Upload
vodien
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
Mujur tidak hilang tempat berteduh
Seorang wanita mualaf berketurunan Cina kini boleh menarik nafas lega selepas
mahkamah meluluskan permohonannya bagi mendapatkan surat probet yang
membolehkan beliau bertindak selaku wasi atau 'executor' bagi memindahkan
pemilikan flat tiga bilik ibu angkatnya di Bukit Batok. Kesemua itu dibolehkan kerana
ibu angkatnya, juga mualaf keturunan Cina, telah membuat surat hibah amanah
sebelum meninggal dunia. SAINI SALLEH <[email protected]> , yang menemu bual
beliau baru-baru ini, turut menyorot trend penggunaan hibah yang semakin diterima
masyarakat Islam.
20 Jul 2012
Singapura
2
Mualaf warisi flat ibu angkat melalui hibah amanah
CIK Nur Aniza Abdullah tidak tahu apa yang harus dilakukan sekiranya ibu
angkatnya yang sakit melarat akibat diserang angin ahmar pergi buat selama-lamanya.
Mualaf berketurunan Cina berusia 43 tahun itu mungkin tiada lagi tempat berteduh
kerana statusnya sebagai anak angkat tidak membolehkannya mewarisi flat ibu
angkatnya itu mengikut hukum faraid.
Ini kerana hukum faraid menetapkan 100 peratus hasil penjualan flat itu disalurkan ke
baitulmal.
Tidak terlintas dalam fikirannya cara lain bagi beliau mewarisi flat tiga bilik di Bukit
Batok itu lebih-lebih lagi ibu angkatnya sendiri mahu menyerahkan pemilikan rumah
itu kepadanya.
Atas saranan seorang rakan, beliau mendapatkan khidmat Encik Sadali Rasban,
penulis buku-buku mengenai pengalihan harta dan harta pusaka berlandaskan hukum
syariah yang juga pemilik HTHT Advisory Services Pte Ltd, sebuah firma perunding
cara bagi membantu melakarkan surat-surat pengalihan harta termasuk wasiat dan
hibah amanah.
Firmanya juga membantu waris mendapatkan surat-surat Letter of Administration
atau Letter of Probate , pembahagian harta pusaka dan membantu peguam dalam isu-
isu pusaka Islam yang mereka kendalikan.
Ibu angkat Cik Nur Aniza, Cik Fatimah Ismail, seorang mualaf keturunan Cina juga,
tidak mempunyai anak kandung hasil pernikahan dengan suaminya, juga mualaf
keturunan Sri Lanka, dalam 1960-an.
Beliau, yang sakit terlantar sejak 2010, meninggal dunia pada Julai 2011 pada usia 72
tahun.
Suaminya meninggal dunia pada 1991 selepas kembali semula kepada agama asalnya,
Kristian.
Cik Aniza, guru bahasa Melayu sambilan, adalah satu-satunya anak angkat mereka.
Encik Sadali, yang menyedari terdapatnya peruntukan hukum Islam yang
membolehkan ibu angkatnya memberikan hak pemilikan flatnya kepada Cik Aniza,
tampil membantu dengan menyiapkan dokumen sewajarnya.
Dokumen berupa surat-surat wasiat dan Hibah Amanah itu telah ditandatangani oleh
Cik Fatimah, Cik Anizah, seorang peguam dan dua saksi termasuk Encik Sadali pada
Disember 2010.
Surat itu, antara lain, menyebut bahawa Cik Fatimah mahu menghadiahkan flatnya
kepada Cik Aniza semasa hidup beliau dan pengalihan tukar milik akan berlaku
apabila beliau meninggal dunia.
3
Selepas Cik Fatimah meninggal dunia, Cik Aniza - yang berbekalkan surat-surat
wasiat dan hibah amanah itu - kembali menghubungi Encik Sadali untuk
melaksanakan wasiat dan hibah amanah ibu angkatnya.
"Saya masih samar-samar sama ada wasiat hibah amanah arwah ibu angkat saya itu
boleh dilaksanakan.
"Ini kerana saya tidak pernah mendengar kes anak angkat boleh mewarisi pusaka ibu
angkatnya," tambah Cik Aniza.
Menurut Encik Sadali, untuk melaksanakan hibah amanah itu, beliau telah membantu
Cik Aniza memfail afidavit bagi memohon mendapatkan surat probet di Mahkamah
Rendah pada Februari lalu.
Surat probet itu memberi hak kepada Cik Aniza sebagai wasi atau executor untuk
melaksanakan wasiat dan hibah amanah ibu angkatnya itu.
Antara dokumen yang dikemukakan termasuk surat hibah amanah, surat wasiat
terakhir dan pengakuan Allahyarhamha Fatimah mengenai pusakanya itu.
Dalam pada itu, Cik Aniza juga mendapatkan sijil warisan daripada Mahkamah
Syariah yang menetapkan harta pusaka estet Allahyarhamha Fatimah hendaklah
diagihkan secara faraid - diserahkan kepada baitulmal.
Encik Sadali kemudian merujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai kuasa
membuat keputusan terhadap kes-kes seumpama itu mengikut hukum negara.
Mentelah lagi, Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) menetapkan pembahagian
harta pusaka seorang Muslim mesti diagih mengikut hukum syariah.
Tiada mana-mana bahagian Amla yang menyatakan harta pusaka mesti diagih
mengikut faraid, kata Encik Sadali.
Namun, tugas tersebut tidak semudah disangka.
Cik Aniza, janda tanpa anak, dengan bantuan Encik Sadali, berjaya menjelaskan
kepada mahkamah mengenai pembahagian pusaka Allahyarhamha ibu angkatnya itu
berdasarkan hibah amanah itu.
"Pembahagian secara hibah amanah itu adalah salah satu cara pembahagian harta
secara syariah yang berlaku apabila ada kematian, bukan semata-mata secara faraid,"
tegas Encik Sadali.
Selepas agak lama menunggu, Cik Aniza akhirnya lega apabila pihak mahkamah
meluluskan permohonannya bagi mendapatkan surat probet.
Surat Probet hanya dikeluarkan apabila mahkamah menerima surat-surat wasiat dan
Hibah Amanah.
4
Dengan surat probet itu, beliau mengemukakan permohonan kepada pihak Lembaga
Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk diiktiraf sebagai executor (wasi) dan
memindahkan pemilikan flat ibu angkatnya kepada dirinya sendiri.
Copyright © 2012 SPH AsiaOne Ltd. All rights reserved.
Privacy Statement Conditions of Access Advertise @ AsiaOne