3
MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.1/2015 SEKOLAH KEBANGSAAN MOHAMAD REDEH, SAAI Tarikh : 25 MAC 2015 Masa : 1300-1415 Tempat : Bilik Guru Kehadiran : Cik Siaw Jun Ning (Ketua Panitia) Cik Nur Hazwani Binti Nazri (Setiausaha) En Ahmad Muslim Bin Dolhan (AJK) Puan Julia Anak Intan (AJK) Bi l. Agenda Catatan 1. Ucapan Ketua Panitia 1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa Inggeris. 1.2 Minit mesyuarat perlu diedarkan kepada AJK pada hari keempat selepas setiap mesyuarat. 2. Perlantikan Jawatankuasa 2.1 Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2015 adalah seperti berikut: Pengerusi: Cik Siaw Jun Ning Setiausaha: Cik Nur Hazwani Ahli Jawatankuasa: Puan Julia, Encik Ahmad 3. Rancangan Pengajaran Harian 3.1 Format rancangan pengajaran harian (lesson plan) Bahasa Inggeris akan diselaraskan oleh Ketua Panitia dan dipaparkan di papan notis untuk rujukan semua guru Bahasa Inggeris.

minute

  • Upload
    zer0321

  • View
    21

  • Download
    3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

example

Citation preview

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.1/2015SEKOLAH KEBANGSAAN MOHAMAD REDEH, SAAI

Tarikh: 25 MAC 2015Masa: 1300-1415Tempat: Bilik GuruKehadiran: Cik Siaw Jun Ning (Ketua Panitia) Cik Nur Hazwani Binti Nazri (Setiausaha) En Ahmad Muslim Bin Dolhan (AJK) Puan Julia Anak Intan (AJK)Bil.AgendaCatatan

1.Ucapan Ketua Panitia

1.1 Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Bahasa Inggeris. 1.2 Minit mesyuarat perlu diedarkan kepada AJK pada hari keempat selepas setiap mesyuarat.

2.Perlantikan Jawatankuasa

2.1 Jawatankuasa Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun 2015 adalah seperti berikut: Pengerusi: Cik Siaw Jun Ning Setiausaha: Cik Nur Hazwani Ahli Jawatankuasa: Puan Julia, Encik Ahmad

3.Rancangan Pengajaran Harian

3.1 Format rancangan pengajaran harian (lesson plan) Bahasa Inggeris akan diselaraskan oleh Ketua Panitia dan dipaparkan di papan notis untuk rujukan semua guru Bahasa Inggeris.

3.2 Guru-guru Bahasa Inggeris digalakkan untuk memasukkan kriteria-kriteria yang akan disenaraikan dalam rancangan pengajaran harian masing-masing.

4.MBMMBI

4.1 CD MBMMBI Tahun 5 dan Tahun 6 telah diagihkan kepada pihak sekolah dan kini disimpan oleh Ketua Panitia.

4.2 Guru-guru Bahasa Inggeris digalakkan untuk menggunakan CD tersebut sebagai bahan sampingan untuk para pelajar untuk memartabatkan Bahasa mereka.

4.3 Segala persoalan berkaitan dengan cara penggunaan CD boleh merujuk Ketua Panitia.

5. Program Sepanjang Tahun 2015

5.1 Program Reading Corner akan dijalankan oleh setiap kelas. Guru-guru perlu memastikan buku cerita Bahasa Inggeris sentiasa ditukar oleh pelajar yang bertanggungjawab setiap bulan.

5.2 Bagi program yang lain, guru-guru boleh mengemukakan cadangan dalam mesyuarat Panitia yang akan datang.

6. Peruntukan Panitia Bahasa Inggeris

6.1 Setiap guru Bahasa Inggeris dialu-alukan untuk mengemukakan senarai bahan yang diperlukan kepada ketua Panitia.

6.2 Peruntukan akan digunakan untuk membeli fail-fail panitia untuk menggantikan yang fail yang lama.

7.Hal-Hal Lain

7.1 Guru-guru Bahasa Inggeris digalakkan untuk menggunakan pelbagai strategi untuk mengajar Bahasa Inggeris.

8. Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada 1415 petang.

Dicatat oleh: Disemak:

_____________________ __________________

(NUR HAZWANI BINTI NAZRI) (SIAW JUN NING)Setiausaha Pengerusi

Tarikh: Tarikh: