Upload
hanhu
View
234
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN
MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI
PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR
TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM
DI NEGERI KEDAH
MOHD LUTFI BIN ARSHAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APLIKASI GAYA BELAJAR (PENGURUSAN MASA, KEMAHIRAN
MEMBACA, KEMAHIRAN MENCATAT NOTA, MENGULANGKAJI
PELAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKUMPULAN) PELAJAR
TINGKATAN EMPAT KEJURUTERAAN AWAM
DI NEGERI KEDAH
MOHD LUTFI BIN ARSHAD
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2004
ii
iii
DEDIKASI
Diabadikan buat insan-insan yang tersayang
Buat ibu dan ayah
Yang dihormati, dikasihi dan disayangi
Doa,jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya
Terima kasih atas didikan yang diberi
Buat isteri dan anakku Tersayang
Pengorbanan dan kesabaran kalian amat ku sanjungi
Dorongan yang diberikan meyakinkan impian
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
Setelah mengharungi detik yang berlalu
Buat ahli keluarga yang di kasihi
Teruskan arah perjuangan kalian
Segala pengorbanan, sumbangan bakti kalian
Akan ku kenang selamanya
Buat teman-teman yang mengenali diri ini
Terima kasih
Atas persahabatan kita selama ini
Semoga beroleh kejayaan bersama
Semoga hidup kita diberkati Allah s.w.t sentiasa
Amin!.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t., selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad s.a.w. kerana dengan izinNya memberi kekuatan dan ketabahan
hati saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya.
Persediaan dan perancangan yang rapi amat perlu untuk melihat kejayaan projek
ini kerana kejayaan tidak akan datang secara kebetulan, sebaliknya ia perlu dicari dan
dikejar. Walau bagaimanapun kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar,
bantuan, kerjasama, sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di
sekeliling saya. Justeru itu di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Adnan bin Ahmad selaku penyelia
yang begitu banyak membimbing dan membantu dengan idea-idea bernas. Ucapan
terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua pihak samada
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang banyak memberi sokongan dan
dorongan semasa menyiapkan projek ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengetua-
pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah-sekolah Menengah Teknik yang terlibat kerana telah memberi keizinan dan
kerjasama kepada pengkaji untuk menjalankan kajian di sekolah-sekolah berkenaan.
Kepada semua yang terlibat semoga segala jasa kalian diberi ganjaran dari Allah
S.W.T. Amin.
v
ABSTRAK
Pencapaian sederhana dalam matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Negeri Kedah perlu diberi perhatian oleh semua pihak. Kajian ini bertujuan untuk
mengetahui amalan gaya belajar pelajar. Untuk itu satu kajian telah di jalankan ke atas
pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam di tiga buah sekolah yang
menawarkan matapelajaran tersebut.Antara sekolah yang tepilih itu ialah Sekolah
Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan Stadium dan Sekolah
Menengah Teknik Alor Star. Kajian ini dibataskan kepada lima aspek iaitu pengurusan
masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran mengulangkaji
pelajaran dan amalan pembelajaran bekumpulan. Instrumen yang digunakan dalam kajian
ini ialah set soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian A melibatkan latar belakang
responden dan bahagian B melibatkan responden terhadap persoalan kajian. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social
Science) version 11.0 dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil kajian
mendapati tahap kefahaman pelajar terhadap gaya pembelajaran berkesan yang
digunakan berada pada tahap sederhana sahaja. Secara kesuluruhannya, hasil dapatan
daripada kajian ini boleh membantu untuk kajian seterusnya dan mampu meningkatkan
lagi mutu pencapaian pelajar-pelajar pada masa yang terdekat
vi
ABSTRACT
The average performance of Pengajian Kejuruteraan Awam subject in Kedah
should be concerned by all parties. This is to know the way student’s studying. General
form four students of Sekolah Menengah Teknik Kulim, Sekolah Menengah Teknik Jalan
Stadium and Sekolah Menengah Teknik Alor Star were chosen. This study based on five
aspects that are thing reading, writing, review and group studying. Two sets of instrument
were used that are set A is to know about the students background and set B is to know
how student’s response on certain analysis. The data received is by analyzed uses SPSS
(Statistical Packages For Social Science) version 11.0 in frequency, percentage and min.
Overall, student’s understand on study method is only average. This study can be used as
a reference an will improve student’s performance in future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
I PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latarbelakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Batasan Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 8
II SOROTAN PENULIS 10
2.0 Pengenalan 10
viii
2.1 Objektif Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam: 11
2.2 Kandungan Sukatan Matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam 12
2.3 Gaya Pembelajaran 12
2.4 Teknik pengurusan masa dalam pembelajaran. 14
2.5 Teknik kemahiran membaca dalam pembelajaran 16
2.6 Teknik kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran 18
2.7 Kemahiran mengulangkaji pelajaran yang betul. 20
2.8 Kemahiran pembelajaran berkumpulan 22
III METODOLOGI 26
3.0 Pengenalan 26
3.1 Kaedah Kajian 26
3.2 Populasi Kajian 27
3.3 Instrumen Kajian 27
3.4 Kaedah Pengumpulan Data 28
3.5 Kajian Rintis 29
3.6 Kajian Sebenar 29
3.7 Analsis Data 30
IV ANALISIS DATA 32
4.0 Pengenalan 32
4.1 Persoalan Kajian 33
4.2 BAHAGIAN A : Analisis Profail Dan Gaya Pembelajaran
Berkesan Responden. 33
4.3 BAHAGIAN B : Dapatan Kajian 35
4.4.1 Dapatan Persoalan Kajian 1 36
ix
4.4.2 Dapatan Persoalan Kajian 2 38
4.4.3 Dapatan Persoalan Kajian 3 39
4.4.4 Dapatan Persoalan Kajian 4 41
4.4.5 Dapatan Persoalan Kajian 5 43
4.4.6 Penutup 46
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 47
5.0 Pengenalan 47
5.1 Perbincangan Kajian 47
5.1.1 Amalan Pengurusan Masa Dalam Pembelajaran
Dengan Teratur. 48
5.1.2 Amalan Kemahiran Membaca Dalam Pembelajaran. 50
5.1.3 Amalan Kemahiran Mencatat Nota Dalam Pembelajaran. 51
5.1.4 Amalan Kemahiran Mengulangkaji Pelajaran Secara
Sistematik. 52
5.1.5. Kemahiran Pembelajaran Berkumpulan Di kalangan Pelajar .53
5.2. Rumusan 55
5.3 Cadangan 57
5.4 Kajian Lanjutan 58
5.5 Penutup 59
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN A - E
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1.1 Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran PKA 4
3.3 Taburan Iten Soal Selidik 27
3.3.1 Skal Likert Dengan Markah Skor 28
3.7.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 30
3.7.2 Pengelasan Dimensi Persoalan Kajian dan Peratus 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 34
4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 34
4.4 Bilangan Responden Mengikut Gaya Belajar Berkesan 35
4.5 Min dan bilangan (peratus) item-item pengurusan masa 36 4.6 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran membaca 38 4.7 Min dan bilangan (peratus) item-item mencatat nota 39 4.8 Min dan bilangan (peratus) item-item kemahiran ulangkaji 41 4.9 Min dan bilangan (peratus) item-item pembelajaran berkumpulan 43
xi
SENARAI SINGKATAN
FPM : Falsafah Pendidikan Negara
KBSR : Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
KBSM : Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
PMR : Penilaian Menengah Rendah
PKA : Pengajian Kejuruteraan Awam
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
JPT : Jabatan Pendidikan Teknikal
SMT : Sekolah Menengah Teknik
SMV : Sekolah Menengah Vokasional
IPTA : Institusi Pengajian Tinggi Awam
JPN : Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
SPM : Sijil Pelajaran Malaysia
BPPDP : Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan
Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia
SPSS : (Statistical Packages For Social Science)
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Surat Pengesahan Penyelidikan UTM 63
B Surat Kebenaran EPRD 64
C Surat Kebenaran Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 65
D Pengesahan Pakar Bidang 66
E Soal Selidik 67
i. Bahagian A
ii. Bahagian B
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Setiap masyarakat di dunia menyedari kepentingan pendidikan. Sejarah
membuktikan sejak zaman dahulu lagi para ibu bapa, pendidik dan ahli psikologi sentiasa
melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Para pelajar didedahkan dengan pelbagai
disiplin pelajaran. Pelbagai agama yang menjadi anutan masyarakat di dunia, khasnya
agama Islam amat mementingkan pendidikan. Agama Islam mengingatkan umatnya
berkenaan kepentingan penyelidikan. Pendidikan perlu dimulakan seawal usia kanak-
kanak atau bayi yang masih dalam kandungan.Dalam agama Islam menuntut ilmu
merupakan satu perkara yang sangat dituntut sebagaimana sabda Rasullullah S.A.W.
bermaksud :
“Menuntut ilmu itu wajib ke atas muslimin dan muslimat”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) mengungkapkan, Pendidikan di Malaysia
ialah satu usaha yang berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang
daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu dan
berpengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990).
2
Liputan kurikulum masa kini yang mengambil kira Prinsip Rukun Negara dan
FPN diterjemahkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Apabila diteliti dengan lebih
mendalam, kurikulum KBSR menunjukkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah
bercorak pendidikan asas. (Mohd Daud Hamzah, 1993) Matlamat KBSR adalah
memperkembangkan individu pelajar secara menyeluruh yang merangkumi aspek intelek,
rohani, emosi, jasmani, bakat, akhlak, sosial dan nilai estetika. Matlamat pendidikan
sekolah menengah pula ialah membentuk rakyat Malaysia yang berperibadi unggul
berasaskan perkembangan potensi individu sebagai insan yang patuh kepada Tuhan.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1987) Liputan kedua-dua kurikulum tersebut
menunjukan terdapatnya daya usaha untuk menyediakan setiap individu pelajar pada
masa hadapan. Pengembangan pembelajaran yang bersesuaian bagi memenuhi usaha-
usaha tersebut perlu mengambil kira peringkat pertumbuhan pelajar secara individu.
(Connell, 1981)
Menurut Slavin (1994) pembelajaran ialah proses mental atau fizikal yang
membawa kepada perubahan dalam tingkahlaku. Kebijaksanaan bukan sesuatu elemen
statik tetapi adalah suatu sistem dinamik terbuka yang sentiasa berkembang sepanjang
hayat. Kebanyakan proses pembelajaran yang siknifikan adalah daripada apa yang telah
kita lakukan iaitu melalui tindakan dan pemerhatian. Menurut Honey dan Mumford
(1992) pembelajaran telah berlaku apabila manusia boleh mempamerkan sesuatu yang
baru samada dalam bentuk pemahaman, kesedaran atau pun kemahiran.
Dalam proses pembelajaran ini terdapat beberapa kecenderungan yang dimiliki
dan diamalkan oleh individu. Kecenderungan ini termasuk kecenderungan untuk melalui
pengalaman semasa mempelajari sesuatu, kecenderungan untuk mengimbas kembali,
kecenderungan untuk mempastikan implimentasi. Kecenderungan ini adalah sebahagian
daripada proses pembelajaran yang telah dijelaskan oleh Honey dan Mumford (1992).
Sebagai satu proses sepanjang hayat umpama satu gelungan spring yang melingkar tanpa
3
penghujungnya. Tahap-tahap kecenderungan ini dapat menjelaskan bagaimana proses
sesuatu pembelajaran dapat mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu.
1.1 Latarbelakang Masalah
Pengalaman yang dilalui oleh seseorang itu amat penting di dalam proses
pembelajaran. Ianya amat berguna untuk membawa perubahan kepada sikap dan tingkah
laku seorang pelajar di dalam menghadapi satu pembelajaran (Sulaiman, 1996).
Dalam konteks ini, pelajar-pelajar perlu mengetahui serta mengamalkan sistem
atau gaya pembelajaran yang betul. Dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi
pelajar, pelbagai usaha di ambil oleh pihak sekolah antaranya seperti motivasi pelajar,
ceramah teknik menjawab soalan dengan mengundang penceramah-penceramah yang
berpengalaman luas dalam bidang ini.
Gaya pembelajaran yang berbeza apabila digunakan dengan baik akan
mendatangkan hasil yang berharga. Jika pelajar tidak mengetahui dan tidak menyedari di
mana letaknya kekuatan belajar masing-masing mereka akan ketinggalan. Menurut Ainon
dan Abdullah (1994) salah satu faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar
ialah gaya mereka belajar.
Peperiksaan SPM merupakan peristiwa penting bagi pelajar tingkatan lima di
alam persekolahan. Oleh itu pelajar memerlukan satu gaya belajar yang bersistematik.
Keazaman dan kesungguhan yang kuat akan dapat menggandingkan semua matapelajaran
akademik merupakan ciri penting bagi menjamin kejayaan mereka dalam sebarang
peperiksaan.
Kecemerlangan pelajar menjadi harapan pelbagai pihak terutamanya ibubapa,
pihak sekolah dan ahli masyarakat Keputusan yang di keluarkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia setiap tahun menunjukkan perubahan samada bertambah baik atau
4
merosot. Pelajar cemerlang biasanya dianggap mengamalkan gaya pembelajaran yang
baik dan sentiasa menjadi perhatian pihak media bertanyakan resepi pembelajaran.
Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) yang dijalankan di sekolah-sekolah
menengah teknik di seluruh Malaysia tidak terkecuali dalam analisa keputusan
peperiksaan apabila diumumkan. Keberkesanan kurikulum ini diukur melalui ujian yang
dijalankan setelah proses pembelajaran berlaku. Dan ujian yang dijalankan sentiasa
menguji kebolehan dan pencapaian pelajar , yang mana pencapaian banyak dikaitkan
dengan cara atau gaya pelajar menangani sesuatu topik dalam pelajaran. Berikut adalah
analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
tiga buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) di negeri Kedah (Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah, 2003).
Jadual : Analisa keputusan SPM 2001 dan 2002 matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di tiga buah SMT di negeri Kedah
Sekolah SPM 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8D 9E T.H. CALON
2001 13 20 17 20 13 16 3 2 1 0 105 SMT Alor Star 2002 2 4 14 28 25 19 8 4 1 1 105
2001 0 2 2 5 0 7 12 6 1 0 35 SMT Jln.Stadium 2002 3 2 6 10 4 4 3 0 0 0 32
2001 2 2 3 8 17 23 33 26 2 0 116 SMT Kulim 2002 0 5 17 28 40 23 15 2 1 0 131
Daripada Analisa SPM 2000 dan 2001 di atas pengkaji merasakan pencapaian
sederhana ( kawasan yang digelapkan adalah terlalu tinggi dan keputusan cemerlang amat
kurang). Data menunjukkan pencapaian sederhana (51%) dan (15%) cemerlang pada
tahun 2001 manakala tahun 2002 pencapaian sederhana sebanyak (60%) dan cemerlang
hanya (5%) daripada jumlah calon yang mengambil peperiksaan. Menurut Hunt (1981)
gaya pembelajaran boleh merujuk kepada syarat-syarat pendidikan yang membolehkan
pembelajaran paling berkesan berlaku. Oleh itu bolehlah dikatakan gaya pembelajaran
amat abstark dan berbeza di antara individu ( Ee Ah Meng, 1994).
5
1.2 Pernyataan Masalah
Gaya pembelajaran harus sesuai dan tepat bagi memenuhi kehendak pelajar dan
grid ujian atau peperiksaan. Sesuatu aktiviti pembelajaran yang berjaya bergantung
kepada kesediaan pelajar memilih operasi yang wajar,mengekalkan pengeluaran operasi
tersebut dan mengeluarkan sejumlah usaha ke arah matlamat yang di kehendaki (
Mohd.Daud Hamzah, 1990 ).
Oleh yang demikian pengkaji ingin mengetahui apakah gaya pembelajaran yang
diamalkan oleh pelajar-pelajar tingkatan empat Pengajian Kejuruteraan Awam.
1.3 Objektif Kajian Ojektif kajian ini adalah untuk:-
1.3.1 Mengenalpasti amalan pengurusan masa pembelajaran di kalangan pelajar
pelajar tingkatan empat PKA
1.3.2 Mengenalpasti amalan kemahiran membaca dalam pembelajaran di kalangan
pelajar-pelajar tingkatan empat PKA
1.3.3 Mengenalpasti amalan kemahiran mencatat nota dalam pembelajaran di
kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA
1.3.4 Mengenalpasti amalan kemahiran mengulangkaji pelajaran secara sistematik
di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat PKA
1.3.5 Mengenalpasti amalan pembelajaran berkumpulan dikalangan pelajar-pelajar
tingkatan empat PKA
6
1.4 Persoalan Kajian
Konsep pembelajaran dan kaedah belajar yang betul merupakan faktor yang
penting untuk menentukan kejayaan dan kecemerlangan individu dalam pelajaran. Mohd.
Yunus (1990), kaedah ini akan membantu pelajar menyaksikan masalah pencapaian
akademik supaya pelajar dapat menikmati kejayaan cemerlang. Tegasnya kaedah
pembelajaran yang baik dan betul hendaklah dipelajari, kemudian di praktikkan secara
berterusan oleh setiap pelajar. Dengan menggunakan kaedah seperti ini masa dan tenaga
dapat dimanfaatkan secara secara optimum untuk mencatatkan keputusan yang
cemerlang.
Oleh itu pengkaji ingin mengetahui :
1.4.1 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan pengurusan masa
pembelajaran dengan teratur ?
1.4.2 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran
membaca dalam pembelajaran ?
1.4.3 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran
mencatat nota dalam pembelajaran ?
1.4.4 Adakah pelajar-pelajar tingkatan empat PKA mengamalkan kemahiran
mengulangkaji pelajaran secara sistematik ?
1.4.5 Adakah amalan pembelajaran berkumpulan di kalangan pelajar tingkatan
empat PKA dipraktikan ?