Upload
yushadi052453
View
114
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
adi
Citation preview
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
MODUL (BAHASA MELAYU)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
(RBT 3119)
(PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN)
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2011
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA
Berkuat kuasa pada Jun 2011
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Cetakan Jun 2011 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Guru
Panduan Pelajar
Pengenalan
Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul)
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Persekitaran Kewangan Di Malaysia
1.0 Sipnosis
1.1 Hasil Pembelajaran
1.2 Kerangka Tajuk
.
.
Tajuk 2 Pengenalan Perdagangan Elektronik
2.0 Sipnosis
2.1 Hasil Pembelajaran
2.2 Kerangka Tajuk
.
.
Tajuk 3 Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi
Dan Pengguna
3.1 Sipnosis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
KANDUNGAN MUKA SURAT
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Tajuk 4 Aplikasi Antara Organisasi
4.1 Sipnosis
4.2 Hasil Pembelajaran
4.3 Kerangka Tajuk
Tajuk 5 Pencarian Bebas dan Terarah
5.1 Sipnosis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Tajuk
Tajuk 6 Penilaian dan Pemesanan
6.1 Sipnosis
6.2 Hasil Pembelajaran
6.3 Kerangka Tajuk
Tajuk 7 Pelaksanaan E-Dagang
7.1 Sipnosis
7.2 Hasil Pembelajaran
7.3 Kerangka Tajuk
Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
PANDUAN PELAJAR
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran
anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Pengenalan
Kursus RBT 3119 Perniagaan dan Keusahawanan KBSR melibatkan teori dalam
pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk - Agihan Tajuk). Modul ini mengandungi tujuk
tajuk iaitu Tajuk 1 Persekitaran Kewangan di Malaysia-instrumen-instrumen tabungan
dan pelaburan (Topik 3 dalam proforma), Tajuk 2 Pengenalan kepada Perdagangan
Elektronik (Topik 7 dalam proforma), Tajuk 3 Persekitaran Teknologi, Ekonomi,
Organisasi dan Pengguna (Topik 8 dalam proforma), Tajuk 4- Aplikasi antara organisasi
(Topik 9 dalam proforma), Tajuk 5- Pencarian bebas dan Terarah (Topik 10 dalam
proforma), Tajuk 6- Penilaian dan Pemesanan (Topik 11 dalam proforma), Tajuk 7-
Pelaksanaan dalam E-Dagang (Topik 12 dalam proforma).
Modul ini merupakan nota-nota lengkap bagi tajuk-tajuk yang diyatakan di atas. Pelajar-
pelajar juga boleh membuat rujukan di mana-mana bahan untuk memantapkan lagi ilmu
pengetahuan para pelajar.
Modul ini juga disertakan aktiviti perbincangan dan latihan untuk pengukuhan
pembelajaran. Terdapat beberapa aktiviti perbincangan dan latihan yang disediakan
bagi setiap tajuk. Aktiviti dan latihan tersebut termasuk perbincangan dan latihan.
Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan persoalan-persoalan disusuli dengan
sumber rujukan yang berkaitan.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja pelajar yang telah
disiapkan hendaklah dihantar kepada pensyarah secara e-mel atau bersemuka. Sebagai
memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat
banyak rujukan dan pembacaan. Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk
mendapatkan maklumat lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari melalui modul
ini.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka.
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui
modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Maklumat Agihan Topik-topik Dalam Kursus Proforma Yang Dimodulkan Dan Yang Memerlukan Interaksi Bersemuka Kod & Nama Kursus: RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
AGIHAN TAJUK
Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 / 30 jam interaksi bersemuka.
Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui
modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma )
Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
8 E-Dagang Persekitaran Teknologi, Ekonomi, Organisasi dan Pengguna.
4 4
9 E-Dagang Aplikasi Antara Organisasi 2 2
10 E-Dagang Pencarian Bebas dan Terarah
2 2
11 E-Dagang Penilaian dan Pemesanan 2 2
12 E-Dagang Pelaksanaan E-Dagang 2 2
13 Keusahawanan dan Perniagaan Kecil 2 2
14 Keuasahawanan dan Perniagaan Kecil Persekitaran dan jaringan 2 2
15 Penerapan Unsur Pedagogi 3 3
JUMLAH 30 15 45
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
TAJUK 1 (Kewangan: Instrumen-instrumen Tabungan dan Pelaburan)
SINOPSIS Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan adalah sebahagian sub topik yang terdapat di dalam tajuk Persekitaran Kewangan di Malaysia. Sub topik yang lain akan dikuliah secara bersemuka. Tajuk ini memberi pendedahan kepada para pelajar jenis-jenis instrumen tabungan dan pelaburan yang ada di dalam sistem kewangan di Malaysia.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menerangkan instrumen-instrumen tabungan di Malaysia. 2. Menerangkan instrumen-instrumen pelaburan di malaysia.
Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
1 Pengenalan kepada Perniagaan dan Keusahawanan 4 4
2 Pemasaran Rancangan Pemasaran 4 4
3 Kewangan Persekitaran kewangan di Malaysia 3 1 4
4 Kewangan Perancangan dan Ramalan Kewangan 4 4
5 Kewangan Analisis Penyata Kewangan 4 4
6 Kewangan Matematik Kewangan 4 4
7 E-Dagang Pengenalan Perdagangan Elektronik 2 2
JUMLAH
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
KERANGKA TAJUK-TAJUK
PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA
Persekitaran kewangan di Malaysia boleh dilihat dari 2 perspektif iaitu Sistem Kewangan dan Pasaran Kewangan
A. SISTEM KEWANGAN
1. PENGENALAN
Secara umum sistem kewangan ialah sebagai saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan
1.1 Pemindahan secara langsung tanpa menggunakan khidmat perantara kewangan seperti bank.
i. Unit kurangan perlu mencari sendiri unit lebihan
PERSEKITARAN KEWANGAN DI MALAYSIA
SISTEM KEWANGAN
SISTEM PASARAN DAN JENISNYA
PASARAN KEWANGAN
INSTRUMEN-INSTRUMEN TABUNGAN DAN PELABURAN
KEWANGAN SYARIKAT
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
ii. Perlukan cgaran atau sekuriti
iii. Kos pinjaman lebih murah
iv. Contohnya terbitan saham oleh syarikat
1.2 Pemindahan secara tidak langsung melalui khidmat perantara kewangan
i. Unit lebihan dana akan menyimpan diunit perantara kewangan
ii. Perantara kewangan akan mengagehkan kepada unti kurangan yang memerlukan
iii. Terdapat dua kontrak yang tersendiri iaitu antara untu lebihan dengan unit perantara dan antara unit perantara dengan unit kurangan
iv. Kos pinjaman lebih tinggi dan risiko lebih tinggi kerana tiada cagaran
1.3 Peranan Sistem Kewangan
i. Menggerakan dana dalam ekonomi
ii. Membantu mengembngkan pelaburan menerusi pinjaman dana
iii. Membantu meningkatkan kebajikan ekonomi bagi setiap rakyat
iv. Membantu unit lebihan mencari peminjam lebihan dana
2. SISTEM PERBANKAN Sistem Perbankan dinegara kita dikelaskan kepada dua iaitu institusi perbankan dan perantara kewangan bukan bank (bank dan bukan bank)
2.1 Institusi Perbankan
i. Tanggungan utamanya diterima sebagai wang
ii. Ia dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia
iii. Ianya terdiri dari dari; (Lampiran A)
- Bank Negara Malaysia
- Bank-bank perdagangan
- Syarikat kewangan
- Bank-bank saudagar
- Syarikat diskaun
- Bank luar pesisir
- Pejabat perwakilan bank-bank asing
2.2 Perantara kewangan bukan bank
i. Dikawal selia oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan
ii. Syarikat insuran dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia mulai 1 Mei 1988
iii. Berperanan dalam melengkapkan fungsi yang dimainkan oleh institusi perbankan. Syarikat insuran misalnya berperanan menguruskan pelaburan dan menanggung risiko para pelanggan
iv. Ianya terdiri dari; ( LAMPIRAN B)
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
- syarikat insuran
- syarikat saham amanah
- syarikat pemajakan
- syarikat pemfaktoran
- syaikat modal usaha niaga
- syarikat kredit kewangan
- Agensi Penarafan Malaysia
- Institusi pembiayaan pembangunan
- Kumpulan wang amanah dan pencen
- Lembaga Urusan Dan Tabung Haji
- Institusi kredit perumahan
- institusi tabungan
B. PASARAN KEWANGAN Ada tiga bentuk pasaran kewangan iaitu pasaran wang dan pertukaran asing, pasaran modal serta pasaran derivatif 1. PASARAN WANG DAN PERTUKARAN ASING
i. Merupakan tempat dimana urusniaga dana jangka pendek berlaku ii. Ia tidak mempunyai premis yang tetap sebagaimana di pasaran ekuiti iii. Peserta berhubung melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan iv. Bagi pasaran wang Instrumen kewangan yang diniagakan terditi dari
instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan matawang tempatan
v. Bagi pasaran pertukaran asing ianya melibatkan urusniaga instrumen kewangan dan deposit jangka pendek dalam sebutan mata wang asing
vi. Pasaran wang menggunakan kadar faedah manakala pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing
vii. Urusniaga dalam pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak-pihak yang mempunyai dana jangka pendek dengan pihak yang mempunyai kurangan dana jangka pendek
viii. Urusniaga ini dilakukan bagi memperolehi hasil faaedah yang lebih tinggi berbanding dengan deposit simpanan di institusi kewangan
ix. Kedua-dua urusniaga ini terlibat dengan urusniaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unit lain
x. Instrumen hutang yang diurusniaga seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran, penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon cagamas dan bil Bank Negara Malaysia
xi. Pasaran pertukaran asing terlinat dalam urusniaga pertukaran matawang asing dengan dikawal oleh Akta Pertukaran Wang 1953
xii. Pertukaran mata wang berlaku antara bank dan broker wang berlesen xiii. Pelanggan utama ialah syarikat-syarikat yang terlibat dengan perdagangan
antarabangsa yang menerlukan mata wang asing untuk membuat
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
pembayaran dan juga penerimaan keluar negara menerusi bank perdagangan
xiv. Antara bank yang diberi lesen untuk bergiat dalam pasaran mata awang asing ialah Bank Islam Malaysia Bhd dan Maybank
2. PASARAN MODAL i. Pasaran modal mempunyai satu struktur organisasi dan premis yang formal ii. Pasaran modal bagi Malaysia ialah Bursa Saham Kuala Lumpur iii. Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan
aset-aset kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat
iv. Pasaran modal diwujudkan bertujuan menggembeling dana jangka panjang daripada semua lapisan massyarakat supaya membiayai rancangan pembangunan awam serta pelaburan swasta
v. Pasaran ini bertindak menemukan pembeli dan pen jual pada satu-satu masa dengan diuruskan oleh broker
vi. Urusniaga pasaran prima melibatkan urusniaga ke atas sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan. Ia terdiri daripada terbitan awam permulaan dan terbitan bermusim
vii. Urusniaga pasaran skunder melibatkan urusniaga jual beli sekuriti yang sudah disenaraikan di pasaran saham
viii. Kebaikan pasaran modal ialah membolehkan para pemegang sekuriti mencairkan aset mereka dan mengurangkan kos transaksi
ix. Prestasi pasaran modal diukur menggunakan indeks. Di BSKL terdapat Indeks Komposit, Indeks Emas, Indeks Papan Kedua dan Indeks Sektorial
x. Sistem Depositori Pusat (CDS) diperkenalkan pada tahun 1992 bagi membolehkan urusniaga tanpa skrip dijalankan
3. PASARAN DERIVATIF
i. Merupakan sebuah pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan ii. Niaga hadapan kewangan dimulakan pada tahun 1995 menerusi penubuhan
Bursa Opsyen dan Kewan gan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yang memperdagangkan kontrak Niaga Hadapan Indeks Komposit BSKL
iii. Kontrak Niaga Hadapan Kadar Tawaran 3 Bulan Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagangkan di Bursa Komoditi dan Kewangan Malaysia (COMMEX)
iv. Pasaran derivatif di kawal selia oleh Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993. v. Pada tahun 2002 semua bursa-bursa disatukan menjadi Bursa Derivatif
Malaysia (MIDEX)
C. INSTRUMEN-INSTRUMEN TABUNGAN DAN PELABURAN
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan merupakan alat pemindahan dana. Ianya dikeluarkan oleh institusi perbankan dan pengantara kewangan bukan bank. Diantara instrumen-instrumen tersebut ialah; i. Akaun Semasa
Sejenis akaun deposit yang menawarkan kemudahan cek kepada pelanggan ii. Akaun Simpanan iii. Sejenis akaun yang menawarkan kadar faedah kepada penyimpan iv. Akaun deposit tetap
Akaun pelaburan dimana sejumlah deposit diletakan ke dalam bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan untuk tempoh masa tertentu dengan diberi kadar faedah tetap. Akaun deposit islamik menggunakan konsep al Mudharabah
v. Sijil deposit boleh niaga Ialah dokumen yang dikeluarkan oleh institusi perbankan yang menyatakan jumlah wang yang disimpan dengan institusi berkenaan. Satu kadar faedah tetap akan dibayar pada pemegang sijil pada tarikh matang yang ditetapkan. Sijil ini boleh diniaga dipasaran wang sebelum ianya matang. Ia ditawarkan oleh bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat kewangan
vi. Perjanjian beli balik (Repo) Merupakan satu perjanjian antara pihak bank yang menjual kertas bernilai kepada pelabur dengan persetujuan untuk membeli balik kertas tersebut pada masa hadapan. Ianya bertujuan untuk mendapatkan dana jangka pendek dalam pasaran wang. Antara jenis kertas bern ilai tersebut ialah sijil deposit niaga, bil perbendaharaan, sekuriti kerajaan Malaysia
vii. Saham biasa Merupakan satu sekuriti yang didagangkan dipasaran modal. Pemegang saham merupakan pemilik syarikat dan berhak mengundi dan diundi sebagai lembaga pengarah. Saham terdedah kepada risiko. Sekiranya syarikat mengalami kebangkarapan pemegang saham biasa adalah pihak terakhir menddapat agehan aset syarikat
viii. Bon Merupakan sekuriti hutang yang dijual oleh pihak kerajaan atau badan korporat dalam membiayai projek pembangunan. Pemegang bon mendapat faedah setiap tahun yang disebut kadar kupon. Jika syarikat mengalami kebangkrapan pemegang bon berhak menuntut aset terlebih dahulu sebelum pemegang saham biasa.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
LAMPIRAN A Bank Negara Malaysia Peranan
v. Ditubuhkan padda 24 Januari 1959
vi. Berperanan untuk mengurus dan mengawal selia sistem kewangan negara
vii. Berperanan untuk mengekalkan kesetabilan kewangan negara dengan meningkatkan pertumbuhan ekonomi
viii. Mengeluarkan mata wang negara dan menyimpan rezab matawang tersebut
ix. Bertindak sebagai jurubank dan penasihat kewangan kerajaan
x. Menggalakan kesetabilan kewangan dan struktur kewangan negara yang baik Kuasa i. Akta Bank Pusat Malaysia 1958 (Pindaan 1994) ii. Akta Bank Islam 1983
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
iii. Akta Bank dan Institusiusi -Instit Kewangan 1989 (BAFIA) iv. Peraturan-Peraturan Perlu (Perlindungan Kepada Pendeposit) 1970, v. Akta Insuran 1996 (menggantikan Akta Insuran 1963) vi. Akta Takaful 1984 vii. Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 viii. Gabnor Bank Negara diberi kuasa sebagai Ketua Pengarah Insuran dan Ketua
Pengarah Takaful
Bank-bank perdagangan I. Merupakan institusi kewangan pengambil deposit terbesar di Malaysia II. Pada masa kini terlibat dengan urusan perbankan letronik III. Penggabungan bank-bank tempatan diistiharkan pada tahun 1999 dengan tujuan
melahirkan kumpulan perbankan yang kuat IV. Contoh-contoh bank perdagangan ialah Maybank, Publik Bank , AM Bank dan Bank
Islam Syarikat kewangan i. Merupakan kumpulan pengambil deposit kedua terbesar di negara ini ii. Aktiviti utamanya ialah pembiayaan sewa beli, pembiayaan perumahan dan kredit
jangka pendek. iii. Terdapat juga syarikat-syarikat kewangan yang yang dimiliki oleh bank-bank
perdagangan iv. Pada asasnya syarikat kewangan tidak boleh menyediakan khidmat akaun semasa v. Deposit yang diterima tertumpu kepada deposit simpanan dan deposit tetap vi. Antara contoh syarikat kewangan ialah Mayban Finance, Public Finance, AM
Finance, EON Finance, dan Hong Leong Finance Bank-bank saudagar i. Mula beroperasi di Malaysia pada tahun 1970 an ii. Deposit yang diterima adalah daripada syarikat kewangan, pengantara kewangan
yang lain serta syarikat-syarikat korporat yang besar iii. Terlibat secara aktif dalam proses penerbitan sekuriti korporat di pasaran wang dan
modal serta aktiviti modal teroka
(Modal teroka atau modal usaha niaga (venture capital) adalah jenis modal ekiuti persendirian yang disediakan untuk syarikat yang belum matang tetapi mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dengan tujuan untuk mendapat keuntungan melalui tawaran awam awal (IPO) atau penjualan syarikat. Pelaburan modal teroka biasanya dibuat dalam bentuk tunai sebagai pertukaran kepada saham syarikat yang dilabur.
iv. Antara bank saudagar yang terdapat di negara kita ialah Aseambankers dan Arab Malaysian Merchant Bank Berhad)
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Syarikat diskaun i. Bergiat dalam urusan pasaran wang jangka pendek dengan menggerakan dana
antara pengantara kewangan lain dan syarikat-syarikat korporat yang besar ii. Instrumen yang digunakan terdiri daripada wang semalaman, wang panggilan dan
deposit jangka pendek (bil perbendaharaan, penerimaan jurubank, sekurtiti Kerajaan Malaysia dan sijil deposit boleh niaga)
LAMPIRAN B
Syarikat insuran i. Berperanan menguruskan pelaburan dan menanggung risiko para pelanggan ii. Ia terdiri dari syarikat insuran nyawa, syarikat insuran am dan syarikat insuran
komposit iii. Polisi perlindungan yang ditawarkan seperti polisi perlindungan kemalangan,
kematian, kenderaan bermotor, marin, kebakaran dan lain-lain iv. Produk-produk baru yang ditawarkan seperti pelan pendidikan anak-anak, pelan
pelancongan yang berteraskan pelaburan dan simpanan Syarikat saham amanah i. Merupakan syarikat pengurus dana profesional ii. Ia mengumpul dana dari pelabur kecil untuk melabur dalam pelaburan yang berisiko
rendah iii. Bentuk dana yang ditawarkan ialah dana amanah hartanah, dana amanah bon,
dana amanah islamik dan dana aamanah ekuiti
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
iv. Contoh syarikat saham amanah ialah Amanah Saham Nasional, Public Mutual Fund
Institusi pembiayaan pembangunan i. Merupakan organisasi yang memberikan kemudahan pembiayaanpembangunan ii. Contohnya Agra Bank bergiat aktif dalam membiayai aktiviti pembiayaan
berteraskan pertanian iii. Bank Pembangunan dan Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia
Bhd bergiat dalam aktiviti pembiayaan sektor perindustrian dan IKS
Kumpulan wang amanah dan pencen i. Bertujuan untuk menggalakan pekerja menyimpan bagi kegunaan dihari tua ii. Contoh institusi ini ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Lembaga Tabung
Angkatan Tentera dan Kumpulan Wang Simpanan Guru-Guru Institusi tabungan i. Institusi ini menggalakan simpanan dan tabungan masyarakat berpendapatan rendah dan
sederhana terutama diluar bandar ii. Contoh institusi tabungan ialah Bank Simpanan Nasional, Lembaga Tabung Haji dan lain-
lain lagi. iii. Bank Rakyat pula ialah institusi tabungan berbentuk koperasi.
TAJUK 2 (E-Dagang: Pengenalan Perdagangan Elektronik)
SINOPSIS Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik ( E- dagang ) , undang-undang perniagaan,keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami bagaimana perspektif yang berbeza mendefinisikan perdagangan
elektronik.
2. Boleh menerangkan peranan yang dimainkan oleh pemasaran dan teknologi.
3. Boleh menamakan secara terus prinsip teknologi dalam perdagangan elektronik.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
4. Faham bagaimana teknologi dan automasi baru merubah dunia korporat.
5. Faham bahawa internet bukan suatu medium elektronik tetapi medium peer-to-
peer.
6. Faham mengapa maklumat, terutamanya paten pembelian, sangat bernilai.
7. Boleh menerangkan lima cara untuk mencipta nilai maklumat.
8. Boleh menerangkan beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh teknologi.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
PENGENALAN
PENGENALAN PERDAGANGAN ELEKTRONIK
INTEGRASI PERNIAGAAN
PERUNCITAN
TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
JENIS-JENIS PERNIAGAAN INTERNET
PRODUK
PERKHIDMATAN
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Mendefinisikan perdagangan elektronik adalah lebih sukar berbanding menerangkan
tentang perdagangan. Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada
teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang luas.
Buku ini mengandungi model komprehensif dan kepelbagaian peranan teknologi yang
berunsurkan perdagangan. Model komprehensif ini menyediakan strukutur untuk analisis
sistematik perlaksanaan perdagangan elektronik. Model ini boleh menyediakan penerangan
yang berkesan dan lengkap mengenai perlaksanaan perdagangan elektronik. Untuk lebih jelas
lagi, contoh dan aplikasi model tersebut adalah seperti berikut :
1. Portal internet mengambil peranan ke atas database query, click-trough, dan
information breaker, dan juga perlu menyediakan sebuah audit trail untuk
mengiklan penghantaran.
2. Sebuah lelongan online wujud atas perkhidmatan discovery kepada potensi
pelanggan ke atas sesuatu produk yang dipamerkan, dan kombinasi antara
social interaction dan commodity order entry untuk menutup jualan. Tambahan
alatan dalaman free search atau directed search juga mungkin ditawarkan untuk
membantu pembida.
3. Perkongsian pasaran memerlukan standards, yang menyamai keahlian cartel,
memandangkan perkhidmatan kewangan adalah dikawal. On-line brokerage
memerlukan perkhidmatan pengurusan akaun, dan mungkin juga berfungsi
sebagai information broker dalam usaha untuk membantu membuat pilihan
dalam pelaburan.
4. value-added network (VAN) menyediakan sekurang-kurangnya pengurusan
akaun dan kualiti perkhidmatan: sebagai tambahan, ia mungkin menyediakan
pengurusan dokumen dan pengawalan versi yang melaksanakan visibility
terkawal.
Perkembangan servis adalah input kepada aktiviti yang menggambarkan kerumitan
menkategorikan produk dan penglibatan perniagaan dengan perdangangan elektronik. Ia juga
menyokong kenyataan bahawa perniagaan berkaitan infrastruktur telah berkembang pesat ke
dalam aktiviti-aktiviti lain. Keperluan untuk mengenalpasti kaedah untuk nilai tambah, dan untuk
mengasingkan ia dari mekanik perlaksanaan adalah jelas.
organik struktur fungsi komersial
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Market
Discovery
Free search Database query
Click-trough
Directed search Imformation breaker
Agent
Realisation
Evaluation Social interaction
Display
Order entry Commodity
Custom
Peranan yang dapat dikenalpasti di dalam model ini sudah dikenalpasti dalam dunia
perdagangan yang meluas, yang berfungsi untuk memperjelaskan had praktikal aplikasi
teknologi kepada perdangangan. Asas ini akan membantu perkembangan pelan perniangaan
dan metrik untuk penilaian.
DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK
Berdasarkan kepada sumber yang berlainan, perdagangan elektronik mempunyai definisi
yang berlainan.
Dari perspektif ahli ekonomi, perdagangan elektronik adalah alat yang
menyampaikan keinginan pembeli dan perniaga untuk mengurangkan kos
sambil menambah kualiti barangan dan meningkatkan kepantasan servis
penghantaran.
Dari perspektif pegurusan, perdagangan elektronik adalah aplikasi teknologi ke
arah penggunaan jentera dan aliran kerja sesuatu perniagaan.
Dari perspektif pemasaran, perdagangan elektronik adalah pengangkutan yang
baru bagi menyediakan maklumat kepada sesuatu target pasaran melalui
pengiklanan, promosi dan publisiti.
Dari perspektif teknologi, perdagangan elektronik bermakna penghantaran
maklumat, produk, perkhidmatan dan bayaran melalui rangkaian komputer.
Setiap satu perspektif adalah berguna bagi memahami dan melaksanakan pelan
perniagaan perdagangan elektronik. Di dalam pelan perniagaan tersebut, perspektif-perspektif
tersebut digabungkan untuk membentuk satu kenyataan tentang bagaimana perdagangan
elektronik akan digunakan bagi mendapatkan keuntungan kepada syarikat.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Dengan menggabungkan perspektif ekonomi dengan pengurusan, kita boleh mentafsirkan
tugas yang perlu dibuat untuk memastikan perdagangan elektronik berhasil. Melihat
perdagangan sebagai sistem di mana transaksi adalah interaksi antara pembeli dan perniaga
yang menyediakan rangka kerja untuk mengenalpasti peranan yang dimainkan oleh watak-
watak dalam sistem tersebut.
Setiap transaksi memerlukan kebenaran dan pembayaran apabila barangan atau
perkhidmatan diterima. Penggunaan teknologi untuk meningkatkan tahap efisyen dalam sistem
dan mengubah perdagangan kepada perdagangan elektronik.
Penggabungan perspektif ekonomi dengan pemasaran, memasukkan transaksi sebagai
sebahagian dari komunikasi. Masyarakat, di pihak mereka atau syarikat mereka, membuat
keputusan tentang produk dan perkhidmatan yang menyediakan nilai yang terbaik bagi wang
mereka. Komunikasi pasaran adalah berfungsi untuk memaklumkan, mengingatkan dan
memujuk pelanggan mengenai nilai wang sebelum dan selepas pembelian. Teknologi
menyediakan produk baru untuk dimaklumkan kepada pelanggan dan cara terbaru untuk
memaklumkannya kepada pengguna.
Gabungan antara pengurusan dengan pemasaran akan menghasilkan projek. Peranan
pengurus adalah untuk merancang, melaksana, menilai dan mengawal; manakala peranan
pemasar adalah menaksir, menilai dan menambahbaik. Melalui kerjasama, mereka boleh
manafsirkan kos dan faedah projek yang dijalankan, menangani projek dengan baik dan
memulihkan hubungan kewangan kedua-dua pihak dalam transaksi. Dalam perniagaan
moden,peranan teknologi maklumat dalam pengurusan projek adalah kritikal, berlanjutan dari
pemprosesan perkataan yang digunakan untuk mencetak kertas kerja projek, database
digunakan untuk mengumpul data pencapaian, sebagai alat untuk menganalisis data dan
mentafsir kedudukan semasa projek.
Penggabungan perspektif teknologi dengan mana-mana perspektif lain bermakna
meletakkan rangkaian komputer untuk digunakan. Rangkaian ini mestilah mencapai melepasi
sempadan organisasi tunggal, dan termasuk alat untuk mengumpul data, analisis dan
penyebaran maklumat. Dalam prinsip teknologi, penggunaan perdagangan elektronik secara
terus adalah; pelanggan atau perkhidmatan komputer, telekomunikasi yang canggih, multimedia
dan hypermedia, sistem pemerolehan semula maklumat, pengurusan pesanan, pengurusan
aliran kerja dan tulisan rahsia. Setiap satu memainkan peranan dalam menjadikan perdagangan
lebih mudah dan efisyen dengan mengurangkan kos dan menyediakan maklumat yang lebih
baik.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Cabarannya adalah untuk mengakses produktiviti baru yang dibina dengan kepakaran
teknikal dan automasi. Aset digital tidak digunakan dalam satu bentuk sahaja, di mana
maklumat boleh digunakan semula dalam pelbagai bentuk pada kadar kos yang rendah. Skala
ekonomi baru membenarkan syarikat kecil untuk meliputi kawasan geografi yang luas dan
menandingi syarikat yang besar secara berkesan. Skop ekonomi baru membolehkan kedai
yang tunggal menawarkan pilihan produk yang akan meliputi 95 peratus daripada produk.
Perdagangan elektronik hampir merangkumi sebarang jenis transaksi komersial.
Perdagangan elektronik tradisional melibatkan perniagaan perniagaan-kepada-perniagaan atau
perniagaan-kepada-transaksi kerajaan, dijalankan ke atas sistem hakmilik tertutup berbanding
ke atas akses terbuka internet. Perubahan maklumat distruksturkan, berorientasikan kesan
audit dan rutin. Unsur-unsur tersebut berkait dengan kebolehan pemprosesan data dan
rangkaian sistem yang dibangunkan.
Internet dan perkhidmatan yang dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah
menjadi sempadan komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer. Internet adalah
seni bina baru, sebuah struktur kemudahan maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi
dan media. Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan juga peniaga dalam
skala global. Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu kemajuan.
Terdapat kesepakatan universal kepada transaksi komersial bagi semua jenis gabungan
perniagaan, individu dan kerajaan yang akan membentuk tahap perkembangan yang
seterusnya dalam perdagangan elektronik. Akan tetapi, dalam hal ini, perdagangan tidak akan
terhad kepada penjualan barangan dan perkhidmatan sahaja. Syarikat perkongsian akan
Perdagangan elektronik adalah mengenai perniagaan secara elektronik. Ianya berasaskan kepada pemprosesan elektronik dan penghantaran data, termasuk teks, bunyi dan video. Ia encompasses banyak perbezaan aktiviti termasuk perdagangan barangan dan dan perkhimatan elektronik, penghantaran online kandungan digital, permindahan biaya elektonik, perdagangan perkongsian elektronik, pengurusan bil-bil elektronik, lelongan komersial, pemasaran terus kepada pengguna, dal perlhidmatan selepas jualan. Ia melibatkan produk (barangan pengguna, kelengkapan perubatan khas) dan perkhidmatan (maklumat, perkhidmatan, kewangan dan perkhidmatan perundangan); aktiviti tradsional (penjagaan kesihatan, pendidikan) dan aktiviti baru (virtual malls).
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
menggunakan Web secara dalaman untuk mencipta sebuah smart enterprise. Kerajaan
menggunakannya untuk mengurangkan kos dan menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti
tinggi. Masyarakat telah mengakses secara meluas sumber maklumat yang berkembang pesat
dan juga kepelbagaian perkhidmatan.
Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah perluasan kepada keperluan asas
manusia untuk berkomunikasi dan menyatakan idea. Kabarangkalian yang terdapat dalam hal
ini adalah sangat meluas ;
Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa berjumpa dan
merawat pesakit dalam masa yang singkat atau terhad. Perkongsian
penggunaan laman web oleh ahli fizik dan pesakit mereka akan membantu
meningkatkan keperluan pesakit untuk terlibat lebih proaktif dalam penjagaan
kesihatan mereka.
Pengeluar yang besar mewujudkan spesifikasi mereka secara online,
mengurangkan penangguhan pengedaran, dan meningkatkan skop pengedaran.
Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi, rekaan, firma tersebut dapat
menjalankan operasi ke atas peluang yang benar-benar mengikut kemampuan
mereka, mengurangkan risiko dan kos bertaruh atas peluang yang bernilai
tambah.
Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi perniagaan yang
boleh didapati secara terus atau runcit. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung
kepada kedai-kedai yang terpaksa dicari mahupun bergantung kepada katalog
yang diterima melalui pos. secara online, pelanggan boleh membeli barangan
dari kedai-kedai yang terdapat di negeri atau Negara lain dan juga boleh
mendapatkan produk yang tidak wujud dalam format tradisional.
Secara analogi, terdapat sepuluh ribu buah buku yang diterbitkan setiap tahun, dan hampir
menyamai bilangan majalah yang diterbitkan. Setiap satu dari penerbitan ini disasarkan
mengikut spesifikasi pengguna, dan pengguna bagi kebanyakannya adalah sedikit. Penerimaan
oleh perdagangan elektronik adalah bergantung kepada kecenderungan pelanggan dan
pemborong untuk menyesuaikan cara perniagaan mereka dengan persekitaran tersebut.
INTEGRASI ENTERPRISE
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Proses perniagaan dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam kumpulan yang
berselerak. Menyedari potensi persekitaran yang memerlukan sumbangan projek infrasturktur
yang membantu masyarakat untuk berkomunikasi, bekerjasama dan menguruskan perkongsian
tugasan dengan cara yang bersepadu. Tanpa perancangan yang teliti, dimensi pengurusan
proses boleh menggunakan lebih banyak sumber berbanding projek itu sendiri. Dari segi
rangkaian, persekitaran ini mempunyai model rangkaian yang kurang baik dan memberikan
tekanan yang sangat besar ke atas keperluan perhubungan dan pengurusan rangkaian.
Sistem yang menyelaraskan syarikat pengeluar
Fungsi Kunci aktiviti
Pembuatan Computer-aided design (CAD) melibatkan penggunaan
komputer untuk membantu merekabentuk produk yang
akan dikeluarkan.
Computer-aided manufacturing (CAM) melibatkan
penggunaan komputer bagi mengawal mesin dan proses
pembuatan.
Computer-integrated manufacturing (CIM)
menggabungkan sisitem CAD dan CAM.
Materials resource planning (MRP) menentukan bahagian
dan bahan yang diperlukan semasa proses pembuatan
dan bila ia diperlukan.
Penjadualan jadual penerbitan kemudahan pengeluaran
dengan cara untuk menghasilkan produk dengan efisyen.
Manufacturing resource planning (MRP ll)
menggabungkan MRP dengan penjadualan penerbitan.
Logistik Pembelian menentukan pembekal yang lebih baik dan
mewujudkan tempahan pembelian.
Pengurusan tempahan mengawasi tempahan pembelian
dan penghantaran yang akan dijalankan.
Pengawalan pengedaran dan penghantaran barangan
yang sudah siap kepada pelanggan.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Inventori bahan mentah selapeas ianya dihantar, work in
process (WIP), dan produk siap yang dihasilkan mereka.
Kewangan Lejar umum yang mengndungi pembayaran, penerimaan,
perbelanjaan dan maklumat-maklumat perakaunan yang
lain.
Bil invois yang dihantar dan pembayaran yang telah
langsai.
Pengawasan belanjawan perbezaan jangka pendek antara
ramalan dan pencapaian.
Ramalan kewangan adalah untuk ramalan jualan jangka
masa yang lebih panjang, perbelanjaan dan pembayaran
gaji pekerja.
Pemasaran Pengiklanan menyediakan iklan, surat menyurat dan juga
publisiti lain.
Analisis jualan menentukan item yang dijual dengan baik
ataupun kurang dijual,jualan terbaik dan paling teruk, dan
maklumat penting yang lain mengenai jualan.
Jualan meramal projek jualan pada masa akan datang.
Penggunaan jentera jualan menyediakan pelanggan,
perkhidmatan dan menyokong maklumat.
Maklumat kajian analisis pasaran mengenai pengguna dan
pruduk dikumpulkan untuk mengenalpasti trend dan
pendapat mengenai produk dan perkhidmatan semasa.
Sumber manusia Analisis penilaian pencapaian pekerja terhadap tugas.
Sistem inventory kemahiran mengekalkan kemahiran
pekerja dan menyesuaikan pekerja dengan pekerjaan
yang betul.
Kelebihan pengurusan membolehkan pekerja mendapat
program faedah tambahanseperti insurans dan penjagaan
anak-anak.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Rekrut mempertimbangkan permohonan calon pekerja.
Perisian digunakan oleh individu atau kumpulan untuk mencipta,menganalisis atau
mengubah data yang berhubung dengan langkah kerja yang spesifik dan disiplin. Perisian yang
menguruskan maklumat (contoh: memastikan kesepaduan, ketepatan, lengkap, meluas dan
relevan) adalah pada masa dahulunya spesifik kepada suatu jabatan.
Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu kelas baru perisian integrasi enterprise
telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini digubah dalam tiga bahagian :
Pengkalan data teknologi : perkongsian gedung yang mengandungi perincian
dan spesifikasi semua bahan, produk dan peralatan.
Sistem perancangan : aturan pengeluaran untuk suatu tempoh masa termasuk
penjadualan personel dan keperluan bahan mentah.
Pengukuran pencapaian : membandingkan pencapaian sebenar dengan
perancangan.
Sistem tersebut melepasi sempadan organisasi tunggal untuk mengitegrasi kontraktor,
pembekal dan juga pelanggan. Ia memastikan standard dan mengurangkan kepelbagaian
(ketidakseragaman),dan menjurus ke arah kebolehramalan dan kebolehpercayaan yang
diperlukan untuk ramalan yang tepat. Kehadiran maklumat dan komunikasi yang kerap
mewujudkan kolaborasi yang berkesan. Rangkaian bertumbuh sebagai rakan kongsi
perniagaan sebagaimana pepatah dont work harder, work smarter!.
PERUNCITAN
Bolehkah imej nyata menggantikan kepuasan memilih produk, merasa material dan
tekstur atau keteguhannya, mencubanya (jika pakaian) atau duduk di atasnya (jika ianya sofa)
sebelum membuat keputusan untuk membelinya? Peruncit menghadapi pelbagai cabaran
dalam usaha untuk menjalankannya melalui internet. Transaksi sebegini dilindungi oleh rangka
kerja undang-undang, cukai dan perkara yang melibatkan kepercayaan. Salah satu cabaran
ialah untuk malaksanakan prinsip asas yang wujud dalam dunia fizikal kepada rangka kerja
tidak berstruktur kepada dunia sebenar untuk mewujudkan proses yang selari.
Sebagai tambahan kepada isu seperti meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej
digital dan meringkaskan proses pemulangan kerosakan atau barangan yang tidak dikehendaki,
arkitek kepada persekitaran peruncitan sebenar perlu mempertimbangkan keselamatan data
dan hak peribadi pengguna.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Masalah keselamatan, terutamanya melibatkan internet wujud dalam pelbagai bentuk.
Virus dalam fail, email ugutan, kecuaian sistem pentadbiran, dan pelbagai kelemahan yang
perlu dihadapi. Menggunakan perisian anti-virus, menghalang email dari sumber yang tidak
diketahui dibuka, dan menggunakan pertimbangan yang baik mengenai pembayaran dengan
kad kredit di web merupakan penyelesaian.
Penyelesaian lain adalah lebih sistematik ; sebagai contoh, sistem penghantaran digital.
Pelanggan bermula dengan memuat turun ejen penghantar syarikat. Ejen tersebut
menyegerakan penggunaan kad kredit dan maklumat peribadi, mengesahkan caj, memuat
turun fail dan memasukkan perisian yang dibeli. Keseluruhan transaksi adalah dibuat dengan
selamat kerana ejen penghantaran melaksanakan komunikasi selamat mereka sendiri dengan
pelayar internet. Oleh itu, penghantaran elektronik perisian yang dibeli adalah dijamin, tanpa
pengguna perlu melakukan proses muat turun dan memasukkan perisian.
Secara nyatanya, lebih ramai orang yang mungkin ingin mengetahui keutamaan
pembelian seseorang daripada kandungan email mereka. Secara umumnya, ianya dapat
mengenalpasti individu-indivudu yang memerlukan keyakinan yang tinggi dalam kesepaduan
dan keselamatan sistem yang digunakan sebelum mereka memberikan data peribadi yang
tepat kepada laman web tersebut. Kerahsiaan sesuatu maklumat peribadi, sama ada melalui
internet mahupun kedai di sesuatu pusat dikawal melalui encryption.
MASYARAKAT DAN TEKNOLOGI
Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat maklumat
yang berlebihan. Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam
jarak yang jauh pada masa sekarang. Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat
terkenal terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu.
Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah bergantung kepada
undang-undang dan standard moral. Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan
interaksi personal. Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung
kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.
Terdapat lima cara untuk menambah nilai maklumat : mengumpul maklumat,
mengorganisasi, memilih, mengsintesis dan mengedarkannya. Memandangkan teknologi
merupakan kos transaksi yang terendah, syarikat boleh mendapatkan maklumat yang tidak
dapat diperolehi pada masa yang lepas. Maklumat peribadi boleh didapati secara autuomatik di
laman web, memandangkan peniaga akan membuat profil pelanggan yang dirasakan boelh
membantu mereka mencapai target dengan lebih berkesan. Pelawat akan ditawarkan dengan
tawaran dan insentif seperti perkhidmatan percuma, tawaran diri untuk maklumat peribadi
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
apabila mereka mendaftar sebagai ahli. Pelayar laman web secara automatiknya akan
mengikuti paten lawatan dan didedahkan dengan iklan, di suatu peringkat perincian yang tidak
digambarkan dalam media tradisional.
Data peribadi yang dikumpul kebiasaannya dijual. Memandangkan pengasasannya,
internet mempunyai pertukaran maklumat tradisi di mana maklumat tersebut ( contohnya:
direka, penyelesaian, dokumentasi) telah menjadi komoditi yang didagangkan dan suatu
medium pertukaran. Dari aspek kebimbangan kepada pengguna ialah setelah maklumat
peribadi dimasukkan dalam aliran perdagangan ini, tidak ada jalan untuk mengawal
ketepatannya, kesepaduan atau perlaksanaannya.
Adalah sangat penting bahawa ekonomi digital berasaskan pengetahuan dan
pandangan terhadap kekayaan harus diubah. Kesan laman web dirasai secara nyata pada
setiap sektor dalam masyarakat kita. Sesetengah pihak menafikan selain kebaikan teknologi
dan automasi, peningkatan produktiviti, ianya akan mejurus kepada penurunan peluang
pekerjaan yang tidak dapat dielakkan. Tidak dapat disangkal kebenaran bahawa teknologi dan
automasi mencipta peluang baru bagi menggantikan sistem yang lama. Adalah diharapkan
bahawa apabila kerajaan sedar akan di mana dan bagaimana mencipta keuntungan,mereka
akan lebih memandang jauh mengenai cukai dan pengedaran semula keuntungan yang dicipta
oleh rangkaian digital global.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Aplikasi perdagangan elektronik
Pemasaran dan pengiklanan online
Membeli belah dari rumah
Perkhidmatan kewangan
Perusahaan
Pengurusan rantaian pembekal
Pengurusan projek
Polisi umum,
undang-undang
dan hak
persendirian
Perkhidmatan perniagaan biasa
Direktori
Authentication
Encryption
Sistem pembayaran
Standard teknikal
untuk dokumen,
keselamatan, dan
protokol
rangkaian.
Kandungan
multimedia dan
penerbitan
World Wide Web
Persidangan
Java
Permesejan dan
pengedaran
maklumat
EDI
Ejen
CORBA
Penyedia pekhidmatan
ISPs
Telekom
TV kabel
Wireless
Infrastruktur rangkaian
TAJUK 3 (E-Dagang: Persekitaran Teknologi, ekonomi, organisasi dan Pengguna)
SINOPSIS Kursus ini mendedahkan kepada pelajar tentang perniagaan dan keusahawanan iaitu pemasaran, kewangan, perniagaan elektronik ( E- dagang ) , undang-undang perniagaan,keusahawanan dan perniagaan kecil serta kemahiran pedagogi.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Memahami ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis
WAN yang lain.
2. Boleh menerangkan faedah dan kelemahan jenis-jenis rangkaian
yang berbeza-beza.
3. Memahami istilah kualiti perkhidmatan (quality of services), misi
kritikal, masa henti (downtime), penilaian risiko dan analisis kesan
perniagaan.
4. Memahami hubungan antara kualiti perkhidmatan dan jenis
rangkaian yang dipilih.
5. Memahami proses rancangan luar jangkaan dan matlamatnya.
6. Memahami hubung kait antara transaksi dan juga aliran kerja.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Persekitaran Teknologi
PERSEKITARAN TEKNOLOGI, EKONOMI, ORGANISASI DAN PENGGUNA
TEKNOLOGI
EKONOMI DAN ORGANISASI
PENGGUNA
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
Pada masa lalu, kemajuan dalam telekomunikasi dan pengkomputeran diikuti dengan
jelas pemisahan laluan evolusi. Hari ini, laluan ini bertumpu kepada rangkaian komputer.
Tidak lama lagi, hampir semua pelaburan teknologi maklumat akan menjadi sebahagian
daripada sistem-sistem komunikasi yang bersambungan, menghubungkan perniagaan,
individu dan jabatan-jabatan kerajaan.
Hari ini, kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara
elektronik. Kuantiti maklumat yang banyak, dengan perbezaan ekonomi dan implikasi
sulit, boleh dilihat melalui rangkaian-rangkaian komputer. Terdapat juga satu variasi
yang luas dalam kepanjangan masa kemungkinan maklumat hendak dilindungi.
Pertimbangkan pandangan ini:
Dana elektronik memindahkan berjuta-juta atau malahan berbilion dolar,
di mana sekuriti jangka pendek adalah penting tetapi pendedahan adalah
singkat.
Pelan strategik korporat sebuah syarikat, yang mana mesti dikekalkan
secara rahsia untuk beberapa tahun tertentu.
Kunci kepada tandatangan digital yang menjadi pengikatan obligasi dari
segi undang-undang, yang mesti dilindungi daripada penyalahgunaan
kedua-dua dalaman dan luaran selagi mereka masih sahih.
Satu resipi atau formula produk yang proprietari, yang perlu untuk
dilindungi sepanjang penggunaannya.
Maklumat sulit untuk seorang individu (keadaan perubatan, penilaian
pekerjaan) yang mungkin perlu perlindungan bagi sepanjang hayat
individu tersebut.
Kesan kumulatif perdagangan elektronik adalah suatu keperluan untuk
pengurusan maklumat yang teliti, dan pilihan yang mesti dibuat tentang rangkaian
teknologi. Pilihan-pilihan ini melibatkan pertukaran antara kelajuan, kebolehpercayaan
dan kos. Satu pemahaman tentang perkara yang asas adalah perlu untuk pemahaman
beberapa peranan-peranan perdagangan elektronik.
Dalam telekomunikasi, CCITT mendefinisikan kualiti perkhidmatan (quality of
service QoS) sebagai kesan kolektif prestasi perkhidmatan yang menentukan tahap
kepuasan seorang pengguna bagi sesuatu perkhidmatan". Takrif ini dengan jelas boleh
digunakan di sebalik persekitaran telekomunikasi.
Telekomunikasi menyediakan banyak contoh situasi di mana firma-firma dan
individu-individu sanggup membayar satu premium untuk QoS: daya pemprosesan yang
lebih tinggi, jaminan bagi kerahsiaan dan keutuhan data dan jaminan-jaminan
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
ketersediaan rangkaian adalah contoh-contoh bagi rangkaian parameter QoS yang
boleh, sebagai contoh, mempengaruhi pilihan satu rangkaian nilai tambah swasta
(private value-added network - VAN) mengatasi satu alternatif yang kurang mahal.
Network Infrastructure and Performance (Infrastruktur Rangkaian Dan Prestasi)
Jika anda hanya ada telefon di dunia, siapakah yang anda akan hubungi? Rangkaian
berkembang lebih bernilai kepada mana-mana seorang pengguna berkadaran dengan
jumlah pengguna lain. Rangkaian telefon juga menerangkan beberapa perkara penting
lain tentang rangkaian komunikasi:
1. Setiap orang yang bersambungan kepada rangkaian tersebut mesti
dikenalpasti secara unik (uniquely indentified). Dalam kes bagi rangkaian
telefon, setiap talian mempunyai satu nombor telefon yang unik.
2. Terdapat satu sistem berkumpulan untuk mengatur tugasan nombor-nombor:
kod negara dan kod kawasan atau bandar, diikuti oleh nombor sebenar. Kod-
kod negara datang daripada satu perjanjian antarabangsa dalam sesebuah
negara, setiap syarikat telefon bertanggungjawab untuk kod-kod kawasan
dan nombor-nombor.
3. Sesetengah direktori mestilah wujud, yang merekod tugasan nombor kepada
menusia. Syarikat-syarikat telefon menawarkan satu nombor khas untuk
perkhidmatan direktori di kawasan yang mereka bertanggungjawab.
4. Telefon-telefon individu disambungkan kepada satu sistem pensuisan
perantara (intermediate switching system). Sistem pensuisan itu
membenarkan mana-mana pengguna untuk berhubung dengan mana-mana
pengguna lain di rangkaian itu, atau malahan merentasi rangkaian tersebut.
Oleh itu, satu telefon rumah yang bersambungan kepada satu rangkaian
dengan satu wayar fizikal boleh menghubungi satu telefon selular di satu
rangkaian yang dikendalikan oleh syarikat lain.
5. Beberapa sambungan boleh menjadi sementara, selainnya adalah kekal. Jika
anda menggunakan sebuah telefon berbayar (payphone), anda
disambungkan buat sementara waktu kepada satu rangkaian daripada satu
nombor yang digunakan oleh orang lain. Jika anda menelefon daripada
rumah anda, anda sentiasa disambungkan daripada nombor yang sama.
Rangkaian kawasan yang luas (Wide-area networks WANs) secara umumnya
adalah rangkaian client/server: ini bermakna sebuah komputer mengambil peranan
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
sebagai client" dan peranan lain sebagai server". Ia mungkin kelihatan jelas untuk
menyatakan bahawa server menawarkan perkhidmatan" kepada client; perkhidmatan
yang ditawarkan mungkin adalah penyimpanan data, pemprosesan atau akses untuk
alat peranti lain seperti pencetak. Aspek yang amnya merupakan yang paling menarik
kepada pengguna adalah perkhidmatan antara muka yang menjelaskan apa yang
rangkaian boleh sediakan, dan bagaimana kecepatan rangkaian beroperasi.
Clients dan servers berkomunikasi antara satu sama lain dengan memindahkan
mesej di sepanjang beberapa sambungan fizikal. Internet, sebagai contoh,
menggunakan sistem telefon untuk menyediakan sambungan ini. Jaringan lain
(terutamanya VANs) boleh menggunakan satu set lengkap dawai-dawai yang sulit,
komunikasi satelit ataupun gabungan kedua-duanya. Jalur lebar (bandwidth) merujuk
kepada keupayaan saluran komunikasi, dan amnya diukur oleh jumlah data yang boleh
dipindahkan dalam satu jangka masa yang diberikan (bit per saat, sebagai contoh).
Sambungan yang lebih cepat mempunyai jalur lebar yang lebih tinggi dan umumnya
lebih mahal kerana mereka memerlukan lebih banyak teknologi canggih.
Mesej-mesej bertukar-tukar oleh clients dan servers yang mungkin besar atau
kecil. Cara mereka di bawa dari satu sumber kepada satu destinasi bergantung kepada
infrastruktur rangkaian (network infrastructure): Titik pengantara (intermediate points)
bergantung kepada perkhidmatan direktori (directory services) untuk mencari laluan
terbaik supaya mesej dapat meneruskan perjalanannya dari sumber tersebut ke
destinasinya. Direktori berfungsi kerana setiap titik akhir (atau nod) di rangkaian itu telah
diberikan satu pengecam unik. Seperti yang telah diterangkan dalam sistem telefon,
menamakan (naming) adalah satu fungsi pengurusan yang memerlukan kerjasama
antara penyedia perkhidmatan di satu skala global.
Pembangunan Internet merupakan contoh pemisahan perkhidmatan daripada
kemudahan. Seperti satu keterbukaan (open), rangkaian awam, internet menyediakan
satu saluran komunikasi yang mudah antara rangkaian-rangkaian, dengan sedikit
jaminan-jaminan QoS. Tiga ciri-ciri utama yang membezakan Internet daripada jenis-
jenis WAN yang lain. Internet adalah:
Connectionless: tiada sambungan yang selanjar (continuous) antara
client dan server. Satu mesej dipecahkan kepada bahagian-bahagian
yang lebih kecil, dipanggil paket (packets), dan setiap paket yang
membentuk mesej mengandungi alamat penghalaan (routing address),
seperti satu sampul surat dalam sistem pos. Rangkaian lain adalah
sambungan berorientasi (connection-oriented) yang bermaksud bahawa
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
rangkaian itu menyediakan satu sambungan selanjar daripada satu poin
kepada yang lain, yang kekal 'hidup' sehingga anda menggantungnya.
Stateless: setiap mesej berdiri sendiri. Kedua-dua client dan server hanya
membuang" mesej-mesej mereka kepada rangkaian dan menunggu satu
respon. Tiada cara untuk mereka mengetahui jika mesej itu tiba. Dengan
kata lain, internet hanya cuba untuk menjejaki siri paket-paket yang
membentuk satu mesej tunggal dan mengumpulkan mereka apabila
semua bahagian itu telah tiba.
Best-effort: sistem tidak menawarkan jaminan-jaminan mesej akan
dihantar ia akan melakukan yang terbaik tetapi jika client atau server
tidak dapat dicapai (terputus daripada rangkaian, sebagai contoh, atau
tiada laluan tersedia) paket-paket itu akan dibuang. Selain daripada
membina mekanisme-mekanisme yang kompleks untuk memastikan
bahawa sebarang kesilapan dalam rangkaian dapat dikesan dan
diperbetulkan, penghujung nod boleh mengulangi permintaan servis
(service requests) mereka secara berkala. Jika mana-mana poin dalam
rangkaian kehilangan arah kerana satu kegagalan sementara, permintaan
ini diminta semula supaya servis akan mengembalikan semula maklumat
yang diperlukan.
Istilah global untuk satu rangkaian ialah connectionless, stateless dan best-effort
adalah (seperti yang anda mungkin agak) tidak boleh dipercayai (unreliable). Lain-lain
WANs adalah lebih dipercayai daripada Internet, kerana mereka menawarkan ciri-ciri
yang memperbetulkan kelemahan-kelemahan ini. Satu rangkaian sulit maya (virtual
private network VPN) sebagai contoh, menggunakan teknologi penghalaan yang lebih
kompleks untuk menyediakan satu sambungan berorientasikan infrastruktur. Pembekal-
pembekal (providers) bagi VANs yang dikawal ketat mempunyai keyakinan dan
pengalaman maklumat penting itu akan tiba pada destinasinya, seperti dijadualkan,
dalam keadaan yang baik. Pihak syarikat menjangkakan tahap perkhidmatan akan
bimbang internet tidak menawarkan jaminan-jaminan seumpamanya.
Mission-Critical Networks (Rangkaian Misi-Kritikal)
Rangkaian-rangkaian hari ini adalah semakin misi kritikal. Mereka telah menjadi lebuh
raya elektronik untuk memindahkan maklumat (lalu lalang) antara sebuah organisasi
pemegang saham: pembeli-pembeli, penjual-penjual, pembekal-pembekal dan rakan
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
kongsi. Pertukaran maklumat termasuklah pesanan-pesanan, pertanyaan-pertanyaan,
bayaran-bayaran, perkhidmatan dan sokongan, rekaan-rekaan, rancangan dan apa-apa
jenis maklumat lagi. Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi, sebagai contoh,
menyediakan akses untuk data gudang bagi sokongan pemasaran masa nyata (real-
time); menyokong wakil-wakil perkhidmatan pelanggan; mempersembahkan maklumat
video kepada pelabur kewangan untuk mempengaruhi keputusan pelaburan; dan
berkongsi imej-imej perubatan untuk bekerjasama tentang diagnos-diagnos yang
kompleks.
Dalam kes-kes tersebut, kejayaan perniagaan adalah membahayakan jika
prestasi yang cukup tidak meyakinkan. Tidak mengira sama ada pertukaran melibatkan
teks mudah, atau campuran dokumen-dokumen yang menggabungkan imej-imej, audio
dan video, hubungan antara pemegang saham boleh ditingkatkan melalui hubungan-
hubungan yang menyediakan prestasi yang mencukupi atau dijejaskan oleh prestasi
yang tidak mencukupi.
Tidak dapat dielakkan, sesetengah lalu lintas akan menjadi lebih penting dari
yang lain, dan dunia sebenar mengenakan had-had kepada jalur lebar, keupayaan
rangkaian dan bajet. Dalam satu dunia yang ideal, keupayaan rangkaian mungkin boleh
ditambah dengan cepat dan dengan murah seperti yang diperlukan. Tetapi sementara
itu mungkin suatu hari nanti piawaian telekomunikasi boleh dilaksanakan, biasanya
terdapat satu kelewatan besar (considerable delay) antara keupayaan masa rangkaian
tambahan yang diarahkan dan masa ia menjadi boleh tersedia.
Apabila kita semakin bergantung kepada rangkaian-rangkaian ini untuk
menguruskan perniagaan, kita perlu memastikan keutamaan-keutamaan yang
munasabah yang boleh dikenakan ke atas aliran trafik rangkaian (flow of network traffic).
Ini memerlukan kebolehan untuk mengenalpasti kelas-kelas lalu lintas dan pengguna,
serta teknologi untuk mengenakan keutamaan-keutamaan dan peraturan-peraturan
pada lalu lintas. Ia menganggap bahawa semua lalu lintas perlu untuk sampai ke
destinasinya; bagaimanapun, bagi masa untuk beban berat, trafik yang kritikal perlu
diberikan keutamaan melebihi trafik lain.
Satu rangkaian yang boleh memberikan jaminan-jaminan kualiti perkhidmatan
(quality of service - QoS) mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-
undang berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi
rangkaian. Ini membenarkan satu takrif jenis lalu lintas yang bersesuaian untuk satu
kelas perkhidmatan tertentu (sebagai contoh, lalu lintas daripada rakan perniagaan")
dan dasar-dasar yang berkaitan dengan kelas perkhidmatan (lalu lintas daripada rakan
perniagaan mendapat keutamaan tertinggi melalui rangkaian"). Ia menunjukkan satu
anjakan daripada satu rangkaian pasif yang melayan semua lalu lintas secara sama
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
kepada satu rangkaian pintar (intelligent network) yang mengenakan peraturan-
peraturan pengurusan kepada lalu lintas yang dibawa. Keperluan-keperluan ini bukan
ditentukan oleh protokol-protokol egalitarian Internet tradisional.
Network Management and Network Choice (Pengurusan Rangkaian Dan
Rangkaian Pilihan)
Pihak syarikat juga memerlukan jaminan agar data mereka kekal selamat. Beberapa
kategori-kategori umum data boleh diidentifikasi:
Data Awam (Public Data). Data jenis ini tidak mempunyai sekatan
keselamatan dan mungkin digunakan oleh sesiapa sahaj. Bagaimanapun,
data seumpama ini harus dilindungi daripada diusik tanpa kebenaran atau
pengubahsuaian.
Data Hak Cipta (Copyright Data). Jenis ini adalah berhakcipta tetapi
bukan rahsia. Pemilik sanggup untuk menyediakannya, tetapi mahukan
bayaran bagi penggunaannya. Untuk meningkatkan hasil pendapatan,
keselamatan perlulah diperketatkan.
Data Sulit (Confidential Data). Data jenis ini mengandungi isi yang sulit,
tetapi kewujudan data adalah bukan suatu rahsia. Data seumpama ini
termasuklah nombor akaun bank dan fail-fail kakitangan.
Data Rahsia (Secret Data). Kewujudan sebenar bagi data jenis ini adalah
rahsia dan mesti disimpan rahsia pada setiap masa. Ia adalah perlu untuk
memantau dan log semua akses dan percubaan akses kepada data
rahsia.
Kebanyakan rangkaian yang dapat memberikan kualiti jaminan-jaminan
perkhidmatan mempunyai mekanisme-mekanisme untuk membuat undang-undang
berasaskan keputusan tentang bagaimana lalu lintas yang melalui merentasi rangkaian,
satu rangkaian yang terjamin mempunyai mekanisme-mekanisme untuk mengawal
akses kepada data. Produk penyulitan yang canggih (sophisticated encryption products)
dan firewalls digunakan oleh sesetengah syarikat untuk melindungi kerahsiaan dan
memastikan keselamatan transaksi-transaksi internet.
Terdapat syarikat lain yang bergabung dengan kuasa-kuasa lain untuk
mendapatkan perlindungan VANs. Industri automotif ANX, sebagai contoh, akan
menyediakan rakan dagangannya dengan satu rangkaian terjamin untuk perdagangan
elektronik dan pemindahan data. Pemimpin-pemimpin industri telah bersetuju tentang
satu struktur pengurusan dan peraturan perniagaan untuk memastikan rangkaian
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
mendapat keperluan-keperluan prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan.
Penerimaan satu set umum amalan perniagaan, termasuklah boleh menerima
penggunaan dasar-dasar dan tahap keselamatan rangkaian, adalah satu syarat bagi
penyertaan dalam ANX.
Bagaimanapun, isu-isu pengurusan dan kawalan juga turut penting apabila
rangkaian semakin berkembang, Terdapat sejumlah besar pertukaran penamaan,
penyelenggaraan, dan butiran pampasan penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam
menyokong rangkaian berasaskan perkhidmatan. Sebagai contoh, kawalan mesti
memastikan mesej-mesej tidak dihantar kepada pihak yang salah dan mesej-mesej
yang tidak dapat disampaikan dikembalikan kepada pengirimnya. Potensi untuk
kegagalan seperti ini semakin besar apabila jumlah rangkaian dan manusia terlibat
semakin meningkat.
Internet semakin berkembang dengan satu model kawalan yang sangat
terpencar (decentralized). Tidak ada titik tengah bagi pengawasan atau pentadbiran.
Disebabkan ia adalah terbuka, rangkaian awam yang menyambungkan banyak
rangkaian yang saling berkaitan dan lebih kecil dan penyedia-penyedia perkhidmatan,
tiada satu entiti tunggal yang bertanggungjawab untuk memastikan satu mesej yang
meninggalkan satu poin dan akan tiba tanpa terjejas di poin yang lain. Model ini
merupakan sebahagian daripada kejayaan awal bagi Internet, apabila ia membenarkan
rangkaian untuk berkembang di dalam satu cara yang sangat berautonomi.
Bagaimanapun, apabila internet semakin berkembang, pada masa yang sama,
jangkaan-jangkaan bagi kualiti dan kestabilan perkhidmatan meningkat, terdapat mereka
yang percaya bahawa perubahan-perubahan diperlukan dalam pendekatan untuk
pengurusan internet dan kawalan. Satu persoalan yang penting untuk masa hadapan
adalah meningkatkan pengurusan dan operasi Internet, tanpa kehilangan fleksibiliti asas
yang telah menjadikan ia berjaya.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
Teleperubatan adalah sebuah perniagaan yang sangat memerlukan keselamatan dan
integriti. Jika anda benar-benar sakit, anda akan pergi menemui seorang doktor, tetapi jika
anda hanya rasa tidak sihat, anda mungkin hanya menelefon dan berjumpa dengan doktor
pada satu sistem video interaktif. Teleperubatan akhirnya boleh membawa semula cara
lama panggilan dari rumah, pada dasarnya. Para doktor boleh memeriksa pesakit-pesakit
merentasi negeri atau merentasi dunia dengan televisyen dua hala, stetoskop elektronik dan
pemancaran Sinar X jarak jauh. Jenis teleperubatan tersebut masih dalam peringkat
percubaan. Aplikasi-aplikasi teleperubatan yang lain sudah pun digunakan, dan
menekankan beberapa isu yang perlu dihadapi.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
Pada tahun 1992, ITU mentakrifkan apa yang kini dipertimbangkan, set
tradisional pengurusan perkhidmatan rangkaian: pengurusan kerosakan/kesalahan,
pengurusan tatarajah (konfigurasi), perakaunan, prestasi dan keselamatan. Kemajuan
dalam bahagian ini adalah perlu bagi Internet untuk berevolusi daripada sesuatu yang
kelam-kabut, bebas, koleksi entiti-entiti yang longgar kepada satu rangkaian kualiti
sistem telefon yang terurus. Satu isu yang menerima perhatian yang banyak adalah
harga dan kos penemuan. Satu perbahasan tentang penggunaan yang sesuai bagi
penggunaan berasaskan penentuan harga lawan pembayaran ke atas satu langganan
atau bayaran tetap asas. Apa yang merumitkan lagi perbahasan adalah penyedia
perkhidmatan yang menawarkan laluan percuma kepada individu sebagai balasan
kepada pendedahan untuk tajaan pengiklanan.
Sekumpulan ahli perniagaan menawarkan aplikasi-aplikasi bagi keperluan pesakit dan
doktor, seperti membekalkan interaksi data ubat di Internet. Terdapat orang lain bagi
membantu penyelidikan perubatan, dengan penulisan yang banyak atau megabait
artikel perubatan yang sangat teknikal bertujuan untuk pengguna-pengguna serta ahli
perubatan profesional bagi memenuhi kedua-dua kandungan dan kaedah mencari. Trend
tersebut adalah satu pertumbuhan meningkat aktivisme dan kepenggunaan pesakit.
Pembangunan garis panduan internet-ready, senarai semak dan templat lengkap dengan
pelbagai maklumat, latihan-latihan diagnostik, kajian kes dan perbincangan dan
perbahasan, boleh membawa idea mengurus penjagaan kesihatan kepada satu tahap baru,
sementara itu juga menangkatkan beberapa persoalan rumit privasi pesakit dan psikologi.
Walaupun preskripsi pesanan mel pernah mendapat peratusan yang signifikan bagi
perbelanjaan wang pada preskripsi ubat pada setiap tahun, perlaksanaan preskripsi secara
dalam talian masih belum berkembang. Walaupun sesetengah syarikat telah membawa
langkah-langkah untuk membina apothecaries maya, hanya sedikit jika mana-mana
berkemampuan memberi kuasa pesanan baru dan isi dan menjejaki preskripsi
menggunakan maklumat yang disiarkan di internet. Data yang dikongsi adalah sensitig
apabila maklumat diagih-agihkan dari satu tapak perkhidmatan kewangan, dan isu-isu
liabiliti adalah sama berat. Membina satu tapak farmasi memerlukan komitmen kepada
keselamatan dan infrastruktur keselamatan dan infrastruktur perkhidmatan pelanggan yang
serupa kepada reka bentuk yang dibangunkan oleh ahli pembrokeran dalam talian.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
Secara keseluruhannya, syarikat-syarikat mencari alternatif-alternatif paling
sesuai untuk keperluan-keperluan perniagaan mereka yang segera. Bagi sesetengah
syarikat, penyelesaian-penyelesaian standard di luar rak ke atas internet awam adalah
sesuatu yang memuaskan. Bagi lain-lain, penyelesaian-penyelesaian khusus bersama
dengan peraturan-peraturan eksplisit dan prosedur-prosedur operasi mungkin
jawapannya. Beberapa syarikat lain akan bergantung kepada extranets, atau rangkaian
swasta maya, yang menghadkan akses kepada sesetengah set perniagaan pra-layak
dan rakan mereka. Sesetengah lain pula menggunakan internet untuk membeli bahan-
bahan nilai lebih rendah sementara menyimpan pembelian nilai tinggi di VAN. Dengan
VANs, jika sebarang permasalahan timbul, satu penyedia perkhidmatan rangkaian
tunggal bertanggungjawab untuk menyelesaikannya.
Contingency Planning (Rancangan Luar Jangkaan)
Oleh sebab rangkaian berasaskan aplikasi menjadi semakin misi kritikal, satu kriteria
keputusan utama menjadi kualiti tahap perkhidmatan yang diperlukan. Business Impact
Analysis dijalankan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi perniagaan kritikal. Ia
mengandungi beberapa langkah:
Pertama, kenal pasti aktiviti-aktiviti perniagaan yang kritikal dan
pemilik aktiviti. Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan
fungsi-fungsi pengeluaran yang menerangkan perkhidmatan yang
ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan. Pemilik aktiviti
bertanggungjawab kepada operasi harian yang sedang dijalankan.
Kedua, pemilik setiap aktiviti perniagaan perlu mengenal pasti sistem-
sistem yang kritikal dan maklumat. Sistem-sistem kritikal adalah
aplikasi-aplikasi yang dikomputerkan atau proses-proses manual yang
perlu ditempatkan untuk menyokong aktiviti perniagaan yang kritikal. Pada
ketika ini, ia juga adalah penting untuk mengenal pasti mana-mana
sistem-sistem yang mengandungi maklumat yang sensitif atau sulit.
Langkah ketiga adalah untuk menganggarkan satu tempoh masa henti
(downtime period) yang boleh diterima (jam, hari, minggu, dan
sebagainya.) untuk setiap sistem yang bergantung kepada suatu aktiviti
perniagaan, dan setiap sistem yang berurusan dengan maklumat yang
sensitif. Ini bertindak seperti satu pemberat untuk aktiviti; satu penunjuk
nilai relatif keutamaan unsur itu kepada perniagaan. Oleh sebab
kebanyakan aktiviti adalah berkitaran, satu tempoh masa henti yang boleh
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
diterima mungkin berbeza bergantung kepada masa dalam setahun
apabila satu outage mungkin berlaku. Para penganalisis umumnya
menganggap satu kes senario terburuk semasa mempertimbangkan
persoalan ini.
Akhirnya, pemilik aktiviti dan pengurus sistem dapat mengenal pasti
risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal pasti
perlindungan. Bahagian-bahagian yang seharusnya diliputi termasuklah
servers, pengurusan data, rangkaian operasi-operasi dan pentadbiran,
aplikasi-aplikasi, pengecaman pengguna dan kakitangan.
Mereka yang tidak suka kepada malapetaka ini memanggil proses ini rancangan
luar jangkaan, tetapi maknanya adalah sama: mesti ada satu pelan untuk
mengembalikan perkhidmatan dalam keadaan malapetaka utama. Malapetaka-
malapetaka ini tidak terhad kepada mereka yang memberi kesan secara langsung
kepada kemudahan organisasi; kesan kerosakan kepada pusat telefon menukarkan
kelengkapan atau kemudahan pengumpulan data kritikal juga perlu dipertimbangkan
Untuk mengira kehilangan produktiviti dan hasil pendapatan yang berpunca
daripada masa henti (downtime), pengurus-pengurus seharusnya bermula dengan
suatu senario yang mencirikan tarikh dan masa bagi outage, jenisnya dan tempoh dan
bilangan pengguna yang terjejas. Mengira kos produktiviti yang hilang adalah satu
perkara mendarabkan tempoh dan bilangan pengguna yang terjejas dengan purata gaji
pengguna. Ia juga adalah bernilai sama ada pengguna boleh melakukan sebarang kerja
semasa outage.
Sebagai contoh, katakan bahawa satu server untuk 100 orang pengguna rosak
di satu agensi pelancongan yang besar. Ia mengambil masa empat jam bagi
memulihkan rangkaian, dan sepanjang masa tersebut kebanyakan pengguna tidak
produktif sepenuhnya. Dengan setiap pengguna menghasilkan $20 sejam, kerosakan ini
akan menelan belanja $8,000 kepada agensi pelancongan tersebut dalam perbelanjaan
sahaja. Lebih buruk lagi, bagi kebanyakan organisasi, ia adalah kehilangan pendapatan
langsung. Jika bahagian agensi pelancongan yang sama biasanya menempah $100,000
bernilai sejam tempahan, outage mungkin menelan belanja sebanyak $400,000.
Kos-kos amat berbeza dengan persekitaran pengkomputeran, aplikasi-aplikasi
perniagaan dan pengguna. Sebagai contoh, penyelidikan pasaran menunjukkan bahawa
masa henti rangkaian pada satu firma pembrokeran boleh engakibatkan kos $107,500
seminit, seperti berlawanan dengan $1,150 seminit untuk satu rangkaian jualan tiket
telefon.
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
Lebihan (terutama sekali dalam hubungan komunikasi dan bekalan tenaga)
umumnya dilihat seperti jawapan. Satu alternatif memproses tapak untuk sistem-sistem
misi kritikal seharusnya wujud, dan bukan dalam bangunan yang sama. Sesetengah
organisasi menggerakkan sistem-sistem fungsian legasi kepada satu alternatif
memproses tapak; orang lain membuat perjanjian-perjanjian timbal balas sandar
(backup agreements) dengan pengguna yang dipadankan. Kesan kepada keupayaan
perancangan adalah jelas. Storan data sandar (backup) di luar tapak turut dianggap
bijak, kedua-duanya untuk perancangan malapetaka dan tujuan keselamatan.
Perbincangan
1. Huraikan ciri-ciri yang membezakan internet daripada jenis-jenis WAN yang
lain.
2. Huraikan dalam ayat anda sendiri bagaimana maklumat dipindahkan melalui
Internet, WAN dan VAN. Apakah perkara-perkara yang harus
dipertimbangkan oleh syarikat-syarikat ketika membuat keputusan terhadap
jenis rangkaian yang paling sesuai untuk keperluan mereka?
3. Mengapa rancangan luar jangkaan adalah penting? Huraikan dengan
terperinci konsep dan langkah-langkah yang terlibat.
Persekitaran ekonomi dan organisasi
Kitaran pengeluaran melibatkan pemerolehan bahan-bahan mentah atau komponen-
komponen, dan menghasilkannya kepada satu produk yang boleh diterima kepada
seseorang pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran pengeluaran akan menambah nilai
sesuatu bahan mentah yang asal. Menjelaskan tentang sesuatu firma memilih untuk
membeli komponen-komponen atau perkhidmatan-perkhidmatan dalam pasaran
terbuka, atau untuk mengeluarkan mereka in-house, merupakan satu soalan tradisional
bagi sosiologi ekonomi dan organisasi.
Satu senarai unsur-unsur yang perlu dipertimbangkan untuk membuat dan
menjual satu majalah berita, sebagai contoh, termasuklah: laporan; penulisan;
penyuntingan; gambar-gambar; tipografi; reka letak; kertas; percetakan; perkhidmatan
langganan; label bungkusan; dan pengagihan fizikal. Sesebuah firma mestilah
memutuskan untuk mengeluarkan setiap barangan atau perkhidmatannya sendiri, atau
membelinya daripada pembekal. Kebanyakan majalah-majalah berita tidak memiliki
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
kilang kertas atau percetakan akhbar, tetapi mereka mengupah editor-editor sebagai
kakitangan bergaji. Mereka boleh mengarahkan kumpulan pemberita mereka untuk
menulis sebuah cerita, mencetak semula sebuah cerita daripada satu wire-service, atau
mereka mungkin mentauliahkan seseorang daripada seorang pekerja bebas. Gambar-
gambar pula mungkin didapati daripada jurufoto mereka sendiri, atau mereka mungkin
membelinya daripada stock house.
Tinggalkan sebentar faktor-faktor sosial yang berpotensi seperti nepotisme,
fahaman perlindungan dan tindakan pengakuan, dua faktor terpenting dalam
menerangkan keputusan make-or-buy" adalah (a) pengaruh sikap oportunis
(opportunistic behaviour) firma lain dan (b) kos urus niaga (transaksi).
Penjual mungkin akan mengambil kesempatan (cth. menaikkan harga lebih tinggi
daripada sepatutnya) apabila mereka menyedari bahawa pengguna bergantung kepada
sesuatu barang tersebut dan tidak mudah mendapatkannya di tempat lain.
Sebuah syarikat boleh dipengaruhi (vulnerable) untuk bersikap oportunis
disebabkan beberapa keadaan:
Ketentuan tapak (Site specificity): produk (cth. bahan-bahan mentah)
hanya boleh didapati di suatu tapak tertentu.
Ketentuan aset fizikal (Physical asset specificity): produk tersebut tidak
boleh digunakan untuk perkara lain, dan sebab itu adalah ia hanya
berguna kepada seseorang pelanggan.
Ketentuan aset manusia (Human asset specificity): kemahiran tertentu
diperlukan untuk mengeluarkan atau menggunakan sesuatu produk.
Ketentuan masa (Time specificity): produk hanya berguna bagi suatu
tempoh masa tertentu (cth. ia akan rosak).
Kerumitan produk (Product complexity): maklumat tentang produk
adalah kompleks. Pelanggan menghadapi kesukaran memperincikan apa
yang mereka mahu dan mencari melalui alternatif-alternatif bagi mencari
pembekal terbaik.
Bagi pembeli, masa dan sumber yang terlibat dalam menetapkan pembekal-
pembekal yang berpotensi dan menilai penawaran produk mereka melibatkan satu kos
ketara. Begitu juga dengan penjual, mereka mesti mengiklankan produk-produk mereka,
dan menyediakan maklumat tentang kos-kos penghantaran dan ketersediaan (boleh
didapati apabila diperlukan). Mendapatkan dan menilai maklumat adalah lebih sukar
(oleh itu, lebih belanja) apabila terdapat banyak pembekal-pembekal yang berpotensi;
RBT 3119 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN
Document1 Sulit
Dicitak 6/13/2008 10:47:00 AM
apabila pembekal-pembekal terpisah secara geografi; apabila terdapat banyak produk
yang setanding dalam industri itu; dan apabila harga atau produk berubah dengan
cepat.
Di sebalik kos mencari produk dan pembekal-pembekal yang bersesuaian, firma-
firma mempunyai tambahan kos urus niaga (transaction costs) apabila mereka
menentukan kontrak-kontrak, menguatkuasakan kontrak-kontrak dan mengendalikan
penyelesaian kewangan. Apabila satu urus niaga telah dipersetujui, pelanggan itu perlu
untuk memastikan pembekal-pembekal memahami syarat-syarat bagi kontrak (sebagai
contoh, jadual penghantaran dan kawalan kualiti). Apabila barang-barang tersebut telah
dihantar, pelanggan perlu menerima satu invois dan pembekal perlu dibayar.
Pemantauan, urusan bil dan pembayaran untuk sejumlah besar pelanggan dan
pembekal boleh menjadi mahal.
Market and Hierarchies (Pasaran Dan Hierarki-hierarki)
Pasaran (Markets) adalah bermaksud