Upload
leduong
View
578
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
1
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS
DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
DAERAH KINTA UTARA
Bil. Mesyuarat : 1 Tahun 2018
Tarikh : 18 Januari 2018 ( Khamis )
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Besar, PPD Kinta Utara
Pengerusi : Tuan Haji Hasni bin Hasshim
Pegawai Pendidikan Daerah
Kehadiran : Seperti di LAMPIRAN 1
I PERUTUSAN PENGERUSI
a) Kata Alu-aluan
1.1 YBhg. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat ke Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara Bil 1/2018 .
1.2 Mesyuarat ini amat penting kepada semua Pengetua kerana ia berfokus kepada penetapan hala tuju PPD Kinta Utara dan perancangan yang perlu dilakukan untuk mencapai hasrat dan matlamat yang ditetapkan.
1.3 Kecemerlangan sesebuah organisasi akan bergantung
kepada perancangan yang teliti. kita perlu melihat dan
menilai pencapaian semasa untuk merangka stategi
baharu untuk mengelakkan kegagalan yang berulang.
b) Isu-isu strategik Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara:
2.1 YBhg. Pengerusi memaklumkan isu-isu yang harus diberi perhatian ialah:
2.1.1 meningkatkan sekolah menjadi lebih berkualiti
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
2
a) Kita perlu melihat dengan lebih teliti pencapaian
sepanjang 2017. Yang manakah berjaya
meningkatkan prestasi? Apakah amalan terbaik
yang boleh dikongsi? Begitu juga sebaliknya,
yang menurun, apakah intervensi yang perlu
dilakukan?
b) Perlu memberi fokus pada tahun 2018. Sebab itu
perancangan hadapan perlu melihat dalam
jangka panjang.
c) Fokus 2018 berpandukan kepada Perancangan
Strategik untuk menjurus kepada matlamat
sekolah yang berkualiti:
i. SKT yang dibina perlu menggunakan S3PM
ii. sebagai asas kepimpinan
iii. memaksimumkan kompetensi guru
iv. memaksimumkan kemenjadian murid
v. penglibatan murid
vi. penglibatan ibu bapa dan komuniti
d) Bagaimana mencapai sekolah yang berkualiti:
i. mengaplikasikan konsep dan amalan PdPc
terbaik
ii. membangunkan kepakaran dalaman dan
berstruktur kepada pembimbing
iii. membangun persekitaran yang berkesan
untuk mengutamakan kemenjadian murid
iv. penglibatan aktif dalam komuniti setempat
Tindakan : Pengetua
c) Pelaporan Pencapaian Sekolah Rendah
3.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM
2013 – 2025) telah menyaksikan perbagai inisiatif
dalam transformasi bidang pendidikan.
3.2 Kaedah pelaporan pentaksiran sekolah rendah yang
berbeza dan tidak memberi fokus hanya dalam bidang
kurikulum, sebaliknya membentuk pelajar yang
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
3
seimbang mengikut falsafah pendidikan kebangsaaan
– jasmani, emosi, rohani dan intelek.
3.3 masyarakat perlu dibiasakan dengan perubahan yang sedang berlaku.
3.2.1 Sekolah transformasi (TS25 kohort 1.0) telah
melaksanakan profil murid yang melibatkan 4
elemen yang telah dilaporkan dalam PPSR iaitu
pelaporan dalam sehelai kertas yg dimulakan di
Sekolah Transformasi SK Pakatan Jaya
manakala pada tahun 2018 terdapat 4 buah
sekolah tranformasi baharu iaitu;
( a ) SJKC Min Sin
( b ) SJKT Kg. Simee
( c ) SJKT Tg. Rambutan
( d ) SABK Maahad Al-Ummah
3.2.2. Cabaran besar yang akan dihadapi pada 2018
(a) Pemantapan dan pembudayaan PAK21
- Guru-guru yang masih menjalani PdPc
kaedah yang lama atau tradisional: Gerakkan
guru-guru untuk PdPc Abad ke-21 dengan
elemen 4K1N.
(b)Pentaksiran menyeluruh (holistik) masih kurang
difahami oleh guru-guru iaitu PBD.
Tindakan : Pengetua
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
4
4. Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD )
YBhg. Pengerusi memaklumkan, PBD merupakan pentaksiran
yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan,
kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD ini akan
dilaksanakan kepada semua mata pelajaran.
4.1 Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 ( PAK21 )
4.1.1 PAK 21 Akan menjadi agenda tetap MJKN &
MJKD 2018. Oleh itu, daerah Kinta Utara telah
memilih SK Pakatan Jaya dan SMK Bandar Baru
Putra menjadi show case PAK 21.
4.2.2 Jabatan Pendidikan Negeri juga telah
melaksanakan Bengkel Penataran PAK 21
kepada pegawai SISC+ dan juga pegawai
akademik daerah sebagai mentor PAK 21.
Makluman
4.2.3 PPD telah mengeluarkan Modul Asas Pengajaran
dan Pembelajaran Abad ke 21 (MAAPA 21)
sebagai panduan kepada guru-guru untuk
melaksanakan PAK21 di sekolah. Satu salinan soft
copy telah dibekalkan ke sekolah-sekolah.Oleh itu,
YBhg. Pengerusi memohon agar salinan tersebut
dapat diperbanyakkan bagi kemudahan guru-guru.
Tindakan: Pengetua
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
5
4.2.4 Isu Pelaksanaan PBD dan PAK 21.
YBhg. Pengerusi memaklumkan bahawa PBD
bukan hanya dijalankan kepada tahun-tahun
peperiksaan sahaja tetapi dijalankan kepada
semua tahun. Sehubungan dengan itu beberapa
orang pegawai telah dilantik untuk memberi
bimbingan sekiranya pihak sekolah memerlukan
bantuan. Pegawai-pegawai tersebut ialah;
( a ) Puan Jumaayah bt Ibrahim
( Pentaksiran Bilik Darjah )
( b ) Farah Hafiza Binti Mohd Yusop
(Pentaksiran Pusat)
( c ) En. Roslan bin Yahya
( Psikometrik )
( d ) En. Mohd Roslan bin Mohd Nor
( PAJSK )
Makluman
5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( PBS )
5.1 YBhg. Pengerusi memohon agar ahli mesyuarat
mengambil maklum akan perkara-perkara berkaitan
PBS dan tindakan-tindakan yang perlu dibuat oleh
pihak sekolah antaranya;
5.1.1 Gempur PBS 2018
5.1.2 Penjaminan Kualiti
5.1.3 Integriti
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
6
5.1.4 Pelaporan PBS
5.1.5 Psikometrik
5.1.6 PAJSK
5.2 YBhg. Pengerusi memaklumkan program-program
berkaitan PAK 21 dan PBS akan dilaksanakan pada
2018 dan ahli-ahli mesyuarat boleh menghubungi
pegawai-pegawai berkaitan untuk mendapatkan
maklumat dan keterangan lebih lanjut.
Tindakan: Pengetua
6. SUKMA XIX Perak 2018
YBhg. Pengerusi memohon perhatian ahli mesyuarat tentang
SUKMA XIX Perak 2018 dan seterusnya dapat mengambil
perhatian tentang perkara-perkara berikut;
6.1 Penganjuran akan berlaku pada 12 hingga 22
September 2018 dan acara-acara akan bermula seawal
Mac 2018.
6.2 Pengetua perlu menyusun dan merancang aktiviti PdP
guru serta penggunaan premis dan kenderaan di
sekolah-sekolah dan pada masa yang sama juga
perancangan akademik tidak terganggu dengan acara-
acara yang ada.
Makluman
II. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
7
Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Menengah
Kinta Utara Bil 03/2017 pada 1 Ogos 2017 disahkan tanpa
pindaan.
III. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada
IV. PEMBENTANGAN UNIT AKADEMIK
1. Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 2017
Mesyuarat :
1.1. Mengambil maklum :
1.1.1. Pembentangan oleh Encik Zuhair Azuar bin
Ariffin, Pen. PPD Votek tentang pencapaian
Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4, 2017 dan
status semasa iaitu perbandingan dengan
daerah-daerah lain.
1.1.2. Masalah yang dikenal pasti dan perkara-perkara
yang perlu diberi perhatian:
a) peratus lulus yang kritikal: subjek Sejarah
b) mencari pendekatan untuk menyelesaikan
masalah tersebut.
c) kekuatan Kinta Utara adalah peratus
pencapaian kualiti yang tinggi.
Makluman
1.1.3. Pertemuan KPPD dengan guru-guru Sejarah dan
Bahasa Melayu seawal sesi persekolahan 2018.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
8
Cadangan pada bulan Mac
Tindakan: Unit Akademik
1.1.4 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian oleh sekolah, antaranya:
a) Inisiatif meningkatkan pencapaian murid
dalam tahun 2018
b) sasaran SPM 2018
c) Maklum tentang jenis peperiksaan sekolah
d) inisiatif jangka sederhana bagi meningkatkan
pencapaian tahap penguasaan minimum
murid 2018-2020.
Tindakan : Pengetua
1.1.5. Cabaran utama SPM 2018:
a) Murid yang tidak hadir berpanjangan
menduduki SPM 2018.
b) Daerah Mualim akan berada di kedudukan
teratas mendahului Daerah Kinta Utara
c) BM dan Sejarah masih subjek kritikal
Makluman
1.1.6. Inisiatif meningkatkan pencapaian 2018
a) Sasaran awal murid.
b) Borang Analisis Headcount – sekiranya ada
perubahan dihantar ke Unit Akademik pada
atau sebelum 25/01/2018 dan
ditandatangani oleh Pengetua.
c) Dialog Prestasi / Post Mortem peringkat PPD/
Sekolah-hanya sekolah-sekolah tertentu
(jangkaan MAC)
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
9
i. Justifikasi Pelaksanaan Ujian Awal
Tahun
ii. Guru menyediakan JSI dan soalan
sendiri untuk PPT dan Percubaan SPM.
JPN hanya sediakan JSI Peperiksaan
Percubaan SPM.
Tindakan : Pengetua
1.1.7. Sense of Urgency
a) Pihak sekolah perlu semak nama penghulu
– sebagai mentor PAK21
b) Pemantapan Gerak Kerja Pengerusi Panitia
i. Setiap sekolah bertanggungjawab
kepada 2 subjek.
ii. Bimbingan perlu untuk guru-guru
subjek kritikal contohnya: pembinaan
Modul dan PLC.
c) Inisiatif Jangka Sederhana (2018 – 2020)
untuk Tingkatan 1 – 3.
i. Hantar kepada pegawai meja di Unit
Akademik
Tindakan : Pengetua
ii. Lawatan Bimbingan kepada sekolah
fokus.
Tindakan : Unit Akademik
2. Pembentangan Kurikulum Bahasa Inggeris Sejajar Tahap
Penguasaan CEFR
Mesyuarat:
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
10
2.1 mengambil maklum pembentangan oleh Puan Cheah
(Pegawai SISC+)
2.1.1 Penataran untuk guru-guru telah dibuat pada
tahun Lepas (2017) untuk Curriculum Induction
Tingkatan 1 dan 2.
a) Penataran peringkat sekolah perlu diberi
kepada pentadbir dan semua guru bahasa
Inggeris terutamanya.
b) Penggunaan buku teks Pulse 2 untuk
Tingkatan 1 dan Tingkatan 2
c) Guru subjek perlu akur dengan Unit yang
diatur (Tingkatan 1- Unit 1 hingga 5) dan
Tingkatan 2 (Unit 6 hingga 9) dan Scheme of
Work diberi oleh Bahagian Pembangunan
Kurikulum (BPK). Layout untuk 112 PdP
sudah disediakan.
d) 2021 Bahasa Inggeris adalah subjek lulus
SPM
e) Guru Bahasa Inggeris yang belum
menguasai C1 dan C2 akan dipanggil untuk
kursus Pro-ELT mengikut kohot.
f) Guru-guru perlu peka dengan tarikh
pendaftaran yang dibuka oleh KPM untuk
pengambilan Peperiksaan beradasarkan
CEFR/ MUET.
g) Pentaksiran untuk CEFR belum ada
framework. Penataran akan dibuat pada
penghujung 2018.
h) Jika ada sekolah yang tidak mencukupi
bilangan buku teks boleh pesan melalui e-
spbt.
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
11
i) Adalah diharapkan sekolah untuk
menetapkan guru opsyen untuk mengajar
Tingkatan 1 dan 2 (CEFR)
Tindakan : Pengetua
3. Pembentangan Laporan Unit Penilaian Dan Peperiksaan
Mesyuarat:
3.1 mengambil maklum
3.1.1. Penyerahan Sijil STPM - boleh diambil di kaunter
UPA.
3.1.2. Pengesahan penerimaan sijil – link dengan
Lembaga Peperiksaan Malaysia sebelum 31 Mac
2018
3.1.3. Peperiksaan 1119 Cambridge – tarikh akhir 31
Mac 2018
3.1.4. Keputusan STAM – tarikh akhir 18 Januari 2018
a) Maklumat Sekolah Bagi Proses Pendaftaran
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Tahun 2018 :
Tarikh: 10 Januari 2018
Tarikh akhir: 25 Januari 2018
Tempat: Sektor 3P, JPN Perak.
b) Pendaftaran Semak Semula Penggal 3
STPM 2017
Tarikh Buka: 1 Feb 2018
Tarikh Tutup: 8 Feb 2018
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
12
c) Pendaftaran Semak Semula Penggal 1
STPM 2018
Tarikh Buka: 27 Feb 2018
Tarikh Tutup: 6 Mac 2018
d) Taklimat Pengurusan & Pendaftaran
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bersama SU Peperiksaan SPM Tahun 2018
Tarikh: 6 Mac 2018
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Besar ,PPD Kinta Utara
3.1.5. Pusat Peperiksaan Calon Persendirian
a) SMK Jalan Pasir Puteh
b) SMK Anderson
c) SMK Seri Ampang
d) SMK Ulu Kinta
e) SMK Buntong
f) SMK Tasek Damai
3.1.6. Pusat Peperiksaan Calon SPM(U)
a) SMK Anderson
b) SMK Seri Ampang
c) SMK Buntong
d) SMK Bandar Baru Putra
3.1.7. Tambahan Pengawas Peperiksaan SPM: 2 orang
bagi setiap sekolah:
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
13
a) Sekolah Swasta
b) Pusat Calon Persendirian
c) Pusat Calon Hospital
d) Pusat Calon Tahanan
Makluman
4. Pembentangan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
Mesyuarat:
4.1 Mengambil maklum
4.1.1 PBS dibahagi kepada Akademik dan Bukan
Akademik
a) Akademik : Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) /
Pentaksiran Sekolah (Ps) Dan Pentaksiran
Pusat (PP) – Pt3
b) Bukan Akademik : Pentaksiran Psikometrik
(PPSi), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan
Dan Kokurikulum (PAJSK).
Makluman
4.1.2 PBD di peringkat sekolah perlu digempur agar
pelaksanaan PBD menjadi lebih berkesan.
a) Mewujudkan skuad bantu PBD bagi
membantu guru-guru yang kurang jelas
dengan pelaksanaan PBD
b) Memperkasakan peranan Ketua Bidang
dalam Penjaminan Kualiti (4P) PBS
c) Memaparkan Info-info PBS dalam Bilik Guru
dan ruangan informasi sekolah
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
14
d) Carta Alir pelaksanaan PBS ditampal dalam
Buku Rancangan Mengajar
e) Menguasai istilah-istilah dalam PBD
f) Membuat Dokumentasi perkara atau program
berkaitan PBD dan PBS
g) Membuat perekodan PBD bagi setiap aktiviti
pentaksiran sebelum mengisi dalam tapak
pengisian offline
h) Pengisian Tahap Pencapaian perlu dihantar
ke PPD dua kali setahun.
Mesyuarat memutuskan:
Perkara 4.1.2 Pihak sekolah perlu melaksanakan perkara-perkara berkenaan agar pelaksanaan PBD menjadi lebih berkesan.
Tindakan : Semua Pengetua
4.1.3 Pentaksiran Pusat : Pentaksiran Tingkatan Tiga
(PT3) .
a) Perincian Jadual kerja Semak Semula PT3
tahun 2017 dimaklumkan.
Makluman
b) Semak semula PT3 bagi tahun 2017
melibatkan 12 buah sekolah di Kinta Utara.
c)
Mesyuarat memutuskan: Perkara 4.1.3 b)
Pihak sekolah perlu membuat kajian dalaman mengapa
masih ada permohonan semak semula melibatkan semakan
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
15
teknikal (salah kunci masuk skor PT3 dalam aplikasi)
walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Verifikasi Skor telah
dilaksanakan sebelum pengesahan skor dibuat.
Tindakan : Semua Pengetua
d) Semua sekolah perlu akur dengan tempoh
dan tarikh pelaksanaan PT3. Sekolah yang
ingkar dengan jadual yang ditetapkan perlu
memberi surat tunjuk sebab .
Makluman
e) PT3 khasnya ujian lisan mendengar dan ujian
bertulis perlu ditadbir seperti peperiksaan
awam yang lain. Perlu beri penekanan
khasnya jarak kerusi meja dalam dewan atau
bilik peperiksaan.
Makluman
f) Pencalonan Pentaksir Kawasan mestilah
memenuhi syarat-syarat lantikan pentaksir.
Mesyuarat memutuskan:
Perkara 4.1.3 f)
Pihak sekolah perlu mencalonkan pentaksir bagi setiap mata pelajaran. Tarikh akhir penghantaran pencalonan yang lengkap ke Unit Penilaian dan Peperiksaan adalah pada 15 Februari 2018.
Tindakan : Semua Pengetua
g) Takwim PT3 dibentangkan. Takwim
Peperiksaan dan Pentaksiran telah dimuat
naik di portal PPD pada 12 Januari 2018.
Makluman
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
16
h) Keputusan PT3 2017 dibentangkan.
Mesyuarat memutuskan:
Perkara 4.1.3 h) Pihak sekolah perlu membuat analisis dalaman tentang keputusan PT3 2017. Sekolah perlu mengenalpasti mata pelajaran yang perlu diberi perhatian. Tindakan awal perlu diambil sebagai persediaan calon-calon ini yang akan menghadapi SPM tahun 2019. Post mortem dan langkah-langkah intervensi perlu disediakan dan di hantar ke ppd apabila tarikh dimaklumkan di portal PPD.
Tindakan : Semua Pengetua
4.1.4 Keputusan SEGAK PAJSK dibentangkan
a) Tahap kecergasan murid
Fokus : Kurang Cergas & Tidak Cergas
b) BMI
Fokus : Berisiko Berat Berlebihan & Berat
Berlebihan
Makluman
5. Pembentangan Pelaporan Psikometrik
Mesyuarat
5.1 mengambil maklum :
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
17
5.1.1 Makluman yang disampaikan oleh Encik Roslan
bin Yahaya, Penolong PPD Bimbingan dan
Kaunseling SEGAK – dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani
a) Fokus tahap kecergasan murid
b) BMI Berisiko berat berlebihan/ berat
berlebihan
c) Bincangkan dalam agenda PIBG.
i)Status PAJSK – fokus kepada TIDAK
CERGAS atau KURANG CERGAS.
d) Buku Panduan Pelaksanaan SEGAK
i)laksanakan Ladap untuk guru-guru
Pendidikan Jasmani yang bukan opsyen
agar ia dilaksanakan dengan betul.
ii) Laksanakan PLC dan Ladap bersama
bahan rujukan.
Tindakan : Pengetua
6. Pembentangan Pengurusan PAJSK
Mesyuarat:
6.1 Mengambil maklum
6.1.1 Mesyuarat mengambil maklum akan Makluman
yang disampaikan oleh En. Mohd Roslan b. Mohd
Nor, Penolong Kokurikulum (Akademik)
berkenaanpengurusan PAJSK dengan
menyatakan perkara- perkara berikut :
a) Analisis pencapaian PAJSK Kokurikulum
Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
2017
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
18
b) Perancangan PAJSK Kokurikulum 2018
c) Mengikut data PAJSK Tahun 6: paling ramai
hanya mencapai 5.99 % daripada 10.00%
d) Pencapaian Gred C –Tingkatan 4
e) Pencapaian Gred D – Tingkatan 5
f) Sekolah terpilih diberikan Taklimat PAJSK
(April hinggaMei ; Pemantauan 10 buah
sekolah.)
Makluman
6.1.2 Portal JPN bertarikh : 11/1/2018: Surat
pelaksanaan PAJSK - klik attachment untuk surat
Makluman dan carta alir.
6.1.3 Pastikan Sekolah mengemaskini data APDM
kerana maklumat murid akan diambil dari APDM.
6.1.4 Mesyuarat JK PAJSK boleh diadakan 3 kali
setahun – untuk Taklimat dan menyelaras aktiviti
PAJSK.
6.1.5 Kokurikulum – Pertemuan 12 kali setahun
a) Satu pertemuan : 3 jam (Sekolah Menengah)/
: 2 jam (Sekolah Rendah)
6.1.6 Jadual Pengoperasian di sekolah disediakan
(Penjaminan Kuallti)
a) sepanjang tahun mengikut keperluan.
b) Pemantauan oleh pentadbir: Kokurikulum
(PK Kokurikulum) ; SEGAK (PK Pentadbiran)
Tindakan : Pengetua
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
19
7.Pembentangan Pelaporan INVENTORI MINAT KERJAYA
(IMK)
Mesyuarat;
7.1 mengambil maklum
7.1.1 Ujian dijalankan untuk mengukur kecenderungan
murid.
a) Instrumen diiktiraf diperingkat antarabangsa
b) Analisis dibuat untuk Tingkatan 3 3017 : 33
sekolah disenarai mempunyai murid
berkecenderungan konvensional.
c) Dapatan boleh digunakan untuk merancang
pendekatan aktiviti yang sesuai.
Makluman
8. Pembentangan Pelaporan Dari Pusat Kegiatan Guru
Mesyuarat;
8.1 mengambil maklum;
8.1.1 Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Manjoi
memberi maklum tentang peranan 6 PKG di
Daerah Kinta Utara.
a) Fungsi 1 : menjalankan Dasar
b) Fungsi 2 : Khidmat Bantu
c) Fungsi 3 : Verifikasi Peralatan dan
Rangkaian.
8.1.2 Mesyuarat mengambil maklum tentang
penjelasan Penetapan Petunjuk Prestasi Utama :
Objektif pengukuran dan Definisi Pembestarian
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
20
8.1.3 Penarafan SSQS – indikator KPM untuk
mengukur tahap Pembestarian sekolah.
8.1.4 5 kluster yang dinilai dan 100% sekolah
mencapai Tahap Bestari pada 2017.
a) Kluster A: Pembangunan Profesional– semua
sekolah mendapat 4 dan 5 bintang.
Makluman
b) Kluster B : Kepimpinan Berwawasan – 14
sekolah (Menengah dan Rendah) hanya 2
bintang dan 74 sekolah (Menengah dan
Rendah mencapai 3 Bintang) : oleh itu
Sekolah diminta mencari dan mengenalpasti
kelemahan di Kluster B. Kemungkinan
kurang pengiktirafan aktiviti ICT.
Tindakan: Pengetua
c) Kluster C – Persekitaran Kondusif Sekolah
kurang permohonan pihak sekolah untuk
bimbingan teknologi dari pihak PKG.
i. Sekolah kurang mengadakan kolaborasi
ii. Penggunaan digital masih dengan
kaedah lama
iii. Tiada perancangan ICT
iv. Pusat Sumber Sekolah kurang
menggunakan ICT
Makluman
d) Kluster D : Kerangka Kurikulum dan
Penilaian
i. Pelaporan Frog Vle
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
21
ii. Pelan Tindakan dan Aktiviti PSS
iii. Bahan digital
iv. PdPc Abad ke -21 mengintegrasikan ICT
Makluman
e) Kluster E : Pembelajaran Berpusatkan Murid
i. Pencapaian 5 bintang : 19 % (Menengah
dan Rendah)
ii. Pencapaian 4 bintang : 39 % (Menengah
dan Rendah)
iii. Pencapaian 3 bintang : 38 % (Menengah
dan Rendah)
iv. Pencapaian 2 bintang : 4 % (Menengah
dan Rendah)
8.1.5 Diharapkan pada 2018 semua sekolah mencapai
5 bintang.
8.1.6 Cadangan untuk PPD menghantar surat kepada
sekolah yang tidak mencapai KPI 3 kali berturut-
turut.
8.1.7 ANNEX Pusat Sumber
a) 5 bintang : 26%
b) 4 bintang : 63%
c) 3 bintang : 10%
d) 2 bintang ( 1%)- SK Seri Tanjung
Makluman
8.1.8 Pengerusi mencadangkan semasa sekolah
menghantar pelaporan
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
22
a) terangkan isu-isu mengapa sekolah yang
tidak mencapai 5 bintang
b) Bagaimana PKG boleh membantu
menangani isu-isu terangkan isu-isu di
sekolah.
c) UPA / PKG bincang aktiviti-aktiviti berfokus
bersama sekolah.
Makluman
X. HAL-HAL LAIN
1.1. Pengetua SMK Rapat Setia
1.1.1. Pertanyaan tentang isu pertukaran GPM sekolah – adakah
kriteria kursus 35 jam masih digunakan untuk pencalonan
GPM baharu.
1.1.2. Memohon pentauliahan untuk mp kecantikan dalam pakej
mata pelajaran SPM.
1.1.3. Pakej mata pelajaran sangat terhad dan pelajar kurang
mengambil mp kecantikan kerana SPM ramai yang terdiri
dari pelajar berbangsa Cina. memohon agar Bahasa Cina
tidak dikira sebagai subjek di dalam pakej kerana pelajar
cenderung mengambil subjek yang mudah lulus).
1.1.4. Penjelasan tentang pakej mp SPM telah dibuat oleh Encik
Zuhair Azuar b. Ariffin. (Pen. PPD Votek Menengah)
a) PAV, PVMA, PIMA – fokus kepada kemahiran. Hanya
MP aliran kemahiran yang diambil. MP teras tetap
sama.
Makluman
1.2. Pengetua Kolej Tingkatan 6 Seri Ipoh
1.2.1. Penggunaan e-rph
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
23
a) Perlukan guru menyediakan hardcopy
b) Cara mengisi refleksi yang jelas
1.2.2. Taklimat Karrnival Kokurikulum Tingkatan 6 : surat siaran
dikeluarkan sama ada dari JPN Perak atau PPD Kinta
Utara
1.2.3. Guru-guru Tingkatan 6 akan membentang Kajian Tindakan
diperingkat negeri.
1.2.4. Mencadangkan Kajian Tindakan diadakan diperingkat
daerah untuk dihantar ke peringkat negeri.
1.2.5. Taklimat PAK21 tidak melibatkan Kolej Tingkatan 6
1.2.6. Penjelasan dibuat oleh Ketua Unit UPA :
a) Guru yang menyediakan rph dalam mana-mana bentuk
dan boleh mengemukan rph apabila diperlukan :
b) Refleksi diisi dengan penilaian standard objektif yang
disediakan untuk PdPc dan tiada pengecualian.
c) PdP di Kolej Tingkatan 6 sudah berarah kepada
PAK21. Bengkel PAK21 yang dijadualkan untuk
sekolah-sekolah menengah dan rendah sahaja.
1.2.7. Karnival KO-Kurikulum Tingkatan 6 pertama kali pada
2017 diadakan di daerah. Belum ada takwim untuk 2018.
1.2.8. Kajian Tindakan Tingkatan 6 yang dipilih akan terus ke
peringkat negeri/kebangsaan. Guru-guru digalakkan untuk
menyertai pertandingan Kajian Tindakan peringkat negeri.
Makluman
1.3. Ybgh Pengerusi Mensyuarat memaklum tentang perkara berikut:
1.3.1. Pergerakan Pengetua di dalam daerah:
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
24
a) SMK Pinji
b) SMK Jalan Pasir puteh
c) SMK Dr, Megat Khas
d) SMK Seri puteri
e) SMK Poi Lam
f) SMK Simpang Pulai
g) SMK Pusing
Makluman
1.3.2. Ybhg. Pengerusi mengingatkan pihak sekolah untuk
meningkatkan kawalan keselamatan:
a) Pantau keselamatan aset sekolah
b) Pantau pergerakan pengawal keselamatan.
c) Pemantauan pada 13.1.2018 : KPPD telah melawat
kawasan Hotspot - 6 buah sekolah, bersama tiga
pegawai Aset dan Pembangunan
d) Hasil dapatan salah sebuah sekolah: 1 pengawal
sahaja didapati di mana sepatutnya ada 2 orang
pengawal;
i. Pondok Pengawal dikunci dan tiada anggota di
sana tetapi pengawal tidak meronda kawasan
sekolah.
Makluman
e) Saranan dari Ybhg.Pengerusi untuk Pengetua dan PK:
Pantau pergerakan pengawal keselamatan. Jika ada
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM & PBS DAERAH SEKOLAH MENENGAH BIL.1/2018
25
yang culas, lapor segera kepada syarikat kawalan
keselamatan berkenaan.
Tindakan: Pengetua
X. UCAPAN PENANGGUHAN
1.1. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.55 tengah hari
Urus Setia,
Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum & PBS
Sekolah Menengah Bil 1/2018
Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara