Upload
magilan5621
View
508
Download
5
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Misa Melayu
1/24
PENSEJARAHAN MALAYSIA
KAJIAN KARYA AGUNG
GANESAN MUNIYANDIKARTHIK CHANTARANSORUPANATHAN SADAYAN
7/27/2019 Misa Melayu
2/24
Pengenalan
Misa Melayu karya Raja Chulan ini tergolong dalam naskah sastera
tradisional genre sastera sejarah . Buku ini telah dikaji oleh W.E. Maxwell dan
diterbitkan dalam JSBRAS 1882 dan 1884 masehi.R.O Winstedt telah
merumikannya pada tahun 1919 masehi.
Beberapa versi lain tersimpan di Universiti Leiden , Belanda dengan
judul Hikayat Salasilah Perak dan Ikatan Raja Ke Laut.
Kata 'Misa' diambil daripada judul cerita-cerita panji seperti MisaPerabu Jaya di kepulauan Jawa. Namun, daerah Kampung Gajah tidaklah
ramai orang Jawa.
7/27/2019 Misa Melayu
3/24
Cerita pahlawan yang menjadi kebanggaan sesuatu bangsa dan
disampaikan dari satu generasi ke satu generasi. Contoh: Hikayat Hang Tuah,Hikayat Chindor Mato dan Cerita Hikayat Misa Taman Jayeng Kusuma.
7/27/2019 Misa Melayu
4/24
Penulis
Misa Melayu ditulis di istana oleh seorang pujangga istana bernama
Raja Chulan. Nama penuhnya ialah Raja Chulan ibni Raja Abdul Hamid ibni
Yang diPertuan Muda Sultan Mansur Syah bergelar Marhum Pulau Juar,
Kampung Gajah , Perak .
Raja Chulan mengarang Misa Melayu semasa pemerintahan Sultan
Iskandar Zulkarnain dan selesai ditulis pada 1908 masihi di Mukim Bandar ,
36800 Kampung Gajah, Perak. Mukim Bandar terletak di tebing kiri Sungai
Perak, kira-kira 7 km dari Kampung Gajah , Perak.
7/27/2019 Misa Melayu
5/24
Raja Chulan dianggarkan hidup sekitar 1720 - 1786 masihi. Datuknya
Sultan Mansur Syah yang menjadi salah seorang Yang Dipertuan Muda Perakatau terkenal dengan nama Marhum Pulau Tiga. Sultan Mansur Syah ialah
anak Sultan Mudzaffar Shah II iaitu Sultan Perak ke-10 ( memerintah 1636-
1653).
Pada zaman Sultan Mudzaffar Shah III (1728-1752) Raja Chulan telah
dianugerahi gelaran Raja Kecil Besar pada tahun 1752.Apabila Sultan
Mudzaffar Shah III mangkat pada tahun 1752, diganti oleh Sultan IskandarZulkarnain , iaitu Sultan Perak ke-15 (1752-1765). Apabila Sultan Iskandar
Zulkarnain mangkat 1765, Raja Kemas yang bergelar Raja Muda telah
ditabalkan menjadi Sultan Perak (1765-1773).
7/27/2019 Misa Melayu
6/24
Raja Chulan yang bergelar Raja Kecil Besar dinaikkan pangkat
menjadi Raja Bendahara Perak. Raja Chulan berkhidmat dengan 9 orangsultan. Raja Chulan akhirnya menjadi Raja Muda Perak pada 1773 dan
mangkat pada 10 Februari 1787.
(Untuk mengelakkan kekeliruan, Raja Chulan yang disebut di atas
merupakan orang yang berbeza dengan Y.A.M. Raja Sir Chulan ibni
Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah Habibullah.)
7/27/2019 Misa Melayu
7/24
RAJA CHULAN IBNI RAJA ABDUL HAMID IBNI
YANG DIPERTUAN MUDA SULTAN MANSUR
SYAH
7/27/2019 Misa Melayu
8/24
Bentuk
Misa Melayu ditulis dalam bentuk prosa dan puisi dalam tulisan jawi .Jadi ini merupakan satu karya yang unik.
Contoh sastera sejarah prosa ialah Sejarah Melayu, Salasilah Melayu
dan Bugis, Hikayat Merong Mahawangsa , Hikayat Raja-Raja Pasai dan lain-
lain.
Contoh sastera sejarah bentuk puisi ialah Syair Perang Siak, Syair
Perang Kompeni Welanda Dengan China , Syair Perang Inggeris Menyerang
Kota dan lain-lain.
7/27/2019 Misa Melayu
9/24
Tema
Tema karya ini ialah tentang sejarah raja-raja Melayu yang
memerintah negeri Perak antara tahun 1700 hingga 1780-an. Penceritaan
agak teratur menurut kronologi. Anehnya Raja Chulan tidak memuatkan
unsur-unsur mitos. Antara isi ceritanya ialah :
i.Kesultanan negeri Perak berasal dari keturunan yang agung, Raja
Iskandar Zulkarnain / ( Alexander The Great yang memerintah Macedonia di
Iraq) . Jurai keturunannya hingga kepada Raja Nursyirwan Adil dan anak cucu
Raja Chulan ( Raja Chola) yang memerintah hingga ke selatan Tanah Melayu.
ii.Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Perak, orang
Belanda telah mendirikan gudang atau loji perniagaan bijih timah di
Pengkalan Halban setelah mendapat kebenaran Sultan Muzaffar Syah.
7/27/2019 Misa Melayu
10/24
Sejarawan Andaya menyatakan pada 22 oktober 1746, Arry Veerbrugge
dihantar ke Perak untuk berunding mengenai perniagaan bijih timah dan
membina loji di Pengkalan Halban , berhampiran dengan muara Sungai Kinta -Sungai Perak, berdekatan dengan Pulau Indera Sakti.
iii.Raja Chulan juga terlibat dalam rundingan peminangan Raja Muda
akan Raja Budak Rasul.
iv.Sultan Iskandar Zulkarnain bersama Raja Chulan dan lain-lain
menyusur pantai negeri Perak.
v.Raja Iskandar menuba ikan di Sungai Budiman , berhampiran
dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di Kampung Gajah. Sungai Budiman
bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai Perak di hulu Sungai Budiman
terletaknya kawasan bijih timah yang penting seperti Sungai Galah,Tanjung
Tualang,Batu Gajah,Kampar dan lain-lain.
7/27/2019 Misa Melayu
11/24
vi.Istiadat melenggang perut permaisuri Raja Iskandar.
vii.Perkahwinan Raja Iskandar dengan Raja Budak Rasul.
viii.
Kisah Sultan Muhammad ( waris yang muda) menyelesaikanmasalah perebutan kuasa dengan Sultan Muzaffar Syah ( waris yang tua).
ix.Episod Sultan Muzaffar Syah yang ingin bermenantukan Raja
Muda. Sultan Muzaffar meminta Raja Chulan menyatakan hasrat kepada Raja
Muda. Akhirnya , puteri Sultan Muazaffar Syah yang bernama Raja Budak
Rasul dikahwinkan dengan Raja Muda.
x.Kisah Sultan Muhammad Syah ) 1744-1750) mengorbankan
kedudukannya sendiri selaku Sultan Perak , agar Perak dicantum semula di
bawah pemerintahan seorang sultan sahaja iaitu kekandanya Sultan Muzaffar
Syah.
7/27/2019 Misa Melayu
12/24
Latar Tempat
Istana dan makam Sultan Iskandar Zulkarnain terletak di Pulau Indera
Sakti . Pulau ini merupakan sebuah 'pulau' di dalam Sungai Perak, kira-kira 16
km ke hulu dari Teluk Intan . Kini Pulau Indera Sakti telah lama tidak ada
penduduk .
Penduduknya berhijrah kerana masalah [banjir]] dan sistem
perhubungan bertukar dari jalan air kepada jalan raya. Kesan sejarah yang
masih ada hanyalah makam Sultan Iskandar Zulkarnain. Semasa pertabalan
Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak tahun 1986, baginda dan rombongan
telah singgah di Pulau Indera Sakti dan lain-lain.
7/27/2019 Misa Melayu
13/24
Selain itu lokasi istana Sultan Perak pindah ke hulu-hulu Sungai Perak
seperti di Sungai Budiman - Pulau Besar , Pulau Tiga , Pulau Juar, Geronggong
dan terakhir di Kuala Kangsar.
Sungai Budiman , berhampiran dengan Pulau Besar dan Pulau Juar di
Kampung Gajah. Sungai Budiman bercantum dengan Sungai Kinta dan Sungai
Perak.
Mukim Bandar
Di Pulau Juar , Kampung Gajah terdapat sebuah makam Sultan Perak
yang bernama Sultan Mansur Syah.
Kampung Pulau Tiga terletak kira-kira 3 kilometer di utara Kampung
Gajah , Perak, di tepi kanan Sungai Perak. Terdapat 2 makam sultan di
Kampung Tanjung Bidara, Pulau Tiga. Makam ini berdekatan dengan Sekolah
Kebangsaan Tanjung Bidara dan tepi Sungai Perak.
7/27/2019 Misa Melayu
14/24
Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti,
di muara Sungai Kinta. Pokok halban amat keras dan sesuai dibuat rebana,
Rebana ialah alat muzik yang menggunakan kayu halban dan kulit lembu
menyerupai kompang tetapi mempunyai bunyi yang lebih nyaring. Dalam
Islam, hanya alat muzik begini yang tidak tidak berlubang dibenarkan.
7/27/2019 Misa Melayu
15/24
Latar sosial
Dalam Misa Melayu ,terdapat pelbagai bangsa seperti Rawa ,
Minangkabau, India dan Cina yang tinggal di sepanjang Sungai Perak terutamadi Pulau Indera Sakti dan Mukim Bandar . Ini termasuklah Pulau Juar ,
Kampung Cina, Kampung Air Mati, Bandar Baru, Kampung Teluk Memali
hinggalah ke Bandar Tua dan Pasir Salak serta Kampung Gajah sekarang ini.
Adat bertindikBerinaiIstiadar perlantikan dan pertabalanIstiadar perarakan raja berangkatIstiadat menjunjung duliIstiadat melenggang perutIstiadat kemangkatan dan berkabungIstiadat menurun tambak dan batu nesanIstiadat mem bayar kaul ( bayar niat)
7/27/2019 Misa Melayu
16/24
Istiadat Perkahwinan
Raja Iskandar ingin berkahwin dengan Raja Budak Rasul, anak Sultan
Muzaffar Syah. Raja Aliuddin dan Raja Chulan diminta merisik dan meminang
dengan membawa emas sekati. Semasa menikah, Raja Iskandar membawa
100 tahil emas, 10 pasang hamba ( orang Jawa), dan 1000 keping timah. Akad
nikah dimulai dengan khutbah nikah, bersanding dan upacara bersiram.
7/27/2019 Misa Melayu
17/24
Istiadat Pertabalan
Waktu Sultan Muzaffar Syah III mangkat , Raja Iskandar diberi
memakai segala alat kebesaran kerajaan. Raja Iskandar ditabal menjadi Sultan
Perak dengan gelaran Paduka Seri Sultan Zukarnain Khalifatur Rahman Johan
Berdaulat Zillullahi Fil Alam.Sultan Mahmud Syah ditabalkan sebelum jenazah
Sultan Iskandar dikebumikan.Sultan Alauddin Mansur Syah Iskandar Muda
ditabalkan berikutan kemangkatan kekandanya Sultan Mahmud Syah.Setiap
pertabalan dan adat menjunjung duli disertai dengan gendang nobat Ibrahim
Khalil atau disebut 'bermahalil'.
7/27/2019 Misa Melayu
18/24
Upacara Melenggang Perut
Tatkala Permaisuri Sultan Iskandar mengandung 7 bulan. Temasya
diadakan di balai panca persada selama 40 hari 40 malam. Seluruk rakyat
termasuk Cina, india dan Belanda memberi hadiah. Persembahan Menora
dari Kedah pimpinan Kanda Seri indera dan Nakhoda Jumaat.
7/27/2019 Misa Melayu
19/24
7/27/2019 Misa Melayu
20/24
7/27/2019 Misa Melayu
21/24
Belanda telah mempunyai gudang bijih timah di Pengkalan Halban.
Pengkalan Halban terletak berhampiran dengan Pulau Indera Sakti, di muara
Sungai Kinta- Sungai Perak, 10 km ke selatan Kampung Gajah sekarang.
Kompeni Belanda di Betawi ( Jakarta sekarang ) , mengiring 7 buah
kapal perang ke Perak ekoran fitnah seorang Keling bernama Pir Muhammad
yang bertugas sebagai jurubahasa Belanda.
Rundingan semula serta perjanjian akhirnya membolehkan Belanda
memonopoli perdagangan bijih timah di Perak dan berhasil membeli 500
bahara timah.
7/27/2019 Misa Melayu
22/24
Di dalam huta negeri Perak banyak gajah hinggakan sebuah kampung
digelar Kampung Gajah. Hanya Sultan Perak iaitu ( Sultan Iskandar Zulkarnain )
dibenarkan berniaga gajah.
Di Pulau Indera Sakti banyak kedai dan toko-toko Cina. Sebuah
kampung di Rantau Panjang dan Kampung Air Mati ada kedai emas Cina . Di
Pasir Salak turut ada kedai Cina.
Selain Belanda yang menjalankan perniagaan bijih timah, pedagang
India, Cina , Jawa dan Siam turut berdagang. Antaranya ialah pakaian , garam,
tembakau , gambir , pinggan mangkuk tembikar Cina, alatan seperti parang ,
keris , benang emas, rempah, candu dan lain-lain.
7/27/2019 Misa Melayu
23/24
Masjid Pulau Indera Sakti
Sultan Iskandar Zulkarnain menitahkan masjid didirikan untuk
menyambut Hari Raya Haji di Pulau Indera Sakti kerana belum ada masjid.
7/27/2019 Misa Melayu
24/24
TERIMA KASIH