Upload
azli-muda
View
1.146
Download
10
Embed Size (px)
Citation preview
Soalan 1 (a)
DEFINISI MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau
pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia
dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah
tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh
penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras
bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap dan mudah difahami
serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai
peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan
atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan
peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis
a. Definisi morfologi
Menurut Raminah hj. Sabran dan Rahim Syam(1985) : morfologi ialah satu bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Manakala Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993): Morfologi adalah:
a) Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata.
b) Bidang ilmu yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta
pengaruh perubahan-perubahab struktur kata terhadap golongan dan erti kata.
Menurut Nik Safiah Karim (1996) : Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji:
a) Struktur
b) Bentuk
c) Pergolongan kata
Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005):Morfologi ialah kajian tentang
pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk:
a) Infleksi(pengimbuhan)
b) Terbitan
c) Pemajmukan
1
Rajah 1.1: Huraian tentang morfologi mengikut Marzukhi (1993)
Secara umumnya morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit
tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan
dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan
keserupaan bentuk dan/atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan
kata dalam bahasa Melayu.
b. Definisi sintaksis
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang
ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan
sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang
mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi
membentuk ayat dalam bahasa.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
2
Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik
deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi kata-kata dalam rangkai kata dan ayat.
Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk ‘ Sintaksis Bahasa Melayu ‘ ada menyatakan
unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah
Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan
hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi
membina ayat.
Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang
spesifik dan terperinci. Morfologi berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang
melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata.
Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan
pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat
berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling
bergantungan. Ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan.
3
Soalan 1 (b)
ANALISIS ASPEK MORFOLOGI DAN SINTAKSIS DENGAN MENGEMUKAKAN CONTOH-CONTOH BERDASARKAN PETIKAN MINDA PENGARANG BERITA HARIAN (Isnin 27 September2010)
4
Bidang morfologi mengikut Nik Safiah Karim dan rakan (1996) meliputi aspek :
Imbuhan
Bentuk perkataan
Golongan kata
a) Imbuhan
Imbuhan membawa maksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambah pada bentuk-
bentuk lain yang menyebabkan perubahan maksud perkataan. Imbuhan terbahagi kepada tiga
jenis iaitu awalan, akhiran dan apitan.
Perhatikan contoh-contoh berikut:
Bentuk Imbuhan
PengertianContoh dalam minda pengarang
Awalan Imbuhan yang ditambah pada bahagian hadapan kata dasar
Kata nama
Kata kerja mengoyak, membakar
Kata adjektif
Akhiran Imbuhan yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar
Kata nama warisan, gambaran
Kata kerja
Apitan Imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan pada belakang kata dasar
Kata nama Keagamaan, kemanusiaan
Kata kerja
Kata adjektif
Pembinaan, menghentikan
perasaan
5
Contoh-contoh imbuhan lain ialah :
Awalan Akhiran Apitan
terutama
semakin
memuncak
secara
meluas
terhadap
segelintir
tertentu
bertindak
menghalang
berkembang
dituduh
menggalak
pengganas
pelampau
liputan
kumpulan
batasan
tomahan
kalangan
gambaran
warisan
tomahan
perasan
menghantui
menyebabkan
keagamaan
kemanusiaan
diamalkan
kebencian
keburukkan
diburukkan
kebencian
Selain imbuhan yang dihasilkan dalam bahasa Melayu, terdapat juga
penggunaan imbuhan asing yang digunakan dalam minda pengarang dalam menampung
keperluan perbendaharaan kata .
Imbuhan Yunani-latin-Inggeris -imbuhan akhiran (si) toleransi
6
b) Bentuk perkataan
Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat diklasifikasikanseperti berikut:
kata terbitan
kata tunggal
kata ganda
kata majmuk
Kata terbitan ialah kata dasar yang berimbuhan atau kata dasar yang ditulis serangkai
dengan bentuk kata yang lain. Semua imbuhan dan semua bentuk terikat lain yang tidak dapat
berdiri sendiri ditulis serangkai atau bersambung dengan kata dasar atau bentuk dasarnya atau
bentuk akarnya.
Kata Terbitan Berawalan:
Awalan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
peng ganas pengganas
pe lampau pelampau
Awalan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
mem beri memberi
mem bakar membakar
ber tindak bertindak
men cerca mencerca
Awalan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan
Se Benar sebenar
Kata Terbitan Berakhiran
7
Akhiran Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
-an waris Warisan
-an gambar gambaran
Akhiran Kata kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
-an liput liputan
-an tomah tomahan
Kata Terbitan Berapitan
Apitan Kata Nama Bentuk Dasar Kata Terbitan
meng....i hantu menghantui
ke....an manusia kemanusiaan
Apitan Kata Kerja Bentuk Dasar Kata Terbitan
meny....kan sebab Menyebabkan
di....kan suara disuarakan
Apitan Kata Adjektif Bentuk Dasar Kata Terbitan
di....kan buruk diburukkan
mem....kan buruk memburukkan
Kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata dasar, yakni yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain. Kata tunggal
8
terbahagi kepada dua jenis. Jenis pertama, kata tunggal yang merupakan unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat. Contoh yang digunakan dalam minda pengarang,
(i) Mereka
Jenis kedua ialah kata tugas, iaitu unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Sebagai contoh, bentuk-bentuk condong dalam contoh-contoh yang berikut ialah kata tugas:
(i) di luar(ii) di Groung Zero
Bentuk kata tunggal yang terdapat petikan di antaranya:
Satu suku kata di dan,hak yang KV KVK KVKK
Dua suku kata ini, itu,isu,ada akan,umat,asas, baru, kata, nabiV + KV V + KVK KV + KV
tentu, perlu dalam, sudah, pihak,malah, kesat, bukan,fobiaKVK + KV KV + KVK
majmukKVK + KVK
Tiga suku kata ketika, kepada agamaKV + KV +VK V + KV+ KV
Empat suku kata atau lebih
islamofobia karikatur VK + KV +KV+ KV+KVV KV+KV+KV+KVK
tanggungjawab kerjasamaKVK+KVK+KV+KVK KVK+KV+KV+KV
Akronim ASEAN , AS, OIC, SAW
9
Kata ganda merupakan satu proses yang menggandakan kata dasar. Terdapat tiga
jenis penggandaan.Walau bagaimana pun hanya dua jenis penggandaan yang terdapat dalam
petikan yang dikaji.
Kata ganda penuh akhir-akhir
baru-baru
Kata ganda separa semata-mata
hormat-menghormati
Kata majmuk adalah kata-kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, termasuk
rangkai kata istilah khusus dan kata majmuk. Kata majmuk ditulis terpisah antara satu sama
lain. Janis-jenis kata majmuk yang terdapat dalam petikan yang dikaji ialah:
Kata majmuk rangkaian kata bebas
Pusat Islam
Perdana Menteri
media barat
Presiden
sekali gus
Istilah khusus ulang tahun
umat islam
Sekarang mari kita lihat pula dari sudut sintaksis. Secara ringkasnya sintaksis ialah
cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Dalam sesuatu ayat itu biasanya
ada subjek dan predikat.
Subjek bermaksud konsituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan.
Predikat pula ialah kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa atau menjadi
unsur yang menerangkan objek.
10
Contoh pembahagian subjek dan prediket yang terdapat pada petikan yang dikaji.
Subjek Predikat
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang ketika ini berada di New York,
menyatakan kesediaannya untuk membantu
AS menangani Islamofobia dalam kalangan
bukan islam di negara itu.
Islam juga menjamin hak bukan saja orang Islam,
tetapi juga hak bukan Islam.
Dalam petikan yang dikaji terdapat penggunaan ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
Contohnya penggunaan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang boleh dua
objek sebagai penyambut.
Subjek Predikat
Kata kerja aktif transitif
Objek tepat Objek sipi
Najib menjelaskan langkah yang paling penting
ialah memberi kefahaman asas
mengenai agama Islam
bahawa ia sebenarnya
membawa nilai sejagat,selari
konsep permodenan dan
agama yang progresif.
Terdapat juga penggunaan ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif. Contohnya
adalah seperti berikut:
1. Keadaan itu diburukkan lagi dengan isu pembinaan sebuah pusat islam yang mengandungi
ruang masjid berhampiran lokasi serangan 11 September 2001.
2. Pembinaan masjid di ‘Ground Zero’ atau ‘Park51’ itu ditentang kumpulan tertentu di AS.
11
Dalam petikan yang dikaji terdapat juga penggunaan beberapa jenis ayat seperti ayat
penyata. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat pernyataan.
Contoh;
1. Islam mengajar umat berteloransi dan hormat-menghormati.
2. Malaysia adalah contoh negara islam terbaik mencerminkan islam yang progresif.
Terdapat juga ayat perintah yang digunakan dalam petikan. Ayat perintah
bermaksud ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
Contoh;
OIC perlu menjadi pentas pertahanan bagi menangkis tomahan yang mengaitkan Islam
dengan kegiatan pelampau dan islamofobia.
Soalan 1 (c)
Kesimpulannya, petikan dalam minda pengarang telah banyak menggunakan imbuhan
awalan, akhiran dan juga imbuhan apitan. Dalam kajian sebanyak empat puluh empat
perkataan imbuhan awalan dan apitan digunakan manakala sebanyak dua belas imbuhan
akhiran telah digunakan. Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dalam perbandingan carta di
bawah.
12
Walau bagaimana pun tiada imbuhan sisipan yang digunakan oleh pengarang minda
pengarang.
Pengarang juga ada menggunakan perkataan kata pinjaman bahasa Inggeris dalam
menyampaikan mesej, contohnya perkataan progresif, platform dan persepsi. Selain itu juga
pengarang telah menggunakan perkataan kontroversi yang masih dalam perbincangan iaitu
islamofobia. Pada pandangan saya penggunaan perkataan ini akan membiasakan pengguna
bahasa dengan istilah tersebut.
Dari segi penggunaan bentuk perkataan, penggunaan kata tunggal nampaknya
seimbang. Penulis juga ada menggunakan pendekatan kata majmuk sama ada rangkaian kata
bebas mahupun istilah khusus. Walaubagaimanapun kata majmuk kiasan tiada digunakan.
Penggunaan kata ganda juga tidak banyak digunakan. Hanya empat atau lima perkataan
sahaja yang digunakan dalam penulisan beliau.
Merujuk ruangan Minda Pengarang juga, penulis telah menggunakan ayat yang
lengkap. Lengkap di sini bermaksud adanya ayat-ayat mempunyai subjek dan prediketnya.
Penulis juga menggunakan pendekatan menggunakan prediket dahulu diikuti subjek. Ini telah
membuatkan ayat yang dihasilkan nampak gramatis. Secara ringkasnya peranan morfologi
dan sintaksis saling kait- mengait di antara satu sama lain. Penggabungjalinan morfologi dan
sintaksis membuatkan sesuatu ayat yang dihasilkan begitu gramatis dan jelas maksudnya.
13
Soalan 2
BROSUR YANG BERTEMAKAN ‘KEBAHASAAN’ DENGAN
MENGAPLIKASIKAN ASPEK MORFO-SINTAKSIS
(rujuk lampiran)
14