4

Click here to load reader

Minit Mesyuarat Unit Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

Embed Size (px)

DESCRIPTION

baik

Citation preview

Page 1: Minit Mesyuarat Unit Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

Minit Mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas Kali Pertama Tahun 2012

Tarikh : 05 Januari 2012 (Khamis)Masa : 1:20 Petang Hingga 2:50 Petang.Tempat : Bilik Mesyuarat Tun RazakPengerusi : Puan Maznah Bt.Yusop ( Penolong Kanan Hal Ehwal Murid )Kehadiran :

1. En.Syahrom Bin Abd.Kadir2. Pn.Lis Rasita Bt. Tambi3. Pn.Azlina Bt.Abd.Aziz4. En.Zafri B.Zakaria5. Pn.Fazliana Bt.Mustaffa6. Ustaz Shahbani B.Sakan

Perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat adalah seperti berikut:Perkara 11.0 Ucapan Pengerusi Majlis, bacaan Al-Fatihah. Syukur dapat mengadakan mesyuarat jawatankuasa Badan Disiplin dan Pengawas 2012.

Tindakan : Semua Guru.

Perkara 22.0 Ucapan Yang Berusaha Puan Guru Besar.

2.1 Bersyukur keranan diberi kesihatan yang baik dan dapat meneruskan tanggungjawab dengan baik.2.2 Tahniah kerana tiada masalah-masalah kritikal yang berlaku di sekolah atau tersiar di dalam akhbar. Oleh itu, segala kerja buat seharian kerana Allah S.W.TSekiranya guru hendak menghukum pelajar, jelaskan kepada pelajar, apakah kesalahan yang dilakukannya.2.3 Guru juga hendaklah bertanggungjawab di atas apa saja kemalangan yang berlaku. Bawa murid ke klinik dan jangan bertindak sebarangan. Kemudian, guru hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.

Tindakan : Semua Guru.

Perkara 33.0 Pengesahan Perlantikan Jawatankuasa Tahun 2012.

Pengerusi : Puan Aminah Bt. Umar(Guru Besar)Naib Pengerusi : Puan Maznah Bt.Yusop (PK Hem)Ketua Unit : Encik Syahrom B.Abd.KadirSetiausaha : Puan Lis Rasita Bt.Tambi

Ahli Jawatankuasa :

1. Pn.Azlina Bt.Abd.Aziz2. En.Zafri B.Zakaria3. Pn.Fazliana Bt.Mustaffa

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG TUN RAZAK,75450 BUKIT KATIL , MELAKA

Page 2: Minit Mesyuarat Unit Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

4. Ustaz Shahbani B.SakanCadangan Encik Zafri B.ZakariaSokongan Encik Ustaz Shahbani B.Sakan.

Perkara 44.0 Perancangan Aktiviti Tahunan sessi 2012

4.1 Majlis Penyampaian Watikah akan diadakan 30 Februari 2012 (Isnin) sewaktu perhimpunan pagi. 4.2 Pn.Lis Rasita diminta menghubungi Yang Setia Pegawai Polis Seranta untuk penetapan tarikh dan akan disusuli dengan surat jemputan.

Tindakan : Puan Lis Rasita

4.3 Kursus Kepimpinan Pengawas/Pustakawan. 4.3.1 Akan diadakan pada tahun ini.4.3.2 Pengisian aktiviti akan dibincang dalam mesyuarat kepimpinan.

Tindakan : PK Hem

Perkara 55.0 Hal-hal lain dan ucapan Penangguhan.

5.1 Encik Syahrom, mencadangkan agar pihak pentadbir dapat menyediakan 2 helai kot untuk ketua pelajar dan ketua pengawas. Kot ini juga akan diguna pakai oleh pengacara majlis sewaktu perhimpunan rasmi setiap pagi Ahad.

Tindakan : PK Hem

5.2 Encik Syahrom, meminta penjelasan mengenai pungutan yuran, khas untuk tabung pengawas. Jawatankuasa bercadang untuk memungut sebanyak RINGGIT : Lima ringgit ( RM5.00 ) sebulan dalam jangkamasa selama 10 bulan. Wang digunakan untuk aktiviti lawatan dan jamuan perpisahan akhir tahun.

5.3 Encik SYAHROM, meminta penjelasan daripada pentadbir mengenai lokasi atau kawasan bertugas mengikut blok. Ini bertujuan untuk mengemaskini tugas-tugas seharian pengawas bagi sessi 2012.

5.4 Encik Syahrom, meminta mandat daripada pentadbir untuk menguruskan pelantikan ketua pelajar dan ketua pengawas.

5.5 Encik Syahrom, mencadangkan agar pengawas yang melanggar disiplin ditetapkan hukuman.Dikhuatiri kesalahan akan berulang jika tidak diatasi.Mencadangkan agar dihantar kepada GB dan lawatan ke rumah juga perlu jika terlalu serius kesalahannya.Perlu perjumpaan dengan GB untuk menginggatkan tentang peranan dan tanggungjawab pengawas.Maka pengawas – pengawas boleh mencetuskan percapahan fikiran dan motivasi dalam perlaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan disiplin.

5.6 PK HEM, mencadangkan agar pemeriksaan secara rambang dilakukan selepas perhimpunan. Fokus kepada pakaian seragam dan kebersihan diri.

5.7 En.Syahrom- Masalah disiplin bermula dirumah.Sokongan dan kerjasama guru masih perlu dipertingkatkan tentang peranan dalam penguatkuasaan disiplin terutama dalam mesyuarat dan perjumpaan guru-guru.Pengawas bermasalah perlu direkodkan kesalahannya untuk tindakan –tindakan perlu.Spotchek juga perlu sentiasa dibuat.

Page 3: Minit Mesyuarat Unit Badan Pengawas Kali Pertama Tahun 2010

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2:50 petang.

Minit Mesyuarat disediakan oleh:

…………………………………..( SYAHROM BIN ABD.KADIR )Ketua unit Badan Disiplin dan Pengawas.

Tarikh : 5 JANUARI 2012

Minit Mesyurat disahkan oleh :

…………………………………( PUAN MAZNAH BTE YUSOP )Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Tarikh : ………………………..