11
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 1 24060 KEMAMAN TERENGGANU. MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KE-2 2013 TARIKH : 07 MAC 2013 MASA : 1.15 PETANG TEMPAT : BILIK MESYUARAT KEHADIRAN : 1. En Mohamad Safei bin Ab. Majid ( Guru Besar) 2. En Rodi bin Yusoff ( GPK HEM ) 3 En Mohd Nadzlin bin Mat ( GPK 1 ) 4. Pn Rohana bt Abdul Rahman ( S/U ) 5. En Rahim Musly bin Said 6. En Mokhtar bin Abdullah 7. En Mohd Fizari bin Abdullah 9. En Misram bin Abdullah 10 . Pn Aimi Liyana bt Mohamed 11 . Pn Junainah bt Jusoh 12 . Pn Noor Erany bt Mohd Nordin 13 . Pn Roslina bt Sabiran 14 Pn Siti Zubaidah bt

Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 124060 KEMAMAN TERENGGANU.

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID KALI KE-2 2013

TARIKH : 07 MAC 2013MASA : 1.15 PETANGTEMPAT : BILIK MESYUARAT KEHADIRAN : 1. En Mohamad Safei bin Ab. Majid ( Guru Besar)

2. En Rodi bin Yusoff ( GPK HEM )

3 En Mohd Nadzlin bin Mat ( GPK 1 )

4. Pn Rohana bt Abdul Rahman ( S/U )

5. En Rahim Musly bin Said

6. En Mokhtar bin Abdullah

7. En Mohd Fizari bin Abdullah

9. En Misram bin Abdullah

10. Pn Aimi Liyana bt Mohamed

11. Pn Junainah bt Jusoh

12. Pn Noor Erany bt Mohd Nordin

13. Pn Roslina bt Sabiran

14. Pn Siti Zubaidah bt Abd.Ghani

15. Pn Rohaida bt Hitam

16. Pn Zuria Akma bt Mat Rani

17. Pn Suzana bt Sena

18. Pn Noor Azliza bt Abdul Rahman

19. Pn Faezah bt Daud

Tidak Hadir Bersebab: 1. Pn Rohaida bt Hitam

AGENDA

Page 2: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

1. UCAPAN PENGERUSI

-Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang

hadir dalam mesyuarat HEM kali ke dua bagi tahun 2013.

-Majlis dimulakan dengan membaca ummul kitab Al- Fatihah. -

-Mengharapkan tahun 2013 lebih baik daripada tahun

sebelumnya, khususnya dalam pengurusan unit HEM.

-Pengerusi menjelaskan amat penting bagi setiap unit di bawah

HEM membuat perancangan tahunan sebagai garis panduan

dalam melaksanakan sesuatu aktiviti atau program.

-Pengerusi menyatakan bahawa Unit HEM akan mengadakan mesyuarat tiga

kali setahun.

TINDAKAN : Semua Guru J/K HEM

2. UCAPAN GURU BESAR

-Guru besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.

Pendaftaran murid telah dijalankan dengan baik.

-Guru besar memberitahu bahawa Program Sekolah Penyayang akan

diteruskan.

-Semua jawatankuasa HEM mestilah mempunyai fail yang lengkap.

3. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

1.1 Cadangan : Pn Siti Zubaidah bt Abd. Ghani

Sokongan : Pn Roslina bt Sabiran

TINDAKAN : Semua Guru

4. PERKARA BERBANGKIT

2.1 Tiada perkara berbangkit.

MAKLUMAN

5. UNIT-UNIT HEM

Page 3: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

5.1 JK LEMBAGA DISIPLIN DAN PENGAWAS SEKOLAH

- En Rahim Musly meminta kepada semua AJK supaya

mengemaskan bilik pengawas.

- Perjumpaan akan diadakan seminggu sekali.

- En Rahim memberitahu bahawa tali bendera telah putus dan

hendaklah digantikan dengan segera.

- Semasa doa dibacakan oleh oleh murid masih ada lagi murid yang

sedang berjalan.

- Guru yang mengajar waktu akhir hendaklah menunggu murid

beratur untuk membaca doa pulang.

- Kursus Kepimpinan mesti dibuat setiap tahun .

- Perjumpaan dengan pengawas akan dilakukan seminggu sekali.

- Semua guru kelas memainkan peranan yang penting iaitu

mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir 3 hari

berturut-turut dengan mengeluarkan surat amaran kepada murid

tersebut.

5.2 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

- Pn Aimi Liyana memberitahu bahawa motivasi pagi akan diadakan

pada setiap hari Ahad sebelum ucapan Guru Besar. Ia bermula

pada minggu ke 12.

- Pengerusi memberitahu bahawa Program Awal Remaja juga

adalah salah satu program di bawah unit kaunseling.

- Modul dadah akan dibaca pada setiap perhimpunan pagi selama 5

minit.

- Murid yang mahu keluar daripada kawasan sekolah mestilah

mendapat surat kebenaran daripada pihak sekolah.

5.3 JK BIASISWA, KEBAJIKAN DAN KWAPM

Page 4: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

- Seperti kebiasaan setiap tahun ada permohonan baru yang perlu

diisi oleh murid.

- Borang bantuan telah diberikan kepada semua murid. Guru yang

yang terlibat akan memilih murid yang layak sahaja yang akan

mendapat bantuan.

- Borang permohonan akan dikemaskini di dalam satu fail.

- Kes kecemasan. Sekiranya ada musibah contoh kematian ibu,

tidak layak mendapat bantuan jika sebaliknya iaitu tiada punca

pendapatan kebiasaannya memang layaklah.

5.4 JK PENDAFTARAN, REKOD MURID (SMM) DAN E-KASIH

- Kemaskini data SMM-mykid/sb-pendapatan-tanggungan-

penyertaan kokurikulum-a/giliran

- Pastikan jumlah murid mesti bertepatan dengan EMIS

- e-kasih diisi oleh JKKK

- enrolmen murid mengikut kaum-5hb setiap bulan hantar ke PPD

5.5 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

- Semua murid telah mendapat buku teks kecuali murid tahun 3

sahaja.

- Bagi tahun 2013 ada penghantaran dan penerimaan buku teks

tetapi tidak sepenuhnya.

- Minggu pertama perlu dibuat pemeriksaan buku teks yang telah

uzur dan akan dibaik pulih.

5.6 JK KANTIN, RMT DAN PS1M

Page 5: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

KANTIN

- Pn Zuria menyatakan bahawa meja makan murid hendaklah dialas

dengan tikar getah.

- Kantin hendaklah menyediakan cop untuk memudahkan membuat

urusan dengan pejabat.

RMT/V1M

- Masih ramai lagi murid yang tidak makan RMT.

- Murid yang ganti RMT akan diganti mengikut kelas.

- Vitamin 1M khas murid-murid RMT sahaja dan masih mencukupi.

PS1M

- Bekalan susu kepada murid masih belum sampai lagi.

- Susu 1 Malaysia akan diberi 2x seminggu.

- Susu akan akan diberikan kepada murid mengikut jadual yang

telah ditetapkan iaitu pada hari Isnin dan Rabu.

5.7 JK PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT (3K) DAN

SELAMAT

- Pn Junainah memberitahu bahawa bahan pergigian telah

diletakkan didalam bilik Sains.

- Laporan daripada Aimi iaitu keracunan makanan berpunca

daripada najis tikus.

*Tangan pengendali makanan mestilah sentiasa bersih.

*Makanan yang disediakan tidak masak dengan sempurna.

Page 6: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

JK KESELAMATAN DAN KECEMASAN

- En Mokhtar memberitahu supaya mengingatkan nombor-nombor

kecemasan.

5.8 JK PROGRAM PENCEGAHAN DADAH DAN PROGRAM

PINTAR

- AJK perlu menyediakan satu ruangan untuk meletakkan gambar

yang berkaitan dengan program tersebut.

- Poster dadah perlu dicari ke tempat yang berkaitan.

- Mengadakan pertandingan melukis poster

- Lima minit masa yang disediakan untuk membaca buku yang

berkaitan dengan dadah.

5.9 JK KECERIAAN DAN KEBERSIHAN

- Pengerusi mencadangkan supaya diadakan pertandingan

kebersihan kelas, bilik-bilik khas dan juga tandas.

- Tandas telah ditampal poster.

- Pastikan baldi dalam tandas tidak ada air setelah digunakan.

5.10 JK PELANCONGAN SEKOLAH

- Mengikut perancangan tahun 2013 akan diadakan lawatan untuk

guru dan murid.

6. HAL-HAL LAIN

- Pengerusi memberitahu bahawa guru yang bertugas perlu datang

awal ke sekolah untuk mengalu-alukan kedatangan murid.

Page 7: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013

- Pengerusi memberitahu bahawa jika murid tidak hadir ke

sekolah selama 14 hari berturut-turut murid tersebut dikira murid

cicir awal tahun.

- Pengerusi memaklumkan kepada semua guru kelas perlu

menanda kedatangan di atas kertas sementara.

- Guru besar mencadangkan supaya memasang cd mengaji/zikir

pada waktu pagi.

- Pengerusi memberitahu bahawa kebersihan surau akan diserahkan

pada panitia agama Islam.

- Pengerusi memaklumkan bahawa solat zohor berjemaah akan

diadakan pada setiap hari khusus untuk murid tahun 6 sahaja.

Hari Khamis nanti akan diadakan solat hajat awal tahun dan ibu

bapa dijemput hadir.

- En Misram mencadangkan supaya bacaan doa akan diadakan

sebelum balik iaitu jam 1.15 petang.

- Pn Siti Zubaidah bertanya berkenaan vitamin yang lebih boleh

dibahagikan kepada murid tahun enam.

- Pn Faezah mencadangkan buat sambutan hari lahir kepada semua

murid mengikut bulanan.

- Guru besar memberitahu semua guru supaya berhati-hati semasa berada diluar kawasan sekolah.

Mesyuarat Unit HEM kali pertama ditangguhkan pada jam 2.30 tengahari dengan membaca surah Al-Asr

Disediakan oleh, Disahkankan oleh,

(PN.ROHANA BT ABD. RAHMAN) Setiausaha Hal Ehwal Murid, Sekolah kebangsaan kampung Baharu Felda Neram1, Kemaman, Terengganu.

Page 8: Minit Mesy Hem Kali Ke 2 2013