Upload
duongque
View
260
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MISKONSEPSI PELAJAR TERHADAP
KONSEP MOL DAN KONSEP PERSAMAAN KIMIA
NURHIDAYAH BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ………………………
Nama penyelia : ………………………………………………
Tarikh :
TH HJ MEOR IBRAHIM B. KAMARUDDIN
i
MISKONSEPSI KONSEP MOL DAN
KONSEP PERSAMAAN KIMIA
NURHIDAYAH BINTI ISMAIL
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2009
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
Nama Penulis :…………………………………..
Tarikh : …..
NURHIDAYAH BINTI ISMAIL
iii
DEDIKASI
Ditujukan khas terutamanya buat insan-insan teristimewa dalam hidup ini.
Buat abah ( En. Ismail bin Jumat) dan mama (Pn. Normadiah binti Haji Mohd. Zin)
yang dirindui.. Penyuluh sepanjang hidup ini di saat ia inginkan sokongan, dorongan,
bimbingan dan kasih sayang.
Buat adik-adik ( Nur Amni, Nora, Abdul Zahid, Nur Ain dan Nur Izzati) yang
dicintai.. Pelengkap hidup ini sepanjang ia masih bernyawa.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan ( Norziana, Nor Aziehan, Azila) yang disayangi..
Penghibur hati diri ini di saat ia dalam kerunduman dan di saat kebahagiaan.
Buat teman (Mohd. Shafie bin Rosli) yang dikasihi.. Penyeri hati di kala suka dan
duka.
Terima kasih atas kesudian kalian untuk hadir dalam hidup ini, membimbing dan
membekalkan diri ini dengan semangat dan kasih sayang untuk terus berjuang dengan
jayanya. Terima kasih.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran saya tujukan ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah dan kurnia Nya, dapat saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya. Di
kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Tn
Hj Meor Ibrahim b. Kamaruddin yang telah banyak memberi tunjuk ajar, bimbingan
dan dorongan sepanjang proses kajian ini berjalan.
Turut tidak dilupakan kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia; Jabatan Pelajaran Negeri, Johor dan Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikan, KPM atas kebenaran dan kelulusan untuk saya menjalankan
kajian ini. Buat sekolah-sekolah yang terlibat (Sek. Men. Keb. Dato’ Yunos Sulaiman,
Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’ Penggawa Barat ) dan
pihak-pihak pentadbiran sekolah serta guru-guru kaunselor sekolah yang banyak
membantu melancarkan lagi perjalanan kajian ini. Terima kasih atas bantuan pihak
tuan sekalian.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang sudi membantu dan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya dalam
menjalankan Projek Sarjana Muda ini.
Penghargaan ini ditujukan jua buat mama, abah dan adik-adik saya yang
banyak memberi sokongan moral dalam menyiapkan kajian saya ini. Akhir sekali,
saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam memberi sokongan, cadangan dan sebagainya.
Sekian.
v
ABSTRAK
Pembelajaran konsep Kimia yang tepat adalah sukar kerana ia melibatkan
konsep-konsep abstrak. Ditambah pula dengan penghasilan konsep baru oleh pelajar
yang berbeza daripada konsep-konsep yang telah ditakrifkan oleh ahli-ahli sains.
Konsep-konsep baru pelajar ini dikenali sebagai salah konsep (miskonsepsi) dan boleh
menjurus kepada tahap penguasaan pelajar yang lemah bagi pelajar. Atas sebab itu,
kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengkaji miskonsepsi dan tahap penguasaan
pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia. Kajian ini dijalankan ke
atas 160 orang pelajar tingkatan lima di tiga (3) buah sekolah (Sek. Men. Keb. Dato’
Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad dan Sek. Men. Keb. Dato’
Penggawa Barat) di daerah Pontian. Set soal selidik dengan kebolehpercayaan, α=
0.594 telah digunakan. Set soal selidik ini meliputi lapan (8) aspek iaitu definisi
konsep mol, hubungan antara mol dengan jisim, bilangan zarah (ion, molekul dan
atom) dan isipadu gas, perseimbangan persamaan kimia berdasarkan konsep mol,
penukaran persamaan kimia daripada bentuk persamaan kimia kepada simbol,
penukaran persamaan kimia kepada persamaan iondan penyelesaian masalah
persamaan kimia (stoikiometri) . Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian ini
menunjukkan majoriti pelajar mempunyai miskonsepsi nyata dengan purata tahap
penguasaan pelajar adalah lemah (29.30%) . Beberapa cadangan dikemukakan pada
akhir laporan.
vi
ABSTRACT
Learning chemistry is not easy because it involves concepts which are abstract
to be learnt. This allows student to develop new idea that diffuse from the one been
agreed by the scientists and this new idea formally known as misconception. This
misconception always gives rise to low students’ level of mastering. This research was
conducted to determine misconceptions and students’ level of mastering in mole and
chemical equation concepts. This descriptive-based research has been done on 160
form five students at three (3) selected schools at Pontian (Sek. Men. Keb. Dato’
Yunos Sulaiman, Sek. Men. Dato’ Ali Haji Ahmad and Sek. Men. Keb. Dato’
Penggawa Barat). A questionnaire with reliability, α = 0.594 has been used for this
research purpose. The questionnaire comprises of eight (8) aspects. Those aspects are
definitions of mole, relationship between mole and mass, number of particles (ions,
molecules and atoms), balancing the chemical equation based on mole concept,
changing the chemical equation from statement to symbol, changing the chemical
equation to ionic equation and solving chemical equation problems
stoichiometrically.Holistically, the result showed that the majority of the student have
exist misconseptions with overall mean for students’ level of mastering is weak
(29.30%). Several suggestions were given at the end of this report.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI LAMPIRAN xiii
viii
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 7
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Operasi 8
1.9.1 Miskonsepsi 8
1.9.2 Pelajar 9
1.9.3 Konsep Mol 9
1.9.4 Konsep Persamaan Kimia 10
1.10 Penutup 10
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pendahuluan 12
2.2 Miskonsepsi 13
2.2.1 Faktor-Faktor Miskonsepsi 13
2.2.2 Prekonsepsi 15
2.2.3 Strategi Metakognitif 16
ix
2.2.4 Implikasi Miskonsepsi terhadap 19
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
2.3 Konsep-Konsep Asas Kimia 20
2.3.1 Konsep Mol 20
2.3.2 Masalah Pengajaran Konsep Mol 21
2.3.3 Konsep Persamaan Kimia 22
2.4 Penutup 22
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Lokasi Kajian 25
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 26
3.5.1 Soal Selidik 26
3.5.2 Soalan Temubual 28
3.6 Jangka Masa Kajian 28
3.7 Prosedur Kajian 29
3.8 Kajian Rintis 30
3.9 Analisis Kajian 31
3.9.1 Analisis Miskonsepsi 31
3.9.2 Analisis Tahap Penguasaan 32
3.9.3 Temubual 33
3.10 Penutup 33
\
x
BAB 4 ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN 35
4.1 Pendahuluan 35
4.2 Latar Belakang Pelajar 36
4.3 Miskonsepsi Konsep Mol dan 36
Konsep Persamaan Kimia
4.3.1 Definisi Konsep Mol 37
4.3.2 Hubungan antara Mol dengan 38
Jisim
4.3.3 Hubungan antara Mol dengan 39
Bilangan Ion, Molekul dan Atom
4.3.4 Hubungan antara Mol dengan 41
Isipadu Gas
4.3.5 Perseimbangan Persamaan Kimia 42
berdasarkan Konsep Mol
4.3.6 Penukaran Persamaan Kimia 43
daripada Bentuk Perkataan
Persamaan Kimia kepada
Persamaan Simbol
4.3.7 Penukaran Persamaan Kimia 44
Kepada Persamaan Ion
4.3.8 Penyelesaian Masalah Persamaan 45
Kimia (Stoikiometri)
4.4 Tahap Penguasaan Konsep Mol dan 48
Konsep Persamaan Kimia
4.5 Penutup 49
xi
BAB 5 RUMUSAN, CADANGAN DAN 50
KAJIAN LANJUTAN
5.1 Pendahuluan 50
5.2 Rumusan 50
5.3 Cadangan 52
5.4 Kajian Lanjutan 53
5.5 Penutup 55
RUJUKAN 56
LAMPIRAN ( A-H ) 63
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Taburan item mengikut aspek dalam konsep mol 27
dan konsep persamaan kimia
1.2 Taburan item mengikut aspek dalam konsep mol 28
1.3 Skema penilaian 31
1.4 Tahap penguasaan pelajar terhadap konsep 32
2.1 Kekerapan dan peratusan pelajar megikut jantina, 35
bangsa dan gred sains dalam PMR
2.2 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 37
klasifikasi respon (Definisi Konsep Mol)
2.3 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 38
klasifikasi respon (Hubungan antara Mol dengan Jisim)
xiii
2.4 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 40
klasifikasi respon (Hubungan antara Mol
dengan Bilangan Ion, Molekul dan Atom)
2.5 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 42
klasifikasi respon (Hubungan antara Mol dengan
Isipadu Gas)
2.6 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 43
klasifikasi respon (Perseimbangan Persamaan Kimia
berdasarkan Konsep Mol)
2.7 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 44
klasifikasi respon (Penukaran Persamaan Kimia
kepada Persamaan Simbol)
2.8 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 45
klasifikasi respon (Penukaran Persamaan Kimia
kepada Persamaan Ion)
2.9 Taburan frekuensi dan peratusan berdasarkan 46
klasifikasi respon (Penyelesaian Masalah Persamaan Kimia
(Stoikiometri))
2.10 Peratusan dan Tahap Penguasaan pelajar 48
mengikut aspek-aspek yang diuji
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A JADUAL PERSAMPELAN 26
B PENGESAHAN PENSYARAH 26
C BORANG SOAL SELIDIK 26
D SOALAN TEMUBUAL 28
E JADUAL PERANCANGAN PELAKSANAAN 29
TUGASAN KAJIAN PSM
F PENGESAHAN PELAJAR 29
(FAKULTI PENDIDIKAN)
G PENGESAHAN PELAJAR 29
(BAHAGIAN PERANCANGAN
DAN PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, KPM)
H PENGESAHAN PELAJAR 29
(JABATAN PELAJARAN NEGERI)
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Malaysia dengan bermatlamatkan menuju Negara Maju 2020 memerlukan
sains dan teknologi untuk membangunkan negara berasaskan industri. Masyarakat
yang diharapkan bukan sahaja berpendidikan selaras dengan matlamat JERIS tetapi
ditambah pula dengan kriteria celik sains. Sains disini merangkumi pengetahuan,
kemahiran, sikap saintifik dan nilai murni. Integrasi antara ketiga-tiga elemen ini
sangat penting untuk menjamin mutu pendidikan sains. Sains, satu mata pelajaran
teras yang melibatkan pelajarnya bukan hanya boleh menghafal fakta dan formula
semata-mata tetapi ia memerlukan pelajarnya bersifat kreatif dan kritis dalam
menyelesaikan masalahnya.
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni. Apabila pelajar dibimbing untuk menghubungkan fakta
dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pelajaran baru dengan ilmu sedia
ada serta mengaplikasikan ilmu dengan kehidupan harian maka, ilmu sains adalah
sesuatu yang bermakna. Sains juga merupakan sesuatu proses yang mengutamakan
kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Ia memperkembangkan kemahiran untuk
menyiasat alam sekitar yang melibatkan strategi berfikir, kemahiran berfikir dan
kemahiran saintifik. Penerapan nilai murni dan sikap saintifik semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Pendidikan dapat
2
menyediakan ahli-ahli masyarakat supaya berguna kepada diri sendiri dan seterusnya
memberi manfaat dan sumbangan untuk pembangunan masyarakat.
Salah satu mata pelajaran elektif Sains adalah mata pelajaran Kimia.
Pelaksanaan kurikulum sains KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
yang disemak semula memberi penekanan utama kepada penyelesaian masalah
dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya mata pelajaran Kimia (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001). Penyelesaian masalah ialah satu kaedah yang
melibatkan pelajar secara aktif untuk membuat keputusan atau untuk mencapai
sasaran tertentu. Ia merupakan cara terbaik untuk mengilap kemahiran berfikir
pelajar. Mata pelajaran Kimia melibatkan kemahiran daya pemikiran dan kreativiti
pelajar pada aras yang tinggi (Abu Hassan, 2003). Pembelajaran Kimia juga
memerlukan kefahaman sesuatu konsep dengan mantap dan menyeluruh. Maka,
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Kimia perlu mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian pelajar.
Dalam konteks kurikulum masa kini yang berorientasikan peperiksaan, proses
pengajaran dan pembelajaran masih lagi berpusatkan kepada guru (Abu Hassan,
2003). Ramai guru percaya bahawa pelajar tidak mempunyai sebarang idea mengenai
sesuatu konsep kimia maka mereka cenderung untuk mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan guru dengan menghadkan penglibatan aktif pelajar
(Abu Hassan, 2001; Mohammad Yusof et al., 2002). Akibatnya, pelajar menjadi
kurang aktif, perkembangan intelek terbatas, tidak kritis dan kreatif dalam
perbincangan walaupun mempunyai gred pencapaian yang baik dalam peperiksaan
(Mohd Ali dan Shaharom, 2003). Keadaan ini bertambah meruncing apabila pelajar
dikehendaki menerima secara bulat fakta dan konsep yang disampaikan bagi tujuan
peperiksaan (Abu Hassan, 2003; Reid dan Yang, 2002). Kesukaran-kesukaran yang
timbul menyebabkan pelajar kurang memberikan tumpuan dan kurang minat
terhadap mata pelajaran Kimia (Ching, 2002).
Lantaran itu, pendidikan di alaf baru ini harus berubah menuju ke arah
menyediakan dan melengkapkan pelajar dalam menghadapi dunia pekerjaan dan
realiti sebenar. Kita tidak boleh berada di takuk yang sama lagi sepanjang masa.
Zaman sudah berubah maka, inilah masanya untuk pendidikan Malaysia berubah
agar dapat memenuhi wawasan Malaysia menuju Negara Maju 2020.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Selaras dengan Wawasan 2020, misi Malaysia untuk menghasilkan
masyarakat yang berpendidikan, celik sains dan bijak dalam pelbagai bidang
kelihatan samar-samar seandainya masalah miskonsepsi konsep-konsep asas kimia
dalam topik mol dan persamaan kimia yang merupakan dua topik tunjang dalam
penyelesaian masalah kimia masih menjadi suatu masalah besar yang menghantui
seluruh lapisan organisasi sekolah.
Konsep baru dibina oleh pelajar sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada
padanya. Interaksi antara konsep baru serta pengetahuan sedia ada berlaku sepanjang
proses pembelajaran. Konsep baru yang diproses oleh pelajar bergantung kepada
pengetahuan sedia ada pelajar dan cara pelajar mengorganisasikannya. Interaksi
antara konsep baru dengan pengetahuan sedia ada pelajar dikenali sebagai
perkembangan kerangka konsep oleh ahli psikologi (Franklin, 1992).
Di samping itu, Posner et al. (1982) juga mengemukakan pandangan terhadap
pembelajaran konsep. Berikut adalah keadaan semasa pembelajaran konsep baru oleh
pelajar:
i) Pelajar perlu berasa tidak puas hati dengan konsep sedia ada mereka.
ii) Pengetahuan atau konsep baru itu perlu bersifat koheren iaitu logik dan
konsiten agar membolehkan ia mudah untuk difahami dan dipelajari oleh
pelajar.
iii) Pengetahuan baru ini juga perlu selaras dan selari dengan pengetahuan dan
konsep-konsep yang pernah dipelajari oleh pelajar.
iv) Ia juga boleh dilihat sebagai suatu yang memudahkan dan lebih
menyenangkan berbanding pengetahuan sedia ada pelajar.
Osborne dan Freyberg (1985) pula bercanggah pendapat dengan Posner
kerana berpandangan bahawa pelajar menganggapkan pengetahuan sendiri
(pengetahuan sedia ada) lebih tepat, munasabah, logik dan bermakna berbanding
dengan konsep baru yang dipelajari. Oleh demikian, tiga keadaan yang mungkin
berlaku iaitu pelajar mungkin:
4
i) Menerima konsep baru secara bulat-bulat atau dalam bentuk yang telah
diubahsuai.
ii) Menolak sepenuhnya konsep baru.
iii) Menghafal konsep baru sebagai ingatan sementara.
Pembelajaran berlaku apabila pelajar menyepadukan konsep baru (dibina
oleh pelajar sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada) dengan konsep sedia ada.
Walaupun begitu, kadangkala proses ini menghasilkan konsep baru yang berbeza
daripada pandangan konsep yang ditakrifkan oleh ahli sains. Ia digelar salah konsep
(misconception). Salah konsep banyak mempengaruhi pelajar semasa mempelajari
sesuatu konsep saintifik yang tepat.
Menurut Norlina (2007), keberkesanan sesuatu pengajaran dan pelajaran
sangat bergantung pada ilmu pengetahuan dan tahap penguasaan pendidiknya.
Pendidik yang lemah tidak mungkin dapat mendidik anak-anak muridnya dengan
sempurna dan ini secara automatiknya menunjukkan ketidaksediaan guru tersebut
dalam mengajar. Tapi bukan guru yang harus dipersalahkan seratus peratus dalam
kegagalan seseorang pelajar. Pelajar itu sendiri perlu menunjukkan minat dan
seterusnya penguasaan yang mantap dalam segala konsep-konsep khususnya konsep
asas kimia. Ini kerana penguasaan yang mantap tanpa dicampur-adukkan dengan
salah konsep merupakan platform utama bagi mereka untuk meneruskan hidup tanpa
berhadapan dengan masalah-masalah kimia yang rumit. Memandangkan Kimia
melibatkan banyak formula, peraturan, prinsip dan persoalan, apabila ia disalah
garabkan oleh pelajar dengan hanya menghafal segala fakta dan formula tanpa
pemahaman yang kukuh, maka mana mungkin subjek Kimia yang menyeronokkan
ini tidak menjadi „killer subject‟ bagi kebanyakan pelajar Sains Tulen.
Kimia merupakan suatu mata pelajaran yang menyeronokkan tetapi pelajar
sering mengalami masalah disebabkan kandungan mata pelajaran tersebut
mengandungi konsep yang sukar difahami, perkaitan konsep yang rumit (Aziz, 1991)
dan persoalan yang memerlukan kemahiran penyelesaian masalah. Kebolehan pelajar
menyelesaikan masalah kimia bergantung kepada kebolehan, kecerdasan dan sikap
mereka dalam mempelajari istilah-istilah kimia (Sumfleth, 1988). Kajian lepas (Aziz,
2003) mendapati faktor utama yang menyebabkan pelajar tidak dapat menyelesaikan
sesuatu masalah konsep kimia dengan baik adalah disebabkan oleh ketidakfahaman
5
terhadap istilah utama dalam soalan. Pelajar sering membina makna sendiri
mengenai sesuatu konsep dengan menggunakan pentafsiran harian (Mohammad
Yusof et al., 2002).
Kajian konsep asas pelajar adalah penting dalam pendidikan kimia. Konsep
asas Kimia yang tepat tidak mudah dibina oleh pelajar kerana ia dianggap abstrak
dan sukar untuk difahami. Nussbaum (1979) menyatakan pelajar yang menghadiri
kelas mempunyai pelbagai idea sedia ada. Mereka tidak diumpamakan seperti bekas
kosong yang bersedia diisi oleh konsep baru di sekolah. Idea sedia ada atau
tanggapan pelajar yang berbeza ini dengan pandangan Sains diistilahkan sebagai
salah konsep atau miskonsepsi. Kajian miskonsepsi pelajar ini telah menjadi kajian
penting dalam tempoh dua (2) dekad lepas kerana ia dipegang dengan kukuh oleh
pelajar dan menjadi penghalang utama kepada pemahaman konsep asas Kimia. Atas
sebab ini, kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana pelajar telah menyalah
ertikan konsep-konsep asas kimia dan contoh-contoh miskonsepsi yang wujud di
kalangan pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan kajian lepas oleh Adawiyah (2004) menunjukkan jumlah pelajar
yang meminati mata pelajaran Kimia adalah tinggi akan tetapi, tahap kefahaman
pelajar terhadap tajuk Formula dan Persamaan Kimia sangat kurang. Kajian
Termelezam (2006), menunjukkan pelajar adalah lemah dalam menyelesaikan
masalah persamaan kimia (stoikiometri) yang melibatkan konsep asas matematik dan
beberapa konsep asas kimia. Ini dikukuhkan lagi dengan dapatan daripada kajian
yang dijalankan pada 1996 di South African University oleh Huddle dan Pillay yang
menyatakan hanya 7.5% responden sahaja dapat menyelesaikan soalan persamaan
kimia mudah.
Tidak ketinggalan juga, kedapatan lebih daripada 30% pelajar menghadapi
masalah dalam menyelesaikan masalah dan lebih daripada 40% pelajar menghadapi
masalah dalam konsep mol. Satu kajian di Itali menunjukkan pelajar menganggap
6
mol sebagai jisim bukan sebagai kuantiti bahan (Novick dan Menis, 1976). Pelajar-
pelajar sekolah menengah atas dan tahun satu di universiti di Amerika Syarikat,
menurut kajian Krishnan dan Howe (1994) menyatakan bahawa mol hanya dikaitkan
dengan molekul bukannya atom dan kuantiti dalam definisi mol adalah bermaksud
jisim malar.
Berdasarkan dapatan-dapatan yang bukan sahaja tertumpu di Malayasia
bahkan seluruh dunia, dapat disimpulkan bahawa miskonsepsi ini semakin menular
di kalangan pelajar Kimia. Atas sebab itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti
miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan kimia yang
merupakan salah satu konsep dalam pembelajaran Kimia yang melibatkan
pengaplikasian konsep mol secara meluas sebagai penunjuk aras penguasaan mereka
terhadap subjek Kimia.
1.4 Objektif Kajian
Secara khusus, kajian ini dijalankan terhadap para pelajar dengan tujuan
untuk mengenal pasti:
i) Miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep persamaan
Kimia yang mana ia boleh dikategorikan kepada tiga tahap iaitu
miskonsepsi nyata, mikonsepsi separa dan miskonsepsi tidak wujud
(kurang nyata).
ii) Tahap penguasaan pelajar terhadap konsep mol dan persamaan Kimia
yang merupakan tunjang utama dalam penyelesaian masalah soalan-
soalan Kimia
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini, secara khususnya persoalan yang hendak diungkai ialah:
7
i) Apakah miskonsepsi pelajar terhadap konsep mol dan konsep
persamaan Kimia yang mana ia boleh dikategorikan kepada tiga tahap
iaitu miskonsepsi nyata, mikonsepsi separa dan miskonsepsi tidak
wujud (kurang nyata)?
ii) Apakah pelajar menguasai konsep mol dan persamaan Kimia yang
merupakan tunjang utama dalam penyelesaian masalah soalan-soalan
Kimia?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan yang bukan sahaja bermakna
untuk orang persendirian tetapi ia sangat berguna untuk seluruh institusi pendidikan.
i) Membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan
kualiti pembelajaran dan pencapaian pelajar yang seterusnya boleh
meningkatkan mutu pendidikan negara.
ii) Memberi gambaran serta kesedaran kepada pelajar-pelajar terhadap
miskonsepsi konsep asas kimia mereka justeru meningkatkan
pencapaian mereka sebagai persediaan menghadapi peperiksaan
Kimia pada SPM menjelang.
iii) Memberi panduan kepada guru-guru Kimia mengenai kepentingan
mengajar Kimia di sekolah dengan tujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berpandangan jauh ditambah dengan
berakhlak mulia.
iv) Menjadi rujukan yang diletakkan di perpustakaan.
1.7 Skop Kajian
Konsep yang diuji adalah konsep mol dan konsep persamaan Kimia yang
dipelajari oleh pelajar Tingkatan Empat (4). Konsep mol merupakan konsep asas
8
Kimia yang menjadi tunjang utama penyelidikan manakala konsep persamaan Kimia
merupakan suatu contoh topik Kimia lain yang mengaplikasikan konsep Mol secara
meluas.
1.8 Batasan Kajian
Terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada kajian ini
seperti:
i) Populasi hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan lima sahaja.
ii) Penilaian menggunakan item-item dalam soal selidik di mana
kesemua data yang dikumpul akan dianalisis dan ditafsir oleh
penyelidik sahaja.
iii) Item-item yang diguna hanya dapat menguji pengetahuan pelajar
dengan tepat tetapi mungkin tidak menguji penguasaan pelajar
terhadap sesuatu konsep dengan sepenuhnya.
1.9 Definisi Operasi
Terdapat beberapa terma dalam kajian yang dilihat perlu didefinisikan
secara mendalam. Terma-terma tersebut dapat dilihat pada tajuk kajian dan akan
dihuraikan satu-persatu untuk memberi kefahaman yang sebenar berkenaan kajian
ini.
1.9.1 Miskonsepsi
Miskonsepsi ditakrifkan sebagai aksi atau perbuatan salah erti dan merupakan
satu anggapan disebabkan oleh salah pengertian (Little Oxford English Dictionary,
9
2002). Dalam kajian ini, miskonsepsi ditakrifkan sebagai salah erti responden
terhadap soalan soalan Kimia yang menggambarkan penguasaan mereka terhadap
subjek Kimia itu sendiri.
1.9.2 Pelajar
Pelajar adalah insan yang belajar di sesebuah institusi pengajian sama ada
sekolah rendah, sekolah menengah mahupun Institusi Pengajian Awam. Dalam
kajian ini, pelajar tingkatan lima menjadi sampel kajian memandangkan mereka telah
menghabiskan sillabus topik ini dalam pengajian mereka di tingkatan empat.
1.9.3 Konsep Mol
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, mol adalah unit bagi banyaknya bahan
yang mengandungi unit asas seperti atom, ion, elektron, molekul dan lain-lain yang
bersamaan dengn bilangan atom karbon dalam 0.012 kg isotop karbon yang berat
atomnya ialah 12. IUPAC (1965) mendefinisikan mol sebagai mol adalah kuantiti
sesuatu bahan yang mengandungi bilangan zarah yang sama dengan bilangan atom
yang terdapat dalam 12.000gram atom karbon-12 yang mana bilangan zarah yang
terkandung dalam 12.000 gram atom karbon-12 ialah 6.023x1023
(“an amount of
substance of specific chemical formula, containing the same number of formula units
(atoms, molecules, ions, electrons, quanta or other entities) as there are in 12 grams
exactly of the pure nuclide C-12”). Kajian ini akan menumpukan pada miskonsepsi
dan penguasaan pelajar dalam:
i) Definisi konsep mol
ii) Hubungan antara mol dengan jisim
iii) Hubungan antara mol dengan bilangan ion, molekul dan atom
iv) Hubungan antara mol dengan isipadu gas
v) Aplikasi Konsep Mol
vi) Kesukaran dalam pembelajaran Konsep Mol
10
1.9.4 Konsep Persamaan Kimia
Stoikiometri menurut Silberberg di dalam bukunya bertajuk Chemistry edisi
keempat (2006) adalah suatu pembelajaran hubungan antara nombor jisim-mol
terhadap formula kimia dan tindak balasnya. Di dalam kajian ini, konsep persamaan
kimia (stoikiometri) akan dilihat dari sudut interpretasi pelajar terhadap persamaan
kimia di mana pelajar dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah persamaan kimia
secara kualitatif dan kuantitatif.
Terdapat empat aspek yang akan dikaji:
i) Menyeimbangkan persamaan kimia berdasarkan konsep mol
ii) Menukarkan persamaan kimia daripada bentuk persamaan kepada
bentuk simbol
iii) Menukarkan persamaan kimia ke persamaan ion
iv) Menyelesaikan masalah persamaan kimia yang melibatkan konsep
asas matematik dan konsep mol
1.10 Penutup
Kajian ini diharapkan dapat memberi gambaran mengenai miskonsepsi
pelajar tingkatan lima dalam konsep asas kimia yang utama iaitu konsep mol dan
konsep persamaan kimia. Miskonsepsi ini dijadikan kayu ukur terhadap penguasaan
pelajar dalam konsep-konsep tersebut.
Diharapkan melaluinya, kelemahan-kelemahan pelajar dalam menyelesaikan
masalah kimia dapat dikenal pasti. Seterusnya, langkah-langkah penyelesaian dapat
dijalankan oleh pihak yang terlibat. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat
menyumbang dalam memperbaiki kekurangan dalam pendekatan pengajaran Kimia
di sekolah agar usaha-usaha untuk menghasilkan generasi masa depan yang