Upload
doanphuc
View
316
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
LAWATAN YBHG. KETUA
PERANGKAWAN MALAYSIA KE
PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAI
PENYIASATAN TERPILIH:
PENYIASATAN TENAGA BURUH
MAJLIS PENYAMPAIAN
SIJIL AMALAN 5S
MY PENANG:
KEDAI NASI KANDAR
PILIHAN ANGGOTA
JP P. PINANG
SEKAPUR SIRIH DARIPADA PENAUNGSEKAPUR SIRIH DARIPADA PENAUNGSEKAPUR SIRIH DARIPADA PENAUNG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Statistik
Alhamdulillahi rabbil alamin, setinggi kesyukuran saya panjatkan ke
hadrat Allah SWT kerana dengan limpah nikmat dan kurniaNya,
Mutiara Stats Bil. 2/2013 bagi tempoh Julai hingga Disember 2013
berjaya diterbitkan. Walaupun masing-masing terikat dengan tugasan
serta deadline yang perlu dipatuhi, namun kesungguhan Sidang
Redaksi dalam menyiapkan Mutiara Stats Bil. 2/2013 ini amatlah
dihargai.
Separuh tahun kedua 2013 dimulakan dengan langkah gemilang oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang (JP Pulau Pinang).
Pada tanggal 18 Julai 2013, JP Pulau Pinang telah diaudit untuk
pensijilan Amalan 5S oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan
Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). JP Pulau Pinang telah
dikategorikan sebagai CEMERLANG dalam pensijilan Amalan 5S dan
menjadi penanda aras bagi JP Negeri yang lain. Setelah menerima
pensijilan ini, JP Pulau Pinang akan terus melaksanakan Amalan 5S
bagi memastikan dasar "Sentiasa Amal" sentiasa dipatuhi. Gotong-
royong diteruskan setiap bulan bagi memastikan persekitaran pejabat sentiasa kemas, teratur dan kondusif. JP Pulau
Pinang turut menyumbang idea bagi membantu JP Kedah dan JP Perlis bagi memperoleh pensijilan yang sama.
Dalam menempuh era ledakan maklumat, teknologi maklumat dan komunikasi atau ICT amat penting. Kesan
perubahan dalam pembaharuan teknologi maklumat menjadikan data daripada responden boleh dihantar kepada
Jabatan Perangkaan melalui e-survey. Beberapa sesi bersama responden bagi pengisian soal selidik secara online
untuk Penyiasatan Pembuatan Bulanan telah diadakan sepanjang tahun 2013. Di samping memberi taklimat kepada
responden, kesempatan yang ada diambil untuk beramah mesra dan menjalinkan hubungan dengan responden.
Modenisasi kaedah pungutan data melalui e-survey ini dapat mengurangkan bebanan responden dan tempoh masa
pungutan data, seperti mana termaktub dalam Pelan Strategik Jabatan 2010 - 2014.
Bagi tujuan mempromosi Jabatan pula, JP Pulau Pinang turut sama menyertai Program Gerak Usahawan Zon Utara di
Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang. Penerbitan Jabatan dipamerkan semasa program ini dilaksanakan. Ia
bertujuan untuk mempromosikan produk dan penerbitan Jabatan. JP Pulau Pinang telah menubuhkan Jawatankuasa
Promosi lanjutan daripada sambutan program yang amat memberangsangkan ini. Peranan Jawatankuasa ini adalah
sebagai jentera utama untuk mempromosi jabatan sama ada semasa penganjuran sesuatu acara oleh JP Pulau Pinang
sendiri atau atas jemputan organisasi lain.
Akhir kalam, syabas dan terima kasih kepada semua warga JP Pulau Pinang di atas kecemerlangan, usaha dan bakti
yang dicurahkan sepanjang tahun 2013. Kerjasama padu yang ditunjukkan oleh anggota menjadi tunjang kejayaan JP
Pulau Pinang dalam menyediakan data statistik yang berkualiti, reliable dan bertepatan masa serta melahirkan modal
insan yang kompeten.
Sekian, terima kasih.
Hajah Ezatul Nisha binti Abdul Rahman
Pengarah,
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang
2
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
SEULAS PINANG DARIPADA PENASIHAT SEULAS PINANG DARIPADA PENASIHAT SEULAS PINANG DARIPADA PENASIHAT
ISI KANDUNGAN
Sekapur Sirih Daripada Penaung : 02
Seulas Pinang Daripada Penasihat &
Tinta Ketua Pengarang : 03
Profil Ketua Pejabat Operasi Seberang Perai : 04
Lawatan YBhg. Ketua Perangakwan Malaysia
Ke Pejabat Operasi Seberang Perai : 05
Audit Amalan 5S Oleh MAMPU : 06
Majlis Penyampaian Sijil Amalan 5S : 07
Lawatan Kerja Anggota Bahagian / JPN
Ke JP P. Pinang : 08
Perjumpaan Pengarah Bersama
Anggota JP P. Pinang : 09
Sorotan Peristiwa : 10-11
Pra-Konvensyen KIK 2013 : 12
Program Penerapan Nilai –Nilai Murni : 13
Penyiasatan Tenaga Buruh : 14
Amalan 5S JP P. Pinang : 15
Larian Stats 2013 : 16
Kreativiti Anggota : 17
My Penang : 18-19
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Puan Hajah Ezatul Nisha Bt. Abdul Rahman
PENASIHAT
Encik Mohd Nor B. Ishak
SETIAUSAHA
Puan Nor Suriani binti Yaakop
KETUA PENGARANG
Encik Anas B. Aminuddin
PENGARANG
Encik Saiful Bahari B. Zainudin
Puan Norazrina binti Noor
Cik Rafidah binti Omar
UNIT PENERBITAN
Encik Azhar B. Hashim
UNIT GRAFIK
Encik Azhar B. Hashim
Encik Amirul Syazri B. Sharudin
Encik Mohd Fakhoul Roudzi B. Jaafar
JURUFOTO
Encik Azhar B. Hashim
Encik Nor Azizan bin Ahmad
TINTA KETUA PENGARANGTINTA KETUA PENGARANGTINTA KETUA PENGARANG
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Setinggi kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah nikmat dan kurniaNya, Mutiara Stats Bil.2/2013 ini berjaya
diterbitkan.
Edisi kali ini memuatkan maklumat serta aktiviti JP Pulau Pinang sepanjang
separuh tahun kedua 2013 iaitu dari bulan Julai sehingga Disember 2013.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan bagi tempoh tersebut adalah
Lawatan YBhg. Ketua Perangkawan Malaysia ke Pejabat Operasi
Seberang Perai, Sesi Pengauditan Amalan 5S oleh pihak MAMPU, Majlis
Penyampaian Sijil Amalan 5S, Kronologi Lawatan Kerja Anggota
Bahagian / JP Negeri Ke JP Pulau Pinang, Perjumpaan Pengarah Bersama Anggota dan Program
Penerapan Nilai-Nilai Murni.
Selain itu, dimuatkan juga profil Ketua Pejabat Operasi Seberang Perai serta kupasan berkenaan
Penyiasatan Tenaga Buruh (PTB). Sorotan Peristiwa pula menceritakan secara bergambar aktiviti-
aktiviti yang dijalankan oleh JP Pulau Pinang sepanjang bulan Julai sehingga Disember 2013.
Halaman 'My Penang' telah diwujudkan sejak Mutiara Stats Bil.1/2013 untuk memperkenalkan 1001
wajah serta penceritaan menarik negeri Pulau Pinang. Pada edisi kali ini, restoran nasi kandar
menjadi kupasan.
Kepada Sidang Redaksi bagi edisi kali ini, sekalung tahniah dan terima kasih diucapkan di atas usaha
dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan bagi merealisasikan penerbitan 'buah tangan' JP Pulau
Pinang ini.
Sekian, Wassalam.
Anas Bin Aminuddin
Ketua Pengarang
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
3
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarang,
Sidang Redaksi sekalian dan anggota Jabatan yang terlibat sehingga terhasilnya Mutiara Stats Bil.
2/2013.
Penerbitan Mutiara Stats ini merupakan medium dalam menyalurkan aktiviti JP Pulau Pinang bagi
enam bulan terakhir tahun 2013 untuk tatapan warga JP Pulau Pinang khususnya dan anggota
Jabatan Perangkaan Malaysia amnya. Setiap aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang
setengah tahun kedua 2013 dimuatkan dalam majalah ini. Coretan pena Pengarang yang
mencatatkan maklumat tersebut serta dihiasi dengan gambar-gambar kenangan telah menjadi
tatapan semua di majalah ini.
Akhir kata, sekalung tahniah kepada Sidang Redaksi Mutiara Stats dan
juga penyumbang artikel kreativiti bagi melengkapkan penerbitan ini.
Sekian, Wassalam.
Mohd Nor Bin Ishak
Penasihat
Bil. Aktiviti Penganugerah Tahun
1. Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K) T.Y.T Yang di Pertua Negeri P. Pinang 2013
2.
Hadiah Pingat Emas USM (Dihadiahkan
oleh Tun DR. Lim Chong Eu untuk pelajar
tahun akhir terbaik bagi Ijazah Sarjana
Muda Sains
Universiti Sains Malaysia 1999
3. Hadiah KSTAS Tahun 1998/1999 Kementerian Sains, Teknologi dan Alam
Sekitar (KSTAS) 1999
PROFIL KETUA PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAIPROFIL KETUA PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAIPROFIL KETUA PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAI
Nama : Tai Boon Hooi
Tarikh Lahir : 19 Mei 1963
Tempat Lahir : Taiping, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan ST. George (2),
Taiping, Perak Darul Ridzuan
Pendidikan Menengah : Sekolah Menengah Kebangsaan St. George,
Taiping, Perak Darul Ridzuan
Pengalaman Bert ugas :
Bil. Tarikh Bahagian/Negeri Jawatan
1. 27 Januari 1987 Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor Pegawai Seranta S27
2. 1 April 1990 Hospital Taiping, Perak Pegawai Seranta S27
3. 2 Jun 2003 Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri P. Pinang (JPPP) Perangkawan N41
4. 16 Mei 2004 Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Perak (JP Perak) Perangkawan N41
5. 1 Ogos 2005 Pejabat Operasi Taiping, JP Perak Perangkawan N41
6. 15 Mei 2008 Pejabat Operasi Seberang Perai, JPPP Perangkawan E44
Ant ar a lat ihan / bengke l / k urs us / me syuar at luar negar a y ang per nah dihadi r i :
Bil. Aktiviti Tempat Tempoh
1. Executive Development Program (EDP) Republic of Korea 13—29 Mei 2008
Penganuge rahan Yang D ite r ima:
4
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
LAWATAN YBHG. KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA LAWATAN YBHG. KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA LAWATAN YBHG. KETUA PERANGKAWAN MALAYSIA
KE PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAIKE PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAIKE PEJABAT OPERASI SEBERANG PERAI
Pada 3 Oktober 2013, Pejabat Operasi Seberang Perai, Jabatan Perangkaan Ma-
laysia Negeri Pulau Pinang telah mendapat kunjungan dan lawatan rasmi dari
Ketua Perangkawan Malaysia YBhg. Dr. Abdul Rahman bin Hasan.
Pada lawatan tersebut YBhg. Dr. KP telah diberikan taklimat oleh Ketua Pejabat
Operasi Seberang Perai En. Tai Boon Hooi, Perangkawan E44. Taklimat ringkas
berkaitan dengan Pejabat Operasi Seberang Perai diberikan di Bilik Mesyuarat
Utama, Aras 6, Bangunan Persekutuan, Kepala Batas yang di hadiri oleh Pengarah
Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang dan semua pegawai/ anggota
pejabat operasi. Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang juga diberi
penghormatan untuk memberi ucaptama pada hari tersebut.
YBhg. Dr. KP juga sudi meluangkan masa untuk memberi ucapan serta nasihat
kepada semua pegawai/anggota. Dalam kesempatan tersebut YBhg. Dr. KP juga
memberi ruang kepada anggota untuk sesi soal jawab di mana dalam sessi tersebut beberapa persoalan telah dikemukan
dan dijawab oleh YBhg. Dr. KP.
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
5
AUDIT AMALAN 5S OLEH MAMPUAUDIT AMALAN 5S OLEH MAMPUAUDIT AMALAN 5S OLEH MAMPU
Bagi merealisasikan seruan YBhg. Ketua Perangkawan Malaysia dalam me-
laksanakan Amalan 5S, Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang
telah menubuhkan Jawatankuasa Amalan 5S dengan bertemakan “Kami
Komited Membudayakan Amalan 5S” yang telah dilancarkan pada 20 Julai
2012.
Pada 18 Julai 2013 pegawai daripada pihak MAMPU telah hadir bagi mem-
buat pengauditan Amalan 5S Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau
Pinang. Kesemua enam zon telah dilawati oleh pegawai audit semasa lawatan tersebut. Hasil daripada pengauditan
tersebut Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang telah berjaya mendapat pensijilan Amalan 5S dengan pering-
kat cemerlang. Zon Pulau Undan, yang
bertempat di Pejabat Operasi Seberang
Perai merupakan zon paling cemerlang ker-
ana telah mendapat markah tertinggi antara
zon.
6
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
Majlis penyampaian sijil Amalan 5S bagi Jabatan
Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang, Jabatan
Perangkaan Malaysia Negeri Johor dan Jabatan Perangkaan
Malaysia Negeri Kelantan telah dilaksanakan pada 3
Oktober 2013. Majlis telah diadakan di Pejabat Operasi
Seberang Perai, Kepala Batas, Pulau Pinang, bersempena
lawatan YBhg. Ketua Perangkawan Malaysia ke Pejabat
Operasi berkenaan.
Pada majlis ini semua sijil telah disampaikan kepada
kesemua Pengarah bagi ketiga-tiga negeri oleh pegawai
dari MAMPU yang diiringi oleh YBhg. Ketua Perangkawan
Malaysia.
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5SMAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5SMAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL 5S Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
7
LAWATAN KERJA ANGGOTA BAHAGIAN / JP NEGERI KE LAWATAN KERJA ANGGOTA BAHAGIAN / JP NEGERI KE LAWATAN KERJA ANGGOTA BAHAGIAN / JP NEGERI KE
JP PULAU PINANGJP PULAU PINANGJP PULAU PINANG
8
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
PROGRAM / LAWATAN KERJA ANGGOTA BAHAGIAN / JP NEGERI KE JP PULAU PINANG
JULAI - DISEMBER 2013
BIL NAMA PROGRAM / LAWATAN BAHAGIAN / JP NEGERI TARIKH
1. Lawatan Pemantauan Kerja Pengemaskinian Rangka HIES Tahun 2013
Bahagian Metodologi & Penyelidikan
25 September 2013
2. Program Pemantauan Operasi dan Prosesan PTB/M/G&U 2013
Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia Dan Sosial (BPTMS)
26 & 27 September 2013
3.
Lawatan Kerja Luar dan Semakan Kualiti Penyiasatan Penggunaan dan Capaian ICT Oleh Individu dan Isi Rumah (ICT HS) 2013
Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP)
10 & 11 Oktober 2013
4.
Semakan Kualiti Data dan Kadar Respon PenyiasatanPerbelanjaan Alam Sekitar,Kompedium Perang-kaan Alam Sekitar (KPAS) dan Pem-bangunan Integrated Economics and environment Accounting (SEEA)
Bahagian Perangkaan Pertanian & Alam Sekitar
16 - 19 Disember 2013
5. Lawatan Kerja Luar Pungutan Harga Pengguna
Bahagian Perangkaan Harga, Pendapatan dan Perbelanjaan (BPHPP)
16-17 Disember 2013
6. Lawatan Kerja Persediaan Rangka Banci Perdagangan Edaran Tahun 2014
Bahagian Metodologi & Penyelidikan
18 Disember 2013
7. Lawatan Cerapan CDT 2014, Pulau Pinang
Bahagian Perangkaan Perkhidmatan
22 - 24 Disember 2013
Majlis Perjumpaan Pengarah Bersama Anggota Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang bagi Suku
Tahun Ketiga dan Keempat telah diadakan pada bulan November dan Disember. Agenda utama bagi program
ini ialah penyampaian amanat daripada Pengarah dan Sesi Dialog bersama anggota. Dalam perjumpaan ini juga,
terdapat sesi Pengucapan Awam oleh 2 orang anggota terpilih, Sesi Wacana Ilmu oleh pegawai terpilih dalam
kalangan Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Sesi Perkongsian Ilmu (KSS) oleh beberapa anggota yang
dipilih dalam kalangan Kumpulan Sokongan.
Bagi mengiktiraf prestasi yang baik dan sumbangan anggota Kumpulan Sokongan kepada Jabatan Perangkaan
Malaysia Negeri Pulau Pinang, maka jabatan ini telah mewujudkan anugerah Employee Of The Quarter.
Penerima anugerah ini dinilai daripada pencapaian Key Performance Indicator (KPI) anggota, disiplin dan
catatan merah pada kad perakam waktu. Penerima Employee Of The 3rd Quarter 2013 ialah Encik Mohd Nasir
Bin Idris, Pembantu Perangkaan E17 daripada Pejabat Operasi Seberang Perai.
PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA ANGGOTA PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA ANGGOTA PERJUMPAAN PENGARAH BERSAMA ANGGOTA Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
9
10
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
SOROTAN PERISTIWASOROTAN PERISTIWASOROTAN PERISTIWA
Jamuan Hari Raya JP Pulau Pinang
26 Ogos 2013
Jamuan Hari Raya JP Pulau Pinang
26 Ogos 2013
Lawatan Ke Rumah Fakir Miskin
31 Julai 2013
Majlis Bacaan Surah Yassin
1 Ogos 2013
Majlis Perpisahan Anggota
25 September 2013
Majlis Perpisahan Timbalan Pengarah
26 Ogos 2013
Lawatan Ke Rumah Fakir Miskin
31 Julai 2013
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
11
SOROTAN PERISTIWASOROTAN PERISTIWASOROTAN PERISTIWA
Hari Keluarga & BBQ
23 November 2013
Hari Keluarga & BBQ
23 November 2013
Karnival Gerak Usahawan
6 Oktober 2013 Kerja Luar PRUP
26 Oktober 2013
Kerja Luar PRUP
26 Oktober 2013
Seminar Solat Selawat
10 November 2013
Seminar Solat Selawat
10 November 2013
PRAPRAPRA---KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF & KREATIF
Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan Majlis Pra-Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) pada 26
hingga 29 November 2013 bertempat di Dewan Anggerik, Jabatan Perangkaan Malaysia. Majlis tersebut telah
disempurnakan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, YBhg. Dr. Haji Abdul Rahman bin Hasan. Sebanyak 28 Kumpulan KIK
daripada Bahagian dan JP Negeri telah menyertai majlis tersebut. Pelaksanaan Pra-Konvensyen ini bertujuan untuk
memilih kumpulan-kumpulan KIK untuk ke peringkat Konvensyen yang dijangka akan diadakan pada April 2014. Setiap
kumpulan diperuntukkan selama 15 minit untuk
pembentangan yang diadili oleh 3 orang panel juri
profesional. Daripada 28 kumpulan yang bertanding,
sebanyak 7 kumpulan bagi kategori Pengurusan dan 7
kumpulan bagi kategori Teknikal telah melayakkan diri ke
peringkat Konvensyen.
Kumpulan Kategori Pengurusan
JP Sarawak
JP Kedah
JP Pulau Pinang
Bahagian Perangkaan Pertanian Alam Sekitar
Institut Latihan Statistik Malaysia
JP Johor
JP Terengganu
Kumpulan Kategori Teknikal
Bahagian Petunjuk Ekonomi
Bahagian Perangkaan Perkhidmatan
JP Sabah
Bahagian Metodogi Penyelidikan
Bahagian Perangkaan Penduduk dan Demografi
Bahagian Korporat dan Khidmat Pengguna
Bahagian Perangkaan Perdagangan Luar Negeri
12
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
PROGRAM PENERAPAN NILAIPROGRAM PENERAPAN NILAIPROGRAM PENERAPAN NILAI---NILAI MURNINILAI MURNINILAI MURNI Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
13
Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang yang diadakan
pada setiap bulan adalah bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai murni kepada semua warga Jabatan
Perangkaan Malaysia Negeri Pulau Pinang ke arah membentuk keperibadian mulia serta dapat menyemai
dan seterusnya menghayati tema yang disampaikan. Bagi tempoh Julai hingga November 2013, program-
program yang telah diadakan adalah seperti berikut:
BIL. TAJUK PROGRAM BULAN
1. “TIP-TIP CEMERLANG DARIPADA AL-QURAN” DISAMPAIKAN OLEH DR. DANIAL BIN HAJI ZAINAL ABIDIN
JULAI
2. “RAMADAN DITANGISI, SYAWAL DIRAI” DISAMPAIKAN OLEH USTAZ ABDUL RASHID BIN ABDUL JALIL
OGOS
3. “PENYAKIT JANTUNG” DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI DARIPADA JABATAN KESIHATAN PULAU PINANG
SEPTEMBER
4. “TAKLIMAT KECEMASAN DAN KEBAKARAN SERTA TINDAKAN ASAS” DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI DARIPADA JABATAN PERTAHANAN AWAM, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG
OKTOBER
5. “PENGURUSAN HARTA PUSAKA” DISAMPAIKAN OLEH PEGAWAI DARIPADA AMANAH RAYA BERHAD
NOVEMBER
Penyiasatan Tenaga Buruh dijalankan untuk mengumpul
maklumat berkaitan struktur dan taburan tenaga buruh,
guna tenaga dan pengangguran. Data yang disediakan
adalah bagi kawasan bandar dan luar bandar di peringkat
negeri dan nasional.
Penyiasatan ini menggunakan kaedah temu ramah
dengan responden dengan melawat tempat kediaman
terpilih. Penyiasatan ini merangkumi penduduk aktif dan
tidak aktif dalam ekonomi yang berumur antara 15
hingga 64 tahun.
Maklumat yang diperoleh daripada penyiasatan ini
digunakan sebagai input untuk menganalisis situasi
pasaran buruh, menggubal dasar, merancang dan
melaksana serta memantau program berkaitan dengan
pembangunan sumber manusia.
PENYIASATAN TERPILIH PENYIASATAN TERPILIH PENYIASATAN TERPILIH --- PENYIASATAN TENAGA BURUHPENYIASATAN TENAGA BURUHPENYIASATAN TENAGA BURUH
14
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
AMALAN 5S JP PULAU PINANGAMALAN 5S JP PULAU PINANGAMALAN 5S JP PULAU PINANG
Meniti era transformasi perkhidmatan awam bagi meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, JP Pulau Pinang telah mengambil langkah untuk memantapkan pengurusan pejabat melalui Amalan 5S.
Pelbagai aktiviti direncanakan bagi merealisasikan Pensijilan Amalan 5S oleh pihak MAMPU. Program dimulakan dengan membuat edaran Info Memupuk Kesedaran Membudayakan Amalan 5S secara berkala. Selain daripada gotong-royong bulanan, edaran Ingatan Mesra pada setiap hari Jumaat kepada seluruh warga JP Pulau Pinang melalui emel turut dijadikan satu aktiviti bagi membolehkan anggota untuk meluangkan masa 5-10 minit untuk mengemas ruang kerja masing-masing sebelum meninggalkan pejabat. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh Julai- November 2013.
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
15
Bil. Tempoh Aktiviti
1 Julai Pengauditan Amalan 5S daripada pihak MAMPU
2 Ogos Gotong- royong bulanan diteruskan meskipun telah mendapat
pensijilan daripada pihak MAMPU. Ini adalah selaras dengan prinsip amalan 5S yang kelima iaitu Sentiasa Amal
3 September
Gotong- royong bulanan
Kunjungan daripada JP Kedah untuk meninjau Amalan 5S yang
telah dilaksanakan oleh JP Pulau Pinang
Pengauditan Dalaman Amalan 5S di JP Kedah
( Jawatankuasa Audit)
4 Oktober Gotong- royong bulanan pada 10 Oktober 2013
5 November Pengauditan Dalaman Amalan 5S di JP Perlis (Jawatankuasa
Audit)
LARIAN STATISTIK 2013LARIAN STATISTIK 2013LARIAN STATISTIK 2013
Tarikh bersejarah 26 Oktober 2013, buat julung kalinya Jabatan Perangkaan Malaysia telah
menganjurkan program Larian Statistik 2013 atau STATSRUN 2013. Acara yang bertempat di Kompleks
Sukan Air Presint 6, Putrajaya ini telah disertai lebih daripada 2,000 orang peserta yang terdiri
daripada pelbagai lapisan warga Jabatan dan mantan warga jabatan serta ahli keluarga yang berumur
7 tahun dan ke atas. Acara ini melibatkan pembabitan dari setiap Jabatan Perangkaan Negeri,
termasuk Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang yang menghantar wakil seramai 27 orang.
Wakil JP Pulau Pinang iaitu Puan Zarina Binti Hamid, Pembantu Perangkaan E22 telah berjaya
menempatkan diri sebagai salah seorang pemenang bagi kategori Wanita Veteran. Hadiah yang
disediakan merupakan wang tunai beserta pingat dan sijil penghargaan mengikut setiap kategori.
Diharapkan acara ini dapat diserapkan sebagai acara dwi tahunan kerana ritma penyatuan silaturahim setiap warga jabatan dapat
dilihat melalui keceriaan di wajah setiap peserta, setelah sekian lama bertungkus-lumus demi membudayakan visi Jabatan Perangkaan
Malaysia.
16
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
PESERTA JP PULAU PINANG BAGI LARIAN STATISTIK 2013
BIL NAMA JAWATAN KATEGORI
1 MOHD NOR BIN ISHAK KETUA PENOLONG PENGARAH E48 LELAKI VVIP (KOD
E)
2 MASROL HAFIZAL BIN ISMAIL PERANGKAWAN E44 FUN RUN
3 TAI BOON HOOI PERANGKAWAN E44 FUN RUN
4 ANAS BIN AMINUDDIN PERANGKAWAN E41 FUN RUN
5 MIZUL ISKANDAR BIN SHAMSUDIN PERANGKAWAN E41 10KM (KOD A)
6 FUKUSYIMA AZMIRA BT FESAL PERANGKAWAN E41 FUN RUN
7 MARIA BT DIGONG KETUA PEN PEGAWAI PERANG-
KAAN KANAN E38 10KM (KOD D)
8 ROHANA BT ABU ASAN PEN PEGAWAI PERANGKAAN E27 10KM (KOD B)
9 NOR SURIANI BT YAAKOP PEN PEGAWAI PERANGKAAN E27 FUN RUN
10 MUN KONG WENG PEMBANTU PERANGKAAN KANAN
E22 FUN RUN
11 ZAITON BT MAROZIKI PEMBANTU PERANGKAAN KANAN
E22 10KM (KOD D)
12 MUNIYATI BT AHMAD PEMBANTU PERANGKAAN E22
(KUP) FUN RUN
13 ZARINA BINTI HAMID PEMBANTU PERANGKAAN E22
(KUP) 10 KM ( KOD D)
14 KRISHNAN A/L VEERAIAH PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
15 RAUDZAH BT ABD AZIZ PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
16 ZAKRY BIN ABDUL RASHID PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
17 NOR AZIZAN BIN AHMAD PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
18 AHMAD SHAIFUL YAZAM BIN AHMAD ASRI PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
19 ABDUL AZRUL BIN ABDUL HAMID PEMBANTU PERANGKAAN E17 10KM (KOD A)
20 SITI AISYAH BT MOHD YASIN PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
21 MOHAMAD RUZMAN BIN ISMAIL PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
22 MUHAMMAD JABIR BIN ABDUL RAHMAN PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
23 ZULAIKHA BT ISMAIL PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
24 SITI MAWADDAH BT FADZIL PEMBANTU PERANGKAAN E17 FUN RUN
25 MOHD RIDZUAN BIN IDARIS PEMBANTU KEWANGAN W17 FUN RUN
26 MOHAMAD FAIZAL BIN DZAMANI PEMBANTU TADBIR (P/O) N17 FUN RUN
27 MOHAMAD ARIFF BIN ZAKARIA JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17 FUN RUN
28 KHAIRUDDIN BI AZIZ PEMANDU R3 FUN RUN
29 HARUN BIN DIN PEMANDU R3 FUN RUN
KREATIVITI ANGGOTAKREATIVITI ANGGOTAKREATIVITI ANGGOTA Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
17
AKHIRNYA PERSAHABATAN INI…
MEMANG GILAKU MENYAYANGIMU…
MEMANG GILAKU MEMILIHMU…
TAPI AKU TAHU SEMUA ITU…..
TAK KAN KEMBALI LAGI…
BUKAN KU PINTA SEGUNUNG JANJI…
TIDAK KUHARAP SINARAN INI…
BERTEMU MU TAK PERNAH KU IMPI…
BERSAMA MU TAK TERLINTAS DI HATI…
CUMA KU INGIN SETULUS IKHLAS KASIH…
BAHAGIA KEKAL SELAMANYA….
SENYUMANMU BAGAI SINAR PAGI…
TAWA MU MENGIRINGI….
WAJAH MU KU TERBAYANG….
HADIRMU DALAM MIMPI-MIMPIKU…
UMPAMA BIDADARI….
POTRET MU KURATAPI….
MENGHARAP KAU KAN KEMBALI…
MEMANG TIDAK MAMPU KUMELUPAKANMU…
TAPI AKU TAHU SEMUA ITU…
TAK AKAN KEMBALI…
SELAMAT TINGGAL PADA KENANGAN….
SELAMAT TINGGAL PADA IGAUAN…
TERIMA KASIH KU UCAPKAN…
UNTUK AKHIRNYA SEBUAH PERSAHABATAN…
Hasil Nukilan :
Mastura binti Hamdan
Seksyen Rangka & Pemetaan
KERJA
Rajin bekerja, rajin berbicara
Baik sekali
Rajin berbicara, rajin belajar
Teruskan sahaja
Rajin belajar, rajin berusaha
Tingkatkan prestasi
Suka membantu, semangat
berkumpulan
Eratkan silaturahim
Suka bersabar, keperibadian
tinggi
Contoh diteladani
Hasil Nukilan :
Asma Faiza Binti Che Lin
& Shaza Nur Banu Binti Md Shariff
Seksyen Prosessan & Analisis
MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN
ANGGOTA JP PULAU PINANGANGGOTA JP PULAU PINANGANGGOTA JP PULAU PINANG
18
Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
Pilihan 1: Nasi Kandar Pelita (Pertama)
Restoran ini terletak di Jalan Macallister,
bersebelahan dengan kedai 7 Eleven. Restoran
ini adalah salah satu daripada 28 cawangan Nasi
Kandar Pelita di seluruh Malaysia. Ia juga
mempunyai 1 cawangan di Chennai, India.
Waktu Operasi : 24 Jam
Pilihan 2: Nasi Kandar Deen Jelutong
Restoran ini terletak di deretan rumah kedai di
Jalan Jelutong, berdekatan Pejabat Pos
Jelutong. Restoran ini turut dilabel sebagai
salah satu kedai nasi kandar terbaik di Pulau
Pinang.
Waktu Operasi : 24 Jam
Pilihan 3: Nasi Kandar Kapitan ( Queensbay Mall)
Sebuah restoran nasi kandar yang terletak di
Persiaran Bayan Indah, berdekatan pusat membeli
belah Queensbay Mall. Ia beroperasi 24 jam dan
mempunyai cawangan di Jalan Kelawei dan Lebuh
Chulia. Selain nasi kandar, restoran ini terkenal
dengan menu Nasi Beriyani Ayam dan Roti Naan
beserta Tandoori Ayam.
Waktu Operasi : 24 Jam
MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN MY PENANG: TOP 5 KEDAI NASI KANDAR PILIHAN
ANGGOTA JP PULAU PINANGANGGOTA JP PULAU PINANGANGGOTA JP PULAU PINANG Mutiara StatsMutiara StatsMutiara Stats
19
Pilihan 4: Nasi Kandar Kampung Melayu
Restoran yang telah beroperasi sejak tahun 1970 ini terletak di tingkat bawah Rumah Pangsa
Kampung Melayu, Air Itam. Restoran ini menghidangkan 15 aneka hidangan seperti ayam goreng,
ayam masak ros, kari ayam, kari sotong, kari kepala ikan, telur ikan, telur sotong, kari lembu, kari
kambing, telur rebus, bendi dan roti canai.
Waktu Operasi : 6.30 pagi - 12.00 tengah hari
Pilihan 5: Nasi Kandar Ahmad
Restoran ini terletak di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Menu yang menjadi perhatian di
restoran ini adalah kari daging, telur itik, sotong dan udang. Restoran yang dimilik oleh pemilik
Melayu ini juga terkenal harga menu yang berpatutan dengan rasa hidangan yang sedap.
Waktu Operasi: 7.00 pagi - 3.00 petang
JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG
Aras 6, Bangunan Persekutuan Pulau Pinang,
Jalan Anson, 10400 Pulau Pinang
Tel: 04-2266244 Fax: 04-2282244 E-mel: [email protected]
Diterbitkan oleh: