1
Model Terapi Realiti (William Glasser) Dalam Teori Realiti, William Glasser menekankan manusia dilahirkan dengan 5 keperluan sekiranya terdapat keperluan yang tidak dapat dipenuhi maka individu akan menghadapi masalah. 1. Kelangsungan hidup (Survival) 2. Rasa disayangi dan dipunyai (Love and Belonging) 3. Mempunyai kuasa atau kejayaan (Power or Achievement) 4. Kebebasan (Freedom) 5. Keseronokan (Fun) Keperluan untuk mendapat kasih sayang Menurut John dan Rita (2004), Teori Realiti mempercayai bahawa perasaan untuk disayangi dan kepunyaan merupakan keperluan manusia yang utama kerana kita memerlukan orang lain dalam kehidupan kita untuk memenuhi sebahagian besar keperluan kita pada kebanyakan masa. Menurut John dan Rita (2004), manusia leka dengan kuasa, kebebasan atau keseronokan untuk dua sebab utama. Pertama, mereka tidak mendapat hubungan yang memuaskan. Seperti yang dikatakan sebelum ini, rasa disayangi dan kepunyaan merupakan keperluan utama manusia. Justeru, apabila keperluan ini tidak dapat dipenuhi, maka permintaan pada keperluan lain akan menjadi tidak dapat dikawal. Dunia kualiti bercanggah dengan realiti Menurut Gerald Corey (2005), Teori Realiti menjelaskan bahawa kita tidak memenuhi segala kemahuan secara langsung. Apa yang kita lakukan ialah kita mengingati apa yang kita rasa baik lalu menyimpan perasaan dan ilmu ini dalam satu tempat yang dikenali sebagai Dunia Kualiti (quality world). Dunia Kualiti dibentuk berasaskan keperluan asas. Glasser menegaskan bahawa Dunia Kualiti kita meliputi tiga kategori: orang, benda atau pengalaman, dan idea.

Model Terapi Realiti

  • Upload
    ching

  • View
    56

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sedikit informasi tentang Teori Realiti

Citation preview

Page 1: Model Terapi Realiti

Model Terapi Realiti (William Glasser)

Dalam Teori Realiti, William Glasser menekankan manusia dilahirkan dengan 5 keperluan sekiranya terdapat keperluan yang tidak dapat dipenuhi maka individu akan menghadapi masalah.

1. Kelangsungan hidup (Survival)2. Rasa disayangi dan dipunyai (Love and Belonging)3. Mempunyai kuasa atau kejayaan (Power or Achievement)4. Kebebasan (Freedom)5. Keseronokan (Fun)

Keperluan untuk mendapat kasih sayang

Menurut John dan Rita (2004), Teori Realiti mempercayai bahawa perasaan untuk disayangi dan kepunyaan merupakan keperluan manusia yang utama kerana kita memerlukan orang lain dalam kehidupan kita untuk memenuhi sebahagian besar keperluan kita pada kebanyakan masa.

Menurut John dan Rita (2004), manusia leka dengan kuasa, kebebasan atau keseronokan untuk dua sebab utama. Pertama, mereka tidak mendapat hubungan yang memuaskan. Seperti yang dikatakan sebelum ini, rasa disayangi dan kepunyaan merupakan keperluan utama manusia. Justeru, apabila keperluan ini tidak dapat dipenuhi, maka permintaan pada keperluan lain akan menjadi tidak dapat dikawal.

Dunia kualiti bercanggah dengan realiti

Menurut Gerald Corey (2005), Teori Realiti menjelaskan bahawa kita tidak memenuhi segala kemahuan secara langsung. Apa yang kita lakukan ialah kita mengingati apa yang kita rasa baik lalu menyimpan perasaan dan ilmu ini dalam satu tempat yang dikenali sebagai Dunia Kualiti (quality world). Dunia Kualiti dibentuk berasaskan keperluan asas.

Glasser menegaskan bahawa Dunia Kualiti kita meliputi tiga kategori: orang, benda atau pengalaman, dan idea.