19
NAMA: NUR FAIQAH BINTI MOHD YASIN NOMBOR KAD PENGENALAN: 930715-87-5056 MAJOR: TESL AMBILAN: JANUARI 2013 TARIKH PBS: 22 SEPTEMBER 2014 HINGGA 26 SEPTEMBER 2014

Nama

Embed Size (px)

DESCRIPTION

LIST NAME

Citation preview

NAMA: NUR FAIQAH BINTI MOHD YASINNOMBOR KAD PENGENALAN: 930715-87-5056MAJOR: TESLAMBILAN: JANUARI 2013TARIKH PBS: 22 SEPTEMBER 2014 HINGGA 26 SEPTEMBER 2014

PERNYATAAN PROFESIONAL

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar PISMP. Program ini diharapkan dapat memberi kefahaman awal kepada guru pelatih tentang alam persekolahan dari perspektif seorang seorang guru. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai satu institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan guru serta komuniti sekolah.Perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah lebih memfokuskan kepada pendedahan kepada guru pelatih tentang iklim sekolah dari perspektif seorang guru. Program ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada guru pelatih untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, temu bual, soal selidik, refleksi & interaksi dengan guru dan komuniti sekolah serta waris murid-murid. Secara ringkasnya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini dirancang bagi membolehkan guru-guru pelatih memahami iklim sekolah, mengetahui kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan pengurusan serta pentadbiran secara sistematik pihak sekolah.Taklimat pengenalan dan perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah telah diberikan oleh pensyarah. Taklimat awal ini menjelaskan bahawa tempoh perlaksanaan program adalah selama seminggu iaitu bermula pada 22 September 2014 dan berakhir pada 26 September 2014 bertempat di sekolah rendah kerajaan mengikut pilihan guru pelatih masing-masing. Di sekolah, guru pelatih akan dibantu oleh seorang mentor terdiri daripada guru yang telah berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi membantu guru pelatih mengumpul maklumat serta menyesuaikan diri dengan iklim dan budaya sekolah tersebut.

BIL.TARIKHTINDAKAN

122.9.20141. Memaklumkan kepada Guru Besar tentang perlaksanaan PBS.1. Meninjau dan mengambil gambar persekitaran sekolah.1. Memerhati dan mendokumentasikan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.1. Berinteraksi dengan guru-guru dan staf sokongan.

223.9.20141. Meninjau dan mengenalpasti kewujudan prasarana sekolah.1. Mendapatkan maklumat umum berkenaan dengan sekolah.1. Memerhati tingkah laku murid dan menemuduga murid tertentu dalam mengenal pasti proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

324.9.20141. Mengumpul maklumat-maklumat umum mengenai sekolah.1. Mendapatkan bahan-bahan elektif 2 Pendidikan Seni seperti sukatan pelajaran,dan sumber pengajaran dan pembelajaran.1. Mendapatkan maklumat mengenai perlaksanaan Pendidikan Seni Visual disekolah. 1. Mendapatkan maklumat pengurusan dan organisasi sekolah seperti plan sekolah dan carta organisasi.

4.25.9.20141. Menyemak dan mengumpul bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang diperolehi.1. Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-guru dan staf sokongan.1. Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian daripada guru besar.1. Memulangkan bahan-bahan yang dipinjam

5.26.9.20141. Memberikan penghargaan kepada semua warga guru dan warga sekolah atas kerjasama.

Secara keseluruhannya, program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah mencapai matlamat yang ditetapkan. Objektif yang ditetapkan merangkumi pendedahan awal kepada guru pelatih budaya dan iklim di sekolah bagi membiasakan diri sebelum menjadi guru kelak. Memang pelbagai maklumat dan perkara baru berjaya dikutip pada setiap hari berada di sekolah. Objektif Pengalaman Berasaskan sekolah pada semester ini juga menekankan kepada guru pelatih untuk mendapatkan maklumat tentang pengurusan dan pentadbiran di sekolah seperti struktur organisasi sekolah, kemudahan dan prasarana yang disediakan, aktiviti yang dirancang bagi memperkembang bakat dan potensi murid-murid serta peluang untuk berinteraksi dengan murid-murid di dalam kelas. Memang suasana komuniti sekolah dapat dirasai perbezaannya jika mengenali melalui teori tanpa praktikal yang sebenarnya.Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah memberi maklumat dengan lebih awal dan jelas kepada guru pelatih agar program penting sebegini dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan teratur. Penjelasan serta gambaran yang jelas kepada pihak sekolah juga penting untuk memudahkan pihak sekolah bekerjasama dan memberikan maklumat yang diperlukan oleh guru pelatih. Masa yang ditetapkan juga harus bersesuaian dengan tugas yang diterima kerana Pengalaman Berasaskan Sekolah banyak membantu persediaan guru pelatih dalam menghadapi dunia pendidikan kelak.Bermula pada hari pertama, pemerhatian di sekitar persekitaran sekolah dilakukan. Pemerhatian dilakukan terhadap infrastruktur sekolah, prasarana yang ada, pusat sumber sekolah, bilik darjah, makmal komputer dan pejabat yang secara tidak langsung menggambarkan budaya dan semangat yang ditunjukkan oleh pihak sekolah terhadap bidang seni.Selepas melakukan pemerhatian, proses seterusnya adalah soal selidik terhadap warga sekolah dimulakan dengan pentadbir sekolah iaitu Guru Besar pada hari pertama lagi dan juga pada hari terakhir. Selain itu, soal selidik dijalankan terhadap Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwah Murid, Guru Penonong Kanan Ko-Kurikulum, Panitia Pendidikan Seni serta kepada Guru Pendidikan Seni untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas lagi berkenaan dengan Pendidikan Seni di sekolah tersebutSyukur Alhamdulillah, kerjasama yang baik yang ditunjukkan dari pihak sekolah membolehkan saya serta rakan-rakan yang lain mendapatkan maklumat yang diingini dengan mudah seperti yang dirancangkan. Aspek masa amat kami titik beratkan ketika di sana. Kami mengambil setiap peluang yang ada untuk mendapatkan maklumat termasuklah mengambil gambar, selain menjalankan temu ramah terhadap warga sekolah. Akhirnya kami berjaya memperoleh segal maklumat yang diingini.

INSTRUMEN PENGUMPULAN DATA

Daripada pemerhatian saya, saya mendapati bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran dipamarkan di bilik darjah tersebut sangat menarik, teratur dan mudah untuk murid menggunakan. Bahan-bahan bercetak seperti gambar, kad perkataan dilekatkan di papan kenyataan sebagai bahan pengajaran bilik darjah dipamerkan untuk dijadikan bahan bacaan tambahan disamping menjadi rangsangan murid untuk menjalankan aktiviti tambahan samada dengan tanpa pengawasan guru.Penggunaan ICT kepada murid amat digalakkan penggunaanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, ini kerana penggunaan ICT dapat menambahkan pengetahuan baru dan murid boleh mengakses maklumat tambahan berkaitan pelajaran tersebut. Dan saya melihat ada sesetengah guru menggunakan kemudahan tersebut ketika sesi pengajaran dan pembelajaraan tetapi penggunaannya mestilah dipantau oleh guru tersebut. Murid digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti bertanya, menjawab soalan yang diberikan oleh guru dan menyurakan pendapat atau idea mereka. Kebanyakan sesi pengajaran dan pemudahcaraan Pendidikan Seni Visual dilakukan dalam amali.Melalui pemerhatian saya ketika sewaktu PdP dijalankan saya difahamkan kedudukan murid didalam kelas ditentukan mengikut kumpulan yang ditetapkan oleh guru kelas. Murid-murid yang lemah diletakkan dihadapan untuk memudahkan guru memantau pembelajaran mereka. Manakala untuk murid yang sederhana diletakkan di bahagian tengah dan murid yang pandai diletakan dibelakang. Ini memudahkan guru tersebut untuk membantu mereka semasa menjalankan aktivti amali seperti mewarna, melukis dan sebagainya.

KOLABORASI

Sepanjang pengalaman berasaskan sekolah ini, pelajar akan melakukan beberapa perbincangan bersama kakitangan Sk Seri Ampang.Perbincangan dilaksanakan bersama guru Pendidikan Seni SK Seri iaitu Cik Munirah. Perbincangan ini lebih tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni di dalam kelas. Selain itu juga, tempat pengajaran dilaksanakan di bilik Pendidikan Seni. Aktiviti yang dirancang oleh panitia Pendidikan Seni adalah Minggu Seni Peringkat Sekolah, Pertandingan Melukis Poster dan juga Lawatan ke Arkib Seni Negara.

ILMU/PENGETAHUAN BARU

Sejak hari pertama berada di sekolah, pemerhatian mula dilakukan di sekitar kawasan persekitaran sekolah. Kamera dibawa bersama untuk mengambil gambar sebagai bukti pemerhatian dilakukan sepanjang tempoh perlaksanaan program Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali ini. Antara kawasan yang dijadikan fokus utama adalah seperti taman-taman ilmiah, kantin dan sebagainya..Senarai semak adalah instrumen yang penting bagi memastikan guru pelatih melengkapkan sepenuhnya tugasan yang telah diberikan. Senarai semak bermula dengan pengenalan diri diikuti penyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan, kolaborasi pengalaman baru, refleksi dan akhirnya laporan. Setiap maklumat yang diperoleh akan ditandakan dalam senarai semak tugasan. Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas, pelbagai kaedah dilaksanakan seperti temu bual dengan komuniti sekolah dan soal selidik selain melakukan pemerhatian sendiri di kawasan sekitar sekolah.Bermula hari pertama lagi sesi temu bual pertama diadakan dengan guru besar. Pelbagai maklumat awal dan menyeluruh tentang latar belakang sekolah, perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran, peranan dan fungsi seorang guru dan perlaksanaan pengurusan serta pentadbiran yang baik. Selain itu, temu bual juga dilakukan dengan Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehawal Murid dan Guru Penolong Kanan Ko kurikulum. Temu bual juga dilakukan kepada guru kelas merangkap mentor tentang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas dan membantu dalam membiasakan diri dengan iklim sekolah serta komuniti dalamnya. Apabila ingin mendapatkan maklumat yang lebih jelas, kaedah soal selidik dilakukan iaitu bertanyakan soalan-soalan dengan lebih terperinci.Kaedah soal selidik dijalankan kepada semua pentadbir bermula dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Guru Kanan Ko Kurikulum bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang perlaksanaan pengurusan dan pentadbiran sekolah dalam memperkembang potensi murid-murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek mereka sepanjang berada di sekolah selama 6 hingga 7 tahun. Soal selidik juga dilakukan kepada Pembantu Am Rendah bagi mendapatkan maklumat tentang fungsi dan peranan kerani, pengurusan sistem fail dan surat-menyurat yang melibatkan hal-hal rasmi.

REFLEKSI

Refleksi yang dapat saya simpulkan sepanjang aktiviti ini dilaksanakan ialah berkaitan dengan kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan saya mendapati murid dapat mengikuti pembelajaran jika seorang guru itu menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik minat murid untuk belajar.Di antara isu yang saya pertengahkan ketika melaksanakan PBS ini berkaitan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran melalui Pengalaman (Experiential Learning) merupakan pengajaran pembelajaran konstruktivis di mana murid menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif. Strategi pengajaran pembelajaran melalui pengalaman boleh melibatkan salah satu atau beberapa kaedah seperti berikut:

Ujikaji (eksperimen) Pemerhatian lapang Lawatan Gambaran berfokus Permainan Pembinaan model Main peranan Simulasi TinjauanDan antara yang difokuskan mengenai Pengajaran Pembelajaran Melalui Pengalaman (Experiential Learning) ialah kekuatan dan kelemahan kaedah tersebut. Antara kekuatan kaedah ini ialah Murid lebih bersedia untuk memahami apa yang mereka pelajari terutamanya di dalam mata pelajaran Pendidikan Seni yang melibatkan lebih banyak amali. Oleh itu mereka akan dapat mengekalkan ingatan tentang pelajaran dalam jangka waktu yang lebih lama. Pengalaman secara hands-on dan minds-on akan dapat memotivasikan murid untuk terus belajar. Strategi ini amat sesuai untuk topik-topik yang melibatkan pembelajaran amali. Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya berkebolehan dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi cabaran dunia hari ini.Seterusnya, mengenai kelemahan kaedah ini ialah; Strategi Pembelajaran Melalui Pengalaman merupakan satu strategi yang memakan masa dan melibatkan sumber pembelajaran yang agak pelbagai dan banyak.Seringkali melibatkan usaha yang lebih pada pihak guru seperti membuat persediaan untuk simulasi, ujikaji, lawatan dan sebagainya.Walau bagaimanapun, impak pembelajaran melalui pengalaman ke atas pendidikan menyebabkan ia menjadi salah satu strategi yang menjadi pilihan guru. Justeru itu, antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk memperbaiki perlaksanaan aktiviti tersebut ialah guru perlulah memperbanyakkan menggunakan strategi yang banyak memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan sebaya serta guru .Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan mereka.Diantara faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan atau menambahbaik perlaksanaan aktiviti tersebut ialah disebabkan oleh sikap pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat murid.Kesimpulan yang dapat dibuat mengenai perbincangan dengan kakitangan sekolah dan berinteraksi dengan murid berkaitan dengan kaedah pengajaran dan bagaimana murid dapat menerima isi pembelajaran yang disampaikan guru menggunakan kaedah tertentu. Selain itu,melalui pemerhatian secara tidak langsung di bilik darjah. Malah, saya juga dapat mengetahui perubahan yang jelas kelihatan di dalam kelas; misalnya dari aspek emosi murid, ketegangan murid serta perubahan tingkahlaku. Semua ini menjadikan saya lebih memahami keadaan sebenar kerjaya seorang guru yang perlu saya lalui nanti. Justeru itu,Saya tidak menafikan lagi bahawa perbincangan/interaksi perlu untuk seseorang itu memperolehi maklumat yang tepat tentang sesuatu perkara. Selain itu melalui perbincangan juga saya dapat meningkatkan keberkesanan dan kreativiti sesuatu aktiviti yang dilaksanakan hasil dari cantuman buah fikiran yang diberikan. Bahkan saya tidak berkerja secara sendirian sebaliknya merujuk kepada kepada guru-guru yang lain untuk mendapatkan idea demi menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna.Menurut Bailey (1996 ), kolaborasi diantara guru merupakan satu mekanisma yang kuat untuk meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pengajaran masing-masing.Oleh yang demikian itu,perbincangan harus dilakukan bagi meningkatkan kecermelangan. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan ia bukan sahaja membentuk kerjasama dikalangan kumpulan malah lebih memudahkan sesuatu perkara.

LAPORAN AKHIR

Hasil kajian menunjukkan bahawa Kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dapat dijalankan dengan berkesan dan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui pengalaman Berjaya menarik minat pelajar dan meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Kajian ini juga merumuskan bahawa apabila kaedah yang digunakan sesuai dengan keadaan semasa maka akan wujudnya minat pelajar yang tinggi di kalangan pelajar. Apa yang penting adalah para guru, ibubapa dan pelajar haruslah berkerjasama dan menjayakan misi kerajaan yang meminta rakyatnya menambahkan ilmu untuk meningkatkan taraf hidup pada masa akan datang. Kaedah pengajaran melalui pengalaman mampu menarik minat murid dan jika ditambahbaikkan lagi sememangnya lebih memberikan kesan yang memuaskan. Disini peranan guru amat penting iaitu memberi pendedahan kepada murid tentang pentingnya pelajaran dan guru haruslah memperbanyakkan menggunakkan pelbagai teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran seperti member peluang kepada murid untuk berinteraksi, berkomunikasi dan berkolaborasi dengan rakan-rakan sebaya serta guru. Peluang untuk berinteraksi dengan orang lain dapat memperluaskan pengalaman pendidikan murid.