20
MUKADIMAH. Pertamanya dan selamanya, puji-pujian bagi Allah S.W.T, selawat dan salam atas Rasul akhir zaman, Rasul Muhammad S.A.W. Islam adalah agama universal yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian persamaan hak dan mengakui adanya pluralisme agama dan masyarakat. Pluralisme masyarakat dalam islam adalah sehaluan kehendak Allah yang tidak akan berubah, juga tidak mungkin dipersoalkan atau diingkari. Ungkapan ini menggambarkan bahawanya islam adalah agama yang sangat menghargai hak pluralisme kerana islam adalah agama yang dengan jelas mengakui hak-hak masyarakat lain untuk hidup bersama dan menjalankan ajaran masing masing dengan penuh kesungguhan. Mesej dan keharmonian hidup antara masyarakat berbeza merupakan kepentingan yang pertama dan harus dipraktikkan oleh semua bilangan masyarakat. Mesej yang jelas yang digunakan untuk menghilangkan rasa prasangka, salah faham dan untuk menjalinkan hubungan harmoni antara bilangan masyarakat. Agama islam sangat terbuka dan selalu memberi peluang dan menghormati berbeza bilangan masyarakat,perihal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah padan pembentukan Piagam Madinah iaitu piagam pertama yang diwujudkan di dunia untuk keharmonian masyarakat dan ditekankan untuk menjadi panduan manusia hingga bila-bila. Namun sedemikian, masalah perpecahan yang zahir daripada kelainan rasa atau bangsa, kelainan agama, perbezaan pendapat yang belum ada ketentuan kejayaan didalamnya, telah tersedia bibitnya dalam masyarakat majmuk negara kita sama ada dalam konteks ekonomi sosial dan politik. Hal yang lebih membimbangkan lagi berlaku apabila terbit isu-isu yang nampak seperti pengutaraan hak atau hukum hakam agama, namun berisikan kepentingan masing-masing, bermula daripada niat penguasaan ekonomi kepada politik, dengan apa cara sekali pun walau agama sendiri dijadikan

MUKADIMAH

Embed Size (px)

DESCRIPTION

asd

Citation preview

Page 1: MUKADIMAH

MUKADIMAH.

Pertamanya dan selamanya, puji-pujian bagi Allah S.W.T, selawat dan salam atas Rasul

akhir zaman, Rasul Muhammad S.A.W. Islam adalah agama universal yang menjunjung tinggi

nilai-nilai kemanusian persamaan hak dan mengakui adanya pluralisme agama dan

masyarakat. Pluralisme masyarakat dalam islam adalah sehaluan kehendak Allah yang tidak

akan berubah, juga tidak mungkin dipersoalkan atau diingkari. Ungkapan ini menggambarkan

bahawanya islam adalah agama yang sangat menghargai hak pluralisme kerana islam adalah

agama yang dengan jelas mengakui hak-hak masyarakat lain untuk hidup bersama dan

menjalankan ajaran masing masing dengan penuh kesungguhan. Mesej dan keharmonian

hidup antara masyarakat berbeza merupakan kepentingan yang pertama dan harus

dipraktikkan oleh semua bilangan masyarakat. Mesej yang jelas yang digunakan untuk

menghilangkan rasa prasangka, salah faham dan untuk menjalinkan hubungan harmoni antara

bilangan masyarakat. Agama islam sangat terbuka dan selalu memberi peluang dan

menghormati berbeza bilangan masyarakat,perihal ini boleh dilihat dengan tindakan Rasulullah

padan pembentukan Piagam Madinah iaitu piagam pertama yang diwujudkan di dunia untuk

keharmonian masyarakat dan ditekankan untuk menjadi panduan manusia hingga bila-bila.

Namun sedemikian, masalah perpecahan yang zahir daripada kelainan rasa atau bangsa,

kelainan agama, perbezaan pendapat yang belum ada ketentuan kejayaan didalamnya, telah

tersedia bibitnya dalam masyarakat majmuk negara kita sama ada dalam konteks ekonomi

sosial dan politik. Hal yang lebih membimbangkan lagi berlaku apabila terbit isu-isu yang

nampak seperti pengutaraan hak atau hukum hakam agama, namun berisikan kepentingan

masing-masing, bermula daripada niat penguasaan ekonomi kepada politik, dengan apa cara

sekali pun walau agama sendiri dijadikan “candu” kepada masyarakat(Karl Max, Das

Kapital),dan lahirlah masyarakat yang tidak lagi mampu melihat kebaikan dalam kebaikan

apatah lagi dalam keburukan. Oleh hal yang sedemikian, terbitlah sedikit kerisauan kami dan

daripada itu beberapa hasil usaha yang sekadar dan dalam keadaan tergesa, kami mencuba

untuk mengutarakan sedikit sebanyak idea dan pendapat merangkumi permasalahan ini, di

bawah tajuk “Membina Masyarakat anti-rasisme”. Dengan kelemahan dan rendah hati, kami

memujuk umat islam untuk baca, teliti dan nilaikan dengan kaca mata agama atas apa yang

telah tertulis pada lembaran-lembaran yang tidak seberapa ini.

Page 2: MUKADIMAH

LATAR BELAKANG RASISME SECARA RINGKAS.

Secara literalnya, RASISME adalah sesuatu sistem kepercayaan atau doktrin yang menyatakan

bahawa perbezaan biologi yang melekat pada ras manusia menentukan pencapaian budaya

atau individu bahawa sesuatu ras tertentu lebih superior dan memiliki hak untuk mengatur yang

lainnya. Jenis rasisme pula dapat di dibahagikan dalam tiga lingkungan; individu- Amalan

rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan; Struktur – Amalan rasisme yang dijalankan

melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan. Ideologi – Amalan rasisme yang

disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya kaum X menganggap dirinya lebih unggul kerana

mereka adalah daripada keturunan dewa. Dalam al-Qur:an, ditemui lima perkataan yang ada

kaitan dengan assobiah, Usbah sebanyak 4 kali dan Asib sekali. Usbah maksudnya

seketurunan atau sekumpulan, manakala ‘asib pula ialah ertinya dahsyat atau merbahaya.

Usbah, misalnya dalam surah Yusof, ayat 8 dan 14 dan surah anNur: 11. Dari kalimah usbah ini

lahirlah istilah asobiyah (perkauman) dan ta’assub (fanatisma puak).

Bukan dari kalangan kami orang yang menyeru ke jalan asabiah dan bukan di

kalangan kami orang yang berjuang di atas jalan asabiah dan bukan di kalangan

kami orang yang mati di atas dasar asabiah. Mendengar ungkapan tersebut, para

sahabat bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan asabiah wahai Rasulullah?

Baginda menjawab: Kamu membantu saudaramu di atas landasan kezaliman

(Muhammad Syams, 1990: 17–20)

Melalui pemahaman kami, rasisisme adalah satu sifat zumum iaitu sifat kebencian terhadap

seseorang yang lain, atau kepercayaan bahawa seseorang itu kurang dari sifat manusia

sebenar, disebabkan warna kulit, bahasa, bangsa, agama, tempat kelahiran atau apa saja

perkara asas seseorang itu. Ianya telah wujud sejak manusia mulai bermasyarakat dalam

musyawarah yang disertai dengan sifat kebencian, dengki, dan hati yang busuk belum

dibersihkan. Sejarah melakarkan banyak sekali pertumpahan darah dari sifat-sifat ini, cukup

daripada sirah Qabil dan Habil, kasta zaman Firaun, zaman arab jahiliah, sebelum kedatangan

islam. Manakala seketika selepas itu, tercetusnya fahaman syiah, lahirnya golongan fanatik

mazhab, penghinaan kepada orang yang beragama, penjulangan kepada golongan aristocrat,

Page 3: MUKADIMAH

dan sehingga hari ini, hati kita lebih mahu merasa jengkel pada orang, bangsa, agama yang

selain daripada kita daripada merasa kasihan, sedih dan sangkaan yang baik pada mereka.

BEBERAPA USAHA MASA KINI.

Kerajaan Malaysia telah melihat kepentingan penyatuan bangsa-bangsa yang ada di

Malaysia sebagai satu langkah yang amat penting sejak penubuhan Negara Malaysia selepas

kemerdekaan. Mereka mengambil pendapat bahawa dengan adanya penyatuan, barulah

sesebuah Negara itu membangun sama ada dari kelancaran dalam pentadbiran dan

kemantapan kedudukan ekonomi sehinggalah mentality masyarakat. Beberapa usaha giat telah

dijalan kan seperti di bawah;

• Rukun Negara

• Wawasan 2020

• Dasar Pembangunan

Nasional

• PLKN

• 1 Malaysia

Selain dari itu, masyarakat juga turuk mengambil serta dalam merealisalikan penyatuan

bangsa dengan mengambil langkah mempratikkan budaya rumah terbuka pada perayaan

masing-masing, menwujudkan satu institusi Rukun Tetangga bagi menjaga keharmonian

penduduk majmuk di sesebuah kawasan atau kampung.

Secara individu pula, menjadi satu kewajipan umat bagi mengukuhkankan fahaman

toleransi dalam agama dan peranan ibu bapa yang telah kukuh kefahamannya untuk mendidik

anak-anak mereka dari dalam rumah lagi.

Page 4: MUKADIMAH

DIANTARA FAKTOR KELAHIRAN RASISME DI MALAYSIA.

Sungguh, setelah sekian lama tanah melayu menjadi pusat pertemuan pelbagai kaum

dan agama untuk berdagang, dengan adunan molek para pemimpin melayu dahulu

meneraju rakyatnya, penjajahan imperialis dan kolonisasi kaum penjajah, telah

mencacatkan plurarisme yang sedia hanya dengan membawa Dasar “Pecah dan

Perintah” (Divide and Rule).

Fahaman pecah dan perintah ini di Malaysia membahagikan kaumnya kepada bangsa-sosio

ekonomi; yakni bangsa itu di klasifikasikan mengikut sosio dan ekonomi mereka.

a) Melayu di kampung menjadi petani

b) Orang cina di bandar menjadi peniaga

c) Orang india di estet-estet menjadi pekerja ladang

Negara tanah melayu juga di pecah-pecahkan mengikut geografi dan pemerintah. Tidak wujud

lagi sifat satu bangsa dan satu akidah tetapi yang wujud adalah semangat kenegerian dan ke

“aku” an. Kini, kita masih lagi berhadapan dengan masalah yang sama asal penyakit belum

terubat sepenuhnya. Namun, masalah kini tidaklah adil jika hanya diletakkan pada salah dan

silap dahulu kala sepenuhnya. Pada pendapat kami, selain pengaruh kolonisasi modern, kita

tidak dapat lari dari kenyataan yang mana penyakit ini juga kebanyakannya berpunca dari

punca internal seperti:

Prangsangka/konflik/beza pegangan pendapat.

Tekanan hidup

Beban hidup yang menghimpit. Orang miskin masih miskin, orang kaya di sekat aliran

hartanya, orang sendiri dijaga sebaiknya sehingga terasa selesa dalam tempurung.

Page 5: MUKADIMAH

Pemikiran masyarakat diracuni dengan propaganda yang menjurus dengan

perpecahan.- (bagi kepentingan dominasi sosial, ekonami, dan politik).

Selain itu juga, kami berpendapat terdapat beberapa perkara yang akan menjadi putaran

perjuangan kearah rasisme walaupun usaha masa kini mampu menyesaikan masalah dengan

usaha kontemporari ;-

Politik – Keistimewaan bangsa Melayu dalam perlembagaan, kearah rasisme atau

kearah kesepaduan?

Ekonomi – Sistem ekonomi yang berlandaskan kapitalisme mengekalkan pengkelasan

ekonomi berdasarkan kaum.

Sosial – Masyarakat lebih memperjuangkan hak bangsa masing-masing tanpa

menunaikan hak bangsa yang lain.

‘Loop Hole’ dalam usaha kini.

Semua langkah-langkah yang dinyatakan hanya dapat dilaksanakan jika rakyat sedia

menerima dan memberi manfaat .

Contohnya akulturasi budaya hanya dapat dilakukan jika etnik itu sendiri tidak bersifat

prejudis.

Selain itu, kempen anti rasisme , ceramah2 agama hanya dapat dimanfaatkan oleh

orang2 yang mahukan kesepaduan bersama

Oleh yang demikian, pendekatan kepada mereka yang bersifat ras dalam kalangan ras

mereka sendiri belum di ambil kira.

Page 6: MUKADIMAH

SEJARAH PENYATUAN BANGSA.

Terdapat 2 kaedah besar sejarah penyatuan bangsa. Pertama, melalui struktur nationalisasi.

Ia berasal dari kalimah latin, “natio” yang bermaksud “kelahiran”. Dari kalimah `natio’, lahirlah

istilah `nation’ (bangsa), `nationality’ (kebangsaan), `national’ (kerakyatan sesebuah negara),

`nation-state’ (negara bangsa) dan `nationalization’ (memiliknegarakan aset) (AC Kapoor,

Principles of Political Science, New Delhi: S Chand. 1981, ms 126).

Dalam bahasa arab, kebangsaan ini dinamakan al-wathaniyah (semangat cintakan tanah air).

Kedua, penyatuan atas dasar yakin dengan perintah Allah S.W.T dan penyatuan adalah

perintah Allah S.W.T. sepertimana yang telah di tunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah

S.A.W.

1. Nabi Muhammad S.A.W menyatukan kaum Muhajjirin dan Ansar. Kaum muhajir dan

ansar berkasih sayang, fasa penyebaran hidayah mulai pesat menjurus pada pembukaan

Mekkah sehingga islam mengajarkan tamadun pada 1/3 dunia.

2. Hitler menyatukan rakyat Jerman sebagai satu bangsa Jerman dengan hanya

mengambil masa singkat dalam masa 10 tahun untuk membangunkan ekonomi, militari dan

imperial Jerman selepas perang dunia pertama. Banyak menyalahkan Yahudi mengenai

masalah dunia dalam bukunya Mein Kampf menjana fasa Holocaust. Natijahnya, setelah kalah

dalam perang dunia kedua, Jerman kembali menjadi kecil dan rakyatnya sendiri tidak mahu

dikaitkan dengan nama Hitler.

3. Mahatma Gandhi menyatukan rakyat selatan dan utara India. Penyatuan lebih kepada

integrasi agama hindu dan islam. Namun, di hari akhirnya, tanah besar india terpecah kepada

tiga Negara India, Bangladesh, dan Pakistan. Manakala hidupnya yang dianggap penuh

kesucian tamat di tangan orang hindu sendiri.

Kedatangan nabi Muhammad membawa mesej Islam yang antara lain menghapuskan racism

ini. Dalam sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Muslim, al-Nasa’ie dan Ahmad, nabi

Muhammad SAW dilaporkan bersabda

• , , فقتل عصبة ينصر أو عصبة إلى يدعو أو لعصبة يغضب عمية راية تحت قاتل منجاهلية فقتلتة

Page 7: MUKADIMAH

Barangsiapa yang berperang di bawah bendera kebutaan, dan menyeru kepada racism (asabiyyah) atau marah kerana racism (asabiyyah), atau menyeru kepada racism atau membantu atas dasar racism, dan terbunuh, maka matinya adalah mati jahiliyyah.

Hadith di atas secara jelas menolak semangat kebencian atas dasar perkauman dan

juga sebab membuta tuli. Yang dimaksudkan dengan rayah ‘immiyyah di dalam hadith di

atas ialah menyokong tanpa asal tujuan, atau tanpa mengenali yang hak dan batil.

Nabi telah mengangkat status Bilal bin Rabah, daripada seorang bekas hamba abdi

kepada seorang muazzin atau tok bilal semasa zaman awal Islam. Perlantikan ini

memberikan satu signifikan besar kepada bangsa bukan Arab yang berkulit hitam,

sedangkan ketika itu ramai lagi sahabat-sahabat kanan nabi berbangsa Arab yang boleh

mendapat penghormatan tersebut

Propaganda anti-racism bukanlah slogan baru yang diperkenalkan di zaman moden ini,

bahkan hakikatnya telah diperkenalkan Islam lebih 1400 tahun yang lalu. Ianya telah

diwartakan di dalam khutbah nabi ketika Hajjatul Wada’. Dalam sepotong hadith riwayat

Ahmad, Nabi dilaporkan bersabda di dalam khutbahnya yang panjang itu:

بالتقوى … إال عجمي على لعربي فضل ال

Tiadalah kelebihan Arab ke atas Ajam (bukan Arab)….. melainkan taqwa.

Para al-Khulafa’ al-Rasyidin meneruskan agenda anti-racism ini tanpa lelah dalam

menyebarkan dakwah Islam ke luar semenanjung Tanah Arab, mereka benar-benar

menjaga niat mereka supaya perjuangan mereka atas dasar Islam itu tidak tersasar

kepada perjuangan atas dasar bangsa Arab.

Di al-Quds sebagai contohnya, semasa pembebasannya kali pertama di tangan Khalifah

Umar al-Khattab, beliau telah mengizinkan penduduk tempatan beragama Kristian untuk

terus kekal berada di dalam bandar suci itu dan mengekalkan gereja-gereja lama

mereka.

Page 8: MUKADIMAH

PERSPEKTIF INTEGRASI MENURUT ISLAM

• Integrasi menurut Islam bukan hanya di kalangan masyarakat Islam bahkan di kalangan

masyarakat bukan Islam. Sepertimana asas kepada piagam madinah.

• Islam menyarankan supaya kita menjalin hubungan baik dengan cara bertolak-

ansur,saling menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain.

• Integrasi hanya akan berjaya sekiranya semua masyarakat bekerjasama serta memberi

komitmen yang jitu.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan

dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-

kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia

kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan

atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam

PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Page 9: MUKADIMAH

PENYELESAIAN MELALUI MANIFESTASI AGAMA (skop global).

Dakwaan kita bahawa syariat Allah adalah syariat yang sempurna dan kejayaan dunia dan

akhirat berada mutlak di dalamnya. Jesteru, tiada alasan baik mampu diberikan untuk sendirian

melihat masalah dan memberikan rawatan bagi penyakit ini. 1400 tahun dahulu, ditengah-

tengah kekufuran manusia, Allah S.W.T telah mengutuskan nabi akhir zaman dan membawa

sinar hidayah ke seluruh dunia. Hanya dalam tempoh yang singkat,23 tahun, kelompok

manusia telah dibawa ke suatu puncak kemajuan. Petunjuk dan hidayah, kebaikan dan

kejayaan ditangan orang islam. Hal ini berlaku dalam tempoh yang begitu panjang sehingga

setiap penentangan pasti memperoleh kehancuran. Namun, segalanya telah menjadi sejarah

silam oleh orang-orang islam kita sendiri. Kita tidak lagi mampu melihat kebaikan, mengambil

maanfaat dari sejarah silam kerana keruntuhan akhlak, muasyarat, muamalat kita telah

menconteng arang pada pengorbanan suci dan susah payah orang-orang terdahulu. Untuk

kembali mengislahkan kerosakan, kelemahan, kehinaan, umat akhir zaman ini, Imam Malik R.A

telah menulis bahawa “ tidak sekekali terislah umat di akhir zaman ini melainkan dengan cara

pengislahan orang-orang terdahulu”.

Sehingga hari ini, kita telah memalingkan wajah kita daripada perintah dan janji Allah S.W.T.

orang-orang muda kita tergilakan unsur-unsur dari dari luar malah menyuarakan bahawa hukum

Allah sudah tidah releven lagi untuk diguna pakai. Hal ini, menyebabkan umat islam telah hilang

dari nikmat kebaikan diri apatah lagi untuk orang lain. Orang bukan islam menjadi hairan dan

ingin menjauhkan diri dari sifat malas,budi pekerti yang tidak baik dari kita sepertimana Rom

dan Parsi tidak bekeinginan menawan bumi arab pada zaman jahilliah. Agama jadi kritikan,

pegerakan islam kita hanya retorik semata. Para pemimpin bersusah payah, mengerut dahi

bagi menyesaikan masalah kita, namun ancaman dan cabaran ternyata semakin tebal, manfaat

usaha mengajak pada kebersatuan tidak dapat diambil oleh orang islam, bahkan usaha untuk

mengekalkannya pun menjadi susah. Dalam keadaan seperti ini, kelihatan seperti bertambah

buruk, masa depan orang-orang islam kelihatan gelap, maka berdiam diri adalah suatu

kesalahan.

Jesteru, perlulah bagi kita orang-orang islam sendiri kembali melihat apa yang telah

dibawa oleh junjungan besar Rasul S.A.W. Perkara pertama tidak dapat tidak adalah mengenai

pembersihan hati daripada syirik. Rasul S.A.W tidak datang membawa seruan dengan

memecahkan berhala yang ada di sekeliling kaabah, namun mengusahakan hati-hati manusia.

Hanyasanya untuk perkara ini, nabi telah disusahkan, di takut-takutkan, dan di gelar ‘majnun’ si

Page 10: MUKADIMAH

gila. Langkah kedua pula, dengan mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan

Muhajirin. Dan akhir sekali iaitu langkah ketiga, mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi

supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar. Di dalam Piagam Madinah

ini, Rasulullah menerapkan prinsip prinsip tertentu seperti Al-Quran dan Sunnah adalah sumber

hukum Negara, kewajipan semua pihak terhadap perdamaian, tanggungjawab Negara terhadap

orang bukan Islam dan pelbagai lagi.

Seterusnya adalah dengan pembentukan konsep ummah. Sebelum terbentuknya

ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini

disebabkan Madinah terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara

keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada 2 bangsa utama iaitu Arab dan Yahudi.

Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini sering

bermusnahan antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula

terdiri daripada beberapa puak, yang paling terkenal ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak.

Hubungan di antara puak Yahudi dan sentiasa di dalam keadaan tegang sehinggalah Nabi

berhjrah ke Madinah. Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke

Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah bersamaan 622 M. Suasana di Madinah tidak aman

menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi sedar

negara Islam Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih

dahulu. Sehubungan dengan itu, Nabi telah bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan

Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar, golongan ini kemudiannya telah

dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian

damai dengan golongan Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah

digubal, Nabi juga membina masjid sebagai tempat untuk menyatukan umat Islam. Dengan

usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.

Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan

terbentuknya ummah, Madinah telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia

kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan disegani. Di bawah konsep ummah,

penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi

politik, ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah

konsep ummah telah membuktikan bahasa Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak

memisahkan di antara politik dan agama.

Page 11: MUKADIMAH

Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di

Madinah sebelum ini. Semua penduduk Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju

untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat kepimpinan yang ada pada Nabi

telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan

Islam. Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di

Madinah. Puak Aus dan Khazraj misalnya telah berperang sejak sekian lama dan peperangan

yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi juga sering mengintai peluang

untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara

kedua-dua puak tersebut.

Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka

peluang kepada penyebaran agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan

agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut Islam bertambah dengan banyaknya.

Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih daripada

100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai

100,000 orang telah mendengar khutbah baginda yang terakhir.

Apabila keimanan, keilmuan dan amalan orang islam telah betul, sehingga menjadi

mukmin sebenar disisi Allah dan Rasulnya, barulah keagungan Islam kembali datang,

perwatakan orang islam menjadi baik, ahklak juga menjadi baik sehingga mampu memberi

maanfaat pada orang di sekelilling kita samaada orang islam dan bukan islam. Allah S.W.T

telah berjanji (Maha Suci Allah yang tidak sekali-kali mungkir atas Janji-Nya) bahawa khalifah

dimuka bumi adalah orang mukmin (al-Nur:55), mukmin senentiasa menguasai orang kafir dan

orang kafir tiada pertolongan Allah (al-Fath:22)dan bantuan Allah bersama orang Mukmin (al-

Rum;47).

Atas perkara ini, usaha untuk mengembalikan identity islam sangat-sangatlah penting

dari pada mengembalikan identity orang melayu. Hal ini kerana identity orang melayu dan orang

bukan islam kelihatan telah seakan. Pandangan kita harus diubah untuk melihat orang bukan

islam atas bangsanya, warna kulitnya, atau kelaian fizikalnya, namun dengan melihat mereka

adalah golongan orang bukan islam, dan untuk orang bukan islam ada hak-hak yang perlu saya

tunaikan iaitu hak yang paling besar nikmat beragama dengan deenulislam sepertimana yang

telah Allah perintahkan. Bagi orang islam pula, mereka adalah saudara saya tanpa batas beza

luaran atas kalimah tauhid. Melihat kembali keadaan kita orang islam, adalah sangat wajar bagi

diri kita untuk memalingkan pandangan daripada kepentingan dunia yang sementara ini kepada

Page 12: MUKADIMAH

niat, azam dan usaha mengembalikan nikmat yang telah hilang dalam diri orang islam iaitu

keghairahan kepada amalan-amalan agama.

Kedua, sepertimana Rasullulah S.A.W. telah mendirikan masjid, setiap dari kita perlulah

menghubungkan diri dengan, masjid, rumah Allah atau Taman syurga dengan membina amal di

dalam masjid dan bukannya hanya tahu membina masjid, surau yang lengkap indah tetapi

kelihatan lengang pada waktu Asar setelah ramainya manusia bersolah Jumaat pada waktu

zohor di hari yang sama.

Amalan pertama setelah iman yang perlu diperbaiki ialah solah. “Solat mencengah dari

mungkar”, namun nilai solah kita jauh sejauhnya daripada nilai solah yang dikehendaki oleh

Allah dan Rasulnya, bahkan untuk memperbaiki solah pun jauh untuk terlintas dalam hati kita

sehingga tiada tumpuan dan rendah hati di setiap ketika kita menunaikan solat. Setelah itu,

tidak dapat tidak untuk orang islam kembali melapangkan masa dengan adap dan hormat untuk

membaca Al-quran dengan makna dan mafhum.bagi kita orang biasa, sekurang-kurangnya

mengkatamkan Al-quran 2 kali setahun menurut Imam Ghazali dan menyakini kejayaan dan

kebaikan saya ada dalam Al-Quran. Bahkan, kemampuan melafazkan Al-Quran tanpa tafsir

setiap hari secara istiqomah adalah di cintai dan satu nikmat yang besar. Manakala bagi yang

belum mampu, belajarlah dahulu lafaz sebutan daripada guru-guru agama, dan Allah S.W.T

telah nyenyediakan ganjaran Rahmat bagi siapa yang mahu dan moga dipermudahkan oleh

Allah. Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, pendidikan Al-Quran perlu di berikan di awal

usia namun diharapkan bukanlah di sekolah atau mana-mana permis lain. Pendidikan awal usia

ini hanya dapat disempurnakan oleh ibu bapa di rumah dengan pencurahan kasih sayang dan

lemah lembut, sehinggalah budaya melahirkan hafiz hafizah quran keluar dari setiap pintu

rumah-rumah orang islam.

Dalam mendewasakan masyarakat kita mengenai perkara ini, nilai-nilai agama perlu di pesan-

pesankan. Hari ini, anak-anak kecil kita mampu untuk menarik seluar ayahnya,memanggil untuk

meminta wang kerana mereka telah faham nilai mata wang. Semakin banyak nilai wang,

semakin banyak permainan yang dapat di beli. Semakin banyak nilai agama telah kita fahami,

semakin tinggi keghairahan untuk datang pada amalan tersebut khususnya solat dan membaca

Al-Quran.

Hakikatnya, untuk permasalah anti ras sendiri bukanlah masalah tunjang namun hanyalah

symptom kepada penyakit kita sendiri. Hal ini kerana, Allah S.W.T membuat keputusan di dunia

Page 13: MUKADIMAH

berdasarkan amalan orang islam. Jika kita berpaling dari pada Allah, maka Allah S.W.T akan

palingkan pangdangan Rahmat keatas kita. Jika kita bergerak menuju Allah dalam keadaan

berjalan, maka Allah akan bergerak menuju kita dalam keadaan “berlari”. Dan dalam

mewujudkan masyarakat Islam yang sebenar, adalah ubat bagi seluruh penyakit tapa perlu

pada label anti- rasist.

Imam ghazali telah menulis bahawa, kerja-kerja berpesan-pesan pada kebaikan dan mencegah

pada kemungkaran adalah satu rukun yang besar sehinggakan setiap perkara berkait

denganya. Jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya dan ditinggalkan dari segi ilmu dan

amalan dakwah beberapa kesan dapat dilihat antaranya: usaha para nabi terdahulu tiada

gunanya, amanah sifat utama manusia akan hilang, sifat malas beribadah tersebar,jalan

kesesatan akan terbuka luas, umat jadi jahil, perpecahan masyarakat. Dalam hubungan orang

islam sendiri pula; kesan kengemilangan ilmu dan amal akan musnah, penghinaan sesama

islam hati tiada hubungan dengan Allah sehinggalah tiada seorang mukmin pun berani

menyuarakan hak dan sanggup menerima cacian untuk itu. Kalaulah ada, pasti dialah mukmin

yang istimewa di pandangan Allah, Rasul, dan orang beriman. Kesimpulannya, kami kukuh

memegang bahawa untuk masalah rasisme secara specifikasinya dapat di ubati dengan

mengembalikan umat islam kepada ilmu, kefahaman dan amalan orang islam sepertimana yang

dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya manakala wastoneah perlu di bibit pada diri orang bukan

islam setelah mengembalikan apa-apa hak yang mungkin terlangar oleh kita.

Page 14: MUKADIMAH

KURSUS MALAYSIAN HISTORY (CTU555) 

TAJUK KEARAH MELAHIRKAN MASYARAKAT ANTI- RAS

DISEDIAKAN OLEH

MUHAMMAD SAIFULLAH BIN MAHBOOB (2013179167)

MUHAMAD SYUKRI BIN ZAINUDDIN (2013145487)

SHAHRIZAT BIN SMAIL KASIM (2013197421)

EDZHARFARIZ B TAMIN. (2010594311)

NAMA PENSYARAH USTAZ WAN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JOHORFACULTY OF CHEMICAL ENGINEERING

BACHELOR OF CHEMICAL ENGINEERING