan kumulatif hasil daripada perbezaan linguistik itu berlaku
sedemikian apabila dipengaruhi oleh spatial geografi. Hal ini memberi kesukaran berkomunikasi
dengan lancar antara penutur-penutur dialek yang terpisah itu.
Variasi Leksikal Dialek Dusunik
Persamaan dan perbezaan beberapa leksikal dialek Dusunik dapat dilihat pada jadual-jadual di
bawah. Leksikal tersebut dikategorikan mengikut tema seperti persanakan, haiwan, tumbuhan,
alam semula jadi serta anggota badan manusia dan haiwan.
Jadual 3 : Leksikal Bertemakan Persanakan
Bahasa / Dialek
Bahasa Melayu Bunduliwan Tangara Tatana Rungus Dumpas
perempuan tondu' tondu' andu' ondu' ondu'
lelaki kusai kusai kusoi kusai kusai
orang tulun tuhun ulun ulun ulun
anak tanak tanak anak anak anak
isteri sawo sinavan andu savo sawo
suami sawo savo kusoi savo sawo
ibu tina', tidi', tama' tina' ina' idi', ina' ino'
bapa tama', tapa' tama' ama' ama' amo'
Berdasarkan jadual 3 di atas, didapati dialek BL dengan Tangara mempunyai lima
leksikal yang serupa, iaitu mempunyai fonem yang sama betul. Contohnya, tondu’, kusai, tanak,
tina’ dan tama’. Diikuti oleh dialek BL dengan Dumpas sebanyak tiga leksikal, iaitu kusai dan
sawo (isteri dan suami). Secara keseluruhannya, keempat-empat dialek mempunyai pasangan
kesepadanan bersifat fonem dengan dialek BL untuk tema persanakan. Dialek-dialek dalam
keluarga yang sama ini masih mengekalkan kosa kata asas, iaitu kosa kata yang digunakan dalam
bahasa keluarga Dusun sejak awal perkembangannya. Leksikal tama dalam dialek BL untuk
merujuk "ibu" diinovasi daripada bahasa Austronesia "emak". Dalam konteks persanakan, dialek-
dialek Dusunik masih dalam rantaian bahasa yang terjalin erat. Leksikalnya masih bertumpang
tindih antara satu sama lain sehingga mewujudkan banyak kata kognat berbanding perbezaan.
Bertitik tolak daripada Teori Gelombang, jelas menunjukkan dialek BL berkontinum dengan
penutur dialek TG, TT, R dan D. Walau bagaimanapun halangan geografi dan jarak jauh telah
mempengaruhi sedikit perbezaan linguistik terutama sebutan.
Jadual 4: Leksikal Bertemakan Haiwan
Bahasa / Dialek
Bahasa Melayu Bunduliwan Tangara Tatana Rungus Dumpas
binatang dupot tazam lulu-luluan dupot binatang
ikan sada' sada' kana' sada’ pait
burung tombolog tombohog sisiog tombolog momobolog
anjing tasu tasu asu asu asu
kutu kutu kutu kutu kutu kutu
ular tulanut vuhanut nipo vulanut ulang
cacing tonggiluang tonggohivang lingguang lingguvang lingguang
Leksikal bertemakan haiwan dalam jadual 4 menunjukkan dialek BL dengan Rungus
mempunyai empat leksikal yang serupa, iaitu dupot, sada’, tombolog dan kutu. Kemudian diikuti
oleh dialek BL dengan Tangara, sada’, tasu dan kutu. Pasangan leksikal kesepadanan bersifat
fonem antara dialek BL dengan dialek-dialek lain terlihat pada “burung” kecuali dialek Tatana,
seperti “anjing”, “ular” dan “cacing”. Dialek Tatana memaparkan perbezaan ketara untuk leksikal
"burung" dan "ular" berbanding dengan dialek lain. Faktor geografi fizikal dan ruang
memungkinkan berlakunya perubahan kata selain daripada keupayaan suku Tatana
mengembangkan bahasanya sendiri selari dengan perubahan masa. Penutur Dumpas pula telah
menginovasi kata binatang seperti dalam Bahasa Melayu (BM). Penggunaan leksikal yang
dipengaruhi oleh BM itu selari dengan cara hidup komunitinya yang mengamalkan budaya
Melayu. Nik Safiah Karim (1992), menjelaskan bahawa bahasa yang digunakan oleh suatu
masyarakat itu berkait rapat dengan cara hidup masyarakat yang penuturnya.
Jadual 5: Leksikal Bertemakan Tumbuhan
Bahasa / Dialek
Bahasa Melayu Bunduliwan Tangara Tatana Rungus Dumpas
pokok kayu puun tataun kazu puun
hutan gouton, talun pias talun govuton abawon
batang guas vatang puun vatang batang
buah tuwa' tuva' buwa' uva' buwa'
biji linsou hinsou insou linsou linsou
daun roun loun daun roun untu'
akar gamut gamut bakag gamut gamut
kulit kulit kuhit kulit kulit kulit
bunga bunga bunga bunga vusak bunga
rumput sakot sakot sakot sakot sakot
Jadual 5 di atas memaparkan variasi leksikal bertemakan tumbuhan dalam dialek BL dan
dialek-dialek lain dalam Dusunik. Dialek BL dengan Rungus (linsou, roun, gamut, kulit, sakot)
dan BL dengan Dumpas (linsou, gamut, kulit, bunga, sakot) masing-masing mempunyai lima
leksikal yang serupa. Dialek BL dengan Tangara (gamut, bunga, sakot) dan BL dengan Tatana
(kulit, bunga, sakot) masing-masing tiga leksikal serupa. Dialek Dumpas masih mengekalkan
inovasi sepenuh leksikal batang seperti ejaan BM. Dialek Tangara dan Rungus pula
menginovasikan "batang" menjadi vatang melalui perubahan bunyi /b/ menjadi /v/. Leksikal
tataun dalam dialek Tatana untuk merujuk "pokok" merupakan petanda bahawa bahasa itu dapat
menumbuhkan leksikal selari dengan tempoh masanya. Leksikal juga membawa makna yang
berbeza antara satu dialek dengan dialek yang lain. Leksikal puun dalam dialek Tangara dan
Dumpas yang merujuk "pokok" membawa konotasi berbeza dalam dialek BL. Penutur dialek BL
menggunakan leksikal puun untuk merujuk biji padi yang tidak terkupas kulitnya semasa ditumbuk
dalam lesung atau dikisar oleh mesin. Puun harus diasingkan daripada beras semasa proses
menampi untuk mengelakkan daripada termakan. Sebagai mana halnya dengan leksikal
bertemakan persanakan, leksikal bertemakan tumbuhan juga menunjukkan jalinan rantaian dialek
yang masih akrab dan selari dengan leksikal dialek BL meskipun terdapat perbezaan beberapa
leksikal seperti "pokok", "hutan", "batang" dan "akar".
Jadual 6: Leksikal Bertemakan Alam Semula Jadi
Bahasa / Dialek
Bahasa Melayu Bunduliwan Tangara Tatana Rungus Dumpas
matahari tadau tadau matodou tadau matodaalau
bulan tulan vuhan bulan vulan ulan
bintang rombituon tombituon bintang korimbutuon bintang
air waig vaig timug vaig waig
hujan rasam, darun lasam dasam darun darun
sungai bawang bavang bawang bavang olung-olung
tasik liwotung botung luob livotung liwotung
laut rahat daat laut rahat raat
garam silawon, tusi' tusi' usi' asin asin
batu watu vatu batu vatu watu
pasir togis, nagas togis agis ogis pantai
debu lisohu sizamut abuk lisovu urisong
tanah tana' tana' tana' tana' tana'
awan hawun gavun kawanan avan awan
kabus hawun sinogub ambun havun ambun
langit tawan tavan kawanan avan awan
angin tongus, sarup tongus ribut barat woos
salji ais ais ais ais ais
air batu ais ais ais ais ais
asap lisun hisun lisun lisun lisun
api tapui tapui apui apui tapui
abu tawu tavu abu avu au, tawu
gunung nulu nuhu motidong burul bulud
malam dongotuong doungotuvong morondom sodop sodop
siang dangadau dongadau malangga adau alau
jalan (road) dalan, ralan lahan dalan alan dalan
Leksikal serupa paling banyak ialah antara dialek BL dengan Dumpas, iaitu sepuluh
leksikal waig, darun, liwotung, watu, tana’, ais (salji, air batu), lisun, tapui, tawu dengan diikuti
oleh dialek BL dengan Tangara sebanyak lapan leksikal, iaitu tadau, tusi’, togis, tana’, tongus,
ais (salji, air batu), tapui. Dialek BL dengan Rungus mempunyai leksikal serupa sebanyak enam
leksikal tadau, rahat, tana’, ais dan lisun. Paling sedikit adalah antara dialek BL dengan Tatana
sebanyak empat leksikal tana’, ais dan lisun. Walau bagaimanapun kesepadanan bersifat fonem
tergambar dalam kebanyakan dialek. Leksikal yang serupa dan sepadan dari segi fonem tersebut
menjelaskan bahawa leksikal-leksikal di atas masih mempunyai rantaian dialek yang sama dan
hampir sama. Dialek Tatana dan Dumpas menggunakan pemendekan kata atau akronim untuk
leksikal "matahari", iaitu mato + tadau. Dalam kebanyakan dialek Dusunik, mato bermaksud
"mata" dan tadau bererti "hari". Dialek Tatana dan Dumpas menginovasi kata dasar tadau kepada
kata matodou dan matodaalau. Leksikal "bintang" dalam Dialek Tatana dan Dumpas juga
diinovasi seperti dalam BM. Dalam jadual 6, dialek Tatana kerap menggunakan leksikal BM
seperti bulan, laut, batu dan ribut berbanding dengan dialek lain.
Dalam penelitian, penulis mendapati satu leksikal berbentuk arkaik dalam dialek Tatana,
iaitu timug yang digunakan untuk merujuk "air". Perkataan timug hanya dapat ditemui dalam jampi
dialek BL seperti berikut:
kosundu no ti waig
kolodun no ti timug
pinggan iti tunguhon ku
uhakai ku pinggan raya
ori'ai ku galamakud
pinggan raya mungkaya
galamakud naakud
panawar ku dii kaanit
pongidu ku dii koita
ilo kaanit ilo koita
(Sumber: Pn. Lombi Gungkat, Kg. Bundu Tuhan, Ranau)
Leksikal timug tidak pernah lagi digunakan oleh penutur dialek BL melainkan menggunakan kata
waig dalam komunikasi harian. Walau bagaimanapun, penutur dialek Kuijau (Keluarga Dusun)
dan Lobu Lanas (Keluarga Murut + Paitan) di Keningau masing-masing menggunakan perkataan
timug untuk merujuk "air" (Cohen, 1993). Suku Murut Timugon dan Paluan juga menggunakan
perkataan timug untuk merujuk “air”. Kelima-lima dialek menggunakan leksikal ais untuk
merujuk "salji" dan "air batu". Kata ais merupakan kata pinjaman daripada kata budaya lain
memandangkan lokasi kajian tidak mengalami situasi alam semula jadi yang bersalji dan berair
batu. Pernah berlaku situasi hujan batu turun di beberapa kawasan dalam daerah Ranau pada tahun
2009 (Al Zubir Rusinin, 2009) dan tahun 2015 (Pak Din, 2015) akibat perubahan fenomena alam
namun masyarakat penutur BL menyebut "hujan batu" tersebut sebagai karambatu. Leksikal “ais”
untuk merujuk “salji’ dan “air batu” telah digunakan secara meluas dalam kalangan penutur dialek
Dusunik. Keraf (1984), meyakini bahawa kata-kata pinjaman itu lebih mudah mengalami difusi
dan berubah secara fleksibel ke dalam sesuatu bahasa.
Jadual 7: Leksikal Bertemakan Anggota Badan Manusia Dan Haiwan
Bahasa / Dialek
Bahasa Melayu Bunduliwan Tangara Tatana Rungus Dumpas
kulit kulit kuhit kulit kulit kulit
daging tonsi tonsi daging onsi onsi'
darah raha' zaa' daa' raha' raa'
tulang tulang tuhang tulang tulang tulang
lemak lunok hunok lunok lunok lomok
telur tontolu' tontohu' antalu' ontolu' intolu'
tanduk sungu sangau, bagu sungu sangau tanduk
ekor tikiu tikiu ikiu iku iku'
pelepah talad sisilong alad alad kawo
rambut tobuk tobuk abuk obuk obuk
kepala tulu tuhu ulu ulu ulu
telinga tolingo tohingo talingo tolingo tolingo
mata mato mato mato mato mato
hidung todung todung adung odung ondung
mulut kabang kabang kabang kabang kabang
gigi nipon nipon nipon nipon nipon
lidah dila' diha dila' dila' dila'
kuku sondulu hindusu sandilu sondulu pasu'
kaki (foot) lapap hapap tonok rampam lapap
kaki (leg) gakod gakod gakod hakod gakod
lutut totud totud atud otud otud
tangan longon hongon longon hongon longon
sayap palapa', kawo pahapa' alad alad kawo
perut tian tizan tinai tizan tian
usus tinai tinai ribuson tinai tinai
leher liou tatahanan liog liou liou
belakang likud hikud likud likud likud
dada kangkab kangkab kangkab kangkab kangkab
jantung tundu-undu tundu-undu undu-undu undu-undu jantung
hati tangkayau tongkovizau angkayau ongkovizau atoi
Jadual 7 memaparkan leksikal bertemakan anggota badan manusia dan haiwan bagi
kelima-lima dialek. Leksikal serupa paling banyak adalah antara dialek BL dengan Dumpas
sebanyak 16 leksikal, BL dengan Rungus 14 leksikal, BL dengan Tatana 13 leksikal dan BL
dengan Tangara sebanyak 11 leksikal. Leksikal lain adalah berbentuk pasangan kesepadanan
bersifat fonem kecuali beberapa leksikal seperti sisilong dan tatahanan dalam dialek Tangara serta
tonok dan ribuson dalam dialek Tatana yang tidak berkognat dengan dialek BL. Perbezaan makna
untuk leksikal tinai telah berlaku antara dialek Tatana dengan BL, Tangara, Rungus dan Dumpas.
Dialek Tatana menggunakan leksikal tinai untuk merujuk "perut" sementara dialek lain merujuk
tinai sebagai "usus".
Kesimpulan
Jarak, ruang dan keadaan topografi negeri Sabah merupakan faktor berlakunya variasi dialek
Dusunik. Kerancaman dialek Dusunik mewujudkan isu kesalingfahaman antara penutur dialek
khususnya dari segi sebutan, makna, kosa kata dan penggunaan kata. Lingkungan persekitaran
seperti yang diandaikan dalam Teori Gelombang menjelaskan penutur-penutur dialek Bunduliwan
dapat memahami dialek Tangara dan Rungus dengan lebih baik berbanding dengan Dumpas dan
Tatana. Semakin jauh jarak dan luas sesuatu ruang, maka semakin rendah tahap kebolehfahaman
sesuatu dialek. Halangan topografi yang berbukit-bukau dan saliran sungai-sungai yang besar juga
merupakan faktor dominan berlakunya isu kesalingfahaman antara dialek. Selain itu,
pertembungan erat sesuatu dialek dengan budaya dan bahasa asing juga dapat mengubah landskap
linguistik daripada bahasa induk ataupun bahasa induk itu sendiri akan berubah.
Rujukan
Abdul Hamid Ahmad. (1993). Fonologi Bahasa Sungai di Sabah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Al Zubir Rusinin. (2009, September 12). Hujan Batu SMK Kundasang Ranau Sabah Malaysia.
Diperoleh daripada http://Smkkundasang.Blogspot. My/2009/09/Hujan-Batu.Html.
Appell, G.N. dan Harrison, R. (1968). Ethnographic Profiles of the Dusun-speaking Peoples of
Sabah, Malaysia. Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. 41 (2), 131-147.
Kuala Lumpur: MBRAS.
Asmah Omar. (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Omar. (2014). Susur Galur Bahasa Melayu. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Banker, J.E. & Banker, E.F. (1984). The Kadazan/Dusun Language. Dalam Julie K. King dan John
Wayne King (eds.). Language of Sabah: A Survey Report (hlm. 297-324). Canberra:
Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, The Australian National
University.
Bynon, T. (1994). Linguistik Sejarawi . Noor Ein Mohd. Noor (penterj.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Chambers, J.K. & Trudgill, P. (1990). Dialektologi. Annuar Ayub (penterj.). Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Clayre, B. M. (1966). A Comparison of Some Dialects of Dusun. Sabah Society Journal. 3(1), 3-
12.
Cohen, P.D. (1993). Linguistic Unity and Diversity in Keningau District (SABAH). Dalam Farid
M. Onn dan Ajid Che Kob (eds.). Simposium Dialek penyelidikan dan Pendidikan (hlm.
201-314). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Collins, J. T. (1986). Antologi Kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dayu Sansalu. (2008). Kadazandusun di Sabah Pendidikan dan Proses Pemodenan 1881-1967.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dayu Sansalu. (2014). Persamaan dan perbezaan sebutan dan makna dalam pelbagai dialek bahasa
Kadazandusun. Procedia Social and Behavioral Science. 134 (2014), 446-453
.
Gossens, A. L. (1924). A Grammar and Vocabulary of the Dusun Language. Journal of the
Malayan Branch of the Royal Asiatic Society. Vol.2. No. 2 (91) hlm. 87-220. Singapore.
Hamidun Udin. (1992). Masyarakat Kadazan/Dusun di Daerah Ranau: Kajian Identiti dan
Interaksi Antara Agama. (Latihan ilmiah yang tidak diterbitkan). Universiti Malaya,
Malaysia.
Irwan Majid. (2019, Feb 5). Dusun Tatana di Sabah sambut Tahun Baharu Cina. The Malaysian
Insight. Diakses daripada https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/g/130744
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Buku Tahunan Perangkaan Sabah 2011. Sabah: Jabatan
Perangkaan Malaysia Negeri Sabah.
Kadazandusun Cultural Association (KDCA). (2005). Constitutions. Diperoleh dari
http://kdca.org.my/KDCA_CONSTITUTION_2005.pdf
Keraf, Gorys. (1984). Linguistik Bandingan Historis. Jakarta: Penerbit PT Gramedia
.
Kntayya Mariappan & Paul Porodong. (2012). Kepelbagaian Etnik di Sabah: Pengenalan Ringkas.
Dalam Kntayya Mariappan & Paul Porodong (eds.). Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di
Sabah (hlm. 1-20). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Lewis, M.P. (ed.). (2009). Ethnologue: Language of the World. 16th ed. Dallas, Texas. SIL
International. Diperoleh daripada http://www.ethnologue.com/.
Lobel, W. L. (2013). Southwest Sabah Revisited. Oceanic Linguistics. 52 (1), 36-68. Manoa:
University of Hawaii.
Low Kok On. (2005). Membaca Mitos dan Legenda Kadazandusun. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Luering, H.L.E. (1897). A Vocabulary of the Dusun Language of Kimanis. Journal of the Straits
Branch of the Royal Asiatic Society, 30, 1-29. Germany: Schmidt Periodicals GMBH.
Miller, C. (1988). The Dusun Language: Dialect Distribution and Question of Language
Maintenance . Kertas Kerja dibentangkan di Conference on Dusun Culture, United Sabah
Dusuns Association (USDA). Kota Kinabalu.
Minah Sintian & Norazimah Zakaria. (2013). Penggunaan Aspek Tatabahasa Kadazandusun:
Kajian Terhadap Guru Kadazandusun Sekolah Menengah di Sabah. Penyelidikan Geran
Universiti Kod Penyelidikan: 2012-0139-107-01. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Minah Sintian. (2017). Variasi leksikal dalam dialek keluarga Dusun di Sabah (tesis doktoral yang
tidak diterbitkan), Universiti Putra Malaysia, Malaysia.
Nik Safiah Karim. (1992). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pak Din. (2015, Oktober 9). Hujan Air Batu Di Gunung Kinabalu. Diperoleh dari
http://Pakdin.My/Hujan-Air-Batu-Di-Gunung-Kinabalu/
Pugh-Kitingan, Jacqueline. (2012a). Kadazan Dusun. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku
Malaysia.
Pugh-Kitingan, Jacqueline. (2012b). Murut. Dalam Kntayya Mariappan & Paul Porodong (eds.).
Murut & Pelbagai Etnik Kecil Lain di Sabah (hlm. 1-20). Kuala Lumpur: Institut
Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Raymond Boin Tombung. (1991). Keluarga Dusun. Kota Kinabalu: Newland Management &
Persatuan Dusun Sabah Bersatu.
Regis, P. (1989). Demography. Dalam Jeffery G. Kitingan & Maximus J. Ongkili (eds.). Sabah
25 Years Later 1963-1988 (hlm. 405-450). Kota Kinabalu: Institute for Development
Studies (Sabah).
Reid, A. (1997). Endangered Identity: Kadazan or Dusun in Sabah. Journal of Southeast Asian
Studies. 28. 120-135. Singapore: National University of Singapore.
Rutter, O. (1985). The Pagans of North Borneo. Singapore: Oxford University Press.
Saussure, F. de (1993). Pengantar Linguistik Umum. Dalam Ajid Che Kob (penterj.). Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Smith, K. D. (1984). The Languages of Sabah: A Tentative Lexicostatistical Classification. Dalam
Julie K. King dan John Wayne King (eds.). Language of Sabah: A Survey Report . Pacific
Linguistics, Siri C. No.78 (hlm. 1-49). Canberra: Department of Linguistics, Research
School of Pacific Studies, The Australian National University.
Sullivan, A. & Regis, P. (1981). Demography (of Sabah). Dalam Anwar Sullivan dan Cecilia
Leong (eds.). Commemorative History of Sabah (hlm. 547-584). Kuala Lumpur: Sabah State
Government.
Trudgill, P. (2014). Dialect contact, dialectology and sociolinguistics. Dalam Bolton Kingsley &
Kwok, Helen (Eds.). Sociolinguistics Today (hlm.71-79). London/ New York: Routledge
Taylor & Francis Group.
Van der Veen, Medjo Mve’. (2010). 207 Item Swadesh List English-Fang of Bitam. Diperoleh
daripada www.dd/.ish-lyon-cnrs.fr/fulltext/.../4_Swadesh_207_English-Fang.pdf.